Rabu, 4 Mei 2011

Review : HTC Desire S - Minus Factor for HTC Desire S. #Maxis10

Assalamualaikum


Hello people.

Macam yang korang baca, aku dah post dua blog post tentang HTC Desire S which is
1. Review : HTC Desire S - Overview and Specification
2. Videos: HTC Desire S - The Power of HTC Sense & Multi-Tasking

And for this time, aku akan tulis tentang benda-benda yang aku tak suka pasal this phone. Well yeah, aku amat sukakan this HTC Desire S. Tapi dalam 10 benda yang kita suka, mesti ada sekurang-kurangnya 1 yang kita tak suka kan? So, berikut adalah things yang aku tak berapa berkenan dengan HTC Desire S.

Battery Life
Kalau kita tengok di review-review yang di buat oleh Reviewers Maxis10 lain. Mesti ada yang tak puas hati dengan Battery Life kan. Well, aku terpaksa admit sebagai pengguna handphone yang hardcore, bateri dia tak adalah lama. Tapi, bukan sebab bateri, tapi sebab the hidden applications.

HTC Desire S ni amat bagus dari segi multi tasking. TERLALU BAGUS actualy. Bagus sampaikan kita tak perasan yang kita sedang multitask banyak benda. Bila kita multi task, penggunaan batery akan meningkat even kita tak buat apa-apa. Thats why lah battery mudah habis. So, how to overcome this problem?

Kadang-kadang, tanpa sedar boleh penuh list ni dengan applicatios.

Easy bizi. Apa yang you all perlu buat adalah download apa-apa Task Manager atau Task Killer. Tapi itu lah masalahnya, setiap masa kita kena buka Task Manager untuk close application yang kita terlupa untuk exit. Amat cerewet di situ.

Current 'Leakage'
Masa first time aku nak charge this phone, aku perasan yang bila aku pegang je phone ni, ada sedikit electric current (pulse) di body HTC Desire S ni. Tak banyak. Sikit je. Kalau korang ada pacemaker pun memang tak ada jadi apa apa. Tapi, still ada current. Dan bila main handphone ni buat jangka masa yang lama sambil charging, maka korang akan rasa yang hujung jari korang rasa seperti 'berkedut'. Amat tak selesa. So, kalau aku nak main game atau texting, aku memang tak akan charge atau connect ke computer dengan menggunakan USB cable. Tak tak best lah macam tu. Macam terikat.

Application di Home Screen Tak Live.
Aku amat suka Home Screen untuk this HTC Desire S. Di Home Screen, kita boleh letak apa-apa widget yang kita nak dan etc. Tapi, masalahnya sekarang ni, ianya adalah tak live. Setiap kali kita pergi ke another page of the phone, kita kena refresh the application untuk dapatkan feed terkini. Contohnya macam Weather, Friend Stream and even widget jam sekali pun tak live kalau kita tak view ia. So, setiap kali kita nak view, kita kena tunggu dalam 0.5 ke 1.5 saat. As for Friend Stream, lagi lah lama nak kena tunggu. Tolak sedikit point untuk Multi-tasking dan tambah beberapa point untuk Penjimatan Batterry.


Support Flash Player. Tapi Tak 100% Berfungsi.
Antara kelebihan HTC Desire S (Android) berbanding iPhone ada keupayaan untuk support Flash Player 10+. Yes, macam yang aku pernah bagi tahu dulu, iPhone (iOS) tak support Flash Player. Tapi, aku boleh kata yang Flash Player ni tak 100% berfungsi kat Android. Maksudnya, yeah, flash player memang okay. Boleh tengok YouTube, video, iklan NuffNang dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan flash. Tapi masalahnya, tak boleh beberapa function tak available. Contohnya, Chatbox di blog aku.



Kalau guna HTC Desire S, memang boleh baca ayat-ayat di Chatbox tapi tak boleh nak scroll down. Plus, tak boleh pergi ke next page. Seolah-olah tak 100% suport Flash Player. Dengan kata lain, this Android hanya support 99% dari full function of Flash Player. Bagi hardcore internet lover seperti aku, berita ini agak mengecewakan. Tapi since ianya adalah 1%, dan since I got a laptop rasanya it is okay.


Linked Contact.

Macam aku cakap di entri lepas, bila kita synchronize je account Facebook kita dengan the phone, the phone akan automatik tarik semua nombor telephone friends di Facebook kita dan link kan ke contact information di handphone. Dan andai kata ada seorang awek comel ni add aku di facebook, then handphone aku detect dia punya phone number, this handphone akan keluarkan notification pasal that girl. Ya, automatik akan masuk ke your contact list. Tapi, ya ada tapi-tapi. Tapi yang aku paling tak suka adalah bila dah link kan, kualiti gambar untuk that person akan jatuh dengan gila-gila. Aku pun tak tahu kenapa.

Gambar asal:


Gambar bila diletakkan dalam handphone:


Bukan untuk yang linked je. Yang tak link pun, kalau aku letak sendiri kat contact list tu then bila aku view je, gambar dia akan jadi teruk gila. So, caranya, korang kena letak gambar yang betul-betul besar then baru lah akan nampak cantik sikit. Sikit je cantik pun. Degrading tu still ada. Tapi kalau yang dah link kat ke Google account, Facebook or Twitter account, memang confirm-concirm tak akan nampak cantik. Comfirm akan nampak gambar pixel pecah.

Handphone mudah panas.
Aku rasa kita semua tahu kan kalau kita charge bateri hanphone, sure dia akan panas kan. Tapi sepanjang aku guna Nokia, aku tak rasa panas pun. Tapi as for this HTC, bukan stakat masa charge je panas. Masa texting pun panas.


Well, bila aku kata panas, tak bermaksud ianya panas seperti pegang api. Just, sedikit haba yang membuatkan aku tertanya-tanya "WHY U SO HOT?". Aku pun tak tahu kenapa ianya menjadi panas tapi sedikit sebanyak, rasa kurang selesa lebih-lebih lagi ketika tengah main games. Yup, masa main game, ianya menjadi agak panas you know.

Well, mana la tau kot-kot keluar model HTC baru iaitu HTC Desire S II. Harap-harap lah semua problem di atas semua dah tak ada. So, setakat ni, even this HTC Desire S ada kelemahan, tapi dia punya kelebihan amat terbaik. Kalau you all berminat, feel free untuk visit this Maxis - HTC Desire S.




10 ulasan:

  1. ooo..macam tu...terbaik punya review..haha :)

    BalasPadam
  2. kenapa mesti fasha?

    BalasPadam
  3. hmm , biaselah tu , mesti ad kelebihan and kekurangan kan .
    papepun nice review Mr. K .
    sakit kepala pergi bukak balik post2 mr. K yg lama . haha

    BalasPadam
  4. semua kelemahan tu tak kesah lagi, but part 'cepat hot' tu yg tak best. baru ingat nak ada 'baby' sendiri, tapi kalau 'baby' cepat demam panas x best la pulak kan... :(

    BalasPadam
  5. serious you are good at this. nice review ;D
    skarang rasa kalau org tnya psl htc ni boleh cerita even tak pnah tgk phone dia. hahaa ;p

    BalasPadam
  6. @Anony - Sebab semua orang suka FASHA. HAHA

    @Timon - Bila kalau text + games + lagu rasanya baru start panas. Tapi tak slealu gak.

    BalasPadam
  7. Bro nak tambah sket (@mgkin byk):
    tuk battery life tu, klau xsilap, aku ada baca kat forum androidcentral (kot), better leave apps idle in background coz that's the way android is designed to work (correct me if i'm wrong) & klau bole, elakkan kill apps frequently. nie bole mybabkan apps tu tak bole berfungsi dgn elok.
    tp klau nk kill jgk, ada apps "advance task killer" yg bole letak widget kat home screen.just tap & it'll kill all the apps u set to be killed.

    BalasPadam
  8. oh btw, nice review dude..haha..
    lupe lak nk include compliment...

    BalasPadam
  9. dude..aku nak amek incredible s ...tp plan yg ad just digi je...mxs xda ...so ape kau rase?? desire s or incredible s

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.