Jumaat, 6 September 2013

Modern Tips Temuduga / Interview Kerja etc.

Assalamualaikum w.b.t

Hello ladies and gentlemen sekalian.


Ya aku tahu aku dah tak update langsung blog aku ni. Plus, disetiap entri aku yang sebelum ni, mesti aku mention yang aku dah jarang update blog kan?

Well, aku nak fokus dalam dunia rialiti. Dunia pekerjaan yang aku sepatutnya mula lebih awal. Aku bukan budak pandai. Aku bukan best scorer. Aku bukan orang yang akan dicari oleh pelajar untuk dirujuk. Sebab aku bukan orang yang pandai dalam pelajaran. Pointer pun teruk. Bila pointer teruk, sure akan rasa rendah diri kan? Bila rendah diri, pergi interview pun takut-takut sebab takut tak dapat kerja dan mula jadi sampah masyarakat.

But oh well, kali ni, aku nak bercerita tentang tips interview. Aku bukan orang yang dah pernah pergi beratus interview. Kalau campur-campur semua, tak banyak mana pun. Tapi, bila aku rasa aku fail sesebuah temuduga tu, aku cuba belajar dari kesilapan. Dan dari situ la perlahan-lahan aku muka score beberapa interview sessions.

Resume / Curriculum Vitae (CV)
Ini adalah benda pertama yang dinilaikan sebelum kau dipanggil untuk temuduga. Ya, your resume / CV. Kau akan dipanggil temuduga ataupun tidak adalah based on apa yang kau tulis dalam resume kau.

Persoalannya sekarang ni... APASAL RESUME KAU BURUK SANGAT? Apasal design resume kau tak ada seni? Apasal template resume kau sama je dengan orang lain? Apasal kaler hitam putih je? Apasal guna kaler brown? Apasal nampak muram? Kenapa resume kau tak nampak ceria? Kau tak reti guna kaler ke? Orang yang akan membaca resume kau tu robot ke? No, they are manusia. So apa masalahnya kalau buat resume kau tu cantik? Siapa tak suka benda cantik bhai. Semua orang suka benda cantik. Different is good. Cantik is good.

Sebenarnya, beberapa minggu lepas, aku baru belajar bahawa dalam dunia pekerjaan, no such things as 'fix' or 'rigid'. Be variety. Be different. Kat resume tu, salah ke kalau nampak ceria? Letak la kaler sikit sikit. Tapi jangan la kaler kan font. Font tu biar hitam. Kalau nak kaler, kaler la border ke. Title punya table ke. Find something yang membuatkan resume kau nampak cerita. Be creative. Kalau kat resume pun tak boleh creative, camne nak creative dalam pekerjaan?

Dan please, please bawak hard copy resume semasa interview. Just bawa. Bawa yang paling latest. Trust me, kau tak akan menyesal.

Apply Kerja by hands or hantar pakai Email?
Kalau korang tanya aku, honestly aku akan kat apply kerja / tempat praktikal jauh lebih mudah pakai email. Tapi korang kena ingat beberapa perkara:

Guna email korang yang nampak professional.
Yang ni rasanya semua dah tahu kan? Jangan la hantar pakai email "PwincessAwanieww@yahoo.com". Geli siaa.

Personal Company Email.
Hantar ke company tu, jangan hantar ke company punya general email. Try dapat kan personal company email macam AhmadAdnan@Petronas.com. Jangan berharap sangat kalau hantar ke HumanResource@petronas.com. Memang menganga la tunggu dia balas email tu. Dan cara nak dapatkan personal company email senang je. Korang google

"[Nama company] Jobstreet email"

80% korang akan jumpa personal company email yang dieorang pernah iklankan di jobstreet dan bukannya general company email. Gunakan email tu dan ianya akan straight kepada orang yang akan hire korang!

Cover letter.
Bila attached resume / CV kat email tu, please la. Please. Im begging you jangan attach pastu hantar kosong macam tu je email tu. Tulis la cover letter. Ayat sapaan ke. Ayat perkenalan ke apa ke beserta dengan ringkasan resume. Contohnya macam ni. 

Ignore my grammatical error. 

Okay now, lets go for the interview session.
Attire.
As for the attire, kalau korang apply for Engineering field, korang boleh kalau nak pakai t-shirt berkolar, seluar khakis / slack, baju kemeja tuck out, no tie, kasut or apa-apa je lah asalkan korang nampak sharp. Engineer dan setaraf boleh je pergi interview pakai macam ni. Tapi kalau korang nak apply as pendidik or jawatan manager, better get full formal. Attire is noting after all kalau korang nampak sharp, kemas dan power bila bercakap.

Tell me about yourself.
Ini biasanya adalah soalan pertama paling femes yang akan ditanya. Dan aku tahu lecturer or cikgu korang pernah kata :

"Kalau interviewer tanya about yourself, jangan cerita pasal keluarga, hobi etc. Dieorang tak nak tahu pun."

Wrong! Wrong wrong and wrong! Kalau dia kata "Tell me about yourself." Korang cerita je pasal keluarga, adik beradik. Hobi apa. Suka makan apa. Adik belajar mana. Abang kerja apa. Suka tidur macam mana. Cerita je. Dia just nak tahu pasal diri kau. Kalau kau jadi panel interview, nak ke kau hire orang yang kau tak kenal langsung? Nak ke kau hire strangers? They want to get know you dan pada masa yang sama, dia nak tengok kau punya speech bersama body language. Ianya adalah ice breaker. So tell him everything. If you have a cat, tell him about it. Put something different. Aku siap cerita pasal adik aku kena buli kat sekolah. End up interviewer tu siap cerita pasal semua perangai anak-anak dia kat sekolah. Itu bonding!

Dont be a Yes-man.
Masa bercakap tu, kau cerita la sikit tentang pengalaman lepas. Apa yang kau buat etc. Dan bila sampai satu point, interviewer tu mesti akan tanya soalan untuk menguji kau. Dia nak tengok macam mana kau bagi pendapat. Dan most of the time, interviewer biasanya akan pangkah pendapat kau. Dan korang kena lawan. Korang lawan sampai menang. Sampai lah satu ketika yang korang rasa point dia amat kukuh, then baru lah korang mengaku salah. Tapi kalau korang rasa point dan pendapat korang paling tepat untuk suatu situasi, then kekalkan dengan pendapat tu. Biarlah kalau dia tak nak terima pendapat kau tu. Tak ada manager or boss yang suka Yes-man. Yes man is boring.

Dan kalau nak melawan tu, biarlah ada point kukuh. Jangan la nak tegakkan benang yang basah. Boss suka anak buah yang ada critical thinking time berbahas. Kau 50% dah dapat kerja bila boss layan kau punya bahas dan debat.

Dont give a shit about your pointer. 
If you are pure fresh grad, dan nak apply company gergasi multi international seperti Shell, then yes pointer adalah penting. Kalau korang apply company offshore yang 'biasa-biasa', pointer dia tak pandang sangat pun. Silap-silap, dia tak tanya pun pointer kau. Jadi, jangan fikirkan sangat pasal pointer. Kalau dia tanya kenapa pointer kau rendah, kau bagi la alasan power. Contohnya macam:

"Why would you care about my pointer? My pointer might be bad. But Im pretty sure I will perform well for my real job. Lots of things I dont know. But I can learn. I will learn and I want to learn. All I need, is an opportunity.

Salary?
Bila interview panel dah start cakap pasal gaji kau, then you are a lil bit closer. Tell him, just give me this RM1200 for the start. If you think Im good, then Im pretty sure you will pay whatever number Im worth of."

Tak pun kalau nak lagi best, try mintak gaji maximum untuk sesuatu post. Dia sure akan tanya kenapa mintak gaji tinggi. Then kau bagi tahu yang "Because I deserve it.". But bagi dia kurangkan kalau dia ada solid reason. Dan memang obviously dia akan kurangkan sebab mustahil gila pekerja baru tak akan dapat gaji maximum untuk sesuatu jawatan. Tapi ini adalah trick semata-mata kasi nak menunjukkan konon anda ni mahal gila.



Do:

  • Do smell nice.
  • Do bawak pen!
  • Do smile.
  • Do make jokes walaupun dia tak gelak. Tapi please jangan buat lawak cheap macam Raja Lawak or apa-apa lawak dalam rancangan Astro. Itu semua cheap jokes.
  • Buat lawak dan jangan gelak. Just smile. Smile separuh bibir kalau boleh. Itu amat power!
  • Do crazy.
  • Do think like crazy gentleman. Do think critically. Like boss tanya "Tak fair kan dia kena kerja time hari cuti?". Then korang reply, "Fair or not, its his responsibility. His job." Something like that. 


Dont:

  • Dont talk bad about your previous employers. Itu menunjukan yang anda suka benda negatif, hati busuk dan tak mustahil bila anda berhenti, dia pun akan anda kutuk bila bercakap dengan new interviewer. 
  • Dont bother ask about "Bila office hour?" "Kerja berapa jam seminggu?" The hell tu soalan kau? Cheap gila. Google la pasal company tu. Google product dia. Apa kualiti produk dia. Compare dengan pesaing dia. Then tanya la apa-apa yang berkait dengan itu semua. Baru lah power. Ni tak. Tanya berapa hari kerja? Tak power langsung. Kalau dia tanya kenapa tak tanya "Berapa hari kerja", kau jawab "Because I am damn flexible. I can work whenever you want." Nampak tak betapa awesomenya anda disitu?
  • Dont shit (dont tipu for whatever reason)


Yang terakhir, jangan dengar sangat kata-kata dari trainer "How to success in interview." atau "Bengkel interview." Dieorang biasanya terlampau scripted. Terlampau rigid. Apa dieorang sangka setiap boss dan manager perangai serupa ke? Ada boss yang suka orang yang banyak cakap. Ada boss yang suka orang serious. Ada boss yang suka orang kelakar. So, be fleksibel. Dan gunakan common sense korang.

Time interview, pesan pada diri sendiri "Lets get crazy. Why? Sebab kalau dia tak hire aku, I got nothing to lose!" Ini akan membuatkan anda tenang, relax dan cool dan rasa power!

Kalau anda ada nak tambah, tulis kat ruangan komen!