Memaparkan catatan dengan label Forwarded Messages. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Forwarded Messages. Papar semua catatan
Sabtu, 17 Oktober 2009
Forwarded Message 7 : Ai tak sangka susahnya nak mengurat yu.
3.39 pagi. Aku termenung sorang-sorang sambil teringatkan gadis di atas (bukan Fae). Perut dah kenyang dengan nasi goreng cendawan hasil tangan Restoran Umi. Sedap makanan di situ. Lelaki memang pandai masak dari perempuan.
Well, aku duduk atas katil double decker ku. Terasa palang-palangnya. Nampak sangat tilam aku nipis untuk katil ni. Tak mampu nak beli tilam mahal doe. Nak je aku curik tilam Atan tapi sah-sah kantoi sebab tilam dia besar nak mampus.
Aku baring-baring. Aku pandang ke henpon aku. Dan lama tak berbunyi. Orang tak ada awek la katakanan. Henpon kira barang hiasan je. Tak remaja la tak ada henpon.
Aku capai henponku. Bukak contact list. Aku petik satu persatu ikut turutan; AAA Gadisku, AAA Sayangku, AA Chenthaku bla-bla dan diakhiri dengan ZZzz Abang, Adik dan lain-lain no famili. Eish. Jangan tanya kenapa no awek mesti ada ‘AA’ dan no famili ada ‘ZZ’. Macam lah korang letak no henpon famili korang atas skali.
Aku tertarik dengan awek yang aku tak ingat namanya. Tertulis nama Awek Tak Tahu Nama. Aku tak berapa pasti siapa sebenarnya awek-awek yang aku tak tahu nama tersebut. Tapi aku berharap yang awek-awek tu semua awek blogger yang mengada-ngada nak buat misteri. Aku tak kenal dieorang semua. Tapi no dieorang mesti aku simpan doe sebab setahu aku awek-awek blogger semua cun-cun. Kecuali kau. Ye kau, kau dan kau. Jangan perasan. Kau tak cun. Tak perlu makan cili untuk rasa pedas.
Dari dalam kontek list aku tu, aku pilih Awek Tak Tahu Nama 2, Awek Tak Tahu Nama 4, Awek Tak Tahu Nama 5 sebab awek-awek ni guna maxis. Yang lain entah apa-apa pakai celcom. Tak remaja langsung.
Aku taip mesej. Ringkas je.
Aku : Hai.
Hantarkan kepada 3 awek tu. Kira gamble la sebab kalau send kat sorang probability aku dapat awek yang nak reply msg tu sikit.
Selepas send je mesej tu. Aku campak henpon tu ke tepi. Golek-golek jatuh dari katil. Tak apa, henpon Nokia tahan lasak. Lantai dan mesin basuh dah boleh kira kediaman ke-2 henpon aku dah.
Tapi tiba-tiba ada mesej masuk. Aku meraba-raba dalam kegelapan mencari sinar cahaya henpon. Tertera nama Awek Tak Tahu Nama 2.
Awek tu : Wassup Mr K. *emoticon benda bulat senyum-senyum jelir lidah apa tah*
Tak sangka pula awek tu reply. Aku suspek awek ni bukan dari golongan yang baik-baik. Main wassup-wassup ngan aku pagi-pagi buta tak tidur buat apa? Solat tahajjud?
Aku : Ai bosan la. Yu buat apa. Ai perlukan ke-tak-sia-sia-an mak yu lahirkan yu untuk hiburkan ai.
Simple dan mengancam ayat aku. Tak main ah bunga-bunga.
Awek tu : Haha. Sama lah. Ai pun bosan gak. Hehe.
Aku : Well, ai ni sebenarnya baru bangun tidur. And yu nak tahu something tak?
Awek tu: Apa?
Aku (Fwd Msg): Masa ai bangun tidur, ai ternampak sekuntum bunga. Cantik sangat bunga tu. Bagi ai itu lah ‘benda’ yang cantik pernah ai lihat. Tapi sekejap je. Sebab bila ai teringatkat yu dan teringatkat wajah cute yu, baru ai perasan yang bunga tu tak adalah cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan.... dengan....
Awek tu : Dengan apa?
Aku : Dengan yu la. Hehe * turn aku pulak letak emoticon kuning entah apa-apa. *
Awek tu: Haha. Dengan ai?
Aku : Ye la. Yu la 'benda' paling cantik tu yang kalahkan bunga tu.
Awek tu : Ops, ops. Oh so now yu nak kata yang ai ni ‘benda’ lah?
Aku : Eh tak tak. Bukan cam tu.
Awek tu : Ceh. Dasar lelaki keparat. Ingat perempuan ni apa nak panggil benda-benda? Kalau dah lelaki tu lelaki lah juga. Patut lah makin pupus. Hidup kat dunia menyusahkan orang. Baik tak payah wujuh. Dah-dah. Jangan kontek ai dah. Dasar lelaki tak tahu malu.
Aku : ?????
Aku baling henpon ketepi. Aku sambung baring. Awek tu marah kat aku. Aku memang tak pandai mengurat. Patut la tak ada awek. Ceit.
Someone please ajar aku mengurat face to face. Mengurat pakai SMS, tak remaja ah.
Jumaat, 2 Oktober 2009
Forwarded Msg 5 : Poligami dan Luahan Perasaan
Well, aku ada dapat satu forward mesej yang agak jiwang. Dari awek Kedah.
Awek tu (Msg forward): Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Aku : Hmm. Aku suka kau doe.
Awek tu : Sial kau. Jangan wat lawak ar.
Aku : Apa? Kau gak cakap jangan simpan kata-kata cinta apa tah tu.
Awek tu : Maksud aku kau ckp la kat awek kau.
Aku : Tapi aku tak der awek.
Awek tu : Penipu. XXX pernah cakap kat aku kau da ada awek. Ada dua lagi.
Aku : WTF.
Awek tu : Kenapa?
Aku : Aku terkejut.
Awek tu : Kenapa terkejut?
Aku : Tak sangka kau ni sengal sgt mudah di tipu.
Awek tu : Hahaha. Kau ni memang kan. Nanti aku sepak baru tau.
Aku : Haha. Nak main sepak-sepak ke? Jangan sampai aku ajak En. Hakim.
Awek tu : En. Hakim tu siapa?
Aku : Adalah.
Awek tu : Huh. Dah-dah. Pergi mesej awek2 kau.
Aku : Aku tgh msg kan ni. Dengan kau.
Awek tu : Sengal. Tengok ar. Aku cakap kat awek kau yang kau tu curang.
Aku : Tapi..Poligami tak di kira curang tau.
Awek tu : F***! F***! Memang nak kena kau kan.
Aku : Yang kau marah benar ni kenapa?
Awek tu : Mesti la aku marah. Aku kan perempuan. Mana ada perempuan yang nak berkongsi suami.
Aku : Sharing is caring doe.
Awek tu : Sharing, your head.
Aku : Sensitif juga kau yea. Tapi, perempuan memang anti poligami ke?
Awek tu : Mesti la. Ingat perempuan ni apa.
Aku : Biskut?
Awek tu : Kau ni kan.. Kau tau, lelaki zaman sekarang yang berpoligami ni bukan sebab ikut sunah ke apa. Tapi sebab tamak.
Aku : Ooo. Kau ingat lelaki ni nak sangat ke poligami. Lelaki sbnrnya saja nak kasi isteri pertama a.k.a yang paling dia sayang masuk syurga tau.
Awek tu : Blah la kau. Dasar lelaki. Alasan tu je reti guna bila nak kahwin lain. Ada banyak lagi cara nak masuk syurga lah.
Aku : Contoh yang mudah?
Dia : Buat baik lah. Hormat ibu bapa. Jaga adab. Bersedekah. Tinggal apa yang diharam. Buat yang wajib.
Aku : Oo. Kalau cam tu. Kalau kau nk masuk syurga gak, kau patut jadi isteri 1st lah. Sbb benda-benda yang kau sebut tu satu pun tak der kat kau.
Dia tak reply. Dah beberapa hari. Aku rasa dia dah abis kredit......kot.
Awek tu (Msg forward): Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Aku : Hmm. Aku suka kau doe.
Awek tu : Sial kau. Jangan wat lawak ar.
Aku : Apa? Kau gak cakap jangan simpan kata-kata cinta apa tah tu.
Awek tu : Maksud aku kau ckp la kat awek kau.
Aku : Tapi aku tak der awek.
Awek tu : Penipu. XXX pernah cakap kat aku kau da ada awek. Ada dua lagi.
Aku : WTF.
Awek tu : Kenapa?
Aku : Aku terkejut.
Awek tu : Kenapa terkejut?
Aku : Tak sangka kau ni sengal sgt mudah di tipu.
Awek tu : Hahaha. Kau ni memang kan. Nanti aku sepak baru tau.
Aku : Haha. Nak main sepak-sepak ke? Jangan sampai aku ajak En. Hakim.
Awek tu : En. Hakim tu siapa?
Aku : Adalah.
Awek tu : Huh. Dah-dah. Pergi mesej awek2 kau.
Aku : Aku tgh msg kan ni. Dengan kau.
Awek tu : Sengal. Tengok ar. Aku cakap kat awek kau yang kau tu curang.
Aku : Tapi..Poligami tak di kira curang tau.
Awek tu : F***! F***! Memang nak kena kau kan.
Aku : Yang kau marah benar ni kenapa?
Awek tu : Mesti la aku marah. Aku kan perempuan. Mana ada perempuan yang nak berkongsi suami.
Aku : Sharing is caring doe.
Awek tu : Sharing, your head.
Aku : Sensitif juga kau yea. Tapi, perempuan memang anti poligami ke?
Awek tu : Mesti la. Ingat perempuan ni apa.
Aku : Biskut?
Awek tu : Kau ni kan.. Kau tau, lelaki zaman sekarang yang berpoligami ni bukan sebab ikut sunah ke apa. Tapi sebab tamak.
Aku : Ooo. Kau ingat lelaki ni nak sangat ke poligami. Lelaki sbnrnya saja nak kasi isteri pertama a.k.a yang paling dia sayang masuk syurga tau.
Awek tu : Blah la kau. Dasar lelaki. Alasan tu je reti guna bila nak kahwin lain. Ada banyak lagi cara nak masuk syurga lah.
Aku : Contoh yang mudah?
Dia : Buat baik lah. Hormat ibu bapa. Jaga adab. Bersedekah. Tinggal apa yang diharam. Buat yang wajib.
Aku : Oo. Kalau cam tu. Kalau kau nk masuk syurga gak, kau patut jadi isteri 1st lah. Sbb benda-benda yang kau sebut tu satu pun tak der kat kau.
Dia tak reply. Dah beberapa hari. Aku rasa dia dah abis kredit......kot.
Jumaat, 4 September 2009
Forwarded Message - 2 (Senyumlah)
Jika dulu, aku mendapat forwarded msg daripada lelaki. Tapi kini aku mendapatnya daripada perempuan pula. Kali terakhir aku jumpa dia ketika aku di tingkatan tiga.
*Tok, tok, tok. Bunyi mesej masuk*
Gadis tu : Senyum itu suatu anugerah. Dengan senyuman, kita akan di sayangi. Dengan senyuman kita akan bahagia. Samaada senyuman itu kita yang beri atau kita yang terima, ianya tidak penting. Yang penting, senyum. *emoticon senyum bersama gambar apa entah di dibuat dari simbol-simbol*
*Aku menaip dengan pantas untuk reply*
Aku : Kang kat luar aku senyum kat kau, kau kata aku nak mengorat kau lak.
*Dia reply*
Gadis tu : Mengada-ngada. Orang suruh senyum tu senyum je lah.
*Aku tak mengalah*
Aku : Kau tak senyum pun.
*Dia pun tak mengalah*
Gadis tu : Aku senyum lah ni. Kau pun senyum lah.
Aku : Kenapa nak senyum?
Gadis tu : Senyum tu kan suatu sedekah.
Aku : Tapi aku bukan pemintak sedekah.
*Dia tak reply. Seperti biasa, aku tak tahu la dia tak terima mesej aku atau tak nak layan karenah aku. *
Keesokannya, setelah bangun tidur, aku dapat satu mesej daripada dia.
Gadis tu : Aku nampak kau tulis pasal senyum-senyum ni kat blog kau, siap kau.
Forwarded Messages - 4 (Hari Mencuri)

Ajarkan aku cara untuk mencuri hati gadis idaman...
Hari Mencuri Sedunia. Ni adalah forward msg yang lama dulu-dulu. Aku bet yang korang pernah terima forward msg yang bertulis pasal Hari Mencuri Sedunia.
So, aku hantar la kepada sorang kawan aku.Aku : Jika hari ini adalah Hari Mencuri Sedunia, apa yang akan awak curi daripada saya?
Dengan lambat dan kereknya dia reply;
Gadis tu : Wei, sejak bila kau cakap guna saya/awak ni? Kau nak mengorat aku ke? Buang tebiat la kau..
Direct betul ayat dia. Aku sabar je.
Aku : Kau jawab je la.
Gadis tu : Marah pula. Ye lah aku jawab. Kalau aku, aku nak curi perut kau biar kau lagi kurus wahahaha.
Aku tak reply.
15 minit selepas tu.
Gadis tu : Apasal kau tak reply?
Aku : Terasa doe.
Gadis tu : Alaa. Kau nak mengorat perempuan kena lah kental. Mana boleh terasa-terasa ni. Hati tak boleh tisu. Haha.
Aku reply lagi.
Aku : Isk. Ye lah tu. Hmm. Btw, kau tak nak tanya balik ke apa yang akan aku nak curi dari kau?
Gadis tu : Nak kena tanya ke? Tak nak lah. Nanti confirm masuk blog kau. Kan? Hahaha.
Underoath versi melayu. Ala-ala janji melayu.
Aku : Tanya je lah. Aku tak masuk kan dalam blog aku punya lah. Aku jamin. Gadis tu : Betul tak masuk blog?
Aku : Betul. Tak masuk punya lah.
Gadis tu : Okay-okay. Aku tanya ni. Jika hari ini adalah Hari Mencuri Sedunia, apa yang akan kau curi daripada aku?
Aku : Aku curi kau la. Aku culik kau. Aku sepak-sepak kau. Aku kerat 18 kecik2 tinggal badan dan kepala kau. Then aku jual kat Thailand kasi kau jadi pengemis kat sana. Kaki dan tangan yang aku kerat 18 tu aku suruh roomates aku goreng masak tepung and bagi kat jiran-jiran rumah kau. Biar padan muka kau.
Gadis tu : Ahak. Marah gila ye kau. Tak kan terasa lagi kot. Hahaha.
Janji lelaki jangan dipercayai sangat. Tapi aku lain.
Aku : Ish. Mana ada terasa. Aku kental beb. Mana main hati tisu ni.Gadis tu : Haha. Dasar lelaki ego. Eh. Kau janji tau tak masuk blog apa yang kita cakap ni. Janji kan?
Aku : Ya. Aku janji.
Aku boleh dengar dia sebut "Tak guna punye Khairul!" takala dia membaca blog aku ini walaupun dia berada di Kuantan dan aku berada di Melaka. Cara kami bergurau memang ganas dan manja kan? Kejam tak terkecuali.
Forwarded Message - Oh Saudaraku
Sedang kebosanan, aku menonton tv. Sebuah movie klise bertajuk Homeless to Harvard amat menghilangkan bosan aku.
Tika itu, satu mesej masuk. Dari Fakhri, penulis PenaSanubari - Tinta Hati. Tetapi dia agak kurang aktif berbelog sejak kebelakangan ini.
Msg : Salam saudara ku. Tadi aku bertemu 'Tawadhu', 'sabar' dan 'iklas'. Mereka bertiga pelukan tempat tinggal. Maaf, tanpa izin kau, aku memberikan alamat hati mu agar mereka sentiasa bersamamu ;-).
Dengan sakastikknya aku reply;
Aku: Sayangnya mereka masih belum tiba lagi ke alamat yang kau berikan.
Msg : Mungkin besar cabaran disepanjang perjalanan yang terpaksa mereka tempuhi tetapi yakinlah bahawa mereka akan sampai.
Aku: Ya mungkin besar halangan yang terpaksa mereka tempuhi. Dan aku berharap mereka akan tiba jua suatu hari nanti. Tetapi bagai mana jikalau mereka hanya singgah hanya untuk seketika?
Msg: Saudaraku, sesinggahnya mereka hanyalah seketika tetapi bermulalah perjalannamu wahai sahabat ku untuk menghargai mereka. Barangkali kamu akan tertarik dengannya lantas keberatan untuk melepaskannya pergi.
Aku berfikir lagi.
Aku : Aku harap kata-kata mu betul. Tapi bagai mana jikalau ada tetamu yang di undang datang dahulu?
*Dia tak reply. Aku tak tahu lah samaada dia tak terima msg aku tersebut atau dia malas nak layan karenah aku yang mengada-ngada ni.*
Khamis, 3 September 2009
Forwarded Message - 3 (Birthday)
Semalam, malam ahad yang membosankan di rumah sewa. Tengah aku tak tahu nak buat apa, Haiza Tasya, (budak kuantan. nak kenal?) call aku. Tiba-tiba je dia call. Tapi gadis ni cute cuma dah lama tak jumpa. Aku pun borak la kat luar rumah. Tak adalah lama sangat. Tapi lama la jugak. Tengah call, ada satu mesej masuk. Aku buat tak layan je. Ye lah tengah sedap borak ngan kawan kan.
Borak-borak, dan 20 minit selepas tu ada satu lagi mesej masuk. 15 minit lepas tu, ada satu lagi mesej masuk. Then selepas habis borak pasal H1N1 dengan Tasya ni, aku terus bukak mesej tu.
Ada dua mesej forward dan 1 MMS dari orang yang sama. Nombornya tidak aku kenali. Semua SMS dan MMSnya berkisar pasal Happy Birthday untuk aku. Sweet la jugak. Tapi tak adalah sweet sangat.
Aku reply SMS dia
Aku : Hello there. Thank you yea pasal SMS dan MMs tu. Sweet je wish.
Dia reply.
Awek tu : Hello ;p. Ye ke sweet. Hihi. Sorry la saya wish lambat sikit. Agak bizi lah. Lambat awak reply, mesti tengah layan Free Calls dari Maxis kan? Well, birthday boy lah kan mesti dapat hadiah dari maxis kan. :))
Aku reply.
Aku : Eh tak adalah. Tak busy pun. Btw, MMS tadi tu buat sendiri ke atau forward je?
Tak perlu tunggu lama, awek ni terus reply.
Awek tu : MMS tu saya buat sendiri. Photoshop tau. Tapi SMS tu semua forward je hahaha.
Aku : Oh. Tak apa. Yang penting iklas kan. Iklas untuk mata tu penting tau.
Dia reply.
Awek tu : Iklas untuk mata? Kenapa untuk mata?
Aku : Sebab dari mata, turun ke hati. Hehe.
Awek tu : Hahaha. Nak berjiwang-jiwang pula dia. Lelaki memang gataiiii.
Aku : Eh, mana ada. Btw, aku nak tanya sesuatu.
Awek tu : Tanya lah.
Aku : Kau ni siapa yea?
Dia tak reply. Aku try call, dia reject.
Birthday aku bulan November. Tapi semalam bukan bulan November. [Edited]
Langgan:
Catatan (Atom)












