Khamis, 1 Julai 2010

Blogging Vs MLM.

Assalamualaikum


Di malam yang hening, aku mendapat call dari seorang member. Bukan, kenalan je. Dia tak tahu aku ada blog.

Abu Bakar Elah : Weh, kau cuti kan. Duduk rumah buat apa?

Aku : A'ah aku cuti. Duduk rumah tak buat apa-apa pun. Kadang-kadang tulis blog je la.

Abu Bakar Elah : Haa, apa kata kalau kau join MLM aku. Tup-tup, dapat gak duit. Kau duk rumah tulis blog tu apa la sangat.

MLM? Fffffffuuu! Siyesli, aku benci gila MLM nak-nak yang dah ramai join.

Aku : Aku tulis blog for fun je la. Bukan apa pun.

Abu Bakar Elah : Tu la aku cakap. Kau patut join MLM aku. Kau tulis benda-benda kat tenet tu, tak mendatangkan satu sen pun.

Aku : Actually, ada gak income. Boleh la beberapa ratus.

Abu Bakar Elah : Alaa. Benda-benda internet tu kau tak payah percaya la. Boleh percaya ke dapat duit tu semua. Tu semua tipu la. Setakat tulis blog tu, semua orang boleh buat.

************

Hari tu aku pergi seminar Dr Azizan Osman yang Hidup Luar Biasa yang ramai kata menyesatkan. Dia ada cakap pasal mangkuk-mangkuk yang menghalang seseorang dari mencapai kejayaan. Dan aku rasa Abu Bakar Elah ni boleh di cop sebagai mangkuk lah.

Antara blog dan MLM, aku lagi percayakan blog. At least, main blog tak ada dosa menipu dan tak ada dosa kasi janji-janji manis palsu pastu blah. Tu belum kira ke-bengangan kat Facebook yang letak gambar duit banyak-banyak konon hasil dari MLM. Pastu cakap "Nak duit bla2 bla2, call nombor ni". Bila dah call ajak jumpa, confirm main pujuk rayu supaya join. Pastu, bila tanya berapa dapat sebulan, terus diam. Cakap je gempak.

"Setakat tulis blog tu, semua orang boleh buat"

Duh, ingat tulis blog tu senang ke. Ingat nak tarik orang orang untuk tekan butang 'Follow' tu mudah ke tanpa berkata "Follow me okay". Ingat nak buat orang taip "Other Khairul" kat Google dan tekan butang "Im feeling Lucky" tu kacang ke? Oh damn it. Tulis blog bukan mudah. Nak-nak kalau nak update daily. Some people really good in studies. And I don't. Well, menulis la satu-satunya benda yang aku pandai. Sebab tu la aku boleh tulis panjang-panjang dan banyak-banyak walaupun tak sebest mana. But still, berblogging adalah bukan benda mudah. Kalau ianya senang, tengok la berapa banyak blog yang dah bersawang.

Menulis blog adalah super duper susah. Tak semudah membaca, dan kritik kesalahan ejaan orang.

Kan?

30 ulasan:

  1. Pagi2 buta update blog? *angkat kening*

    Hah. Memang benci MLM. Nak duit cepat jer. Bayar RM100. Sebulan dapat RM1000. Tapi kena ajak member. Lepas tu member kena ajak member dia.

    Apa kejadah benda tu semua.

    BalasPadam
  2. haha.. memang serupa dengan aku. Pantang moyang kene ajak MLM ni. lagi2 yang jenis tagged2 gambar duit kat mukabuku lak.

    p/s: MLM ni byk kelentong orang, biarlah aku dpt income sikit dari blog, janji x dpt income dosa daripada tipu org.. keke :P .peace.

    BalasPadam
  3. Menulis blog adalah super duper susah. Tak semudah membaca, dan kritik kesalahan ejaan orang.

    Kan?

    gwa xrety nk bold kan tulisan kt atas tuyh.
    tp gwa harap penjelasan gwa ni boleh limelight tulisan tuyh
    gyahahahahahahahah~

    BalasPadam
  4. Setuju...blog bukan perkara mudah dan bukan benda main-main.

    Setakat ni...apa yang kau tulis semuanya best.

    BalasPadam
  5. MLM

    menduplikasi lebih menguntungkan
    ;)

    Banyak syarikat MLM kat mesia ni yg rosakkan sistem ni, sebab tu ramai org kita fobia dengan istilah ni

    kekeke

    berblog dapat la seratus sbulan
    buat herbalife dapat gak la 10 ribu untuk 3 bulan

    ;)

    BalasPadam
  6. u should make him read your blog. especially this entry.

    BalasPadam
  7. Cakap senang la, buattt tengokkkk. haha

    Bukan senang nak dapat mood nak mengarang tu.

    BalasPadam
  8. tulis meraban2 mmg sennag, nak tulis bagi orang melekat nak baca tu yang payah tu.

    ala. MLM mmg banyak janji manis. dah banyak duit ku lebur kerna MLM. grr

    BalasPadam
  9. Yup..btul memg tulis blog susah..ada idea pn lom tntu dpt nyatakan dgn baik..hoho..example blog kT r..perh!!mCm hidup segan mati xmaU..hooho

    BalasPadam
  10. setuju.sesusah mana pun aku tetap suka blog daripada MLM. hehe

    BalasPadam
  11. quite agree with you.Dah tengok orang dok MLm sana sini,tapi kena tipu sampai mati,sampai tak ada harga diri.

    BalasPadam
  12. setuju..nak update 1 N3 satu hari pun pening cari isi ape nak letak...sape yg leh buat 4-5 N3 satu hari tu mmg superb....

    BalasPadam
  13. @Kazaztan - Tambah sikit; siapa yang boleh buat 4-5 entri BERKUALITI dalam satu hari, memang superb.

    BalasPadam
  14. rezeki masing2. ada yg murah rezeki dgn berblogging. ada yg rezeki dia dkt MLM. tapayah la nak pertikaikan masing2. we should respect other people decision :)

    BalasPadam
  15. Yup. Sokong pendapat kerol dlm entri ni. Tak semua org blh berblog sbb tak semua sentiasa ada idea kreatif beb.

    Tiap kali aku bace blog ni, aku phm mcm mane kau perah idea bg org lain syok2 bace. Mmg kau kreatif.


    From : The Crow Empire

    BalasPadam
  16. senang je tulis blog. nak kasi org baca tu susah hehe.

    BalasPadam
  17. MLM?
    WTF!!!

    nak duit kije lah..
    wahkahkahkah...

    BalasPadam
  18. i hate MLM too.
    tak buleh belah..
    semuanya cakap banyak tap ihabuk pun tarak..
    huhu~

    BalasPadam
  19. nice one.MLM tak boleh percaya.

    BalasPadam
  20. saya pon tak suka MLM.. haha
    walopon dulu ada gak termakan nak join, yang last pasal Frends Club... hampeh betol~

    yours
    SH

    BalasPadam
  21. nak jadi blogger mudah je..just creat a blog..tapi so many ppl failed to be a 'good blogger'.

    good blogger tu korg define lah sendiri.kui3

    BalasPadam
  22. ish ish ish... b4 nk ckp pasal mlm nih dah betol2 tahu ke ape mlm nih? tak semua mlm menipu..itu hanya satu kaedah. yg rosakkn mlm adalah orgnyer bukan sistem tuh. jd yg terkena mlm tuh..tanya la diri semula. nape bley terkena?? sbb sendiri tak cukup ilmu tak paham ape tuh mlm so senang la ditipu dek org. ketamakan? nak untung cepat? nak duit senang tanpa keje? if itu niat korang...hahahahhah mmg layak laaa kena tipu !!

    BalasPadam
  23. saya mmg setuju pendapat anda.... rata2 bisnes MLM menipu... at least thru blogging takde lah buat janji2 palsu dan nak tipu orang...

    BalasPadam
  24. yap. tulis blog memang susah. and kalau takde idea tu memang selalu meraban je lebih and last2 takde sape dah nak bace. sedih ohh cmtu.

    BalasPadam
  25. blog pn byk gak menipu, letak link mngarut2 dapat duit dari situ. takpun dpt duit dari link yg tak sngaja ditekan..

    keadaannya tetap sama bila blogger yg ada beriban2 follower ckp mmg org akan angguk, tapi yg follower sekerat dua ckap?.. macam tu jgk mlm, kalau leader dia yg ckp ramai org angguk tp bila downline dia ckp?..

    sumber rezeki org kot takyah ar nak nilai2 suka hati.. kalau dalam bentuk pengajaran ok jugak,ini mengkondem mengaibkan orang.

    apa2 pun tak kesahlah ko buat apa utk cari duit tu mula2 mmg tak senang. mcm blogger pn tak sekelepuk follower dtg, mula2 ramai gak yg pndang sebelah mata bila dia buat entri, nama pun proses belajar.. kesimpulannya ko tak nak buat benda tu (blog ke mlm ke) ko jgn kutuk,bagilah support sikit org tu tgh berusaha , kang dia dh berjaya ko jgk tehegeh2 kat dia.

    BalasPadam
  26. Sape nk aku bg tips nk jdi peniaga berjaya?mcm cina??
    Jwpnnya kena kuat berusaha,kuat beribadat,kuat bekerja n jgn patah semangat..
    Ni kerja malas,tapi nk duit..nk duit sambil ber"fb" lah,apa lh..sampai ke sudah merapu la jwpnya..aku knal dgn sorg mamat ni kerja mls,nk buat meniaga melalui fb kononnya,last2 ke hulu ke hilir jual air liur..n aku penah terserempak dia jual besi burok...come on la,jadi mcm peniaga cina berpijak di bumi nyata dgn skill dn kualitinya..melayu kerja malas nk manpus,nk duit cara senang..sampai ke tua la meniaga kacang putih

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.