Sabtu, 10 Julai 2010

Apa Yang Korang Patut Buat Bila Di Fitnah?

Assalamualaikum


Aku sekarang sedang menulis blog dan mengadap ke luar tingkap. Angin gila kuat. Dan, ada bau hujan. Lovely.

Well, beberapa minit tadi, aku ada lepak lepak kat sebuah forum. Then dari situ aku perasan yang banyak masalah yang di alami oleh budak-budak remaja adalah masalah fitnah, gossips, reka cerita dan something like that. Serta kebanyakan darinya mengambil langkah berdiam diri tanpa lawan balik. Ya, kebanyakkan mereka buat tak tahu, pastu mula la sedih lah, depressed lah, tension lah, apa lah, itu lah. Ini lah. But then, why kena kita kena STFU (diam) bila orang cakap yang bukan-bukan pasal kita? Adakah bila kita diam bermaksud kita betul?

Antara situasi yang sebenar adalah seperti di bawah. Situasi yang pernah terjadi suatu ketika dahulu.

"Kau betul-betul mencuri ke? Tak, kan? So kalau kau tak mencuri dan tak bersalah, kau diam je. Biar lah orang nak kata apa pun."

Actually, aku tak berapa suka la kepada pepatah yang macam ni dan yang seumpama dengannya. Semua orang tahu yang ramai bepegang kepada "Kalau kita betul, diam je. Pedulikan apa orang kata". But then, why? Kenapa kalau kita betul, kita kena diamkan dan living hell dengan mulut-mulut laser di sekeliling? Bagi lelaki dan perempuan yang dah biasa dan yang tak kisah, okay la. Tapi kalau bagi orang yang peduli dengan apa yang orang lain katakan, dan depressed di sebabkan hal ni, how? Kenapa tak lawan balik?


Aku pernah melihat beberapa orang mengalami stress, tension dan depression di sebabkan fitnah etc, and still, tak lawan balik. Dan bila aku suruh lawan balik, most of them refused.

Memang betul korang boleh ignore fitnah bila korang betul-betul tak kisah dan siap boleh senyum lagi. Tapi aku paling tak suka bila seseorang tu di fitnah atau di tuduh, dia mendiamkan diri, and then dia jadi down. Bila down, bad mood, then, menangis. Lagi pun korang faham je lah kan mulut perempuan macam mana. Lasernya bukan main lagi. Nak-nak manusia. Kesilapan orang laju je tersebar.

Tapi kan, selepas di fikir-fikir balik, mungkin orang yang di tuduh sangup berdiam diri kerana dia berpengang kepada "Lambat laun kebenaran akan muncul". Hmm. Mungkin. Mungkin betul apa yang dia cakap. Tapi nak menunggu kebenaran datang bergolek-golek tu bukannya sekejap dan bukannya mudah. Nak hidup dalam dunia yang orang pandang seorong ingat senang ke sehingga kebenaran tu datang? Bloddy hell punya susah. Pastu, tu belum kira kot-kot ada mangkuk-mangkuk yang berbunyi:

"Psssss. Kalau dia betul, kenapa dia diam je?"

Atau

"Kalau dia tak mencuri, kenapa dia dtak melawan balik?"

Bila aku berfikir kepada dua dialog di atas, aku juga terfikir; andai kata seseorang tu di fitnah mencuri contohnya, then dia menafikan yang dia mencuri, pasti akan ada orang yang berkata:

"Alah... orang yang mencuri tak akan nak mengaku yang dia mencuri. Kan?"

So guys, andai kata anda berada dalam situasi ini. Apa yang anda akan buat? Tak akan nak berdoa dan tunggu kebenaran tu datang tiba-tiba? Maksud aku, bila kita tak mengaku yang kita mencuri, orang akan kata kita mencuri. Bila kita diam pun, orang still akan kata kita mencuri juga. So apa yang patut kita buat?



30 ulasan:

  1. kalau aku, aku akan lawan balik.tapi kalau orang tak caye gak. itu masalah masing-masing lah. tak boleh nak tutup mulut tempayan sekor2 yang fitnah kite tu

    bak kata orang melayu pun, diam tanda setuju. baik amek langkah besederhana. diam tak, menentang lebih2 pun tak

    BalasPadam
  2. mcm mne plak ngan org yg betul2 mencuri, tapi tetap xnak ngaku.die wat muka xbsalah.pastu fitnah plak org lain yg xbsalah...hurm...

    BalasPadam
  3. kena beritahu secara terbuka yang kita tak buat salah, jangan diamkan diri..

    tetapi memberitahu tidak bermakna, kita menyerang, dan bermain tikam lidah. itu kebudak-budakan.

    beritahu secara profesional.

    BalasPadam
  4. fight it back la..bile ade org ckp "mana ada orang mencuri nak mengaku", tuduh orang yg tuduh kita tu mencuri, then dia akan menafikan kan..so, bagi balik ayat yang dia bagi kat kite tu..bile dah terkena, dia akan senyap.

    BalasPadam
  5. xleh buat apa2 yg boleh puaskan hati semua org kan, diam salah,back up pon salah.

    buat yg puaskan hati sniri sudah. kalo rasa better diam, diam la. kalo nk back up diri habis2an, backup lah. org lain apa tau..? haha

    BalasPadam
  6. kalau kita buat xpduli kita plak sakit hati kan..
    ermm tnye lah pe masalah dye sbnarnye dh sibuk dok mngata n memfitnah orang nie..

    BalasPadam
  7. berdiam bkn bererti mengalah..
    eloknya berdiam kita dpt elakkan hal jd lebih trok..
    btl..kbnrn bkn dtg bgolek tp kbnaran jg xpernah tdo..

    p/s:hehe like the envrment so much!

    BalasPadam
  8. klu ku lah... aku sepak jer org yng ngte.. mulut cam lahar.. klu diam semaken menjadi2

    BalasPadam
  9. Miss Comot
    (sowi x ltk link mls nk sign in...bhahaha3)

    aku pnh hdpi situasi sma cam nih...
    dulu de la c A n B gduh...aku x skg mn2 phak...tp yg aku x sgka c A ni duk sebar citer sal B pastu nangis2..kbtln aku de msa tue...aku dgr je...n then de dak junior dgr...aku soh dak junior tue blik...pastu x lm kemudian c A ni kate aku batu api..pi citer pe yg die gtau mlm tue sal c B pd c B(sbb msa c B dipulaukn aku still kwn ngn die wlpn die pnh bnci aku)...pdhal aku x kate pe2 pon...aku rase dak junior yg trdgr tue yg trsebarkn kot...org len cm pulaukn aku..myb c A ni bgtau org len aku ni batu api...cm ko kate la sedih giler, down..etc...pastu x thn sgt aku g jmp kaunselor(wat prtma kali kot) n aku diam je...n x lm kemudian tue c A tegur aku...tp aku snyum cam biasa tp x rpt dh ngan die...kang x psl2 psg brbuah 2 kli...smp skg hati aku skit...
    bg aku klu kn fitnah tgk situac la...kdg2 kite ptt diam...kdg2 kite kn cri solusion n kdg2 kte kn mtk tlg org len...cam tok siast k pe k...klu kite diktakn mencuri..cri bukti yg kiter x mncuri....

    BalasPadam
  10. selalu kene cmni. huhuh

    1st kene,
    aku lawan balik.
    tp ada org lain lak yg tak puas hti. dia gi tmbh2 cter sebarkan ntah hape la. so, bler tersermpak dgn mmber lain, dorg pndg sinis je. kdg2 treat aku mcm invisible. grr. tp aku biar je la. lagi aku lwn lgi aku kne. makin terukk. huhu

    2nd time
    sbb nama aku ika, aku kne tduh yg aku la gi sebarkan kes **** sampai masuk paper. hadoii. sbb nma aku ika, aku jd mgsa. pdhal aku tak kenal lgsung smua bdak yg terlibat dlm kes tu. tau pon sbb bcer paper.

    conclusion. aku buat derk jerr. even sakit hati gler. mls nak lyn org bodoh cmni. xde otak ke nk pkir logik ke tak. dah la budak kos lain yg trlibat. celah mne lak aku knal smua budak tuhh. haihh.


    manusia2...

    BalasPadam
  11. persoalan yang menarik... boleh siap satu entri kalau nak jawab persoalan ni.

    cakap salah, tak cakap pun salah.

    but for me, stand my ground till the very end. after all, we're innocent.

    kena cara kita fight for the truth, diamlah dia.

    BalasPadam
  12. Mulut manusia ni bisa.. selagi tak bisu, selagi tulah dia jadi tempayan.

    kalau tak buat salah, diam sudah. orang nak cakap apa pun, dia pun bukannya untung apa-apa jugak. kita pun tak rugi.

    so, kenapa nak risaukan apa yang orang kata? tak perlu melenting.. just chill lah..

    ~setiap sesuatu ada hikmah~

    BalasPadam
  13. for,
    the best is we fight for our right.
    lepas tu kalau dorang still x leh terima baru diam je.
    dah dorang tak percaya, nak buat macam mana kan.
    cool sahajalah.

    mulut tempayan kan boleh tutup.
    tapi mulut orang kalau dicilikan pun takleh tutup juga.

    BalasPadam
  14. penah kena fitnah mcm2 tapi buat dek je. kawan aku lak yg melawan utk aku. hahaha but still aku prefer diam sbb kalau mulut aku mula berkata2 alamat perang dunia la so baik diam je. aku suka ketenangan. =)

    BalasPadam
  15. Sebenarnye mcm ni... aku tau ko tau aku saper kan? dah senyap2... hahahah

    kes yg ko tgk tu.. tuan bdn dah bersuara dekat meja aku... aku sendiri mintak jgn bersuara kat luar mcm tu... sia2 je semua org tau kes aper... memang sasaran 'malaikat' yg buat citer tu nak tuan bdn sendiri jaja... dari situ 'malaikat' sendiri kata tuan bdn yg salah...

    so kes senang je.. sorang kene jadi org tgh.. n siasat... tu cara nak tutup mulut... kalo x... yg tuduh terus tuduh... yg dituduh x leh bela diri...

    dah jom ym... ko tau kan aku saper... hahha

    BalasPadam
  16. @SetanBogel - Ye aku kenal kau. Aku dah on YM. Kau tak on pun. :)

    BalasPadam
  17. aku pernah hadapi situasi lebih kurang serupa.kau tak boleh tutup mulut orang nak mengata.lebih sakit benda2 dusta dtg dr mulut org2 terdekat.aku cuba melawan secara senyap,tunjuk garang bila berada di kalangan si pengata.dalam hati tuhan saja tahu.rasa nak mengamuk,rasa nak menengking,rasa nak gaduh,...semua perasaan ada.tp terpendam.sbb civilized la konon..at the end.sendiri stress buat apa kan?pada aku let it out...atau paling best,doakan yg buruk2 untuk org aniaya org mcm ni...let them rott in hell.
    siriyes benda2 tersimpan mcm ni mengubah kau menjadi seorang yg negatif.sedangkan diorang hidup seronok je kann...

    BalasPadam
  18. aku pun pernah alami situasi cmni. where my ex-bf rupa-ruanya adah cpl sblm cpl dgn aku. bila aku taw, aku mntk clash. aku rse tindakan aku dh betul kot sbb aku xnk gf die tu pggl aku perampas klo tbe2 kntoi ke apa sdgkn aku xprnh buat mcm tu pun. ble kami clash, dia mntk aku diam sbb gf die xtaw pn die cpl ngn aku. damn. tp sbb laki tu kwn aku, aku setuju. but then gf die duk syak2 aku cm nk rampas bf die pastu main perli2 kt blog dia mcm aku la slh. setahun setengah dowh aku sbr ngn diorg berdua ni. macam aku xde maruah lgsg. smp satu tahap, aku dh tak boleh terima sbb pmpn tu suke main buat entry perli2 aku pastu pdm entry die, apakah? finally, bulan 6 bru ni aku buat entry sentap kat diorg. lantak ar, mls nk fikir, kwn tak kwn. aku dh penat bsbr, dh pnt nangis, dh nt mntk laki tu betulkan keadaan tp xde pe pun yg die buat. maruah aku diorg pijak2 je. cam apa perangai.

    aku bukan nak aibkn org, tp lepas ni kalau jadi camni lagi dlm hidup aku, aku takkan diam dah. sbb aku slalu fkir diam tu cara terbaik. nnt diorg penat diorg diam, tp tak pun. aku akan fight walau camane pun. diam tu baik, tp kdg2 memakan diri. sebab nk jge ati org, ati kite sakit. conclusion dia, fikir diri sendiri dlu bru fkir org lain. :)

    BalasPadam
  19. emmm,,2 la,,,ble kte nak tgakkan kbenaran,,lagi la seksa sbb owg kate kte ni rude lak,,,ble x lawan,,mken berjele2 lak fitnah yang kte dpat,,mlut2 owang ni pn kdg2 cm ape..nk ngate owg 2 tgok la dri sndri 2 elok ke x...bru leh judge owg laen,,,

    BalasPadam
  20. kalau sy larh, first diam kan ajer.. kalau dah tak tahan sangat, baru mintak bukti.. kalau takde bukti, sy bagi alibi.. itu termasuk dalam kategori menafikan.

    well mr k, pernah tak rasa jahat bila cuba untuk mempertahankan hak? boleh tulis satu entry pasal ni?? terima kasih :)

    BalasPadam
  21. Im in this situation right now . tak tahu nak buat apa . bila baca semua yang awak tulis , sebijik sangat dengan apa yang saya tengah hadapi sekarang. Orang tuduh kita mencuri tapi padahal kita tak mencuri. Si A yang kehilangan barang , dia bercerita dekat twitter pasal barang yang hilang. Lepastu masuk pulak si B , rakan sekerja kami . Dia mengutuk saya and tuduh saya yang ambil barang2 tu . Padahal saya dengan si B ni taka da lah kenal mana pun,dia memang tak suka dengan saya since dia start kerja dengan saya . Now , dalam twitter si B , setiap apa yang dia tweet mesti ada kena mengena dengan saya . even dia tak mention nama saya,saya tahu dia tgh bercakap pasal saya.Kadang kadang saya sedih , rasa nak menangis pun ada . Until now problem ni belum settle lagi.Masih menunggu siapa pencuri sebenar.

    BalasPadam
  22. saya dah banyak kali kena fitnah.. sebab semua orang tak suka saya.. sejak saya pindah ke kampung sebab ayah naik pangkat, saya try untuk sesuaikan diri.. tapi kawan2 kat sekolah baru macam tak boleh terima budak berada macam saya... saya tak pernah berlagak, tapi saya tak tau diorang masih tak puas hati tentang ape... dulu driver ayah saya hantar naik kereta.. tak la mewah, tapi ada je mulut nak mengata.. bukan saya nak, kalau boleh saya nak je jalan kaki.. then saya suruh ayah saya belikan basikal untuk saya supaya saya boleh pergi sekolah sama2 dengan diorang... tapi diorang masih tak puas hati... saya try buat baik, saya tak kisah... saya ajar diorang dalam subjek BI.. tapi diorang kawan dengan saya hanya sebab tertentu jeee.... macam2 saya kena... berdua2an dengan laki dalam bilik darjah yang paling teruk pernah saya terima.. tapi yang peliknya.. watak sang "lelaki" yang dicipta tu tak ada pun bila saya dituduh.. and nasib baik la pengetua pun waras and rasa macam tak logik bila saya dituduh berdua2an tapi sang "lelaki" tu tak dapat dikemukakan identitinya oleh sang penfitnah.... Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya...

    BalasPadam
  23. Yg aku hadapi skrg nih lg teruk kot..... sbb ade nye whatapp sbgai bukti..... bkn screen shoot ye... padahal aku xtahu menahu psal msg whatapp tu.. pd pndpt korg... cmne aku nk bersihkn name aku

    BalasPadam
  24. Baru je difitnah curi fon minggu lepas..yg fitnah bdak tmpat keje..baru knal..knal gitu2 je
    bdak tu ilang nfon mase g kedai mase tu aku yg teman die..xpasal2 die tuduh aku..suke2 hati die je..kate nye jumpe bomoh..bomoh tu kate kt die aku yg amik..last2 kene tengking dgn aku mnanges..esok nye nfon dy tu jmpe kt kedai yg aku g dgn bdak hampeh tu...dah tuduh aku dpan org..boleh plak mntak maaf camtu je..pape pn aku puas sbb dapat lepas perasaan marah tu mase die tuduh aku..xsalah pn nk tegak kan keadilan..now dy xbrani pndang pn muke aku..huh

    BalasPadam
  25. Mmg prefer tok diam jer...mls nk kecoh²...takot bila ak dh bersuara jd perang bsar...bkn skali dua kena...penat gaduh² mulot nh..insyallah ad hikmah di sebaliknya to..

    BalasPadam
  26. Assalammuaikum..... Hidup aku ni seksa sikit, aku dah 4tahun disini kena fitnah teruk. Ada saja nak direka cerita. Entahlah aku pun tak tahu mana diaorang dapat idea nak reka cerita ni,kalau diaorang dah tak de cerita nak fitnah aku diaorang ulang benda yang sama tiap tiap hari,macam macam diaorang cakap kat aku tapi jiran sebelah rumah kanan and belakang rumah. Bila aku pekik ajak jumpa tak nak jumpa. Aku pun masih tak faham apa yg diaorang tak puas hati dengan aku,tiap tiap Hari fitnah. Aku sabar Lama,mula mula aku diam and than aku dah tak tahan aku Lawan diorang. Bayangkan lah aku bukak mata jer aku dengar orang fitnah aku. Siapa tak tension stress kalau orang cakap benda kita tak buat dan bukan diri kita. Sampai bila nak sabar. Last sekali aku jumpa doa ni untuk orang difitnah dan teraniaya,

    BalasPadam
  27. Apa yg aku lalui sekarang.. Aku d tduh mencuri sedangkan org lain yg mencuri hmm.. Saya cuba utk diam, tp lumrah mnusia kan.. Konfem akn stres dan depresi bila d tuduh mcm ni.. Lebih2 lagi melibatkan wang.. Org yg menuduh aku pun happy2 je sebb dapt jatuhkan aku.. Aku xtau lah knp.sejak ada budak baru maslk, ade2 je fitnah dia kat aku.. Aku kerja lama kot hm.. Apapun, aku mmg xdpt nk maafkn org yg buat aku mcm ni..sebab dia, org pandang serong kat aku huhu..

    BalasPadam
  28. Bagi aku la..bila kena fitnah kita seharusnya cari bukti yg kita xbersalah..bukan just diam..kita tahu diam xsemestinya salah tpi bila kita diam akan menampakkan kita ni bersalah walaupun sebab kita x fight utk fitnah yg ditabur dgn bukti² yang sahih mengatakan kita xbersalah..

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.