Rabu, 16 September 2009

Ramai Gadis-gadis Tak Reti Masak. Cehh.

Gadis. Lagi, lagi dan lagi.

Well, well, well.. Kita bertemu lagi di ruangan 'memuji' para-para gadis cantik secara sarkastic. Ataupun secara jujurnya, err..

Tak apalah.

Hari tu aku bersahur dalam pukul 2 pagi kat Restoran Umi. Makanan kat situ sedap. Nak-nak kuew teau Hong Kong. Tambahan lagi pelayan kat situ muda-muda.

Topik yang 'up' masa tunggu makanan yang dihantar oleh pelayan-pelayan cantik tersebut adalah seperti tajuk entri ini. Ye la. Sebab kita orang pelik, mengapa pelayan dan juru kaunternya adalah perempuan dan lelaki pula yang memasak di dalam?

Korang perasan tak, chef-chef terkenal kat seluruh dunia kebanyakannya lelaki. Ya lelaki dan bukannya perempuan. So, mana perginya perempuan? Tak tahu la kan kot-kot perempuan zaman sekarang ni dah tak reti nak masak. Kalau reti masak pun mesti tak sedap.

Okay statement maut tu. 90% followers aku adalah gadis-gadis. Diaorang mungkin akan marah aku bila aku buat statement kat atas tu. Tapi setahu aku, gadis-gadis tak elok marah-marah. Kalau marah nanti cepat tua. Dah la gadis ni semulajadi cepat tua. Kalau marah- marah, lagi la cepat tua. Kalau cepat tua tapi reti masak tak apa la juga.

Hehehe.

Okay-okay. Serious.

Aku ada 4 orang adik dan semuanya perempuan. Memang tak best langsung tak ada adik lelaki. Nak pukul pun susah. Semuanya lembik-lembik.

Adik perempuan aku yang paling bongsu memang tak reti masak. Aku tak faham la kenapa anak bongsu/manja tak reti masak. Aku pernah suruh adik aku tu belajar masak. Tapi dia tak nak. Mak aku pun tak kasi. Mak aku cakap dia kecil lagi. See? Anak manja memang sentiasa kecil. Umur lima tahun tu dah kira besar kot.

Tak ada perkataan 'cook' pun.

Korang agak, apahal banyak perempuan tak reti masak?

Roomate aku : Perempuan kebanyakkan tak jadi chef femes sebab dieorang tak reti bajet ingredient. Nak letak garam, gula apa semua mesti nak berkira. Pastu strict. Ayam brapa ketul, ikan brapa ulas, sayur brapa potong. Cerewek. Zzz.

Kawan aku : Dia tak reti masak sebab dia ingat dia tu lawa. Dia nak kawin ngan orang kaya. So, orang gaji yang akan masak.

Betul ke? Lalalala~

Rata-rata aku tengok gadis-gadis anak dara yang kebanyakkan tak reti masak adalah yang anak bongsu. Anak bongsu biasalah. Tak kisah la umur brapa pun mesti manja. Petik sikit dah menjuih mulut. Gurau sikit dah terasa. Suka sangat merajuk. Nasib baik comel. Kalau tak jangan harap aku nak pujuk. Ceitt.

Aku letak gambar gadis nak tarik pembaca lelaki.

Kepada yang tak reti masak nak-nak yang bongsu tu, belajar la masak. Untuk kebaikan anda di masa depan juga. Sebab setiap lelaki sebenarnya nak gak rasa air tangan masakan isteri. Aku reti masak. Tapi tak tahu la samaada aku patut berbangga atau malu dengannya. Zzz.

Well, sebenar dan setulusnya para gadis tak jadi chef femes sebab para gadis ni masak untuk anak dan suami tercinta kat rumah. Dan bukannya kat Tv yang semata-mata untuk duit dan popularity. Aku tahu tu semua. Mereka banyak bekorban sebenarnya. Tak gitu?

Aku da backup para gadis. Aku memang baik. Kan?

85 ulasan:

  1. wowowo,jgn la kutuk anak bongsu lebih2 duh..wlaupun betul anak bongsu tak reti masak..hehe..bkn xreti tp mls..plus aku ni mane duduk rumah sgt..asik duk asrama je..terbatas la mase nak belajar masak2 ni..

    pepon,masakan mak paling terbaik!

    BalasPadam
  2. @Milo - Aku terhidu bau seorang gadis bongsu yang terasa. =)

    BalasPadam
  3. hey,i da lah p0mpuan..
    ank last lak tue..
    bg statement berani mati lak 2..
    nsb bek bln p0se,
    ley besabar lg..

    *papew p0wn, i skg ayt u yg last2 tue jewk..
    sbb u backup gewls..
    hahaha..

    BalasPadam
  4. beragaklah sikit budak umor 5 tahun pun dah suruh blaja masak..iskh2

    BalasPadam
  5. Seb baek aku anak sulung...pandai masak plak tuuuu....

    (aku tau la aku pandai masak sbb laki aku kata aku masak sedaaaappp...)

    Hahah berlagak nak mamposss!

    BalasPadam
  6. terasa part bongsu je. bab masak suka tp mengemas mmg fail

    BalasPadam
  7. aku bkn anak bongsu tp aku x reti masak gk..ahahks
    actually bg aku, utk perempuan, memasak tu tanggungjawab bila dah kahwin..kranya ramai ibu2 di luar sana yg memasak sebab mereka kena memasak dan bukannya sebab mereka suka.Kalau lelaki yang jadi chef tu,semua sebab minat kn..

    aku rasa aku x reti masak sebab aku jarang2 di suruh or kena masak unless desperado sgt2,br kena masak.Tapi itupun, just tau resepi, pastu masak,ok je masakan tu.Xde lak yg sakit perut ke cirit birit masak.Cuma tang resepi tu la kurang ingatan sikit..
    Mls pun de gk..hoho
    xde masa pun ye..
    tp bila tiba masanya,confirm semua girl2 nnt akan reti masak gk...unless yg jenis kaya2 n pakai maid,itu x tau la plak kan..
    sekian

    BalasPadam
  8. tindakan ko mengupload pic2 awek cun betol2 bijak dlm meraih perhatian aku hahaha..

    perempuan2.. apa nak jadi!! apa nak jadi!

    BalasPadam
  9. aku anak sulung tp x reti masak. rebus telur pn aku call kwn ak tya mcm ne nak rebus.. miahahah..main probs aku pasal takut api..klau wat exprmnt pn klau bab2 api ak freakout gler..

    tp yg reti masak ak respek gler arh. aku fungsi bawang2 cili2 tu smua pn ak x taw. halia? kunyit? leh jalan ar..

    BalasPadam
  10. @Liez - Mesti kena back up. Followers aku tu cute-cute.

    @NotSo - 5 tahun aku da pandai masak.

    @Bunga - Lelaki kau saja nak amik hati kau kot. Hehe.

    @Sarah - SO betullah. Anak bongsu memang manja dan comel.

    @Fiza - Memasak bukan leh pandai dalam beberapa bulan tau. Orang tua masak menda sama lagi sedap dari orang muda yang masak. Walaupun yang muda tu cantik. oh.

    @Boneka - Kau excited sangat kenapa.

    P/s : Kantoi korang semua tak solat terawih.

    BalasPadam
  11. ramai je pompuan reti masak..cuma ko je yg asik jumpe yg tak pandai masak..ahakss

    BalasPadam
  12. @Fifi - LOL. Rebus.. Aku tertanya-tanya agak2 apa yea soalan yang kau tanya kawan kau tu. >,>

    @Arabella - Ya. Mungkin betul. Tau mungkin memang kurang yang reti masak. =)

    BalasPadam
  13. itu rahsia. aku tya secret recipe dia rebus telur.nseb bek aku ade kawan ngn budak study catering.. bonus disitu.

    BalasPadam
  14. @Fifi - Aku pun ada resepi rahsia gak. Kau patut rebus telur bersama garam dan gula secukup rasa. Sedikit lengkuas dan halia. Serta minyak. Then lada sulah. Tu la cara rebus telur yang sebenar. Mesti kau tak tahu kan? =)

    BalasPadam
  15. ayat last tentang perempuan ramai berkorban demi suami dan keluarga tercinta memang disokong kuat ;)
    Ramai chef lelaki pon mengaku,dia lebih suka masakan isteri dari masakan sendiri..

    laki macho bila masak..hanya apabila dia buat lagak cool dan serius..bukan lemah lembut

    n..n..nisah nk ckp nisah pndai masak..tp mcm masuk bakul angkat sendiri je..so..biarlah nisah pendam bakat nisah nih...nanti dah kawin baru serlahkan kat suami..cukuplah setakat hidang kat family n tetamu je buat masa skarng
    *wink* ;)

    BalasPadam
  16. @Azza - Tapi tak reti masak juga kan.

    @Aida - Wowowowo. Dont be so sure about it. The male are way so smarter than XX. Siapa yea gadis-gadis terkaya di malaysia? =) Hehe

    @Niesa - Ya. Ya bagus.

    BalasPadam
  17. ku salah seorg lelaki yg handal memasak
    lalala~

    marah pompuan nanti
    kekeke

    BalasPadam
  18. x perlu la kutuk yg bongsu.
    aku knal ramai jek yg sulong yg jarang masak.
    Bukan kebanyakan x reti, tapi 'malas' sebenarnya.
    Tapi aku gitau ko satu rahsia..
    perempuan ni mmg malas masak, mungkin ada yg x reti...
    tapi lepas kawin, automatik mereka akan belajar sendiri dan akan masak juga walau malas cmne pon. hehe..
    cayola

    BalasPadam
  19. i just wanna say,u shud be proud of ur cooking skill :)

    BalasPadam
  20. Pasal kenapa Chef kebanyakan lelaki.. ;-

    Sebab memasak bukan perkara yang senang. nak masak dan masak untuk sehari suntuk memang penat giler nak mampus.. Tangan nak ketuk2 kuali. nak angkat kuali. nak basuh kuali. Sebab tu banyak Chef lelaki..

    Lagi satu; kebanyakan hotel/kedai kurang berminat dengan chef perempuan sebab satu tak cukup energy macam lelaki untuk memasak dalam jangka masa yang panjang dan perempuan nanti mengandung susah arr nak cari penganti. Sekian terima kasih.

    Dalam kedai makan, gaji tukang masak adalah yang paling mahal. nampak macam senang berdiri dan memasak jer berbanding dengan waiter/tress yang kena amik order, hantar order buat tu buat ni. Tapi percayalah. memasak lagi susah.

    Nasib baik kau back up balik. Kalu tak Saffa baling kuali tu nanti. Hahaha..

    BalasPadam
  21. walaaa..ko tau ke??
    bohong2..
    tak baik tipooo
    hahaha

    selamat hari laye weh...
    jgn lupe duit raye ak..
    haha

    BalasPadam
  22. kalau gal masak, nanti waiter lelaki. so, lelaki dah kurang selera nak makan sebab tak nampak perempuan layan makan minum dia kat kedai ^.^

    BalasPadam
  23. ahahaha...ermm..1st..aku anak bongsu...2nd..aku pompan..3rd..aku tak reti masak kot kalo tak kene dok jaoh ngan parents..huhu..tp2 tak sume anak bongsu manje kot..kalo aku mau nak kene pelaempang kalo manje2 ngade2..haha..cme nk ckp, ko tayah la malu pandai masak..pompan ske kot laki pandai masak..cam pakcik aku..eh2..=P

    BalasPadam
  24. HAHA
    naseb bek back up
    tp mmg betol pon
    nti asyik sebok je keje masa tok owang,
    laki pon larikk
    ahaha :D

    BalasPadam
  25. @Joe - Kita serupa~

    @Puteh - Bukan kutuk. Puji. Okay mungkin perli.

    @Anoy - Thanks =)

    @Saffa Chantek - Tangan nak ketuk2 kuali? Kau patut kasi alasan yang kagi kawwwwwwww.

    @Azza - Ya aku tahu. Parent aku kerja dari pagi sampai petang. So aku mmg selalku masak dari kecil.

    @Balqiss - You got the point. =)

    @Chokio - Theory aku pasal banyak anak bongsu x reti masak memang betul kan? Hehe

    @Amran - Tak apa. Lari cari lain. Perempuan rmai. HAHA

    Hey. Selamat hari raya guys

    BalasPadam
  26. aku ank bongsu...mmg la ank manje tapi aku rs abg aku lg manja kot...nk kata pandai masak sgt tu xla..xpro mcm mak aku...tapi aku pandai msk western food...

    ala...kalo ko nk pompuan yg pandai msk jgn kawen dgn ank bongsu..sng citer kan..hehehh...

    BalasPadam
  27. mr. k :

    sesungguhnya aq xnk puji diri sbb aq ni anak sulong yg ibu aq da latih dok kt dapo sjak umo 5taon ! bygkn, 5toun kne masak ! kejam rasanya time tu..

    walau pape pn..
    aq ngaku, aq sgt xske dok dapo wlpn aq suke memasak..uhuhu bg aq an..kalo lelaki dok dapo ni mcm sweet sgt. aq ske ar llaki yg reti msk2 ni ehehe ske je ble tgk dorg ni pki apron pastu tgn pegang senduk/pisau ahahaha

    (well..xkn xphm2 lg kowt ! beruntung wooo)

    BalasPadam
  28. Yuki - Aku tak faham doe. Maksudnya kau suka aku?

    @Lala - Tapi kalau hati dah terpaut kat anak bongsu nak buat camna..

    BalasPadam
  29. haha..laki masak pun lagi sedap tau tak..

    BalasPadam
  30. hei sori sikit, i reti masak oke.

    hahaha. tak lah dulu pon aku malas kot nak masak, bila dah duduk asing, time duit tak da baru lah tercari2 skill memasak. mula2 tu susah la lame2 best pulak.

    tak semestinya kami2 ni malas masak dan tak kan belajar masak, akan tiba masanya kami belajar memasak. hihi

    bdw, ramai chef lelaki kat luar tu sebab perempuan2 sibuk masakn untuk suami. lagi pun kerja hotel ni bukan sesuai pun untuk perempuan, balik tengah malam kerja shif ta menentu sebab tu lah banyak tukang masak dekat hotel tu.

    p/s; lelaki pun bukan semua pandai masak. wekkk

    BalasPadam
  31. ok fine!
    aku tanak masakkan untuk ko dah!
    huh!

    :P

    BalasPadam
  32. Macam betul KOT
    Sy ade 7 adik beradik && sy sorang je ank pompuan . yg laen2 sumenye laki ; 3 adik , 3 abg

    sbb sy manje , abg2 sy la yg akn memasak kat dapur
    HAHA

    BalasPadam
  33. dulu tak reti masak..bila da duduk kat rumah sewa..baru berjinak2 nak masak..

    masak sangat seronok!...letak apa2 pun ikut gerak hati..best!

    BalasPadam
  34. peh!
    nasib baik gua reti masak..

    err..gua gadis ok!

    BalasPadam
  35. haha,
    ckp molek2 deh...
    aku pon ank bongsu...

    p/s: and aku x pandai masak..T_T

    BalasPadam
  36. sbenarnya prempuan suma tahu masak..cuma yang bezanyer diorang takut nak show kan talent diorang takut kena kutuk n perli n mber or famili sendiri nanti tak sedapla ape la....so biarlah yg sedap tu masak baru puas ati suma orang betul tak...?
    seperkara lagi nape asyik puan jer cakap tak pandai masak je low class tapi kalu lelaki tak nak jadi imam tak dipersoalkan...sedangkan itu lah perkara paling patut diutarakan...bukan diselatankan...

    BalasPadam
  37. Salam tuan tanah...Nice entry you have

    Memang la chef ramai lelaki...ikut dalam islam pon tugas memasak kat umah ade lah keje lelaki/suami. tugas pmpuan/ isteri perlu melayan suami dan menjaga anak-anak. Tapi oleh sebab da tradisi turun menurun pmpuan wajib tau memasak, so tanggungjwab memasak terus letak kat pmpuan. Sebab zaman dulu yg keluar mencari rezeki adalah lelaki dan pmpuan duk umah, so pmpuan kene la masak.
    But scenario had changed now. Pmpuan pon da kuar mencari rezeki. Tak dinafikan mungkin ni jadi faktor pmpuan tak tau memasak.

    tp selama ni kite membesar dgn masakan mak kan? Tak kisah la mak kite tu bongsu or anak sulong, die tetap masak utk anak-anak die.

    Pmpuan wajib tau memasak? Its very subjective issue.

    Pendek kate depend pada individu masing-masing...

    BalasPadam
  38. woahhh..jgn dikutuk ank bgsu itu okehh..sy xdigolg pmpuan sperti itu..sy pndai msk..plus,pnh msok skol msk memsk lagi..tp harusla,mskn emk d beshh..btw,sy uda rse keje chef2 ni..kbykkn chef laki krn keje msk2 ni agk brt lor..itu sje.. slmt ri rye.. :)

    BalasPadam
  39. sbnrnyer, pompuan ni ade 2 masalah samade die mmg xreti masak or die pemalas!

    kat umah aku, ade makhluk tuhan yg pemalas masak. padahal die reti masak. aku rajin masak, tp xbape teror. takat nk srh masak lauk harian cam kari ayam/daging, ayam merah, singgang, sayur2, sup, ayam masak kicap, ns goreng n seangkatan tuh.. wa no hal:P

    BalasPadam
  40. -aku sokong laki yg terer masak itu macho !!
    -pompuan x reti masak sangatla rugi!
    -jamie oliver adalah cikgu aku !

    BalasPadam
  41. Tak pandai masak tu tak jadi isu sebenrnya..
    Janji ada niat nak belajar..
    Tapi..
    Klu nak tunggu dekat nak kahwin baru nak belajar..
    Alamatnya makan nasi dengan lauk yang serba tawar lar..
    Practice,practice and practice..
    Later jdi perfect gak kan?
    Sikap malas ni tak bwk kemana pun..
    Ni apa yg aku rasa..

    BalasPadam
  42. its universal, xkira la siapa yg pndai msk pun
    lama² pun,
    setinggi mna jwtn dia pun,
    perempuan kena masok dapur jugaakkk :)

    BalasPadam
  43. wow....diskriminasi gender??haha.....mmg rmai gurl( especially adik aku) tak reti masak...masak nasik pown fail...konon nak jaga jari la...yeerr...tak faham aku ngan kaum aku nie...tapi, tak semestinya tak reti masak fail dalam bidng lain kan....contoh adik aku..masak memang fail..tapi bab hias rumah, wat decoration mmg terer...so, kadng2 nak masak nie pown perlu kemahiran gak...n perlu minat...kalau tak minat, per pown tak jadi...maybe skunk ramai laki yang minat masak...sebab tu la ramai laki jadi chef....tapi, terer mana pown chef tu, masakan mak sendiri gak yang paling sedap kan???haha....=)

    BalasPadam
  44. tp kkk aku dua org masak.. superb! sorg ske western sorg suke exotic. perut aku yg buncit akhirnya~ hahah

    BalasPadam
  45. aku cam pernah nampk aje tjuk cam nie time tu kau yg surh aku msak kan. ape aku jwb surh aje dia kan msak untuk kau. zzz . huhuhuhuhuhuhu.

    patutlh lain mcm aje kau tnya ari tu... buat survey yew untk entry nie.... salam aidilfitri...

    BalasPadam
  46. heloo??
    ibu aku masak men tabur2 je keh
    takde nak sukat2 pe jadah tu
    semua org puji sedap lagi

    aku pun masak men taruk je
    tapi tak la sesedap masakan ibu aku
    hahaha

    BalasPadam
  47. haha. i laughed reading this. baru je stumble upon this blog.

    eh i anak bongsu pun boleh masak lah. tp xla hebat. duhh. terasa okay dikata xreti. okay kebanyakan la kot yg xreti tuh.

    haha gonna post about this in my next entry :)

    BalasPadam
  48. "Rata-rata aku tengok gadis-gadis anak dara yang kebanyakkan tak reti masak adalah yang anak bongsu. Anak bongsu biasalah. Tak kisah la umur brapa pun mesti manja. Petik sikit dah menjuih mulut. Gurau sikit dah terasa. Suka sangat merajuk."

    whew~almost being heated up while reading this "fact".

    but it cools down when i think that maybe you always met girls behave like that. it seems like u still didn't met the true youngest girl that really doesn't have any of these "behaviors".

    ^-^

    BalasPadam
  49. ehem3...
    mr.K...agak2 la...
    ak pon anak bongsu gak..
    tp taw je masak...
    wpn x sesedap ibu2...
    huhu...
    janji ley la masak...
    x sumer anak bongsu gitu lor..
    bg yg da biase berdikari hidop sendiri reti jek...jus tamau tunjuk jek...huhu..

    BalasPadam
  50. pmpuan xreti memasak ats beberapa sebb
    **sebab bdasarkan fakta

    -pmpuan dari darjah 5 dah masuk skolah asrama,samapai tingkatan satu sampai tingkatan 5 kat asrama.abis skolah keje+ambk lesen+apply mcm2 kolej dn sbg ny.then smbung blaja (xd masa belaja memasak)kot blaja pn=lupe

    **sebab bdasarkan emosi

    -eleh.nak blaja masak bkn ny lama pon.nak masak for me xd gne skill.kalau air tgn tu sdap,masak ape pon sodap

    tq then,

    BalasPadam
  51. aku jugak antara gadis tk reti masak!

    BalasPadam
  52. laki jugak yg pandai masak
    kan kan?
    hehe


    nanti episod ke2 ku letak
    yg next ni blom lagi. huhu

    BalasPadam
  53. act,mmg btl laki lg rmai jd chef terkenal,tp ader sorg chef laki buat pengakuan,mknn y plg sdap dia pnah mkn.,mknn y istri dia msk.. laki msk dgn kesedapan.. pmpuan msk dgn penuh kasih syg :)

    BalasPadam
  54. assalammualaikum..terbuka blog ni tyme carik bahan wat assignment...then baca entry ni n some entry yang lain..gatal tgn nak mengomen..maaf kalau ada yg terasa dgn komen saya..cuma nak berkongsi pandangan..

    sy anak bongsu,pompuan lagi...tapi tak terasa dgn ayat kat atas..sebab apa..

    sbb kalau tgk..masak,keja rumah,semua benda tu siapa kena buat sebenarnya..?kalau ikut kalau dah rumah tangga..bukan perempuan tapi sbb perempuan ni masyarakat dah ada stigma kat perempuan...stigma apa..agak2 semua dah tahu..kenapa tak laki ada stigma tu..?sbb lelaki diangkat dlam masyarakat..perempuan ditepis ketepi..

    apa yang dibangga bila lelaki pandai masak..?tu kemahiran yang sapa2 pun boleh ada..equality..perempuan yang berjaya capai kerja/kejayaan cam laki pun ada jgk..jangan pandang sepi seorang perempuan...

    perempuan itu tulang belakang lelaki ...
    hidup lelaki itu jalan cerita perempuan...

    banyak lagi sebenarnya..tapi nnti panjang sgt takut ada orang yang marah..sekali lg maaf kalau saya terkasar bhs..

    BalasPadam
  55. salam..... nak tompang lalu rmai bnor yng mngomen nak komen jgak ah..
    sye yang trglong dlm klangn ank bgsu ingn mgatekan, bkan smuenye ank bngsu ni manje la, tk rti msk la.. sy tk pn.. tade la mnje, n tau jer msk.. huhuhuhu pcye atau tak ank yng ke2 bngsu lgi mnje dri ank bngsu tau.. tak cye? cbe tnye ank2 bngsu yng len..

    BalasPadam
  56. AIK siap ada pilih nyawa atu komen? means? urmm...komen je la kan..act mcm nih la sbnrnya camner pon kalau kata pompuan tak reti msk tp korunk kawin dgn pompuan gak kan...so sm la yg pompuan pon..takyah la petikaikan khbtn mcm tuh...mkn kt kedai mkn pon lau tak sdp telan gak kan..yg pntg kenyang kan:)) so tak yah debat2 hal mcm nih...dan aku sokong jek apa yg anonymous :-bd kamu bernas:*

    BalasPadam
  57. my mom msk xyh sukat2 pn..men msuk jek pe y ptot..then rse..amboi..statement mmg brni mti.. =p

    n ske y las commenter..laz2 laki kwin ngn pmpn jugk.. =p

    BalasPadam
  58. hahaha..
    sgt sarcastic bunyiknya..
    btw ak ank bongsu n mmg xreti masak (*malu an*)
    sbb mak aku kata blm smpi masa..
    haha..
    tp bg aku itu bkn alasan utk tdk turun ke dpur skali utk tolong mak korg masak okey. fullstop!
    at least klu mak korg xbg masak pon xkan xbg tlg masak. blh gak tgk cara + ingredient mcm mn nk msk n blh la guna bile duk umah sewa nnti.. (^_^)

    *p/s : kpd yg pndi msk, klu member nk bljr msk n 1st time mmg xsdp jgn kutuk. down tuh smgt.. chaiyok!~)

    BalasPadam
  59. emm walaupun sy nie bkan ar anak bongsu, tp sbagai ank tunggal ramai yg kate "ank manje senang xyah masak, nk semua benda bleh dpt punye.." wel, xsmua gadis moden zaman skrg x reti masak..pd sy msk nie penting utk kehidupan, lgpun sbagai ank tunggal sy je ar satu2nye yg leh tlg mak..so, thats why lah knape sy mmg mnat memasak n sy mule memasak tanpe pengetahuan mak mase umo 9thn..

    BalasPadam
  60. salam.
    sy nk comment psl chef2 kt dunia niyhh kebanyakan nyee lelaki.
    look.
    sedara yg berckap niyhh taw kew camner dunia masakan/dunia kerjaya sbg chef yg sebenar??
    its not easy like cooking at home ok.

    lebih ramai lelaki bekerja sbg chef sbb kudrat nyee besar.
    perempuan xkan larat.
    dan perempuan juga ade byk commitment laen(for married/mother).
    nk kena angkat periuk besar2, masak dlm kuantiti yg byk, keje rushing, lelaki lebih kuat melakukannya.

    i am in culinary art world.
    sy da pon alami dunia sbg chef.
    so i know.
    i bet u actually know nothing bout this.

    kaum perempuan pon mmg x digalakkan masuk dlm dunia chef sbb perlukan byk pengorbanan.

    so itu x bermakna perempuan zaman skang x pandai masak.
    perlu expossed kew kalo pandai masak??

    psl ramai 'awek muda' yg keje as waitress/cashier, biase lahh. in other part people would see it as 'pelaris'.

    so harap anda sume x underestimate kaum2 perempuan zaman skang.
    kalo nak jugak, pegi try keje kitchen kt mane2 hotel dlu.
    silap2 korg bole pengsan kt sane.
    =)

    *peace

    BalasPadam
  61. huhuhuhuh.....memang dah lama kte nk cr entri laki duk kata pompuan x reti masak ni...cme stakat ni x jumpa lagi..kre ko la org pertama yang nak kne tazkirah ngn kte...huhuhuh...
    x pe2...lexx luuuuuu.....wokeyh sbnrnya best gak entri ni..ye la..ada gak point nk sedarkan lelaki...cbe korang bayangkan,korang sebagai lelaki memang nak rasa air tangan isteri..itu kte x nafikan..tp korang penah pk x yang pompuan jugak nak rasa mcm mana si suami pandai mengimamkan si isteri dan kluarga...so...kesimpulannya..kaum lelaki perlu pandai jd imam n kaum pompuan kne pandai masak...bru fair...huhuhuh...

    BalasPadam
  62. penting sgt ke pndai masak..haihh..

    BalasPadam
  63. aku nak tambah
    kebanyakan gadisgadis ni tak pandai masak sebab
    MALAS dan TAK MAHU MENCUBA
    dulu aku pun tak tahu masak
    sebab takut cuba benda baru
    tapi bila aku cuba kuatkan semangat
    think positive
    aku cuba je semua resepi yang aku cuba
    lastly aku dah boleh masak macam
    bab MALAS pulak
    aku bagi contoh adik aku la
    dia memang malas
    apaapa pun malas
    dia tahu masak 1 kuih je
    karipap
    tapi kalau dia rajin
    sure dah berjenisjenis kuih dia tahu masak kan?

    BalasPadam
  64. (maaf guna 'aku' sbb nak rasa feel haha)

    ni aku nak cakap somethingyg mungkin agak pelik bg kau.family blh bapak aku ni mostly mmg well-educated la..msg2 pandai2 belaka.belajar pun kebanyakan uni luar ngra.sekolah pun SBP.tp satu je kurangnya,dorang SANGAT TAK MENITIKBERATKAN SOAL MENGAJAR ANAK MASUK DAPUR PLUS BUAT KEJE RUMAH.ada mak sedara aku ni bljr medic kat indon skrg ni tahun akhir.tp malang x pnh masuk dapur.mereka prefer berjaya dlm akademik compared dgn hal2 rmh ni.aku pun pelik.berbeza plak dgn belah mak aku ni,diorang kebykn bukan golongan pandai2.sekolah pun harian (termasuk aku!haha),kitorang standard bljr dlm ngara je.tp mak saya n adik beradik mmg pantang klu umur mcm saya (19 thn) x reti msk.bg mreka,mmg teruk kot dah nak kawen ni x rerti masak.adoi.klu blik kmpg,mmg kitorang x kan boleh msk dapur tmasuk kkk yg umur 24 thn.opah saya pnh tegur mak saya jgn bg sy buat keja kat rmh so that saya kena ngadap buku je..hahaha.sangat-sangat pelik kan??aku pun rasa pelik.bila balik kampung,rasa bes pun ada pasai blh cuti dari buat keja.tp sgt2 boring pasal dok sana mcm makan lepak makan lepak je.

    BalasPadam
  65. actually bukan ramai perempuan x tawu masak..cuma kami bukanlah pakar..Tapi sikit2 tu boleh la. Utk bg suami mkn mmg lepas kot insyaAllah

    BalasPadam
  66. baik..
    saya nak belajar masak lepas baca blog ni..^_^

    BalasPadam
  67. yeah ramai girl tk reti masak. macam mana nak jadi wife kan? but masak boleh belajar kan. how about you guys, reti jadi imam? to be imam need practice right? :) no heart feeling just thought. i like your entries. good to share esp for women :D keep posting

    BalasPadam
  68. ok, aku setuju bila anak bongsu memang dimanjakan sgt!Pengalaman aku n adik aku..
    Umo 5 tahun-"Dia kecik lagi..tolong laa dia"
    umur 17 tahun-"Dia kecil lagi..kesian dia..."

    Adoi, sampai bila ntah nak manjakan.

    BalasPadam
  69. to MR K..ur cerita memg xmasuk akal la...xder logik langsung..
    xleh buat panduan pun..hahaha..

    BalasPadam
  70. eyy mr k! dulu ber aku kau dgn milimilo. sekarang da ber saya awak. ^_^ ehem2, ada apa2 ke??? hahaha

    BalasPadam
  71. eyh mr k! dulu ber aku kau dgn milimilo. sekarang da ber awak saya ye??? hahaha. ehem2 ada ape2 ke??? xD

    BalasPadam
  72. mmg lah x dpat dinafikan bnyk chef laki kat dunia ni ...jrg pompuan..
    tp naseb bek aku bkn anak bongsu...
    selamat....papepon..ko punye blog mmg best..gempak gile...

    BalasPadam
  73. HAWA-nama aku pn pompuan!5 April 2011 pada 1:08 PG

    woi mangkuk!mulut busuk betoi la nk kutuk pompuan.nk kutuk pn bia b'ilmu ckit.ang ingt keja chef 2 kna pndai masak ja ka.buat pngetahuan ang, bapak aku chef.chef ni kna org yg kuat2 tau x.sbb keja ni ambik ms lama.guna tenaga byk.mmg sgt pnt tp bila blk umah,besa r laki kan.trus tdo.cuba klu pmpuan jd chef,blk umah ang ingt leh lentok ja ka.nuu,nk urus makan pakai ank2 lg.keja skolah depa lg.yg xpndai msk 2, ingt dan ka nk blaja.skolah mnengh dh duk asrama, pstu p u plak.pstu keja lg.nk harap duit gaji laki,hmm..tingtong!ingt zaman la ni ckup ka.ingt pmpuan xsuka ka duk umah goyang kaki.masak sat ja.tgk buku respi blambak.tp kami bkoban tau x.sbb xmo laki susah ati duit xcukup, nk bg ank2 idup sng.bangang betoi la ang ni.dak 5 taun suh masak.klu cmtu ang umo 7 taun p la keja.

    BalasPadam
  74. haha...mcm2 le en.k nih...frankly speaking,aku pon xpndai msk,,..tp otw blja,,klu nk rase mskn aku silakanlh...@_@'

    BalasPadam
  75. salam tuan tanah.
    ape ni der hentam dekat anak bongsu jak.
    saya anak bongsu.ok
    semua benda boleh, u cakap nak mkn apa..
    membe 2 i ada ramai anak sulung,tengah. ada juga langsung tak reti masak nasi
    i sebagai adik, rasa bangga doh. kakak selaku membe2 i x tahu masak.
    so, dun judge anak bongsu ja..ok my dear.

    and jgn la mention anak bongsu ja...
    anak lain ramai lagi. anak tengah, anak sulung, anak number tiga.
    chaio

    BalasPadam
  76. agak2 la budak 5 tahun belajar masak...haha. Let see,ramai perempuan tak pandai memasak, lelaki pun berapa ramai sgt la yg ada homemaking skills

    BalasPadam
  77. elo abang long..
    walaupun dinda anak bongsu, dinda gheti masak okeh! xleh tahan bab kutuk2 anak bongsu nih.. semua tu pitnah semata2.

    BalasPadam
  78. ok Mr.K
    wa ank bongsu n wa suka masak
    kenapa wa suka masak?
    sbb nk make sure ank2 wa nnt x lapar kt rumah
    n_______n

    BalasPadam
  79. hee~ btul pun..mmg majority perempuan skrg x reti msk sgt..tapi sye reti msk oke..
    kdg2 tue, pelik jgk d0rg nak mrh2 bila org kata x pandai msk..tapi x prnah la plak nk improve dri sndri bila org dh mengata..
    biasalah..mulut org kn..

    BalasPadam
  80. mane ade anak bongsu xpndai masak.
    pandai la...(based on experience)
    sbb slalu dibuli aka disuruh oleh abg2...adik bongsu mane bley buli sape2 dah..

    n most probably taw x org yg xpandai masak ni besenyer sbb mak dye suri rumah..n yg pndai msk ni sbb mak dye bekerja..

    n 1 more thing mane ade bongsu manje...luaran je dlman x..:p hehe

    BalasPadam
  81. well, kbykn cmtu ke?? sb yg d skliling sy sume ank bongsu rjin masak.. lbih rjin lg klo nk bnding kn dgn sy yg ank slung nih haha yg sy mksudkn are my friend n my own sis.. even mk sy sndri kta klo nk mntk tlg better ngn adk sy lg dr sy haha

    BalasPadam
  82. Aku pun anak bongsu gak..Dah la bongsu, sorang pulak perempuan..boleh je masak..tak semua anak bongsu tu manja..mak aku kata dia bagi aku markah 100% untuk masak. so aku dah boleh kahwin,..kahkah..gurau je ;)

    BalasPadam
  83. aku cuma nak remark, antara sebab kenapa kebanyakan chef adalah lelaki kerana banyak periuk belanga, alatan dapur dan barang-barang masak adalah berat-berat belaka. perempuan brutal saja akan jadi chef di dapur besar. sebab perempuan brutal ni selalu lagi hercules dari hercules. x percaya, cuba kaji. chef-chef perempuan yang comel atau lemah lembut cuma akan jadi chef selebriti atau chef untuk keluarga dia.

    harap anda mendapat sedikit pencerahan.

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.