Selasa, 15 Jun 2010

Aku Terpaksa Delete Entri Sebelum ni.

Assalamualaikum

Sebelum entri ni, aku ada tulis satu entri pasal founder group Anti-illuminati kan? Masa aku online, aku tengok ada berpuluh-puluh comment yang perlu aku approve. Belum sempat aku nak baca, aku dapat email dari someone. Aku buka-buka, dan aku tengok, ia adalah berita lastest pasal dia.

Tak ada yang salah dalam apa yang aku tulis kat entri sebelum ni tu. But... for the respect and dignity, just forget about it.

BUKIT MERTAJAM: “Sha...012xxx, dia menyebabkan saya mengambil tindakan ini, dia mahu saya mati...,” itu nota kecewa tulisan tangan yang ditemui pada mayat seorang lelaki yang maut digilis kereta api di Jalan Sri Bukit, di sini, semalam.
Nota itu adalah luahan hati lelaki terbabit apabila teman wanitanya memutuskan hubungan mereka.

Malah, seminggu sebelum itu, mangsa nekad mengelar badan di depan teman wanitanya.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi semalam, orang ramai menemui mayat yang digilis kereta api di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Sri Bukit sebelum menghubungi polis.

Sumber polis berkata, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri selain keadaan mayat yang putus dua dan hancur.

Bagaimanapun, katanya, melalui sekeping nota yang ada bersama mayat itu, pihaknya mengesan dan mengenal pasti identiti suspek.

“Kami menghubungi nombor yang ada pada nota itu dan wanita berkenaan mengakui mengenali lelaki terbabit.

“Berdasarkan keterangan wanita itu, mangsa, Faizal Abd Azi, 25, berasal dari Taman Ria, Sungai Petani, Kedah adalah bekas teman lelakinya,” katanya.

“Wanita itu mengakui dia memutuskan hubungan mereka tetapi lelaki itu tidak bersetuju, malah minggu lalu, dia (si mati) sanggup mengelar badan di depan wanita berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Metro.

Apa yang Metro tulis tu tak 100% betul.

Let us al-Fatihah for him.


23 ulasan:

  1. Yg mati tu founder group illuminati tu ka?

    BalasPadam
  2. @Kairel - Yup.


    *****

    Hey guys, mind your language okay? =)

    I got to go. Later2 aku approve komen korang. Chow2

    BalasPadam
  3. apesal sejak 2 menjak ni banyak kes lelaki melayu bunuh diri ..aduh nauzubillah..

    BalasPadam
  4. Oh?

    Innalillahiwainnailaihirajiuun..

    Semoga Allah merahmatinya.

    BalasPadam
  5. founder group iluminati ke anti-iluminati?

    grup tu ada kat mesia ke? ini ada kaitan ngn muzik2 tu ke apa.

    BalasPadam
  6. em..sure ke mr.k? innalillah untuk arwah. semoga diampunkan dosa-dosanya.

    BalasPadam
  7. apa maksud ko ngan bukan 100% cita yg newspaper tu tulis btoi?
    ada unsur tokok tambah ke?

    BalasPadam
  8. innalillahi wa inna ilaihi ro ji un

    Kita mampu mendoakan sahaja buat aruah, moga rohnya diterima di sisi Allah sebagai mukmin yang tetap memperjuangkan agama.

    Allah Jua Yang Maha Mengetahui

    Ameen.

    BalasPadam
  9. @Wan - Dari apa yang aku dapat tau, mungkin ada yang tak betul.

    BalasPadam
  10. MasyaAllah. Cetek pemikiran mati kerana cinta pada manusia.

    BalasPadam
  11. innalillah. al- fatihah utk arwah.

    sory, but just nk tahu.
    how did u know this person founder for that grup?

    BalasPadam
  12. @Wan - Facebook. Dan aku pernah berborak dengan dia.

    BalasPadam
  13. aku pending~
    xphm pape...entry b4 ni pun xtbace..
    *sigh*

    BalasPadam
  14. agak2 leh tak tahu citer yg sebenar...susah gak nak percaya berita2 nie...tp muda lg ye...baru 25 thn...alahai...

    BalasPadam
  15. Astagfirullah..
    smg roh diterima & diampunkan Allah.
    amin.Al-fatihah.

    BalasPadam
  16. wow..agak terkejut..bace ur entry pasal tu..n tadi ade gak bace news psal ni,but tak expect die founder group tu..hmm..innalillah..

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.