Jumaat, 23 Julai 2010

Buat Blog Dapat Dosa.

Assalamualaikum.

 Sweet.

Hai gadis-gadis dan lelaki lembut sekalian.

Minggu lepas, aku ada dapat email dari seseorang yang aku tak kenal. Perempuan. Email dia siap di mulakan dengan Asslamualaikum. Jarang sebenarnya orang yang emailkan aku start dengan salam. Sebab biasanya, masuk-masuk je terus start dengan "Bf i tuuuu teruk. Selalu...." and "Bf i niiii. Semalam dia...". Aku tak kisah jawab soalan-soalan pasal love-love ni kat email. Tapi aku lagi prefer soalan yang... lelaki sikit. Dan aku bukan Dr Love ya.

Well, kan best kalau ada orang email tanya "Apa pendapat anda tentang illuminati." atau pasal Hitler. Atau pasal makanan-makanan di Malaysia yang kononnya haram. Atau pasal kenapa harga kereta Malaysia sama dengan harga kereta luar negara tetapi kualiti kereta Malaysia sucks. Atau kenapa bila join parti politik tertentu baru layak masuk syurga, join parti lain, masuk keraka. Ehem ehem. Okay ramai dah panas. Baru cakap sikit dah panas. Sebab tu aku tak cakap kat blog pasal politik. Takut ramai menangis bila tahu the truth.

 Forward.

Err. Okay back to topik. Girl ni aku tak kenal tu email aku tau. Dia bukan nak tanya apa-apa soalan. Tapi dia nak sound aku. Aku curious tau dengan dia. So, aku ambil email and letak kat facebook pun tak jumpa facebook dia. So, agak misteri lah. Actually, tak penting pun pasal identiti dia. Yang penting, adalah apa yang dia nak sampaikan kat aku. Dia kasi nasihat kat aku. Kaw punya nasihat.


Assalamualaikum.
Actually aku bkn nk kritik pon. Just nk bagitau aku tak suka tengok gambar-gambar tak senonoh yang menghiasi tulisan kau. Senang cakap gambar kissing, perempuan sexy dan yang sewaktu dengannya.

Gambar macam tu kan boleh menggugah iman kan jadi aku rasa tak best la nk tengok. Lagi pulak kalau lelaki tengok, kan boleh tambah dosa.

Aku bukan nak berlagak ustazah ceramah kau pun. Tak. Janganla fikir macam tu. Kau pun tau ramai yang suka baca tulisan kau and tulisan kau dah cukup best. Serius. Tak perlu umpan ngan gambar macam tu pun aku rasa. Hehe.

Kau janganla terasa apa-apa ek? Take it positive way ye. Ada satu artikel best pasal benda ni sebenarnya, Jangan Promosi Dosa di Blog.

Oke.Wish me luck nak quiz fizik malam ni. uhh

Tak terasa. Tak terasa.

Actually, bila aku relax-relax, buang parang dan campak pistol serta buang hajat nak membunuh orang yang buat aku terasa ni, aku rasa betul juga apa yang dia cakapkan. I mean, pasal gambar gadis-gadis lah. Ada ke patut aku letak gambar gadis-gadis tengah kissing? (Gambar Edward kiss Jacob tak apa). Pulak tu, banyak betul ada gambar-gambar gadis yang tak senonoh kat blog aku yang selain kissing. Ada gambar awek pakai baju seksi, ada gambar Maria Ozawa, ada gamba Shasha Grey. Ish ish ish. So sesiapa yang nak jadi model tapi tak ada peluang, rajin-rajin lah photo shot untuk blog aku. Bertudung sahaja.

Pulak tu, gambar lelaki cool pun ada. Gambar lelaki seksi tidak kurangnya yang secara tak langsung menaikkan nafsu kaum yang ada 9 nafsu. Gambar Jacob Black yang tak reti pakai baju misalnya. Kan? Tapi pelik juga aku bila korang tak ada la pula sound aku. Mesti korang layan je kan. Gatal betul perempuan sekarang.

Apa pun, terima kasih kerana sudi sound aku.

31 ulasan:

  1. kiranya perempuan ni orang pertama yang tegur ko lah ye? bagus la tu. at least yang tukang layan gambar-gambar tu sedar la sikit kan. termasuk la aku. haha :D

    p/s: masa aku setat folo belog ni belom pernah keluar gambar Maria Ozawa. terlepasss. atau mungkin aku yang tak kenal muka perempuan tu sebab memang aku tak kenal.. zzz...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah... ada gak orang perasan benda tu ek??? naper aku tak perasan??? adakah.........??? omaigod!!!

    BalasPadam
  3. ngahaha.. tak terasa. tak terasa. tapi perli..ngeng.
    Tapi aku tak terasa jugak lah. haha. sbb skrg dah pilih gambo supan2 gitu. asek kene maki jep.. xde nak puji ke? adeh~

    BalasPadam
  4. haha, baguslah kau daht terasa. jgn buat lagi.

    BalasPadam
  5. saya pun ada terkeana tempias bla membaca artikel yang di link tersebut
    terima kasih juga atas peringatan

    terbaru dari saya : long bamboo

    BalasPadam
  6. setuju jugak dengan pmpn tuh. sebab yg tgk dpt dosa, tp yg beri tgk pun dpt dosa :)

    sorry. jgn ambil hati yaaaa.

    BalasPadam
  7. @Kim - Hm?

    @Nasih - Aku pun tak kenal juga. -,-

    @Faizal - Ya. Ya.

    @FQ - Maksud?

    @Zither - Baikk.

    @Yuki - Tak baik cakap macam tu. :)

    @Citizen - Sama-sama.

    @Mimi - hmm?

    BalasPadam
  8. aku ada ura2 nak bagitau kau gak tapi ada orang buat dulu.. good job pada perempuan tu. ;D

    BalasPadam
  9. trasa kot from artikel dr link tu.. movie, song, drama reviews etc xD
    T.T xD

    BalasPadam
  10. great job on being cynical. haha

    BalasPadam
  11. entah. biler ko tanye, maksod?? terus blank. abaikan2~

    BalasPadam
  12. org sound maknanya die "Caring" kat kau.. ehehe.. =)

    BalasPadam
  13. nice.. i guess blogging is fun =)

    BalasPadam
  14. Ngeee...terkana sebijik!!nice bro!!suka nasihat ni~

    nanti ada masa dtg la blog aku ya..
    Post baru:Jadi Bos.Mau?

    BalasPadam
  15. aku nak tegur jugak gambar2 kat blog kau ni..tapi hari tu broadband slow sangat.keh3.
    aku pun tak mau lah dapat dosa bubuh gambar sekdi2..baguslah emel peringatan yg kau dapat tu.thanks kongsi dgn kami

    BalasPadam
  16. betul jugak tu. apa2 pun thanks pada yang sound tu lah ye...

    BalasPadam
  17. letak gamba pemandangan macam tuh kan best..hehe...

    bagus kau terima dengan hati terbuka..ape pon yg kite buat..kembali pada niat..=)

    BalasPadam
  18. "Pulak tu, gambar lelaki cool pun ada. Gambar lelaki seksi tidak kurangnya yang secara tak langsung menaikkan nafsu kaum yang ada 9 nafsu. Gambar Jacob Black yang tak reti pakai baju misalnya. Kan? Tapi pelik juga aku bila korang tak ada la pula sound aku. Mesti korang layan je kan. Gatal betul perempuan sekarang"<<<<< ada ke popuan de feel tengok laki cam gini? Kalau saya, saya tak rasa ape pon... hehe... ikhlas ni...

    BalasPadam
  19. naseb bek hang kena tegur dulu. dan tengs sebab tak malu untuk expose teguran tu. so kami2 yang lain akan amik tindakan drastik selepas ini.....

    BalasPadam
  20. waaaa...caya la...good job sis...

    aku x peduli sgt bab2 gmbr ni..aku lbih fokus pd tulisan so x terasa ape2 dan aku x gatal....haha3

    tp aku perasan jgk...ko slalu kutuk pompuan tp ko mmg suke ltk gmbr pompuan...haha3

    bg aku gmbr ni hny tok jdikn tulisan kite menarik n x hmbar...tp btol kate die jgn la ltk2 gmbr2 yg krg elok...hehe3

    BalasPadam
  21. hahaha. xpnah tfkir ttg nafsu pon tgk gmba2 tuh.
    huhuhu

    BalasPadam
  22. yang jacob tak pakai baju tu i terasa gila dohhhh HAHAHA

    BalasPadam
  23. btul tu..mmg x elok sgt mate mmandang pic yg bkn2 tu...
    utk p'ingatan bsame..

    BalasPadam
  24. x pe der, manusia kdg terlepas pndang, tapi tenkz share email tu..

    x semua orng sudi terima teguran so amatlah bagus der jenis hargai terguran orng ...

    yup blog merupakan perlambangan pemikiran y menulis

    BalasPadam
  25. aKU JARANG BLOGWALKING, TAPI KALAU AKU DAH MENEPEK KT BLOG KO, AKU AKAN MEMBACA DAN KEEP MEMBACA, THEN SHARE KAT FB (tercaps lock pulek)

    pasal wanita yang dah sound ko, aku suke sebab dia betul-betul 'care' isi kandungan blog ko.

    selama nih aku pon tak perasan. tapi aku suke ko letak gambar-gambar, taklah entry ko nampak kosong dan membosankan.

    Bila dia dah sound ko, baru aku terpikir, betul ke ade gambar horny dalam blog ko, ke aku perasan seimbas lalu je sebab ade je blogger lain yang selit-selit gambar kedewasaan teramat nih.

    Btw, aku menyokong ko, bukan sebab gambar yang ko letak, tapi entry ko yang berkualiti.

    Bgus-bagus. kipidap!

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.