Entry ni sebenarnya dah lama aku nak tulis. Tapi aku tak ada point you know. Aku beriaya nak tulis bila aku perasan yang rata-rata orang melayu tak ada kesedaran terhadap insuran nyawa (life insurance). Dan, ada di antaranya tak nak buat insuran nyawa (life insurance) sebab katanya haram di sisi Islam. Ye 'haram' lah sangat.
Dan, aku nak tulis pasal ni sebab ayah aku adalah agen insuran secara sambilan. Ayah aku tak minat nak buat benda-benda ni sebenarnya. Tapi bila dia start buat insuran kat family, terus ramai yang bertanya. So, ayah aku ambil la kesempatan untuk menjadi agent insurance. Dan sebulan, beribu juga lah. Ye lah, dah benda yang kena bayar setiap bulan kan. So setiap kali orang bayar, kita akan dapat sekian-sekian percent.
Then benda ni merebak kat saudara mara. So, sekarang, hampir semua saudara mara aku yang dah ada insuran nyawa yang di beli under ayah aku. Dan dari ayah aku juga la aku dapat tau yang orang melayu memang-memang ramai tak ada life insurance. And kalau korang nak tahu, orang-orang cina yang kutip tin, sampah kat tepi jalan tu ada yang ada insuran. Sebab dieorang semua tau betapa pentingnya insurance. Nak-nak bila diaorang tak ada benefit dari hospital kerajaan.
So now, aku nak bercakap sikit pasal insuran yang di katakan tidak halal.
Life Insurance atau Insuran Nyawa adalah Tidak Haram di sisi Islam.
Ramai yang sangka yang insuran nyawa ni haram dalam Islam sebab ada yang menyangka insuran ni umpama jual beli nyawa. Well, screw that. There is no such jual beli nyawa la. And aku tak tau la mana datangnya isu ni. Suka betul buat fatwa sendiri. Sedangkan Malaysia pun ada akta insuran. Masakan boleh ada akta insuran kalau haram?
Sebenarnya, life insurance a.k.a insuran nyawa ni bukan memberikan harga untuk nyawa anda. Dan ianya bukan hanya untuk anda mati pastu dapat duit. Ya bukan. Tetapi sebenarnya ianya adalah lebih kepada jaminan hidup, masa depan dan perlindungan untuk diri anda. Katakan lah kan. Korang belajar kat UniKL. Korang ambil loan MARA. Pastu pada suatu hari di hujung minggu, korang nak pergi KL. Tengah syok drive high speed kat highway tu, ada kereta terbabas then langgar korang. Korang kiok. Mati maksud aku. Then loan MARA apa cer? Hutang-hutang apa cer? Tu belum kira berjuta-juga mak bapak korang besarkan korang yang last-last meninggal kat atas jalan raya. Tak ke kesian? So, bila ada insuran ni, dapat ah jugak parents korang 2,3,4 ratus ribu (bergantung kepada loss). Walaupun 2,3,4 ratus ribu tu tak memandai untuk nyawa anda, tapi at least, tidak lah menyusahkan mak bapak bila korang dah meninggal. Iye lah, masa hidup, dok meminta duit dari parents. Tak akan masa mati pun nak mintak duit lagi. Hidup menyusahkan, mati pun menyusahkan ke?
And, bagai mana pula kalau anda adalah seorang bapa atau daddy atau ayah atau ibu? Siapa yang nak tanggung anak isteri korang kalau korang mati secara tiba-tiba?
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)" (Perh, first time ada hadis dalam blog aku)
And don't get me wrong. Pampasan bukan hanya dapat bila anda mati.
Bila boleh Guna Insuran Nyawa?
Macam yang aku cakap tadi, insuran nyawa bukan hanya dapat bila korang mati. Tak adanya famili korang beli korang insuran nyawa dengan harapan korang mati awal supaya diaorang boleh ambil pampasan. Tu semua bullshit. Terasa tau anak kalau buat macam tu.
Actually, andai kata korang sakit-sakit yang kronik. Korang pergi hospitan kerajaan yang servis macam apa entah. Pergi scan x-ray, doctor kata okay je. Tak ada apa-apa masalah. Tapi belakang still rasa sakit. Then bila pergi ke hospital swasta, doctor kata ada tulang retak (Kes benar saudara aku). Then nak masuk hospital swasta ingat murah? Tu belum kita bermalam dalam bilik yang first class. So, pada masa ini lah insuran nyawa berfungsi. Tak kira lah korang accident ke. Luka-luka ke. Demam ke apa. Perlukan operation atau perlukan ward untuk mengurat nurse-nurse cantek (Fakta : 90% Nurse kat hospital adalah cute miut). Atau apa-apa je lah, memang insurance akan cover it all.
Dan bila aku cakap pasal insurance akan cover it all, maksudnya ia akan cover everything. Ward, pampasan MC tak bekerja (RM150+ satu hari di ward), dan apa-apa lagi.
Dan yang paling best pasal insurance (Takaful Prudential BSN), andai kata pukul 6 pagi, korang racing dengan member dari Bandar Melaka nak ke Masjid untuk solat subuh. Entah macam mana tengah syok-syok speeding sebab takut terlepas subuh, ada la lembu melintas dengan tiba-tiba. Korang tak dapat nak elak, terus langgar tiang. Tercampak ke jalan raya. Tengkorak kepala anda retak. Darah beku. Tak pun, ada something wrong dengan otak korang yang sememangya something wrong. So, kena buat operation kepala. Ingat nak operate kepala tu mudah ke nak-nak bila kena bermain dengan otak. Bila tak mudah = mahal. Bila mahal, mana nak cari duit?
Okay duit satu isu. Isu ke dua, adalah masa operation. Sempat ke korang nak settle semua benda sebelum anda jadi makin kritikal? Kalau korang tak ada insuran, korang kena buat tu, kena mintak tu apa semua set appointment. Tu belum kira nak kira nak kumpul duit lagi. Tapi dengan Prudential atau apa-apa insuran yang macamnya, andai kata korang masuk hospital pagi, paling lewat amat-amat super lewat pun, petang tu semua urusan pembayaran korang untuk operation, insuran anda dah settle kan. Dan korang boleh terus di bedah (Jika keadaan stabil).
Easy kan?
Apa yang Kita Tak Nak
Pernah tak baca surah khabar. Kanak-kanak berumur 5 tahun perlukan bantuan perubatan. Kanak-kanak berumur 3 tahun perlukan sumbangan untuk pembedahan. Dan yang paling teruk, bayi yang berumur 10 bulan perlukan bantuan kewangan untuk masalah jantung. Ini adalah pasal di lahirkan dengan penuh masalah. Ye lah, bayi. Lahir-lahir, dah kena penyakit tu. Dah kena penyakit ni. Tak pun, elok-elok lahir, then terjatuh. Jadi kurang upaya. Ya, benda-benda ni la yang kita nak avoid. Dan banyangkan kalau bayi tu dan ada insuran. Mesti isu ni tak akan timbul. Ya, insuran untuk bayi yang belum lahir pun ada. Semuanya untuk avoid benda-benda ni. Tapi berapa ramai yang tahu?
Kadar Pampasan
Andai kata korang ambil pakej minima RM 100 sabulan, anda akan mendapat perlindungan bernilai RM500 ribu untuk apa-apa kecederaan yang wajar. Misalnya, korang tengah handling mesin pemotong kayu atau besi. Then entah macam mana, korang terletak lah tangan korang kat pengisar tu. So, putus lah tangan korang. Bila tangan korang putus, korang dah tak boleh kerja dah. So, apa yang berlaku adalah syarikat insuran akan membayar pampasan based on berapa kerugian anda (financial loss) bila anda dah tak ada tangan. Dengan kata lain, insuran akan cover apa yang sepatutnya korang dapat plus, benefit. Well, zaman sekarang, korang tak ada tangan apa korang boleh buat?
Ianya tak ada kena mengena langsung dengan judi atau bayar RM100 sebulan dan dapat beratus-ratus ribu sebab macam yang aku cakap tadi, pampasan akan di bayar berdasarkan kerugian anda. Dan ianya untuk for the rest of your life (or contract) tak kisah lah berapa kali korang accident pun. Dan setiap pampasan atau apa-apa, dah di tolak dengan zakat. Maksudnya, duit yang anda dapat tu adalah duit yang suci murni (hanya untuk islamic takaful). Aku rasa yarikat yang bagus yang berniaga secara islamic dan tanpa faedah / interest serta berzakat adalah eTiqa, Takaful Ikhlas dan Prudential BSN.
Dan andai kata korang tak gunakan langsung insuran anda. Anda boleh ambil balik semuanya. Tak ada apa yang rugi.
Dan akhir sekali, jangan salah faham. Aku bukan jual insuran atau tarik orang untuk join Prudential. Cuma, aku rasa untuk masa depan, beli lah insuran nyawa. Yang murah pun murah lah tapi jangan la murah sangat nanti banyak benda dia tak take over. Kalau korang nak beli tapi tak tahu bagai mana dan macam mana, pergi lah ke syarikat insuran. Or kalau nak tanya benda-benda yang simple, just emailkan aku.
Rujukan : IlmuDanUlamak, eTiqa, dan my dad the part timer agent.
Salam..
BalasPadamBetul kata Mr. K,
Takaful adalah satu jaminan dalam hidup, bekalan kepada suami / isteri / ibu bapa / anak-anak sekiranya kita pergi secara tiba-tiba satu hari nanti.
Bagus ada orang explain. Hehehe~
psst: belajar pasal Insurans dulu. =p
wah
BalasPadamentry ni sangat bagus
baru aku ada kesedaran cket nak berinsuran ni
hehe
bagus2
thanx for da sharing
terbit kesedaran nak berinsuran.thanks.
BalasPadamFakta 90% Nurse kat hospital adalah cute miut memang kelakar.
nanti bila dah capai negara maju, mmg totally industri insurans akan meletop, sebab dah xde subsidi semua
BalasPadamouh x tau pulak kalau kte x guna boleh amek balek duit tuh...hmmm, bnyak bnde x tau lagi...btw, aq duk kt us nih, life insurance is a must la for thier citizen and yg nak datang sini...
BalasPadamaku dah amik etiQA..ni kazen aku la jadi agent kalo idak maybe aku pon tak de kesedaran nak amik..hmmm
BalasPadammasa hidup, dok meminta duit dari parents. Tak akan masa mati pun nak mintak duit lagi. Hidup menyusahkan, mati pun menyusahkan ke?
BalasPadamsuka betul ayat tu..
baru tau ada insuran utk baby yg belum lahir..
Sorry guys. The comments are gone. I dunno what the hell is happening but google will fix this in hours.
BalasPadamThank you.
@Joe - Nak tunggu negara maju susah. Rakyat malaysia boleh mati kalau tak ada subsidi gula, beras, minyak dan air.
BalasPadam@The rest - Thanks for commenting.
*********************
Ada beberapa comments (Banyak) yang tak boleh di approved di sebabkan masalah teknikal. Harap google fix cepat.
=)
BalasPadaminsuran utk baby lom lahir punn ade yek. great info :)
BalasPadamHaram hukumnya membeli insuran nyawa yang tidak menjalankan muamalat secara Islamik seperti kebayakkan syarikat2 insuran konvesional.
BalasPadamAda pun insuran yang bermuamalat secara Islamik maka harus menyertainya dengan syarat tidak beriktikad melawan takdir dan ketentuaan Allah swt.
diambil dari:
http://ustazazhar.com/v1/jual-beli/insurans-simpanan.html
aku rasa nkau ni kurg ilmu kot..insuran nyawa mmg haram..pnjg aku nak crita..
BalasPadamxpernah pulak aku dgr insurans nyawa itu haram.. tapi bagus la kau explain.. aku ni amik course tukang kira2 berapa loss, annuity sume2 mengenai insurans pun dah rasa aku mmg patut ada insurans.. aku salute la kau punye explanation..! terbaik..!!
BalasPadamhttp://www.fatwaislam.com/fis/index.cfm?scn=fd&ID=423
BalasPadamQuestion:
What is the ruling on Insurance, wether it be life insurance or property insurance?
Answer:
Insuring one's life and property is forbidden; it is not permissible due to the fact that Al-Gharar and usury are involved therein. And Allah - the Almighty the All-Powerful - has forbidden all types of dealings that involver usury and dealings in which there is Al-Gharar, as a mercy for the (muslim) community and a protection for them for what is harmful to them. Allah - Most Glorified, Most High says:
"wheras Allah has permitted trading and forbidden riba" (usury). Al-Baqarah 2:275
And it has been authentically reported from the Messenger of Allah (sallAllaahu 'alayhi wa sallam) that he forbade selling AL-Gharar. And Allah is the granter of success.
Shaykh `Abdul-`Azeez Bin Baz
Fatawa Islamiyah, volume 5 / page 19
Erm.. ada sikit salah faham di sini. Insuran konvensional adalah HARAM, tetapi TAKAFUL tak. Insuran dan takaful adalah berbeza. Insuran berdasarkan jual beli premium, takaful berdasarkan akad tabarru' (konsep tolong menolong).
BalasPadamInsuran laburkan duit kita.. kemana itu kita tak tau... yg itu ada gharar (ketidakpastian). Insuran ada interest, yg itu pula riba'. Insuran juga ada unsur maisir (judi).
Itu yg buat insuran nyawa konvensional HARAM tetapi takaful tidak kerana berlandaskan syariah Islam.
Konsep insuran dgn takaful sama je, nak tolong kita & keluarga yg ditimpa musibah, itu tak haram, tapi cara pengendalian duit yg kita bayar dkt insuran konvensional tu yg buat haram, bukan konsep perlindungan.
Jangan salah faham ye. :)
(Saya adalah wakil Etiqa Takaful).
Insuran berdasarkan jual beli premium?takaful tidak berdasarkn jual beli premium?kalau benar,mengapa ada perbezaan 'bayaran'dlm takaful?setiap peserta lain 'bayaran' nya..tapi Bank Negara Msia yg keluarkan lesen @ kelulusan utk insuran convensional m'jlnkan sesuatu plan or produk yg berlandaskn syariah.Adakah BNM tidak boleh d percayai ketelusan tugas2 yg mereka buat utk sebuah negara islam?
Padamsalute...
PadamGood write up even tho basic. It's always good to take up insurance if you failed miserably in chalking up savings. But do trash out the fine prints, rider, exclusionary clauses, terms and benefits. And do compare with other insurance companies. Best to take when you are young
Padam(saya nak tanya serba sedikit tentang kemusykilan perkara ini :
BalasPadam- Saya mendapat 1 panggilan dari Hong Leong Life Insurance . Secara ringkas nya dalam perbualan dia syarikat itu menawarkan insuran 100% jaminan pembayaran semula selepas umur kita 20 tahun, so sekarang umur saya 23 tahun + 20 tahun = 43 tahun baru saya dapat 100% apa yang saya bayar pada syarikat tersebut.
• Di dalam perjanjian di nyatakan saya perlu membayar dalam...rm79.00,
potong auto dari bank setiap bulan, jika di jumlah rm79.00 dalam masa 20 tahun tu saya mendapat dalam hampir RM19,000.00 (ini adalah jumlah bayaran selama 20 tahun setiap bulan) + sedikit bonus daripada pihak syarikat.
-->>Soalan 1 : adakah halal duit ini??dan halal ke jika pewaris dapat jika kita tiada (meninggal dunia) nanti??
• -->> Soalan 2 : Apa hukum nya kita menginsurankan nyawa seperti insuran ini??
• Dalam kes ini, juga syarikat memaklumkan ini faedah2 yang saya terima jika terjadi kes2 ini sebelum umur 43tahun (semasa dalam perjanjian pembayaran 20 tahun insuran ini) antara nya :
-faedah A : jika saya meninggal dunia tidak kira puncanya kecuali bunuh diri pewaris @ ahli keluarga akan mendapat rm70k ;
-faedah B : kalau cacat kekal dan lumpuh daripada kemalangan akan mendapat rm150k + rm70k dari pihak syarikat ;
-faedah C : dan jika meninggal daripada bencana alam akan mendapat rm150k + rm70k dari pihak syarikat.
- perubatan dan insuran berkaitan hospital pihak insuran tidak terlibat.
-->> Soalan 3 : dalam ksemua keadaan ini, apakah status wang yang diterima oleh saya @ pihak pewaris jika saya tiada (meninggal dunia)??
• -->> Soalan 4 : Adakah halal jika menolak duit KWSP untuk dilaburkan saham kepada syarikat Public Mutual??
sape leh jawab nie sila email kan kat saya yerk goldprint6410@gmail.com - shidi...plz...saya perlukan jawapan ini....
azmi mie:
BalasPadamAdakah saudara faham tentang konsep takaful sebenarnya? Takaful TIDAK berdasarkan jual beli premium, ia berdasarkan konsep AKAD TABARRU' (tolong menolong) di mana peserta bersetuju untuk MENYUMBANG sejumlah wang ke dalam tabung khas setiap bulan/tahun untuk mereka yg memerlukan. Anggap ia seperti menderma, bukan bayaran. Adakah saudara menganggap derma itu sebagai bayaran utk mendapatkan sesuatu in return? Kita derma secara ikhlas bukan? Dan tidak mengharapkan balasan?
Insurans mempunyai konsep bayaran premium di mana kita anggap apa yang kita bayar, kita akan dapat sesuatu in return - mungkin interest, keuntungan, dll.
Di harap saudara tidak 'confuse' dengan konsep SUMBANGAN takaful dan konsep BAYARAN PREMIUM insurans.
Sumbangan adalah berdasarkan kemampuan. Setiap aktiviti di dalam takaful di pantau oleh mufti manakala insurans dikendalikan oleh syarikat insurans sendiri.
Di mana2 syarikat insurans conventional yg ada produk islam, adalah sama seperti semua takaful di Malaysia - berlandaskan konsep islamik. Syaratnya berbeza dengan insurans. Susah nak diterangkan di sini secara detail, cuma saya harap agar saudara tidak confuse dengan perbezaan takaful dan insurans conventional kerana pengendaliannya & syaratnya berbeza. BNM tidak akan meluluskan sesuatu produk islamik jika ada terdapat sesuatu yg bercanggah dgn islam.
Assalamualaikum.
BalasPadamMinta maaf mencelah sikit. Saya rasa pemilik blog ni mungkin sedikit tersalah paham. Pengendalian insurans dan takaful tertakluk dibawah akta yang berbeza. Akta insuran dan Akta takaful 1984.
Fatwa telah menjelaskan terang terang fatwa insurans.
sila rujuk link diberi:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvensional-menurut-perspektif-syariah
Sahabat sahabat diluar sana, bersamalah kita menyokong muamalat islam. Kita mempunyai pilihan untuk mengambil takaful. Kalau dulu memang tak ada syarikat takaful tetapi sekarang BNM telah meluluskan 12 lesen syarikat takaful.
Pilihan di tangan anda...
Halal Haram bukan pada makanan dan minuman sahaja...
ilmu insuran bukan ilmu akal. ada akal blajar.
BalasPadampada saya insurans dan takaful belum jelas halal haramnye.belum pasti jauh dari riba. apa arti riba? Alloh SWT dah sediakan kita insurans terus dari dia iaitu sedekah dan zakat. pasti halal. manfaatnye dibawa sampai kubur. apa yg terlintas di fikiran kita bila ada kata2 bila kita mati nanti siapa yg jamin anak bini kita? anak bini kita nak makan apa? selama ni siapa yg beri kita kesihatan, kesejahteraan, keselamatan? selama ni Alloh SWT bagi ape ke kita? kalau kita beli insurans or takaful kemudian kita merasa diri kita lebih tenang, lebih selamat... apa jadi dgn aqidah kita? apa jadi dgn doa Iftitah yg kita baca setiap solat 5 waktu? yg x paham boleh cek balik arti bacaan doa iftitah tu. kita minta macam2 dgn Alloh SWT tapi kita x yakin dgn Alloh SWT. boleh cek balik apa itu sedekah, apa itu zakat, apa manfaat jika kita bersedekah dan bayar zakat... sekadar pandangan or pendapat saya shj. terima kasih
BalasPadamNi mmg kes salah faham. Kalau sebut insurans, mmg insurans tu haram, tak kira utk nyawa ke, kereta ke, kapal terbang ke, kebakaran ke, kecurian ke. haram sbb ada elemen riba, bayar premium rm100 sebulan, tiba2 dapat untung (kalau guaranteed/investment link). lagi 1 sbb gharar (uncertain),tak tau benda yg diinsurankan itu jadi ke tak, bayar je bulan2 takde pape company insurans tu yg dapat untung. juga ada elemen perjudian, gambling, bayar bulan2 kalau jadi pape akan dibayar pampasan.
BalasPadamBeza Takaful? ada AKAD. akad antara peserta dgn syarikat Takaful (samada wakalah atau mudharabah), untuk 1. uruskan dana sumbangan (samada dilaburkan) juga 2. tabarru' (derma), utk membantu sesama peserta takaful kalau berlaku apa2 kejadian.
lebih lanjut, boleh semak model2 takaful, bagaimana sistem takaful dlm islam dijalankan.
apa pun, kenyataan penulis mmg salahm boleh mengelirukan. harap boleh tarik balik entri ni.
Klau takut berhutang, jgn berhutang.. Ptptn bkn jaminan masa depan... Jaminan masa depan.. Dlm hal ni sy menekankan, rezeki dtg dari allah.. Ajal maut juga dari allah.. Insuran bkn utk cover hutang ptptn, hutang rumah @ sebaliknye.. So jgn jadikan insuran 1 jaminan utk kite bile mati nnt.. Sebelum bank diwujudkn oleh yahudi, insuran tiada lagi dlm dunia islam.. Kerana islam mengamalkn matawang dirham @ emas.. Tapi islam ttp tidak mati kebulur. Insuran diadakn utk memperdaya org yg buta ttg kesedaran terhadap ajal maut serta takut akn hutang.. Islam sendiri menekankn ttg hutang... Klau nak dicerita mmg pjg.. Tapi setakat ni je la... Allahualam...
BalasPadamsaya seorg agen insuran yg juga lulus grade A exam takaful...bukan niat nak jadi dajjal utk sesatkan manusia..but please agen takaful terutama prubsn takaful jgn terlalu mudah nak kondem produk konvensional ..tidak dinafikan di msia ada islamic banking dan islamic insuran tapi adakah pengendali islamic banking dan takaful ni 100% milik org islam. islamic banking dan takaful hanya beza istilah tapi natijah perlaksanaannya adalah sama dgn sistem yahudi..malah kadar keuntungan dlm islamic loan yg konon halal tu lebih tinggi dari loan bukan islamic.ada credit card islamic lg skrg ni..bank kira keuntungan tu bukan guna sistem peratus kah utk credit card islamic tu...islam mengharamkan riba atas sbb penindasan.adakah bukti penindasan dlm insuran konvensional tidak terdapat dlm takaful..konsep tabaruk dlm takaful menghalalkan semua cara pengendali takaful..perkongsian apa dlm islam benarkan sykt telan duit peserta jika akaun laps(premium terhenti)..berdegar agen takaful tuduh faktor Al Gharar(ketidak tentuan) dlm konvensional sdgkan perkara tersebut juga wujud dlm takaful..bila terjadi risiko.apa terjadi byk mana rugi..tidak juga boleh dijangka tetapi dlm kontrak keduanya tercatat jumlah gantirugi jika terjadi..Al maisir (judi) haram konon byr premium RM200 jika mati dpt 100k .agen takaful melihat konsep pertaruh RM200 utk dpt 100k dlm konvensional sdgkan perkara ini juga berlaku dlm plan takaful.apa yg saya ingin utarakan disini adalah memang ada insuran hayat konvensional yg haram tapi bukan semua dan agen takaful perhati juga produk anda adakah benar2 adil dan islamic..knp bab yg untungkan sykt mau ikut konvensional tapi bila bab pulangan pelaburan sgt sdkt..dlm investment link takaful total premium paid berjumlah 72k tapi return akhir pelaburan hanya separuh dari total premium..alasan tiada riba.adakah semua keuntungan dianggap riba.rasulullah saw dulu berniaga dgn modal siti khadijah pun pulangkan utung pd siti khadijah..riba pd zaman dahulu wujud dlm sistem pajakan dan pinjaman yahudi tapi zaman skrg bila kita melabur di sykt insuran yang dipastikan pelaburan di kaunter yg halal apa masalahnya jika keuntungan sykt di beri kpd pelabur...saya akan sokong sistem takaful jika semua unsur haram dan ketidakadilan konvensional tidak wujud dlm takaful.tetapi natijahnya jika kita byr premium yg sama utk konvensional dan takaful manfaatnya berbeza .paling nyata dgn konvensional dpt ful coverage utl medical expences tapi dlm takaful kena byr ko takaful..boleh dpt full coverage dlm takaful tapi charges dikenakan sgt tinggi.yg kedua pulangan yg sgt rendah...dlm konvensional dpt dianggap sbg simpanan dan tidak ada apa yg dibeli tapi dlm takaful sgt jelas kita membayar sesuatu apabila dihitung dari beza jumlah cash value dgn premium yg dibayar
BalasPadamHai tanpa nama...sy baru je isi borang utk daftar amek insurans ni..dgn sorg agent prudential.die suruh sy amek yg convesional punye tp die ckp die akan pilih yg ikut syariah ..even bnde tu under convesional tp die ckp ley pilih . nti die buatkan die ckp...betul ke?
PadamLain dari Takaful tetap HARAM...Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengutuskan.
BalasPadamGreat info Mr K. Satu lagi, insuran ni sebenarnya mcm bank, siap dengan simpanan sekali. Ramai yg ingat premium yg dibayar tu "burn", tapi sebenarnya savings diaorang. Kalau ada yg kata haram, kita ada pilihan... pilih produk takaful.
BalasPadamNak bercerita pasal insuran mmg panjang.
So, kalau ada sesapa nak tau lagi boleh sms/whatsapp saya. X ada caj, FOC! Just wanna make clear pasal insuran ni dan nak tolong sesama kita.
013-2425430 -ahmad
apa yg saudara sebutkan dah betul tp at least, bezakan antara Insurance dan takaful...
BalasPadamsupaya umat Islam x keliru...
Insurance Nyawa mmg haram tp takaful tidak...
Insurance mengandungi riba, gharar dan maisir
manakala takaful menggunakan konsep wakalah fee dan tabarru'...
Saya graduan yang masih mencari pekerjaan. Mulanya bekerja di hotel tapi kena pegang arak so saya jauhkan. Then libatkan diri dengan insurans so bila tahu mana betul mana salah, saya elakkan. Semoga kita semua terlindung dari makan dari sumber yang haram.
BalasPadamSalam. Alhamdulillah sy ade kesedaran utk ambil lnsuran di usia muda. Muda2 ambil premium murah dan byk cover. Sbb sy bkn org senang y ada 100k dalam akaun. Kalau ada sekalipon sy ttp ambil insuran. Sbb saving is saving. Kalau ambil insuran even bila sakit takkan usik saving langsung. Bila dah sakit takde kerja at least ada saving utk survive. Lagi dapat pampasan langsung tak guna saving. Boleh kita bagikan pd waris. Bila mati tak susahkan org lain termasuk keluarga sdri. 😊..
BalasPadamSy juga merupakan agen pruBSN Takaful.
Siapa y dh ade kesedaran tapi tak tahu cara bagaimana hendak ambil perlindungan diri. Boleh direct wasep lina 0177603284
Kos ambil tahu dan quotation adalah PERCUMAAA!!!
jom buat appoinment. Saya boleh bantu anda.
Salam. Alhamdulillah sy ade kesedaran utk ambil lnsuran di usia muda. Muda2 ambil premium murah dan byk cover. Sbb sy bkn org senang y ada 100k dalam akaun. Kalau ada sekalipon sy ttp ambil insuran. Sbb saving is saving. Kalau ambil insuran even bila sakit takkan usik saving langsung. Bila dah sakit takde kerja at least ada saving utk survive. Lagi dapat pampasan langsung tak guna saving. Boleh kita bagikan pd waris. Bila mati tak susahkan org lain termasuk keluarga sdri. 😊..
BalasPadamSy juga merupakan agen pruBSN Takaful.
Siapa y dh ade kesedaran tapi tak tahu cara bagaimana hendak ambil perlindungan diri. Boleh direct wasep lina 0177603284
Kos ambil tahu dan quotation adalah PERCUMAAA!!!
jom buat appoinment. Saya boleh bantu anda.
Salam. Alhamdulillah sy ade kesedaran utk ambil lnsuran di usia muda. Muda2 ambil premium murah dan byk cover. Sbb sy bkn org senang y ada 100k dalam akaun. Kalau ada sekalipon sy ttp ambil insuran. Sbb saving is saving. Kalau ambil insuran even bila sakit takkan usik saving langsung. Bila dah sakit takde kerja at least ada saving utk survive. Lagi dapat pampasan langsung tak guna saving. Boleh kita bagikan pd waris. Bila mati tak susahkan org lain termasuk keluarga sdri. ��..
BalasPadamSy juga merupakan agen pruBSN Takaful.
Siapa y dh ade kesedaran tapi tak tahu cara bagaimana hendak ambil perlindungan diri. Boleh direct wasep lina 0177603284
Kos ambil tahu dan quotation adalah PERCUMAAA!!!
jom buat appoinment. Saya boleh bantu anda.
BalasPadamperkara mudah sahaja,jika rasa ada keraguan, sangsi tinggalkan sahaja yang syubhah itu..
masuklah dalam agama sepenuhnya,jangan separuh-separuh
fatwa mesti datang dari pihak authority bukan dari orang awam
apalagi dari mereka yang memang berkepentingan