Isnin, 28 Februari 2011

Soalan Untuk Lelaki Gay Yang Jambu.

Assalamualaikum


Hello gay boys dan cute wangi girls sekalian.

Lately, aku tengok referrer aku banyak betul orang search pasal "Gay boy Melayu" dan "Kenapa lelaki jadi gay". Aku pun pelik gak. Tapi bila di fikir-fikirkan balik, mungkin kah sebab aku menulis entri ini?

Tapi kan, kalau korang perasan di entri Facebook Gay Melayu aku tu, ada komen-komen yang... err... weird yang seperti di bawah.

"Majoriti MELAYU pegi club atau langgan pelacuran. BUANG ANAK? sapa? MELAYU. dah main sedap-sedap, pastu buang anak yang tak berdosa. So tak payah nak cakap melayu apa jadahnya, semua sama. dosa je banyak. korang rela tengok orang jadi gay or buang anak? Pilih. "
Dan ini :

"Kelakar gak.. Tapi memang betul ape yg dorg ckp tu..bukn kite nk jd gay ni..sbb ni adalah naluri..walau diubah selama mane boleh, tapi lambat laun akan terdetik gak nak buat balik..biler dah kene skali, jgn kata nk lagi sekali,5 6 kali nak try lebih..siyes..im not joking..erm..statement yg i nk buat.. before this im straight guy. Tapi biler i selalu mengata mmber i yang gay tu..then badi dier jatuh pada I. Haha. Im a gay boy now. Shit. But i tak kisah. cos i tak kacau orang.."

Bila di fikir-fikirkan balik, ya, tak di nafikan memang ada orang yang di lahirkan dengan perasaan suka kat kaum sejenis. Lahir-lahir je, suka kat kaum sejenis. Mungkin sebab di pupuk semacam kecil oleh ibu ayah yang pakaikan baju perempuan dan di berikan mainan kakak yang berupa doll dan mainan masak-masak. Mungkin?

Tapi aku tertanya-tanya gak, macam mana dieorang boleh jadi gay for the first time ya? Adakah bila dieorang tengok kaum yang betentangan, dieorang tak rasa apa-apa? Dalam isu 'fitrah' ni, aku tak tahu nak komen apa. Tapi tak kisah lah sebab aku... aku buat entri ni khas untuk gay yang handsome-handsome yang dah melukakan hati gadis-gadis di luar sana. Dan entri ni khas untuk prevent lagi banyak lelaki menjadi gay. Errm. Ehem.

TAPI, tapi aku tak faham ah macam mana seorang lelaki boleh tertarik kepada kaum sejenis.

Well, kalau di fikirkan balik.......... why the hell you (gays) rasa yang THIS...


is wayyyy much better than THIS?



And and and and what makes you think THIS:


is much better than THIS?

And what makes you think THIS...

Yang ni perempuan suka. Aku tau.

is superb than.... THIS?


Oh God, aku rasa aku dalam keadaan wajib nikah sekarang. HAHA.

Ehem.

Lagi pun, pernah tak korang terfikir kan pasal bau lelaki? Ye, bau badan lelaki. Peh-lis. Lelaki, kalau selepas mandi pun belum tentu bau wangi. Perempuan? Korang pergi mana-mana pun bau wangi tau. Berjogging 10km pun still wangi. Kalau tengah mandi, lagi lah wangi. Tak percaya, korang try ar senyap-senyap masuk tandas perempuan masa dieorang tengah mandi. Tak ada nya bau macam lelaki. Yet, korang pilih lelaki?

And come on gays. You cant even make a baby. Lagi pun, part badan yang ada kat lelaki lain, dah tersedia ada kat badan korang. Kenapa korang suka benda yang dah ada kat diri korang? Like.... korang standing depan cermin, tanggal semua baju, tengok susuk badan sendiri and then what...? Stimulated? Ewww.

Rugi tau korang jadi gay ni. Kalau jadi gay, nak cari pasangan pun susah. Apatah lagi nak cari 'bakal suami'? Tapi kalau tak gay, nak cari pasangan mudah je. Stock-stock yang tersimpan pun banyak. Ye lah, bilangan perempuan kan banyak sekarang. Siap boleh pilih-pilih mana berkenan and then masukkan dalam almari tau.



Kalau korang jadi gay, korang kena cari lelaki untuk berpasangan kan? Tapi korang kena ingat, perempuan pun ramai kat dunia ni. Tak pasal-pasal, korang kena compete dengan girls. Kan dah susah. Lagi pun, korang tak kesian ke tengok kaum wangi (perempuan) ni kesorangan? Terkebil-kebil cari pasangan hidup. Ye lah, nak mengurat lelaki, tak pandai...

Pulak tu, lelaki, perh. Mulut. Tak boleh dipercayai langsung. Boys, their mouth is bullshit. Screw them.

Then bayangkan kalau a couple of gay bergaduh, nak main merajuk memujuk gak ke? Kalau in relationship dengan perempuan, perempuan merajuk, mak aii, comelnya. Boleh la lelaki pujuk. Tapi kalu lelaki merajuk dengan lelaki ya Allah. Gelinya. Yet, korang suka lelaki?

Pelish ah.

I really need to ask Kim Hyun Joong dan Jang Geun Suk about this. Dengar cerita dieorang berdua bergaduh sebab berebutkan Kim Bum



Khamis, 24 Februari 2011

Bagaimana Nak Memikat Hati Lelaki Ego?

Assalamualaikum


Yo. Macam biasa, setiap hari bila aku balik dari tempat praktikal yang dipenuhi dengan masalah-masalah yang tak di duga, aku akan on laptop, start online dan bukak formspring aku. Normally, satu hari akan ada sekitar 60 higga 70 soalan yang real dan beberapa spam yang menyerabutkan.

Antara soalan yang paling ramai orang tanya untuk tahun ni adalah soalan mengenai perigi mencari timba. Yes, perempuan sekarang dah gatal. Maklum lah, bilangan lelaki kan semakin... err.... priceless. Maksudnya, yeah, nilai seorang lelaki sekarang dah meningkat.

Antara jenis soalan yang ada di formspring aku adalah:

“Saya ada suka kat seorang lelaki ni. Apa yang perlu saya buat? Macam mana nak tackle hati dia?”

Well, dulu aku selalu cakap yang it is okay bila perigi pergi mencri timba. Tak ada hal. Tapi, I think im gonna change my mind due to own and friends’ experiences. Well, there are two things you (girls) must remember kalau you all nak luahkan perasaan dan memikat lelaki.

1. You are his type + cute + high confident.
You are cute. You are awesome. You are not cheap. You play hard to get. Not so social. Yeah, perfect package. So, mesti ada lelaki yang suka kat kau. Lelaki tu pulak asyik stalk kau. So, kalau kau pun suka dia, and then, what the hell you waiting for? Lelaki kalau dia serious suka kat kau, memang dia akan rasa malu-malu bila face to face dengan kau. Biasalah, lelaki kan pemalu. So, bila kau at this point, tak ada masalah untuk kau luah kan perasaan. Dengan kata lain, kalau kau yakin yang dia pun suka kat kau, cepat-cepat luahkan perasaan. Or else you gonna lose game.

Lelaki dan perempuan berbeza. Kalau lelaki tu tak handsome, gemuk dan bla bla sekalipun, tapi dia pandai mengayat awek, sure akan cair awek tu. Tapi kalau perempuan, once lelaki tu tak suka sebab fizikal perempuan, super susahlah perempuan tu nak tackle lelaki tu.

2. You are not desperate.
I dont know about the girls. Tapi kalau lelaki tu tak suka certain perempuan ni,  10 kali perempuan tu mengurat lelaki, 100000 kali lelaki tu akan rasa rimas. And once lelaki tu rasa rimas, there are no way lelaki tu akan suka kat perempuan tu. Okay fine mungkin ada chance. Chance tu sentiasa ada. Tapi super low. Dan itu, akan membuatkan perempuan tu nampak pathetic. And desperate.


Tapi, kalau lelaki. 10000 kali perempuan rasa rimas, 10000000000 kali lah lelaki akan terus mengurat. Lelaki akan cuba, cuba, cuba dan terus cuba sehingga dia dapat buat perempuan tu cair. Biasalah. lelaki; the most amazing creature in the world. Never give up. Ehem ehem.

**********

So, kalau anda (girls) tak ada dua benda di atas, tapi anda nak juga luahkan perasaan, then you guys are taking a big risk. 

Well, dalam seumur hidup aku, aku pernah jumpa sekali je a couple yang perempuan buat first move. Caranya, perempuan tu luahkan perasaan kat lelaki tu. Well, perempuan tu memang hot stuff ah. Dah lah hot stuff, alim pulak tu. Bak kata orang Hot and Cold. Two in one. Tu belum masuk lah perangai dia yang malu-malu dan pendiam. Cara perempuan tu tackle lelaki yang dia suka tu senang je. Dia pergi kat lelaki tu, then dengan selamba dia cakap "Saya suka awak". Di tambah dengan keberanian bak srikandi melayu dan kecomelan semasa malu-malu, perh. Cair beb.

So, dengan mudah je lelaki tu coupel dengan perempuan tu. Tapi, ianya hanya bertahan selama beberapa bulan. Which is giving the attribute to "Perigi tak patut mencari timba".


Aku tak pasti lah macam mana. Tapi, dari apa yang aku perasan, lelaki lebih suka perempuan yang aggressive. Serious shit, lelaki tak suka perempuan yang terlampau lemah gemalai. Terlampau lembik. Lelaki suka a girl yang boleh stand up for herself. Dan yang penting, berani melawan. Sebabnya, lelaki suka mengusik. Alah, macam cerita Korea lah. Si lelaki dan si perempuan mesti hari-hari gaduh. Tapi korang yang tonton mesti rasa romantik kan? Macam tu lah. Lagi pun, kalau susah nak mengusik, bosan ah. Dah la lelaki cepat bosan dengan seorang perempuan. Then bila lelaki mintak putus, terus kata lelaki tu player. Padahal, lelaki tu bosan je.

"Abis tu, macam mana nak tahu yang pasangan tu sesuai dengan kita dan tak akan rasa bosan?"

Actually, korang tak akan tahu. Tapi, andai kata masa bergayut pun korang berdua boleh rasa bosan, apa tah lagi bila masa tak bergayut, kan? Maksud aku, try ah cari someone yang kalau korang duduk berdua tanpa cakap apa pun, korang akan rasa.... indah. Err, ya, indah mungkin perkataan yang sesuai.

Cuba korang bayangkan. Duduk di atas bukit yang tinggi, di waktu malam sambil melihat bintang. Tak ada kata-kata yang keluar. Yang ada hanya bunyi angin dan suasana samar-samar sinar malam. Duduk di situ untuk menikmati suasana hening. Feeling beb. Korang tak pernah ke rasa macam ni? Ah korang. Tak romantik langsung.

When a girl comes and approached a boy;

“Adakah lelaki akan pandang rendah kepada perempuan yang confess kat lelaki?"

No. Why? Rujuk balik dua point di atas. And if you are wondering :

"Betul ke lelaki hanya suka perempuan cantik / lawa / comel dan kurus je?"

Well, honestly, yeah. Secara kasarnya, boleh kata 60% lelaki di dunia PREFER perempuan kurus dan ramping. Maksudnya, dieorang suka perempuan kurus. Tapi kalau dah jatuh cinta dengan perempuan chubby-chubby sikit tak ada hal. 25% lelaki di dunia memang tak akan tertarik dengan perempuan berisi. 5% lelaki suka perempuan berbadan besar / gemuk. 10% gay yang suka lelaki ada six pack. Sama seperti perempuan yang suka padang perut lelaki.

"But, the beauty is always in the eye of beholder."

Maksudnya, kau huduh macam mana pun. Kau pendek macam mana pun, mesti akan ada orang suka. Jadi, jangan la fikirkan sangat pasal cinta. What is cinta anyway?

Tengok lelaki ah. Perut buncit. Tapi awek, mak ai. Keliling perut. Yang perempuan, make up sana sini, sedut lemak sana sini, pak we tak der gak.

So, find someone you can live with. Not dying for.



Ahad, 20 Februari 2011

Bila Lelaki Minta No Phone Perempuan untuk 'Berkawan'.

Assalamualaikum

NO!. ITS JUSTIN BIEBER.

Kalau dah lelaki tu handsome, cute, dan menarik macam Kim Hyun Joong (buuewk), dia buat benda-benda annoying pun perempuan akan kata;

"Awwwwww, SUWITNYA DIA". 

Peh-lis *rolling eyes*. Tapi kalau dah lelaki tu tak handsome, tak der banyak duit, tak ada six pacs, lelaki tu bina satu taman bunga untuk perempuan tu pun belum tentu perempuan tu akan kata dia romantik. Silap-silap, perempuan tu akan kata:

"Ewww, nak tackle aku? Tak malunya."

Tak pun, girl tu akan kata yang lelaki tu pathethic (menyedihkan) sebab tergila-gilakan dia. Lebih-lebih lagi,, bila si lelaki nak tackle si perempuan melalui phone. Bagi perempuan, tak ke korang pelik mana si lelaki boleh dapat no phone korang? Then, bila korang tak nak layan si lelaki tu, si lelaki tu akan kuarkan ayat maut dia berbunyik;

"Alaa awak, saya nak berkawan je pun tak akan tak boleh?". 

Aku dah guna taktik ni like... for ages. Err... Errr. Actually bukan aku. Tapi boys. Aku lain. Aku baik. Normally, boys akan guna ayat ni untuk start cucuk line. Tapi kan, how if lelaki tu segan nak mintak no phone dan dia starts menggunakan ayat "Untuk Berkawan?" sebagai taktik untuk cucuk line. Sebenarnyakan, ayat ni amat berfungsi. Seriosuly berfungsi. Sebab girls ni, suka jual mahal. Suka play hard to get. Padal nak tapi malu. Ewww.

Andai kata ada boy tu jumpa seorang cewek comel. Comel gila ah. Dah la comel, gebu pulak tu. Mesti lelaki ni akan try usha (bagi yang high confident lah). Dan cara paling mudah untuk merapatkan diri dengan that girl adalah dengan menggunakan ayat "NAK BERKAWAN JE. TAK LEBIH DARI TU". And kalau kaum perempuan tak tahu trick ni, memang korang ni lampi ah. Sebab there is no way lelaki yang entah dari mana tiba-tiba nak berkawan dengan perempuan melainkan he likes you. And he wants to mengawan dengan you. Masalahnya, kita tak tahu berapa lama si lelaki ni aku sukakan perempuan tu, dan apa usaha yang dia sanggup buat untuk dapat mengawan dengan awek tu.


Ni ke jejaka kegilaan gadis Malaya? 
Macam gay je aku tengok.

Tapi lah kan, aku ada cerita pasal adik aku ni. Bukan pasal adik aku. Tapi pasal lelaki yang mengada-ngada yang nak ....errrr... 'berkawan' dengan adik aku. Perh, berkawan? Peh-lis. Lelaki dan perempuan, tak ada istilah kawan. Lagi pun, kau datang entah dari planet mana dan kata nak berkawan? Ewww.

Macam adik aku yang sekolah agama ni lah. Hari tu, di siang-siang hari di week day, ada seorang lelaki call. Budak sekolah lagi. Dia call kononla nak cakap dengan adik perempuan aku padahal dia tahu adik aku tu dok asrama dan dia pun duduk asrama sama sekolah dengan adik perempuan aku. Kantoi ah kan.

So, dia call tu, dia cakap-cakap dengan ayah aku. Dia kenalkan nama bla-bla. Borak-borak entah apa tah dia gebang. Then dia suruh kirim salam kat mak aku. Eh, ni dah macam nak masuk line dah ni. Mamat mana brani sangat ni nak cucuk line adik aku guna mak ayah ni. Dia patut lalu ikut abang-abang dulu. Restu abang-abang tu penting tau. Kalau tak cucuk ikut abang-abang, abis tu abang-abang nak nak campak mana? Tak beradab langsung budak ni. Harap je sekolah agama.

Tapi...Tapi tak apa. Aku tak kisah kalau dia nak tackle adik aku. Aku abang yang baik. Asalkan.. Asalkan dia kaya, banyak duit, banyak harta, banyak kereta sport yang nak di beri kepada abang-abang ipar dan… dan yang paling penting, ada banyak kakak yang comel-comel yang sudi berkongsi kasih sayang dengan seorang suami. HAHA.

Tapi kan, bila di fikir-fikirkan balik, dia akan dapat adik aku, aku akan dapat kakak-kakak dia yang alim dan comel. Eh, hey, its win-win situation. Kan?



Jumaat, 18 Februari 2011

Lelaki Dan Dota. Tidak Bisa Di Pisahkan.

Assalamualaikum


Dah pukul 3 pagi. Entah kenapa aku rasa tak mengantuk. Aku ingat nak online, tapi malas. So, aku terus lah pujuk mata aku supaya mengantuk dan boleh terus bing-bing (tidur). Tapi tak boleh. Aku tak tahu nak buat apa. So, aku sms lah awek baru aku, F*sha S*ndha. Maklum lah, dia kan tengah hot sekarang. Suara pun makin lunak plus manja plus ayu.

Well, masa tengah sms-sms tu, aku dapat satu incoming call dari L*sa Sur*hani aku. Ah, potong line betul lah dia ni. Nak tak nak, aku terpaksa lah angkat bila dia call. Ye lah, supaya tak jadi isu.

"Honey! ;) Guess what? ;p" Bila si dia call, mesti ada mimik muka.
"What?"
"Guess laaaa"
"What?" Lemah betul aku bab main guess-guess ni.
"Fine, you tau, masa lepas i shooting untuk filem Ombak Rindu tu, I dapat offer untuk Adamaya 2 tau. Happynyaaaaa."
"Ooooo"
"And guess what!"
"What?"
"Pengarah dan producer tu nak you jadi Adam, tau! ;)"
"Oh...."
"You tak happy ke?"
"Hmm. Happy la juga"
"So.....?"
"So?"
"Nak tak?"
"Tapi... I tak ada masa, I baru ingat nak friendly Dota dengan kawan I"
"Alaaa... Dota je kot"
"Honey, don't get me wrong. But when we are talking about Dota,  there is no 'je', okay?"
*"Tup" Talian di matikan*

Aku rasa kredit dia dah habis tu.

Well, ramai orang kata yang Dota adallah Dunia Orang Takder Awek. Tapi sebenarnya, dota adalah Dunia Orang yang Tulus, jujur, iklas, baik, pemurah dan Awesome. Dota ada lah sebuah game yang berpuaka, berhantu dan macam-macam lah. Sekali korang start main, sure akan melekat. Sebab tu lah ramai yang putus dengan awek / kekasihnya hanya di sebabkan Dota.

Aku ada cerita pasal Dota dan seorang perempuan. Masa aku kat rumah sewa, ada 4 orang yang main dota. So, memang hampir setiap malam ah kiteorang main dota. Kadang-kadang, sampai 5 pam (round). 1 round dalam sekitar 1 jam.

One day, masa aku tengah main dota ni, aku dapat call dari Miss Alien. Aku pun angkat lah phone aku tu. Cakap-cakap dengan dia then tiba-tiba, dia perasan kenapa aku diam semacam. Then, dia tanya lah. Entah macam mana, aku boleh pulak terjawab yang aku tengah main Dota. Dia tau je aku tengah main dota sambil bercakap dengan dia di phone, terus dia marah. Aku ingat lagi macam mana dia sound aku. "I bercakap dengan you di phone and you tengah main dota? Ianya amat rude, Khairul. Where is your manner?". Perh, garang beb. Garang plus comel. I like.. Tapi sayang, aku dan dia dah 'lost contact'.

Tapi, sedikit sebanyak, ianya mengubah aku. Sejak dari peristiwa itu, bila ada je orang call masa aku main Dota, aku aku tengok dulu phone aku tu. Yang call tu kalau lelaki, aku akan reject. Kalau perempuan, baru lah aku pause game tu.


Korang ingat masa main Lan dan Online game, then nak pause tu senang ke? Kalau kat garena, korang pause, mesti ada yang resume balik. Kalau main kat rumah atau dengan kawan-kawan, then bila ada orang pause, mesti bising jadinya. Semua nya akan terpekik dan terlolong mintak resume game.

Biasanya, kalau orang main dota kat rumah, dieorang akan main online bersama player lain di Garena. Garena ada 4 servers. 1 server ada hampir 20 ribu orang yang log in pada satu-satu masa (di masa kemuncak). Aku ulang, PADA SATU-SATU MASA. Maksudnya, dalam 1 jam mungkin lebih dari 40 hingga 50 ribu user berlainan yang log in. Tu baru satu server tau. And, tu belum kira kalau ada yang main selain di Garena. Kalau yang main kat Cyber Cafe ke atau kat kolej ke... Then, cuba korang bayangkan berapa ramai lelaki yang main dota ni? YA, ramai gila. Andai kata korang nak ban semua lelaki yang main dota, aku rasa, memang tak kahwih ah korang. HAHA.

So, solutionnya, apa kata korang pun main dota? Belajar lah dari kawan-kawan lelaki korang. Bila semua reti main dota; lelaki akan happy, perempuan pun akan happy. 


Win-win situation.



Rabu, 16 Februari 2011

Re: Perempuan Takut Untuk Mula Bertudung.

Assalamualaikum


Well, aku selalu lah gak dapat email dari pembaca-pembaca aku yang nak tanya soalan tapi segan nak tanya di khalayak ramai. Macam yang korang sangka, email yang paling banyak yang aku dapat adalah pasal love-ewww-ewww. Ada yang tanya pasal bf yang gay, ada yang tanya pasal kekasih yang dingin dan tak kurang juga ada yang tanya pasal bf yang mahukan seks.

Tapi, tak semua. Ada yang nak email sebab kasi feedback. Dan yang paling terbaru, adalah feedback pasal "Tak Tahu / Tak Berani Nak Mula Pakai Tudung". Aku rasa emailnya agak best sebab panjang dan berisi dan interesting. So, aku edit sikit segala short form supaya korang mudah faham. Emailnya, korang boleh baca di bawah:

Salam Mr K.

Entry ni dah lame aku tunggu-tunggu dari blog theotherkhairul. Actually aku nak share cerita berdasar pengalaman aku dulu. Sorry aku cerita kat email je.

Kat university, aku lebih selesa bertudung sebab majoriti perempuan kat university aku pakai tudung. Tak kira la pakai tudung jenis apa, singkat atau tak atau apa-apa je lah. Janji pakai. Kiranya, pakai tapi x ikut syariat.

Aku kat university pakai tudung tapi balik umah aku tak pakai. Sebab tak da family aku yg tegur. Yup! aku terima kalau org ckp aku hipokrit. Tapi aku tak fikir sangat pun. Sebab aku rasa masa tu aku belum bersedia nak pakai tudung sepenuhnya.
Just nak share, apa yang Mr K cakap kat entry tu betul. Aku selalu ternanti-nanti perubahan aku yang aku selalu simpan dalam hati. Masa aku pakai tudung dulu aku suka selempang tudung kira style perempuan sekarang suka pakai. SEBAB TAK NAK NAMPAK BAIK SANGAT. Macam Mr K bagitau kat entry tu, kalau pakai tudung, orang akan expect sesuatu yang lebih baik dari perempuan yang freehair.

Bab bertudung labuh, tak pernah aku terfikir nak pakai dalam masa terdekat. AKU RASA TAK LAYAK SEBAB AKU BUKAN USTAZAH. Itulah yg bermain dalam otak aku. Tapi aku suka tengok budak-budak yang pakai tudung-tudung labuh dan aku ada simpan niat dalam hati nak pakai macam tu satu hari nanti. Aku just niat dalam hati kalau aku dah kahwin baru aku nak pakai tudung betul-betul. Sebab biasanya kalau kita berubah org sekeliling akan tertanya-tanya kenapa kita berubah? Jadi dalam pemikiran aku lebih mudah untuk orang fikir nanti aku berubah sebab aku dah kahwin.

Serius dulu aku tak suka dengar orang cakap tentang aurat. Sebab adanya kata-kata seperti "perempuan sekarang pakai tudung belum tentu baik. Kadang-kadang lagi teruk dari yg freehair". Aku tak bangkang kata-kata tu. Sebab tak baik nak nilai orang just dari luaran. Aku rasa aku tak buat jahat walaupun aku tak pakai tudung dan tak pakai tudung labuh. Dulu aku tak suka org tag or bagi email tentang aurat. TERASA beb. Huhuhu (Aku rasa awek ni penat tulis panjang-panjang sebab tu ada 'huhuhu'). Tapi aku tak adala marah sebab bagi aku diorang nak bagi ingatan / nasihat yang baik. Cuma, aku belum boleh terima.

Dulu bf aku pun tahu, aku pakai tudung bila kat U je. Balik rumah aku tak pakai tudung. Tapi dia tak tegur pun. Bagi aku, lelaki-lelaki kat luar sana patut bagi perangsang kat awek-awek diorang supaya bertudung. Sebab sebagai perempuan, kita* lebih suka kalau yg tegur kita tu org yg kita sayang. Nampakla dia prihatin. Tapi sepanjang pemerhatian aku, lelaki amat-amat jarang nak menegur perempuan bab aurat ni secara berhikmah.  Maybe takut menyinggung perasaan awek atau tak tahu cara. Last-last diorang just diamkan je...

Alhamdulillah satu hari bermula sem baru. Sorang kawan aku mula berubah START PAKAI TUDUNG LABUH. Tapi dia baik sikit la dari aku. Dia suka pakai tudung tapi tudung selempang dan tak pernah freehair macam aku. Aku dok tengok dia, serius dia berganda-ganda lebih cantik dari dulu. Sopan dan sejuk mata memandang. Aku nak gak berubah tapi aku tak dapat nak janji bila. Sebab aku takut perubahan aku nanti tak kekal sebab ikut dia. Tak lama lepas tu aku pun tergerak beli sehelai tudung labuh dan nak try pakai. Aku rasa berbeza gila dan agak janggal jugak la. TAPI AKU RASA LEBIH TENANG BILA PAKAI TUDUNG LABUH. Bila keluar pun rasa lebih selamat. Mungkin betul org kata, kalau kita ada niat yang baik,  InsyaALLAH DIA akan permudahkan jalan. Aku tak sangka DIA bagi hidayah pada aku begitu cepat dan Alhamdulillah aku masih hidup utk berubah ke arah yang lebih baik.

Aku rasa hidup aku tenang dengan perubahan yg aku dan kawan-kawan aku buat. Even sikap kitorang tetap tak berubah. Gila-gila macam dulu. Sikit-sikit kitorang beli baju-baju longgar dan tudung labuh, beli sarung tangan, stokin utk melengkapkan koleksi pakaian seorang muslimah. Masa tu aku tengok dalam almari banyak baju-baju, seluar jeans aku yg sendat, ketat dan aku rasa menyesal beli benda-benda tu tmasuk tudung-tudung bawal yg jarang n tudung fesyen ekin yang singkat yang aku beli dulu dan aku memang tak sempat merasa pakai selendang-selendang yang macam-macam fesyen sekarang ni. Dan Alhamdulilah x da keinginan nak pakai tudung2 macam tu lagi / freehair. Hari-hari aku minta pada ALLAH agar aku terus diberi taufik dan hidayah untuk istiqamah menutup aurat dan melihat kebaikan pada setiap apa yg Islam gariskan.Yang penting pasang niat-niat yang baik. Kita tak taw bila hidayah tu akan datang tapi kalau kita nak buat baik, mesti DIA permudahkan. InsyaALLAH... Sekarang aku mula terasa nak pakai purdah.

Doakan ya Mr K.

Terima Kasih :)

Allah tak akan ubah seseorang tu melainkan mereka ubah diri mereka sendiri. Tapi, Dia akan kasi 'hint' supaya korang rasa nak berubah. Well, our God is super awesome.



Ahad, 13 Februari 2011

Takut / Tak Berani Nak Mula Pakai Tudung.

Assalamualaikum


Hello lovely-gedik girls dan handsome-good boys sekalian. Ini adalah entry yang aku tulis di Terfaktab. Yang macam korang tahu, aku join terfaktab. Tapi aku jarang gila update. Memang jarang gila ah. Kalau penulis lain, laju je update entry khas dieorang.

Well, sejak dari dulu, dulu, dulu dan dulu lagi, aku banyak dapat email dan pertanyaan yang seperti:

"I nak pakai tudung. Tapi I tak tahu macam mana dan bila nak mula pakai. Lagi pun, kalau I tiba-tiba pakai tudung, apa yang akan orang kata. Kan?"

Well, well, well, kenapa perempuan takut untuk bertudung? Kenapa? Yes, sebab secara automatiknya, dia akan 'lebih terikat'. Once dia pakai tudung, dia akan terikat dengan imej islam. Sebab tu lah ramai yang takut nak pakai tudung. Tapi, itu bukan benda yang paling girls takut bila nak mula pakai tudung. Apa yang paling girls takut adalah tentang apa pandangan orang sekitar bila nampak seorang perempuan yang biasanya freehair, tiba-tiba pakai tudung. Kan?


It might be hard.

Andai kata seseorang tu freehair. Then lepak-lepak dengan lelaki. Pandangan orang ramai adalah seperti "Alaa. Normal lah tu". But once that girl pakai tudung, tapi lepak bersama lelaki, orang sure akan kata "Eeee. Pakai tudung. Tapi sosial habis. Boleh lak lepak-lepak dengan lelaki bla bla bla. Entah-entah dah pernah kena gangbang". Oh God can you please shut your stink mouth dude? Tapi kan, benda macam ni, kadang-kadang, lelaki tak bising pun. Yang bisingnya adalah perempuan sendiri. Why? I don't know.

Well, this shit lah yang menyebabkan ramai girls yang tak berani nak berubah dan tak berani nak start pakai tudung. Even a girl tu pakai tudung full time, still, dieorang takut untuk pakai tudung labuh. Why? Again, sebab benda-benda macam ni lah. Sebab terlampau ramai mangkuk-mangkuk yang suka jadi penghalang. So how?

Masa aku di semester 3. Ada seorang girl ni yang sama kuliah dengan aku. Nama dia Koala. Siti Nur Koala binti something. Aku dah lupa. Tapi dia memang comel. Peminat pun ramai. Dia dulu freehair. Full time freehair. Tapi pada suatu hari. Di malam yang hening masa aku nak pergi makan kat warung belakang taman, aku jumpa dia. Perh, bertudung tuuu. First time aku tengok dia bertudung, cair aku kat situ. Memang agak tertanya-tanya lah kan. Tertanya macam "Eh sejak bila lak budak ni pakai tudung?". Then, "Apa pandangan orang lain tentang dia?" But hey, bila seseorang tu nak start pakai tudung, why susah sangat orang sekitar tu nak support? And yes, she doing it well. Ramai yang support dia. Aku yang nampak dia kat situ pun terus tegur dia padahal aku dan dia tak rapat mana pun time tu.

"So, how dia boleh berubah dari freehair ke pakai tudung tanpa ada orang yang buat isu?"

Well, mostly, apa yang aku perasan, ramai perempuan yang tak ada masalah bila nak berubah, adalah bila mereka berkawan dengan lelaki, lebih dari berkawan dengan perempuan. Seriously, bila seorang perempuan tu ramai kawan lelaki, dia sure akan kurang stress dan kurang terlibat dalam masalah tikam belakang. Dunia perempuan is complicated. Jealous antara satu sama lain adalah rutin harian. Tikam belakang kawan adalah hobi persendirian. Dan macam-macam lagi. See? Nasib baik aku lelaki. So yeah, kalau ada orang bising-bising cakap korang ni bajet alim sebab pakai tudung, korang hanya perlu ignore. Pandangan orang lain akan sentiasa menjatuhkan korang.

Ignore the bitches.

"Tapi, aku rasa aku tak sesuai la pakai tudung. Aku ganas. Suka lawan cakap orang. So how?"

Well, bayang kan korang adalah girl yang brutal. Suka lawan cakap orang. Suka tegakkan pendapat sendiri. Lone ranger. Sombong. Suka buat kerja sendiri sorang-sorang. Then nak pakai tudung. Sesuai ke? Hey, why not? Cuba korang bayangkan lagi. A comel girl. Berkulit putih. Bertudung labuh. Then bila ada lelaki datang kacau, girl ni terus sepak celah kangkang lelaki tu then blah. Brutal dan aggresive yet cute, plus ayu. Isn't that cool? Yeah. That is super cool, dudes. I love that type of girl. Macam heroin dalam Novel Versus karya Hlovate. Ustazah brutal. I like. Super like. Oh oh please lah don't tell me korang tak pernah baca novel Hlovate. Kalau korang tak pernah baca Novel Hlovate, tu maksudnya korang tak pernah baca novel yang sebenar.

Dan andai kata korang tertanya-tanya:

"I takut nak pakai tudung even boyfriend I dah suruh I pakai. Tapi deep-deep in my heart pun I memang nak pakai tudung. Cuma, I takut kalau orang kata I pakai tudung sebab boyfriend yang suruh"

Wait, pakai tudung sebab boyfriend yang suruh? Well, so what? Who cares? Masa korang kecik, korang solat sebab Tuhan? Oh peh-lis. Time tu, korang solat sebab takut ayah rotan korang. Korang mengaji sebab nak tahu agama? Euwww. No way. Tapi sebab ustazah paksa. So, look at you now. Solat all the time dan pandai mengaji (Konon lah kan). Is that bad? Kalau korang nak pakai tudung, dan di tambah pula ada boyfriend yang support, apa salahnya? Asalkan, even korang dah putus dengan boyfriend korang, korang still pakai tudung. Sebagai permulaan, tak salah pakai tudung kerana seseorang. Sama seperti pakai tudung sebab Ustazah dan sebab Ibu korang yang suruh. Tak ada beza kan?

Brave. Embrace yourself.

Lagi pun kan, dari korang pakai tudung singkat berlilit dan berlapis lapis tu, baik korang pakai tudung labuh. Aku tau korang sejuk sebab tu korang pakai tudung berlilit-lilit dan berlapis-lapis. Tapi, kalau korang pakai tudung labuh, lagi mudah. Air flow pun elok. Dah la Malaysia ni panas. Ye tak?

Senang je nak tahu seseorang tu pakai tudung untuk bergaya, tutup aurat atau kedua-duanya. Caranya korang tengok lah pakaian dieorang. Tak pun tengok ketebalan shawl. Tak pun tengok saiz jeans. Dari belakang nampak g-string tak. Tak pun, tengok baju, macam baju adik umur 6 tahun tak. Dan macam-macam lagi lah. Korang semua pandai-pandai. Aku tau. So, fikirkan lah sendiri.

Dan, bagi lelaki yang nak kahwin tu tapi bakal isteri tak nak pakai tudung. Nak buat macam mana? Alah, senang je. Korang belikan dua atau tiga tudung. Pilih satu tudung yang agak labuh yang cantik. Yang selebihnya, tudung singkat yang buruk. Last-last, sure si girl tu pilih tudung yang agak labuh kan? Biasalah, girls, nak yang cantik je. Then, mana la tau. Kot-kot sekali dia pakai tudung yang agak labuh, dia rasa tenang. Rasa feel je. Then tup-tup, sejak hari tu, setiap hari pakai tudung tu. Kan? Sejuk perut aku melihatnya. Ah, sayang, isteri orang.

"Bila masa paling sesuai untuk saya pakai tudung supaya orang tak pandang slack kat saya?"

Oh, easy question. Actually, korang boleh start pakai tudung pada bila-bila masa. Korang boleh start pakai tudung bila nak start semester baru. Or, korang boleh start pakai tudung bila dah kahwin. Or, korang boleh start pakai tudung bila start masuk tempat belajar / kerja baru. Or korang boleh start pakai tudung bila ada peristiwa seperti di birthday your mom and your mom nak tengok korang pakai tudung. OR, korang boleh mulakan senarang because ramai yang nak pakai tudung. Cuma, masalahnya, ramai tak tak ada 'ignite-er'. Ramai yang tak ada pencetus. Kan? Sebab once korang dah buat, sure korang boleh carry on. Sekali korang pakai tudung, sure dah tak rasa segan-segan dan takut dah.
 
"A person willing to change at 12 oclock, died on 11."

Oh pedulikan grammar untuk quote di atas. Aku dah lupa quote yang sebenar. Tapi serious shit, ramai yang nak berubah tapi suka tangguh. Then bila tangguh, sure tak sempat. Ianya macam "Aku berjanji yang aku tak akan mencuri" tapi belum sempat esok, dah mati. Mangkuk betul budak tu. Anyhow, you got my point kan?

Fact 1 : Girl akan nampak lagi comel bila pakai spect mata. 

Fact 2 : Girls akan nampak dua kali lagi comel bila pakai tudung. Since you got ugly straight-re-bonding-hair.


Rabu, 9 Februari 2011

I Am Sleepy.

Assalamualaikum


The life is getting better. My life is getting better, for now, at least.

And yeah, esok akan ada entry baru yang agak panjang. Juga agak sensitive.

Btw, ada apa-apa tak yang korang nak aku tulis? You know... something yang korang nak tahu yang mungkin aku tahu?



Isnin, 7 Februari 2011

Software Latest Yang Patut Ada Di PC / Laptop Korang (2011)

Assalamualaikum

Hello gedik ladies dan gentle gentlemen sekalian. Hari tu, minggu lepas, bulan lepas dan tak kisah lah bila-bila pun. Kalau korang perasan di my boring formspring, ada certain readers yang bertanyakan pasal software-software yang tak terupdate. Yeah, kita dah masuk tahun 2011 tapi software-software di PC / Lappy masih ada yang tahun 2010. Kalau ada yang 2011, tak full version since the 'hackers' masih belum lancarkan 'virusnya' untuk menghack software-software yang ada di pasaran.

Well, di mana ada permintaan, di situ ada pirate software. Tapi, segala software yang akan aku letak di sini bukan pirate. Mereka semua adalah original. Dan disertakan sekali dengan patch (virus) untuk menjadikan mereka original. Windows ada dua jenis which is 32bit dan 64 bit. Cara nak tengok lappy / Pc korang berapa bit, korang boleh pergi ke 'Start' then pada kanan click 'Computer', then pilih 'Properties'. Kat situ, korang boleh tengok korang punya OS berapa bit.

Selamat menyedut.

List software dalam entri ni:
  1. BitDefender Total Security 2011 (Anti-virus + Internet security)
  2. TweaksLogon
  3. Adobe Photoshop CS5
  4. Microsoft Office 2010
  5. PhotoInstrument
Dan macam biasa, supaya Google tak buat benda-benda pelik kat blog aku:-
ALL DOWNLOAD-ABLE FORM OF FILES HERE ARE FOR NON-COMMERCIAL USE ONLY. I DO NOT OWN ANY OF  FILEs. THIS BLOG (AND OWNERS) DID NOT STORE THE FILES IN THEIR BLOG SERVER. THE LINKS ARE INDEXED FROM OTHER SITES. THE FILES ARE FOR DEMO ONLY AND MUST BE DELETED WITHIN 24 HOURS AFTER DOWNLOADED. YOU ARE AGREED WITH THIS TERM AS CLICKING THE DOWNLOAD BUTTON(S) / LINK(S). PLEASE READ THE DISCLAIMER AT THE BOTTOM OF THIS SITE .

Bit Defender Total Security 2011 (Update from previous post)

Download BitDefender 2011
Official Installer (Perlukan internet untuk install)

Standalone (Tak perlukan internet untuk install):
Installer 32bit.
Installer 64bit

Download Patch:
[UPDATE 11/2/2011] Patch 100% working. Boleh upadate selepas install patch. Baca Read Me.

Only compatible with Windows 7. Actually, di websitenya kata Windows XP boleh install. Tapi, aku try Windows XP tak pernah jadi. So, aku andaikan yang ianya tak compatible dengan Windows XP. Windows XP sucks by the way.

Aku guna BitDefender dari tahun 2009. And sejak tu, memang aku stick dengan BitDefender hingga lah sekarang.

Tapi, ramai yang tanya "Kenapa tak guna Kaspersky? Kenapa tak guna Kaspersky? Kaspersky best. Ada Jeckie Chan dan Lee Chong Wei." Peh-lis. And guest what, now, Kaspersky sucks dan BitDefender dah cecah no 1 dalam most of Top Antivirus. Korang boleh pergi ke mak cik Google dan taip "Top 10 antivirus 2011" dan surely, korang akan jumpa BitDefender sebagai No 1 dalam setiap list di mana-mana site. Kaspersky? Go to hell. I hate you B.

Well, ada yang tanya, "BitDefender 2011 tak der patch baru ke?" Yes, kalau dulu memang tak ada. Tapi sekarang dah ada. Macam biasa, kalau korang apply patch ni, korang boleh guna BitDef ni hingga ke tahun 2047+ maybe. Tapi rasanya tak perlu. Sebab tahun depan, rasanya aku akan update lagi. Bit Defender 2012 maybe. Number 2012 nampak scary. Mungkin kita semua akan mati. Nahhhh.

Internet Download Manager 6.xx


Installer IDM 6
or
Another Installer IDM 6

IDM adalah antara benda yang paling penting bagi korang yang suka download. Tak kira lah download movies ke, files ke, porn ke, youtube ke, lagu ke atau apa-apa je lah. Sebab ianya akan melajukan korang punya direct download selain dari manage korang punya downlaod.

Dan yes, sila jangan update this IDM. IDM bukannya antivirus yang perlu di update-update tu. Sebab, sekali korang update, sure kantoi.

TweaksLogon

Download Link :
Download

The pic says all. Korang tak bosan ke tengok log on screen korang yang huduh tu? Tak terfikir untuk mengempakkannya? Tak tak macam gambar di atas, apa kata gambar di bawah?


Pretty cool kan? Yes, korang nak letak muka korang pun tak der hal. Nak letak gambar boyfriends korang pun tak der hal. Asalkan, cukup besar. Kalau terlampau besar pun tak apa, sebab dia akan resize. Tapi kalau terlampau kecil, memang tak boleh ah.

Adobe Photoshop CS5



Installer Adobe Photoshop (1Gb)
or
Another Installer (1Gb+)

Portable Photoshop CS5
Download 123Mb

Bagi siapa-siapa yang suka edit gambar secara gempak, pasti reti guna Adobe Photoshop kan? Saiz 1 installer tu adalah amat-amat besar. So, aku tak tahu lah aku patut letak link atau tak sebab aku tak rasa akan ada yang download. Tapi, kalau korang nak download juga, aku rekemenkan korang untuk download guna uTorrent (Freeware). Bila korang dah ada uTorrent, just tekan sini untuk download

Microsoft Office 2010





Download full pakage:
http://office.microsoft.com/en-us/try/ (Download trial, then tukarkan jadi full version dengan menggunakan patch di bawah.)
Patch (100% works):
Patch Microsoft Office 2010
 

Hey, Microsoft Office 2011 dah keluar dan korang still guna Microsoft Office 2001? Oh no no. Korang still guna Open Office 3? Macam Orge (Orc)? Come on. Feel the convenience of Microsoft Office 2010. This is the latest for now yang aku pernah try.

Apa kelebihan Microsoft Office 2010? Well, setiap application yang ada dalam tu dah di kemas kini. Banyak yang di update dan di letak benda-benda baru. Maksudnya. ada application yang akan memudahkan kerja korang. Korang boleh discover sendiri.

[CARA NAK INSTALL] Mula-mula, install macam korang nak install game. Masa dalam proses tu, dia akan mintak the key. Bila sampai bab ni, korang setkan ke trial. Then, siapkan install. Bila dah siap install trial version, apply patch. Masa ni, pastikan korang dah off antivirus korang. Then sure korang akan dapat fullkan Ms Office 2010.

PhotoInstrument


Download Link:
Download


Korang kesunyian? Perlukan teman? Tapi di Facebook tak der orang add? Jangan risau sebab kini, aku ada jalan penyelesaiannya. Dengan PhotoInstrument, korang boleh tipu mana-mana mamat-mamat handsome mahupun yang tak handsome supaya mereka terpikat dengan kelicinan dahi dan kegebuan pipi anda. Caranya simple, tangkap gambar, edit kelonjongan dan kepanjangan muka anda, then licinkan nya dengan PhotoInstrument. Kemudian, facebook anda akan dipenuhi dengan para lelaki kesunyian dan playboy. Tak ketinggalan, haters. Good luck, liar.


ALL DOWNLOAD-ABLE FORM OF FILES HERE ARE FOR NON-COMMERCIAL USE ONLY. I DO NOT OWN ANY OF  FILEs. THIS BLOG (AND OWNERS) DID NOT STORE THE FILES IN THEIR BLOG SERVER. THE LINKS ARE INDEXED FROM OTHER SITES. THE FILES ARE FOR DEMO ONLY AND MUST BE DELETED WITHIN 24 HOURS AFTER DOWNLOADED. YOU ARE AGREED WITH THIS TERM AS CLICKING THE DOWNLOAD BUTTON(S) / LINK(S). PLEASE READ THE DISCLAIMER AT THE BOTTOM OF THIS SITE .

*****************

Apa yang aku bagi di atas bukan Full Version. Dan nak tukarkan ke full version senang je. Just download their patch. Then, bila dah siap download, baca 'Read Me' yang ada dalam file tu. Kalau tak ada Read Me pun, tak apa. Korang semua pandai-pandai. Dan patch ni simple je. Sure korang boleh faham. Apa-pun, sebelum tu, sila matikan antivirus anda. Sebab benda ni akan di detect sebagai virus.

Kalau ada apa-apa yang korang tak faham, boleh tanya aku di sini, atau simply email, atau di chat FB atau di formspring.



Sabtu, 5 Februari 2011

Bila Gaji Isteri Lagi Tinggi Dari Suami. (Solution)

Assalamualaikum


Ini adalah entry lama yang tertangguh. Yup, sambungan dari entri INI. Aku perasan bila bercakap pasal gaji isteri lebih dari suami, ramai girls yang kata mereka tak kisah kalau dapat suami berpendapatan rendah, asalkan rajin berusaha dan bukannya duduk depan tv serta membuat lemak. (Entah ye ke tidak. Entah-entah semua nak cari lelaki handsome macam The Undead Edward Cullen.)

Mostly, it is okay for women, but, definitely, not for men. It is not okay kalau ada isteri yang bergaji berlipat kali ganda bagi lelaki. Why? Sebab lelaki biasanya suka dominate keadaan. Yes, lelaki mahukan lebih kuasa.

Contohnya, lelaki yang bayar rumah, bayar kereta, bayar pelajaran, bayar bil dan segalanya. Bila dah bayar itu semua, mesti ahli keluarga respect sebab banyak sumbang untuk famili. Tapi, kalau seorang ayah tu tak der duit, macam mana? Try bayangkan bila anak-anak mintak duit belanja kat mak sebab anak-anak tahu yang si ayah gaji rendah dan selalu tak ada duit. Mesti rasa macam tak ada dignity kan?

Actually, kalau girl gaji tinggi tak ada hal. Masalanya, kalau gaji si lelaki adalah di bawah paras selesa. Andai kata kalau gaji si isteri 10 ribu sebulan, then gaji suami 7 ribu sebulan, sure korang suami isteri akan hidup happy ever after macam Sherek serta membuat banyak anak. Tapi kalau dah gaji isteri 5 ribu, then gaji suami 800 je, memang agak kritikal lah sebab gaji suami di bawah paras selesa.


Cuba banyangkan, kalau beli pergi makan-makan atau bayar bil, si isteri yang bayar all the time. So, yang memasak; isteri, yang jaga anak; isteri, yang kemas rumah; isteri. Yang bayar most of the bill pun isteri? Dah tu apa fungsi suami? This is hell untuk lelaki yang berada di bawah paras selesa. Lagi pun, lelaki akan rasa coooool bila dia boleh buat macam "Sayang, barang dapur tak cukup lah. Apa kata esok kita pergi beli." Then bila beli, lelaki yang bayar. F yeah. Rasa berguna dan rasa diperlukan je.

Cuba bayangkan ketika sepasang suami isteri ni di majlis keraian. Tak pun majlis hari keluarga. Majlis yang dari tempat kerja isteri, semua grand-grand. Buat kat Shangri-La Hotel. Kat KL pulak tu. Siap ada Siti Nurhaliza yang nyanyi. Tapi majlis dari tempat kerja lelaki, tak ada pun. Dah tu, bila kat majlis, ada lelaki tanya, "Suami kerja apa?" Dan nak dijawab dengan "Suami I kerja sapu sampah je"? Maybe, it is okay for the wife since dia boleh support suami, but not for the husband.



Lagi satu, lelaki juga takut bila isteri dia bergaji tinggi, sebab, ianya bermakud si isteri tak perlukan suami dia. Iye lah, si perempuan tu dah ada duit dan segalanya. So, kalau dia bercerai dengan suaminya, dia still boleh hidup dengan relax tanpa prob sebab selama ini pun, bukan suami dia yang tanggung dia. Kan? Yes, si suami akan jadi insecure like hell. "Kat tempat kerja, ada tak orang nak nak tackle bini aku?". "Dia balik lewat pergi mana?". Sebab, zaman sekarang, anak-anak ikan amat banyak. Nak-nak, yang nak cari sugarmommy.

Dan, suami sure akan terfikir yang apa yang akan terjadi bila suatu hari nanti, si isteri akan cakap "I yang sara abang. Rumah, kereta, makan, minum semua, I yang bayar. So, abang diam boleh tak?". Bila benda ni jadi, yes. YES, IT IS SUPER DUPER HELL DIE YOU B.

Solution.

Bak kata Azuwa, isteri mesti kreative bila masuk bab nak menjaga hati suami. Ingat senang ke nak jaga hati makhluk yang semakin bernilai tinggi di sebabkan kekurangan population? Susah tau. Sesusah menjaga kebulatan perut mereka. Lelaki perut bulat tak apa. Perempuan jangan. (Mengandung tu lain cerita ah.)

Well, isteri kenalah cepat pick up. Jangan lah nak lampi sangat. Girls, biasalah, lamp.... So, to the cute wife(s), let me guide you on What-To-Do-If-I-Got-Way-More-Money-Than-My-Hubby.

"Bila nak keluar makan, mesti lah lelaki kena bayar kan. Habis tu, kalau tak ada duit macam mana nak bayar?"

Setahu aku, girl, biasanya yang dah kahwin ni, adalah girl yang comel. Bukan sahaja comel, malah pandai. So, andaikata korang berdua berpakat nak makan mewah-mewah sikit di restoran romantik, korang (Isteri) kena lah fikirkan idea yang bagus. Korang tahu yang suami tak ada duit. So, korang nak bayarkan full? No. Half? NO WAY. Caranya, bila nak keluar makan-makan tu, isteri cepat-cepat lah selitkan sikit keping-keping duit merah atau jingga tu dalam wallet atau poket seluar suami. Tak kisah lah nak selit masa suami tengah mandi ke, tengah tidur ke atau tengah mengawan ke. Asalkan, dieorang distract sikit. So nanti bila nak bayar sure si suami macam "Eh, ada duit Rm10000 dalam dompet ah. Tak perasan pula." Serious. Lelaki memang mudah sangat lupa bab benda-benda dalam dompet dan dalam poket. Aku sendiri pun selalu macam tu. Kadang-kadang, seluk poket, tengok ada rm 50 yang renyuk sebab masuk dalam mesin basuh. Pastu terus claim duit sendiri. So, para isteri yang terlampau kaya, kalau nak basuh seluar suami tu, selit-selit lah sikit. Tak hancur duit tu bila masuk dalam mesin basuh. Lagi pun, bila duit tu dah renyuk, baru lah nampak real sikit kan?. So, sure suami korang tak akan perasan kan?. Heh, pandai kan aku kan?


Tapi, cara tu adalah agak tak best. Nanti kalau suami tahu, mesti tercalar ego dia. Tapi tak tahu lah kot-kot suami dia akan buat-buat tak tahu. Lagi pun, tu kan dari isteri dia. Apa fungsi isteri? Ya, fungsi isteri adalah untuk menolong suami. Dan, ini pun kira menolong suami gak kan? Menolong suami dapatkan duit. Hehe.

Ehem.

Well, antara cara yang paling baik untuk selesaikan masalah gaji isteri lagi tinggi dari suami adalah dengan membuat 'joint account' atau pun akaun 'bank bersama'. Dengan kata lain, gaji isteri dan suami di himpunkan bersama dalam satu account tanpa pedulikan siapa yang sumbangkan paling banyak. Dan ianya di gunakan bersama-sama. Macam tu lah yang sepatutnya. Bila ada account bersama, mudah nak monitor kewangan keluarga. Kot-kot bila tengok si suami keluar banyak semacam je duit tu, sure boleh detect. Kalau dah lelaki, bukan boleh percaya sangat. Kan.

Tapi kan, kalau dah suami tu nak bina masjid lagi satu guna duit bersama ni, apa salahnya. Anggaplah sebagai sedekah. Atau 'wakaf'. Sure masjid tu tahan lama sebab dapat keberkatan dari isteri pertama. Then, kot-kot ada lagi rezeki, boleh lah tambah lagi satu cawangan masjid. Bak kata orang tu, keberkatan berlipat kali ganda.

Win-win situation.



Jumaat, 4 Februari 2011

Bila Lelaki Terpaksa Berperang Dengan Nafsu Sendiri.

Assalamualaikum


Masa aku lepas main Dota tadi, aku pun lepak-lepak lah kat forum yang biasa aku lepak (InfoMaya.net). Then kat situ, aku perasan ada satu forumer post pasal sebuah cerita yang dia terima dari email. Aku agak tertarik dengan apa yang forumer tu tulis. So, aku ambil dan edit sikit.

Korang nak baca tak? Nak baca tak? Nak kan? Nak kan? Nak laaa. Ni penting tau. Kata-kata dari seorang lelaki untuk semua perempuan di luar sana.

*******************

Nama aku Fahim. Wan Mohd Fahim Bin Rustam Khairi. Boleh dikatakan setiap hari aku berperang dengan nafsu sendiri. Sakit jiwa dan mental dibuat nyer. Tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan macam ni.

Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup aku ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan dan kiri aku. 95% hati kata nak je main. 5% lagi kata jangan sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam. Nasib baik Islam tak bagi.


Well, dalam kes aku sekarang ni, kalau nak main dengan perempuan tu, mudahhhh je. Sangat mudah bagi aku. Tak payah nak rogol-rogol atau paksa atau bayar. Mintak je. Dan, dah macam-macam strategi aku gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah dah. Tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja jugak kan?

Kebanyakkan perempuan zaman sekarang dah over ah. Pakai baju macam tak ada perasaan malu langsung. Asyik tak cukup kain je. Aku ni, sebagai lelaki, kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat ramai orang pun tak sanggup tau. Sebab malu. Tapi kalau perempuan, relax je pakai seksi-seksi depan orang ramai. Nak pakai seksi tu, pakai la dalam rumah. Manasa nak tidur ke. Masa suami balik dari outstation ke. Baru lah syok. Ni tak, sibuk nak pakai kat luar rumah. Bila pakai kat luar rumah, mesti aku tengok. Bila aku dah tengok, confirm-confirm la menyusahkan aku nak kawal-kawal nafsu ni.

Dah bermacam-macam cara aku buat nak control nafsu ni. Kadang-kadang terpaksa aku buat benda benda yang memenatkan untuk meredakan nafsu. Isteri memang ada tapi sendiri pahamlah. Kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawal. Kalau aku tak boleh kawal, dia boleh tolong 'kawalkan'. Tapi  kalau dah keluar dari rumah, mau terbeliak bijik mata. Lagi-lagi kalau time nak gi atau balik kerja. Mak ai, rasa macam nak kahwin lagi satu. Tapi sayang. Tak mampu.


Kepada kaum perempuan. Please ah tutup aurat mu. Tutup setutup-tutupnyerrr. Kasihanilah diri aku yang terpaksa berperang setiap hari kerana perbuatan korang ni. Aku bukan orang warak. Aku bukan orang alim ulamak. Aku hamba Allah yang biasa. Tak tau lah sampai bila aku mampu bertahan nak-nak bile korang memakai pakaian yang menggoda macam tu. Terseksa sungguh jiwa ini.

So girls, please stop this sexual harassment on lelaki yea ;p