Rabu, 7 Julai 2010

Review Blog : Kereta Mayat (Ustaz Ganas)

Assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh


Di tengah malam yang hening, aku dok pantas menaip entry baru yang mengejek para gadis tentunya. Tengah-tengah syok menulis, aku terdengar satu suara dari belakang "Weh, mu ada blog ke?". Aku terus tutup lid laptop takut-takut abang aku nampak apa yang aku tulis and apa nama blog aku. Kalau dia nampak pastu search, perh, mampus.

"Eh, tak ada lah. Mana ada. Tak ada masa aku nak main blog-blog ni"

"Ceh, suka hati mu lah. Btw, mu pernah tak baca blog Kereta Mayat?"

Seriously, aku tak pernah baca blog bernama pelik macam tu. So aku search la. Then, bila aku baca je, terus aku letak link blog tu kat "The Other Cute Miut" yang bermaksud, kalau mana-mana blog yang kat The Other Cute Miut tu update, aku akan baca serta merta. Dan tak kira lah seseorang tu famous atau tak. Sebab kalau aku tak minat, maksudnya aku tak minat, dan aku tak akan baca.

And seriously, blog Kereta Mayat adalah antara satu-satunya blog yang di tulis dari tahun 2006, tapi di blognya tak ada iklan pun. Maksudnya, dia tulis blog 100% kerana dia suka menulis dah suka share ilmu.

So, apa yang special nya pasal blog Kereta Mayat ni?

1. Seksis / Diskriminasi. Selalu menangkan lelaki.
Penulisnya lelaki bernick name Hamka. Gaya dia macam ustaz tapi bukan ustaz. Dan dia selalu membela kaum lelaki. Tapi kadang-kadang tu ada la juga dia menang kan perempuan. Ah, mesti sebab dia kesian tu. Tak pun sebab dah terkantoi bini dia dapat tahu dia asyik mengata perempuan. Tapi memang selamba lah dia. Dia ni asalnya mat rempit. Bawak motor RXZ. Pastu jatuh cinta kat seorang ustazah. Sebab tu boleh jadi macam ni. Hebat betul kuasa cinta.

2. Dr Love yang sebenar.
Aku tak faham lah kenapa korang selalu panggil aku Dr Love nak-nak kat formspring. Kalau korang nak tahu, ni, penulis Kereta Mayat ni adalah Doktor Love yang sebenar sebab dia memasukkan inti pati agama sekali. Bab-bab love yang paling aku suka adalah di entri Ada Apa Dengan Cinta dan entri Enjoy the silence with your lover.

Dia jarang update blog dia. Maksud aku, dia akan update dalam seminggu sekali. Dan sekali update, perh, panjang berjela. Dan, entri dia amat-amat berkualiti. Setiap ayat dia dia cakap termasuk hadis adalah amat-amat ada point dan bukan kata-kata kosong.


3. Tahu pasal agama sambil gelak.
Aku rasa, blog dia adalah satu-satunya blog yang cakap pasal isu agama yang secara kelakar dan main lepas je. Pastu, dia cakap mesti direct to the point. Tak ada dah nak jaga perasaan perempuan tak kira lah isu seks atau apa-apa isu pun. Contohnya;







Pada awal perkahwinan, aku telah bertazkirah pada isteriku supaya aku nampak
berilmiah kerana perempuan memang suka kat lelaki yang berilmiah lagi beriman…
Kataku:

"wahai sayang, awak tahu tak apakah rahsia di sebalik jari jemari abang ni?
(Tentulah isteri aku nak tahu, dan isteri mana yang tak suka kat suami yg bijak dalm tutur kata… he he he.saje jer aku nak tunjuk terer…)

Aku kata: wahai isteriku, lihatlah jari jemari abang ini,(kasar, keras dan berkematu)
Jari ibu ni melambangkan ugama islam tau iman!, merupakan jari yg terpenting sekali dlm ke semua jari-jemari, tanpa jari ini(insyaAllah) tak boleh nak suap nasi kemulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak picit jerawat, nak tekan spacebar, nak itu-ini, begitu begini bla bla.bla

Sebegitulah pentingnya iman pada hidup ini.. dan bila jadi mayat kelak... sangat penting!!!
(sambil aku membuatkan isyarat 'good' dengan ibu jari..)

Jari telunjuk pulak mewakili ilmu, cth bila org tanya mana masjid?,aku kata:tu, !Aku tunjuk ngan jari telunjuk(tak tau lah kalau korang tunjuk ngan ibu jari he he)

Mana binatang jahat tu?Aku kata: Tuuuuuuu…tunjuk ngan jari telunjuk menunjukkan ilmu yg ada dan bukan nak menunjuk-nunjuk… (lantak koranglah kalau korang nak tunjuk ngan ibu jari atu dengan mulut yang memuncung )

Isteri tanya: jari tengah ni mewakili apa pulak bang?

Aku kata: Jari ni mewakili: (FU*K) jari nafsu, di gunakan untuk memuaskan nafsu(aku dah kabor dah, aku tujukan tazkirah ini hanya pada org yg dah kahwin atau nak kahwin untuk waktu terdekat… yang tak ada niat nak kahwin, main jauh-jauh..)

Sambung balik pasal jari nafsu atau jari F*CK ini…, biasanya jari ini bagi orang yang dah kahwin digunakan untuk membanghkitkan ghairah sang isteri..(arghh, aku dah naik sheih!), Sekarang cuba awak bandingkan, kelihatan jari ‘nafsu’ ni lebih tinggi dari jari ilmu, (jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk)

Ini bermakana walau camne terer pun ilmu ugama , nafsu tetap mendahului, sebab tu nabi suruh kahwin cepat cepat!!!, (tak tahulah kalau jari korang sama panjang-alien ke apa?) banyak cerita ahli abib yang tak kahwin dan ibadat pulak tahap wali, tapi bila datang perempuan, di pendekkan cerita di zinanya perempuan tu… nafsu mana boleh tahan beb!!! (Na’uzubillah)

OK, sekarang kita pergi pada jari manis, jari ini di ibaratkan sebagai seorang isteri yang manis.. isteri yang dapat meredakan nafsu shahwat lelaki..oh!

Bila kita renung akan jari manis ini, (eh,? dah ada cincin.. he he he), maka, kita dapati, jari manis dan jari ilmu akn mengapit jari nafsu…(jari manis dan jari telunjuk akan mengapit jari FUC*!!! ), maka nafsu akan terkawal… begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah!! (amin.. Ya rabbil a’lamin)

Dan jari anak mewakili isteri kedua, eh?! Silap, errr, ,mewakikli jari anak2 kita(dah namapun anak),
Nah!, maka sekarang kita lihat, inilah satu kehidupan yg sempurna, Sabda Nabi lebih kurang maksud: org yg berkahwin telah meyempurnakan separuh dr ugama…ustaz pulak kata;yg separuh lagi(5 jari) adalah rukun islam!

Wah wah wah, isteriku begitu mengagumiku, he he…bertambah respect dia pada aku…betapa berilmiahnya aku ha ha ha..(cubalah korang buat kat pasangan korang, jgn buat kat awek pulak!)

Boleh kata juga yang perangai dia macam aku. Tapi aku percaya umur dia paling muda pun 30 tahun sebab dia eja agama sebagai ugama. Blog dia ada 2000+ followers. So, rajin-rajin la lepak kat blog dia. Selain boleh gelak-gelak, ada juga input yang beguna. Tapi blog dia lebih sesuai untuk yang berumur 18+ tahun ke atas. Yang underage jangan nak mengada-ngada.



30 ulasan:

  1. memang ramai suka baca blog dia. tapi aku jarang2 baca.heheh.

    BalasPadam
  2. klu baca joegrimjow dan perempuan2nya tu hasil dari ilham entry die r
    ;)

    BalasPadam
  3. aku ikut blog dia dari tahun 2007. pergh, memang best. gaya dia menulis, lain dari lain.

    BalasPadam
  4. erk,kena pegi main jauh-jauh la ni?

    BalasPadam
  5. mmg superb la..macam pernah dengar sebenarnya blog kereta mayat ni dulu...
    tapi di mana ya..

    BalasPadam
  6. @Sarah - Blog dia tak ramai orang baca.

    @Ain - Yup. Susah nak cari yang ada point agama mcm tu.

    @Joe - Keluar2 :)

    @Iman - Underage ke? Mai kat abang.

    @Norafzan - Aku tak pernah lagi jumpa blog yang linkkan blog dia.

    BalasPadam
  7. bhahahahahaha...ntah2 abg ko da tau ko de blog...tue yg die tny ko de blog x...aku da pnh bc blog kete myat tue dulu...skjp je...mmber ltk jd slh satu blog fav die...

    -Miss Comot-

    BalasPadam
  8. ak da baca blog kereta mayat 2..
    mmg bez..

    BalasPadam
  9. aku pun dah lama ikut blog tu..

    best gak baca.. santai jer.. tak der lah stress sgt bila baca bab2 agama nie...

    BalasPadam
  10. suka jgk bcer blog KM.....best...slh 1 blog feveret tue..stiap en3 mesti bcer..input yg baek n bershja..yg pntg cre pnulisn yg slumber..blja agma dlm nda yg sempoi..

    BalasPadam
  11. This web site is actually extraordinary, seriously worth looking at

    BalasPadam
  12. Thank you for this brilliant posting

    BalasPadam
  13. Incredible this web site ended up being amazing. Wonderful job and/and also continue the good work. Thank you for the write-up this works well for me personally

    BalasPadam
  14. Thanks for a good publish that helped me to in the process, We are happy for all your work in looking into and penning this blog page

    BalasPadam
  15. Several pretty good ideas. Effectively planned

    BalasPadam
  16. Appreciate the data. Well done!

    BalasPadam
  17. Great post. Becoming a fresh new blogger I'm figuring out a lot out of these kinds of blogposts continue the nice job.

    BalasPadam
  18. It's upsetting that there are people never reading through this web site. Great job

    BalasPadam
  19. Wonderful! Thanks for this particular article! It was invaluable.

    BalasPadam
  20. blog hamka nie mmg terbaek lah dri lelaen! ilmu bnyk boleh dpt!

    BalasPadam
  21. blog hamka nie mmg terbaek... pnoh ngn ilmu... cunn...

    BalasPadam
  22. tengs...hihihi..tu jew

    BalasPadam
  23. tengs...hihihi..tu jew

    BalasPadam
  24. anon kat atas ni bro hamka ke? haha. well siapa kata blog dia tak ramai baca. ramai giler, walaupun tanpa bw, dia berjaya kumpul 4xxx followers sudah. sekali n3, pasti berjela, dan komen purata mesti seratus lebih walau dia kurang reply. itu baru berkualiti, jarang update, tapi sekali keluar, boom! tak macam kebanyakan blog picisan, hehe, update sejam sekali, tapi penuh dengan cerita diri sendiri yang memualkan. "arini saya makan nasi kambing", "arini saya main dengan kucing saya". woha!

    BalasPadam
  25. judulnya menarik, isinya asyik, yang menulis cerdik

    BalasPadam
  26. maaf cakap lah engkau dgn bapak kau sama bangang......belajar hukum islam lebih dalam lagi....kerana duit semua jadi halal....contoh paling hampir babi....walau terdapat sumber hallal sebanyak 99% dimasukan bahan dari babi walau pun jumlah sikit akan jadi najis dan haramlah hukumnya.....

    BalasPadam
  27. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.