Kill! Kill!
Okay. Aku ingin menceritakan sebuah kisah ngeri yang telah terjadi terhadap aku.Well, ceritanya bermula macam ni.
Hari tu adalah seperti hari-hari yang berlalu macam biasa. Bangun, makan, online, tengok tv, tido. Tak bosan, tak best. Cari kerja, tak dapat.
Seperti hari-hari biasa juga, bangun seawal pukul 1 tengah hari selepas di bebel oleh adik perempuan yang berumur beberapa tahun yang menyepak-nyepak tempat tidur dan off kan kipas. Pukul 1 tengah hari kalau orang off kipas boleh mati kekeringan aku dalam balik tu. Panas nya ya Allah... Tapi actually bilik aku tu sejuk. Bilik orang-orang baik.
Tapi memandangkan aku ni adalah abang mithali, aku pun bagun lah dengan malas. Bangun terus buka almari tengok kot-kot ada nasi lemak. Untuk breakfast.
Selepas siap makan dan buat apa yang patut. Aku pun rasa badan gila panas. Tapi nak mandi, aduh, malasnya. Lalu aku pun buka suis tv dan decoder astro dan baring atas sofa. Sambil menghirup air.
“Indahnya life” kata aku dalam hati. Senyum.
Then baru aku perasan yang remote control astro tak ada dalam tangan mahupun di sekitar aku. Cari-cari bawah sofa, tak ada.
“Etah (Aisyah). Remote Astro manaaa???” Aku jerit panggil adik perempuan aku.
Dia tak reply jeritan aku. Mungkin sebab dia ada dalam bilik sambil study. Demam-demam pun study ke. Memang tak ada life. 25 jam 8 hari seminggu study.
“Ettahhhh!” Aku jerit lagi.
Dengar pintu bilik di buka.
“Apa?” Dia tanya. Telinga pasang earphone.
"Remote astro mana?”
“Mana aku tahu”
“Bukan ke kau yang last guna tengok Hagemaru tadi? Kau letak mana? Hilang ke?”
“Mana aku tahu”
“Laa. Camne boleh hilang?”
“Mana aku tahu”
“Apa yang kau tahu?”
Dia diam. Dia merenung menunjukkan yang dia geram.
“Aku tahu macam mana nak cari remote astro yang hilang.” Dia mula menjawab.
“Macam mana?” Aku mula bangun dari baringan.
“Miss call” Laju dia cakap sambil jalan nak masuk dalam bilik.
Kurang asam punya adik. Kecik-kecik dah pandai loyar buruk. Nasib baik comel.
Aku kembali baring kat sofa.
Renung. Renung. Renung.
“Hah”
Aku nampak remote control astro kat atas meja kat tepi rak buku ayah aku. Aku budget-budget jarak dia dalam 10 langkah. Sekitar 5 meter. 5 meter tu ya Allah hanya Tuhan yang tahu. Jaunya. Aku sandar balik ke sofa.
Nak ambil ke tak nak. Nak ambil ke tak nak. Aku berfikir dalam hati.
“Etahhhh” Aku jerit lagi.
Lambat-lambat dia keluar bilik.
“Apa lagi?”
“Sini la sini la sini la” Aku panggil sambil buat muka teruja.
Dia melangkah kearah aku yang secara tak langsung makin hampir dengan rak buku ayah aku yang ada remote control astro tu.
“Berhenti. Etah, ambil remote control astro tu jap.” Jari aku menunjuk kat remote astro tu. Muka control. Selamba.
Pastu dia kecilkan mata dia. Geram mungkin.
“Kenapa pula aku nak kena ambil remote astro untuk kau?” Dia balas.
“Alaaa. Kau kan adik. Kena la berbakti kat abang. Baru lah tak sia-sia mak lahirkan kau.” Hehe.
“Kenapa kau tak ambil. Kau tak ada kaki ke?”
“Ada”
“ Dah tu, kenapa kau tak ambil sendiri. Guna la kaki tu.”
“Alaa. Kau pun ada kaki gak”
Dia diam.
Dia ambil remote control astro tu. Ambil kerusi di meja computer dan duduk di hadapan aku. Tapi jarak dalam 3 meter jauhnya.
“Apa yang aku dapat kalau aku bagi remote astro ni kat kau?”
Aduh. Bab-bab ‘apa-yang-aku-dapat-kalau’ ni la yang aku paling malas. Ni dia semangat tarik kerusi depan aku mesti nak buat deal ni. Lemah betul aku.
“Apa kau nak?” Aku tanya sebagai persetujuan untuk membuat deal.
Dia senyum cari pasal.
“Aku nak beli barang”
Nak topup lah tu.
“Kedai Abang Man. Malam karang lah” Aku jawab.
“Kedai Abang Man tak ada barang tu”
Aku diam.
“Eng Hong.” Dia sambung.
“Kedai mak teh depan jalan.”
“Eng Hong.”
“Fine. 10 malam”
“Kau nak tipu agak-agak la. Pukul 10 malam Eng Hong tu dah tutup.”
“8 malam”
“5 petang”
“6”
Dia diam fikir-fikir.
"Deal?"
"Deal" Aku balas.
“Janji pukul 6?”
“Iye” Tak.
Dia diam. Masih tak berganjak dari tempat duduknya.
“Bak la remote tu” Kata ku. Masih baring dari tadi.
Senyum.
“Betul nak pergi kedai pukul 6 nanti?”
“Tengok lah kalau aku rajin”
“Kalau nak harap kau rajin, memang tak kemana la aku”
Aku tersenyum sinis kat dia.
“Penipu. Dah agak dah. Dasar lelaki.” Dia sambung lagi.
“Eh, aku baik la. Mana ada penipu. Rajin lagi”
“Rajin? Kau ni pemalas la. Entah siapa la yang akan jadi isteri kau nanti”
“Isteri aku rajin. Jangan risau.”
Aku senyum.
Dia pun senyum juga. Makin sinis. Pelik betul aku. Apasal dia senyum-senyum tu. Kemudian aku nampak dia pergi ke dapur. Tapi tak kisah la. Yang penting remote controller astro dah ada kat tangan aku. Segalanya di tangan aku. The power is in my hand!
So, dengan bangganya aku picit button ‘on’ kat remote controller astro tu. Tak ada respond. Picit lagi. Tak ada respond juga. Ah sudah. Aku belek belakang remote controller tu. Perh. Menyirap darah aku.
“Cari batteri remote controller ke cik abang? Hehe” Aku dengar suara adik aku yang dari jauh memandang aku. Sambil gelak-gelak.
Kemudian dia sambung lagi. “Bateri tu kat dapur. Aku letak atas almari. Kau suruh la isteri kau yang rajin tu pergi ambil. Hahaha!”
Sampai sudah aku tak tengok tv petang tu. Tu belum kira kena hantar dia pergi Eng Hong.
Kurang asam punya adik. Buruk punya perangai. Ikut perangai siapa ni?
cara kau sama ah ngan aku. kadang2 aku dah mmg duduk dekat luar atas sofa, lepastu panggil adik dalam bilik yang tengah main bedak-bedak, suruh ambikkan remote.
BalasPadam:D :D
part "miss call"
BalasPadamouh, itu snagat klasik. HAHAHA.
bagus adik ko..aku suke..padanla muke ye..ngeengee..eh macam mane nak close wakk iklan nuffnang ko tu..menganggu betul..
BalasPadamlaaaa...ingatkan ceta apa la tadi...hehhe..papun best arrr blog ko ni hehe
BalasPadamlerh, ingatkan apa masa baca tajuk.
BalasPadamoh the woes of younger siblings.
hahaha..ikut perangai abang dia la...
BalasPadammy home no astro till today =P
BalasPadamawww .. real life abang -adik.
BalasPadamhuh.. panjang lebar cerita..
BalasPadampdn muke kau. haha
BalasPadamSekali-sekala layan kau story pasal adik ni best jugak.
BalasPadamnice one!!
BalasPadamhahaha
BalasPadampadan ngan muka.
kui3
adik aku pun perangai lbg kurang sama macam ko gak.
agagaga :D
ok, siyes gelak..
BalasPadamadik ko mmg terbaikk la!!!
muahaha~
perangai kau ah~
BalasPadamengong tutup kol 10? bukn ke cina ni tutup kedai lwat2 ke? pelik2..
baikkk punya adikkk. :D
BalasPadamheh
BalasPadamsudah pasti siadik ikut abgnya
cite lucu di petang hari
memang terbaeklah kalau ada adik mcm tu. nasib aku adik. ahaha.
BalasPadamikot perangai abang dia!!!
BalasPadamhaha
ahahah kelako2.. :)
BalasPadam@Shed - Nanti aku usahakan nak hilangkan iklan nuffnang tu.
BalasPadam@Kimmy - Eng Hong pukul 9 stengah dah tutup.
kiut betol perangai adik ko..huhuu
BalasPadampanjang akal adik ya...
BalasPadamboleh jadi orang politik ni ...
kemana tumpah kuah kalau tak ke nasi
BalasPadamahhaha msti adek ko tu kiut okeh!
bak la nak cuci mata tgok ade ko
haha rajen gilaa dea study
patut bijak hahaah
pemalas... hehe
BalasPadamhaha..gila nakal etah..
BalasPadambudak comel memang nakal sikit kot.
waaahh......setuju ngn adik mr.K ...cayalah....hahahahh
BalasPadamhahaha..
BalasPadampadan muka.
nak give me 5 laa dgn adik u tu..
cari kerja tak dapat yee?
mesti orang tu tahu u ni pemalas..
sbb tu tak dpt..
klw adik kau diberi peuang menulis blog kau kalah
BalasPadam@Amoi - Nak kena gigit, liez?
BalasPadam@Lun - Haha. Tentu sekali tidak.
tiba2 sayang kat adik kau..aku sokong dia
BalasPadamLatest Entri Fndrocka: 7 Hari Menjadi Cikgu Zara
hebat aa adik encik..! hee.. ak pena mengalami situasi leby kurg ngn ini
BalasPadamwaaakakakaka padan muka kau.. hikk hikk..
BalasPadamspesen la ko n adik ko..hahha!!
BalasPadamhahaha.. stylo la adik mr k. kahkahkah.
BalasPadamceit aq engat amende laaa.. sal remote upenye
BalasPadamcredit utk etah ;D
BalasPadamHAHA bagus adik mr k. kalau sy yang jd dye, baling je remote tu kat awak. pemalas betol. haha
BalasPadamahahaha.. mcm same jer citer ak ngan abg ak... smpai ak igt ntah2 ni blog abg ak.. dia wat blog snyp2..ahaha.. tp nma ak bkn etah.. huh selamat.. abg ak bkn stakat remote jer dia suh amik.. mcm2
BalasPadamteringat abg sy yang perangai mcm awk..nama pun khairul jgk..haha..abg mmg suke buli adik...right now tetibe miss my brother plak...he's been missing for years...
BalasPadamperangai ko sebijik mcm abg aku..
BalasPadamdan aku pula mcm adek ko..
hahahahaha!!!
tension hidup sbb smua perangai abg-abg mcm nie rupenye!!!
bestnye ade abg..
BalasPadami'm aishah too! hehe
hahaha!!! ok lawak..
BalasPadamHahahahaha sebiji perangai aku dan abang aku. Tapi kalau dia menipu macam tu aku usually letak remote tu lagi jauh dan buat-buat tak tahu. tahap kemalasan dia lebih kurang cam kau K.
BalasPadam