Memaparkan catatan dengan label software. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label software. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Disember 2011

Software Yang Patut Anda Download Untuk Tahun 2012

Assalamualaikum

Hello handsome boy and handsome girls sekalian.

So, tahun baru bakal menjelang. Kita akan masuk ke tahun 2012. Anda semua dah sedia doa-doa akhir tahun? Kalau dah, bagus. But, macam mana dengan laptop serta PC anda. Adakah ianya sentiasa up to date? NO? Well good because Abang K datang to the rescue.

Tapi, sebelum aku membebel panjang, aku kena lah letak disclaimer supaya Google tak membebel kat aku balik. Korang buat tak reti baca je ya?

Disclaimer:
  • All download-able form of file(s) shown on this blog are just for non-commercial use only.
  • I do not own any of the files.
  • This blog and the owners did not host and store the files in their server(s).
  • The link(s) are indexed drom the other sites which is not connected and not associated with the owners of this blog.
  • The files are for demo and general information only.
  • Those files and programs must be deleted within 24 hours after the download.
  • You are agreed with this term as clicking the download buttons and links.

So, dah ready untuk memperbaharui laptop serta PC anda? Let's start with the basic things for internet users which is the web browser.

Web Browser : FireFox + Google Chrome = RockMelt


Download RockMelt (Free software)

Aku bet yang korang semua suka guna Google Chrome kan? Kalau tak Chrome mesti Firefox kan? Tak pun, Opera. Actually, aku guna both Firefox dan Chrome. Personally, aku rasa FireFox lagi secure untuk log in benda-benda penting. Dan yang ke dia, even FireFox berat, dia punya function banyak yang aku suka. Nak bookmark mudah, save files mudah and banyak benda yang mudah dengan FireFox.

As for chrome, honestly, aku rasa seharian aku bukak Chrome adalah semata-mata kerana Twitter which is TweetDeck (Application Chrome untuk Twitter).

But, tahukah korang yang ada web browser yang dulunya so and so tapi sekarang dah superb? Nama web browser tu adalah RockMelt. Korang tahu apa yang best dengan RockMelt ni? Ianya best sebab ianya umpama korang menggunakan FireFox dan Chrome pada satu-satu masa. Dan they improve it dengan integratekan fungsi Facebook ke dalam web-browser. Cool kan?

Wait, what? Korang still guna Internet Explorer? Please, Internet Explorer tu orang guna tuk download Firefox dan Chrome je. Mana ada dah orang guna untuk browsing website. Kalau korang still guna Internet Explorer, gua memang tak boleh nak cakap apa lah.



AntiVirus & IS : ESET Smart Security 5 (Antivirus + Internet Security)



Click HERE to download.
Click HERE to make it full version for free. (Full license and boleh di update)

Kalau korang perasan dulu-dulu, aku dok promote BitDefender 2011 kan? Kalau korang search "Top AntiVirus 2012, korang akan nampak yang BitDefender sebagai yang antara Top 3. Dan most of it, ia di kedudukan nombor 1. Contohnya

  1. Top 10 Best Internet Security
  2. Top 10 Antivirus
  3. Top 10 Best Antivirus
  4. Tio 10 Best Internet Security Programs 2012.

BitDefender is good. Tapi ianya terlampau berat. Berat dengan Registry Editor, Defregler blablabla dan beberapa utility serta funtion yang aku jarang gila guna. Aku tak guna bukan saja-saja. Tapi sebab aku dah ada software lain seperti CCleaner, Smart Defrag, System Care 5 dan macam-macam lah. So buat apa aku nak beratkan Laptop aku dengan Antivirus yang gempak tapi function yang terlampau banyak dan tak digunakan ye tak?

That's why lah aku beralih ke ESET Smart Security 5. ESET ni dia adalah Antivirus dan Internet Security. Dan ini adalah Version 5 which is version yang paling latest setakat ini dan ianya adalah untuk keluaran 2012. Dan apa yang bestnya dengan ESET ni?

  • Ianya ringan gila.
  • 98% major function sama dengan software lain yang gempak termasuk Firewall.
  • Virus definition sentiasa di update (Kadang-kadang lebih 3 kali sehari)
  • Rank no 2 as stated HERE.

Setakat ni, dah berminggu dah aku guna ESET Smart Security ni dan memang aku puas hati gila. Dia tak ada bunyi pelik macam Kaspersky dan juga tak banyak false alarm macam Panda serta Norton antivirus. Personally, aku bagi 8.5/10.

Selepas dah apply patch, korang punya ESET akan dapat "No License" and korang boleh update 24/7. Dan juga, bila dah dapat "No License", korang boleh guna ESET tu sampai korang dah tua bangka.


Internet Download Manager 6.xxx


Download IDM, click HERE
Make IDM full version for free click HERE or HERE.

Aku rasa, semua orang dah tahu bab IDM kan? Internat Download Manager aka IDM adalah software yang paling famous yang digunakan untuk mendownload. Tak kisah la korang nak download lagu ke, video YouTube ke or apa-apa je lah, korang better guna IDM. Dan ianya adalah satu-satunya downloader yang tak banyak saingan luar. Dan kalau cakap pasal speed, yeah, laju gila download guna IDM ni. Even website dia buruk gila tapi servis dia mantap.

DO NOT UPDATE THE IDM. IDM ni dah stable. So yeah, even dah ada newer version pun, jangan update IDM anda. Sekali update, bye-bye. This is not antivirus yang perlu diupdate-update ya.

PainTool SAI


Download PaintTool SAI full version HERE.

Korang (Girls, of course) suka melukis? Suka doodle macam budak pendek keras kepala ni? If yes, korang patut klik link tu dan tengok betapa mudahnya dia guna PainTool SAI tu. Actually, aku tak ingat dah mana aku dapat PaintTool SAI ni. Tapi sampai sekarang aku simpan. Sebab ianya ianya ringan dan mudah untuk melukis. Bukan stakat mudah untuk melukis, tapi juga dia punya colour agak solid dan cantik. Nak tengok contoh colour dia? Click sini. Cuma satu je kelemahan dia. Dia tak ada fungsi untuk tambah Text. Cara terbaik untuk overcome prob ni, just guna bersama Photoscape.   


Folder Lock Portable


Click HERE to download.

Siapa kat sini ada file peribadi? Okay, aku kasi contoh, korang ada letak satu folder dimana dalam tu ada gambar pakwe pakwe serta skandal-skandal korang tak berbaju. Folder tu pulak, korang nak kasi kat kawan sebab kawan korang nak tengok koleksi topless skandal dan pakwe-pakwe korang tu. Tapi bila korang nak transfer folder tu ke pendrive or external hard disk, korang takut folder itu akan tersebar kan? So, yeah ini lah masanya korang perlukan Folder Lock Portable.
 
Kenapa Folder Lock Portable ni best? Sebab ianya fleksibel. Dan korang tahu tak kenapa ia dipanggil portable? Sebab ianya tak perlukan installer serta sistem dia amat mudah. Andai kata selepas korang lock folder tu tapi ada orang delete, korang just perlu copy paste the new Folder Lock then pastekan kat situ. Selepas tu, korang boleh bukak balik guna password lama korang. Amat portable kan?

Advance System Care 5



Click HERE to download. Kalau ada problem, korang boleh download kat dia punya website.
Make it Pro for free click HERE.

Korang ada CCleaner? Sure ada kan? Kalau tak ada, aku bet yang korang punya laptop lembab macam siput kering. Well, CCleaner penting untuk buang benda-benda sampah yang diguna oleh computer anda (Tak termasuk files). Dan pada masa yang sama, ianya penting untuk fix registry laptop anda. Tapikan, CCleaner sekarang dah tak se-free macam dulu. Kalau nak CCleaner yang best, dah kena bayar dah. So, sebab tu lah aku cari utility lain untuk replace CCleaner. And tup-tup, aku terjumpa Advance System Care ni. Korang nak tengok apa yang ada dalam Advance System Care 5 ni? Tengok bawah.


Yup, ada bermacam-macam jenis function dan utilities lain. Dan tak lupa juga, ianya datang sekali dengan Smart Defrag 2. Memang complete set untuk kesihatan laptop dan PC korang.

Mozzila Thunderbird
Click HERE to download.
Korang selalu guna email tak? And korang ada lebih dari satu email account tak? Well, as for me yes. Aku ada 6 email accounts. 2 untuk blog, dua untuk mailing, 1 untuk terfaktab, dan selebihnya untuk iklan. So, tak akan nak bukak satu-satu email tu kan? Gila apa nak bukak satu email, pastu log out pastu bukak email lain pulak kan? Mesti susah dan menyusahkan. Sebab tu lah aku guna Mozzila Thunderbird.


Korang tengok gambar di atas, aku ada 6 email yang aku dah set kan. Dan aku boleh check semua ke enam-enam email tu sekali gus. Korang boleh log in semua email korang dalam ThunderBird ni. Ya, semua major email provider boleh digunakan kecuali Yahoo mail. Yahoo mail sucks. Banyak spam. So, bagi aku, email free yang paling bagus adalah Hotmail.

So, apa yang korang tunggu lagi? Cepat-cepat lah download.


Isnin, 7 Februari 2011

Software Latest Yang Patut Ada Di PC / Laptop Korang (2011)

Assalamualaikum

Hello gedik ladies dan gentle gentlemen sekalian. Hari tu, minggu lepas, bulan lepas dan tak kisah lah bila-bila pun. Kalau korang perasan di my boring formspring, ada certain readers yang bertanyakan pasal software-software yang tak terupdate. Yeah, kita dah masuk tahun 2011 tapi software-software di PC / Lappy masih ada yang tahun 2010. Kalau ada yang 2011, tak full version since the 'hackers' masih belum lancarkan 'virusnya' untuk menghack software-software yang ada di pasaran.

Well, di mana ada permintaan, di situ ada pirate software. Tapi, segala software yang akan aku letak di sini bukan pirate. Mereka semua adalah original. Dan disertakan sekali dengan patch (virus) untuk menjadikan mereka original. Windows ada dua jenis which is 32bit dan 64 bit. Cara nak tengok lappy / Pc korang berapa bit, korang boleh pergi ke 'Start' then pada kanan click 'Computer', then pilih 'Properties'. Kat situ, korang boleh tengok korang punya OS berapa bit.

Selamat menyedut.

List software dalam entri ni:
  1. BitDefender Total Security 2011 (Anti-virus + Internet security)
  2. TweaksLogon
  3. Adobe Photoshop CS5
  4. Microsoft Office 2010
  5. PhotoInstrument
Dan macam biasa, supaya Google tak buat benda-benda pelik kat blog aku:-
ALL DOWNLOAD-ABLE FORM OF FILES HERE ARE FOR NON-COMMERCIAL USE ONLY. I DO NOT OWN ANY OF  FILEs. THIS BLOG (AND OWNERS) DID NOT STORE THE FILES IN THEIR BLOG SERVER. THE LINKS ARE INDEXED FROM OTHER SITES. THE FILES ARE FOR DEMO ONLY AND MUST BE DELETED WITHIN 24 HOURS AFTER DOWNLOADED. YOU ARE AGREED WITH THIS TERM AS CLICKING THE DOWNLOAD BUTTON(S) / LINK(S). PLEASE READ THE DISCLAIMER AT THE BOTTOM OF THIS SITE .

Bit Defender Total Security 2011 (Update from previous post)

Download BitDefender 2011
Official Installer (Perlukan internet untuk install)

Standalone (Tak perlukan internet untuk install):
Installer 32bit.
Installer 64bit

Download Patch:
[UPDATE 11/2/2011] Patch 100% working. Boleh upadate selepas install patch. Baca Read Me.

Only compatible with Windows 7. Actually, di websitenya kata Windows XP boleh install. Tapi, aku try Windows XP tak pernah jadi. So, aku andaikan yang ianya tak compatible dengan Windows XP. Windows XP sucks by the way.

Aku guna BitDefender dari tahun 2009. And sejak tu, memang aku stick dengan BitDefender hingga lah sekarang.

Tapi, ramai yang tanya "Kenapa tak guna Kaspersky? Kenapa tak guna Kaspersky? Kaspersky best. Ada Jeckie Chan dan Lee Chong Wei." Peh-lis. And guest what, now, Kaspersky sucks dan BitDefender dah cecah no 1 dalam most of Top Antivirus. Korang boleh pergi ke mak cik Google dan taip "Top 10 antivirus 2011" dan surely, korang akan jumpa BitDefender sebagai No 1 dalam setiap list di mana-mana site. Kaspersky? Go to hell. I hate you B.

Well, ada yang tanya, "BitDefender 2011 tak der patch baru ke?" Yes, kalau dulu memang tak ada. Tapi sekarang dah ada. Macam biasa, kalau korang apply patch ni, korang boleh guna BitDef ni hingga ke tahun 2047+ maybe. Tapi rasanya tak perlu. Sebab tahun depan, rasanya aku akan update lagi. Bit Defender 2012 maybe. Number 2012 nampak scary. Mungkin kita semua akan mati. Nahhhh.

Internet Download Manager 6.xx


Installer IDM 6
or
Another Installer IDM 6

IDM adalah antara benda yang paling penting bagi korang yang suka download. Tak kira lah download movies ke, files ke, porn ke, youtube ke, lagu ke atau apa-apa je lah. Sebab ianya akan melajukan korang punya direct download selain dari manage korang punya downlaod.

Dan yes, sila jangan update this IDM. IDM bukannya antivirus yang perlu di update-update tu. Sebab, sekali korang update, sure kantoi.

TweaksLogon

Download Link :
Download

The pic says all. Korang tak bosan ke tengok log on screen korang yang huduh tu? Tak terfikir untuk mengempakkannya? Tak tak macam gambar di atas, apa kata gambar di bawah?


Pretty cool kan? Yes, korang nak letak muka korang pun tak der hal. Nak letak gambar boyfriends korang pun tak der hal. Asalkan, cukup besar. Kalau terlampau besar pun tak apa, sebab dia akan resize. Tapi kalau terlampau kecil, memang tak boleh ah.

Adobe Photoshop CS5



Installer Adobe Photoshop (1Gb)
or
Another Installer (1Gb+)

Portable Photoshop CS5
Download 123Mb

Bagi siapa-siapa yang suka edit gambar secara gempak, pasti reti guna Adobe Photoshop kan? Saiz 1 installer tu adalah amat-amat besar. So, aku tak tahu lah aku patut letak link atau tak sebab aku tak rasa akan ada yang download. Tapi, kalau korang nak download juga, aku rekemenkan korang untuk download guna uTorrent (Freeware). Bila korang dah ada uTorrent, just tekan sini untuk download

Microsoft Office 2010





Download full pakage:
http://office.microsoft.com/en-us/try/ (Download trial, then tukarkan jadi full version dengan menggunakan patch di bawah.)
Patch (100% works):
Patch Microsoft Office 2010
 

Hey, Microsoft Office 2011 dah keluar dan korang still guna Microsoft Office 2001? Oh no no. Korang still guna Open Office 3? Macam Orge (Orc)? Come on. Feel the convenience of Microsoft Office 2010. This is the latest for now yang aku pernah try.

Apa kelebihan Microsoft Office 2010? Well, setiap application yang ada dalam tu dah di kemas kini. Banyak yang di update dan di letak benda-benda baru. Maksudnya. ada application yang akan memudahkan kerja korang. Korang boleh discover sendiri.

[CARA NAK INSTALL] Mula-mula, install macam korang nak install game. Masa dalam proses tu, dia akan mintak the key. Bila sampai bab ni, korang setkan ke trial. Then, siapkan install. Bila dah siap install trial version, apply patch. Masa ni, pastikan korang dah off antivirus korang. Then sure korang akan dapat fullkan Ms Office 2010.

PhotoInstrument


Download Link:
Download


Korang kesunyian? Perlukan teman? Tapi di Facebook tak der orang add? Jangan risau sebab kini, aku ada jalan penyelesaiannya. Dengan PhotoInstrument, korang boleh tipu mana-mana mamat-mamat handsome mahupun yang tak handsome supaya mereka terpikat dengan kelicinan dahi dan kegebuan pipi anda. Caranya simple, tangkap gambar, edit kelonjongan dan kepanjangan muka anda, then licinkan nya dengan PhotoInstrument. Kemudian, facebook anda akan dipenuhi dengan para lelaki kesunyian dan playboy. Tak ketinggalan, haters. Good luck, liar.


ALL DOWNLOAD-ABLE FORM OF FILES HERE ARE FOR NON-COMMERCIAL USE ONLY. I DO NOT OWN ANY OF  FILEs. THIS BLOG (AND OWNERS) DID NOT STORE THE FILES IN THEIR BLOG SERVER. THE LINKS ARE INDEXED FROM OTHER SITES. THE FILES ARE FOR DEMO ONLY AND MUST BE DELETED WITHIN 24 HOURS AFTER DOWNLOADED. YOU ARE AGREED WITH THIS TERM AS CLICKING THE DOWNLOAD BUTTON(S) / LINK(S). PLEASE READ THE DISCLAIMER AT THE BOTTOM OF THIS SITE .

*****************

Apa yang aku bagi di atas bukan Full Version. Dan nak tukarkan ke full version senang je. Just download their patch. Then, bila dah siap download, baca 'Read Me' yang ada dalam file tu. Kalau tak ada Read Me pun, tak apa. Korang semua pandai-pandai. Dan patch ni simple je. Sure korang boleh faham. Apa-pun, sebelum tu, sila matikan antivirus anda. Sebab benda ni akan di detect sebagai virus.

Kalau ada apa-apa yang korang tak faham, boleh tanya aku di sini, atau simply email, atau di chat FB atau di formspring.



Isnin, 4 Januari 2010

Softwares yang Perlu Ada Dalam Laptop/notebook/desktop Anda.

Latest Update : 14 May 2010
Assalamualaikum.

Part 2 is HERE

Tahun baru. Dunia baru. Jadi, mari kita pastikan yang laptop kita berada di tahap yang paling okay untuk kesejahteraan bersama. Jadi, delete semua software anda yang di tahun 2009. Itu semua sampah. Itu semua dah jadi sejarah silam anda. Yang lalu biarkan ia berlalu. Dan tiba lah masanya untuk kita move on dan lupakan sejarah gelap kita. Kita hanya manusia. Tak mampu melawan takdir yang di tetapkan di Luh manfuz. Haha!

Di sini, aku akan nyatakan 12 software yang patut ada dalam laptop anda. Dan semuanya adalah free*.


I did not own any of this product. The download links are indexed from other websites and no files/software are stored in my blog server. Please read the disclaimer at the bottom of this site.

1. Mp3 Player –iTune

Senarai lagu fav aku di iTune

Download iTune Free Product 

Kenapa aku syorkan iTune dan bukan Winamp atau Windows Media Player? Sebabnya mudah je kerana iTune lagi gempak. Jauh lagi gempak dari mana-mana music/audio/mp3 player.

Di iTune, anda boleh play lagu based on rating anda, rank, most played, shuffled dan sebagainya. Kelebihan lain yang mungkin tak ada kat player lain adalah iTune ni ada PodCaster dan radio tune. Maksudnya online radio. Dan yang bestnya, radio-radio ni di susun mengikut genre. Maksudnya kalau anda sukakan lagu genre Country (Taylor Swift, Clair Walker etc), anda boleh pilih streaming di bahagian genre Country dan iTunes akan memaparkan semua online streaming yang berkonsepkan Country. Semuanya di dalam iTunes dan bukannya di web browser.

Dan yang paling aku suka, iTunes ni ada Party Shuffled. Kalau anda pendengar lagu yang tegar, mesti bosankan kalau asyik dengar lagu sama berulang-ulang. Then kalau nak susun balik lagu setiap kali nak dengar lagu mesti agak cerewet. So, Party Shuffled lah yang anda perlu. Aku malas nak cakap banyak. Korang bukan faham sangat pun. Download sendiri kalau nak rasai kehebatannya. =)

2. Utility – CCleaner

 CCleaner

Download CCleaner Free product

Hari ni anda beli lappy baru. Baru 6 bulan lappy anda dah lembab macam anda. Why? Well, semuanya di sebabkan anda tak maintenance lappy anda. Lappy ni umpama diri anda. Bayangkan kalau anda hari-hari main bola. Tapi tak pernah mandi. Apa jadi? Daki. God. Zzz So bila daki-daki tu berkumpul penuh badan anda so anda akan jadi penuh dengan daki okay aku tak pandai buat perumpamaan tapi memang macam tu la perumpamaan dia.

CCleaner ni kiranya dia akan cuci semua sampah-sarap anda. Dia bukan delete files yang anda tak guna tapi benda-benda sampinya ceperti cookie dan history. Hal-hal registry pun dia akan settle kan. Pernah sekali CClearner save up aku punya disk hampir 10Gb. Tu masa pertama kali aku guna CCleaner kat desktop penjabat ayah aku.

Benda ni wajib ada. Dan gunakan benda ni satu bulan sekali bersama Disk Defregmenter (Dah sedia ada kat Windows)

3. Internet Download Manager v 5.18 Final.


 IDM aku

Download Internet Download Manager v5.18 (IDM) + Patch/keygen/crack

Ini adalah kekasih aku. Dari dulu sampai sekarang aku memang setia dengan benda ni. See? Aku lelaki setia.

Aku suka IDM sebab ianya perisian yang amat mudah dan integrated with the most web browsers seperti Firefox, IE, Safari, Opera dan Chrome. So kalau anda klik je download link, IDM akan auto matik ambil alih dan kelajuan dia boleh cecah 3 kali ganda dari download secara biasa.

Dan, anda boleh download video dari streaming seperti di YouTube, Metacafe dan R*tube hanya dengan satu klik. Mudah kan.

Tetapi ramai yang mempertikaikan perisian IDM berbanding Free Download Manager sebab FDM adalah free dan IDM tidak. Tapi cuba fikir balik. Ada ke benda free lagi bagus dari benda yang berbayar? Pulak tu IDM sekarang ni nak kasi full version tanpa perlu bayar mudah sangat. Key dan patch IDM dah berlambak di dunia maya. Tunggu anda buang sikap malas anda untuk download je.

4. Web browser – Firefox
Download Mozzila FireFox

Perluke aku terangkan lagi tentang the most famous web browser ni? Jangan cakap korang masih guna Internet Explorer, losers.


5. Utility - Tune Up Utilities 2010

TUU2009
 
Download Tune Up Utilities 2010 v9.0.3 + Crack/Keygen

Tune Up Utilities ni merangkumi semua aspek. Korang boleh suruh TUU settle kan registry korang yang bermasalah, boleh suruh kasi recommendation, Repair Disk, Disk Def, increase performance, setting untuk kasi lappy anda laju masa start up dan macam-macam lagi termasuk untuk mencantikkan lappy anda. Kiranya perisian ini semuanya perfect untuk pastikan lappy anda setiasa sihat hendaknya.

6. Chat - Yahoo Messenger 10

YM di gunakan secara meluas untuk berkongsi ilmu.

Download YM10
Download Yahoo Messenger Portable 9 (Ini adalah executable portable. Ia mungkin akan di detect sebagai virus bagi pengguna AntiVirus Avast)

Tak tahu apa tu Yahoo Messenger? Oh God! Berapa tahun kau dah hidup? Atau hilang ingatan umpama Emran dan Rado? Kenapa Balqis dan Intan banyak sangat dugaan?

This is must download tool.

7. Torrent/p2p - Lime wire Pro 5
Download LimeWire Pro 5 Cracked

Open source ware yang amat best untuk download lagu. Hampir setiap minggu akan aku lepak kat Billboard, hitz fm dan Mtv Chart untuk cari lagu-lagu baru yang take forever nak sampai kat Malaysia. Dan lime wire bukan untuk download lagu je. Korang boleh guna untuk download files, video, application dan sebagainya menggunakan konsep p2p iaitu peer to peer atau bahasa comelnya sharing is caring. Kiranya kalau anda download lagu, kelajuan internet anda agak tak terusik sebab files di download dari users yang dah download files/lagu tersebut. Jadi kalau nak download laju, download files/lagu yang ada user paling ramai yang beratus-ratus .

Amat-amat berguna bagi peminat lagu English luar negara.

8. K-lite codec pack & GOM player.

Jason De Rulo

Download K Lite Codec 5 Full 
Download GOM Player

Apa itu K Lite Codec? K lite ni adalah untuk membolehkan anda menonton video di laptop dan dengan kualiti yang tinggi. Andai kata anda tak ada apa-apa codec di dalam laptop, anda akan hadapi masalah seperti video tak bergerak, audio ada tapi gambar tak ada atau video jalan tapi tak ada suara atau sebagainya. So K-Like Codec ni kiranya basic yang memang basic untuk anda layan video dengan tenang. Benda ni ‘integrated’ dengan semua video player.

Dan GOM player adalah video player yang aku rasa paling friendly. Nak edit substitle pun boleh ye la mana tau kot-kot korang punya English tak boleh pick up. Tapi aku kalau tengok video English mesti ada subtitles sebab kalau tak, mesti tak boleh catch up nak-nak kalau bab guna ayat slang yang sindiran dan peribahasa. Contohnya cerita House dan Chuck yang ada slang. Tapi kalau video yang tak ada dialog yang korang selalu tengok sorang-sorang dalam bilik berkunci tu, tak perlu subtitles pun tak apa.

9. Acdsee Pro 3 (full version)

Koleksi gambar-gambar aku. (ACDSee 2.5)

Download ACDSee Pro 3 Final + Keygen
Aku dah lama stick dengan ACDsee. ACDSee adalah software graphic yang memboleh kan anda edit (resize, repair, rotate, tambah efek, letak trademark, noise, sharpness, text, etc), tag, manage gambar, komen, red eyes dan apa-apa je yang mudah dan tak serumit Photoshop. Juga terdapat 40+ efek yang boleh di apply terhadap gambar.

Boleh handle hampir semua jenis gambar. Amat-amat friendly use.

Harga pasaran adalah USD 195. Tapi di sini hanya free. LOL. $195x Rm3.5+ = Perh.

10. Win RAR / WIN Zip.

 Win RAR

Download WinRar 3.90 Pro + Keygen / Patch

Apa itu win rar? Apa itu winzip?

Perisian ni perlu untuk membuka folder .zip dan .rar. Kalau tak, memang tak boleh nak view .rar dan .zip.

Kebiasaanya files akan di compresskan kedalam satu folder menggunakan software di atas. Dan biasanya orang buat macam ni samaada untuk upload ke file hosting atau transfer. Sebab bila sesebuah files di compresskan kepada .zip atau .rar, files tu akan susah nak corrupted(rosak) lebih lebih lagi kalau files tu bersaiz besar dan di splitkan menngunakan HJsplit. Serta files .zip/.rar lebih selamat kerana boleh di secure kan dengan password yang kita pilih.

Files-files yang biasanya di compresskan ke .zip dan .rar adalah video, upgrading files, patch (bagi mengelakkan Anti Virus delete patch kerana tersalah anggap ‘patch’ sebagai virus), bulk files dan sebagainya.

11. Folder Guard
Private the folder

Download Folder Guard 8.1+ Keygen / Patch

Di manakan privacy anda kalau bukan di sini? Folder Guard ni adalah tempat anda simpan semua benda yang rahsia. Anda boleh lock mana-mana folder hanya dengan beberapa klik. Ianya amat user friendly dan teratur. Tapi kalau anda perlukan vault yang betul-betul tebal, anda perlukan Folder Lock. Memang jamin selamat. Cuma, aku tak suka folder lock sebab welcome page dia ada gambar kunci dan manga. Gila buruk. Dah la design over nak mampus. Setiap kali nak buka folder yang kita lock, kita akan nampak kunci buruk dan bunyik ketak ketak tanda manga sedang di buka. WTF.

12. Anti Virus – BitDefender Total Security 2010 v13 (full version)
BitDefender Total (Internet security + Antivirus) 2010


[Update Direct Download Link]Download 32Bit BitDefender Total Security 2010 v 13
[Update Direct Download Link]Download 64Bit BitDefender Total Security 2010 v 13
Or you can download from official website (google it)
Then apply its patch to make it full version for FREE. Can update daily.
Download the PATCH

Kenapa BitDefender dan bukan Kaspersky? Kenapa bukan Avast? Kenapa bukan Avg? MCAfee? Nod32? Kenapa?

Segalanya mudah je. Avg adalah tak berguna. Avast, design dia terlalu over. McAfee gila entah apa-apa dan Nod32 is not bad tapi aku lagi prefer BitDefender. Dan Kaspersky? Aku tak suka Kaspasky kerana bunyinya gila buruk. Bunyi kuda. Bayangkan setiap kali ada virus ada bunyi kuda gila mengaum memang annoying. Aku nak setting bunyi lain pun memang tak ada mood dah.

Dan bagai mana pula dengan performance BitDefender? Well, aku kasi 9.5/10. Update hampir setiap hari, significant hampir semua virus, friendly use, smart design, ease and etc. Di sertai dengan Firewall, Antispam, Anti virus, Parent control, Backup, Encryption, TuneUp dan Network Management. Siap ada Game mode lagi. So kiranya kalau anda main game online, firewall Bitdefender akan resetting agar game anda tak lagging. Tak kurang juga IM encryption. Contohnya korang YM dengan awek, BitDef akan encrypt setiap perbualan anda. So memang agak selamat dari malware atau adware serta spam.

The design.

Mesti korang tertanya-tanya “Dah kalau BitDef bagus, kenapa ramai guna Kaspersky?” Sebabnya aku pun tak tahu. Yang aku tahu, virus ‘application’ dari laptop Zacky dah menjahanamkan laptop kawan aku yang menggunakan Kaspersky dan virus yang hampir sama dah rosakkan laptop abang aku yang guna Avast. Tapi bila masuk je ke laptop aku, terus BitDef delete. Ini bermaksud, ada anti virus boleh bunuh virus X,Y,Z tetapi tak bermaksud dia boleh detect virus M,N, O,P dan Q. Dan Antivirus yang tak boleh bunuh virus X,Y,Z tetapi boleh bunuh virus M,N,O,P dan Q. Dan BitDef boleh delete semua virus yang ada didalam handphone. Tested by me.

Bit defender tak pernah mengecewakan aku. Hariz juga sependapat mungkin. Aku dah install BitDefender kat dia punya laptop ketika awal sem dua dan dia tak pernah complain.

*******

Kenapa patch/crack kadang-kala di detect sebagai virus? Kerana patch dan crack sememangnya virus tetapi ianya bukan untuk mendatangkan damage terhadap laptop anda. Fungsinya adalah untuk hack software yang trial version menjadi full version dengan arahan kita. Macam antidote atau apa-apa drug la yang bahaya tetapi di gunakan untuk mengubati kita.

Semua software yang aku nyatakan di bawah boleh digunakan secara full version walaupun anda sepatutnya bayar untuk mendapatkan yang full version punya software.

Di dalam setiap folder yang anda download, telah sertakan crack/patch/key. Fungsi crack/patch adalah untuk hack software yang trial menjadi full version (permanent) dengan free. Jadi pastikan anda turn off anda punya antivirus terlebih dahulu kasi antivirus tak detect crack/patch sebagai virus. Jangan risau link/software yang aku nyatakan 100% selamat dan tak mengandungi virus.

Part 2 is HERE 

I did not own any of these products. The download links are indexed from another websites and no files/software are stored in my blog server. Please read the disclaimer at the bottom of this site.