Memaparkan catatan dengan label Top Boy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Top Boy. Papar semua catatan

Rabu, 13 Februari 2013

Drama Twitter : Bash Dia! Bash Dia!

Assalamualaikum w.b.t


"Hello gadis-gadis comel, berkaca mata serta kesunyian sekalian. Whats up?"

Baca baris pertama di blog tu pun dah cukup membuat dia menyampah. Dia gerakan mouse dan menekan punat "Close". Dia menghempaskan diri di kerusi malas. Dia mengeluh kesal. Kesal dengan diri dia yang tidak seperti manusia normal. Mungkin ramai tidak perasan bahawa dia agak berlainan tapi setelah lebih dua puluh tahun hidup sebagai seorang lelaki yang setinggi galah, dia akur dalam kecewa.

"Tak guna punya katil. Tak boleh ke kau dicipta panjang sikit? Asal aku tidur je, mesti kaki akan terlunjur keluar." Bentak Yierkif yang memang dah moody sejak dua hari lepas.

"Babe. Relax la babe." Tetiba Nuyul datang entah dari mana. Dia masuk ke dalam bilik Yierkif sambil mambawa segelas minuman Coco panas.

Yierkif menyahut minuman tersebut walaupun tidak dihulur.

"Kau jangan kata macam tu babe. Kau patut bersyukur kau dilahirkan panja--"

"Tinggi!" Yierkif memotong.

"Ya, tinggi. Kau patut bersyukur kau dilahirkan tinggi. Ramai gadis diluar sana suka jejaka tinggi tau babe. Kawan-kawan aku semua crush kat kau babe. Kau cuma tak perasan je."

Yierkif hanya diam. Dia tahu dia hot, ramai gadis mahukannya. Tapi itu bukan persoalannya. Memarah kepada ketinggian hanyalah distraction je. Apa yang dia kecewa sebenarnya adalah tentang dunia satu lagi. Ya, dunia Twitter. Dia teringat lagi perbualannya dengan Leplep.

"Lu relax la bro. Biasa la tu kena bash dengan budak-budak Twitter. Gua dah kabor Twitter sekarang dah tak selamat. Hari-hari ada je orang kena kutuk dan kena maki dengan warga Twitter" Kata LepLep sambil terus berBBM dengan beberapa gadis yang tidak dikenali.

"Aku tahu. Tapi apasal aku jadi mangsa bash? Kenapa bukan budak-budak sekolah yang sibuk tweet dengan anak panah tu? Or kenapa bukan budak-budak Twitter yang bajet alim tweet konon Islamik guna fake account Ustaz Don dan Ustaz Azhar Idrus tu?"

Jari-jari LepLep berhenti menaip di BlackBerry Z10. Dia mengangkat kepala sambil memandang Yierkif. Matanya memandang dalam; Dalam ke dalam mata sahabatnya itu.

LepLep meletakan BlackBerrynya di tepi kerusi. Dia bangun, berjalan sedikit kehadapan dan membelakangi Yierkif. Dia memasukan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar. "You been bashed, because you are just at the wrong place and the wrong time, buddy." Kata LepLep sambil mengalih pandangan ke arah awan yang berarak mendung kelabu. Pilu.

Yierkif hanya diam. Dia tahu apa yang Leplep cakapkan itu adalah benar, tapi... Hey, siapa tak pernah hidup dalam denial kan?

"Tak semua orang bernasib malang dan tak semua orang bernasib baik, Kif" Sambung Leplep lagi. "Lu tengok Mr Kay The Other Khairul tu. Dia hari-hari mengata perempuan. Tapi tak kena bash pun? Lu agak-agak kenapa? Sebab belum masanya lagi. Tu belum kira dia bajet tahu semua fakta pasal perempuan.  Tak lama lagi kena la tu."

Yierkif terus terdiam lagi.

"So apa yang lu perlu buat, adalah stay cool." Sambung LepLep mematikan bicara.

Lamunannya terhenti apabila dia mendapati minuman Coco panasnya telah menjadi sejuk. Dia lantas bangun mengambil kunci kereta lalu bersiap untuk mencari tempat mengisi perut. Perut yang dah lama meminta belas kasihan.

Restoran Haji Ahmad kekurangan pelanggan seperti biasa. Mungkin disebabkan servis yang teruk, harga yang mahal dan tempat yang kotor, ramai mengambil keputusan untuk tidak makan disitu. Tapi mana-mana restoran Mamak pun moslty kotor, mahal dan servis teruk (Order ais kosong, esok pun belum tentu sampai).  Tapi, masih ramai yang sukakan restoran Mamak. Pelik kan?

"Yo Kif!" Tegur Adib dari jauh.

"Sup bro?" Kata Adib lagi sambil mengangkat tangan.

"Sup." Yierkif menyapa sambil lewa. Banyak dah dia dengar cerita pasal budak ni. Dan yang paling terbaru, dengar cerita dia in relationship dengan artis memerangkap ustazah yang obses dengan politik.

*Bro-fist*

"Lama tak nampak kau, bro. Kau buat apa sekarang? Dah kerja eh?"

Yierkif menarik kerusi dari meja sebelah dan terus duduk. "A'ah. Aku dah kerja. Kerja gomen je."

Yierkif mengeluarkan e-cigg dari dalam poketnya. Ramai tak tahu e-cigg sebenarnya hanya haram di jual by internet or orang persendirian. Kalau beli kat farmasi dan pengeluar perubatan, boleh je.

"The hell man. Kerja gomen? Sejak bila kau jadi orang UMNO ni? Come la on bro. Zaman sekarang mana ada dah orang yang support government."

Pandangan Yierkif ditujukan lurus mengadap kaca TV. Astro mamak yang suck yang menayangkan cerita yang sama beratus ulang kali. Even kalau sesebuah filem tu anda dah tengok kat wayang mahupun BlueRay, tetap rasa nak tengok bila ditayangkan di mamak.

"Aku bukan support la. Aku kerja je. Offer dia nice. Gaji pun nice. Rugi la tolak." Yierkif menjawab dengan malasnya.

"Tapi bro. Tunang aku cakap haram kalau kita support kerajaan. Gaji yang kau dapat tu belum tentu halal. Sedikit sebanyak ada haram. Macam ASB juga. Macam saham juga. Benda tu haram." Dengan semangat Adib menerangkan kepada Yierkif. Mungkin dia berharap Yierkif akan setuju dengan pandangan dia. Biasa lah manusia yang rata-rata Melayu ni, pendapat orang lain adalah tentu sekali salah kalau tidak selari dengan pendapat sendiri, bukan?

"Fatwa mana kau dengar ni? Tak semua haram lah. Kau ni balik-balik haram." Dah la di dunia Twitter kena bash. Di dunia nyata pun kena bash jugak. Bengang betul Yierkif.

"Gini. Cuba kau tengok Mee Kari ni. Mee Kari ni halal tak? Halal. Tapi kalau aku letak sebesar zarah lemak babi, pastu aku kacau-kacau, dia jadi haram tak? Haram. Macam tu la juga dengan sistem kat dunia ni. Kalau ada sedikit je benda haram, semuanya akan jadi haram. Contohnya, duit pelaburan, dividend ASB, Takaful tu semua haram."

Yierkif masih tekun mengarah pandangannya kepada kaca tv. Siaran telah bertukar kepada Isu Semasa. Beberapa kanak-kanak pra sekolah #TeamSuzuran dan #GangFederroza ditangkap akibat perbuatan tak senonoh - Berkhalwat di khalayak ramai. Dah banyak dah kes pasal #TeamSuzuran dan #GangFederroza ni masuk berita. Last time dengar cerita, dieorang ditangkap sebab terkinja-kinja dengar lagu Justin Bieber.

Adib menarik nafas. Kemudian mengeluh setelah melihat seolah-olah tidak mendapat respon yang diharapkan daripada Yierkif.

"Macam cinta juga, Kif. Cinta tu benda yang suci. Tapi sedikit sebanyak, mesti ada nafsu. Even sikit, ianya tetap haram walaupun dilawan. Thats why lah bercinta tu haram. Kau kena faham konsep ni. Apa-apa perkara yang ada sikit benda haram, akan menjadi haram secara keseluruhanya."

Yierkif memandang budak di hadapannya itu dengan pandangan pelik. Minat terhadap berita merapu yang ditayang di kaca tv telah completely hilang. "Ilmu mana kau belajar ni? Macam mana kau boleh samakan pengharaman duit dengan pengharaman makanan? Cuba kalau aku curi RM5 dari fakir miskin. Selepas tu aku bank in duit tu ke dalam account bank kau; resultnya semua duit dalam bank kau jadi haram la ye?" Balas Yierkif dengan rakus. Dia tahu perangai Adib ni. Pesen perangai belajar fatwa kat Twitter, Facebook dan internet. Entah-entah, pegang babi dan anjing pun dikatanya haram.

Adib terdiam. Dia mengetap bibir tanda geram.

"Kau ni menjawab la Yierkif. Menjawab." Bentaknya sambil berdiri. "Ni la pesen orang remaja zaman sekarang. Suka sangat menjawab."

Yierkif ditinggalkan begitu sahaja. Dia kembali menghisap e-cigg. Dia sangkakan melepak di Mamak boleh menghilangkan tension. Tapi dia silap. Rupa-rupanya perangai reka fatwa sendiri bukan hanya wujud di twitter, malah dunia sebenar.

Dia menyandarkan badannya ke kerusi yang separa senget. Asap rokok palsu dilepaskan. Dia memandang ke meja sebelah. Ada seorang gadis comel. Dia kenyitkan mata. Kenyitannya dibalas dengan senyuman manis.

"Damn, I'm hot."



Isnin, 12 September 2011

Sebenarnya, Apa yang Gadis Malaysia Nak Dari Jejaka Malaya?

Assalamualaikum


Heyyo gadis-gadis manja dan jejaka kacak sekalian. What's up?

Aku sebenarnya jarang gila jawab soalan-soalan di formspring. Bukan sebab bosan dengan formspring (actually bosan la juga sikit-sikit) tapi sebab utamanya adalah sebab aku bosan dengan soalan yang sama di formspring. Aku tak salahkan orang yang asyik tanya soalan yang sama. Tapi aku salahkan geng formspring yang tak wujudkan fungsi 'Search' di formspring. Aku pernah hantar email suggest supaya dieorang buat fungsi search ni. Tapi.. Entah lah. Reply yang aku dapat macam nak tak nak je di tulis.

But then, semalam (Hari aku tulis entry ni) aku tidur awal. Aku tidur dalam pukul 11 malam dan bangun pada pukul dua pagi. Dah bangun tu tak boleh tidur. So, aku buat lah sedikit homework. Bila dah siap homework tu, entah kenapa aku rasa macam nak jawab soalan di Formspring. Dan masa jalan-jalan di formspring aku, aku jumpa satu soalan yang agak menarik. Soalannya adalah :

"Girls, please drop by your opinion; What do you want to find in man? Please describe it just only in one word. :)"

Actually aku dah lupa siapa yang tanya soalan ni sebab ada beratus soalan lain. So, di sebabkan aku ni bukan girl (Well, obviously), aku pun forwardkan lah soalan tu ke follower formspring aku sebab aku dapat sense-sense yang 90% dari followers formspring aku adalah perempuan.

So, korang tahu apa jawapan yang aku dapat? Ya. Tengok below.










However, yang atas tu antara sedikit yang aku dapat. And ada banyak lagi jawapan yang aku terima. Dan aku rasa, jawapan-jawapan di bawah ni sure at least mewakili sebahagian dari you girls semua kan?

Keimanan (Agama)
Aku rasa antara top jawapan yang aku terima adalah keimanan. Well, aku rasa girls akan aummmm kat lelaki yang ada pengetahuan agama yang tinggi. Dan itu juga termasuk dengan level keimanan. Nak-nak bila lelaki tu boleh jadi imam. Jadi pulak imam kat masjid. Perh, sure awek-awek kat masjid cair dengar bacaan ayat Quran. Kalau macam ni, sure penuh je masjid dengan awek-awek comel. But, really? Really? Sebab, aku rasa girls lebih tertarik kat bad guys. I mean, yeah. Girls lebih sukakan lelaki yang moderate kat semua benda. Moderate dan seimbang antara ke-aliman dan fun. Too baik adalah membosankan sebab bad boy adalah lebih funnily-naughty and girls susah nak bosan dengan boys yang macam ni.

But still, rasanya dah ramai girls dah fall in love kat jejaka yang masuk program Imam Muda kan? Even dieorang dah kahwin.


Sense of Humor (Kelakar)
Korang cari la mana-mana lelaki di seluruh dunia. Tak kira lah lelaki tu handsome ke tak, kaya ke tak or apa-apa je la. As long dia tu funny dan ceria dan funny dan ceria, sure ramai gadis akan senang berkepit dengan dia. Nak ajak keluar pun best. Kan? So yeah, this is the wall-killer untuk pintu hati gadis. Aku rasa gadis-gadis di seluruh dunia tak boleh resist jejaka-jejaka yang funny kan? Kalau tak, tak adalah my Rafidah Ibrahim boleh fall in love kat mamat Raja Lawak tu kan? Kan? Isk. Isk.

Secure & Setia
Pergi mana-mana, ada je isu lelaki tak setia. Pergi mana-mana, ada je isu kata lelaki curang. I have no idea why. Tapi rasanya lelaki dan kecurangan ni tak boleh di pisahkan. Sebagai contoh, look at me. I am with Lisa Surihani and Fazura at a time. Tapi korang ingat lelaki je ke yang main curang-curang? Habis tu, Lisa curang dengan I and lari ke Yusry KRU apasal?

Actually, isu curang ni kebanyakkanya berlaku tanpa sebab yang solid. Kadang-kadang, masa duduk dalam train, terjumpa awek comel. Akibat bosan, test-test la flirt dengan dia. Dah syok flirt tu, tetiba datang pulak perasaan suka. Tup tup, terus ajak couple. And for certain reason, ada gak yang curang sebab dah tak serasi dengan pasangan dia. Sebelum jadi kekasih, rasa syok. Selepas dah bersama, asyik bergaduh je. Pulak tu, masa tengah bergaduh, datang pulak awek comel lain yang layan dengan lebih sweet. Sure curang punya lah.

Sebab tu lak perempuan kalau boleh nak je lelaki yang setia. Bila lelaki tu ada rekod sebagai seorang yang setia, surely si gadis akan rasa secure. Secure lak, bukan secure kat kesetiaan je. Ada banyak lagi jenis secure. Ada secure dari segi hubungan sepergi no LDR, no kerja lewat malam dan etc.

Romantic


Pernah tak korang baca entry yang di tulis oleh awek aku yang bernombor er.. erm... 17? Ya, dia ada tulis tentang Girl's Talk. Tentang apa yang girls borakkan sesama mereka tentang lelaki. Dan antara pointnya adalah tentang keromantikan jejaka tersebut. Sebab tak kisah lah seganas mana pun si gadis tersebut, dieorang still sukakan lelaki yang sweet. Tak perlu romantik-romantik macam dalam cerita Korea (Yang not exist) tapi kalau sweet-sweet talk tu rasanya most of gadis sure cair nak-nak yang yang ucapkan tu adalah si jejaka yang dia minat.

Tapi kan, seriously ada banyak je perempuan yang amat anti dengan jejaka yang romantik. Aku pun tak tahu kenapa. Geli mungkin?

Manly
Apa maksud manly di sini? Adakah badan berotot-otot kental itu manly? Or kalau badan tak ketul-ketul tu maksudnya tak manly? Well, dari apa yang aku perasan, amat amat amat amat banyak perempuan yang geli tengok badan lelaki yang berotot. Yea seriously. Bagi mereka, lelaki yang badan berotot banyak then pakai baju ketat tu adalah amat menggelikan. Macam gay.

Tapi make sense what. Lelaki bina badan suka pandang cermin and tengok bentuk badan sendiri. Bila pergi internet, google gambar lelaki yang berotot sasa sambil puji-puji. Then dalam bilik, tampal poster gambar lelaki yang menang juara bina badan. Then hari-hari pandang poster lelaki separuh bogel tu. Agak-agak lama-lama boleh jadi gay tak? (Troll)

Apa yang aku maksudkan dengan 'Manly" adalah dari segi action. Which is bersukan. Bersukan yang lasak cam rugby or bola sepak. Iye lah masa main tu, ada orang tackle kaki. Terus jatuh bergolek. Luka sana sini. Hidung berdarah. Tapi relax je terus bangun then sambung main. Bila gadis-gadis tengok, sure akan jadi macam "Auuummm." Manly habis.

Jujur dan Iklas (sincerity)
Aku tak brapa tahu apa yang dia maksudkan dengan sincerity ni. Adakah gadis-gadis di Malaysia sukakan lelaki yang jujur dan iklas tanpa melihat keperibadian?

"A lie is just a great story that somebody ruined with the truth" - Barney Stinkson

Tapi bila di fikir-fikirkan balik, aku rasa aku tahu kenapa perempuan sukakan lelaki yang jujur dan iklas. Ya, sebab perempuan amat pantang dengan lelaki yang menipu even benda-benda kecik. Playboy UniKL yang bernama Laloq (Bukan nama sebenar) pernah bagi tahu aku:

"Kau tahu, kalau kau tipu perempuan even pasal benda-benda remeh, sure perempuan tu akan benci gila kat kau. Contohnya, ada perempuan nak pinjam pen. Tapi kau kata kau tak ada pen. Then once dia tahu yang kau tipu kat dia, sure selepas tu dia akan blacklist kau."

So boys, apa lagi? Tonton citer Desprate Housewife dan CSI banyak-banyak. Nanti kalau nak tipu awek-awek dan skandal, sure pandai cari trick, alasan dan alliby.

Tahu.
Tapi kan, out of all jawapan di atas, ada satu jawapan yang aku amat tertarik. Dan jawapannya adalah TAHU.



Satu ayat yang paling aku suka sebut ialah.... Yeah, tak kisah lah apa ciri-ciri jejaka / gadis idaman korang. Once korang dah jatuh cinta kat dia, semua ciri-ciri idaman tu korang dah tak akan pandang. Sebabnya, bila korang suka kat someone, segala perangai dia korang akan rasakan comel. Kan?

P/S : Rasanya tak ada kot lelaki yang ada semua ciri-ciri di atas. Kalau ada tiga pun, untung laaah.



Khamis, 20 Januari 2011

Surat Untuk My Future Son(s)

Assalamualaikum


Dear Son(s)

Due to the activeness of your mother and I, maybe, you gonna have a lot of brothers and sisters. If that burdens you like hell, I am so sorry for it. Well, your mother and I is completely in love and 'that' is completely out of our control. Lagi pun, Mama kamu comel sangat. So, setiap hari, malam pertama lah jawabnya.

Dear Son(s)

Tahukah kamu bahawa kaum kita adalah amat tidak boleh dipercayai? Dengan itu, sila lah perhatikan adik-adik perempuan kamu. Jangan sekali-kali kamu bagi mereka keluar dengan mana-mana lelaki bullshit. Kalau nak keluar juga, pastikan bukan berdua. Kamu sebagai abang, kamu mesti ikut dieorang. Perhatikan that guy. All the time. Non stop. Not even a second. Dan pastikan yang kamu sentiasa membawa baseball bat bersama. Just in case.. You know...

Dear Son(s)


Jangan menonton video lucah. I know. I know it is good and everybody watching it. Tapi, apa salahnya kalau kamu boleh jadi seperi Papa yang tak pernah menonton citer blue. Ingat best sangat ke tengok cerita macam tu? Balik-balik buat benda sama. Balik-balik buat benda sama. Bosan betul. Tak ada perkembangan langsung. Kan?

Dear son(s)

Papa berharap, bila besar nanti, kamu akan jadi baik macam Papa. Papa baik tau. Dah la baik, setia pulak tu. Dengan itu, jikalau kamu nampak gadis-gadis comel yang tunggu bas di waktu yang panas, apa salahnya kalau kamu tumpangkan dia sekali. Kalau dalam bas dan kamu ternampak ada gadis comel tengah berdiri, apa salahnya kalau kamu menyuruhnya untuk duduk di tempat kamu. Kita sebagai makhluk unik, limited dan terpelihara, kita mestilah tunjukkan teladan terhadap kaum-kaum yang satu lagi tu. Maklum lah, kaum satu lagi tu lembik. Tapi comel. Yeah I know. I like it.

Dear son(s)

Girl-girl zaman Papa tu semua berjenis-jenis yang ada. Zaman kamu Papa tak tahu lah pula. Tapi, Papa harap kamu pandai-pandai lah pilih isteri-isteri kamu. Yang suka main tepung di muka (make up 5 inci) tu, awal-awal kamu reject lah. Kamu mesti tak nak kahwin dengan perempuan bertopengkan tepung kan? Tau tak tepung tu lama-lama jadi apa? Ya, jadi daki. Kamu tentu tak nak kahwin dengan gadis banyak daki kan?


Kalau kamu nak keluar dengan mana-mana awek pun, tak der hal. Papa on jer. Tak kisah pun. Nak Papa teman kan pun tak apa. Tapi dengan satu syarat. awek tu mesti bukan murah lagi bukan mudah di dekati. Cari lah awek yang susah nak tackle sikit. Baru lah ada adventure. Tengok macam Papa. Ingat senang ke nak tackle Mama kamu tu? Susah tau. Maklum lah, Mama kamu tu artis. Berlakon dalam Adamaya. Dah lah berlakon, jadi duta Lip-Ice-Mentolatum-what-I-have-no-idea pulak tu. Memang banyak ah saingan Papa. Tapi Papa stready je. Papa relax-relax je.

Dear Son(s)

Cuba kamu bayangkan. Ingat best ke bila kita nampak awek yang comel, then kenyit-kenyit sikit dah dapat no phone. Tak ada adventure langsung. Mesti cepat bosan. Bak kata orang, tak ada drama. Well, ingat pesan Papa. "Cinta; susah datang, susah pergi." So, kalau nampak awek yang priceless tu, jangan cepat give up. Perempuan ni biasalah. Suka jual mahal. Bajet ah nak tengok kesungguhan si lelaki. Kang sekali lelaki tu give up, mula lah si perempuan menangis tanpa sebab. Mengada-ngada.

Oh oh lagi satu. First date, kena buat kat rumah. Papa nak buat audition untuk dia. Kalau tak cukup comel, Papa reject.

Tapi, andai kata kamu dah ada awek(s) comel, then kamu jumpa awek yang lagi-lagi comel dan muda. Please. Please lah jangan tamak. Ambil satu dua awek cukup lah. Yang selebihnya, hukur-hulurkan kan lah kat Papa. Anak Papa, kan?



Khamis, 24 Jun 2010

Rampas Awek Kawan (Bro Code)

Assalamualaikum


Lately, aku perasan ramai yang bertanya sebagai anonymous di Formspring aku. Tapi aku suspek yang bertanya tu kebanyakkannya mesti perempuan. Sebab kalau bukan perempuan, maksudnya dia gay. And mungkin geng perempuan ni segan kot-kot lah kan kawan mereka ada nampak. Ye la, kalau orang baca yang dia tengah tanya soalan pasal boys, mesti malu kan. Well biasalah, girlsss *rolling eyes*. Hihi.

But hey, ada yang 'bertanya' aku pasal Bro Code. I mean, kalau lelaki di panggil Bro Code. Kalau perempuan di panggil Girl Code. Something like that.

Here is the 'question'

Apa pendapat kau bila kawan baik ko, mengurat orang yang ko suka? Tak ke ko rasa macam dia dah langgar brother code? Padahal dia dah tahu yang aku suka kat awek tu. Pastu dia pulak yang sibuk mengurat. Awek tu pulak layan je. Antara kawan dan awek, mana kau pilih?

Actually, dari dulu sampai sekarang, ada satu style yang budak-budak lelaki amal kan yang berbunyi :

Seorang lelaki tak boleh mengurat seseorang perempuan tu kalau: Your Bro specifically told you he wanted her. Atau dengan kata mudah, bila ada kawan kau, bagi tau yang dia suka kat awek tu.

Aku tak pasti benda ni ada dalam buku Bro Code atau tak. Aku baru je download tadi, tapi tak habis baca lagi. Buku dia simple. Tak meleret-leret.


Benda ni aku dah perasan masa aku semester satu lagi. Masa ni, memang ramai la lelaki mesej budak-budak perempuan satu orientasi, kuliah dan etc. Biasalah, mula-mula kenal cinta pandang pertama la kononnya. Padahal nafsu kat perempuan lawa. Then then then, bila kawan declare yang dia suka kat seseorang gadis dan sedang dalam proses mengurat, kawan-kawan lelaki dia yang lain akan automatik back off. Ye lah, mamat tu cakap yang dia suka kat perempuan tu je. Bukannya perempuan tu dah jadi isteri dia dan belum tentu dia dapat awek tu. But still, that is how budak-budak lelaki jalankan hidup.

Dan, korang (lelaki) pun mesti bengang kan kalau kita dah mark someone, tapi member kita rampas. Tapi, kalau ikut logik kita tak ada hak langsung untuk mark seseorang. Apa ingat perempuan ni barang ke nak main mark-mark? (Perh, first time Mr K back up perempuan).

Serta, lagi pedih kalau kau suka kat awek tu, then awek tu reject kau, tapi terima kawan baik kau.

Actually, aku pernah sound kawan aku sebab dia nak 'berkenalan' dengan gadis yang aku suka. Dan hingga sekarang, aku rasa tu adalah antara benda yang paling bodoh yang aku pernah buat. Dan bila aku fikir balik, aku akan kata "What the fuck i was thinking?".

Okay, after all apa yang aku tulis kat atas, agak-agak korang, mana penting, awek dan kebahagiaan anda atau kawan-kawan? For me, I go for kawan-kawan. Sebab korang bukannya tahu pun awek yang korang dok usha tu jodoh korang ataupun tak.



Aku ingat lagi Black pernah bagi tau aku. Oh, Black adalah ex micet. Rashdan selalu kata yang Black adalah lagenda Micet. Tapi sekarang ni dia dah pindah ke Shahputra. Dan Black pernah bagitahu aku "Kalau kau suka kat siapa-siapa, kau mengurat je. Peduli lah apa orang akan buat dan kata. Nanti awek kau juga yang kena jaga kau, bukan dieorang." Walau pun dia tak handsome, awek dia bersepah. Mungkin sebab dia terrer main ragby.

Tapi, andai kata korang in a very serious relationship which is korang serious akan terus bawak masuk meminang awek korang serta jadikan isteri, then its worth it kalau hilang sebahagian dari kawan-kawan. Isteri yang baik /Jodoh susah nak cari. Tapi kalau setakat couple baru satu hari pastu tukar status facebook kepada married baik tak payah.

Ingat senang ke nak cari perempuan yang match dengan perangai lelaki yang pemalas? Dan ada yang sampai sanggup mati kerana awek. Ada yang sanggup mati demi kawan? Bagi aku, kawan amat-amat penting dalam hidup. Tapi, selepas kahwin, kawan hanyalah 5% (dan mungkin kurang) dari hidup korang. Selebihnya, adalah, kerja, kerja, kerja, kerja, kerja, jaga bini, buat anak, buat anak, jaga keluarga, buat anak, kerja, kerja, kerja, kahwin lain, kerja, kerja, kahwin lain, kerja dan macam-macam lagi. Kenapa kawan adalah 5% selepas kahwin? Sebab kawan korang pun kena kerja, buat anak, jaga bini, dan kahwin lain jugak. They are going to have their own life. Diaorang tak akan ada masa untuk korang. Tak percaya, try tengok ayah korang. Dalam satu bulan, berapa kali diaorang jumpa and lepak-lepak dengan kawan-kawan dia selain office-mates dan jiran tetangga? None. Setahun sekali mungkin. Tu pun masa raya. Tu pun belum tentu.

Who cares about who you are dating with? Kau suka kat awek kawan kau, go grab it. Kalau kau suka ex gf kawan kau, go for it. Tak ada istilah perampas dalam hubungan. Melainkan kalau kau goda isteri orang.

Dan jangan fikir sangat pasal love-love ni. Hey, what is love anyway?

Apa yang aku nak cakap adalah; Don't give a shit to Bro Code.


Ahad, 16 Mei 2010

Taste Lelaki Bukan Perempuan Seksi.

Assalamualaikum

Touche'

Hari tu, aku round-round blog music Indonesia. Sebab aku nak cari lagu untuk di kasi kepada gadisku yang merajuk. Ya aku memang suka buat gadis merajuk. Tapi kalau yang sorang ni merajuk, mesti nak kena pujuk. Penting untuk masa hadapan.

So, masa cari-cari tu, aku jumpa satu lagu dari band baru yang bernama Bite. Tak boleh blah lagunya adalah bertajuk Semua Suka Wanita Cantik. Dan dari tajuk tu, aku teringat kata-kata Eldy di blognya mengenai perempuan seksi. So, entri ini adalah olahan dari dari blog beliau.

Well, kebanyakkan lelaki memang sukakan gadis seksi. Nak-nak bila gadis tu gadis yang ‘miskin’ (pakai baju adik) yang baju saiz 2 tapi badan saiz 5. Tak pun yang pakai skirt yang singkat. Tak pun... alah, senang-senang pergi la mana-mana shopping mall then talakan la mata tu kat gadis-gadis cantik. Nak lebih lagi, pandang amoi. Memang perh. Tapi, tahukan anda bahawa lelaki akan hanya cakap “perh!” pada pandangan pertama je?

Gadis seksi tentu sekali boleh tarik pandangan mata lelaki. Advantage pulak bagi gadis yang ada wajah yang cun. Tapi jangan salah sangka. Lelaki hanya lah berminat dengan luaran anda ya para gadis seksi. Kalau korang nak tahu, berapa peratus kaum we all (lelaki) yang nak cari awek / bakal isteri yang seksi? I can say... it’s almost 5%. Why?

Try fikir yea. Anda adalah lelaki handsome. Eh tak. Anda adalah lelaki tak handsome. So awek anda adalah seksi + lawa (majority lelaki tak handsome dapat awek lawa). So, bila awek anda seksi, akan ada ramai lelaki pandang hot-hot spot yang terdedah tu. So, apa perasaan anda bila ada ramai lelaki lain pandang badan awek anda?

Ya. Anda fikir boyfriend(s) anda suka ke kalau ada lelaki lain pandang bahagia-bahagian hot awek mereka? No.

Eh, i mean... Hell no!

So-and-so

So, dengan memakai seksi, memang boleh menarik mata lelaki. Tapi at the end, anda akan di mark sebagai perempuan murahan kalau terlampau seksi. Dan paling jauh pun, lelaki hanya akan mintak no telephone anda yang sexy untuk ber-geli-geli. Nak buat bini? Tak payah berangan lah anda. Tak percaya, tanya mana-mana lelaki dengan ayat “Kalau ada perempuan bogel depan u, and ajak kahwin, u terima tak?” Lelaki tu pasti akan menjawab tak. So kenapa lelaki suka pandang hot spot gadis? Well, ianya adalah kerana peribahasa “rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari. Nak-nak, show free.”

So, kalau anda mengharapkan suami or boyfriend(s) yang baik, pastikan anda tak menarik lelaki dengan pemakaian yang seksi. Lagi pun, anda tentu tak suka kan lelaki yang kahwin dengan anda semata-mata kerana seks, kan? Kalau boyfriend(s) yang couple dengan anda semata-mata demi seks lagi teruk. Confirm touch-n-go.

Lelaki ni mengada sikit. Masa belum nak kahwin, sibuk rosakkan anak dara orang. Tapi bila nak kahwin, tak habis-habis cari yang fresh-fresh. Tak apa. Perempuan kan banyak. Eh? HAHA.


Jumaat, 23 April 2010

Di Hina Hanya Kerana Ingin Bertudung. Apa La Nak Jadi Zaman Sekarang.

Assalamualaikum

 Despair

Kalau dulu, aku ada dapat email dari seorang gadis yang sebaya aku yang meminta pendapat perihal masalah dia dengan kawan dia. Ianya kerana dia di pulaukan sebab nak pakai tudung. Korang boleh baca kisah tu kat sini.

Dan kali ni, aku juga dapat email yang sama pasal tudung. Dia tak pakai tudung bukan sebab di halang oleh kawan-kawan, tetapi kerana family dia tak kasi.

Kesian dia.

Ceritanya bgini....

 Macam muka Dr Thirteen

Nama I, Hafizah. I adalah anak bongsu dalam keluarga I. Kalau you all biasa layan dramas, mesti you all akan kata anak bongsu paling best sebab dapat paling banyak kasih sayang. Tapi I tak. I lain. I tak pernah pun mendapat kasih sayang. Mak I meninggal sejak kecil. Daddy I pula selalu sibuk dengan kerja di penjabat. Adik beradik I pun semua buat hal masing-masig. So, I umpama tak berguna kepada keluarga I.

Actually, masalah yang I alami agak berat kerana Daddy I tak kasi I pakai tudung. I tak tahu kenapa. Mungkin kerana adik beradik I semuanya tak bertudung kot. Daddy I juga tak pernah ambil tahu akan perasaan I untuk bertudung. Daddy I tak concern kat I langsung. Dah la tak concern, hormat kat I pun tak.

I ingat lagi hari tu. Masa tu I tengah mandi. Daddy I tertingal dia punya spect mata kat dalam tandas tempat I mandi. So dia ketuk-ketuk pintu. I tak dengar sebab masa tu I tengah nyanyi. So, Daddy I ketuk sampai lock tu terbuka sendiri. I terkejut. I capai tuala untuk tutup badan I. Tapi I sempat tutup bahagian bawah je. Daddy I pulak dengan selamba je masuk. Dia amik spect mata dia dan blah sambil berkata "Eleh, macam la orang nak tengok sangat". Tapi I tau dia curi-curi tengok. I tau. Isk.

Pastu. Ada sekali tu, I nak mandi. So I masuk la dalam tandas. I ingatkan tak ada orang dalam tandas. Tapi rupa-rupanya ada anak kawan adik beradik I dalam tu. Dia baru lepas tumpang mandi. Lelaki. Hanya bertuala pulak tu. Ewww. Tak tahu malu langsung. Tak tahu ke dia yang iman I tergugat melihat dia topless?

Then sejak itu. I nekad untuk berubah. I nak tunjukkan kat mereka yang I ada maruah dan mereka perlu hormati I. I nak pakai tudung walaupun semua adik-beradik I tak bertudung. I tak kira. Kubur masing-masing kata En Syahidi.

Innocence dan sweet kan. Macam pelakon Chequititas.

Pagi tu. Cuaca amat indah. Tapi perut I lapar. I turun ke bawah. Baru jea I nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. I jenguk melalui tingkap dan nampak Daddy balik.

I agak pelik dan tertanya-tanya kenapa Daddy balik awal. Dan dalam masa yang sama, I terfikir yang inilah masa yang terbaik untuk I desak Daddy I untuk benarkan I pakai tudung. Now or never!

Bila Daddy I buka jea pintu, I terus bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, I kata, "Daddy, Hafizah nak pakai tudung boleh tak? Boleh tak? Boleh kan? Boleh kan? Boleh laa"


Bila dengar je apa yang I cakap, Daddy I terus jegil kan mata dia sebesar besarnya. Macam ada api keluar. Tiba-tiba, "Panggg!" Tapak tangan Daddy I menghayun ke pipi gebu I. I terus jatuh. Manik-manik mutiara, berlian, permata dan kaca bertalu-talu menitik keluar dari mata I. Sakit aw.

Adik-beradik I yang lain hanya tersenyum sinis je. Kejam.



"Aduhhhhhhh! Sampai hati Daddy! Hafizah tau la Daddy rasa malu kalau Hafizah pakai tudung. Tapi salah ke kalau Hafizah nak tutup aurat Hafizah? Lagi pun Hafizah...."

Panggggg....! Daddy labuh pelempang ke muka I sekali lagi sebelum I abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi Daddy malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Besar kecik besar kecik je Daddy tengok hang! Lagi pun Daddy....!"


"Tak kira!" I membalas sebelum Daddy sempat sambung ayat dia. "Hafizah nak pakai tudung juga! Hafizah tau apa yang terbaik untuk Hafizah. Hafizah..." Belum sempat I nak habiskan ayat I, "Panggg!" Sekali lagi I kena pelempang.
  


"Hafizah? Hafizah your head! Daddy boh hang nama Hafiz. Tup tup lekat Hafizah apahal?! Hang nak pakai tudung buat apa? Dah 100 kali Daddy habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG. Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng. Adik beradik hang semua lelaki tulen. Yang hang separuh tulen apa cer?

I yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang, kena maki. Tudung pulak tak dapat.




[Info 10-11] Sorry I didn't mention it earlier in this entry. The original article, is from Infomaya.net. But the forum is currently unavailable masa ini di tulis.

Khamis, 17 Disember 2009

Setiap Orang Dikurniakan 1 Sifat Buruk yang Amat Buruk, at Least.


I love the night
1990

Aku teringat lagi zaman dulu-dulu iaitu zaman aku masa kecil.

Ianya bermula apabila aku baru dilahirkan. Aku disambut oleh seorang doctor dan diberikan kepada seorang nurse comel yang berpakaian lengkap. Aku suka nurse. Amat comel lebih-lebih lagi yang kat Klinik Pergigian kat Jalan Gambut. Petite nurse.

Aku kemudian di bawa berjalan melalui koridor dan diletakkan di sebuah katil kecil di dalam wad bayi. Agak bising pada masa tu. Ramai sangat bayi menangis. Kebanyakkannya adalah perempuan. Biasalah.. girlsss, suka sangat menangis.

Walaupun bising dan terasing di dalam dunia baru, aku tak germuruh langsung. Nangis pun tak. Senyum sepanjang masa. Biasalah, lelaki.

Di luar tingkap, aku nampak ayah aku yang sedang mendukung abangku yang memakai baju Superman yang baju tu dibuat lap kaki aku pada keesokan harinya, seperti mana aku buat terhadap baju Man U. Aku tak pernah suka Superman. Ubah style rambut, tanggal spek mata then orang dah tak kenal? Heh.

Dari luar tingkap itu juga, mereka melambai-lambai sambil senyum ke arahku. Aku mengangkat tangan kanan, melipat ibu jari, jari kelingking dan jari manis. Sambil itu aku menegakkan jari telunjuk serta jari tengah. Aku tak pasti apa sign ni, tapi orang kata ini adalah... ‘Peace’.


Layan

Aku memandang ke sebelah kiri, ada awek manis. Menangis je dari tadi. Tak henti-henti. Masa besar mesti jadi anak manja. Gadis manja kadang-kadang best juga. Tapi kalau selalu sangat manja agak tak best ah.

Selepas saling menukar no tel, aku dibawa keluar wad. Esoknya aku dah boleh baik. Jalan sendiri.

Aku diberikan kepada Tok dan Arwah Tokki aku kerana famili aku terlampau bizi. Aku sering terfikir adakah parents aku tak sayang aku? Isk. Sedih pedih pilu. Tapi bila aku teringat yang rumah aku dan rumah Tokki aku hanyalah beberapa minit jaraknya, aku terus hapuskan perasaan itu.

Setiap pagi aku akan di hantar ke rumah Tokki aku dan petangnnya aku diambil kembali. Sehinggalah aku masuk ke sekolah tadika.

1995

Dan aku tak sangka, awek yang aku tukar no phone itu juga bersekolah tadika di tempat sama dengan ku. Aku tahu. Sebab kita orang ada kimisteri.

First day di sekolah tadika, aku tak menangis pun. Parents pelajar lain semua pelik melihat aku. Tak kurang juga yang ingin tukarkan aku dengan anak mereka. Tak banyak kerenah katanya. Setiap hari aku akan dapat Ais Kerim cap Itik bersama sebatang ChupaChups kerana berkelakuan baik dan senonoh. Tapi aku tak bangga diri langsung.

Dan masa tu, aku kenal dengan seorang awek yang bernama Amalia. Agak iras-iras nama aku tapi nama aku lagi lelaki. Dan dari saat tu hingga sekarang, aku dan dia masih berkontek.

(Years skipped)

Present – 2010 (26 years old Ehem ehem)
 


Working on it.

Amalia bagi tahu aku, dalam hidup dia, dia pernah ada lebih 20 best friends atau dalam bahasa gediknya adalah BBF atau apa-apa je lah. Tapi sekarang, sorang pun tak ada. Bila aku tanya kenapa, dia cakap semakin rapat kau dengan seseorang, semakin teruk keadaan bila korang bergaduh suatu hari nanti.

Kebiasaannya, korang akan rapat dengan kawan baik korang. Tapi bila terlampau rapat, makin banyak keburukan kawan yang korang akan nampak.

Dan apa yang aku perhatikan, semakin susah nak nampak keburukan seseorang, semakin besar pula keburukan itu. Contohnya, kau ada kawan yang alim gila. Pakai tudung litup. Dan korang tak nampak langsung apa perangai buruk dia. Nak kata annoying, tak. Nak kata kedekut ilmu, tak. Nak kata gedik pun tak. Tapi percayalah, sekali korang jumpa sifat buruk dia, pasti korang akan kecewa gila dan akan mengambil masa untuk menerima keburukan tu. Umpama kita boleh terima banyak keburukan buruk dari seseorang, tetapi tak boleh terima satu keburukan buruk dari orang lain sebab yang 1 keburukan tu terlampau besar. Mostly, macam tu lah yang terjadi kat aku.


Bad habit

So, sebab tu kadang-kadang aku lebih selesa berkawan dengan orang yang perangai jahat-jahat nakal comel yang at least kebanyakkan sifat buruk dia aku boleh nampak dan boleh terima depan-depan. Dan sebab tu juga aku suka berkawan dengan gadis-gadis keras. Termasuklah dengan yang suka sebut fuck fuck fuck. Jangan risau, lelaki tak akan terpengaruh dengan gadis. Gadis keras, mulut boleh tahan. Tapi tak semestinya jahat.

Imagine. Korang suka kat someone yang dari pandangan luarnya baik, alim, lemah lembut dan sebagainya. Tapi bila dah kenal dari dekat, ianya amat memeritkan bila korang sedar yang dia jauh dari apa yang korang fikirkan setelah tahu sikap buruk dia.

Setiap orang paling baik pun mesti akan ada satu sikap buruk, at least. Ini pendapat aku. Pendapat anda?


Comment Here

Khamis, 10 Disember 2009

10 Bukti Lelaki itu Makhluk Rumit. Heh?


Gambar lips paling menarik

Aku dapat email dari reader aku. Perempuan lah tentu sekali. Dia kasi 10 sebab kenapa lelaki adalah kaum yang rumit dan komplikated. Heh. Agak sarkastik dia ni. Aku sabar je. And nama dia aku rahsiakan. Well, ingat aku jahat sangat ke nak malu kan orang. Fae terkecuali. Ain juga.

Setelah aku membaca email awek ni dengan tenang, cool, bersahaja, redha, tawaduk, relax dan sebagainya, aku buat satu rumusan. Rumusan tersebut adalah; semua yang tertulis adalah tak betul. Heh. Tapi awek yang send ni comel gila sambil marah-marah manja. Heh.

10 sebab kenapa gadis cakap jejaka adalah makhluk rumit yang di hantar oleh 'awek tu' memalui email.


Kamu = Perempuan
Dia = Lelaki

Secara Am;

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berbual-bual dengan lelaki lain dia akan kata kamu gatal. Tapi jika dia menggatal-gatal dengan perempuan lain, dia kata itu hanya kawan.


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.


6. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika mereka yg bernama lelaki membaca ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar......
.

*********

Adakah betul?
Well, berikut adalah komen aku;

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

Oh tidak, tidak... It just erm... Lelaki bukan nya jenis yang mudah perasan okay. Cuma.. erm.. Hey ingat lelaki saja ke macam tu. Dah tu apa beza nya dengan perempuan? Setiap kali lelaki mintak nombor talipon gadis mesti gadis tu tergedik-gedik jual mahal. Padahal nak nombor phone je bukan nak mengurat pun... Ehem-eham... Then then bila lelaki jeling-jeling kata lelaki tu gatal. Ceh. Then then lagi bila lelaki cakap nak berkenalan mula lah kasi ayat kaw-kaw konon nak tengok kesungguhan lelaki tu mengurat lah apa lah. Dia orang tak tahu ke nak mengurat perempuan tu memakan banyak tenaga apa semua. Penat tau penat. Ingat senang ke nak mengurat perempuan. Habis semua kretiviti tau.

2. Jika kamu berbual-bual dengan lelaki lain dia akan kata kamu gatal. Tapi jika dia menggatal-gatal dengan perempuan lain, dia kata itu hanya kawan.

Hey. Betul apa. Perempuan yang sudah berpunya memang tak boleh flirt-flirt. Nampak sangat tak manis. Gatal. Eish. Tapi lelaki boleh okayyy. Lelaki special case. So, dont blame a man for being a man. Perempuan rapat dengan lelaki lain = gatal. Lelaki rapat dengan perempuan lain = hanya kawan. Hahaha!


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

Ya perempuan ni keras kepala. Ketuk-ketuk lah memang tak akan retak. Degil. Pastu bila gaduh mesti ingat yang dia betul je. Walaupun salah mesti ingat yang dia tu betul. Bila gaduh, emo emo emo. Balik-balik lelaki yang mintak maaf. Walau dah terang-terang yang perempuan tu salah, still tak nak mengaku. Then nangis nangis nangis. Penat tau nak pujuk perempuan. Dah la penat, susah. Hais. Then bila lelaki tak nak pujukk kata lelaki tu dah tak sayang padahal lelaki sayang gila-gila kat dia cuma gadis tu je tak tahu betapa lelaki tu sayang kat dia. Ini tak ada kena mengena dengana aku. Siyes. Betul. Tak tipu.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia kata dia hebat.

Perempuan lagi pandai dari lelaki? Hello. Oh pelis lah. Itu abnormal. Gadis normal tak akan pandai dari lelaki okayyyy. And bila lelaki tu lagi pandai dari perempuan, dia boleh berbangga and naikkan market dia. So boleh lah tambah cawanga termasuk tambah bilangan masjid serta benarkan gadis itu masuk syurga. Tapi kalau perempuan lagi pandai dari lelaki, market naik nak buat apa?

5.  Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

For what? Ofcos la nak goda lelaki. Kalau tak, buat apa perempuan nak pakai lawa-lawa? Untuk kasi ayat kontrobesi "Jika perempuan berpakaian cantik, mesti kaum lelaki fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya, sebab jika tidak, dia akan kata kamu kekampungan."? Ceit. Nak pakai lawa-lawa. Make up tebal-tebal. Makin tak lawa ada lah. Then bila kuar bandar pakai baju cun cun then bila lelaki tergur terus layan kira kalau ada lelaki mengurat pasti akan layan lah. Heh.

6. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

Tahu tak kisah pasal tahu hidung. Nak korek tahi hidung tu punya la payah. Tapi bila dah dapat buat apa? Telan? Or leset bawah meja?

Tapi aku lain. Aku setia.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

Deyy, lelaki kena lah amik berat kat perempuan. Kalau tak mula la keluar ayat "Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu." Deyyyyyy.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

Lelaki bizi. Dia banyak kerja bukan seperti perempuan yang tahu duduk rumah, tido, main game, main fesbook, tido, baca blog yang mengkritik perempuan, tido, bergayut, tido and so on. Lelaki rutin dia penuh. Padat. Lagi pun mana ada lelaki mungkir janji. Jika dia yang mungkir janjinya pun, dia melakukannya kerana terpaksa. Eh?

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

Aku bet dia tak tahu betapa siksanya nak menjaga perempuan. Ya. Susah tau nak jaga para gadis. Memang selalu dah lah makan hati. Tapi nasib baik lah lelaki ni adalah kaum yang kental. Kental di luar dan dalam. Kalau lelaki pun tunjuk perangai sensitif siapa nak pujuk? Lelaki juga? Hah. Bila lelaki pujuk lelaki. Then lelaki tu cakap ayat-ayat jiwang. Then lelaki tu peluk-peluk. Then terasa kehagatan yang tak patut. And jangan salahkan lelaki kalau lelaki jadi gay. Salahkan perempuan. Lelaki adalah mangsa dalam kes ini. Seperti Amfy dan Mr Z. Kasihan mereka.

10. Jika mereka yg bernama lelaki membaca ini, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.......
Zzzz. What the fish is this?

**********
So, di sini aku menegaskan bahawa lelaki bukan makhluk yang rumit. Mereka special. Unik. Gempak. Priceless dan sebagainya. Tak percaya? Kenali lah mereka. Dan pasti korang akan tertawan.

And yes. Aku menerima segala email dari pembaca. Apa-apa pertanyaa, komen dan aduan.

Khamis, 12 November 2009

Aku Cuma Nak Bagi Tau 15 : Jangan Salahkan Boyfriend Kalau Dia Tiba2 Tarik Korang Ke Katil Masa Korang Tengah Bergaduh.

Yesterday, I went for a date.
And she is more than just an angel =)


A couple, on a fight.

What the girl says:

"This place is a mess!
C'mon, you and I need to clean this thing up.
Your stuff is lying on the floor.
You'll have no clothes to wear
if we don't do laundry right now!"

What the boy hears:
"blah, blah, blah, blah, C'MON
blah, blah, blah, blah, YOU AND I
blah, blah, blah, blah, ON THE FLOOR
blah, blah, blah, blah, NO CLOTHES
blah, blah, blah, blah, RIGHT NOW!"

Less talk more action.

Dont blame a man, for being a man. =)

Comment Here

Selasa, 8 September 2009

Awek/ Bf Lagi Penting Dari Kawan.

We will.

Kawan amat penting. Susah nak cari kawan yang betul-betul sekepala dengan kita. Kawan yang kita boleh luahkan perasaan bersama-sama tanpa perlu risau akan kebocoran rahsia yang dikongsikan. Kawan yang sentiasa memberi pandangan yang jujur tentang diri kita. Dimana kawan yang kita melakukan aktiviti bersama. Mengulangkaji pelajaran bersama, pergi ke kelas bersama, lepak-lepak bersama, mandi bersama dan tidur bersama...erm...dan erm pergi ke kelas bersama.

Susah kan nak cari kawan yang macam tu. Tapi. (Ya mesti ada tapi-tapi kan yang macam dalam drama melayu kan.)

Tapi, korang semua sebenarnya setuju dengan aku. Just korang taknak mengaku. Awek/Bf semamngnya akan lagi penting dari kawan.

Hard way

Kita asyik dengar kawan susah dicari. Kawan sukar diganti. Awek pulak mudah dicari. Berlambak-lambak nak-nak ratio girls kat dunia ni adalah 2:1.. Ceh. Tu semua bulls*

Entah lah. Mungkin aku silap pasal awek lagi penting dari kawan.

Well, cuba korang jawab soalan-soalan dibawah dengan jujur untuk mengetahui samaada aku silap atau korang yang silap;

  • Setiap malam sebelum tidur. Korang mesti akan sms awek anda dan wish “ Gud nite baby/mama/ling/ucuk/sayang. Nanti kita jumpa dalam mimpi yea? Then kita boleh la tidur sama-sama.” (gatal). Adakah korang akan buat yang sedemikian kat kawan-kawan anda? Kali terakhir aku dapat wish goodnight dari kawan aku adalah masa aku form4/5 kot. Tu pun sebab kawan aku tu suruh aku siapkan homework dia yang dia malas nak buat. Tak guna punya member.

  • Sehari tak berjumpa dengan awek anda. Confirm anda macam gila banyang kan. Makan tak lena. Tidur tak kenyang. Berak tak basuh dan macam-macam lah. Kalu anda tak jumpa kawan anda dalam masa 1 hari adakan anda akan jadi macam ni? Entah-entah masa aku tak de, semua orang cakap “aman dunia dowh khairul tak datang kelas hari ni.”

  • Korang akan melayan awek anda sebaik mungkin apabila pergi date dengan awek anda.lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Adakah anda akan melakukan seperti yang serupa kat kawan-kawan anda? Sem lepas aku ingat lagi korang tinggal kan aku sorang-sorang kat Dataran Pahlawan. Naseb bek aku tak nanges...memberkan.
Could get her heart by this?
  • Anda sudi belikan bear yang besar-besar kat awek anda. Cokelat cardburry black forest, ferari roser, almond dan macam-macam lagi nama pelik yang tak terkira harganya.(Sorry la kalu tersalah eja. Aku tak biasa beli cokelat mahal-mahal ni) Dengan rela hati je korang belikan walaupun anda tahu yang tu je duit yang anda ada dan anda tahu yang anda kena makan pasir untuk hidup selepas ni. Adakah korang akan lakukan benda yang sama kat kawan anda? Camon la. Aku nak pinjam 20sen pun habis mengungkit-ngunkit pasal ayah dia kerja tukang cop duit atau tak. Nak belanja apa tah lagi.

  • Jika menaiki bas pergi date (sumpah tak romantik), anda tentu akan memberikan tempat duduk kat awek anda kan?. Adakah anda akan melakukan perkara yang serupa kat kawan-kawan anda? Jawapannya tak. Dulu aku pergi naik bas semua pakat berebut. Siapa yang tak dapat seat kena gelak ramai-ramai.

  • Anda sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hati korang. Sanggup lari dari rumah lagi. Adalah anda sanggup lakukan apa sahaja demi kawan-kawan termasuk mengadai nyawa?

So sweet

Banyak lagi contoh yang mampu aku huraikan. Jangan sampai aku cakap sal bergayut berjam-jam. Eih. Malas dowh. Termasuk jugak masa-masa indah yang korang luang kan bersama. Tak terkira banyaknya. lagu tentang awek banyak atau lagu tentang persanatan lagi banyak? Bak kata raja budut yang lawaknya macam badut dan tak tak klakar langsung, " lu pikirlah sendiri"

Then cuba fikirkan. Masa selepas anda kahwin. Adakah kawan-kawan memainkan peranan penting bagi anda? Adakah kawan anda orang yang akan menjaga anda? Menjaga family anda? Adakah kawan yang akan sanggup spend time untuk anda masa sakit 24/7? Tentunya tak. Sebab kawan-kawan ada isteri masing-masing. Diaorang ada anak yang perlu diberi makanan. Dia orang akan kewajipan yang perlu dilakukan bersama pasangan mereka (suami isteri) pada setiap malam jumaat ( membaca yassin maksud aku. Korang fikir apa?)

Kan?

TAPI. Kawan-kawan still penting. Kawan-kawan lah tempat korang kongsi pendapat. Kawan-kawan la asalnya wujud perasaan cinta dan sayang. Perasaan yang tak mampu digambarkan. Umpama menari-nari diatas sinaran bintang, diterangan dengan cahaya bulan di taman bunga dimalam hari bersama orang yang tersayang. Orang yang sentiasa terlekat didalam pintu hati yang dihiasa oleh ..OKAY-okay. Sorry. Ni lah akibatnya terbaca banyak sangat novel jiwang. Ter baca dan Terhabis baca. Ok?




Aku nak bold kan yang kawan dan awek/bf memang penting untuk menceriakan hidup kita. Dua-dua amat penting. Tetapi, semuanya ada had. Apabila kita perlu memilih, kita tahu yang ianya adalah pilihan yang sukar. Dan berbahagialah ketika memilih. Kerana pilihan tak biasanya datang. Dan yang datang tak semestinya yang kita nak kerana banyak benda yang kita nak, kita tak akan dapat.