Sabtu, 17 Julai 2010

Surat Cinta Dari Peminat Part 9.

Assalamualaikum

 The light and the tail.

Ya. Ini adalah soalan-soalan yang aku ambil dari Formspring aku. Aku sebenarnya makin malas nak tulis panjang-panjang pasal soalan ni. Tapi bila di fikirkan balik, banyak benda yang patut di sharekan bersama.


Apa ko akan buat kalau ko jatuh cinta kat perempuan tak bertudung?
Hm? Apa masalahnya?

Well, don't get me wrong. Aku memang sukakan perempuan bertudung. Tetapi tak bermaksud aku tak suka kat perempuan yang free hair. Aku ada ramai kawan yang free hair. Relax je.

Lagi pun, dah suka, nak buat macam mana. Cuma berharap la kot-kot dia boleh berubah. ;)


I umur 14. Bf i umur 29. Apa pendapat you?
Bagi aku, it is not so good. Semasa sekolah dulu, aku perasan yang ramai kawan perempuan aku yang ada boyfriend (s) yang umurnya amat jauh gapnya. Bila di tanya, mereka akan cakap "Cinta itu buta, tak kenal usia.". Ya betul. Dan dari apa yang aku perasan jugak, amat jarang nak jumpa perempuan yang berkahwin dengan lelaki yang sama umur (Sebab tu lah couple dengan budak sekelas amatlah tak best)

What? umur 29, tapi sibuk nak berkenalan dengan perempuan yang ABU (Anak Bawah Umur)? Tak mustahil kan kalau lelaki tu pedophilia? So, kalau ada orang tanya, pendapat aku amatlah tak sesuai budak umur 14 bersama dengan lelaki umur 29.

Tapi, kalau perempuan umur 20, dan lelaki umur 40, tak ada hal lah. Setuju sangat-sangat.

Lagi pun, perempuan memang sukakan lelaki yang dah berusia. Yang dah kahwin apa tah lagi kan?

Kaji selidik oleh sebuah universiti di Oklahoma membuktikan perempuan lebih sukakan lelaki yang sudah berkahwin.

Di Malaysia sendiri, ramai wanita tidak lagi peduli status suami orang dalam menjalin hubungan lebih jauh dengan lelaki. Dalam hati takut dilebel perampas tetapi pesona nafsu, kerasukan cinta dan harapan bahagia mengaburi pendirian awal mereka. Lihatlah gelagat seorang artis yang begitu bangga dapat meraih cinta lelaki walaupun statusnyanya suami orang. Mereka kelihatan dan terlihat bahagia. Kitapun sebenarnya kena tumpang bahagia.

Dalam kaji selidik itu, sejumlah wanita bujang ditanya tentang karakterstik lelaki idaman mereka. Lalu gambar lelaki idaman diberikan dan 59 peratus daripadanya bersetuju untuk berkenalan. Dan ketika dimaklumkan lelaki idaman itu telah mempunyai kekasih, jumlah responden yang bersetuju berkenalan mendadak meningkat sehingga 90 peratus. Kesimpulannya, lelaki berstatus pasangan orang lain bukanlah masalah kepada wanita untuk menjalin hubungan.

Dengan kata lain, wanita akan lebih tertarik dengan lelaki yang dah berpunya. Lebel perampas milik orang bukan lagi menjadi halangan asalkan lelaki idaman itu dipercayai boleh menjadi pendamping dan pelindung yang baik.

Tetapi ini tidak berlaku kepada lelaki. Sebaliknya kaji selidik mendapati bahawa mereka (lelaki) tidak berhasrat untuk memiliki wanita yang telah berpunya. Wanita juga lebih tertarik dengan lelaki romantis. Contohnya yang menghormati dan sopan dengan wanita. Hal ini biasanya dilakukan oleh lelaki yang berpengalaman. Berpengalaman tentu merujuk kepada lelaki yang telah punya pasangan.

Sumber utusan Malaysia 17 Jun 2010

Betullah kata Jard. Perempuan memang 'suka' curang.

Apa pendapat kau kalau perempuan kuat mencarut? Lelaki suka tak?

 Just friends.

Aku perasan, kat formspring aku banyak sangat dah orang tanya macam mana ciri-ciri perempuan yang lelaki suka dan ciri-ciri lelaki yang perempuan suka. Well, aku pasti setiap orang akan ada senarai citarasa masing-masing. Tapi, bila dah suka kat someone tu, pergi mampus lah dengan senarai citarasa. Contohnya cikgu aku dulu. Dia cukup benci dengan lelaki yang nama Syakir atau apa tah. Tapi last-last dia kahwin dengan orang yang nama Syakir atau apa tah tu juga. Pedulikan kalau perempuan tu suka carut atau tak. Tu benda yang boleh di ubah. Mana tau kot-kot suatu hari nanti bila dia dapat hidayah tegok muka kau, terus tak suka carut. Dan terus tukar carut tu ke zikir. Tak gitu affy?

Actually, ada tau lelaki yang sukakan perempuan yang reti mencarut. Contohnya yang berkata "Im fucking love you, boy"

Yah. Aggressive. I like.

Quote apa yang sesuai untuk lelaki? Quote apa sesuai tuk perempuan?

Don't trust men.

1. Boys are stupid, trow rocks at them (David & Goliath). And "Jangan percayakan lelaki. Mereka tak boleh dipercayai."

2. Girls are full of hypocrisy. If you can't beat 'em, join them.

Sekarang mesti kau benci gila kat spain kan.
Aku benci kat Paul si Sotong dan Spain. But still, David Villa is cute. 

Pakaian macam mana perempuan tu akan nampak lawa.

In the cold


Hmm. Kalau dulu lah kan, aku suka perempuan yang pakai baju kurung vietnam. Sekarang ni pun still suka. Tapi kan, tadi semasa aku tengah duduk makan KFC Toasted Pocketfull yang perh gila ah lazat korang patut rasa sebab memang full betul inti benda tu. First time KFC jual benda yang seumpama iklan. Then masa tengah makan tu, aku ada nampak beauty and the beast (couple). Perempuan tu comel gila. Lelaki tak. Perempuan tu pakai shawl warna pink, dan sweater warna putih serta seluar jeans. Then bila aku tengok macam... "Waaaa" sejuk perut aku tengok. Lawa ah. Kombinasi yang lawa.

Tapi bak kata orang, kalau dah perempuan tu lawa, pakai macam mana pun nampak lawa.


Apa pendapat Mr. K tentang perempuan yang banyak berkawan dengan lelaki dan selalu lepak dengan lelaki? Tapi kawan je laa. Tak pernah pegang-pegang tangan ape pon. Just want to know your opinion lah.

Kalau kau nak tahu, sebahagian lelaki pun mengaku yang kadang-kala, lelaki memang tak patut dipercayai. Dan cuba korang tengok sebagaian kisah rogol. Ada yang dirogol dengan kawan-kawan. Beramai-ramai. Dengan tunang serta sebagainya.

Dan andai kata korang percayakan sangat kawan-kawan lelaki korang, atau boyfriend korang yang korang letak status 'Married' kat facebook korang, korang memang patut baca ni;

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan sendiri kekejaman anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun di rumah mereka sehingga gadis berkenaan mengandung, baru-baru ini.

Lebih menyedihkan apabila jeritan dan rayuan wanita berusia awal 40-an itu yang cuba menghalang tindakan keji anak lelakinya tidak diendahkan.

Malah, tindakannya mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali langsung tidak dihiraukan seolah-olah anak lelakinya dirasuk hantu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam hujung bulan lalu di sebuah taman perumahan di Setapak Jaya di sini, mangsa yang juga seorang pelajar dikatakan dirogol empat kali dalam bilik berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya membuat laporan polis kelmarin selepas lelaki terbabit enggan bertanggungjawab terhadap perbuatannya sehingga dia kini disahkan mengandung.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila pelajar terbabit dipelawa ke rumah suspek untuk mengenali ahli keluarganya.

“Mangsa tidak keberatan mengikut suspek ke rumah berkenaan kerana ibu teman lelakinya juga ingin mengenali remaja berkenaan.

“Selepas tiba di rumahnya dan berkenalan dengan ibu suspek, teman lelakinya itu bagaikan dirasuk hantu apabila memaksa remaja terbabit masuk ke biliknya,” katanya.

Sumber itu berkata, keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum suspek mengheret tangannya masuk ke bilik dan mengunci pintu.

“Ibu suspek yang menyedari perbuatan itu mengetuk pintu, menjerit sambil merayu kepada anak lelakinya supaya tidak melakukan perbuatan buruk ke atas gadis berkenaan.

“Malah, ibu suspek berusaha membuka tingkap di bahagian belakang bilik berkenaan untuk mengintai perbuatan anaknya,” katanya.

Menurut sumber itu, sebaik membuka sedikit tingkap bilik berkenaan, dia terkejut sebaik melihat anaknya bergelut untuk merogol teman wanitanya.

“Ibu suspek berlari semula ke pintu bilik berkenaan dan berulang kali mengetuknya, namun anaknya langsung tidak mengendahkan panggilannya,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek merogol remaja berkenaan empat kali sebelum menghantarnya pulang ke rumah.

“Pada mulanya, mangsa tidak membuat laporan polis kerana suspek mendakwa akan bertanggungjawab terhadap perbuatannya itu dengan mengahwininya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya lelaki terbabit mungkir janji apabila enggan bertanggungjawab atas perbuatannya selepas remaja berkenaan disahkan mengandung.

“Remaja terbabit memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya, namun suspek berkeras enggan bertanggungjawab walaupun rundingan secara baik dilakukan keluarga mangsa,” katanya.

Berikutan itu, mangsa bersama ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju di sini, kelmarin, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, lelaki terbabit sudah ditahan di rumahnya semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kes terbabit sudah dirujukkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Shit gila kan? Well, aku tak pasti lah apa maksudnya dengan dirogol 4 kali. Kalau 4 kali bukan dalam bilik tu, maksudnya perempuan tu rela lah. But then, perempuan tu berumur bawah 18, so tetap dikira rogol. Dan hukuman rogol, perh. Sedap sial.

Dan paling shit, boleh pula dia rogol perempuan tu depan mak dia. So, memang betul lah kata orang;

Jari telunjuk umpama ilmu. Jari tengah umpama nafsu. Setinggi mana pun ilmu seseorang itu, nafsu akan sentiasa melebihi.
So now, fikir balik bila korang nak keluar dengan orang-orang terdekat korang. Jangan sampai berita pasal rogol semakin kurang di kaca tv di sebabkan kes rogol terlampau 'biasa' dah.

Oh by the way. Malam ni rasa nak tengok The Inception lah. 'Awek' aku nombor 7 berlakon.


17 ulasan:

  1. kao mmg byk awek kn? total brpa smua?

    BalasPadam
  2. kata orang, lelaki better kahwin dengan perempuan yg 5 tahun lebih muda dari dia.. sebab tahap matured seorang lelaki sama tahap dengan perempuan yg 5 tahun muda darinya..

    alahai...betul ke tak, aku tak tahu..~

    tapi kalau jarak yg jauh sangat pun tak sesuai jugak.. ;DD

    ohhooo.. aku baru buat entry pasal perempuan mencarut semalam.. heh.

    BalasPadam
  3. hahah! boleh tahan gak soalan2 pembaca Mr.K. hikhik

    BalasPadam
  4. cerita inception memang patut ditonton
    best

    terbaru dari saya : lalang

    BalasPadam
  5. kui3x.. abes la.. nnt aku dikatakan 'suka' curang

    BalasPadam
  6. @Orked - Kosong.

    @Sarah - Tuh lah pasal. Macam-macam ragam dieorang.

    @Kimmy - Im gonna read that ;)

    @Citizen - Rating dia 9.6/10

    @Jard - Tak apa jard. Baru lah market naek. Haha

    BalasPadam
  7. awek no '7'??ramai gile awek kau ek??ahaha..

    BalasPadam
  8. senarai awek impian je tuh..

    suke je den baca komen2 balas kamu pada soklan2 formspring.
    tapi rasanya jawapan pasal pakaian perempuan tu mungkin tak jelas.
    sebab kamu nilai bukan pada pakaian tapi pada cantik.
    pompuan cantik pakai apapun kombinasinya cantik juga bak kata kamu tu.
    so, apa saya dapat tangkap asalkan palaian tu sopan. am I right?

    BalasPadam
  9. Patut lah aku rasa macam nak baca pos kau ni.
    Kau memang patut kena sula kerol.

    BalasPadam
  10. @Afzan - Err. Err. Ya. Asalkan sopan mesti lawa. Ehem.

    @Afyy - Terharunya aku eppi.

    BalasPadam
  11. JGN PANGGIL AKU EPPI KALAU KAU NAK HIDUP LAMA!

    Btw, baju kurung vietnam tu serius aku yg pompuan ni pun tk pernah dengar.

    BalasPadam
  12. @Afyy - Entah lah EPPI. Yang baju kurung tu pun, Nisa yang bagi tahu. Tapi serious lawa.

    BalasPadam
  13. pergh!!!!! menjana minda toi soalan2 yang diterima....... meremang bulu roma aku....

    BalasPadam
  14. Boys are stupid, trow rocks at them (David & Goliath).

    2. Girls are full of hypocrisy. If you can't beat 'em, join them.

    deeply means...hehee

    BalasPadam
  15. omak eh takkan ketuk-ketuk je? panggil la kenalan lelaki jiran-jiran ke. kasi pecah pintu tu.



    .............

    BalasPadam
  16. owhhh u...
    xbek ek ska bf org len.
    huhuhuhu.
    okeyyy.

    BalasPadam
  17. Nak share knowledge: mengikut penal code, bawah 16 tu rogol x kira with or without consent. above 16, kalau ada consent bukan rape.

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.