Sabtu, 14 Mei 2011

Review Filem / Movie - Kongsi : Lu Langsi Lu Mati.

Assalamualaikum


Hello babies.

Masa aku tulis entry ni, aku baru balik dari tengok wayang. Dua wayang in a row. Ingat nak main bowling. Tapi sayangnya tangan member aku sakit. Penyudahnya, tak main bowling ah.

Masa aku sampai kat East Coast Mall tadi dalam pukul 9 tau. Aku pergi la ke kaunter tiket untuk beli tiket. Expectation - Banyak movie + Banyak Hall = Tiket tak akan sold out. Tapi resultnya, semua fullllllll. Semua full kecuali movie Priest 3D. Filem Melayu yang rasanya most anticipation ever. Why? Sebab 3 halls FULL. Aku pergi beli tiket pukul 9++. Screening pukul 12.50 Am. Hampir pukul 1 pagi. Both hall full. Dan bila hall ke 3 di buka pun hampir full. Expectation tinggi untuk movie ni kan? Mungkin sebab Shaheizy Sam yang berlakon.

Well, korang patut tengok movie ni kalau..
  1. Korang peminat Shaheizy Sam.
  2. Korang suka tengok cerita ringan-ringan. (Bukan aksi ringan-ringan)
  3. Korang suka tengok cerita gila-gila.
  4. Korang suka tengok movie yang TERGANTUNG.
  5. Korang suka tengok movie yang sekejap gila- Hanya sekitar 1 jam lebih.


So, here is my story. Aku aim nak tengok movie Kongsi first tayangan. Tapi sayangnya, semua tiket filem Kongsi dah full. Semua dah sold out. Yang ada pun line depan sekali. Penyudahnya, aku pakat nak beli tiket bila counter release-kan reservation punya tiket pada pukul 12.20am. Memandangkan filem Kongsi tu akan disiarkan pada pukul 12.50 pagi, maka aku ingat nak tengok movie lain dulu. So, aku pick cerita Priest.


Movie Priest start pada pukul 10.50pm which is awal lah juga. Tetapi cerita dia sumpah bosan. Plot dia tak menarik. Bosan. Bosan. Bosan. Amat jauh kalau nak di bandingkan dengan movie Fast 5 (Fast and Furious 5). Aku boleh bagi 8.5/10 untuk Fast 5. Tapi untuk filem Priest, aku hanya boleh bagi 6/10. Tak ada aksi seperti yang aku harapkan. Diaorang bergaduh pun tak thrill. Cerita pun tak habis.

So, bila aku agak kecewa dengan filem Priest ni, aku pun berharap lah movie Kongsi : Lu Langsi Lu Mati tu menarik. So, bila habis je citer Priest, aku laju-laju pergi counter untuk beli uncollected reservation tickets. Tapi agak teruja bila di bagi tahu yang new hall di buka untuk filen Kongsi : Lu Langsi Lu Mati. Which is bermaksud 3 panggung di buka samata-mata untuk satu filem. Pada satu-satu masa pulak tu. Woah. Menarik. Semua berebut nak tonton kan.

Tapi adakah ceritanya menarik? NOPE! Berbaloi? NOPE!

Let me tell you what you should know about this film.
Super Tergantung Sampai Mati
First, filem ni amat tergantung. Super duper tergantung. Tergantung macam "Eh, apa point dia buat macam tu? Kenapa dia nak bunuh orang tu? Mana dia dapat kereta yang dah modified tu? Kenapa orang tu pergi India? Kenapa dia pergi Jepun. Apasal Thailand? Kemana dieorang lari? Kenapa kaki boss dia sakit? Apa sebenarnya plot cerita tu?" Seriousnya, ianya tergantung gila. Ending dia? Ending dia? Ending dia langsung tak menarik. Aku kecewa habis. Aku tak tahu nak ceritakan macam mana ending dia. Yang aku tahu, ending dia Sam tak leh lari, so dia terjun jambatan then terlekat dalam selut. Then bila di tarik dan di angkat, dia tunjukkan duit beberapa ringgit untuk bribe polis. And then, habis. Oh my God. Cara aku cerita pun nampak menarik je. Tapi the fact is, ternganga kot aku tengok ending dia. Nak buat synopsis pun tak reti. Serious bodoh ending dia.

Bayangkan, bila keluar je credits dan lapu semua dibuka, aku laju je keluar dari panggung bila habis cerita Priest semata-mata nak beli tiket sebab expectation aku gila tinggi terhadap filem Kongsi. Movie Shaheizy Sam sebelum ni semua okay. So, aku expect yang ni pun dia akan okay juga la. Tapi sayangnya... sayangnya tak berbaloi langsung.

So, apa kelebihan filem ni?

Tak banyak benda yang excited dalam filem ni. Tapi yang bestnya, my girl ada berlakon. Yes, my baby Rafidah Hj Ibrahim ada berlakon tau. And korang tahu tak, dalam cerita tu bila suami Rafidah tu datang, dia sebut "Abangggggg~" Perh, cair beb. Bila je dia sebut abang tu, entah kenapa mulut aku terus tersebut "Ye, sayang?". Oh feel gila sampai terasa konon dia panggil aku. Oh cik adik Rafidah, bertuah awak dapat saye.

Aksi Kejar Mengejar Tipikal Filem Melayu
Oh oh. Aku lupa nak bagi tau apa yang aku tak suka tentang filen Kongsi ni. Antara Top 10 benda yang paling aku tak suka dengan filem ni dan film Malaysia adalah bab kereta. Yeah, bila ada bab lumba kereta atau aksi kejar mengejar, kenapa mesti ubah video tu jadi 'slow motion' yang tersekat-sekat? Konon nak buat-buat nampak kereta tu tengah pecut? Obvious gila nampak macam kereta tu bergerak slow tapi di lajukan video supaya kereta tu nampak tengah bergerak dengan laju. Gila annoying. Kalau korang tonton movie ni, korang akan perasan masa dia naik modified car yang kaler biru tu dan buat drift, korang akan nampak 'slowmotion' yang pelik. Ya serious nampak macam di buat-buat. Aksi drift tu akan lagi menarik kalau tak buat effect macam tu. Sebab bila edit jadi macam tu, nampak sangat pembuat filem tu nak tutup kelemahan filem tu. Tapi aksi lumba-lumba selepas tu nampak menarik. Carai dia drift kemudiannya nampak cool je. Nasib baik dah tak ada 'slowmotion' yang mengarut tu.


Then, the other things is about bab kereta-kereta polis. Dalam filem Kongsi ni, masa bab kejar mengejar, ada 3 kereta polis tau. Dua kereta Waja dan satu kereta Evo. Dan yang kelakarnya. Dua-dua kereta polis yang Waja tu ranap habis sebab main laggar-langgar untuk hentikan kereta yang dinaiki okey Shaheizy Sam. Sedangkan kereta Evo tu, calar sikit pun tak ada. HAHA. Aku dan kawan aku gila gelak. Memang save bajet ah. Kalau korang tengok pun korang gelak gila.

Dan kalau korang nak tahu, ada dalam babak Sam melompat dari bangunan menuju je bawah dan ianya nampak AMAT-AMAT kaku. Super duper kaku. Bukan dia je yang lompat nampak kaku. Awek yang seksi yang pakai baju putih ketat nampak bentuk bra tu pun lompat kaku gila. Obvious gila. Again, obvious weh. Bukan obvious kaku je, tapi obvious girl tu macam nak tunjuk asset dia. Pakai baju ketat dan bertali yang... ermm..  Oh God. Apa pun girls, kalau korang tengok, korang mungkin akan jealous kot dengan asset dia. Tapi tak tahu la kot-kot dia letak stoken + tissue dalam tu.


Rating
Kelakar = 6/10


Filem Kongsi ni memang kelakar. Ada ketikanya, aku tergelak dengan lawak dieorang. Dan ada ketikanya, aku rasa yang lawak tu tak kelakar langsung dan tak ada seorang pun gelak. Dan yang penting, tak ada satu pun babak yang membuatkan satu hall tu tergelak. Nampaknya filem ni tak mampu menambat hari ramai orang. Filem Adnan Sempit jauh lagi best dari filem ni. Even aku tengok filem Adnan Sempit kat Tv je.


Aksi = 5/10
Aksi dia terlampau obvious. Bila bergaduh, nampak sangat pihak lawan nak kalahkan diri. Bertumbuk tak real. (Aku rasa isu ni tak akan ada pada filem KL Gangster)

Plot dan jalan cerita = 4/10
Plot dia sucks. Pengenalan Hero tak memuaskan. Watak terlampau banyak dan tak ada fokus. Leader-leader berkumpul tapi tak tau apa penyudahnya. Boss-boss dalam cerita ni macam tak ada kaitan langsung dengan isu yang sedang berlangsung dalam movie. Seolah-oleh big boss dan kisah Shehaizy Sam tu adalah dua filem berbeza. Dan serious banyak sangat benda tergantung. Ending langsung tak puaskan hati.

Overall (Bla + bla + bla + bla) = 4/10.
Kami The Movie jauh lagi baik dari cerita ni. Pisau Cukur pun not bad. Ada kelainan. Filem Kongsi ni tak nampak lah kelainan dia. Bila tak ada kelaianan, nak buat sinopsis pun tak ada mood. Pulak tu, duration nya amatlah pendek. Di GSC dia tulis duration adalah 1jam 30 minit. Tapi tak rasa ianya 1 jam 30minit.

Well, patut ke korang tengok filem ni?
Yup. Aku kasi overall rating 4/10 based on semua faktor secara ringan-ringan. Tapi still korang patut tengok dan nilaikan sendiri. Aku tak suka cakap something tanpa buat benda tu. So, korang pun sama. Dengan itu, kalau korang plan nak tengok citer ni, go ahead. Not a prob.

Well, korang mungkin kata "Kita patut support filem nasional dan filem buatan Malaysia." tapi seriously, define 'support'. Yeah, I dont give a shit. Pengarah main buat filem cincai-cincai, then semua pakat tonton atas nama support? Peh-lis. Sampai bila-bila lah filem Malaysia tak maju-maju. Aku tak akan support filem Malaysia kalau ianya teruk.

Semua comments untuk entri ni dah hilang. Thanks go blogger.

61 ulasan:

  1. seriously macamtu ke, hmm tawarnya hati nak pergi tengok -___-

    BalasPadam
  2. raye nnt mesti tayang kat tv. aku support time ni je laahh. oklahh at least dr takde support lgsg.

    BalasPadam
  3. serius dia bukak 3 hallkat ecm? frust gak td nak pi tgk tp call dah full.

    BalasPadam
  4. wah! jealous degan cik rafidah! hahahaha,.,,,..

    BalasPadam
  5. Saks..aku baru nak p tgk both movie ni...
    teruih tak jd...
    simpan duit untuk next movie

    BalasPadam
  6. salam, hari neyh ku abeh exam. then, geng ku nak g r tengok cite neyh tapi selepas ku baca ko pnyer blog, agak kurg r semangat nak tengok.

    maybe patut tengok cite pirate or senjakala kot. nway thanks sebab kongsi, hahaha. kalu x, melayang duit~

    BalasPadam
  7. hurrmmm...baru nak gi tengok and i have a big expectation Lah kat fiLem nie...tapi biLa bace review macam xbrape nak semangat dah =)

    BalasPadam
  8. haha, naseb bek aku x tgk ag.. :)

    BalasPadam
  9. ala, biasala filem melayu. plot xbest so guna artis paling popular untuk jual filem. mcm tu la. tu la kdng2 kecewa gak ngn filem melayu. bek tngk kat youtube je. tnggu orng upload. jimat :).

    BalasPadam
  10. haha. kenapa tak tepek aje gamba awek y pakai baju putih tu.? nak tengok jugak 'asset' y dimaksudkan.. tak kan layan sorang je, bro.? HAHA

    BalasPadam
  11. aku bajek baru nk tgk filem ni.. xpelh aku simpan utk tgk nur kasih the movielah.. heheh..

    BalasPadam
  12. Mr K, mesti k tulis leklok?
    fisrt time aku coment ni~
    well, aku sokong ko ckap
    "Aku tak akan support filem Malaysia kalau ianya teruk" plotnya hampir sama, dan aku cam dah tau apa secene seterusnya, tu malas nengok~

    BalasPadam
  13. die nak suruh tengok 2x kot kalau nak bagi paham bebetul. heh ;B

    BalasPadam
  14. arhhhh baca tajuk dah semangat nak baca mr k review. sekali macam =.=



    baru nak tengok KONGSI tiz week. but tak pe la. try je lah tgok. kot2 bg aku best. kalau tak best, aku bahan gak. hahahahaha

    BalasPadam
  15. oh ekk?? baru nak tgk dah kate tergantung baik download saja :)
    tunggu untuk kl gangster lak!

    BalasPadam
  16. seb aku xtgk lg.mmg xmo tgk pn.nk tgk karak..wuuu..mcm seraam..

    BalasPadam
  17. tunggu tengok yg download punye la camni. :P

    BalasPadam
  18. ceh, beriya nak turun kl ni nak tgok priest, xbest cancellah

    BalasPadam
  19. ah~ carita melayu... aku kalo nk tengok cerita melayu, tunggu ulasan2 n kritikan2 yg dah tengok tu... takut 'investment' x berbaloi... tq Mr K. sugguh meyakinkan untuk xpg tengok. :P

    BalasPadam
  20. Lawa pulak gambar Rafidah pegang kucing tu. Suka perempuan pakai tudung bawal *eh tiba-tiba*

    Aku rasa filem melayu best yang aku pernah tgk Kami The Movie.

    Adnan Sempit? Entah kenapa aku rasa macam lawak dia merepek.

    BalasPadam
  21. mmg xde niat nk tgk cite KoNgSI ni...tapi nape org sibuk nak tgk...nak tgk...n nak tgk...bile bace N3 u der! 0 demand terus dlm ati aku..sebelom ni ade la 8% sebb ramai org bunyik2 pasal KoNgSi..skrng...hurm...neway nice N3 der!

    BalasPadam
  22. oh tidak...musnah harapanku..isk3

    BalasPadam
  23. sokong..aku mmg cukup BENCI cerita melayu...tambhan sekarang ni penuh citer seram.macam pengarah filem malaysia dah xde otak dah..xde idea lain dah nak buat..

    http://www.tintapenaku.com/2011/04/media-malaysia-memang-teruk.html

    ni aku membebel

    BalasPadam
  24. erkkkk.....???!!!!!! kenapa jadi macam tu pulak. aiseh.. ni kena fikir balik mau tengok atau tak.

    BalasPadam
  25. hmm, kalau cmni la gayanyer..tunggu kwn donlod je lah..haha

    BalasPadam
  26. nasib baik baca ur review. i baru je nak pegi gsc jap gi tengok priest.. kensel ah.. hehe..

    BalasPadam
  27. hai,,i org perak,,tpi bljar kat cni...
    slalu gak pegi ecm...
    nty nk pegi ecm lg calling2 la ek...ehehehehehe:)

    BalasPadam
  28. fast five best gila kott.
    awek awek dia, pergh layan do !
    *tiba tiba

    BalasPadam
  29. budus kdg2 aku rase.bile shaheizy sam belakon pakat la pompuan2 nu dtg tgk pasai die jek.mamat khalid xyah pakai pelakon ensem2 pon.lg berjaya kot dr filem yg sam belakon.lg jadik epic kot citer mamat khalid ye dak?aku rase mamat khalid patut amik sam dol

    BalasPadam
  30. xnk tengok la kalau macam ni...

    BalasPadam
  31. rasa2 ada kuar astro first tak? review kau ni mmg mempengaruhi aku laaa... hehe

    BalasPadam
  32. @Mimie - Tengok je.

    @Laila - Yup. Masa awal2 ada dua hall kan? Dalam pukul 12 tu dia buka lagi satu.

    @Nadiah - Senja kala? Rasanya cerita Kongsi lagi better kot.

    @Cik - I gt bigger expectation. Tapi, hampa.

    @Syah - Best ke Nur Kasih?

    @Kamiliah - Nak tengok dengan saya tak?

    @Epal - Haha. Tengok lah. Have fun ya.

    @Bella - KL Gangster rasanya better kot even aku tak suka pengarahnya.

    @Joe - Priest tu effek dia semua okay. Tapi plot dia agak membosankan.

    @Napeace - Aku pun suka girl yang pakai tudung bawal. Nampak ayu.

    @Eyena - Belanja laa

    @Janna - Tengok lahhh

    BalasPadam
  33. definisi support bagi aku adalah download,
    kalau enjoy beli dvd.

    BalasPadam
  34. hurm...

    aku rase filem2 sini trailer je la best2. hahah...

    tunggu orang download je la gi sebat. ekekekeke...

    BalasPadam
  35. first of all, fans sam...jangan serang saya. saya tak suka sam ni berlakon. serious tak suka. sebab? bahasa dia tu kasar. saya tak boleh terima orang cakap macam tu. benci.

    second, tak minat cerita2 macam tu. bohsia la, rempit la, drift la, gangster la, lepas ni? masalah sosial dah banyak, tak payah nak tayang lagi. rimas. meluat. malu. manfaat? ciput je. tu pun kalau dapat lah.

    third, walaupun benci...tapi tak adalah anti. boleh consider lagi untuk tengok kalau sedut daripada orang. nak buang duit, or download sendiri? kirim salam. :)

    nice review, btw. ^^

    BalasPadam
  36. sumpah tk best? kentottlaaaahhh

    BalasPadam
  37. hye mr K!

    u mmg susah giler kn nak puji sesebuah filem tu. sometime, filem yg I rasa best pon u ckp so-so je. tp for this film (kongsi) i mmg takde niat nak tgok sbb TAK SUKA FARID KAMIL! haha

    nway, kita support filem yg berhak di support..such as Merong and Pisau Cukur..owhh Kami The Movie juga..

    BalasPadam
  38. baru tengok petang tadi . cuma suka part sam cakap kelantan je . btw menanges kot kalau evo tu ranap macam waja . haha

    BalasPadam
  39. Mmg tak best pun.baru tgk td...Tah ape2..ni aku ade review gak... http://dramaticdurian.com/2011/05/very-langsi-movie.html

    BalasPadam
  40. haih tengok trailler macam gempak. naseb baik semua hall penuh tadi =__________=

    BalasPadam
  41. semua yg di tulis tu amatlah betul.. kl gangster lg best.. but still , boleh enjoy laa jgak tgk kongsi..skit..uhuhu :)

    BalasPadam
  42. hampe tengok wayang ni....dan paling tak tahan bahasa y d pakai..aku yg sabahan ni biul2 tengok wayang tu..siap tanya kawan apa maksud LANGSI ok.

    BalasPadam
  43. lepas filem nur kasih the movie keluar, buat la review.
    huuhu.

    BalasPadam
  44. aku pn tgk dah priest..cite dia amat lmbt..adeh..layankan je..

    BalasPadam
  45. setuju...dun support if movie truk..bkn pgrah dy farid kamil ke?
    bfore ni dy pnah buat V3,pn mcm ni gak.suck.trgantung n xtau punca so jd srabut ja cite2 dy...
    conclusionya...jgn tgk,juz hrapkn sam yg femes n bez blakon ja....

    BalasPadam
  46. ko rasa aper masalah?? production ker? cara dia edit filem ker?? ker direction farid kamil yang x betul??

    BalasPadam
  47. Semua comments untuk entri ni dah hilang. Thanks go blogger.

    BalasPadam
  48. kalo camni, baik download je.. ye dak..? hehe.. xsupport langsung.. :P

    BalasPadam
  49. aku baru nak gi tengok... x best rupa nyer...

    BalasPadam
  50. nuff said..im not gonna watch this..hehehe..mari sama2 nantikan pirates of the carriebean!!!!

    BalasPadam
  51. memang tak best.ni review aku.

    http://www.dramaticdurian.com/2011/05/very-langsi-movie.html

    BalasPadam
  52. hahaha..

    aku dah dapat rase kurang memuaskan bile ko wat review neyh..muehehehe..

    weyh, jom ar kite tgk je Pirates of Carribean je la ek..

    BalasPadam
  53. ramai yg kata tak best filem ni.adik pun cakap mcm tu gak.dia kata cter tergantung.so rasa mls nak pi tgk.

    fikir 2-3 kali gak nak tgk bila tahu pengarah dia farid kamil.farid kamil tak layak lagi jd pengarah.tak blh nak kalahkan shamsul yusof lagi.hehe

    BalasPadam
  54. 1 lg filem farid kamil..
    better dy wat skrip dari mengarah

    BalasPadam
  55. ye.. mmg SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT mengecewakan actually.. x bajet lgsg cite ni boring camni.. lawak yg x brapa nk klakar.. siap bole pk lg nk gelak ke x.. heeee..

    p/s: sangat setuju ngan Mr. K.

    BalasPadam
  56. haha..ingat aku je pikir macam ni.rupanya ada lagi org pikir movie ni tak berbaloi.hahaha..cite tahap telemovie tv3 je..

    BalasPadam
  57. Weh Fidah tu muke ja cantik, tp prangai trok gak. Ak pna tgk dia, dtg opis ak dok paksa2 bf dia blk psl pe tah dok gado, skali kne sound dgn boss ak. PADAN MUKAAAA.haha..

    BalasPadam
  58. SERIUS, citer nih meme tersangat dahsyat ketergantungannya. trailer xleh bla pulak. aku raso macam di perbodohkan jer. serius, farid kamil berjaya bt kita semua diperbodohkan. serius, lepas nih aku xnk tgk filem yg farid direct. haha

    BalasPadam
  59. memang mengeccewakn pn crita ni.. hmm

    BalasPadam
  60. katanya elok. tapi susah buat d download. . kacau lahhhh

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.