Khamis, 9 Disember 2010

Conclusion Entri Hari Ini : Hukum Sebenar Bercouple.

Assalamualaikum


Hai. Ini adalah sambungan dari entri Couple Itu Haram? dan Kalau Couple itu Haram, Kenapa Bertunang Tak Haram? Dalam entri-entri yang aku tulis ni, bertunang yang aku maksudkan adalah bertunang cara zaman sekarang which is bukan lelaki dan perempuan di perkenalkan oleh ibubapa seperti zaman dulu-dulu.

Sebab, kalau nak di ikutkan, bertunang zaman dulu (Umat zaman dulu bertunang) adalah bila seseorang diperkenalkan dan akan bertunang sebagai proses mengenal antara satu sama lain. Ianya berbeza dengan zaman sekarang (Umat zaman sekarang) which is zaman sekarang, korang bercouple, then bertunang then baru kahwin di mana bertunang dan bercouple tak ada beza pun (kalau ikut cara bertunang zaman sekarang).

Style bertunang zaman dulu-dulu, aku rasa dah tak wujud dah zaman sekarang. Kalau ada tu, ianya adalah bawah dari 5% (di Malaysia)

Dan, apa yang aku nak cakap pasal entri sebelum ni adalah betul ke couple tu haram? Ya, aku bukan nak bercakap pasal bertunang sebab isu bertunang (cara asli) dah dinyatakan dalam hadis dan etc.

Its all about couple. Ramai yang kata couple tu haram berdasarkan sebab-sebab seperti pegang tangan, keluar berdua-duaan dan sebagainya. Dan, secara tak langsung, itu membuatkan segala couple-couple adalah haram dengan serta merta. Well, adakah ianya benar?

Well, ramai orang kata yang couple tidak dinyatakan dalam Quran dan Hadis. Tapi adakah bila sesuatu perkata tidak dinyatakan dalam Hadis dan Quran, ianya adalah haram dengan serta merta?

Couple ni umpama nasi. Adakah nasi itu haram? Tak. Nasi tak haram. Tapi, jika dalam nasi tu, aku campurkan dengan sedikit lemak babi. Adakah ianya haram? Ya. Dengan itu, adakah anda membuat conclusion dengan berkata setiap nasi adalah haram? Tak. Nasi atau makanan adalah haram bila ia dicampurkan dengan makanan haram. Begitu jugalah dengan couple. Ianya benda yang tak ada apa-apa pun. Dan ianya menjadi haram jika perilaku orangnya yang membuat benda-benda haram.


Sama seperti berkawan. Ingat tak dulu ada beberapa kes yang seorang pelajar perpuan sekolah menengah yang kantoi buat seks dengan kawan dia. Adakah itu menjadikan berkawan itu haram?


Orang berkata, "Kalau mula-mula couple, lambat laun mesti nak pegang-pegang kan?"
"Lambat laun, mesti kau akan keluar berdua kan. Dan etc.

Tapi, aku bukan nak kata atau apa. Aku selalu keluar dengan girls yang.... urm.. kawan. Kadang-kadang, dengan yang kenal di internet. Dan kadang-kadang yang kenal dari blog dan kadang-kadang yang kenal sejak sekolah rendah. But, aku tak pernah keluar berdua. Even bercouple pun, aku tak pernah pegang tangan. Tak pernah fikir nak buat seks-seks dan sebagainya. Aku geli bila perempuan buat suara manja sebab ia menampakkan gedik. So, apa yang menjadikannya couple itu haram?

Bercouple dan bertunang (style zaman sekarang) adalah tidak haram. Yang harammnya, apa yang anda buat ketika couple dan dan bertunang. Bercouple dan apa yang anda buat ketika bercouple adalah dua benda berbeza. So, try faham kan. Zaman nabi, orang bertunang sebab nak mengenali. Tapi zaman sekarang, orang bertunang sebab nak bagi mudah berdua-duaan.

[Tambahan] Perihal Zina Hati. Ramai yang berkata merindui dan mengingati seseorang adalah termasuk dalam zina which is zina hati. Tetapi, ianya salah. Zina hati bermaksud bila anda meninginkan seseorang dari sudut nafsu berahi. Info penuh dari sini (Leokid + SaifuIslam). Bak kata penulis tu, Islam tak semudah itu nak menghukum seseorang yang merindui dan mengingati pasangannya.

And lastly, sumber yang paling kukuh pasal isu halal haram couple, aku ambil dari IslamGrid which is hak milik penuh JAKIM dan beberapa agensi lain.

Soalan : Salam, saya mendapat email penuh dari rakan menceritakan tentang hukum bercinta / couple. Soalannya, adakah benar bercinta itu haram? Bukan kah perasaan ingin disayangi dan dikasihi itu suatu fitrah bagi manusia sendiri? Saya harap pihak tuan menghuraikan persoalan ini dengan selengkap supaya mudah saya menjelaskan kepada saudara-saudara seislam kita yang lain.

Jawapan : Harus bercinta dengan seseorang dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan dan aurat. Di larang bergaul secara bebeas antara lelaki dan perempuan kecuali jika di temani mahramnya dan menutup aurat serta menjada bahasa ketika berkominukasi di antara lelaki dan perempuan. Salah satu golongan yang mendapat perlindungan dari Allah SWT di akhirat adalah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. Yang di maksudkan dengan mencintai seseorang kerana Allah adalah cinta yang mengandungi unsur-unsur berikut ;
  1. Mencintai seseorang iklas kerana Allah tanpa kepentingan apa-apa. 
  2. Menyintai seseorang tidak menagtasi Allah, Rasul dan kedua Ibubapanya. 
  3. Tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak.

 Atau korang boleh lihat semuanya di gambar di bawah.


Aku dah tahu pasal hukum ni sebelum aku tulis entri sebelum ni lagi. Tapi, aku rasa best juga kalau aku boleh bermanja-manja dengan anda semua. Dan, nak tak nak, aku perlu tulis isu ni secara berperingkat-peringkat. Sebab itu lah dalam hari ni, ada 3 entries sekali gus. Aku nak korang faham apa yang aku nak sampaikan. Setakat ini, tak ada fatwa yang mengatakan bercouple dan bertunang dengan cara zaman sekarang adalah haram. Apa yang jelas haram adalah apa yang anda buat ketika couple dan bertunang sebab hanya nikah adalah ikatan yang sah secara mutlak.


Video Ustaz Jamnul Azhar Bercakap tentang cara dia bercinta.

Aku pernah pergi satu forum cinta dan hubungan yang Islamic. Dan, ketika soal jawab, ada student bertanya kepada ustazah tentang perihal couple. And the real things is, ustazah memberitahu yang dia bercouple lebih kurang setahun dengan seorang lecturer (Ustaz juga kalau tak silap aku), tetapi dia tak pernah keluar berdua dan buat benda budak-budak ni. Dia berkata "Cinta umpama air yang suci. Bersih dan kotonya air itu adalah bergantung kepada bekas air itu di tuang.". Begitu juga dengan bercinta. Ianya adalah benda bersih. So, jangan kotorkannya dengan perbuatan korang yang gedik-gedik, pegang tangan dan benda-benda pelik.

Have a nice day. ;)



60 ulasan:

  1. ekselen ! biaq diorang phm sket. hahah

    BalasPadam
  2. bila bercouple, akan ada 'pihak ketiga' yg akan ajak kita ke arah maksiat. kalau kita kuat iman, perkara tu boleh dielakkan. apa yg menjadikan bercouple tu haram ialah bila kita keluar berdua duaan dgn si dia.

    bila seorang lelaki dah tertarik dgn seorang perempuan, sepatutnya dia menyatakan kesudiannya utk ambil perempuan tu sbgai isteri, bkn sebagai makwe. jumpa family dia, kenal2, dan nyatakn niat tu,.

    kalau rasa tak yakin dia tu jodoh kita, buatlah solat istikharah utk petunjuk. bukan dgn kuar berdua2an sebab nak kenal lebih lanjut. lepas kawin pun boleh buat benda tu.

    sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya

    BalasPadam
  3. nice one...two thumbs up bro!!!!

    aku suka ayat "Cinta umpama air yang suci. Bersih dan kotonya air itu adalah bergantung kepada bekas air itu di tuang."...

    another two thumbs up!!(pakai kaki)

    BalasPadam
  4. wahh..what a nice topic..suke.
    semuanya benar dan tak boleh disanggal.. ^_^ ..thanks...

    BalasPadam
  5. taak setuju
    dah terang terang dah couple tu haram
    maybe betul apa yang mosti tu cakap but is it betul kalau pasangan couple tu dah rindu rindu even pun diorang tak pernah berjumpa, tak pernah call?
    rindu tu ZINA HATI. tipulah kalau pasangan tu tak saling missing each other betul tak?
    hukum macam ni jangan buat main
    MR K rujuk lagi benda ni lebih mendalam

    BalasPadam
  6. Lebih baik tak payah couple. Kahwin terus, kan senang. Kalau couple, bukannya buat apa-apa pun kan? Dah semua pegang-pegang dll tu haram, baik tak payah. Betul tak? Aku tak faham, orang buat majlis besar-besaran, ingatkan kahwin, tapi, tunang je. Bazir duit betul. konklusinya, KAHWIN TERUS LAGI SENANG.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. @Mieyrarif - Aku tak jumpa hadis dan dalil yang direct yang cakap pasal merindui itu adalah haram. Boleh kasi link yang direct dan bukannya "sila rujuk" punya ayat.

    @kim - Itu ayat yang aku akan ingat sampai bila-bila :)

    @Anonymous - Most of people couple, sebab dia tak mampu nak kahwin dan bertunang. Kalau mampu, dah lama dah aku kahwin >,>

    BalasPadam
  9. @Keretapi - Sebab tu lah di entry sebelumnya aku buat comparison antara couple dan bertunang.

    Why aku compare? Sebab orang yang bertunang nowadays mostly pegang-pengang, buat seks dan etc. Then, sebab tu lah entri sebelum ini bertajuk "Kalau couple itu haram, kenapa tunang (zaman sekarang) tak haram?"

    Dulu zaman nabi, bertunang sebab famili yang aturkan perkahwinan. So, memang susah lah nak buat benda-benda terlarang. tapi zaman sekarang, tunang keluar berdua dengan tunang, orang tak kisah pun. Thats why aku kata tak ada beza tunang zaman sekarang dan couple.

    Benda ni amat susah aku nak terangkan dan nak bagi orang faham. Sebab tu lah nak tak nak, aku kena buat entri berperingkat supaya anda yang membaca akan faham secara sendirinya.

    BalasPadam
  10. assalamualaikum mr k

    nak start komen pn aku blur ni tp 1st of all congrats n tengs 4 reminding.

    bila nak ckp psl bertunang cara dulu2 mak ayah arrangekn mmg kurang praktikal dh skrg dh pada aku sebab org skrg ssh nk dipercaya. nampk je muka ensem tp perangai hampaagasss! so kena gaklaa buat sesi 'taaruf sendiri'. tapi masalahnya terjadi gedikss pulak. nak raba2. stim2 bagai.

    pd aku mmg susah bila nk buat kapel yg diredai DIA sebab aku sendiri growing up dlm masyarakat yg 'moden' ni. sometimes mcm terkonpius pulak betol ke x some action bile kapel2 buat ni.

    tp tepuk dada tanya selera laa kn. if nak DIA reda mst akn cari caranya.

    may HE guides us in every single thing. aminnn.

    BalasPadam
  11. Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia ) Hadis ini sangat sahih disisi Bukhari dan Muslim.

    BalasPadam
  12. hhuuuuu...
    ku dah bertunang tapi minta jauh la daripada maksiat nyata camtu.
    huhu~

    BalasPadam
  13. menumpang membaca komen-komen di sini. Tp aku setuju dgn entri ini. Kapel tak haram. Dan pertemuan jodoh ada mcm2 gaya.

    Ada yg lama bercinta 6-7 tahun baru dpt kahwin.
    Ada yg bercinta 6-7 tahun tapi takda jodoh.

    benda takleh nak elak. Masalah duit la.. masalah keluarga la.. dan mcm2 la. Tapi dah namanya jodoh, benda tuh dipermudahkan.

    aku skang tgh berkapel. Jarak jauh mind you. Dating amatlah jarang sekali. SMS? Bila ada keperluan je.

    Nak cakap rindu pon.. tak leh.. mesti si lelaki akan kata kita tiada hak nk manja2, rindu2... dan seumpamanya sbb mungkin jodoh tiada antara kita.

    Yg penting doa, usaha dan tawakkal.

    Nak terbyg-byg pasangan? Giler hapa. Nk terbyg camna tuh? hehehehe.. Cinta anak muda mungkin camtuh la kot. Nafsu merajai diri. Tapi bila da semakin tua neh.. kita ada bnyk benda lain nk fikir. Adehh..

    Life goes on as usual tapi kini lebih bnyk usaha ke arah nk kahwin. InsyaAllah. Duit bukannya leh jatuh dari pokok. =p

    BalasPadam
  14. agree dengan penulis.=)
    bercouple menjadi haram apabila semua perbuatan (bermesej bermanjaan, sentiasa teringat kekasih etc), menjadikan hati kita menjadi lalai..tny pada hati kenapa kita mencintai sesorang??
    senang mcm nie shj:
    menyayangi dan mengasihi pasangan masing-masing kerana Allah,
    tidak perlu membina perhubgn terlalu lama dengan alasan masih belajar, tidak cukup wang etc.. untuk mngharapkan rumah tangga yang diberkati dan mendapat barakah daripadaNya, maka carilaa keredhaanNya dari mula awalnya perhubgn..landaskan semuanya kepadaNya, wang dan masa, bukanlaa menjadi penghalang, sebab bila semua dibuat untukNya, maka dia akan permudahkan segalaNya untuk kta..=)

    BalasPadam
  15. @Xpikirlagi - Itu di ambil dari "rujuk Riyadusolihin bab larangan memandang wanita" kan?

    Aku sedang cari yang betul-betul direct seperti di bawah;

    Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

    (Riwayat Bukhari )

    Aku cari di semua rangkaian dan termasuk mendownload software yang ada hadis bab zina. Tak ada pun kenyataan seperti zina hati adalah merindui seseorang.

    BalasPadam
  16. thnx MR. K. cara kau terangkan sangat2 jelas. aku nak share link blog kau tau! tihihi~ smoga dpt wat entri yg best! gudlak! >_<

    BalasPadam
  17. merindui seseorang bukanlaa zina hati, tetapi merindui kekasih secara berlebihan dlm konteks zina hati:
    i've read article from
    http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1247

    BalasPadam
  18. sudah ada cara islam, ikut sajalah cara islam. buat apa buat hukum baru lagi. sama jugak macam solat. kalau rasa solat tu membebankan, rasa malas mau buat, hukum solat tu tetap wajib dan patut diikut. so, tidak payah la kapel. tunang ja terus. itu sebablah umat islam semakin hari semakin terbabas dari jalan yang benar. ingat, niat tidak menghalalkan cara.

    BalasPadam
  19. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2281.

    -mr K: nie je dapat bantu untuk jelaskan persoalan ddiatas.
    tapi bagi kes rindu jadi zina hati tue, tak jmp lagi hadisnya.
    mgtkin juga dlm konteks, rindu berlebihan mewujudkan zina hati..

    BalasPadam
  20. ehem. kau kluar lepak dengan girls pon dose la. pompuan n laki mmg kne ade hijab fyi.

    BalasPadam
  21. gud explanation..
    i like this entry..

    BalasPadam
  22. couple tu haram.

    couple - two of the same sort considered together; pair.
    2.
    two persons considered as joined together, as a married or engaged pair, lovers, or dance partners: They make a handsome couple.
    3.
    any two persons considered together.
    4.
    Mechanics . a pair of equal, parallel forces acting in opposite directions and tending to produce rotation.
    5.
    Also called couple-close. Carpentry . a pair of rafters connected by a tie beam or collar beam.
    6.
    a leash for holding two hounds together.


    khairul... khairul... kau keliru dengan definis couple ni.

    Kenapa orang sekarang guna perkataan kapel? Bukan kekasih, atau orang bercinta.

    istilah couple itu menggambarkan dua benda dekat secara fizikal. mcm termocouple, coupling, a couple (lovers) dilihat sebagai sepasang manusia lain jantina yang sentiasa dekat mendekati seperti yg dilihat di jalan, pasaraya, tepi parit dsb.

    jadi, ia sesuai digunakan pada zaman sekarang yang merujuk pasangan kekasih yang jalan rapat-rapat, pegang-pegang dan sendeng-sendeng. Hal sebegitu menyebabkan perkataan 'couple' sesuai untuk mereka.

    Jadi perkara itu iaitu perbuatan 'coupe' jelas sekali haram pada istilahnya dan pada lazim kejadian.

    Yang halal adalah cinta mencintai kerana Allah. Yang haram itu maksiat.

    Cepat2 la kau kawin.

    BalasPadam
  23. Salam Mr.K..
    Aku tertarik nak bagi comment kat entry ko yang ni..ni kire sum up comment 2 entry before this entry la eh..

    Sebagai orang yang dah pegang status seorang isteri, aku suka nak ingatkan kat adik2 manje sekalian..kalau boleh kahwin jer la terus..kalau nak tunang pon tak perlu la nak lama2..sebab tujuan asal bertunang is nak memberitahu orang lain yang pasangan yang bertunang tersebut dah nak kahwin..tak lebih dari itu..lagipon bertunang lame2 ni menyebabkan pasangan 'naik lemau' bak kate mak aku la...actually aku pon tak paham maksud sebenar 'naik lemau' di situ..

    So adik2..kalau dah nafsu tu dah overdose sangat..cepat2 la bagitau mak ayah yang ko dah nak kahwin..ye aku tau, kahwin tu tak semudah ABC, tapi kalau makin dilambat2kan, makin banyak la maksiat yang korang akan buat..sebab kalau dah start pegang2 tangan, peluk2, kiss2 tu sedikit sebanyak for sure memberi dorongan untuk membuat tindakan yang selanjut nya iaitu seks..

    just my 2 cents..

    BalasPadam
  24. SOKONG !!! hehhe .
    penerangan yang boleh buat orang sedar dan buka mata . hihi

    BalasPadam
  25. @123 - Itu lah sebabnya aku wujudkan entri yang sebelum ini. Sebab bertunang jenis zaman sekarang, tak ada beza sangat dengan couple.

    @Khairil - Hmm. Betul juga. Mungkin ianya disebabkan oleh kesan negatif yang terlampau banyak yang menyababkan segala bentuk couple di pandang kotor.

    @Me - Thank you for your additional info.

    @Mira Latif - Aku ada terbaca satu entri di SaifulIslam yang mengatakan jangan sekali-kali berkahwin hanya kerana nak melepaskan nafsu. Tapi tak sure link dia. Kena google lagi.

    BalasPadam
  26. ekselen bro! nicely said. inilah pegangan yg aku persetujui dari dulu. dan aku terang kat org yang pegang dgn kata2 couple tu haram pun diorg bukan nak paham cara ini.

    kalau aku mintak kat parent aku nak kawin sekarang masa tengah belajar mesti dia cakap 'belajar bagi habis dulu!' and mostly parent akan cakap mcm tu. sbb tu zina belambak sekarang. alhamdulilah aku stil boleh jaga maruah, iman dan kemaluan aku.

    nicely said bro!

    BalasPadam
  27. aku tertarik "Couple ni umpama nasi"

    yup btol apa Mr K tulis tu..
    cuba fikir klo nasi tu bersumberkan dari sesuatu yg haram. x kisah la sehalal mana lauk yg korg makan, ia tetap haram.

    meaning, klo niat couple dari awal2 lg dh x elok. so, jgn ngada2 la jawab yg couple tu x haram. ada ke org couple niat ikhlas lillahi ta'ala??

    solution? bertaubatlah. btolkan niat perhubungan anda. sebaiknya sandarkan cinta korg tu pada yg Maha Esa. klo korg yakin dengan-Nya, nescaya si dia tetap akan menjadi milik korg walau apapun terjadi. kerna inilah IMAN!!

    x payah la ke hulu ke hilir bawak anak dara org (even x pegang2 or pandang) konon nk erat silaturrahim dan atas dasar cinta. cinta sebenar bermula selepas korg bergelar suami isteri. toksah la duk buang duit time bujang2 nie. simpan duit wat kawen & honeymoon lagi bagus~ hehe ^^

    BalasPadam
  28. tambah lah sikit maksud harus dr istilah hukum...
    takut org salah faham..kang dikatanya harus = digalakkan.

    paling senang, jg diri masing2 je la. save ourselves for the best. kalau dah selalu berkongsi kasih dgn org, tinggal apa utk future spouse?

    kwn sy bg analogi "anggap diri kita kek. sekali couple, kita bg 1 slice kek kat org yg kita couple tu. kita share kemanisan "cinta" kita ngan org tu. lps tu frust, break, couple ngan org lain, satu slice lagi cabut... lama2, tinggal apa utk suami? bekas je?"

    leave whatever things that lead to His warmth.
    today's youths bukannya tak tau apa yg haram apa yang halal, apa yg boleh, apa yg xboleh, sengaja buat2 xtahu.

    xD

    BalasPadam
  29. tapi kan.. hukum nk nikah pun terbahagi2..

    just nk share:
    wajib - kalau berkemampuan n takut kalau xkawen, xleh kontrol nafsu.

    sunat - berkemampuan, tp xkisah dpt kawen ke x, masih dpt control nafsu.

    haram - tau x berkemampuan, tau akan menyusahkan spouse

    makruh - xberkemampuan bg nafkah, tp tingin gak nk kawen.

    so kalau conclude hukum couple as harus semata2, mcm xkena jugak..
    what say you?

    BalasPadam
  30. nice..kesimpulannnya..kalo nak kapel jgn nak buat benda bukan2...

    BalasPadam
  31. well said. :)
    sebab couple itu subjektif. kalau tau batas rasanya tak ada masalah. fortunately lah jumpa jg dgn seorang yg tau jg batas.

    BalasPadam
  32. wah..mule2 byk bnda nk komen..tp tgk2 komen kt atas ni rsa mcm sume da keluar idea..haha

    jus nk ckp n highlight 1 je..

    bila niat tak menghalalkan cara.. it's still wrong..ibarat kita nak terdesak.. dah takde duet.. mak kite tengah tenat.. kite pergi curi or merompak.. STIL tetap dosa walau niat sebenar baik,nak selamatkan seorang ibu.

    BalasPadam
  33. apsal aku still nak cakap couple itu haram

    BalasPadam
  34. salam.... kemana kia pergipun mesti ada nawaitu
    kalau dah niat songsang maka songsang ler manusia itu...
    tapi syaitan tetap ada disekeliling..
    yang penting keimanan harus kuat..
    Solat jgn sesekali tinggal..
    takut pada-Nya dan ingat pada DOSA
    insyaAllah Malaikat juga akan menjaga kita dari keburukan..

    BalasPadam
  35. thanks......

    sangat berinformatif....... sama2 la menjaga adab dalam hubungan. =)

    BalasPadam
  36. aku tak rasa zina hati itu hanya merujuk pada keinginan seseorang itu dari sudut nafsu berah. cuba kau baca artikel ini.

    http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bila-kamu-bising-fasal-zina-hati/

    macam aku cakap sebelum ini, mengingati, membayangi, dan segala yang melibatkan hati sampai mengganggu urusan dan melalaikan terutama dalam hal ibadat. itu yang dikatakan zina hati.dn skop nya bukan setakat sampai bayang yang dari sudut berahi sahaja

    tapi, entah. mungkin pemahaman kau dan aku berbeza tentang apa yang kita baca.

    dan yeah, aku setuju dengan apa yang kau kata pasal tunang dan couple ini. hukumnya berdasarkan apa yang kita buat.

    BalasPadam
  37. Sesuatu perkara pada asalnya adalah harus. Yang menjadikannya haram adalah disebabkan pengisiannya. Tawaf boleh jadi haram kalau mengililinginya dalam keadaan bertelangjang. Ayam yang disembelih dengan menyebut nama Allah jadi haram kalau ayam itu ayam curi......
    Begitu juga capel... boleh jadi haram kalau tak berlandaskan syariat.

    BalasPadam
  38. 'couple tu macam nasi'

    couple je la. cuma things yg kita buat masa couple tu yang patut ambik kira. kalau buat bnd haram, haram lah.

    kan dah cakap 'islam tu bukanlah kejam sgt tak bg rindu2'

    kita kan ada hati dan perasaan jugak. cuma janganlah terlalu merindu sampai berangankan benda yang tak sepatutnya. tu la jadi zina hati.

    nak couple, couple je lah. jangan buat bnd bukan2.

    ni pendapat aku.

    BalasPadam
  39. @Ann - Sesuatu yang melalaikan bukan zina. Ianya adalah dosa. Contohnya, kita main game sampai terlalai. Ianya dosa. Bukan zina. Bukan ke zina berkaitan dengan nafsu?

    But im not really sure about it.

    BalasPadam
  40. terasa sungguh aku bila baca entry ni.

    but well said!

    BalasPadam
  41. ntah.
    aku pon nk ckp couple tu haram.
    sbb tu aku xpernah 'declare couple' kot.
    hahaha.

    sekian,
    zinnirah

    BalasPadam
  42. Hehe. Macam inilah, aku tak ingat aku baca kat mana. Tapi dalam satu hadis ni, Nabi pesan... berhati-hatilah dengan 3 Ta.

    1. harTA
    2. takhTA
    3. waniTA

    Couple tak couple tu aku malas nak ulas. Banyak sangat orang tulis pasal ni. Haram ke tak haram ke maksiat berleluasa je.

    Yang aku tau, manusia ni iman dia lebih nipis dari kulit bawang. Dan sesungguhnya kalau berjumpa kawan2 berlainan jantina secara ramai2 atau berdua (walaupun pada asalnya mungkin tak ada niat apa2)... sangat mustahil syaitan tak dekati. Melekat kat tepi mata. Kalau tak jaga pandangan... syaitan pun bisikkan bukan2 kat hati... hati pun berdetik bukan2.

    Itu belum lagi masuk bab jumpa kawan2 laki pompuan pastu besalam tangan. Kadang ada yang tau besalaman ngan bukan muhram tu tak boelh... tapi sebab nak jaga hati orang yang hulurkan salam... maka terpakselah salam. Nampak kan? Iman kita sangat nipis kan sesungguhnya :)

    Dan kena ingat ye saudara seislamku semua... bukan kerja mudah nak melawan hawa nafsu dan kentalkan iman. Kita bukan maksum.

    Jadi seeloknya... kalau boleh jauhkan... mohonlah jauhkan maksiat. Jaga batas pergaulan. Elakkan terlalu sosial macam ikutan budaya barat. Itu je yang patut dibuat sebetulnya.

    BalasPadam
  43. mmg laa tk pgang2 , b'dua-duaan . kapel islamic laa knon cm tuhh . tpy lao kapel , msti laa rndu kt psgn dy right ? kn itu zina hati , sbb rndu merindu . so , mmg kapel itu haram , sbb m'hmpiri zina kn :)) > pd pndpt sy sahajee <

    BalasPadam
  44. aku komen lagi sekali boleh?

    jangan gaduh2 pasal couple tu haram atau tak. dosa atau tak. zina atau tak.

    yang penting couple, haram, dosa, zina, semua ada persamaan.

    which is tak baik.

    eh tak baik je? yelah kang aku cakap couple haram, orang marah. kalau cakap couple halal, memang setan dah start bisik la tu. dia kata "kau couple jelaa, asal jangan langgar batas".

    kita kena sedar diri. kalau rasa iman tak kuat, janganla ada hati nak couple.

    kita mestila cakap kita tak langgar batas, tapi kita paham ke langgar batas tu camne? maksud sebenar dia?

    tah2 kita pun tak perasan kita dah langgar batas selama ni. kawan, lepak dengan laki saje2. kita tak sedar, batas tu sangat blur, bila2 masa kita boleh langgar walaupun kita rasa benda tu tak salah.


    so aku nak cakap, tak penting couple tu haram ke tak. yang aku tahu couple tu boleh sebabkan benda yg tak baik jadi. nak bercinta kerana Allah tu, kita kena cinta Allah dengan Nabi sangat2.

    the question is, sehebat tu ke cinta kita untuk Dia?


    kalau tak, elakkanlah bercinta dengan orang lain. nanti lain pulak jadinya.


    ps: jangan marah aku. heheh

    BalasPadam
  45. @Rari - Rindu-rindu, dari apa yang aku check adalah tak haram. Lagi pun, aku tak jumpa kenyataan atau hadis yang cakap merindui seseorang adalah haram.

    BalasPadam
  46. dear MR.K n all readers..... (cewah, cam blog ni aku punyer la plak)..... hehehe

    couple ngan tunang tu bnda samer jer.... cumer istilah tu membawa anggapan y berbeza utk msyrkt skunk...... couple mksudnyer gadis tu da di tanda oleh sorg pakwe, tunang pown samer, cumer ikatan ini klihatan lbih kukuh.... soal haram dan haram, bnda ni kiter xley men serkap jrang or pk2 sndiri jer sbab ni soal hukum.... y ni kna btul2 dptkn kpastian dr alim ulama.... ikatan tu mungkin tidak haram (wallahualam), tp perbuatan pasangan tu y haram..... even junjungan kiter Nabi Muhammad s.w.t pown tidak galakkan brtunang lamer2..... so, nk couple ker, nk tunang ker,terserahlah.... janj bnda y kalian wat tu x salah di sisi Islam.... kalo da couple tu, xyah la nk kluar2 sngt.... kalo nk kluar pown, g la tmpat y xmnimbulkn fitnah.... pegang2 tu, xpayah la.... xder untung pown.... doser ader la kn.... akal y Allah bg, kiter guna samer2 utk timbang maner y bek, n maner y buruk.... semoga kiter samer2 mampu berubah mnjd umat y lbih baik... insyaAllah..... (~~,)

    BalasPadam
  47. ouhhhhhhh
    sgt masyukk ini entry !
    yup2
    dat's rite
    m'dekati zina itu HARAM
    xkesah la kite kwan or cple kn

    BalasPadam
  48. ASSALAMUALAIKUM..erm..tiada istilah cinta selepas kawen...kapel?bukankah xelok..sb kita telah mendekati zina..
    menipu la manuse xpk bukan2 kalu mase bercinta..sebab kita ni manuse biase n mase bercinta 2 mesti ad pihak ketiga..sb phak ketiga nie.. xpernah putus asa dgn manuse..lebih baik la..kita jauhi zina(kapel)sb zaman sekarang manuse dah makin nipIs iman,,kata uztaz sy..manuse sering mencari alasan untuk menghalal benda yg haram.waallahu'alam..

    BalasPadam
  49. nicee one! and ayat last tu jugak plg best. hehee.

    mungkin couple tu haram, mungkin jgak tak. kita tak ade hak tentukan ape yg haram, apa yg tak en. tp kalau dah tahu benda tu tak elok, membawa ke arah maksiat, zina buat ape nk buat jugak kan.

    mayb sebab tu orang ckp.
    'tak payah couple2 nie. kahwin je terus'.
    diorg tak ckp.
    'tak payah couple2, tunang je terus.'

    sebab tunang pun bukan tiket kita nk keluar berdua. ikut cara sebenar, keluar dengan tunang pun kena ade mahram teman jugak.

    BalasPadam
  50. well, maybe kau beria- ia nk cakap couple tak haram sebab kau pernah couple kot

    apa apa pun aku tak setuju dengan entry kau ni

    untuk apa bercouple ni?

    BalasPadam
  51. @Anony 8:03 - Dah hampir 3 tahun aku single.

    Aku bukan nak galakkan couple atau buat benda2 yang merapatkan zina. Aku nak korang fikir sejap apa persepsi yang orang fikir pasal couple. Rata2, bila ada orang couple, terus orang kata "Eh, kau couple ke? Bukan ke benda haram?"

    Dah, kau boleh baca pasal isu ni di SaifulIslam.com. Tajuk dia Polis Cinta.

    So, please, read each of my words carefully, starting from the first entry. Then, baru kau akan faham tujuan aku tulis benda ni.

    BalasPadam
  52. Comment closed since ramai sangat yang tak reti-reti nak baca dulu sebelum comment lebih-lebih lagi bila cakap merindui seseorang adalah zina hati. Please read the whole entri including dua entri sebelumnya.

    Dan sila baca comment-comments. Semua pertanyaan aku dah jawab di ruangan comments.

    Entri di tulis based dari;

    http://leokid.wordpress.com/2010/03/18/zina-hati-tangan-kaki-mulut-mata/

    IslamGrid.com

    dan

    http://saifulislam.com/?p=4871 as inspiration..

    BalasPadam