Selasa, 13 Julai 2010

Twilight Saga : Eclipse, Midnight Sun dan Alien.

Assalamualaikum

The series.

Aku sebenarnya, nak kata tak suka cerita romantik-romantik ni, tak lah juga. Sebab ada cerita-cerita jiwang yang standard dia memang high contohnya Dear John, The Notebook, Remember Me dan Love Enduring Promises. But then, adik aku minat betul novel Twilight. So, memang beli ah novel tu. Dan dari situ, aku start tengok citer Twilight. And then bila Eclipse keluar, agak terfikir juga lah nak tengok.

Nak di jadikan cerita, hari tu aku keluar dengan Alien untuk Eclipse. Dia datang dengan kawan-kawan dia, then berpecah lah ikut haluan masing-masing. So, bila aku cakap dia datang dengan kawan-kawan dia, ianya still bermaksud rekod aku tak pernah keluar berdua dengan perempuan masih belum di pecahkan. Errr... Errr... Nevermind.

Oh oh, by the way, bagi korang yang kenal dengan Alien ni, korang patut tengok dia makan popcorn macam mana. Hari tu aku tengok, perh takut gila. Dia makan macam tengah tegok cerita hantu dan bunuh-bunuh yang kejam. Laju je tangan dia suap popcorn. Sampaikan aku yang nak ambil popcorn tu pun takut (padahal popcorn tu aku punya - share baru lah romantik). Hati kering betul dia. Dah tu apa lagi. Memang kaw-kaw dia dan popcorn jadi bahan untuk aku gelakkan dia. But then, dia balas dendam doe.

Masa jalan-jalan kat carefore tu, dia leads the way dengan kawan dia sorang yang dia jumpa mana tah. Aku pun ikut skali la. Then sedar-sedar, aku dah ada dekat tengah-tengah tempat pakaian dalam perempuan. Dia plak dok gelak-gelak cakap pasal saiz bra dengan kawan dia sambil jeling-jeling kat aku. Siap pegang-pegang lagi. What the hell...

 Twilight : Eclipse mampu membunuh.

Eh eh sorry. Aku patut cakap pasal Twilight Saga: Eclipse kan. Actually, ianya tak adalah sucks sangat. Cuma kebodohan Bella membuatkan beberapa orang sakit hati dengan cerita tu. Tak rasa pelik ke macam Bella yang sanggup cium Jacob di 'hadapan' Edward. Dah la selepas dia setuju untuk kahwin dengan Edward pula tu. Part ni, aku boleh dengar beberapa perempuan cakap "Arrghh, stupid!" bila Bella tengah cium budak gedik tak yang tak reti pakai baju tu. Duh. Edward pulak, buat dono je. Ini lah antara point yang menyebabkan aku kata cerita ni sucks. Edward tak lelaki. Bella tak setia.

Orang selalu bertanya, "Kau rasa, mana ideal couple; Edward dengan Bella atau Jacob dengan Bella.?". Well, aku akan jawab "Edward dengan Jacob" sebab kalau korang perasan, masa Jecob tu tengah peluk Bella dalam khemah, aku boleh nampak yang cara Edward dan Jacob bercakap dan pandang tu cam ada something special. Ada wink-wink. Ada kimia. Aku rasa Edward jealous sebab Jacob peluk Bella dan bukan peluk dia.

Lagi pun lah kan. Korang perhatikan betul-betul. Apa speciallnya Bella? Jacob Black is hot (suhu badan lagi panas dari manusia biasa). Edward Cullen is cool (macam ais). So, tak rasa ke Jacob dan Edward ideal couple? I mean... Ye lah, kalau mereka berdua berada kat tempat panas, Jacob boleh sejukan diri dengan memeluk Edward. Then kalau mereka ada di tempat yang sejuk gila-gila tengah ribut salji, Jacob boleh 'transfer haba' dengan memeluk Edward. SEE?! THEY ARE PERFECT COUPLE.

Awwwwww (Kualiti lukisan ni amat high. Click it)

Well, korang tahu kan yang dalam Twilight : Breaking Dawn (siri selepas Eclipse)? Tolong lah ada movie Breaking Dawn. Rasanya Breaking Dawn best sebab dah tak ada dah sangat babak jiwang. Yang ada pun babak anak Bella yang tak normal.

Dan selepas Breaking Dawn, akan ada sambungan Twilight terbaru iaitu Midnight Sun (bila translate ke bahasa melayu akan jadi Matahari Di Kutub? Atau Matahari Ditengah Malam?) Aku rasa lah kan, Stephene Mayer akan buat Midnight Sun yang pasal Edward and his gay-ness. Haha! Who knows? Dalam novel-novel sebelum ni, semua cerita dari perspektif Bella which is Bella adalah watak utama. But now, dalam Midnight Sun, Edward Cullen adalah watak utama dan novel itu di tulis dari perspektif penceritaan Edward Cullen.

Sejuk perut aku tengok dia senyum kat aku.

Dan dalam The Midnight Sun, tolong ah cakap Edward jatuh cinta kat Jacob. Tak pun kat perempuan lain. Perempuan lain yang iras-iras Alice contohnya. Oh, patut import my Lisa Surihani tak pun Rafidah Hj Ibrahim berlakon sebagai perampas Edward dari Bella. Mana tau kot-kot Edward pakai kopiah sebab nak mengurat Rafidah punya pasal? Boleh jadi Twilight : Cinta Tikar Sejadah 2. Cakap pasal Lisa Surinahi, Seriously, aku kecewa dengan Lisa ku kerana sanggup berlakon cerita Zoo yang... so LAME. Actually, aku rasa banyak filem santai-santai keluar sebab pengarah tak berapa reti nak buat filem aksi yang boleh tarik penonton. Sebab tu lah banyak filem bodoh-bodoh keluar. Dan tak laku. Bab filem bajet boleh pecah panggung Rm20 juta tu tak payah cakap lah. Berangan je lebih.

Aku tanya korang lah kan. Bila kali terakhir industri seni Malaysia keluarkan filem perang-perang, askar-askar doing mission, tembak-tembak yang macam The Hurt Locker dan The Losers? Tak ada.

Oh oh. By the way Lisa, kalau you baca ni, I nak you tahu walaupun I kecewa dengan you, partition 1 per empat dari hati I masih I simpan untuk you. Dan I tahu you selalu tulis nama I kat dahi you. Serta Lisa, I berjanji akan bersikap supportive dengan setiap benda yang you nak buat. Dan I juga berjanji untuk berkorban apa sahaja demi you. Tapi kalau bab you suruh I keluarkan Rm 9 untuk tengok you berlakon filem tak sedap, no way ah.


14 ulasan:

  1. pertama sekali adalah gelak!

    lawak ok ayat2 kau dalam nih. pasal bella cium jacob depan edward memang laaa budus! tak patut kot.

    then mane kau dapat gmbr jacob cium edward tuh? hahahahaha :D

    BalasPadam
  2. erk??edward dgn jacob??hahaha..gay gay..

    tetibe lisa pun termasuk sekali eh??kalau la die berlakon cite twilight betul2..agak2 best tak??

    BalasPadam
  3. aku pelik gak, kau tak berapa suka cerita twilight, tapi rjin je update pasal twilight. kau jeles ehh dgn edward cullen and jacob black yg kacak tu? hehe :)

    BalasPadam
  4. betul ke ada midnight sun?

    eclipse..?
    saya as pompuan pun turut rasa macam bella tu tak layak untuk kedua-duanya.
    dia curang yang sangat2 curang.
    tak normal betul.
    jacob ngan edward pula macam bendul.
    macam kena 'minyak pengasih' bella.

    p/s : kata filem..filem mmg tak pernah logik.

    BalasPadam
  5. @Nur - Aku dapat dari Deviantart kot. Dah lupa. Tapi nice kan. :)!

    @Jard - Haha. Mana la aku tahu.

    @Sha - Ya. Memang best. Tapi aku prefer Fazura tak pun Fasha Sandha. Tapi yang terbaik adalah Rafidah.

    @Eyenie - Bab lawan-lawan is not bad lah.

    @Rara - Aku suka juga cerita ni sebenarnya. Personal aku kasi 6/10. Tak pun 6.5/10.

    @Afzan - Aku rasa Bella belajar ilmu-ilmu hitam ah.

    BalasPadam
  6. agaknya ku sorang je tak minat twilight ni.

    BalasPadam
  7. aku sokong edward dengan jacob! HAHAHAHA :D

    BalasPadam
  8. ahahaa~...cool..cool..tolong laaa pasni xde bella..bengong minah tu, jap nak ni jap nak tu..a'ah lagi prefer alice kot..best best part die training dengan jasper tu..ngee~...arap2 betol la after eclipse ni focus on edward jer..so dat more part2 vampire on action neh.. ;)

    BalasPadam
  9. Dari awal2 siri mmg aku cop edward ngan jacob ni gay. Haha~

    BalasPadam
  10. Yeah man! Edward should be with Jacob je. Hahaha. Btw breaking dawn diorang kata the movie nanti ada breaking dawn part 1 and breaking dawn part 2. But anyways, I kinda dig the book rather than the movie :)

    BalasPadam
  11. hahaha memandai je mr.k nie.
    da last tyme cite tembak2 melayu cite leftenan adnan eh? (><)
    yg tu bes hehe.

    BalasPadam
  12. Merosakkan cerita best jer hampa niey....

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.