Aku terfikir, dan terus memikir. Lagi, lagi dan lagi.

Malaysia

Beberapa minggu lepas, aku gerak dari Kuantan menuju ke Bandar Melaka tempat dimana aku belajar sekarang. Naik bas la semestinya. Bertolak dari pukul 1 pagi then sampai ke Melaka Sentral dalam pukul 4 pagi. Hanya 3 jam perjalanan. Dalam perjalanan yang singkat tu, macam-macam aku nampak. Aku nampak macam mana seorang nenek tua yang pada waktu pagi-pagi sibuk bekerja mengutip tin-tin di tepi jalan. Aku nampak pekerja MPK mengangkat sampah dan memasukkan ke dalah lorinya. Aku nampak macam mana pemandu teksi bersekang mata mencari pelanggan tanpa kenal rasa mengantuk. Aku nampak macam mana seorang pemuda 20-an dikejar dan ditangkap kerana berusaha untuk mencuri sebuah kereta. Aku nampak macam mana kehidupan tanpa arah tujuan macam itu.



The rising of the Sun


Mula-mula kalau korang tengok, mungkin tak mendatangkan apa-apa kesan. Tapi bila difikirkan dengan mendalam, aku tertanya-tanya, apa yang akan aku jadi bila aku keluar dari university ni. Adakah aku akan menganggur seperti kebanyakkan? Bekerja di kilang-kilang yang tak pernah aku fikirkan. Merempat di tepi jalan sambil mencari kerja-kerja kosong yang langsung tak berkait dengan apa yang aku belajar? Atau membuka kedai burger di tepi jalan tanpa sebarang pengalaman yang aku ada? Aku bukan pandang rendah pada pekerjaan yang aku nyatakan. Just aku terfikir, berbaloi ke aku belajar jauh-jauh, tinggi-tinggi dan susah-susah jika hanya mendapat kerja seperti itu. Mungkin ya, dan mungkin tidak.

Tapi, aku inginkan keadaan yang tenang seperti yang semua manusia didunia ni impikan. Sesuatu yang agak mustahil.



The best moment ever


  1. Aku impikan bangun awal pagi pada setiap hari dengan mata yang segar sambil melihat permandangan indah matahari naik dari luar tingkap.
  2. Mandi tanpa paksaan dan tanpa rasa dingin air pagi.
  3. Ketenangan yang tak boleh dihuraikan setaip kali selesai solat subuh yang agak liat untuk dilakukan.
  4. Memakai baju untuk ke kerja dan memakan sarapan yang lazat amat yang telah dihidangkan.
  5. Pergi ke kerja dengan menaiki kereta tercinta dan memandu dengan tenangnya serta punch card seawal mungkin.
  6. Menegur bos/ pekerja aku dengan senyuman dan tanda hormat serta bukannya dengan rasa takut.
  7. Lalui hari-hari indah bekerja aku dengan seronoknya dalam mengharungi cabaran seharian.
  8. Balik kerja pada hari yang panas terik dan melemparkan diri ke atas katil empuk sambil ditiup bayu air-condition yang mampu melelapkan mata aku dengan segeranya.
  9. Duduk melepak bersama awek tersayang sambil menonton tv dan movies tanpa sebarang ganguan pada hari cuti dirumah sendiri yang tak terkata indahnya ia.
  10. Keluar membeli belah tanpa memikirkan masalah kekurangan wang ringgit.
  11. Bercuti ditempat bersalji yang tak pernah aku fikirkan, melepak dimalam hari di tempat yang tak pernah aku tahu bersama rakan-rakan rapat ku.

  12. Malaysia

  13. Bersama yang tercinta, candles light dinner di atas bukit tinggi (bukan bukit micet ) sambil melihat perjalanan dunia dari perspektif jauh serta perjalanan bandar-bandar metropolitan yang tak penah terlelap.
  14. Waktu malam aku dihiasi lampu-lampu dari angkasa yang tenang sambil ditiup angin yang berbau mendung hujan yang sering menjadi fav aku.
  15. Dan setiap malam sebelum tidur, aku akan memikirkan hari-hari indah yang bakal aku lakukan pada keesokannya, yang akan aku ingat sebagai kenangan dan kebiasaan.

Tapi mungkin kan benda ni terjadi? Ah...

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
feel it
kawan ko berkata…
semua gambar cantik giler
Sofea berkata…
education is the best asset ever . one day in future when u hv ur dream job, ur dream home, ur dream car .. u will know that its worth it after all . u will look back at ur days in college and realize tht its was juz a piece of cake . mind u.. u 'll be facing many more challenges in ur working life.. then , its a beginning of a new chapter , a new life ..
so for now... enjoy ur days as a student ..days when u hv no responsibility and can u whtever u wan... for u 'll never have it again ..!!
cheerios !!
hariz berkata…
kau gay mana ada awek.haha
Khairul berkata…
@kawan aku - sume gambar orang tangkap

@sofea - kau commenter paling best slain kasi kritikan membina

@hariz - ok la x der awek dari ada awek cam awek kau hehehe.. (bg tau aku kalu kau terasa..nnt aku delete)
Tanpa Nama berkata…
kau mcm tkkan dpt je apa yg kau impikan. huhuhuhuhuhu major lol!
Izzati berkata…
everyone would love that <3 =)