Memaparkan catatan dengan label review Movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review Movie. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2011

Review Movie : KL Gangster + Rating

Assalamualaikum


Okay here is the story, masa aku lepak-lepak kat Gambang Water Park hari tu, kawan aku, Hanifah call tanya pasal tiket wayang. Well, alang-alang dah ada member kerja kat Megamall, rasanya tak der hal kalau mintak dia tolong belikan. So, aku bagi tau kat dia yang aku nak tengok first screening untuk KL Gangster. Well yeah, dia beli tiket dua hari awal. Dan itu maksudnya, kitaorang (8 orang semuanya) dapat seat yang amat cantik yang selari dengan screen panggung. So nice.

Well, the movie was great. I mean, selepas fikir-fikir, not bad lah kalau ikut standard Filem Malaysia. Kalau ikut standard filem oversea tu memang ketinggalan lah. Apa pun, satu benda je yang aku nak cakap kat sini which is, aku rasa ini lah satu-satunya movie yang ada improvement lebih-lebih lagi dari segi aksi. Why? Sebab tak ada CGI at all. And most of the action nampak agak cool bila ada babak Adi Putra. Adi Putra nampak bagus bila beraksi gaduh-gaduh dan Aaron Aziz agak bagus bila jadi watak baik. As for Syamsul Yusuf, maybe you should stick with directing. You gonna be a good director someday. Tapi kalau nak jadi actor... well, entah lah. Aku sebagai penonton rasa macam ada something tak kena je bila aku tengok dia asyik nak marah pagi petang siang malam.

Apa pun, kalau korang nak baca the whole review, boleh pergi ke my other blog, ReviewFilem.com: KL Gangster. And then, korang akan tahu kenapa aku rate filem ni dengan 6.0/10 stars


Jumaat, 20 Mei 2011

Review Filem - Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum


Masa aku menonton filem bosan yang bertajuk Kongsi minggu lepas, aku dah bagi tahu kawan aku yang bulan ni aku tak akan tonton apa-apa filem lain. Dengan kata lain, Nur Kasih pun aku tak akan tengok kat panggung wayang.

Tapi since abang aku balik and abang aku nak sangat tengok Nur Kasih, then aku pun terpaksa la layan sekali.

Well, jangan terkejut tapi aku kasi rating sebanyak 7.8/10. Nak tahu kenapa aku kasi rate begitu banyak? Korang boleh pergi ke my new blog which is ReviewFilem.com

And aku nak tanya kepada HARAM POLICE yang asyik kata itu ini haram termasuklah kata masuk panggung wayang tu haram. Aku nak tanya, now kat panggung wayang ada cerita yang berkaitan dengan Islam. Filem Nur Kasih amat-amat Islamik. Ada lebih 10 babak yang membuatkan aku rasa nak memuhasabah diri gila-gila. So apa 'fatwa' korang nak keluarkan sekarang? Adakah panggung wayang dah boleh masuk sebab ceritanya berkisalkan teladan dan islamic? HAHA. Actually, korang patut tengok citer ni sebab pada minit ke 20, ada satu babak tentang seorang ustaz muda, pakai seban, pakai jubah semua tetapi otak sempit gila sampaikan dia mark semua benda sebagai haram. Itu haram-ini haram. Sampai kan dia kata duduk dalam kelas campur lelaki dan perempuan pun di kata haram HAHA. Tapi dia diam terus bila Adam buka mulut. Ini lah apa yang aku dok cakapkan, orang zaman sekarang suka sangat kata benda-benda haram tanpa sebab nak-nak bila belajar agama tinggi sikit.

Dan juga ada babak Jehan Miskin yang terlampau 'Open Minded'. Tapi dia terus terdiam bila Nur sound balik. See? Ya, dalam filem Nur Kasih ni, amat-amat banyak mesej yang dia nak sampaikan. Tapi agak weird benda Islamik di tayangkan di tempat 'haram' kan? Haha. ;)

Review Filem : Nur Kasih The Movie. Click HERE.


Sabtu, 14 Mei 2011

Review Filem / Movie - Kongsi : Lu Langsi Lu Mati.

Assalamualaikum


Hello babies.

Masa aku tulis entry ni, aku baru balik dari tengok wayang. Dua wayang in a row. Ingat nak main bowling. Tapi sayangnya tangan member aku sakit. Penyudahnya, tak main bowling ah.

Masa aku sampai kat East Coast Mall tadi dalam pukul 9 tau. Aku pergi la ke kaunter tiket untuk beli tiket. Expectation - Banyak movie + Banyak Hall = Tiket tak akan sold out. Tapi resultnya, semua fullllllll. Semua full kecuali movie Priest 3D. Filem Melayu yang rasanya most anticipation ever. Why? Sebab 3 halls FULL. Aku pergi beli tiket pukul 9++. Screening pukul 12.50 Am. Hampir pukul 1 pagi. Both hall full. Dan bila hall ke 3 di buka pun hampir full. Expectation tinggi untuk movie ni kan? Mungkin sebab Shaheizy Sam yang berlakon.

Well, korang patut tengok movie ni kalau..
  1. Korang peminat Shaheizy Sam.
  2. Korang suka tengok cerita ringan-ringan. (Bukan aksi ringan-ringan)
  3. Korang suka tengok cerita gila-gila.
  4. Korang suka tengok movie yang TERGANTUNG.
  5. Korang suka tengok movie yang sekejap gila- Hanya sekitar 1 jam lebih.


So, here is my story. Aku aim nak tengok movie Kongsi first tayangan. Tapi sayangnya, semua tiket filem Kongsi dah full. Semua dah sold out. Yang ada pun line depan sekali. Penyudahnya, aku pakat nak beli tiket bila counter release-kan reservation punya tiket pada pukul 12.20am. Memandangkan filem Kongsi tu akan disiarkan pada pukul 12.50 pagi, maka aku ingat nak tengok movie lain dulu. So, aku pick cerita Priest.


Movie Priest start pada pukul 10.50pm which is awal lah juga. Tetapi cerita dia sumpah bosan. Plot dia tak menarik. Bosan. Bosan. Bosan. Amat jauh kalau nak di bandingkan dengan movie Fast 5 (Fast and Furious 5). Aku boleh bagi 8.5/10 untuk Fast 5. Tapi untuk filem Priest, aku hanya boleh bagi 6/10. Tak ada aksi seperti yang aku harapkan. Diaorang bergaduh pun tak thrill. Cerita pun tak habis.

So, bila aku agak kecewa dengan filem Priest ni, aku pun berharap lah movie Kongsi : Lu Langsi Lu Mati tu menarik. So, bila habis je citer Priest, aku laju-laju pergi counter untuk beli uncollected reservation tickets. Tapi agak teruja bila di bagi tahu yang new hall di buka untuk filen Kongsi : Lu Langsi Lu Mati. Which is bermaksud 3 panggung di buka samata-mata untuk satu filem. Pada satu-satu masa pulak tu. Woah. Menarik. Semua berebut nak tonton kan.

Tapi adakah ceritanya menarik? NOPE! Berbaloi? NOPE!

Let me tell you what you should know about this film.
Super Tergantung Sampai Mati
First, filem ni amat tergantung. Super duper tergantung. Tergantung macam "Eh, apa point dia buat macam tu? Kenapa dia nak bunuh orang tu? Mana dia dapat kereta yang dah modified tu? Kenapa orang tu pergi India? Kenapa dia pergi Jepun. Apasal Thailand? Kemana dieorang lari? Kenapa kaki boss dia sakit? Apa sebenarnya plot cerita tu?" Seriousnya, ianya tergantung gila. Ending dia? Ending dia? Ending dia langsung tak menarik. Aku kecewa habis. Aku tak tahu nak ceritakan macam mana ending dia. Yang aku tahu, ending dia Sam tak leh lari, so dia terjun jambatan then terlekat dalam selut. Then bila di tarik dan di angkat, dia tunjukkan duit beberapa ringgit untuk bribe polis. And then, habis. Oh my God. Cara aku cerita pun nampak menarik je. Tapi the fact is, ternganga kot aku tengok ending dia. Nak buat synopsis pun tak reti. Serious bodoh ending dia.

Bayangkan, bila keluar je credits dan lapu semua dibuka, aku laju je keluar dari panggung bila habis cerita Priest semata-mata nak beli tiket sebab expectation aku gila tinggi terhadap filem Kongsi. Movie Shaheizy Sam sebelum ni semua okay. So, aku expect yang ni pun dia akan okay juga la. Tapi sayangnya... sayangnya tak berbaloi langsung.

So, apa kelebihan filem ni?

Tak banyak benda yang excited dalam filem ni. Tapi yang bestnya, my girl ada berlakon. Yes, my baby Rafidah Hj Ibrahim ada berlakon tau. And korang tahu tak, dalam cerita tu bila suami Rafidah tu datang, dia sebut "Abangggggg~" Perh, cair beb. Bila je dia sebut abang tu, entah kenapa mulut aku terus tersebut "Ye, sayang?". Oh feel gila sampai terasa konon dia panggil aku. Oh cik adik Rafidah, bertuah awak dapat saye.

Aksi Kejar Mengejar Tipikal Filem Melayu
Oh oh. Aku lupa nak bagi tau apa yang aku tak suka tentang filen Kongsi ni. Antara Top 10 benda yang paling aku tak suka dengan filem ni dan film Malaysia adalah bab kereta. Yeah, bila ada bab lumba kereta atau aksi kejar mengejar, kenapa mesti ubah video tu jadi 'slow motion' yang tersekat-sekat? Konon nak buat-buat nampak kereta tu tengah pecut? Obvious gila nampak macam kereta tu bergerak slow tapi di lajukan video supaya kereta tu nampak tengah bergerak dengan laju. Gila annoying. Kalau korang tonton movie ni, korang akan perasan masa dia naik modified car yang kaler biru tu dan buat drift, korang akan nampak 'slowmotion' yang pelik. Ya serious nampak macam di buat-buat. Aksi drift tu akan lagi menarik kalau tak buat effect macam tu. Sebab bila edit jadi macam tu, nampak sangat pembuat filem tu nak tutup kelemahan filem tu. Tapi aksi lumba-lumba selepas tu nampak menarik. Carai dia drift kemudiannya nampak cool je. Nasib baik dah tak ada 'slowmotion' yang mengarut tu.


Then, the other things is about bab kereta-kereta polis. Dalam filem Kongsi ni, masa bab kejar mengejar, ada 3 kereta polis tau. Dua kereta Waja dan satu kereta Evo. Dan yang kelakarnya. Dua-dua kereta polis yang Waja tu ranap habis sebab main laggar-langgar untuk hentikan kereta yang dinaiki okey Shaheizy Sam. Sedangkan kereta Evo tu, calar sikit pun tak ada. HAHA. Aku dan kawan aku gila gelak. Memang save bajet ah. Kalau korang tengok pun korang gelak gila.

Dan kalau korang nak tahu, ada dalam babak Sam melompat dari bangunan menuju je bawah dan ianya nampak AMAT-AMAT kaku. Super duper kaku. Bukan dia je yang lompat nampak kaku. Awek yang seksi yang pakai baju putih ketat nampak bentuk bra tu pun lompat kaku gila. Obvious gila. Again, obvious weh. Bukan obvious kaku je, tapi obvious girl tu macam nak tunjuk asset dia. Pakai baju ketat dan bertali yang... ermm..  Oh God. Apa pun girls, kalau korang tengok, korang mungkin akan jealous kot dengan asset dia. Tapi tak tahu la kot-kot dia letak stoken + tissue dalam tu.


Rating
Kelakar = 6/10


Filem Kongsi ni memang kelakar. Ada ketikanya, aku tergelak dengan lawak dieorang. Dan ada ketikanya, aku rasa yang lawak tu tak kelakar langsung dan tak ada seorang pun gelak. Dan yang penting, tak ada satu pun babak yang membuatkan satu hall tu tergelak. Nampaknya filem ni tak mampu menambat hari ramai orang. Filem Adnan Sempit jauh lagi best dari filem ni. Even aku tengok filem Adnan Sempit kat Tv je.


Aksi = 5/10
Aksi dia terlampau obvious. Bila bergaduh, nampak sangat pihak lawan nak kalahkan diri. Bertumbuk tak real. (Aku rasa isu ni tak akan ada pada filem KL Gangster)

Plot dan jalan cerita = 4/10
Plot dia sucks. Pengenalan Hero tak memuaskan. Watak terlampau banyak dan tak ada fokus. Leader-leader berkumpul tapi tak tau apa penyudahnya. Boss-boss dalam cerita ni macam tak ada kaitan langsung dengan isu yang sedang berlangsung dalam movie. Seolah-oleh big boss dan kisah Shehaizy Sam tu adalah dua filem berbeza. Dan serious banyak sangat benda tergantung. Ending langsung tak puaskan hati.

Overall (Bla + bla + bla + bla) = 4/10.
Kami The Movie jauh lagi baik dari cerita ni. Pisau Cukur pun not bad. Ada kelainan. Filem Kongsi ni tak nampak lah kelainan dia. Bila tak ada kelaianan, nak buat sinopsis pun tak ada mood. Pulak tu, duration nya amatlah pendek. Di GSC dia tulis duration adalah 1jam 30 minit. Tapi tak rasa ianya 1 jam 30minit.

Well, patut ke korang tengok filem ni?
Yup. Aku kasi overall rating 4/10 based on semua faktor secara ringan-ringan. Tapi still korang patut tengok dan nilaikan sendiri. Aku tak suka cakap something tanpa buat benda tu. So, korang pun sama. Dengan itu, kalau korang plan nak tengok citer ni, go ahead. Not a prob.

Well, korang mungkin kata "Kita patut support filem nasional dan filem buatan Malaysia." tapi seriously, define 'support'. Yeah, I dont give a shit. Pengarah main buat filem cincai-cincai, then semua pakat tonton atas nama support? Peh-lis. Sampai bila-bila lah filem Malaysia tak maju-maju. Aku tak akan support filem Malaysia kalau ianya teruk.

Semua comments untuk entri ni dah hilang. Thanks go blogger.

Sabtu, 12 Mac 2011

Review Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum


Hell-o pretty boys dan kacak girls sekalian.

Masa aku duk berborak dengan abang kilang hari tu, entah macam mana, aku terfikir untuk tonton cerita Hikayat Merong Mahawangsa. So, aku kerja dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Kadang-kadang, sampai malam aku overtime. Dah tu, celah mana aku nak beli tiket wayang?

Entah macam mana gak, aku dapat idea untuk booking tiket online melalui phone. So, selepas google no phone GSC East Coast Mall, aku pun call lah. Nombor phone TM biasa. So caj rendah je nak booked untuk wayang. Gila ah senang. Tak payah beratur dan pergi ke bandar. Selama ni aku punya lah rushing nak beli tiket wayang. Kalau aku tau boleh main beli ikut phone, dari dulu aku guna. So, selepas dah confirm, aku pun call la kawan aku kata tiket pukul 10 malam.

Dengan happynya aku dapat dua tiket. Tapi, shit happens.

Sampai je kat kaunter ambil tiket wayang tu, akak tu tanya

"Tiket key nomber dia ada tak?"

"Ada Kak. Ni Kak. 83912"

"Okay. Cerita Rango pukul 10 malam. Dua seat"

Wait... Rango? Rango.....? WHAT THE FUUU IS RANGO?

"Kak, Rango? Apa benda tu? Saya tempah tiket movie Hikayat Merong Mahawangsa la Kak."

"Eh ye ke? Saya rasa adik dah salah booking ni"

Aku pun macam.. WTH WTH WTH. Tersalah pilih apa aku dan sure 100% sure dah.

Aku pun bengang. Memang sakit hati. Akak tu dah la tak reti nak senyum. Tapi nasib baik comel. Kalau senyum lagi lah comel. Tapi tu lah. Susah nak cari perempuan comel zaman sekarang ni nak pandai senyum. Semuanya pandai mengada-ngada je.

"Abis tu, macam mana ni kak? Tak akan akak nak suruh saya tengok cerita Rango tu?"

"Saya tak boleh buat apa lah dik, memang tu yang tulis kat sini"

Perh, sayu, pilu gila dengan kakak tu. Dah la dia panggil aku adik. Tercalar tau maruah seorang lelaki teruna kalau perempuan panggil dia adik. Tak tahu ke dia yang perempuan tak boleh panggil lelaki sebagai "adik". TAK BOLEH. Tak kira ah dalam situasi macam mana pun, lelaki sentiasa tua dari perempuan.

"Alaa kak, tak ada initiative lain ke? Tiket reserved yang lain tak release lagi ke?"

Tiket wayang yang reserved wajib di tuntut 45 minit sebelum wayang start. Kalau tak, ia akan di tuntut.

"Release? Belum lagi. Sikit lagi dia release lah."

Aku diam tak berganjak.

Dia pun diam.

Lama sikit, dia berbunyi "Hmmm. Okay dah released dah. Adik nak ke?"

Zzzzz, Mesti lah nak. Kakak ni, suka betul bermanja-manja dengan aku. Aku dah berpeluh dah. Ye lah, sebab dah janji dengan member aku nak tengok cerita Hikayat Merong tu. Dan yang bestnya, bila aku tengok seat aku, perh, perrrrrrfect yaw. 4 row dari atas, dan tengah-tengah. Memang screen straight dengan mata aku. Tak dongak, tak tunduk. Again, perrrrrfect.

So, apa yang bestnya dengan cerita Hikayat Merong Mahawangsa yang di bikinkan oleh geng-geng KRU ni?

Anda akan minat movie Hikayat Merong Mahawangsa ni kalau:

  1. Anda gay.
  2. Anda sukakan sejarah yang... errr... pelik.
  3. Anda sukakan aksi perang lelaki berpakaian separuh bogel. 
  4. Anda perempuan dan suka tengok lelaki topless lebih-lebih lagi kalau lelaki tu adalah Stephen Rahman Hughes yang mempunya badan seksi serta bebulu.
  5. Cerita sebelum kedatangan Islam. Dimana, sedar-sedar je, Merong tu dah ehem-ehem dengan awek kat kampung tu sampai mengandung. Jarang sekali dalam cerita-cerita zaman sekarang yang ada kisah pasal lelaki dan perempuan buat seks, dan tak di jadikan isu. (Okay, selepas aku check balik, memang dieorang dah kahwin kot. Tapi tak di tunjukkan. Masa first time tengok aku tak perasan langsung sebab perangai si heroin macam jual mahal gila)


Anda tak patut tengok cerita ni kalau:
  1. Anda tak suka bila ada CGI yang kaku.
  2. Anda tak suka plot yang terlampau obvious.
  3. Anda anti dengan PPSMI. Malu lah weh orang zaman dulu pun reti cakap english. Korang yang modern ni pun tak brani nak belajar dalam english.
  4. Anda sukakan cerita yang lebih complex.
  5. Anda bersama keluarga serta awek. Ada kias-kias babak lucah even ianya 13PG.

Personal Rating
Plot - 5/10 (Plot dia agak cliche)

CGI - 3/10 (CGI ada yang best, tapi ada yang kaku dan terlampau obvious)

This + that + all - Aku bagi 6 / 10. 6 / 10 ni banyak tau. Tapi cerita ni mampu buat aku menguap beberapa kali dan awek di sebelah kawan aku tu mengamuk nak keluar. Plus, ada yang tidur. Mungkin sebab dah waktu malam kot. BUT, korang patut tengok. Serious patut tengok. Tak rugi. Kalau nak download pun, rasanya tak ada lagi. Kalau ada yang download punya movie pun, mesti tak se best tengok kat pawagam. So, jangan download, tapi beli DVD.

Dan yang bestnya, masa tengok wayang, kalau duduk sebelah awek, mesti awek tu wangi. Dalam wayangkan gelap. Then awek yang wangi tu yang mukanya kita tak nampak, secara automatiknya kita akan assume yang "OMG WANGINYA DIA" dan diikuti dengan "MESTI COMEL". Dan secara tak langsung, ianya akan menaikkan mood serta keindaahan filem tersebut. Ini strategi pemasaran. Tapi sayang, tak ada seorang pun yang pernah fikirkan pasal ni.


Cerita ni adalah pasal seorang keturunan Iskandar Zulkarnain yang jadi orang buangan yang bernama Merong Mahawangsa. Badan dia sasa dan dia memang biasa dengan laut. One day, masa dia tengah buat hal, satu rombongan dari Rom datang untuk mengupah someone untuk bawak Putera Rom berjumpa Puteri China. Dan Merong ni di paksa untuk menjaga dan bawa Putera ni jumpa Si Puteri. Blah-blah blah, puteri tu diculik dan mereka berpakat untuk dapatkan balik puteri tu sambil menjatuhkan Garuda. Garuda adalah lanun yang menggunakan ilmu sihir.

Dalam cerita ni, aku perasan lah kan, masa mula-mula Merong Mahawangsa bertarung tu, sepatutnya ada gari berantai di tangannya. Tapi ada satu babak di mana gari di tangannya tak terpasang. Then bila masuk babak seterusnya beberapa saat kemudia, tangannya masih di gari dengan rantai. Samaada aku tersalah tengok, atau memang ada kesilapan di situ.

Aku perasan, agak ramai lah nama-nama yang aku tak kenal yang keluar. Dan ini membuat kan aku terfikir yang most of movies, kalau dieorang guna pelakon yang dah biasa berlakon, mesti cerita tu tak laku. Kalau dieorang guna pelakon yang entak dari mana, mesti cerita tu agak best. Mungkin sebab tu lah banyak pelakon drama-drama dapat tak dapat tawaran berlakon movie.

Dan, aku perasan lah dengan gred-gred filem zaman sekarang yang terlampau longgar. Bila satu filem tu ada babak seksi-seksi pakai bikini nak tertanggal, still filem tu dalam gred 13PG. Ada bab pegang-pegang kiss-kiss pun, still 13PG. Agak-agak, 18sx tu macam mana ya ceritanya? 


Then, masa dalam cerita tu, ada satu watak heroin iaitu Ummi Nazeera. Masa mula-mula aku tak perasan tau awek ni. Tapi bila dah tengok lama-lama, aku macam dapat rasa suatu perasaan yang... yang... Oh, adakah ini di namakan cinta? Ummi Nazeera gila ah comel doe. Macam gadis melayu terakhir. Dengan bibirnya. Dengan ego nya. Dengan pakaiannya. Dengan cara bercakapnya. Dengan kependekkanya. Dan macam-macam lah. Perh, cair aku tengok gelagat dia. Nak kata comel tak. Tapi manis tu banyak. Kalah my Lisa Surihani beb.

Eh wait, Lisa Surihani tu siapa?



Selasa, 9 November 2010

Pre Review Movie & Filem : Ombak Rindu

Assalamualaikum.


Ingat tak korang pasal movie Lagenda Budak Setan? Ya, movie tu amat famous sebab ianya based dari sebuah novel yang amat terkenal yang juga bertajuk Lagenda Budak Setan.

Dan bagi pembaca novel yang tegar, mesti korang pernah baca novel yang bertajuk Ombak Rindu yang di tulis oleh Fauziah Ashari kan? Novel ni dulu famous gila. Dan di sebabkan itu lah, novel ni bakal di jadikan movie.

Aku dah lupa tahun bila aku baca novel onbak rindu tu. Tapi yang aku tahu, dah lama gila aku baca. Omba Rindu adalah novel yang superb. Tapi sambungannya yang pertama dan yang keduanya adalah sucks. Ceritanya umpama cerita indon.

Tapi, adakah movie Ombak Rindu ni macam cerita indon juga?

Sinopsis movie Ombak Rindu :


Izzah adalah seorang gadis yang yatim piatu di sebabkan oleh kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Then , ayah saudaranya, Taha, mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga Izzah. Masa Izzah duduk dengan si Taha, isteri Taha memang anti gila dengan Izzah ni sebab bagi dia, Izzah ni umpama membawa bala kat keluarga dia.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Adakah movie ini best?


Well, kutipan untuk novel ni rasanya memang tinggi. Dan skriptnya harap-harap di olah dengan menarik. Tetapi kalau script dah menarik, adakah pelakonnya akan menjalankan tugas dengan baik? Well, mari kita tengok pelakon-pelakon Ombak Rindu ni.

Aaron Aziz sebagai Hariz (Watak utama)

Seperti yang korang tahu, Aaron Aziz sekarang dah famous gila. Nak-nak selepas dia jadi Seth Tan. Dan Aaron Aziz berpenganlaman bila membawa watak yang romantik so aku rasa, meletakkan Aaron Aziz sebagai watak utama (Hariz) adalah pilihan yang not so bad. Ianya nice actually.

Maya Karin sebagai Izzah (Heroin)

Izzah adalah Heroin bagi filem (novel) ni. Watah Izzah adalah seorang yang naif, lurus, penakut, baik, pemalu, dan… bodoh. Aku tak tahu kalau bodoh tu dikira terlampau berat. Tapi seriously, watak Izzah dah macam watak-watak cerita Indon. Sedih sepanjang masa. Dan seingat aku, Izzah dah dirogol oleh Hariz.

Dan, aku rasa, Maya Karin sebagai Izzah adalah tak berapa sesuai. Aku tak pasti kenapa. Tetapi aku tak nampak gaya-gaya Izzah dalam diri Maya Karin. Even kalau korang baca-baca forum, ramai yang kata Maya Karin tu tak sesuai untuk menjiwai watak Izzah. Well, aku harap Maya Karim mampu lakonkan watak Izzah dengan berjaya.

My Lisa Surihani sebagai Mila

My Lisa Surihani jadi watak jahat. Okay fine mungkin tak adalah jahat sangat. Tapi ianya watak ke-3. Dan muka dia dalam gambar tu memang nampak macam seorang gadis melayu yang jahattt. Ini adalah wrong. Totally wrong. My Lisa baik taw. Tapi bosan gak kan kalau my Lisa ni asyik nak jadi watak yang lebih kurang untuk setiap masa kan? So kalau ada kelainan, mungkin akan rasa lebih fun.


Aku tak pasti samaada script cerita ni sama dengan novel atau pun tak. But, ada babak-babak yang korang sure sure pasal this movie dan ada babak yang korang rasa geram. Malangnya, babak sedih lagi banyak dari babak sweet.

Dan kalau tak silap aku, masa aku baca-baca novel Ombak Rindu ni, ada babak di mana adik Hariz merogol Izzah

Aku rasa novel Aa+Bb jauh labih baik dari novel Ombak Rindu. Ceritanya amat tak tipikal seperti novel-novel Alaf21 yang lain. Tetapi ianya famous sebab ini lah genre yang paling best pada waktu tu. Dan pada masa sekarang, genre novel Hlovate adalah yang paling best. In fact, aku rasa semua novel hasil Hlovate patut di jadikan filem.

Aku belum tengok lagi movie ni. Mungkin esok dan lusa aku akan tengok. Perlukan member untuk temankan. Isk... Isk..

Entry asal dari blog Review aku : http://reviewfilem.com/2011/07/review-ombak-rindu-based-on-novel-citer-cerit/