Isnin, 14 Jun 2010

Kenangan Bersama Abang-Abang Tabligh Yang Kacak

Assalamualaikum

Laila Jihad

Aku ingat lagi masa first time aku kena ceramah dengan abang tabligh.

Masa tu aku baru balik dari sekolah. Aku balik sekolah jalan kaki je tau. Biasalah, nak beli BMW M5 nak bawak pergi sekolah, tak mampu. So, jalan kaki je lah. Well, aku suka jalan slow-slow biar kasi perempuan memintas aku. Ladies first. Biasalah, I kan gentleman. Masa sibuk jalan kaki sambil mata melilau usha itik-itik (aweks) bekedek-kedek pulang petang, aku di sapa oleh seorang abang. Pakai jubah putih pakai serban. Tak tau la kot-kot abang tu memang dari tadi perasan aku asyik 'melihat keindahan ciptaan Tuhan' yang terkedek-kedek jalan tuh.

So, abang tu berdakwah la kepada aku sorang-sorang. Segan tu jangan cakap la. Tengah jalan pula tu. Tapi bila aku perasan ada awek-awek pandang, memang terus cover buat layan bincang pasal agama. Alim. Alim. So, awek-awek yang usha tu mesti cakap "Perh, alim nya budak tu." Mak-mak budak yang fetch anak dieorang pun mesti berkenan je bila pandang aku. Silap-silap mak-mak pun tertarik.

Dan selepas siap di ceramah, abang tu ajak aku lepak surau bila waktu magrib nanti. Tapi dalam fikiran aku memikir "Naruto, bang. Naruto". Biasalah, masa tu naruto tengah hot gila. Selepas Naruto, Avatar - Then Last Air Bender.

Pak Cik Handsome.

Tu first time. Tapi tu tak best sangat. Sebab aku ada kenangan yang lagi best.

Ianya bermula masa cuti selepas SPM. Masa tu aku punya la tidur tak ingat dunia. Kalau gempa bumi pun agak-agak aku tak akan terjaga punya lah. Tapi kalau ada orang tutup kipas memang akan terjaga. Panasnya tak boleh tahan. Aku tidur bangun lewat semuanya di sebabkan aku online dari malam hingga pukul 8 or 9 pagi, then tidur bangun pukul 3 petang. Ye lah, dah nama pun tengah heaven selepas SPM kan.

Then, hari tu adalah seperti hari-hari biasa. (ayat nak start hikayat dah ni) Dua jam selepas aku solat subuh, aku tidur. Memang best la tidur masa matahari baru nak naik. Nak-nak selepas breakfast. Makan banyak-banyak pastu tidur. Perh, undescribelieveble punya lah best.

Tidur punya tidur entah sampai pukul berapa pun aku tak tahu, then aku dengar adik aku panggil aku. Bertalu-talu dia panggil. Bertalu-talu macam "Weh abang, kawan kau datang. Weh kawan kau datang tu bangun la"

Aku pun bangun la.

"Siapa yang datang?" Kata ku dalam keadaan mamai.

"Mana la aku tau, kawan kau, bukan kawan aku." Kerek punya adik.

Aku pun jalan la terhuyung hayang melepasi adik aku. Mamai punya pasal sikit lagi nak tersepak adik aku. Eh (?)

Aku pun keluar la sambil cari spect mata. Aku intai ikut tingkap, muka ala-ala firdaus. Kalau firdaus ada, hanifah pun mesti ada. Dua-dua muka jambu. Tapi awek tak ada. Biasalah, lelaki baik macam kita orang memang susah nak dapat awek.

"Apa wahyu turun kat korang sampai korang datang rumah aku ni?" Kata aku sambil menuju ke pintu pagar rumah aku.

But then, bila aku makin hampir dan aku perasan yang budak dua ekor tu tak respond apa yang aku cakap, baru aku tahu yang tu bukan Firdaus dan Hanifah. Tu adalah budak tabligh yang buat dakwah setiap minggu kat kawasan rumah aku. Aku dah la tak mandi lagi, rambut berserabai, pakai seluar pendek, pakai baju lambang playboy (Aku selalu pakai baju ni masa sem dua. Hariz slalu kata baju tu buruk. Tapi memang pun) Aku pun macam "Oh my God. Shit, man" bila aku bayangkan diri aku pada masa tu.

Pastu aku cepat-cepat betul kan rambut

"Tak apa dik, dah handsome dah tu" Abang tabligh tu perli.

Aku just senyum je. Ye la. Apa lagi aku mampu buat? Reply cakap "Ye bang saya memang handsome"? Silap langkah boleh di ceramah sampai esok pagi aku.

"Assalamualaikum, bang" Aku memulakan bicara.

"Walaikummussalam warahmatullah hi wabarakatuh *Ada lagi ayat yang dia sebut tapi aku tak tau apa benda*"

Rasa macam kena perli je.

"Errr... sihat bang?" Tanya aku. Konon nak alih tajuk.

"Alhamdulillah, sihat. Adik sihat?"

"Sihat bang"

"Ye ke sihat, macam demam je nampak. Atau... baru bangun tidur ni?"

"Errr. Ye bang, baru bangun tidur. Malam tadi tidur lewat sikit" Menyesal pula tanya tadi. Mata masih memandang itik-itik di hadapan rumah. Nak eyes contact dengan abang tu segan lah.

"Ooo. Subuh solat tak tadi?"

"Ehh, solat bang. solat."

"Bagus. Solat mesti buat tau"

"Ye bang, mesti-mesti"

"Benda yang wajib tu mesti buat tau"

"Tau bang. Mesti, mesti"

"Zohor?"

"Eh, zohor pun mesti bang. Mesti."

"Dah ke belum?"

"Belum bang"

Time ni rasa macam oh someone please shoot me.

**************

Selepas di puas di ceramah dalam masa beberapa minit, aku pun masuk rumah. Masuk je rumah, aku dah dengar adik aku mengekek ketawa.

Bila di fikir-fikirkan balik, rasa-rasanya ini semua rancangan adik aku nak kenakan aku agaknya...



12 ulasan:

  1. hahahahahah...lawak giler doe...haahah...aq pun penah kena camtu..tpi dlm kes ni..mak aq..haha

    BalasPadam
  2. suka baca ... tergelak je bab ceramah dengan abang tabligh tu pasal solat zohor...
    nice

    BalasPadam
  3. ehehehehhe...pengajaran..& nmpk sgt mmg dah terkena dgn adik sendiri

    BalasPadam
  4. Aku pernah juga kena style yang kedua tapi takdelah sampai round area rumah. Setakat di hostel kolej adalah.
    Itupun jarang-jarang mereka buat.
    Datang seorang dua melayu siap dengan pak-pak arab sekali.

    BalasPadam
  5. hahhahaha~
    adek ko terbaik lah! :pp

    BalasPadam
  6. agak2,abang tabligh tu ada lagi tak??

    BalasPadam
  7. ahaha..

    mesti giler punya tebal muka skali kena ceramah depan pagar rumah..

    tapi biasanya yg kena ceramah ni mesti lelaki.. kenapa ye? memang target dia lelaki ke ape?

    BalasPadam
  8. Salam bro.
    Ko dok mana?
    Maju ye usaha ni kat tempat ko?

    BalasPadam
  9. HAHAHAHAHAHAHAH aku suka part Naruto tu, gila keji hahah!

    Omaigod, malunya bila ada org tanya "dah solat Zohor dah" bila sah sahnya nampak baru bangun tidur kan! Hahajshash!

    BalasPadam
  10. @Affan - Kuantan. Area sebelum Balok.

    BalasPadam
  11. hehe
    aku pun selalu kena jugak macam tu
    tapi kat kolej je lah
    kat umah xpenah plak
    haha

    tapi memang sentap la ko kene
    hehe
    tahniah yer

    BalasPadam
  12. tak salahkan bende camni, kita same2 muhasabah diri kite, same2 nasiaht menasihati, insya-Allah tak rugi walaupun seketika......

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.