Selasa, 1 Jun 2010

Oh Melayu : Kroni dan Cables dalam Pekerjaan.

Assalamualaikum


Hari tu masa lepak-lepak kat hospital di Terengganu, abang saudara aku ada cerita pasal dia punya interview. Interview yang boleh dikatakan agak masyuk lah gajinya kalau dapat. Under govement punya yang di swastakan nak kasi ada pengkhususan. Big company. Company ni yang kalau tak ada, memang boleh merangkak Malaysia.

Interview session tu is something like this.

Dia datang dalam pukul 10.

Confirmkan kedatangan di kaunter registration. Masa di situ, orang di kaunter tu tanya "Ni, awak ada orang yang rekemen kan tak?" Dia jawab "Tak".

Then, bila masuk untuk di interviewkan. Panel interview tu hanya tanya 3 soalan.

"Sekarang ni tengah kerja tak?"

"Awak tak ada cable langsung ke dalam company* ni?"

"Paling kurang pun, kenalan atau saudara atau apa-apa ada tak yang kerja kat company ni?"

Abang saudara aku tu jawab "Tak" untuk ke tiga-tiga soalan. And then guess what, the interview session is over. But then sebelum keluar, abang saudara aku tu ada tanya "So, kalau saya ada cable, baru ada chance dapat kerja ke?" And the panel says nothing.


Ayah aku pernah jadi panel interview untuk kerja kerajaan. (Ayah aku kerja kerajaan juga). Kerja kerajaan susah nak ada kekosongan even untuk U29, even pharmacist. Masa tu ayah aku jadi panel bersama 3 orang yang lain. And at the end the day, kesemua panel akan berkumpul (bersindang) untuk bincangkan siapa yang akan dapat dua jawatan yang di tawarkan. Ya hanya dua kekosongan out of hundreds orang yang apply.

So, last-last, ada 3 orang yang paling menonjol dan terbaik. Mr A, Mr B dan Mr C. Tapi kekosongan hanya ada dua. Bila bincang-bincang, Mr B adalah yang terbaik so Mr B confirm-confirm dah dapat. So lagi satu kekosongan adalah antara Mr A and Mr C. Dan masa ni la, panels mula melihat kepada 'cable-cable' atau siapa yang ada orang dalam. Semuanya dah tertera kat resume of course.  Kirannya kalau ada orang dalam, memang chance nak dapat tu memang tinggi la.

Bila baca-baca, Mr A ada rekemen dari sana, dari sini, dari ketua kampung, dari DUN, orang dalam dan etc. So, 3 panels tu pun vote for Mr A. But then, ayah aku tak setuju. Bila ayah aku tak setuju, ianya telah jadi 3 vs 1. Bila 3 vs 1 maksudnya panel interviewers tidak sebulat suara. Bila tak sebulat suara, calon memang tidak akan dipilih.

The reasons kenapa ayah aku tak pilih Mr A adalah kerana 'Orang Dalam' it self.

Kalau nak di ikutkan cables, famili aku sendiri ada banyak cables. Ada dua yang under petronas. Ada di Dubai. Di pelantar minyak punya instrument. Dan welding inspektor offshore. Serta beberapa lagi yang aku dah lupa. Semua main oil and gas (O&G). But then, it's no good.

Tapi persaingan sengit yang ada, memaksa kita gunakan apa yang ada untuk survive. Untuk hidup. So, andai kata ada yang tak berjaya dalam pelajaran, tapi berjaya dalam hidup sebab ada 'orang dalam' seperti di atas, dan berjaya teruskan kerjaya mereka kerana BAKAT yang mereka cungkil dari orang dalam, why not? Anda tak boleh salahkan mereka. Mereka hanya mencuba untuk survive. Orang dalam penting bila keadaan terdesak. Not fair? Well, life is unfair. Deal with it.

But then, majoriti zaman sekarang amat pentingkan 'orang dalam'. Penting sebab mudah nak bekerja secara kotor or what aku pun tak tahu. Yang aku tau, benda-benda yang seperti orang dalam ni, boleh menjejaskan result pemilihan. Sebab even kalau orang tu ada orang dalam / cables yang banyak, kualiti kerja belum tentu terjamin.

You got sharp brain. You did great in your studies because of it. Well, it's not fair for me. And I am dealing with it.

20 ulasan:

  1. cable beribu2 tp kerja xberkualiti, rugi jgk.

    sumenye rezeki.. lahir dlm golongan yg berkabel beribu2..and lahir sebgai golongan yg bersungguh2, tp msh xlyak sbb xde kabel.

    hidup ni sungguh adil, bila difikirkn lagi sekali.

    BalasPadam
  2. semua interview session maybe mcm gitu?

    BalasPadam
  3. bkn kerja sahaja but then in the scholarship application pn cmtuh.

    if i takde org dlm yg knal kat Yayasan Pahang tu, jgn hrplah nak dpt their scholarship biarpun u did very well in your previous studies/interview session.

    cet.

    dunia dunia.

    BalasPadam
  4. apa nama ayah u?
    nnt klau i g interview,
    senang sikit dapat..
    hehehe...

    nama ayah u robert enk?
    hehee

    BalasPadam
  5. @Liez - YA. :)

    @Shahira - U ada orang dalam kat Yayasan Pahang? Nampaknya, boleh la kita berkenalan. I pun nak apply macam2 kat YP tu.

    BalasPadam
  6. sekarang ni nak masuk sekolah ren/men premier pon ramai guna cable. masuk U lagi laaaa.
    nasib aku la xkenal sesiapa.

    kau boleh jadi cable aku? ;P

    BalasPadam
  7. penah pegi interview scholar dan keje..mmg sumer akan tanya ada sedara mara x kat organisasi yang dipohon.. tapi ibu pesan kalau ada kaki dan tangan yang normal..tak tau malu ke mintak bantuan? so memg pegi memana x penah cakap pon ade sedara mara kat situ.. yang lebih bangga, setiap interview yang dihadiri lepas..TANPA KABEL.. alhamdulillah

    BalasPadam
  8. kat tempat aku keje ni (GLC) memang praktik kabel2 ni..dlm iklan vacancy pun dah siap terang utk saudara & kengkawan..

    BalasPadam
  9. yerp brah...
    that how the world go round...

    n i hate this shitty system...
    coz equality is abused...

    sigh~

    BalasPadam
  10. setuju la mr k. saya dpt kerja pun sbb minta tolong kakak. kalau tidak..hmph.. tp sy rasa saya layak! heee.

    BalasPadam
  11. kalau kerja berkualiti n ada cable memang satu bonus.
    apepun, kerja kerajaan orang kata tak se 'thrill' kerja swasta.
    betul ke ye?

    BalasPadam
  12. out of 12 interviews yg aku pernah ikut... aku berjaya cuma 3 je.. =p

    BalasPadam
  13. Ko maksudkan petronas ek? kalau ye, aku nak cakap, memang pon!! masuk U diorang pon abes kabel kena pakai. nak2 ramai parents kerja ngan diorang kan. yang takde kabel, dia hanya bg scholarship dia kalau kau miskin. kalau kau kaya, terus dapat kat mara. then duk sana jd anak tiri. sob3

    BalasPadam
  14. hurmmm...mmg pon....skg ni pe2 hal pon kn gune cable...nk msk U pon kn gune cable....cable2....kang nnt curik cable...mati bdn terputus dua plak...ayoyoyo!!!
    skg ni agk ssh nk dpt U@ kje tok tampilkan kebolehan diri sdiri tnpa gna cable...

    BalasPadam
  15. btol2 menyampah glew org yg guna kabel. penat2 org laen berusaha dye dpt keje free2 mcm tu je.

    p/s : o&g also refer to obstetrician & gynecologist in medic. sedikitt konfius yekk di situ.

    BalasPadam
  16. selama aku baca ko nye blog
    matimati aku ingat O&G tu
    Obstetric & Gynaecology
    ruparupanya
    Oil & Gas
    tertipu aku
    hehe

    BalasPadam
  17. Cuba google 'Networking Job Search'. Pelik. Kat Malaysia anggap kabel2 ni semacam jijik. Hakikatnya, kat mana-mana pun sama. Bahkan di US, UK, negara yang maju pun kena pandai network untuk dapatkan kerja. Jangan blame je. Kenalah aktif tanya-tanya orang.

    BalasPadam
  18. Saya tak kisah kalau guna cable sekiranya dia betul-betul berkebolehan dan resourceful. Attitude dgn aptitude bagus.

    Kalau kerja swasta, aku tak kisah langsung bab kabel sbb diorang private entity, profit based.

    Kalau kerajaan sama negeri atau persekutuan, minta maaf.
    Gaji dorang semua rakyat yang bayar. Bayangkan ambil org yang tak layak untuk menjalankan amanah untuk rakyat. Patotla ramai org gomen yang memalas semua.

    Penat kita usaha siang malam, berdoa.
    Tapi apakan daya, kita ni manusia.
    semoga Allah menolong hambanya dgn ikhlas.

    BalasPadam
  19. Pergi interview last2 yg guna cable dpt kerja.

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.