Selasa, 30 Mac 2010

Bila Lelaki Control Macho Depan Perempuan 1

Assalamualaikum

Click to enlarge the picture.

Dah menjadi satu kewajipan kepada lelaki untuk membayar apabila keluar ber-dating (?). Dan sebenarnya, apa yang anda lihat di atas adalah situasi yang selaluselaluselalu sangat berlaku bagi lelaki.

So, gadis-gadis semua. Selepas ini, jangan mengada-ngada nak buat-buat tak nak bayar walaupun si boyfriend dah tahu yang korang tak akan bayar punya lah. Just, at least, pretend yang korang nak bayar. Maksud aku angkat lah sikit purse yang mahal tu buat-buat nak bayar. Ianya amat bermakna bagi lelaki supaya korang tak akan nampak macam ______ .  Ye la lagi pun semua lelaki tahu, apa fungsi perempuan kalau bukan untuk kikis duit lelaki. (Eh? Haha!)

Oh ya, hari ni dah akhir bulan. Loan Mara dan Ptptn tak masuk lagi. So girls, apa yang korang tunggu lagi? Rajin-rajin la pergi date dengan boyfriend-boyfriend anda. Nescaya, anda akan dapat makan free. Dan masa nak bayar, jangan lupa buat-buat seluk purse anda yang kosong tu. Have a nice day.



Isnin, 29 Mac 2010

Apabila Facebook Di Fatwakan Haram.

Assalamualaikum


Malaysia telah memfatwakan pengharaman konsert seperti Jom Heboh dengan alasan pergaulan terlampau bebas Tetapi tak ada orang yang pedulikan .

Negeri Pahang telah memfatwakan pengharaman rokok dengan alasan membahayakan kesihatan. Tetapi aku rasa masih banyak yang menghisap rokok kat negeri kelahiran aku tu.

Iran dan Indonesia telah memfatwakan pengharaman Facebook dan lain-lain social networking dengan alasan boleh membawa ke arah pengzinaan. Tapi aku rasa

So, kalau Malaysia memfatwakan pengharaman Facebook, apa yang korang akan buat?




Jumaat, 26 Mac 2010

Perangai Perempuan Memang Susah Untuk Difahami 3

Assalamualaikum

Click picture to read.


Im probably not going to write any new blog entries because im really busy with everything until 6 May (Habis final exam). So, until then, Im gonna post anything simple.




Rabu, 24 Mac 2010

It's Gonna Make Sense

Assalamualaikum






MLTR - It's Gonna Make Sense

Ah... ah... ah...
Ah... ah... ah... ah...

Life comes in many shapes
You think you know what you got
Until it changes

And life will take you high and low
You gotta learn how to walk
And then which way to go

Every choice you make
When you're lost
Every step you take
Has it's cause

Chorus:
After you clear your eyes
You'll see the light
Somewhere in the darkness
After the rain has gone
You'll feel the sun come
And though it seems your sorrow never ends
Someday it's gonna make sense

Ah... ah... ah... ah...

Tears you shed are all the same
When you laughed 'till you cried
Or broken down in pain

All the hours you have spent in the past
Worrying about
A thing that didn't last

Everything you saw
Played a part
In everything you are
In your heart

Chorus:
After you clear your eyes
You'll see the light
Somewhere in the darkness
After the rain has gone
You'll feel the sun comes
And though it seems your sorrow never ends...

Release:
Someday you're gonna find the answers
To all the things you've become and all they've done
At your expense
Someday it's gonna make sense

Ah... ah... ah...
Ah... ah... ah... ah...

After the rain has gone
You'll feel the sun comes
And though it seems your sorrow never ends

Someday it's gonna make sense
Ah... ah... ah... ah... ah... ah... ah...
Someday it's gonna make sense

After the rain has gone
You'll feel the sun comes
And though it seems your sorrow never ends

Someday it's gonna make sense


Hayati.



Selasa, 23 Mac 2010

Kenapa Lelaki Jarang Jadi Doctor Love

Assalamualaikum

Girl Advice

Girl : He said he does not like you? You know what, He would only say that if he was really in love with you.

Girl is supportive.

Guy Advice

Guy : She said she does not like you? That is rough. Best to move on. Did she says anything about me?

Guy is a good motivator.






Ahad, 21 Mac 2010

(Another) Perangai Perempuan Memang Susah Untuk Difahami (2)

Assalamualaikum



"Damn son!" Aku menjerit bila tengok House kena tumbuk dengan nigger yang tengah bengang. Serious shit dia dah kalah bet dengan Dr Cameron.

Well, aku tak tahu kenapa aku tonton cerita favorite aku tu pada season lama. But, House MD is damn gila stylo you know.

Then tengah layan-layan tu, aku dapat buzz dari awek YM. Memang pantang kalau ada orang kacau aku tonton cerita favorite aku.

But oh well,  kalau ada perempuan tegur tak akan nak buat dono pula kan. Nanti kena cop sebagai berlagak. Hey, aku baik. Tak berlagak pun.

Ah

So, aku layan je la.

Awek YM : Weh, kau ingat tak lagi mamat yang nama Harith hari tu? (Bukan Hariz)

Aku : Walaikummusalam. Mamat yang mana satu?

Awek YM : Assalamualaikum. Alah, mamat yang aku tunjukkan kau gambar dia tu. Yang jambang berkumis matang perh hensem gila and hot sial tu.

Aku : Ye ye ye aku ingat. Kenapa dengan dia?

Awek YM : Hari tu jiran aku ada cakap yang ada lelaki intai-intai rumah aku. So aku takut la.

Aku : Ooo. Okay. Then?

Awek YM : Then aku pergi la menyorok kat belakang rumah nak investigate siapa orang tu. And you know what. Last-last aku dapat tau yang orang tu adalah Harith. Haha. Sweet kan?

Aku : Sweet?

Awek YM : Ye la. Aku rasa dia suka kat aku sama macam aku suka kat dia la. Hehehe.

Aku : So, are u sure that it's sweet?

Awek YM : Yup. And you know what. Selepas tu aku terus approach dia tanya pasal dia intai aku. Dia terus blushing and malu-malu dengan aku. Haha. Comel gila.

Aku : LOL. Btw, Ahmad kirim salam.

Awek YM : Ahmad gemuk tu?

Aku : Yup. Your secret admire tu la.

Awek YM : Eeeuuuwwwwww. What a stalker!



Wtf?




Sabtu, 20 Mac 2010

Khamis, 18 Mac 2010

Quote of The Day : Life is Not Fair.

Assalamualaikum


Never regret. Life is good. When it is nice, it is beautiful. When it is not, it is the remarkable experience.

But still, life does not care how hell and how good you are. It gives the unfairness when it wants to.



Direct from Tumblr.


Ahad, 14 Mac 2010

Benda-benda Pelik Yang Korang Akan Jumpa di Facebook.

Assalamualaikum
Facebook is killing me. 

Aku bet korang ada facebook. Memang korang tak pandai menipu kalau korang cakap korang tak ada facebook. Tak ada facebook, tak bertamadun. Eh.

Well, korang mesti dah perasan kan. Banyak negara dah keluarkan fatwa pengharaman Facebook. Iran dan Indonesia terutamanya. Tapi jangan risau sebab kat Malaysia tak akan di haramkan punya facebook ni.

Agak agak korang kenapa?

Im stalking girls on facebook

Tapi kan, aku tengok pengguna-pengguna Facebook memang kreatif bila mencipta group dan page.
Well, meh aku promote groups yang gila-gila yang korang patut join. Tak perlu tanya kenapa, sebab korang akan terasa bila baca tajuk group tersebut.

You are 8. You don't NEED a cell phone, or iPod or Myspace  
Ni adalah antara group pertama yang aku masuk. Sebab aku memang tak puas hati tegok adik aku yang berumur 8,9,10 tahun main handphone. Aku teringat lagi zaman aku masa sebaya adik-adik aku. Mana ada benda-benda handphone ni. Seharian, tengok tv, makan, tido. Pergi kelas, main masak-masak, balik. Hujung minggu main kawin-kawin, tidur, tangkap anak ikan (berudu) dan mandi sungai (longkang). Zaman sekarang? Myspace? Facebook? Tagged? iPod? iPad? Try ajak adik-adik korang untuk main kahwin-kahwin dan masak-mask tengok apa reaksi dan muka pelik yang dieorang akan buat. Wtf.

Well, group ni agak selari dengan group When I was at your age, The Rock was a wrestler, not a Tooth Fairy.


Funny how we used to be extremely close, and now we're completely strangers

Friendship is not forever.

Ni adalah group yang amat sinonim dengan kehidupan kita. Everybody is a friend except when they are not. Dan bila seseorang tu dah declare untuk bukan jadi kawan kita, automatiknya dia adalah orang yang kita tak suka. But oh well, kawan baik pun boleh putus. Dan, kalau di kira-kira balik dari aku kenal beza antara lelaki dan perempuan, rasa-rasanya dah beratus kot kawan baik yang putus kawan. Friends are forever? BFF? Ah. Duniawi je semua tu.

Kami BENCI bila loan Mara/Ptptn lambat masuk
Group ni aku yang ciptakan. Tapi still, hati agak takut bila orang tanya "Tak takut ke kalau kena sue atau banned dengan Mara" Well, aku rasa benda ni tak akan berlaku. Group ni just untuk menyatakan yang diri ini tak suka bila loan lambat masuk. Ini bukan group untuk melahirkan kebencian. Segala cacian dan makian tak akan dibenarkan untuk muncul. Aku akan pantau. So tak ada hal la.

Aku cipta group ni apa bila minggu lepas, loan mara lambat gila masuk. So aku tak tahu nak tanya siapa tentang hal ni. Kalau tanya pihak kolej, dengarnya akan dapat jawapan klise seperti "Esok lusa masuk la". 

Dan yang bestnya. Dalam masa 2 hari aku create group ni, ada lebih 200 members yang aku tak kenal. Kali terakhir aku tengok, group ni dah cecah 400 orang. So, memang duit itu penting ah.


Hi, Im wasted a very long time liking you.
Aku perasan pasal group ni dari mamat bernama Fahim. Perh. Muka ganas, tapi join group jiwang. Aku rasa dia ni harap je muka ganas. Tetapi hati taman bunga. Group ni, bukan group untuk losers okay. Ni group err... untuk yang tak berani menyatakan cinta. Ah. Benci betul aku cakap pasal cinta-cinta ni.


I hate waking up during a good dream and it won't come back!

 My Ishihara Satomi

Hidup memang tak seindah mimpi. Dan kadang-kadang benda yang kat dalam mimpi tu akan remain kat dalam mimpi. Nak harap jadi kenyataan memang mustahil.

So aku memang agak bengang la bila tengah syok layan mimpi, then terjaga. Kalau dah terjaga dengan sendiri, fine la kan. Tapi kalau dah tengah mimpi dating dengan Ishihara Satomi atau Amanda Byness then tiba-tiba member satu rumah kejutkan guna kaki bersama muka bangun tido yang ada air liur basi kat pipi then cakap "Weh cepat la bangun. Dah lewat nak pergi ke kelas da ni", memang panas. Then demi awek yang dalam mimpi sanggup pula cakap " Malas la nak pergi kelas hari ni" dengan harapan boleh sambung balik mimpi tu tadi.

Ah. Jangan harap lah.


When I get a text (sms) from you, I immediately stop whatever im doing to read it.
Title says all. Even kadang-kadang tengah driving pun boleh main sms. Setakat ni selamat lagi la ke destinasi. Tips dia? Dengar lah iklan kat tv pasal "Ingatlah orang yang tersayang" dan pastikan orang tersayang tu adalah orang yang kita sms. Confirm tak akan accident. Good luck.

Lelaki boleh mencapai 1juta fan sebelum wanita 
Again, title says it all. Group ni adalah berlawanan dengan group "Perempuan Boleh Mencapai 1Juta fan sebelum Lelaki". Tapi seperti yang kita expected, memang lelaki akan kalah. So moral of the story? Well, moral of the story dia "Dah boleh dah kalau nak jadikan 1 lelaki untuk dua perempuan". So, berbaiklah kamu semua wahai perempuan. Mana la tau kot-kot kawan korang yang comey lotte tu akan jadi madu korang. Baru lah friends forever, babes.


I was gonna post a status, then I remembered I have family on Facebook.
Adik aku pernah add aku kat facebook. Aku reject. Abang aku add, aku reject. Then baru-baru ni, ayah aku cakap dia pun nak buat facebook jugak ah sudah. Memang tak tahu nak buat apa. Kang kalau approve semua family members then post status yang bukan-bukan mesti jadi isu. Tu belum kira bab kawan-kawan lain perangai memang suka dajalkan member lain. Memang tak akan ah ada famili members aku kat friends list facebook aku.


I see your typing,then u stop...WHAT WERE U GOING TO SAY?!

Was wondering

Aku ada sorang kawan perempuan. Aku selalu bergurau dengan dia kat YM sampai dia naik bengang dengan aku. Korang tahu la kan aku bergurau macam mana. Haha! Tapi apa yang aku perasan, dia agak sesuai untuk join group ni. Sebab masa YM dengan dia, aku akan nampak tertulis "Miss A is typing...." Then hilang. Aku tunggu. Lama sikit ada balik perkataan "Miss A is typing...."tu. Then hilang lagi. So aku memang tertanya-tanya la juga. Apa yang dia fikirkan? Apa yang dia nak tulis sebenarnya. Adakah dia segan-segan untuk cakap main lepas dengan aku. Atau dia sedang fikirkan ayat yang lagi maut dari ayat yang aku kasi? Dia dah makin ganas sekarang. Jarang boleh jumpa gadis comel yang ganas but oh well aku memang membawa pengaruh yang 'baik'.

I've sent her an email yesterday. I don't know if she noticed it.


Belia benci "huhu", "ahaks", "wakk lu", tUliS mCm bABi, "cayunk"dan yang seangkatan.

Group ni di asaskan oleh Fahim anak Rustam. Ya aku memang berbesar hati untuk join group ni. Sebab aku sebenarnya agak pelik bila mesej dengan orang (perempuan terutamanya) yang akan letak perkataan "huhu" di hujung ayat. What the hell is "huhu"?

Then aku juga kurang berkenan adalah tulisan Myspace yang gila susah nak faham. And yang paling tak boleh blah bila aku YM ada orang yang gunakan 0 (kosong) sebagai 'o' (huruf). Contohnya "k0 0rang teng0k citer apa?" Kalau kat handphone tak apa la juga sebab menyenangkan. Tapi kalau dah berchatting kat YM still guna cara ni, memang aku tak tahu la kenapa. Dan satu lagi, aku prefer penggunaan "kau" dari "ko". Serta "aku" dari "ak","aq" dan sebagainya.

Istillah lain yang tak leh blah yang memang mustahil akan keluar dari mulut aku dan mustahil akan ditulis oleh aku adalah 'mamam', 'cyg', 'kitew', 'sayew','bilew', 'bucuk', 'chombong' dan "bubuk". They are so.. ewwww.

Aku juga dulu anti gila dengan lograt utara. Dengar je orang cakap utara, terus rasa nak lempang. Tapi dulu la. Sekarang entah kenapa aku jadi suka kat bahasa utara. Dia ada macam lagu-lagu sikit.


I hate that kid who reminds the teacher (lecturer) about tests or quizzes.

Gedik.

Ah, last minute punya orang macam aku, study pun mesti last minute. Then bila masuk dalam kelas, lecturer tu straight je mengajar and macam lupa yang hari tu dia cakap nak buat test atau quiz. Semua orang yang last minute hati gila berbunga-bunga. Then 15 minute sebelum kelas abis, ada la pula seorang yang pendiam, muka gila excited dan berseri-seri sambil angkat tangan dan tanya "Hari ni ada quiz tak" sambil dalam hatinya menyambung "Dah tak sabar nak jawab soalan-soalan yang susah yang dia rasa dia sorang je betul. Oh shit.


i hate it when you make plans, get excited, they never happened
Oh yes I like this. Aku ingat lagi dulu-dulu masa semester 1 dan dua. Sebelum nak hang out kat bandar Melaka, mesti plan awal-awal. Ada sampai plan seminggu awal. Then bila masa dah sampai, apa yang kita plan tu mesti tak akan terjadi.

Dan, aku rasa diri aku agak pelik. Apa je yang aku fikirkan, tak akan berlaku. Infact, aku rasa kita semua macam tu. Apa je yang kita rancang dengan teliti, confirm tak akan jadi 100%. Kalau jadi pun, 60% pasti lari dari laluan asal.

So, untuk overcome masalah ini, aku play fool with life dengan cara berfikiran negative secara yakin. Well, it works for me sometime. Tapi kebanyannkannya tak menjadi. Hais, life isnt fair.


I'm sexually inappropriate with my friends, but I'm actually not gay.

Doggie
They are gay. NOT.

Kadang-kadang lelaki akan bergurau secara gay. Raba sana, raba sini pengang sana pegang sini. Tak terkecuali juga bila lelaki buat aksi tak senonoh seperti 'ringan-ringan' sesama lelaki. But hell no. They are not gay. We (boys) sexually inappropriate with friends but we actually not gay.

Ni termasuk bila aku tegur Awang dengan cara "Hai sexy".

Sekarang ni, nisbah 3 perempuan 'untuk' 1 lelaki. Why the hell we wanna waste this opportunity by becoming a gay?


I said don't tell! So why the fuck does everyone know?!
Dari tajuk dah tahu kan yang ni based on simpan rahsia. Dah molek pula aku ni banyak simpan rahsia. So kadang-kadang, aku akan terlepas sikit rahsia tu (dulu la). Dah bila terlepas tu, memang aku harap la orang tu simpan rahsia. Tapi zzzzzz.

Dan aku memang anti gila dengan lelaki yang memberitahu satu rahsia semata-mata nak jadi rapat terhadap seseorang perempuan. Ye la aku kan lelaki. Lelaki sebenarnya bukan tak suka gossip, mereka suka juga. Then bila bergossip banyak la rahsia tau. Then akan jadi satu pakatan antara lelaki. Tapi tak boleh blah bila antara sorang lelaki tu pakat bagi tau perempuan lain just semata-mata kerana nak rapat dengan perempuan. Alah, kira nak mengipas mengapu la ni. Memang panas sial.

***********

Well, korang mungkin tertenya-tanya kenapa aku tak join group "Saya benci kepada orang yang membuang bayi" Ya. Pasti anda tertanya-tanya bukan? Well persoalannya, ada ke orang yang suka kepada orang yang membuang bayi?

But still, tak ada siapa setuju dalam kes buang anak. Dalam hal ni, agak-agak korang siapa yang salah? Lelaki? Sebab pandai main tapi tak pandai simpan? Atau perempuan. Ah, kita bincang pun bukan boleh ubah apa-apa. Kat sini cakap banyak, kat luar buat jugak.



Sabtu, 13 Mac 2010

Dalil Cinta : Khas Untuk Gadis Yang Tak Reti Masak.

Assalamualaikum

Cute girls must know how to cook. Hehe!

Aku pernah menulis pasal gadis-gadis yang tak reti masak kat sini, sini, dan sini.

Dan aku banyak mendapat respond seperti "Alah, nak kawin nanti, aku belajar la masak". Atau "Kenapa perlu masak? Kedai kan banyak" dan juga "Amik pembantu rumah kan boleh". Well, kalau anda adalah perempuan dan pernah berkata sedemikian, anda patut menonton cerita Dalil Cinta. Cerita ni keluar Cerekarama di TV3. Movie ni gila kelakar. Fahrin Ahmad dan Sharifah Amani berlakon.

Download Cerekarama Tv3 : Dalil Cinta
Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part1.rar
Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part2.rar
Dalil.Cinta.2010.SDTV.DiMENSi.part3.rar

I did not own this links or files. The links just indexed to this site for demo purpose only. These files must be deleted within 24hours you downloaded it. (Penat dah kena sound dengan Google sebab langar hak cipta)

Kalau anda budak Micet dan nak tonton cerita ni, try la cari external yang aku kasi kat kalangan para gadis hostel. Dalam tu ada cerita ni. Kualiti tak seteruk RMVB file dan tak adalah sebaik DVDrip. Tapi still boleh buat korang puas hati. Lagi clear dari DVD screener.




Florensia

Actually, ni adalah first time aku download cerita Melayu kat internet. Buang tabiat dah diri aku ni rasanya. But well, aku rasa ianya agak berbaloi sebab banyak nilai-nilai pelik dalam cerita tu cam "Modern Couple", kahwin di usia muda, gadis yang tak reti masak dan kehidupan sebenar masyarakat Melayu yang standard dan bukannya yang macam cerita lain kalau buat cerita je mesti nak rumah gempak-gempak. Kalau movie melayu lain, kereta tak boleh blah nak jugak BMW 10series. Pastu kalau ada dialog pasal business, mesti sembang kencang sampai berjuta-juta ringgit. Orang melayu hanya kaya kat Malaywood je. Hais.

Well, mesti korang pernah rasa pelik kan kenapa ada lelaki bujang begitu sukakan janda. Semuanya di sebabkan si janda dah expert bab-bab layan suami. Suami sebenarnya amat sukakan masakan si Isteri. So kalau si Isteri tak reti masak, macam mana?

 Whats good

Dan seperti yang dinyatakan oleh Fahrin Ahmad dalam cerita Dalil Cinta tu "Dia andartu pun, dia reti masak dan reti layan saya. Awak apa tahu?" Heh lancar je dia cakap. Bagus-bagus. Aku boleh katakan yang apa yang di katakan oleh Fahrin tu adalah mewakili majoriti lelaki. Serta, dalam cerita ni, Fahrin Ahmad memainkan peranan yang penting. Over all cerita ni, dia agak kelakar kerana dia lah suami, dia lah isteri (?). Dia yang memasak, dia yang lipat kain.

See? Punya la baik dia tu. Ada potensi jadi suami misali. Kenapa Linda Onn tak terpikat?






Selasa, 9 Mac 2010

Terjah : Facebook Group Gay Melayu.

Assalamualaikum

Aku baru balik dari makan-makan. Alah, biasalah. Awal bulan, burger, otak-otak, sate dan ice-blended dah jadi makanan wajib. Agak best hidup senang rupanya. (Awal bulan sahaja)

Then, masa balik, semua pakat online facebook. Then tiba-tiba Zacky datang bilik aku sambik tergelak-gelak. "Mr. K, tengok ni" sambil tunjukkan aku inti pati group di bawah.


Agak terkejut bila ada post status gay macam tu. Then aku tengok-tengok, rupanya member rumah gua sorang ni tengah making fun dengan Group Gay Melayu di Facebook. Jangan tanya macam mana dia boleh sampai ke group ni.

Walaupun dalam hati aku ada sedikit kasihan terhadap mereka, tetapi nilai geli hati tu lagi tinggi. Tak berhenti aku gelak. Lihat pula status di bawah. Memang terlampau tak boleh blah.


"LOL. Kalau aku pun, aku akan keluar dari rumah" Kata aku sambil memandang kepada Zacky. Aku harap dia straight. Okay dia memang straight. (Aku terpaksa cakap macam ni supaya dia tak merajuk pukul aku. Tapi memandangkan aku dah tulis macam ni, aku rasa dia akan pukul aku)

Then aku pun jalan-jalan la ke dalam group tu. Perh. Tak boleh blah group tu dah ada lebih 4k ahli yang rata-ratanya adalah Melayu.

Aku usya profile sorang ahlinya. Memang kaw-kaw tergelak.

 
 
Aku tertanya-tanya. What the hell they are thinking? Dan ada ahli group tu plak tulis "Orang gay bukan kerana dia hendak jadi gay, tetapi kerana mereka terpilih." Oh okay thats a really a big piece of bullshit.

 
Oh that is so nice, buddy. Cute je nasihat tu.


"Aku sayangkan dia. But, dia kenalkan kakak dia kat aku. Apa makna semua ni? Serabut ar" Kata seorang lelaki. Ya. Lelaki. Apa yang korang boleh bayangkan bila seorang lelaki cakap seperti itu mengenai kawan lelaki nya yang lain? Apa yang korang bayangkan? Tandas?, katil? or tong sampah untuk muntah?

Ewww.

Okay let stop being a kid and get into serious part.

First of all, aku nak cakap yang aku tak gay. Dan yang kedua, orang mungkin akan kata "Gay tak akan mengaku yang dia gay" Well about that, aku akan reply dengan middle finger.

Dan, aku sering tertanya-tanya. Kenapa bila perempuan berpegang tangan perempuan lain beriringan, tak ada isu homoseksual tetapi bila lelaki pegang tangan lelaki je, mesti orang mark sebagai gay? Diskriminasi!

Serta, kalau kat Facebook, ramai gila aku tengok perempuan set dia punya Relationship Status kepada Married to XXXX (Nama kawan perempuan dia yang lain) dan tak ada siapa nak persoalkan dia punya sexual orientation. Tetapi try la sorang lelaki buat macam tu. Entah-entah belum apa-apa dah kena apa-apa. Belum lagi bab di pulaukan sebab kena mark sebagai gay. Again, diskriminasi!

Kejap, kenapa cara aku bercakap macam aku nak sangat pengang tangan lelaki dan tukar status facebook aku kepada Married to *kawan lelaki*? Actually, tak. Aku tak berminat langsung. Tapi aku pun tak tahu kenapa aku tulis macam tu. 

Okay fine dah lari tajuk. Well, aku cuma nak bagi tau yang group Gay Melayu tu memang kelakar. Boleh di gunakan untuk hilangkan bosan. Tu je yang aku nak bagi tau sebenarnya. 

Korang pula (gadis) suka betul kan aku cakap pasal gay-gay ni. Dan aku perasan, kebanyakkan gay adalah yang bermuka jambu ni ramai kawan perempuan. "Ah, ruginya" Pasti terdetik dalam hati kebanyakkan gadis itu, kan.




Isnin, 8 Mac 2010

Untuk Semua Gadis-gadis Yang Gua Pernah Lukakan Hatinya

Assalamualaikum


Okay tak. Ni bukan untuk gadis-gadis yang gua pernah lukakan hatinya. Tapi ini adalah untuk Gadisku. Entah mengapa gua rasa dia baca blog gua.

Kalau dia baca, gua nak cakap, "Hai Sayang!"

Dan jika anda comel, anggaplah aku tujukan lagu ini untuk anda semua.


Faizal Tahir - Mestikah ada yang lain

Mestikah ada yang lain
Perlu ku lakukan
Untuk memujuk memikat cintamu

Dan setiap kata dan lafaz
Aku ucapkan tulus
Untuk memuji memikat cintamu
Kan ku gengam..
Cintamu abadi

Andai kata
Cintamu bisa merubah
Semua kepahitan yang masih
Dirasakan sekian lama

Takkan ku biarkan
Cintamu terbiar saja
Akan ku paterikan
Dihati dalam dada..
uhh ohh..

Selagi masih ada cinta
Di antara kita
Alangkah indahnya hidupku..
Bila cinta
Biarpun dimana
Bisa dirasakan
Gementar terharum mendayu
Kaulah kan kasih cinta mencinta
Mendamai jiwa









Ahad, 7 Mac 2010

Khamis, 4 Mac 2010

Kisah Menyayat Hati Mr Handsome Dan Aweknya.

Assalamualaikum

Cinderella

Gua ada benda nak cakap sikit. Nak cakap pasal perbualan gua dengan Mr Handsome mengenai ceweknya yang comey lottey.

Mr Handsome : Mr K, aku sedih doe. Awek aku curang....

Aku : Awek kau curang? Kenapa dia curang?

Mr Handsome : Entah la... Aku pun tak tahu nak buat macam mana dah.

Aku : Kau lupakan je la dia.

Mr Handsome : Tapi dia comel doe.

Aku : Aduh. Comel ke? Kau cakap pasal awek kau yang mana satu?

Mr Handsome : Yang aku tunjukkan kat kau hari tu.

Aku : Yang kau webcam ngan dia masa dia pakai baju tidur tu ke?

Mr Handsome : Tak. Bukan awek tu. Ni awek lain. Yang dalam gambar tu.

Aku : Oh, yang tudung hijau tu?

Mr Handsome : Tak bertudung la.

Aku : Ohhh. Abis tu yang tudung hijau tu?

Mr Handsome : Tu nombor 3 doe.

Aku : Ohh....

Mr Handsome : Weh, tengah sedih ni...

Aku : Tak apa, awek yang webcam tu kan ada. Bukan ke kau selalu webcam buka-buka dengan dia.

Mr Handsome : Tak mo. Dia dah rosak kot. Awek aku yang curang tu baik lagi baik dari awek webcam tu. Walau tak bertudung, tapi ayu tau.

Aku : OOoo. Macam mana kau tau dia curang dengan kau? 

Mr Handsome : Dia bagi tau aku doe. Dia confess semalam yang dia curang kat aku dan dia ada lelaki lain. Semua dia ceritakan semalam

Aku : Oh dia ceritakan semua? okay la tu. At least dia mengaku yang dia curang dengan kau yang dia ada lelaki lain. Dia dah insaf la tu. Okay la kan?

Mr Handsome : Aku rasa tak...

Aku : Kenapa tak?

Diam diam...

Aku : Kejap. Hingga semalam, kau couple dengan dia dah berapa lama?

Mr Handsome : 2 Tahun setengah.

Aku : Dia ada lelaki lain sejak bila?

Mr Handsome : 4 tahun... lepas....

Wtf.

Hais. Kenapa perempuan suka pasang ramai?

Kesian Mr Handsome...
Kan?




Selasa, 2 Mac 2010

Kalau Tak 'Keluar' Juga; Rusuhan, Hasutan dan Pembunuhan Bakal Berlaku

Assalamualaikum

Penyudahnya, hari ini, loan tak masuk. Semua bajet loan masuk hari khamis lepas sebab hari Jumaat tu cuti Maulidur.


Well, cuaca menjadi semakin panas. Spekulasi mula muncul. Ada yang kata loan bulan ni tak masuk. Ada yang cakap Mara dah tak der duit dah. Ada yang cakap Mara saja nak kasi students mengenali rasa susah. Mengenali rasa susah your head. Kereta aku nak jalan pakai pasir?

Lihat lah kawan-kawan. Betapa pentingnya duit. Tak ada duit sampai begini jadinya. Tak ada cinta ada ke sampai tahap macam ni sekali?

Dey, sapa kata cinta penting dari duit?









Isnin, 1 Mac 2010

Alcohol Boleh Di Bawa Dalam Solat.



Baru-baru ni. Aku excited sangat nak beli perfume. Sebab apa? Ada la sebab nya. sibuk je nk tau.

So aku merantau la tanpa kenal penat, lelah dan jemu mencari campuran kimia yang berbau wangi ni. Then aku terserempak ngan kawan lama aku. So selepas berbual panjang ngan dia,aku tanya la pada kawan aku tu “wei, kau pakai perfume tak? Ada apa-apa perfume yang baru tak yang kau leh recommend kat aku?

Then kawan aku yang kekampungan serta ketiadaan otak itu tiba-tiba buat2 pandai serta sound aku “kau ni bodoh ke apa, kau tau tak dalam perfume tu ada alcohol? Kau tau tak alcohol tu haram?”


Tak cukup dengan tu, dia tambah lagi. “Sebab tu la kau nak tau kita kena sokong local products. Local punya gerenti halal. Tak ada benda haram ni.” (Ye ye betul tu <- kawan dia support) Memang kesakitan hati aku ni. Dah la aku tak suka guna barang local, dia pergi suruh beli plak.

Aku memang nak sound dia kaw-kaw, tp memberkan. Mungkin dia tak tau lagi yang alcohol and arak tu dua benda that damn way soo super very really tak sama. Dan dia juga tak tahu yang alcohol tu sentiasa ada disekeliling kita dan kita pakai setiap hari?. Sabun, shampoo, minyak rambut, deodorant, ubat sapu, ubat-ubatan serta ubat lintah (ok yang last ni tak dikira ya)




Well, pernah tak dengar iklan di radio yang berbunyi semacam berikut;

“Belila ubat gigi jenama bla-bla, gerenti halal. Tanpa alcohol.” (bersama intonasi nada lagu yang menyakitkan hati walaupun dinyanyikan oleh kumpulan nasyid)

So aku tertanya-tanya. Dari iklan yang merapu serta mempunyai lagu yang teruk itu dah terbukti kebodohan masyarakat melayu serta pengetahuan tentang beza alcohol dan aplikasinya dalam arak/makanan/ubatan/penggunaan.kan?


First of all, merujuk kepada;
  1. Fatwa Majlis Kebangsaan, ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya.
  2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. (so alcohol[bukan arak] boleh dibawa masuk dalam solat? Who knows)
  3. Fatwa almarhum Syeikh Sya’rawi (rh) dalam kitabnya ” Anta Tas al Wa Islam Tujib ” menjelaskan bahawa :” Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL
  4. Menurut Kitab ” Al Fiqh Al Muzaahibil Arba’ah” dalam bab ” An Najaasaat” juzu’ 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
  5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu ” Tafsir Al Manar ” menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.

So nak lawan lagi? Aku belajar kimia di sebuah IPT dan aku sering bermain ngan alcohol samaada dari segi teori atau praktikal (lab). So aku memang tak puas hati kalu orang bulat-bulat je cakap alcohol = arak(minuman memabukkan) sebab aku akan cakap kau = ketiadaan otak (bodoh la maksudnya tu hehehe)



Tapi aku tak brapa pasti lagi samaada penggunaan alcohol adalah halal tuk digunakan dalam solat. Tp aku rasa ianya adalah harus dalam solat (aku cakap aku rasa ok) cuba fikir. Dinyatakan najis(arak) tak boleh dibawa dalam solat. Tapi kalu kita baca betul2, arak yang tidak boleh dibawa solat dan bukannya alcohol(benda yang tidak memabukkan serta bukan najis, tp blh membunuh kalu minum). Perkara yang sama ini telah dibincangkan oleh Datin Rosilah, guru kimia aku masa Form 5, dan dia setuju. Apa pun apa yang difikirkan oleh logik akal tak akan mampu mengatasi yang telah tertulis dalam garis panduan Islam. (benda ni dibincangkan oleh fatwa, so berkemungkinan hal alcohol ni tidak dinyatakan secara detail dlam Koran. So sumenya di tangan Tuhan :)

Btw, mengenai sebab aku tak suka membeli barangan local, akan aku nyatakan pada entri yang akan datang. Well jangan risau, aku tau korang pun tak suka barangan local kan hehe. Daaa~