Ahad, 16 Disember 2012

Bash Quotes di Sosial Media Secara Seksis. Dan Fix it.

Assalamualaikum w.b.t


Hello gadis-gadis yang perlukan kasih sayang sekalian. Whats up, yaw. Dah jumpa jejaka yang akan anda nak stalk seumur hidup? Good.

Jika dulu, kita kecoh dengan Myspace, kemudian Friendster. Kemudian Tagged. Entah kenapa, bila Tagged wujud, aku mula menyampah dengan semua Social Networks. Dan dari situ lah, aku berhijrah ke Facebook. Kiranya, time tu aku main Facebook semata-mata untuk main quiz je la. But then, bila ramai datang ke Facebook, dunia Facebook menjadi amat heaven.

Well, entah kenapa dari Facebook, aku berhijrah ke Twitter. Kalau difikir-fikirkan balik, aku start main twitter sampai addict adalah disebabkan oleh seorang gadis. Dan sampai sekarang aku aktif dan setia bermain Twitter. Itu maksudnya aku seorang yang setia, bukan?

Twitter serious best. Tapi apa kan daya. Ku sangka hujan di tengah hari, rupanya panas hingga ke petang; Twitter kini dipenuhi dengan kanak-kanak Rebina (Kan sedang cuti sekolah) serta BBNU Pavi yang kalau tweet je mesti ada anak panah menagih followers. Tu belum kira budak Twitter umur 14 tahun tweet pasal love-love bajet Dr Love. Aku baca pun geli.

Pastu, Twitter juga dipenuhi dengan Fake Account ustaz. Ada fake Ustaz Don, Fake ustaz Azhar dan bermacam-macam lagi fake. Well, kalau nak fake tu tak ada hal. Masalahnya, dia menggunakan nama Ustaz untuk tweet benda yang tak masuk akal. Plus, hari tu, aku pernah nampak account Fake ni dok tweet pasal “Bye tu bermaksud dibawah lindungan pope”. Selepas itu, banyak lagi tweet-tweet islamik yang dah tak masuk akal. Belum kira hadis palsu.

Anyhow, meh sini aku nak tunjukan korang something.

Semua Salah Lelaki 



Korang nampak tweet? Korang nampak tak?

Perempuan merajuk maknanya dia perlukan perhatian. Tapi bila perempuan curang, mungkin ada org lain beri perhatian lebih daripada anda.

HAHAHAHA

Hmm.

HAHAHAHA.

Okay, here is the issue. Bila perempuan merajuk tak bertempat, lelaki yang dikata salah tu tak apa lagi. Aku still boleh terima sebab perempuan ni ego je lebih bila rindu tak nak mengaku so dia akan buat-buat merajuk. Tapi yang paling tak boleh blah, perempuan curang pun lelaki yang salah jugak? Amboi banyak cantik. Lelaki nak kena kerja. Nak kena cari duit untuk bayarkan korang setiap kali keluar dating. Pastu ada hati nak suruh lelaki kasi perhatian kat dia sorang. Pastu kalau lelaki busy sangat, perempuan boleh cari lelaki lain ah? Pastu kasi ayat "Awak tak bagi cukup perhatian kat saya! Saya perlukan kasih sayang! Saya perlukan duit dan harta awak! Saya perlukan perhatian! Kita putus dan awaklah pucanya. Kalau orang tanya kenapa kita putus, awak kata awak tak kasi perhatian kat saya ya? :("

#Women'sLogic

This quote is totally unacceptable.

Main Belakang



Aku pretty sure yang korang pernah tak korang dengar ayat.

"Behind every great man there's a great woman."?

Ayat ni amat famous dan aku setuju. Tapi entah kenapa, ada yang tak suka ayat ni dan nak jadikan another ayat yang power. So, dieorang pun wujudkan.

"Behind every great man is not a woman. She is beside him, she is with him. Not behind him."

Thus, bila ada orang cakap-cakap macam:

A: Weh, tengok CEO company tu. Sejak CEO tu kahwin, terus company tu maju gila.
B: Biasalah tu. Behind every great man-kan there's a great woman.
A: Apasal pula behind? Kau ni seksis la. Behind every great man is not a woman. She is beside him, she is with him. Not behind him.

Nampak tak?


Actually, kalau tak silap aku ayat ni dikeluarkan oleh seorang Ilmuan. Tak sure dia re-quote atau memang dia yang hasilkan sendiri tapi aku rasa kita semua tahu secara common sense-nya bila orang kata “Di setiap kejayaan seorang lelaki, ada wanita dibelakangnya” merujuk kepada “Kejayaan lelaki adalah disebabkan oleh wanita yang mendorong dari belakang.” Ya, "Belakang" didalam ayat ni bermaksud mendorong. Mendorong dari belakang ni bukannya bermaksud dia dok belakang lelaki je setiap masa. Mendorong ni bermasud, “Relax bro, I got your back”. Maksudnya, si gadis tu antara impak dan punca besar atas kejayaan si lelaki la. Lelaki tu jadi Perdana Menteri; Dia tegas. Dia kuat. Tapi saat dia lemah, isteri datang bagi kekuatan. Isteri yang kasi semangat. Lelaki tu jadi CEO, kena cari idea untuk tidak membankrupkan syarikat, isteri la jadi punca inspirasi. Itu lah maksud "Behind every great man there's a great woman."

So, aku tak nampak kenapa mesti sesiapa perlu correctkan bila ada orang lain berkata Behind every great man there's a great woman. Quote tu bukanya literally kata perempuan tu duduk belakang lelaki, okay? And I didnt find it offensive.

I Love You.


Another quote yang paling famous tak kiralah kat Twitter ataupun Facebook mestilah ada perkataan "Aku Terima Nikahnya". Sebagai contoh,
Perempuan bukan nak dengar I Love You dari lelaki. Apa yang perempuan nak dengar adalah "Aku terima nikahnya".

Quote diatas adalah bullcrap. Wait. No. Relax. Im just kidding. Quote tu bukan bullcrap. Tapi adalah bullshit. Like always, girls suka chasing fantasies. Why? Sebab bila dengar bab kahwin je, mesti semua gadis di seluruh dunia menjadi skizo sambil otak membayangkan perkahwinan yang romantis, suami yang handsome, pelamin yang anggun dan diri yang bermakeup tebal. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab time kecik dulu dok tengok Barbie and The Diamond Castle kot. Pastu bila dah tengok, mula la syok sendiri bila dengar pasal wedding. Then mesti terbayang tempat-tempat honeymoon yang gempak bersama suami yang handsome gila. Its all about keindahan khayalan perkahwinan dan pernikahan dari cerita yang direka media. Well, aku tengok gak cerita Barbie tak ada pun berangan macam tu.



Gambar di atas adalah contoh penggunaan "Aku Terima Nikahnya". Banyak lagi quote-quote lain yang guna ayat tu secara meluas untuk menampakan kekonon sweet. Tapi cuba korang bayangkan kalau korang dengar "Aku terima nikahnya" dari seorang lelaki yang korang tak kenal? Sanggup korang terima? Of course la sanggup kalau dia handsome. Tapi kalau dia tu stranger serta huduh gila pastu gemuk hitam, korang nak? (Aku bukan nak kutuk ciptaan tuhan, tapi ini realiti) Boleh ke korang terima? Silap-silap boleh sawan korang time majlis tu.

That is why la orang yang berkahwin muda / perkahwinan dirancang family mostly consist of a handsome guy and a beauty girl. Kan? Ask yourself.


Like boys, girls also ada yang lihat pada fizikal untuk cari pasangan hidup.


So, quote yang paling tepat adalah

Perempuan bukan nak dengar I Love You dari lelaki. Apa yang perempuan nak dengar adalah "Aku terima nikahnya" dari kekasih or lelaki kaya / handsome / body sexy yang tidak dikenali.

Tapi aku tak nafikan yang zaman sekarang, memang perkataan "I Love You" tu dah makin cheap. Thanks to all of you, couples!

Correct me.


Okay this one is not sexist. Tapi aku bet korang pernah tak dengar quote yang berbunyi:

If someone corrects you and you feel offended, then you have an ego problem.

Seriously, masa first time aku baca quote ni, aku suka gila. Sebab apa yang dikatakan adalah benar. Aku setuju. Kebanyakan kita tak nak dengar nasihat orang lain adalah disebabkan ego. Ego untuk mengaku salah.



Tapi... tapi selepas beberapa ketika, aku rasa annoying dengan quote tu. Korang tahu kenapa? Sebab quote tu digunakan hampir untuk setiap benda. Sebagai contoh, aku menulis di blog tentang pendapat. Aku kadang-kadang cakap pasal politik, cakap pasal agama, cakap pasal general, cakap pasal awek, cakap pasal jejaka handsome. Dan korang faham lah, bila aku bercakap pasal pendapat, mesti ada orang tak setuju sebab pendapat manusia mustahil semua sama. Dan tahukah anda apa yang terjadi? Ini terjadi.

"Assalamualaikum Mr K. Saya hantar email ni sebab nak komen sikit tentang entry saudara berkenaan adat perkahwinan / bersanding yang saudara kata bertentangan dengan Islam. Sebenarnya sudara, itu adalah adat dari nenek moyang kita. Blablabla. Lagi pun saudara, blablabla biar mati anak jangan mati adat blablabla. "

And then aku reply la email tu. Aku nyatakan point-point aku macam ni. And then ada tahu apa yang dia reply?

"Saudara Mr K, saya hanya menyatakan pendapat dan nasihat saya. Kalau anda tak boleh terima teguran dan nasihat, nampaknya saudara ada masalah ego. Nouman Ali Khan pernah berkata "If someone corrects you and you feel offended, then you have ego problem."

Aku terus facepalm. Selepas tu, aku emailkan dia balik. Aku tanya

"Macam mana saudari tahu 'someone' yang corrects kita tu adalah corrects? Macam mana kalau pendapat dia salah? Adakah kita patut terima juga? Kalau tak nak terima, adakah kita di-cop sebagai seorang yang ada masalah ego?"
"If someone corrects you and you feel offended, then you have ego problem. But how if the corrector yang salah?"

Dia tak reply.

Ini adalah contoh email yang aku terima. Ni baru email. Belum komen di blog. Komen di blog lagi la. Semua bercakap pendapat masing-masing bajet pendapat dia yang paling betul. Dan yang paling tak boleh blah, aku tak sedar pun pembaca-pembaca aku bergaduh pendapat di ruangan komen.

***********

Btw, since Facebook, Twitter dan segala sosial media dah nak tenggelam (Termasuk Google Plus. Google Plus tak akan berjaya), apa kata kita kembali ke Myspace? No. No. Bukan Myspace. Tapi New Myspace. New Myspace dan Myspace adalah tak sama. Tapi New Myspace adalah amat awesome.