Jumaat, 4 September 2009

Forwarded Messages - 4 (Hari Mencuri)

Ajarkan aku cara untuk mencuri hati gadis idaman...

Hari Mencuri Sedunia. Ni adalah forward msg yang lama dulu-dulu. Aku bet yang korang pernah terima forward msg yang bertulis pasal Hari Mencuri Sedunia.

So, aku hantar la kepada sorang kawan aku.

Aku : Jika hari ini adalah Hari Mencuri Sedunia, apa yang akan awak curi daripada saya?

Dengan lambat dan kereknya dia reply;

Gadis tu : Wei, sejak bila kau cakap guna saya/awak ni? Kau nak mengorat aku ke? Buang tebiat la kau..

Direct betul ayat dia. Aku sabar je.

Aku : Kau jawab je la.

Gadis tu : Marah pula. Ye lah aku jawab. Kalau aku, aku nak curi perut kau biar kau lagi kurus wahahaha.

Aku tak reply.

15 minit selepas tu.


Gadis tu : Apasal kau tak reply?

Aku :
Terasa doe.

Gadis tu
: Alaa. Kau nak mengorat perempuan kena lah kental. Mana boleh terasa-terasa ni. Hati tak boleh tisu. Haha.

Aku reply lagi.


Aku :
Isk. Ye lah tu. Hmm. Btw, kau tak nak tanya balik ke apa yang akan aku nak curi dari kau?

Gadis tu : Nak kena tanya ke? Tak nak lah. Nanti confirm masuk blog kau. Kan? Hahaha.


Underoath versi melayu. Ala-ala janji melayu.

Aku : Tanya je lah. Aku tak masuk kan dalam blog aku punya lah. Aku jamin.

Gadis tu
: Betul tak masuk blog?

Aku : Betul. Tak masuk punya lah.

Gadis tu :
Okay-okay. Aku tanya ni. Jika hari ini adalah Hari Mencuri Sedunia, apa yang akan kau curi daripada aku?

Aku : Aku curi kau la. Aku culik kau. Aku sepak-sepak kau. Aku kerat 18 kecik2 tinggal badan dan kepala kau. Then aku jual kat Thailand kasi kau jadi pengemis kat sana. Kaki dan tangan yang aku kerat 18 tu aku suruh roomates aku goreng masak tepung and bagi kat jiran-jiran rumah kau. Biar padan muka kau.

Gadis tu :
Ahak. Marah gila ye kau. Tak kan terasa lagi kot. Hahaha.
Janji lelaki jangan dipercayai sangat. Tapi aku lain.

Aku : Ish. Mana ada terasa. Aku kental beb. Mana main hati tisu ni.

Gadis tu : Haha. Dasar lelaki ego. Eh. Kau janji tau tak masuk blog apa yang kita cakap ni. Janji kan?

Aku : Ya. Aku janji.

Aku boleh dengar dia sebut "Tak guna punye Khairul!" takala dia membaca blog aku ini walaupun dia berada di Kuantan dan aku berada di Melaka. Cara kami bergurau memang ganas dan manja kan? Kejam tak terkecuali.

17 ulasan:

  1. bila dah gaduh2 nanti lama-lama rindu...

    BalasPadam
  2. tak baik tipu weih..
    tp agak lawak la duk baca..
    hahahaha..

    BalasPadam
  3. @Akhis - Tak juga. Dia memang dah tahu aku akan tipu dia bila aku sebut 'janji melayu'. =)

    BalasPadam
  4. i rindu xbf i!!!MERO!!!

    slalu gadoh..lama2 ryndooo!!!

    huhu~

    BalasPadam
  5. @enyheartsdiamond - Aku rasa dia tak dgr kau jerit =(

    BalasPadam
  6. kau mungkir janji terhadap gadis itu. hoho.

    however, sweet :)

    BalasPadam
  7. cute la weh..hahhaahah...

    adakah gadis itu yg ko pnah suka??or maybe ko mmg suke die samapi la skang ni..heheh..adakah??adakah???

    btw..pnah gak dpt msg mcm ni..

    BalasPadam
  8. oke...skrg ak agk meragui stetmen ni

    'Janji lelaki jangan dipercayai sangat. Tapi aku lain.'

    haha...conclusion..sume laki x leh dipercayai ?!

    BalasPadam
  9. gelak sorang2 bce entry nih..haha

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.