Sabtu, 5 Jun 2010

Hikmah Israel Menyerang Konvoy Flatillo ke Gaza

Assalamualaikum

Well, ada orang tanya di formspring aku kenapa aku tak cakap apa-apa pasal Gaza, pasal Mavi Marmara dan pasal Israel yang menyerang convoy kapal Freedom Flotilla dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan. Actually, aku bukan tak nak cakap, tapi aku tak tahu nak cakap pasal apa sebab semua dah di tulis oleh blogger lain. Tak akan aku nak tulis benda sama berulang-ulang kan?

But then, bila berborak-borak ngan kawan aku semalam, aku terlintas satu perkara tentang hikmah di sebalik penyerangan Israel laknatullah tu di international waters. Hikmah yang mampu ubah persepsi kita tentang orang lain.

Bila aku cakap ia ada hikmah, bukan mermaksud aku menyokong. Cuma, 'reframing'.


1. Israel di pandang hina oleh masyarakat dunia.





Semua orang tahu, tentera Israel membunuh beberapa orang activist dan mencederakan beberapa yang lain. Dan antara activist dan orang-orang yang cedera adalah rakyat dari Turki, Jordan dan lain lain. Based on that, Recep Tayyip Erdogan, prime minister Turkish dah kasi sound kat duta Israel yang penyerangan tu dah mencalarkan perjanjian antara dua negara. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel pun dibatalkan. Turki meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar. Turki memang lantang bersuara. Tu baru Turki belum yang lain lagi.

Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece dan Perancis pun sama. Semua pakat panggil duta Israel. Tapi tak tahu la kalau dieorang ada agenda lain.

Israel setuju nak kasi kapal-kapal freedom Flotilla tu lalu dari international waters dan masuk ke laluan ke Gaza. Tapi last-last, dia plak pi serang. Mana orang tak marah. Mungkin Israel ingat kalau dia serang kat open water yang tak ada undang-undang, tak akan ada orang marah kot. So good, diaorang salah.

2. Hubungan antara nagara bukan Islam dan negara Islam semakin rapat.
Try tengok. Kalau dulu, nak buat apa-apa perancangan rasa macam tertangguh je. Then mesti ada halangan. Tapi now, semua pakat bergabung nak-nak bab desak PBB. Kalau dulu, isu Iraq, PBB buat apa? Termasuk la bila Dr Mahathir sound kaw-kaw pasal PBB yang der action, apa reaksi? PBB tu dulu cakap je banyak, action tarak. But now bila semua dah desak, nak tak nak, PBB kena la juga tunjuk actionnya. Tapi entah lah. Aku tak rasa PBB or NATO akan buat apa-apa selain 'menyiasat'. Semuanya based on kuasa-kuasa besar iaitu America dan sekutunya.


3. Stereotype "Muslim is a terrorist-religion" mungkin tidak akan keluar lagi.


Try tengok gambar-gambar di blog-blog yang ada pasal demo penyerangan Israel terhadap konvoy bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla. Yang berdemo tu adakah 100% Islam? Ada sesetengah kawasan, yang mengetuai demo tu siap bukan Islam lagi. Mereka berdemo atas dasar kemanusiaan. Atas dasar keprihatinan antara satu sama lain. So, secara tak langsung, persepsi dah berubah terhadap negara-negara Islam. Dan ini membuktikan persepsi 'Islam adalah terrosist' tidak hinggap di setiap orang bukan Islam dah.

Muslim kini lebih dikenali sebagai 'mangsa' berbanding dulu yang selalu di anggap sebagai terrorist. Sebagai contoh, pemberita akan menyebut "Pejuang Islam" apabila orang islam yang buat onar. Tapi mereka tak akan menyebut "Pejuang Yahudi" apabila orang Yahudi buat benda sama.

Kalau dulu, sebut Islam je, mesti orang marked sebagai terrorist. Tapi kini, bila geng Yahudi serang konvoy kemanusiaan tu, baru semua orang tahu yang Muslims bukannya real terrorist.


4. Mengajar orang Malaysia untuk tak jadi paranoid dan jangan anti terhadap agama/bangsa lain.
Ingat lagi isu kononnya logo Croc adalah kalimah Allah? Atau Coke menghina Nabi? Atau logo Adidas menghina Kalimah Allah? Atau nak boikot KFC, boikot McD kononnya mereka salur duit untuk Israel. Atau apa-apa je lah. Siapa yang reka isu-isu macam ni kalau bukan orang Malaysia? Rata-rata orang Malaysia nak-nak kat facebook adalah terlalu sensitive dan terlalu paranoid. Ada benda sikit, di kaitkan dengan penghinaan terhadap Islam. Contoh lain, isu Illuminati. Sampai kan logo MARA pun di katanya under Freemason. Tak percaya pergi ke group Anti Freemason dan Illmuminati kat facebook. Group members ada beribu-ribu. Sekali pandang perangai founder group tu macam perangai orang melayu yang paranoid yang kononya semua agama / bangsa lain adalah jahat 100% dan nak jatuhkan agama Islam. Tapi rupa-rupanya memang ya pun orang melayu yang menjadi founder group tu. Aduh

Dan pernah tak korang baca news ada ramai penduduk Israel tolong warga palestine melarikan diri dari tentera Israel? Ya. Memang ada. Tapi amat terpencil.  But still, jangan la paranoid sangat.

5. Keselamat orang Islam lebih terjamin.
Sekali komander-komander Israel serang bantuan kemanusiaan ke Gaza, terus dapat kritikan hebat dari seluruh dunia. Agak-agak, selepas ni geng-geng Yahudi tu berani lagi tak nak buat benda sama? Ya dieorang mungkin berani. Tapi tak seberani dulu. Kaw-kaw dieorang kena dari seluruh pelusuk dunia. Mungkin dieorang akan berfikir 234567890 kali sebelum serang selepas ini.



Setiap benda yang terjadi ada hikmah kan? Even kalau suami atau bakal suami korang mintak kahwin lain, mesti ada hikmah di sebaliknya. Mula-mula memang lah bengang kan tapi selepas suami kahwin lain, mana tau kot-kot bebanan anda makin ringan tak payah dah nak layan karenah suami yang macam-macam. And kalau anda nak pasang lain pun boleh. Chance untuk kantoi tu mungkin amat kecil kerana si suami pasti akan selalu sibuk dengan isteri muda. So, bagi lah suami anda berkahwin lain. Banyak faedahnya.

Tapi aku tak nak cakap pasal kahwin lain. Sebab aku ni setia orangnya.

29 ulasan:

  1. Boleh pulak dikaitkan dengan hikmah kahwin lain. Haha~

    BalasPadam
  2. ooii ada pulak sambung pasal kawen. huhh no no no no.. fkir 987654321 kali dulu, and i'll say NOO!!

    eh apa ni. aku xkawn lagi

    BalasPadam
  3. LIKE this

    yg no 1
    sayang kita juts krritik
    xde tindakan pon dibuat untuk buang israel ni, tarik apco ke, apa2 kaitan dengan israel

    klu stakat kutuk, ak yg xde kuasa ni pon bleh kutuk

    BalasPadam
  4. macam tsunami. some mangsa-mangsa panggil it was a bless in disguise sebab tsunami banyak turned many poeple's lives around.

    still.

    fuck them zionists.

    BalasPadam
  5. apa yang penting kita buat apa yang mampu untuk menangani israel

    BalasPadam
  6. heh, xde kaitan langsung kahwin lain dgn isu gaza ni.. saje je kau en..

    BalasPadam
  7. ye tak ye...by the way thanks for this entry..eheee..salam

    BalasPadam
  8. kesimpulan untuk entry ini memang terbaik. hehe. paranoid tu yaa. ramai sangat macam tuh kan. isu2 yg kau sebut pun sgt kuat nak tunjukkan yang ramai sangat paraniod terhadap sesuatu isu.

    ahhhh illiminati. huhhhh.

    jap, tp ada psl laki bini plak. haha :)

    ok salam. hv a nice day!

    BalasPadam
  9. perenggan last tu saje jek nak bagi orang perempuan lembut hati.

    BalasPadam
  10. wahhh.... bgs explaination ni.. sokong~

    BalasPadam
  11. point no 3;

    rasenye kt US ni, certain people still believe yg islam adelah terrorist..sbb sejak freedom flotilla kne serang, news tunjuk yg activist start pukul/serang israeli soldiers n israeli soldiers hanye mempertahankan diri diorg..news tunjuk recap tu every single day and play it over n over. even, discussion btwn mayor ape ntah..die still back up israel punye action..

    BalasPadam
  12. huhu. aku pun sentap gak bia ada org kata tak update pasal serangan Israel ni maknanya tak sensitip. tapi semua org dah cerita. takkan kita pun nak cerita benda sama.


    bab paranoid tu aku setuju sangat. plez la. jangan kalut timbulkan isu2..haish

    BalasPadam
  13. stuju2 !
    tapi tang kahwin dua, tak stuju. Hak3

    BalasPadam
  14. aku suka part jgn paranoid tu sbb stau aku ada sorang ulama bpgaruh kat dunia ni asal org israel

    tp, pandai je kau kaitkan dgn hikmah kawen lg

    BalasPadam
  15. @Joe - Malaysia tak ada apa-apa yang boleh buat selain PM nyatakan rasa kesal/marah etc. Di Malaysia tak ada Duta Israel. But then, pasal APCO, aku memang setuju kalau di batalkan.

    BalasPadam
  16. totally agree.. even pasal crocs pun, aku tengok x ada pn lambang kalimah allah pada logo ori.. tu maybe org yang buat tu saje edit logo tu then tokok tambah..

    BalasPadam
  17. cepat terprovokasi. cepat melatah. bukan paranoid saje lagi dah.

    BalasPadam
  18. totally different from others who are doing reviews about the attack.
    things will always happen for a reason. nice one. (:

    BalasPadam
  19. entry kau yg paling baik..
    pasal kawin lain, aku ok je..hahahahaha..

    BalasPadam
  20. like this post. ak pon ade gak terfikirpasal ni dulu.


    islam bukan ganas.. tp kadang2 mcm x berapa stuju bila umat islam maki hamun israel kat fb contohnya. kalau x stuju pb bkn dgn cara mcm tu.. atleast gunalah perkataan yg dihormati.. dat's our image.:)

    BalasPadam
  21. sokong komen joe...malaysia hny mampu kutuks..n kutuks..tade ape pn selain tuh...khidmat apco msh diguna...wut is it mean kan..;))

    poit no.4:
    kiter kene ade ilmu bab ni..kene merujuk pd yg alim ulama'...boikot sane2 boikot sini xslh...tp main hukum ALLAH kat mesia ni msh byk t'abai...;))

    BalasPadam
  22. sokong joe !!!

    kepada rhapsody LiN,
    itu bukan sifat org islam yer.. tapi sifat individu... islam mengajar umatnya bersederhana (tidak melampaui batas) berdosa tau kalo kita melampaui batas..

    yang terlebih exstream tue, bawak2 lah bertaubat. mintak ampun mintak maaf.. sebb matlamat tidak menghalalkan cara. sebab benci israel, boleh maki2 sesuka hati.. kecualilah diorang maki depan kita.. barulah kita ada hak nak defend islam.

    komen aku x bawa makna entri ini bermasalah.. juz my opinion.. =)

    BalasPadam
  23. man, you really reminds me of obefiend. by the way, well said bro. :)

    BalasPadam
  24. ye betul,aku stuju..kes ni mmg da bukak luas mata ramai pihak. n aku rase usa pun tak dapat nak defend sangat israel tu sebab jelas lagik terang kesetanan derang tuh.
    sume aku stuju la entri ko nih, bab last tu jeh rase kijammm ckit...

    BalasPadam
  25. aku sokong. sekarang ni semua agama, bangsa dah tau kenapa islam bencikan israel. aku ada tengok video kat youtube.

    ni link dia.
    http://www.youtube.com/watch?v=WbOw6ZFl6FE&feature=player_embedded#!

    dan aku baca banyak komen2 yang ada, antaranya.

    #
    boxingfan786
    2 days ago
    Disgusting videos!!! but im laughing my ass off because now Hindus, Sikhs, Christians and people of other beliefs would now understand why Muslims do not like these Zionist people!!! ;)

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.