Kawan amat penting. Susah nak cari kawan yang betul-betul sekepala dengan kita. Kawan yang kita boleh luahkan perasaan bersama-sama tanpa perlu risau akan kebocoran rahsia yang dikongsikan. Kawan yang sentiasa memberi pandangan yang jujur tentang diri kita. Dimana kawan yang kita melakukan aktiviti bersama. Mengulangkaji pelajaran bersama, pergi ke kelas bersama, lepak-lepak bersama,
Susah kan nak cari kawan yang macam tu. Tapi. (Ya mesti ada tapi-tapi kan yang macam dalam drama melayu kan.)
Tapi, korang semua sebenarnya setuju dengan aku. Just korang taknak mengaku. Awek/Bf semamngnya akan lagi penting dari kawan.
Kita asyik dengar kawan susah dicari. Kawan sukar diganti. Awek pulak mudah dicari. Berlambak-lambak nak-nak ratio girls kat dunia ni adalah 2:1.. Ceh. Tu semua bulls*
Entah lah. Mungkin aku silap pasal awek lagi penting dari kawan.
Well, cuba korang jawab soalan-soalan dibawah dengan jujur untuk mengetahui samaada aku silap atau korang yang silap;
- Setiap malam sebelum tidur. Korang mesti akan sms awek anda dan wish “ Gud nite baby/mama/ling/ucuk/sayang. Nanti kita jumpa dalam mimpi yea? Then kita boleh la tidur sama-sama.” (gatal). Adakah korang akan buat yang sedemikian kat kawan-kawan anda? Kali terakhir aku dapat wish goodnight dari kawan aku adalah masa aku form4/5 kot. Tu pun sebab kawan aku tu suruh aku siapkan homework dia yang dia malas nak buat. Tak guna punya member.
- Sehari tak berjumpa dengan awek anda. Confirm anda macam gila banyang kan. Makan tak lena. Tidur tak kenyang. Berak tak basuh dan macam-macam lah. Kalu anda tak jumpa kawan anda dalam masa 1 hari adakan anda akan jadi macam ni? Entah-entah masa aku tak de, semua orang cakap “aman dunia dowh khairul tak datang kelas hari ni.”
- Korang akan melayan awek anda sebaik mungkin apabila pergi date dengan awek anda.lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Adakah anda akan melakukan seperti yang serupa kat kawan-kawan anda? Sem lepas aku ingat lagi korang tinggal kan aku sorang-sorang kat Dataran Pahlawan. Naseb bek aku tak nanges...memberkan.
- Anda sudi belikan bear yang besar-besar kat awek anda. Cokelat cardburry black forest, ferari roser, almond dan macam-macam lagi nama pelik yang tak terkira harganya.(Sorry la kalu tersalah eja. Aku tak biasa beli cokelat mahal-mahal ni) Dengan rela hati je korang belikan walaupun anda tahu yang tu je duit yang anda ada dan anda tahu yang anda kena makan pasir untuk hidup selepas ni. Adakah korang akan lakukan benda yang sama kat kawan anda? Camon la. Aku nak pinjam 20sen pun habis mengungkit-ngunkit pasal ayah dia kerja tukang cop duit atau tak. Nak belanja apa tah lagi.
- Jika menaiki bas pergi date (sumpah tak romantik), anda tentu akan memberikan tempat duduk kat awek anda kan?. Adakah anda akan melakukan perkara yang serupa kat kawan-kawan anda? Jawapannya tak. Dulu aku pergi naik bas semua pakat berebut. Siapa yang tak dapat seat kena gelak ramai-ramai.
- Anda sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hati korang. Sanggup lari dari rumah lagi. Adalah anda sanggup lakukan apa sahaja demi kawan-kawan termasuk mengadai nyawa?
Banyak lagi contoh yang mampu aku huraikan. Jangan sampai aku cakap sal bergayut berjam-jam. Eih. Malas dowh. Termasuk jugak masa-masa indah yang korang luang kan bersama. Tak terkira banyaknya. lagu tentang awek banyak atau lagu tentang persanatan lagi banyak? Bak kata raja budut yang lawaknya macam badut dan tak tak klakar langsung, " lu pikirlah sendiri"
Then cuba fikirkan. Masa selepas anda kahwin. Adakah kawan-kawan memainkan peranan penting bagi anda? Adakah kawan anda orang yang akan menjaga anda? Menjaga family anda? Adakah kawan yang akan sanggup spend time untuk anda masa sakit 24/7? Tentunya tak. Sebab kawan-kawan ada isteri masing-masing. Diaorang ada anak yang perlu diberi makanan. Dia orang akan kewajipan yang perlu dilakukan bersama pasangan mereka (suami isteri) pada setiap malam jumaat ( membaca yassin maksud aku. Korang fikir apa?)
Kan?
TAPI. Kawan-kawan still penting. Kawan-kawan lah tempat korang kongsi pendapat. Kawan-kawan la asalnya wujud perasaan cinta dan sayang. Perasaan yang tak mampu digambarkan. Umpama menari-nari diatas sinaran bintang, diterangan dengan cahaya bulan di taman bunga dimalam hari bersama orang yang tersayang. Orang yang sentiasa terlekat didalam pintu hati yang dihiasa oleh ..OKAY-okay. Sorry. Ni lah akibatnya terbaca banyak sangat novel jiwang. Ter baca dan Terhabis baca. Ok?
Aku nak bold kan yang kawan dan awek/bf memang penting untuk menceriakan hidup kita. Dua-dua amat penting. Tetapi, semuanya ada had. Apabila kita perlu memilih, kita tahu yang ianya adalah pilihan yang sukar. Dan berbahagialah ketika memilih. Kerana pilihan tak biasanya datang. Dan yang datang tak semestinya yang kita nak kerana banyak benda yang kita nak, kita tak akan dapat.
wah, mmg pengakuan jujur...in a way, rase rmi pk gitu gk cume maybe x sebut cuz tkt menghiris ati membe kot..haha
BalasPadambyk kes yg putus kwn if kawan tu mengata kekasih kt, tp jarang dgr org putus cinta cuz kekasih kt mengata kwn kt,tul x..
bile dh kapel, confirm2 la kekasih kt tu org plg rpt ngn kt kn..sume mende kt wat diorng tau, if kawan, kadang2 msg, kdg2 enggk..
kt spend byk ms kt for kekasih, kawan ade kurang ckit..hoho..
so sendiri2 phm..tp papepun kwn itu penting =)
Berak tak basuh hahaha
BalasPadam@Anoymous- mandi tak lena, tidur tak kenanya dan berak tak basuh adalah normal bgi orang yang hangat bercinta (kot) >,>
BalasPadam@Fiza - yup. banyak benda yang boleh dikaitkan. Semuanya jelas just orang ramai malu untuk menyatakannya.
tapi macam yang kau cakap juga. kawan memamng amat penting dari pelbagai aspek.
p/s: manusia sanggup jadi jahat hanya kerana orang yang dia cinta. dan orang yang jahat sanggup jadi baik just untuk orang yang dia cintai juga.. pengaruh yang amat kuat =)
what a good en3..
BalasPadamhee
bf/gf sgt pntg.. support yg dorg bagi xsama mcm kawan..
but at the same time kwn juga sama penting..
maybe less compare to bf/gf..
ape ko cube buktikan nih khairul...
BalasPadammesti ko frust sebab x dapat wannna nikan?
aku setuju kata2 ko..klu disuruh wat plhn, aku akn plh bf drp kwn even aku tkde bf.
BalasPadamtp kwn rpt aku ni sorg laki n sorg pempuan. pstu 2-2 baik ngn aku, tp sllunye kwn laki la yg sntiasa ade ms utk dgr prob aku.aku pon taktau np dia snggup brkrban ms gila2 utk tlg aku.die tkdela bg sms slm mlm tp klu die tau aku tdo lmbt,die akn bg sms "bgn! bgn! dh subuh ni.pi basuh muka nuu"
pndek kata,mmg die perhatian bangett ama aku tp mati2 die kate die tak prnh jtuh cnta ngn aku..agk2 ko la kn,ade tak laki yg hatinya mmg tulus suci bl brshbt ngn pempuan,tkde sikit pun rasa cintan-cintun ni? ahaks
@Anoy/Zarif - ejaan yang betul adalah wana. dan aku mana pernah frust kalu bab awek2 ni. Buktinya, kau pernah ke nampak aku frust? Kita dah besar. tak akan benda2 kecil mcm ni nak ganggu hidup kita.
BalasPadamTapi kalu aku kapel ngan putus ngan awek hanya beberapa minggu slps couple, mmg agak frust la menanggung malu. nasib baik bukan aku =)
@Nurul Laila- lelaki tu suka kat kau. Dia cuma ego. lagi pun dia takut bila dia cakap yang dia suka kat kau, kau akan segan bila bersua muka.
aku ingat lagi assignment presentation english aku sem lepas. aku ada buat pasal love, life and romance. ada 1 slide pasal 'risk of getting love' dan point pertama adalah 'losing friends'
so kalu kau pun suka kawan kau tu, teruskan layan dia. kasi la hint sikit. baru la dia berani nk luahkan prasaan.
p/s aku pernah bc 1 article, lelaki kalu baik sgt ngan perempuan, mesti sedikit sebanyak ada perasaan cinta. confirm.
tak setuju langsung. kenapa nak lebihkan boyf daripada kawan sendiri? time putus nanti, kita carik kawan juga. mana ada org bila dah clash nnt, time tu terhegeh cari boyf lagi.
BalasPadamtime dh clash nnt baru lah rasa menyesal sangat sebab lebikan boyf daripada kawan yg selalu ada. tak semua kawan jahat, and tak semua boyf tu baik.
jangan lah nak lebihkan salah seorang, even bila saya cpl dulu pn saya xpnah lebihkan boyf sbb saya sedar, kawan lgi penting. walau apa korang cakap, between girlf and boyf still ada boundaries bila nak cakap. tapi pernah ke korg rasa susah nk ckap ngan kawan korg?
@Gadis anoy- Putus? adakah kita aim putus dalam perhubungan? knp tak kita aim dari cpl and trus ke perkahwinan?
BalasPadamtak semua kawan baik and tak semua boyf jahat =)
seperti yang kau cakap, ada had dan limit bila cakap dgn boyf. and ngan kawan kita cakap je apa-apa tanpa tapis kan. kenapa? sebab kita care ngan apa yang kita nak cakap. kita care ngan perasaan dan pandangan kekasih sbb tu la ada boundaries.
inciq khairul hahaha,,tersinggh lalu bace entry ney before g exam sumph gelak besar..u make my exam day so shine haha..k btw btl inciq punya pndpt suka suka logik n msuk akl,,but we need both kn kn kn..
BalasPadamchenta kwn laenchenta sahbt laen ehikk
adoi pape pon mmg la lawak keep typing k
sorey baru terperasan blog anda :P
@islala - so exam bleh jawab x? =)
BalasPadamhmm.. ada beberapa ayat kau kau cakaop aku x berapa faham la >,>
cinta sahabat ngan cinta awek mmg lain...
cinta sahabat kalu putus mudah nk sambung...tp kalu cinta kekasih.. mmg agak susah ..
hemo hemo yea yea exam jawb penuh ceria cerry hahha
BalasPadamowhh xpaham yea bhasa kita,,biasalh advnce sgt blaja b.melayu tnggi benar hahaha.pasney jnji akn proper bahasa sikit haha
yea yea btl btl kalw dh putus putus terus dh xpk per dh hahah :D
well,,ermm sy baru knl inciq dlm blog neyh,,xknl kowt xpnh jumpa kowt mungkin pernah selisih kowt
byk betl kowt ;p
erh, btw, ni bukan anoy ke sapa eh.
BalasPadammemangla, takda siapa pun aim nak clash, tpi kalau tengok keliling, mostly clash je nnt. cpl mmg la smpai 10 tahun, kahwin dengan org lain pun. mana tahu jodoh kan.
tak tahula kalau kawan awk macam tu, stakat ni dengan kawan saya, semuanya baik je.
hmm..mase tgah hangat bercinta tuh bley lah nk kate lebihkan awek/balak..
BalasPadamcube tgk contoh khairul kasi..semua nyer manis..sms sbelom tdo la..nek bas la..date la..n mcm2 la..padahal bile gaduh ke ape ke..kawan gak kite cari..frust pasal awek x peduli..kawan gak cari..nk cerita kbhagian ke..kehepiaan ke..kawan jugaak..pndek kate..even ade awek pon..pentingkan lah dier mcm mane2 pon kawan tetap kene ade..n bestnyer adalah kawna x pernah tggalkan kite..kawan yg x bek kedkut haprak x nk kasi pnjam 20sen tuh bukan kawan namenyer..the thing is kawna tuh best sebab kalo kite sedeyh dier kalo mlas nk dgr pon dier nk jugak jga hati kite..buat2 dngar..n bile kite nagis..dier x gi ane2 tp duk dgn kite..itulah pentingnya ade awek yg memahami..nih kawan kite problem pksa gak pegi dating ngn dier..
ahhh! da la...nisah malas da la..nisah mcm da melalut..sumpah! mood rosak plak bace pasal bnda2 cinta ni..karut semua!sila abaikan mood swing ni..
@Niesa - Yup. Sebenarnya, entri ni bercakap tentang seseorang yang sedang bercinta =)
BalasPadamdan pendapat kau tu ada betulnya.
dan pendapat aku tak sentiasa betul
haha. so funny la ur post.
BalasPadamlove reading ur entry. :)
lovin ur entry sooo much!!! made sense!
BalasPadamkwn lg pentin dr bf/gf..undeniable..
BalasPadamkalo ilang bf/gf..bley cari lg..
kalo ilang prsahabatan..ssah wooo nk gnti..
@LeeAnNa - Tak dinafikan persahabatan lagi kukuh dari couple. Tapi tu tak bermaksud persahabatan lagi penting. =)
BalasPadamdua2 pun penting in their own way lah.. xkan nk hidup ngan bf/gf je kan.. lama2 muak lak.. haha
BalasPadamklo ngan kwn je.. jap g kwn de bf/gf... dorang sure tinggal kita pny..
:P
same penting for me. aku sayang kawan baik aku. kawan suam2 kuku, je aku tak amik tau sangat. lantak pi ar.
BalasPadamcume,akutak pernah fallin love giler2 ngan mane2 laki. so, setakat ni..kawan baik aku adalah someone yg penting lepas family aku.
ko ni ade krisis ngn kengkawan ke ape?
haha...btl r cm2
BalasPadambut still kita admit kwn2 sgt pntg
Serius tersentuh bace entri mcm ni yang ditulis oleh seorang lelaki... Pengakuan seorang lelaki..
BalasPadamPerempuan selalu pikir lelaki/bf lebih pentingkan kawan dari dia. Kenyataannya? Lelaki saje yang tau..
ahah. mmg betol pade hakikatnye.:)
BalasPadamHAHA. 1st time aku jumpa lelaki admit yg GF is more important if compared to friend. thumbs up!
BalasPadamerk. xtakut member lari ke? :)
i pena wat gak sal entry bf ke kawan lagi penting. mase tu kecik ati ngn member coz dy asik ngn pakwe jek..hahaha...
BalasPadammula2 aku rasa kwn adalah segala2nye..
BalasPadamtp bila kwn2 aku semua dah ade pasangan masing2..
tinggal aku sorg terkontang kanting..
so start dr situ aku rasa kwn dah xbrape penting...bf lg penting sbb dia akan jd sebahagian dr family kite akan dtg...
nk tnye, gambar laki kat depan tu, adakah dia bernama haris?
BalasPadamBak kata raja budut yang lawaknya macam badut dan tak tak klakar langsung, " lu pikirlah sendiri"
BalasPadamwhat do you mean by saying those word? if u mean the same ask i think.kalu ya, i rase u x patut nk kutuk org len. kite x perfect so bile nk beri pandangan peribadi sekali pown bkn dgn care mengutuk org len k. hope u carefull next time. jgn smpi kne saman pulak.
@Hidayah - Lol. Biasa la tu.
BalasPadam@Izza - Betull kan =)
@Epal - Tak mungkin =)
@Khai - Yup
persoalan ni selalu aku bangkitkan pada diri aku sendiri...
BalasPadamlepas baca entry ni ..minda aku terbukak utk lebih memahami
gf/bf akan jadi sum1 yg rapat ngan kite kn...thats mean dia pun kwn kita jugak...:)
BalasPadammula2 nk bgtaw suka ko tlis t0pik ni..
BalasPadamak nk share r ckit xperience ak..
bagi ak dua2 amat pentg dlm idop ak..
dan bila perlu buat pilihan between both, ak xmo...knapa nk pilih if kita leh dapat both kan???
1day 2, ad la m/undrstnd ckit ngan bf ak n my fren. tapi lam kes ak, bf ak minx maap ngan salah dy kat ak. but in case my fren, ak yg minx maap... xpe la, kawan kan, 1geng plak 2....
but my fren just put all d blame on me bcoz im back wid my bf..
then dyowng stat pulaukan ak, seksa doh....
cam nk @#$% je ak ase.. tapi bf ak r yg byak support ak.. my fren keep attack me, dr fb sampai la ke mulut... gila r seksa...
jus nk bgtaw, both is important, but hargailah iwg yg sayang kat kita, bukan kita je syg kt owg 2....
peace no war =D.....
cmne pulak perempuan ngan perempuan tido berpulak. nak kata lesbian xtau la, diaorg nie kawan baik. bai giler smpai tido berpeluk. kitaorg sebagai kwn2 pun nak tgk pun..ishh xtau nak ckap la. bila jalan berpegang tgn..haishh..
BalasPadamwell in may case..bf aku pilih kawan dia dr pilih aku...masa time aku susah leh jer dia p seronak2, karok, tgk show ngan kwn2 dia..aku lak terkontang kanting sesorg.. time lunch ke ape x penah pon tnye aku da mkn ke belum, ajak makan ke.tp bile ngan kawan-kawan leh jer msj ajak p mkn ke ape ke... aku ni ibarat teman time susah jer..bile susah, sunyi kwn2 balik kampung br la cr aku..klu x..msj aku pon cukup sekali sehari suh tido. bile aku nak kuar dia sibok nak ikot tkt aku curg la membazir la..bile time dia p shoping, dia ajak kwn2 dia jer aku x ajak pon unless dia nak shoping duit x baper cukup br la ajak aku... pehh mmg syg kwn lbh la...buat aku ni cm xder hati, perasaan jiwa dan raga la... sorry agak emo disitu..^_^
BalasPadamKena tinggal dekat Dataran Pahlawan ? Heh,siap nak nagis . lembik !
BalasPadamSaye suke bace entry awak. Sgt positve. We need both of them in our life. Dua2 penting pada kita :)
BalasPadamSngt tersentuh bila bace entry nie
BalasPadamJgn bila susah cari mmbe pulak.. Bila dh tersadai tgh jln p la call awek mintak tolong.. Lagi satu.. Benda haram mmng sedap kan
BalasPadambila aku baca apa yg khai ni cuba sampai kan . aku rasa nak nangis . tak sangka ada lagi lelaki yang akan faham perasaan perempuan . sebak sangat . like my bf , bila ajak keluar macam3 alasan . tp bila member ajak lepak . laju jer . bila call plak , masa tu la nk mkn , nk mndi , nk berak , nk tido mcm3 laa . bila ajak slowtalk . kata kita yg x pnah nk faham . then the same time janji nk berubah but still do the same thing . kalau rasa seronok berkawan . tolong jangan cari pasangan lagi . sebab tu tanda nya korg tak bersedia lagi ntok berpasangan . kesian pasangan korg yg betul sayangkan korg ari3 pendam perasaan .kecewa sedih .. sy sndri tgh melalui . nak lepas kan sayang . 5tahun dah bersama pthankan hubungan . sy pun tak tahu sejauh mana kesabaran sy sndri .. allah lebih mengetahui . al fatihah buat hati sendiri .
BalasPadam#syifakhayla
Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.
BalasPadam