Ahad, 18 Julai 2010

Review Movie : Mantra (Filem Malaysia)

Assalamualaikum

Mantra

Duh, semalam aku ingat nak layan The Inception di East Coast Mall. Tapi aku ada dua masalah. Pertama, tempat duduk hampir full. Yang kosong hanya di bahagian depan. Dan masalah kedua adalah masa tanyangan yang paling awal pada masa tu adalah pada pukuk 11.50 malam dan masa tu aku datang dengan abang dan adik perempuan aku. So, agak tak elok kalau perempuan keluar lewat-lewat malam.

Dipendekkan cerita, aku menonton Mantra. Filem seram. Filem melayu pertama yang aku tonton di panggung wayang. Aku tengok ni pun sebab terpaksa memandangkan dah tak ada movie lain dah.

But then, as expected. Filem melayu, apa yang korang rasa? Bad? YES. Bayang kan filem seram, tapi orang lain boleh gelak-gelak sakan. Kalau filem Jangan Pandang Belakang Congkak tu boleh lah nak gelak-gelak sebab tu file seram komedi. Tapi ni, filem seram yang betul-betul seram, tetapi penonton boleh gelak. Agak-agak, kenapa penonton gelak? Well, aku rasa tu maksudnya yang movie tu tak berjaya tarik audiences masuk kedalam movie tu sendiri. Sebagai contoh, Saw. Try tengok Saw then agak-agak ada tak babak nak gelak? No way.

Dan dari dulu sampai sekarang, kualiti CGI filem Malaysia tak pernah naik. Contohnya, try tengok video promo kat bawah;

Filem baru Malaysia yang.... ouch.

Aku tak tahu la samaada filem Libas ni tiru movie Shaolin Soccer atau apa. Tapi, aku harap tak sebab banyak sangat movie buatan Malaysia yang meng- copy filem luar. I'm Not Single contohnya. Aku perasan ada banyak babak-babak touching dalam I'm Not Single yang di copy bulat-bulat dari filem Philipina tak silap aku.

Dan, walaupun panggung wayang tu penuh dengan orang yang nak tonton citer Mantra, tetapi tak ada satu pun yang menjerit bila keluar hantu. So, kat situ faham-faham je lah.

Movie ni, kalau nak tengok dengan famili dan anak-anak, amatlah tak sesuai kerana ada babak-babak 18sx yang sampai ada lelaki kat belakang aku cakap benda-benda yang.... errr... bila watak dalam cerita tu tengah nak mandi.

 Saw 7 on this October 2010

Personally;
Bagi movie Mantra ni, aku kasi 5.5/10 bagi standard industri Malaysia sebab jalan cerita dia okay. Tapi bagi international horror + seram, aku rasa ianya agak susah nak cecah 3/10 sekali pun. Kalau korang looking for horror atau seram atau ganas, ini bukan filem yang aku rekemenkan.

Korang boleh cakap kita perlu support industri perfileman Malaysia. Tapi aku tertanya-tanya, kalau pengarah filem buat filem yang tak best dan syok sendiri, adakah kita patut support juga? Korang tonton wayang sebab nak kasi duit free kat producer atau nak enjoy movie? Berbelanja lebih sikit untuk Twilight : Eclipse dan The Inception adalah berbaloi dari bayar murah, tetapi tak enjoy langsung movie.

Mungkin, semuanya di sebabkan dengan pepatah "We got what we paid." Barang murah, biasanya tak berkualiti. Ya tak?


31 Comments:

♥CIK SHA♥ berkata...

tak best ek??memang takde tergerak langsung hati nak p tengok movie tu..kui3..naseb baek..

siggplus berkata...

aku rasa macam tengok teletubbies

WZulhilmi berkata...

kelakar tengok promo libas tu masa part baju koyak tiba2.. (- -"). Btw tak langsung excited nk tgk movie tuh..

tapi klu tgk trailer paranormal activity 2.. siyes..aku pun terkejut.. hahaha.. tapi x tau movie tu tak tau lagi best ke tak.. Tapi tailer dia memang best..

shaa bonitaa berkata...

baru nk tgk citer ni..tp bile dgr komen mcm ni..alah spoil mood pulak..hemmm~~~

SweetyMui2 berkata...

ada saw 7!! i loiikee!! :)

a kl citizen berkata...

as expected.


terbaru dari saya : manjakan diri

haha berkata...

wah. berminat menjadi pengkritik professional? sebab ada bakat.

mungkin ikut pengarah. azhari zain punya santau dulu pun original idea yang boleh tahan. pergerakan cerita yang memusnahkan segalanya.

but as the last film to show penjara pudu. ada nilai di situ :)

intannuratiqahmohamadyunus berkata...

i'm not single tiru my sassy girl jugak..

Syiqin berkata...

Sya dah lama x tgk filem melayu...boring seh..trailer libas tu awal2 dah ok..bila smpai part bju Rosyan terbakar sendiri, rasa cam over la plak..aiseh>.<"

♥cutebabygirl♥ berkata...

HAHA. standard r filem melayu. i pon jrg sgt2 ar nk tgk cte melayu kt pwgm. klu tdesak sgt je tgk. better dwnload je, x bazir. HAHA.

tapi kan, tgk trailer mantra tu mcm mantap.
tp hampeh gak.
aiyaaa~ ;(

Jard The Great berkata...

eh.. patut ku tny kat formspring? ehehe

Jard The Great berkata...

aah... padahal iklan2 kat mesia bukan main berkualiti jer... muvi tak setanding. kenapa ah?

tengkorakemas berkata...

Memang jauh beza filem melayu dgn filem luar..tak tgk lagi cite ni tapi memang dapat agak mcm mana..

bilela pengarah kita boleh hasilkan filem sebaik saw..

filem yg boleh membuatkan penonton teruja nak tau apa berlaku seterusnya, dan berfikir maksud tersirat..

kalau tak dapat buat, jgn harap nak buat sequel mcm saw tu

Miss Comot berkata...

Memang pon aku stuju...movie melayu amt lah kurang kualiti...klu msuk panggung nengok citer hantu...kiter takot pon sbb bunyi kuat wat terkejut je...bhahaha3

klu g panggung mesti cari citer omputih best dulu...sgt best tgk 3D Animation....buat aku kagum....waaaa...camne die leh wat n fikir nk wat citer ni...hahaha3 nk tgk Despicable Me!!!

Mr K berkata...

@All - Kan? Amat-amat tak berkualiti kan.

Encik aMin berkata...

Filem melayu terbaekk hanyalah Papadom!! :)

Lompat Tikam @ http://aminpunyastory.blogspot.com

O Ena O berkata...

org-org mesia..khususnye org3 melayu kite..cube la belajar2 tgk filem luar dr kelaziman mcm filem dr Uwei shaari,adman salleh,or pengarah sayang salmah tu yg aku lupe name pengarahnye..silapnye kite org melayu tak suke cite melayu sbb kite di promote dgn berlebih2lebihan cite melayu yg sampah mcm dr filem utk kaut untung semate2 dr metrowealth..tu mmg confirm la org melayu x tgk..(or sbhgn beso org melayu tak tgk)..kalo kome perasan..org bkn melayu yg jd produser filem melayu..mgkin bkn ikhlas utk menaikan taraf filem melayu selayaknya..tp lebih dr utk kaut untung semata2..tp gune tagline utk naik kan mutu filem melayu..mcm hampeh..aku gile bengang dgn orgmelayu sendiri yg x support pengarah2 cerdik mcm uwei shaari..tp sgggup memperbodohkan diri tgk cite tah hape2 kt pangggung...aku ni bkn movie addict..tp dr aku tgk cite melayu yg hampas bek aku tnggu cite melayu kuar time raye jer..sekian dr pendapat tak sebrpa aku nih..terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

bro,lu skali-skala tgok crita melayu...jd lu xnmpk peningkatan dr dulu..mmg kadang2 kita xbleyh nak jd hebat sgt dlm crita2 seram ni sbab kita ada restriction culture kiter...so lu patot appreciate peningkatan yg cuba dibawak pengarah filem malaysia,walaupun sangat kecil perubahan...klu sejuta org lg mcm lu...kat malaysia ni mmg xde industri filem la...

Mr K berkata...

@Anony - Patut la industri filem Melaysia tak maju. Sebab ada orang macam kau. Bangga dengan apa yang tak patut di bangga kan.

max berkata...

Industri Filem Malaysia semakin meningkat.apa yg tak meningkat cuma pemikiran org melayu tu sdri.terlalu "membeli" branding dari ngara luar. tereksploitasi dgan culture2 mat saleh,jepun,korea etc.knapa?sbb xpernah nk berbangga dgan menyokong saudara sdri.tapi xboleh nk buat apa.mmg org melayu mcam tu.dengki.ctohnya mcm lah blogger ini.yg mmbandingkan SAW dgan filem tmpatan yg mana kita tau mmg restricted. Bukalah minda, jgn jadi terlalu bias.Anda sgat pathetic whai saudara Khairul.

Mr K berkata...

@Max - Actually, adalah lebih pathetic bagi seseorang yang mahu katakan sesuatu, tetapi tak menggunakan identiti sendiri.

1st, kau kena faham maksud dengki. Dengki = sakit hati dengan pencapaian seseorang/sesuatu. So, aku nak tanya kau, apa pecapaian perfileman Malaysia secara keseluruhan? Berapa kerat filem boleh pergi jauh.

2nd. Kau tonton filem Malaysia untuk apa? Untuk tunjukkan support just kerana filem tu buatan Malaysia? Kalau filem tu teruk gila, kau still akan tonton disebabkan support? Siapa pathetic sekarang?

3rd. Kalau semua penduduk Malaysia paksa diri untuk tgk filem malaysia just semata2 atas nama support. Then pengarah filem akan teruskan buat filem macam tu. Sebab apa? Sebab "asalkan ada filemm malaysia, mesti tonton. Untuk support filem tempatan"

Last, pernah tak kau terfikir kalau tak ada orang tangok wayang, apa pengarah dan pernerbit filem akan buat? Ya, mereka akan kaji balik semua filem mereka dan define apa yang membuatkan tak ada orang tengok. Tapi dah kalau semua orang support, dieorang akan terus lah buat filem yang taraf macam tu. Kan?

Apa yang aku cakap bukan bias. Tapi based dari yang betul. Ada filem yang aku respect jalan cerita dia contohnya I'm Not Sigle dan Syurga Cinta. Tapi kau tau lah kan dalam cerita tu, berapa peratus idea asal original buatan Malaysia?

kabus berkata...

oh. macam sangat tidak menyelerakan untuk tengok. terima kasih untuk review tu :)
tapi, takde mention pun pasal adnan sempit, papadom, sepi, cinta atau buli ke..
rasanya filem2 tu masih lagi boleh dipandang atas dari yang biasa-biasa (from my pov) sebab ada benda yang tersirat kat situ

Tanpa Nama berkata...

Aku dah tengok cite tu...ok ape...best r sape lak yang kate xbest...klu duk sokong yg luar ngara je bile mlaysia nak maju?buat n terbit citer sndrilah,leh tgok staraf ke tak cite korang buat compared to cite mantra nie...utk pgetahuan korang,mantra nie mncritakan citer sbnar yg terjadi kat dunia mlayu nie tau...bkan mcm citer2 luar yg bnyak rekaan yg kterlaluan n tak logik terjadi... papepon,tgok n judge sndri...jgan dgar khabar angin dulu...

iqbal berkata...

Memang Patut Industri Filem Melayu dihentikan

Setelah membaca reaksi generasi Melayu Malaysia terkini terhadap keputusan FFM23, barulah saya dapat memahami kenapa industri filem kita berada di tahap ianya berada. Generasi ini tidak mahukan filem Melayu, benar, mereka hanya mahukan filem daripada Hollywood yang memberikan pulangan sentimen berbaloi dengan wang yang dibelanjakan membeli tiket wayang. Tidak ada apa yang hebat mengenai filem Melayu, andai Fast & Furious dimelayukan, kepada mereka ianya tidak ‘cool’ kerana yang ori lebih hebat. Begitu juga dengan ‘Alice in Wonderland’ yang dimelayukan dengan cedokan-cedokan idea daripada video-video amatur diYouTube. Juga tidak cool kerana lebih baik menonton ‘Alice in Wonderland’ melalui DVD cetak rompak dengan belanjanya hanya 8 hengget.

Baru-baru ini semenjak pemergian Yasmin Ahmad, ramai remaja yang me’relate’kan diri mereka dengan filem-filem Yasmin Ahmad, kononny filemnya liberal dan cool, tetapi pada dasarnya, kemana mereka ini semua semasa ianya ditayangkan, kenapa ianya tidak box-office, kemana? Dan ragam ini berterusan, walaupun terdapat filem-filem seperti Adnan Sempit dan Belukar yang agak asli tetapi sambutannya tidak konsisten. Kutipan 7 juta sebenarnya tidak banyak, untuk pengetahuan semua, pertamanya ianya dibahagi dua dengan panggung wayang, maka tinggallah 3.5 hengget. Kos pembikinan filem sudah menelan hampir 2 juta, lantas tinggal 1.5 juta. Pemasaran dan promosi pula akan memakan lagi 500,000 hengget dan tinggallah 1 juta, yang mana bolehlah dianggap sebagai untung sebelum cukai. Dan hanya segelintir filem sahaja yang akan mendapat kutipan sehingga 7 juta dan berkemungkinan sekali setahun. Jadi dimana penonton-penonton kita? Terutama penonton-penonton generasi kita yang terkini, para remaja yang begitu nekad dalam memberikan komen dan ada juga maki hamun terhadap industri filem Malaysia. Tentunya sedang menonton filem Hollywood.

Maka apabila purata kutipan filem Malaysia adalah dalam lingkungan 1.5 juta, tentunya kurang daripada 750,000 hengget sebagai kapitalnya. Untuk menyiapkan ‘print’ yang digunakan untuk ditayangkan di panggung wayang sudah menghabiskan sebayak 250,000 hengget, maka modalnya tiggal 500,000 hengget, maka tidak hairanlah kenapa ada filem yang tidak ada promosi langsung (bayangkan untuk mengambil satu billboard sudah mencecah 16,000 sebulan, itu pun entah ceruk mana). Purata demand artis popular boleh mencecah sehingga 100,000 hengget, jadi berapa yang tinggal, mana untungnya. Produser-produser filem kebanyakannya berada dalam keadaan kerugian, melainkan jika penonton-penonton generasi hari ini para remaja sekelian mahu menonton filem malaysia tanpa prejudis ataupun rasa malu. Tanpa penonton di Malysia, filem Hollywood akan terus mendapat keuntungan USD300 juta di serata dunia. Industri filem Malaysia terletak ditangan penonton, jika anda tidak menonton, pastinya penggiat seni dalam industri filem Malaysia adalah tergolong dalam golongan yang kurang siuman. Lantas budaya kita akan terus terlaknat dan dijajah oelh budaya barat sampai bila-bila. Belilah DVD cetak rompak untuk menonton filem Hollywood, dan tontonlah filem Malaysia di panggung wayang. Jangan biarkan identiti kita hilang tanpa pangabadian dalam bentuk filem. Sesungguhnya tidak ada orang lain yang akan memakai baju Melayu kalau bukan orang Melayu.

da' ;)) berkata...

saw mmg gempak !

Tanpa Nama berkata...

haha.... terkilan ngan sikap segelintir yg mengaku 'melayu'. mereka seolah2 bangga melaungkan "CERITA MELAYU X SEHEBAT HOLLYWOOD". bangga kerana mereka x pernah ke pawagam utk menonton filem melayu. memang diakui filem kita x setanding hollywood, tp perlukah anda berbangga kerana x pernah menonton filem melayu kat cinema??? memalukan jek...

Mr K berkata...

@Abonymous - Abis tu, kalau aku tak pernah tengok filem melayu, macam mana aku boleh buat review?

Dan, oh ya. Seseorang itu hanya melayu kalau dia menonton movie melayu. Yes?

Feel The Hate berkata...

aku bukan tak suke citer melayu..
tapi kalau tgok betul2, banyak citer melayu yang kurang kualiti.
aku paling benci citer genre komedi seram BUATAN MALAYSIA sbab aku memang tak boleh nak gelak walaupun babak tu kelakar!
produser filem malaysia ni patut ikut cara pengarah muda macam farid kamil dengan shamsul yusof buat filem. filem diorang sumer BOX OFFICE. tu baru melayu!

Tanpa Nama berkata...

ala...klau crite mlayu baru mandi kemban je dh kecoh budak2 xleh tgk...skrg crite org putih tayang kat tv mcm la mak bapak diorg kesah klau anak diorg tgk...

Tanpa Nama berkata...

Aiyoo... Dh tentulah biler tgk Filem melayu berkembam bgai akn bising sbb we are muslim n pelakon n cerite pun berkenaan dgn org islam.... Klau org putih tu, tk heran sgt sbb diorg non muslim... Biler budk2x tgk cerite melayu, mereke lbih terpengaruh sbbnye, die tgk n fkir" eh, diorg buat, n agame islam lg. So mksdnye tk slh lh". But biler tgk cter omputih, tk heran sgt sbb kt mind mereke mmg dh set, mereke non muslim, mstilh buat itu ini... Kite muslim, tk boleh.... Myb ad jugk pengaruhnye, yg itu ibu bapa yg kne pantau... But budk2x, mne lbih bnyk tgk cter melayu kn...

xtra5 berkata...

malaysia mampu mengeluarkan filem2 yang setanding malah lebih lagi bila satu hari nanti pengarah/pelakon filem sebenar ditemui semula.imaginasi pengarah/pelakon malaysia duduk ditempat yang rendah sekarang.

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger