Jumaat, 4 September 2009

Forwarded Message - Oh Saudaraku

Damn bored.

Sedang kebosanan, aku menonton tv. Sebuah movie klise bertajuk Homeless to Harvard amat menghilangkan bosan aku.

Based on true story.

Tika itu, satu mesej masuk. Dari Fakhri, penulis PenaSanubari - Tinta Hati. Tetapi dia agak kurang aktif berbelog sejak kebelakangan ini.

Msg : Salam saudara ku. Tadi aku bertemu 'Tawadhu', 'sabar' dan 'iklas'. Mereka bertiga pelukan tempat tinggal. Maaf, tanpa izin kau, aku memberikan alamat hati mu agar mereka sentiasa bersamamu ;-).

Dengan sakastikknya aku reply;

Aku: Sayangnya mereka masih belum tiba lagi ke alamat yang kau berikan.

Msg : Mungkin besar cabaran disepanjang perjalanan yang terpaksa mereka tempuhi tetapi yakinlah bahawa mereka akan sampai.

Aku: Ya mungkin besar halangan yang terpaksa mereka tempuhi. Dan aku berharap mereka akan tiba jua suatu hari nanti. Tetapi bagai mana jikalau mereka hanya singgah hanya untuk seketika?

Msg: Saudaraku, sesinggahnya mereka hanyalah seketika tetapi bermulalah perjalannamu wahai sahabat ku untuk menghargai mereka. Barangkali kamu akan tertarik dengannya lantas keberatan untuk melepaskannya pergi.

Aku berfikir lagi.

Aku : Aku harap kata-kata mu betul. Tapi bagai mana jikalau ada tetamu yang di undang datang dahulu?

*Dia tak reply. Aku tak tahu lah samaada dia tak terima msg aku tersebut atau dia malas nak layan karenah aku yang mengada-ngada ni.*

18 ulasan:

  1. perghh...gua pun nak jumpa jugak tawaduk tu..

    BalasPadam
  2. insyaAllah..dia punya jawapan bernas untuk tu..
    ;)
    n ya..khairul mengada2

    BalasPadam
  3. insyaAllah..dia punya jawapan bernas untuk tu..
    ;)
    n ya..khairul mengada2

    BalasPadam
  4. @Fezal - Ya. Dan bagi alamat hati kau skali.

    @Firdaus - Kau patut jumpa optimus dulu doe

    @@Niesah - Bukan mengada2. tetapi hanya hendak bermanja. Haha!

    @Teka siapa - Hai fakhri

    BalasPadam
  5. aha,sweet membe ko,sungguh ghey sekali :p

    BalasPadam
  6. beznye sms tuh...saba tu ade la sikit..twadhuk pun sikit2,ikhlas pun sikit2..arap2,dorang sumer datang ramai2 kat aku..

    BalasPadam
  7. hahahahha....mungkin die malas kot nk layan msg dari kau..hahahha...
    tapi kalo aku jadi org yg anta msg tu aku layan jek kau sbb org mcm kau bukan selalu jumpe...hahahahah

    BalasPadam
  8. wallaweii aku ske ngok citer base on true story....:) mueheheh.. bg lah tau sinopsis sket... oh yeahhh...agak romantik msg yang ko t erima.. and mgkn maksud die dlm...

    BalasPadam
  9. Maaf. Comment dari Didiey aku ter-delete. Ada masalah teknikal tadi.

    BalasPadam
  10. kalau aku pun,
    aku tak reply.
    haha.

    BalasPadam
  11. ahha lah..
    sbb ko ngade-ngade nih..
    meh sini meh..piat tinge tu ket..

    BalasPadam
  12. dah sampai ke belum tetamu2 tue ??

    BalasPadam
  13. hmmm.kenapa fakhri tak reply dan layan kerenah batak kau ni mr k..?

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.