Memaparkan catatan dengan label Formspring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Formspring. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

Soalan-Soalan Love eww-eww dan yang Seangkatan.

Assalamualaikum


Hello confused girls and boys sekalian.

Ini adalah segment yang agak lama la juga aku tak catch up which segmen "Menjawab Soalan-soalan Di Formspring". Well, kalau korang perasan, aku dah jarang jawab soalan di Formspring kan? Ianya sebab kebanyakkan soalan di Formspring adalah berunsur spamming dan 'repost'. I mean... soalannya seolah-olah di ulang-ulang. Aku bab nak tulis benda sama ni yang aku agak malas. So, sebab tu la aku dah jarang jawab soalan Formspring. Maybe aku patut tunggu sampai 300 soalan then baru lah aku akan jawab.

But then, out of all, ada lah juga seberapa soalan-soalan yang menarik minat aku. Bukan sahaja menarik, tetapi ia juga kerap di tanya berulang-ulang kali. Untuk menghalang daripada aku mendapat soalan ni over and over and over again, maka, aku letak lah soalan ni di blog.

Normal tak kalo guys gurau-gurau dengan kite pasal baju dalam? Bile kite marah dia, dia tanye balik "Laa kenape nak marah?" Kite malu sebenarnye. Mr. K rase?
Oh, untuk lelaki menjadi gatal itu adalah normal. Tetapi bab nak tanya pasal baju dalam tu adalah agak tak normal. And korang tahu tak yang bukan sebarangan lelaki yang berani tanya pasal baju dalam? Lelaki tu mesti dah biasa-biasa cakap pasal baju dalam. Dan actually, si lelaki tu nak bergatal-gatal miang je dengan korang. Dia nak horny sikit-sikit sebab tu dia upkan topik pasal pakaian dalam. For the record, lelaki yang boleh dibuat suami bukan lah lelaki yang cakap pasal pakaian dalam perempuan.

Dan of course la kau patut rasa malu. What? "Hai, hari ni pakai baju dalam warna apa?" tak pun "Cawan (Cup) awak saiz berapa" Yeah, how the hell kau tak patut rasa malu?

Kenapa isu mesej (Texting) selalu menjadi pergadohan dalam sesuatu hubungan? Macam balas mesej lambat, seminggu tak mesej sebab tak de kedit sedangkan dia tau yang pasangannye tu sayang kepadanye?
Personally, amat susah bagi aku untuk tanya my lover tentang kenapa dia lambat reply text. Dan, why the hell nak kena tanya-tanya? Dan kalau dia lambat reply, kenapa nak marah-marah? Instead dari korang bergaduh pasal lambat reply text, baik kalau korang bergaduh pasal asyik tangguhkan solat ke, asyik tidur malas buat assignment ke atau apa-apa je lah. Kan?


Biasanya pasangan yang bergaduh pasal lambat reply text ni adalah pasangan yang insecure. Well, aku rasa setiap perhubungan akan ada rasa insecure kan? Even aku sekali pun selalu rasa insecure. Tapi tahukan anda yang perasaan insecure tu hanyalah datang dari otak korang? Bila lambat reply, terus mark kata si dia tengah ber-texting dengan perempuan / lelaki lain. Eww.

Bayangkan, pasal texting pun nak gaduh. Nanti bila dah kahwin, si isteri / suami pergi kerja then nampak si suami / isteri bercakap dengan rakan sekerja yang berlainan jantina sure akan terus rasa jealous kan? Trust is the key of a great relationship. Kalau korang tak ada kepercayaan terhadap your partner sampaikan dia lambat reply text pun korang bising kata dia curang; then what can I say?

Aku segan nak follow blog kau or si Adameben tu. Sebab nampak gaya korang macam anti je perempuan yang tak menutup aurat ni and I one of them. Tapi post korang tu kadang-kadang bg kesedaran kat aku. so aku just blh jd reader je but not a follower. Sad
Anti perempuan? How can you kata I ni anti perempuan. Kalau I anti perempuan, masakan I ada lebih 10 ribu followers yang terdiri dari gadis-gadis comel ye tak? Hehehe. Actually, aku tak ada masalah langsung dengan girls yang free hair or yang tak tutup aurat. Tak ada nye aku nak maki kaw-kaw awek yang freehair. Oh oh, aku rasa kau better baca entry Perempuan Bertudung vs Perempuan Tak Bertudung ni. Dan kalau kau rasa kau nak start pakai tudung, tak salah kalau kau baca entry ini.

Kau tau tak apa moment yang paling best sepanjang aku berblog? Yeah, bila ada orang kata blog aku lah yang jadi penyebab dia start pakai tudung.

But seriously, aku bukan jenis yang macam Haram Police yang amat fanatik mencari kesalahan orang lain dan amat obsess untuk menghukum. Yeah, aku perasan ada certain 'alim junior' yang suka sangat menghukum orang lain yang tak tutup aurat.

Apa pendapat kau pasal Memey dan Norman Hakim nak kahwin? Overall belanja 12 juta and memey cakap harga gown dia lebih mahal dari Siti which is 500k. Siti baru 400k.
Pffff. Aku harap bukan Norman yang bayar. Iye lah, ini kan perkahwinan ke dua dia. Mana tau kot-kot ada perkahwinan ke 3 dan ke empat Norman kan? So Norman, jangan bazirkan sangat duit tu. Simpan-simpan sikit tuk perkahwinan akan datang. Dan untuk Memey pun, jangan bazir kan sangat duit beli gaun. Nanti bila bercerai susah nak bayar kereta dan rumah.

Dan Norman pilih Memey over Abby? Nice taste Norman. You are the man.

Apa hukum pakai braces?
Aku tak sure apa hukum pakai braces. Tapi yang aku tahu, ianya tak haram. Dan ada banyak ustaz yang berlainan pendapat pasal hukum pakai braces ni. Mungkin ustaz tu rasa haram sebab dia sangka yang pakai braces ni adalah untuk menjarakkan gigi. (Menjarakkan dan mengikir gigi adalah haram). Padahal fungsi braces adalah untuk merapatkan gigi. Ada hadis yang kata menjarakkan gigi itu haram. Tetapi tak ada hadis yang mengatakan merapatkan gigi itu adalah haram. So, kalau ada yang kata ianya haram, sila kasi hadis.

Aku pernah pakai braces. Dan aku dari dulu dengar pasal ni.


Lisa Surihani kenal kau ke?


Aku tak tau dow. Aku rasa hampir setiap entri aku yang kelebakangan ni ada je nama My Lisa Surihani. Tapi... tapi.. Isk. Siapa la aku. Umpama bertepuk sebelah tangan. Mandi tak kenyang, makan tak basah. Rasanya, blog aku pun dia tak pernah baca :(

Kawan-kawan aku excited gile cakap ko ni sarkastik la, miang la, kelakar la, sweet la, comel la and entah apa-apa lagi lah -,-. Tau tak perempuan ni senang cair? Kau nk jadi ala-ala 'napeun namja' (bad boy) ek?
Aku rasa kau mewakili sebahagian wanita di luar sana yang bersetuju bahawa lelaki yang badboy lagi menarik dari lelaki baik kan? Lelaki romantik dan gentleman hanya menarik di dalam movie dan novel. Tapi di real life, lelaki yang bad boy tu lah idaman korang. Iye tak?

Betul ke lelaki ada instinct yang perempuan suka kat dia?
Actually, lelaki ni adalah makhluk ego yang kuat perasan. Asal perempuan buat baik sikit, terus dia perasan yang kononnya perempuan tu suka kat dia. So please, kalau korang tak sukakan lelaki tu, sila jangan bagi false hope. Tak pun, sila jangan bagi harapan. Biar la dia nak kata kau sombong ke apa. It doesnt matter.

Salam. Nak tanya kenapa lelaki suka memandang pada rupa?
Siapa kata lelaki je suka memandang pada rupa? Perempuan pun sama. Kalau perempuan nampak lelaki yang gemuk pendek hitam, ada dia nak tegur? Jangan harap ah.

Pendapat kau tentang cakap or tulis OMG (Oh My God). Ramai gila cakap HARAAAAAAAMMMMMM.
Apasal pulak haram? Adakah sebab perkataan God ataupun Tuhan? Dulu bila aku tulis "May God bless us," ramai complain kata jangan guna perkataan "God" or "Tuhan". Guna perkataan Allah instead. Well, aku rasa orang-orang yang complain tu patut pi jumpa imam masjid sebab setiap kali aku solat kat masjid, aku dengar imam baca doa sambil sebut "Ya Tuhan ku... bla bla bla". OMG, imam tu buat something yang HARAMMMMMM.

Bf/gf awak bertindak memutuskan hubungan korang sebab korang tak bagi password facebook awak. Dia rasa macam kita hiding something from him/her. Apa patot korang buat? Pujuk ke just tinggalkan?
Lelaki merajuk? Seriously? Ewwwww. Aku tak rasa bagi password facebook, twitter dan segalanya ke pasangan kekasih adalah satu good idea. Ianya adalah satu idea yang teruk kalau pasangan korang tu jealous gila. *Terasa*. Tapi masa mula-mula je lah bermasalah. Sebab once korang dah share password FB etc, trust antara both of you meningkat gila-gila sebab tak ada sesiapa yang akan berasa buruk sangka. Iye lah, sekali nampak si awek online, terus fikir "Dia online chat Facebook ni dia berborak dengan siapa ek?". See? Tak pasal-pasal dah boleh wujudkan isu.


So, kalau tak ada apa yang nak di sorok, kenapa tak nak share FB? Mungkin boleh avoid dari berasa jealous kan? Seriously, DO NOT SHARE YOUR FACEBOOK if your special someone tu kuat jealous. Nanti dia nampak kau borak-borak dengan lelaki, dia terus merajuk. Kan dah susah.

Tapi seriously, if your kekasih nak tau your password tapi you tak nak, dia patut respect your decision. Lagi pun, baru pasangan kekasih je kan? Bukannya dah kahwin.

Apa pendapat kau tentang blog yang famous yang menggunakan kecantikan seperti Yuyu Zalikha, Hanis Zalikha dan sebagainya?
Im not really know about Yuyu Zulaikha. Tak tahu lah dia guna kecantikan semata-mata untuk dapatkan populariti or what. Dan yang aku tahu, Hanis Zalikha punya entry bagus what? Kadang-kadang ada tips dan perkara-perkara yang menarik di blog dia. Tapi, korang kena ingat something, populariti tinggi tak bermaksud trafik bagus. Kalau ada 20 ribu followers tapi entry-entry yang bergenre evergreen tak banyak, memang tak guna juga. Kiranya, blog dia hanya ada orang masuk bila dia update blog. So, kalau dia tak update blog, trafik dia akan jadi amat sedikit.

Apa pesanan terbaik untuk budak perempuan yang tak biasa bergaul dgn lelaki and now baru nak step into university life yg banyak lelaki ?
Ini adalah antara soalan yang banyak aku dapat dari email. Banyak girl yang tulis "Saya dulu sekolah agama / sekolah Assunta so tak biasa bercampur lelaki dan perempuan. Dah tu, bila masuk Universiti, macam mana nak blend dengan komuniti?"

Aku rasa aku pernah menulis tips supaya tak dibenci pelajar di komuniti kolej. Dan kenapa korang nak bergaul sangat dengan lelaki? Sebab kawan-kawan korang ramai kawan lelaki? Nahhh. Korang tak payah sibuk-sibuk nak kawan sangat dengan lelaki ni. Kang kalau dah jatuh cinta mula lah marah kata lelaki macam suka bagi harapan palsu lah, lelaki suka curang lah apa lah.

Lagi pun, kalau korang asyik dok sibuk nak berkawan dengan lelaki, tak mustahil korang akan jadi macam whore. Trust me. Tapi itu keburukan. Kelebihannya, berkawan dengan lelaki jauh lagi relax. Tak ada drama-drama, tak ada tikam-tikam belakang. Yang ada hanyalah perbualan yang berunsurkan seks. Tu pun kalau korang 'Open' lah sangat kan.

Kenapa tak tunjuk muka kat blog dan facebook?
Letak gambar di blog akan membuatkan orang ramai kasi first impression yang bad terhadap aku. Yeah, first impression tu penting. Amat-amat penting sebab first impression tu adalah based on fizikal semata-mata. So, aku agak tak suka la bila orang kata "Kita perlu kasi first impression yang terbaik" sebab nampak sangat yang kita ni semua judge the book by it's cover.

Aku tak faham kenapa aku perlu tunjukkan muka aku yang tak handsome. Actually, aku malas la nak kasi orang kenal aku. Seriously aku tak suka bila ada orang datang dan kata "Eh, kau ni Khairul yang tulis The Other Khairul tu kan?" Ewww. Aku rasa rimas. Serious tak suka. 

Btw, korang nak baca blog aku or nak tatap gambar aku yang tak handsome. Yea I know "Handsome atau tak, itu tak penting". Aku banyak terima ayat ni dari gadis-gadis yang aku tak kenal. But ewwww aku tak nak popularity dan fame. Aku just nak korang baca blog aku.



Khamis, 9 Disember 2010

Conclusion Entri Hari Ini : Hukum Sebenar Bercouple.

Assalamualaikum


Hai. Ini adalah sambungan dari entri Couple Itu Haram? dan Kalau Couple itu Haram, Kenapa Bertunang Tak Haram? Dalam entri-entri yang aku tulis ni, bertunang yang aku maksudkan adalah bertunang cara zaman sekarang which is bukan lelaki dan perempuan di perkenalkan oleh ibubapa seperti zaman dulu-dulu.

Sebab, kalau nak di ikutkan, bertunang zaman dulu (Umat zaman dulu bertunang) adalah bila seseorang diperkenalkan dan akan bertunang sebagai proses mengenal antara satu sama lain. Ianya berbeza dengan zaman sekarang (Umat zaman sekarang) which is zaman sekarang, korang bercouple, then bertunang then baru kahwin di mana bertunang dan bercouple tak ada beza pun (kalau ikut cara bertunang zaman sekarang).

Style bertunang zaman dulu-dulu, aku rasa dah tak wujud dah zaman sekarang. Kalau ada tu, ianya adalah bawah dari 5% (di Malaysia)

Dan, apa yang aku nak cakap pasal entri sebelum ni adalah betul ke couple tu haram? Ya, aku bukan nak bercakap pasal bertunang sebab isu bertunang (cara asli) dah dinyatakan dalam hadis dan etc.

Its all about couple. Ramai yang kata couple tu haram berdasarkan sebab-sebab seperti pegang tangan, keluar berdua-duaan dan sebagainya. Dan, secara tak langsung, itu membuatkan segala couple-couple adalah haram dengan serta merta. Well, adakah ianya benar?

Well, ramai orang kata yang couple tidak dinyatakan dalam Quran dan Hadis. Tapi adakah bila sesuatu perkata tidak dinyatakan dalam Hadis dan Quran, ianya adalah haram dengan serta merta?

Couple ni umpama nasi. Adakah nasi itu haram? Tak. Nasi tak haram. Tapi, jika dalam nasi tu, aku campurkan dengan sedikit lemak babi. Adakah ianya haram? Ya. Dengan itu, adakah anda membuat conclusion dengan berkata setiap nasi adalah haram? Tak. Nasi atau makanan adalah haram bila ia dicampurkan dengan makanan haram. Begitu jugalah dengan couple. Ianya benda yang tak ada apa-apa pun. Dan ianya menjadi haram jika perilaku orangnya yang membuat benda-benda haram.


Sama seperti berkawan. Ingat tak dulu ada beberapa kes yang seorang pelajar perpuan sekolah menengah yang kantoi buat seks dengan kawan dia. Adakah itu menjadikan berkawan itu haram?


Orang berkata, "Kalau mula-mula couple, lambat laun mesti nak pegang-pegang kan?"
"Lambat laun, mesti kau akan keluar berdua kan. Dan etc.

Tapi, aku bukan nak kata atau apa. Aku selalu keluar dengan girls yang.... urm.. kawan. Kadang-kadang, dengan yang kenal di internet. Dan kadang-kadang yang kenal dari blog dan kadang-kadang yang kenal sejak sekolah rendah. But, aku tak pernah keluar berdua. Even bercouple pun, aku tak pernah pegang tangan. Tak pernah fikir nak buat seks-seks dan sebagainya. Aku geli bila perempuan buat suara manja sebab ia menampakkan gedik. So, apa yang menjadikannya couple itu haram?

Bercouple dan bertunang (style zaman sekarang) adalah tidak haram. Yang harammnya, apa yang anda buat ketika couple dan dan bertunang. Bercouple dan apa yang anda buat ketika bercouple adalah dua benda berbeza. So, try faham kan. Zaman nabi, orang bertunang sebab nak mengenali. Tapi zaman sekarang, orang bertunang sebab nak bagi mudah berdua-duaan.

[Tambahan] Perihal Zina Hati. Ramai yang berkata merindui dan mengingati seseorang adalah termasuk dalam zina which is zina hati. Tetapi, ianya salah. Zina hati bermaksud bila anda meninginkan seseorang dari sudut nafsu berahi. Info penuh dari sini (Leokid + SaifuIslam). Bak kata penulis tu, Islam tak semudah itu nak menghukum seseorang yang merindui dan mengingati pasangannya.

And lastly, sumber yang paling kukuh pasal isu halal haram couple, aku ambil dari IslamGrid which is hak milik penuh JAKIM dan beberapa agensi lain.

Soalan : Salam, saya mendapat email penuh dari rakan menceritakan tentang hukum bercinta / couple. Soalannya, adakah benar bercinta itu haram? Bukan kah perasaan ingin disayangi dan dikasihi itu suatu fitrah bagi manusia sendiri? Saya harap pihak tuan menghuraikan persoalan ini dengan selengkap supaya mudah saya menjelaskan kepada saudara-saudara seislam kita yang lain.

Jawapan : Harus bercinta dengan seseorang dengan syarat menjaga batas-batas pergaulan dan aurat. Di larang bergaul secara bebeas antara lelaki dan perempuan kecuali jika di temani mahramnya dan menutup aurat serta menjada bahasa ketika berkominukasi di antara lelaki dan perempuan. Salah satu golongan yang mendapat perlindungan dari Allah SWT di akhirat adalah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT. Yang di maksudkan dengan mencintai seseorang kerana Allah adalah cinta yang mengandungi unsur-unsur berikut ;
  1. Mencintai seseorang iklas kerana Allah tanpa kepentingan apa-apa. 
  2. Menyintai seseorang tidak menagtasi Allah, Rasul dan kedua Ibubapanya. 
  3. Tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak.

 Atau korang boleh lihat semuanya di gambar di bawah.


Aku dah tahu pasal hukum ni sebelum aku tulis entri sebelum ni lagi. Tapi, aku rasa best juga kalau aku boleh bermanja-manja dengan anda semua. Dan, nak tak nak, aku perlu tulis isu ni secara berperingkat-peringkat. Sebab itu lah dalam hari ni, ada 3 entries sekali gus. Aku nak korang faham apa yang aku nak sampaikan. Setakat ini, tak ada fatwa yang mengatakan bercouple dan bertunang dengan cara zaman sekarang adalah haram. Apa yang jelas haram adalah apa yang anda buat ketika couple dan bertunang sebab hanya nikah adalah ikatan yang sah secara mutlak.


Video Ustaz Jamnul Azhar Bercakap tentang cara dia bercinta.

Aku pernah pergi satu forum cinta dan hubungan yang Islamic. Dan, ketika soal jawab, ada student bertanya kepada ustazah tentang perihal couple. And the real things is, ustazah memberitahu yang dia bercouple lebih kurang setahun dengan seorang lecturer (Ustaz juga kalau tak silap aku), tetapi dia tak pernah keluar berdua dan buat benda budak-budak ni. Dia berkata "Cinta umpama air yang suci. Bersih dan kotonya air itu adalah bergantung kepada bekas air itu di tuang.". Begitu juga dengan bercinta. Ianya adalah benda bersih. So, jangan kotorkannya dengan perbuatan korang yang gedik-gedik, pegang tangan dan benda-benda pelik.

Have a nice day. ;)



Kalau Couple Itu Haram, Kenapa Bertunang (Style Zaman Sekarang) Tak Haram?

Assalamualaikum



Ya, ini adalah entri susulan pertama selepas entri Couple Itu Haram?

Terima kasih bagi yang sudi reply soalan aku di entri yang sebelum ini samaada reply nya di ruangan comments, Email, chat-chat dan YM. Aku tanya selepas subuh, tapi tengah hari dah banyak feedback yang aku terima even tak sampai 50. Well tak kisah pun sebab kita semua tahu jawapannya hanyalah sama which is, "Couple itu haram kerana menghampiri zina."

But, aku adalah seorang budak yang amat jahil dalam segi agama dan berharap akan ada isteri yang pandai agama, alim dan cun serta cute yang akan kasi motivate kat aku untuk belajar banyak pasal agama.

But then, memandangkan aku ni amat sucks dalam pelajaran dan agama, so aku terfikir;

Kenapa couple itu haram, tetapi bertunang itu tak haram?

Ada sesiapa pernah terbaca buku, majalah atau website islamic pasal isu ni?

Ya, anda berkata.


"Masa tengah couple, pengang tangan. Pengan tangan itu haram."
"Masa tengah couple, kadang-kadang, terfikir benda-benda yang tak senonoh. So ianya adalah zina hati. Which is haram."
"Masa tengah couple, buat seks. Haram."
"Masa tengah couple, keluar berdua-duaan. Haram"
"Masa tengah couple, bergayut hingga ke malam. Haram""Masa tengah couple, peluk-peluk. Haram."

Ya, yang di atas adalah apa yang di sebut tentang couple. Tapi bagaimana dengan bertunang?

Masa dah bertunang, pegang tangan. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, terfikir nak buat seks dengan tunang. Siap nak terfikir macam mana nak test malam pertama lagi. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, start buat seks dengan alasan "Alaa, nanti kita kahwin jugak kan? So tak salah kalau kita cepatkan malam pertama". Tak ke haram?
Masa dah bertunang, peluk-peluk. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, bergayut sampai ke pagi. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, keluar berdua-duaan hingga lewat malam sebab dah dapat title 'tunang'. Tak ke haram?

So, kenapa bertunang tu tak haram bila dah peluk, buat seks, kiss-kiss dan etc, tetapi bercouple adalah haram bila peluk-peluk, buat seks, kiss-kiss dan ect? "Korang mark bercouple sebagai haram bila peluk-peluk etc. Tapi korang tak mark bertunang (style zaman sekarang) sebagai haram bila peluk-peluk etc?" This is what i wanna to tell you but tak ramai yang faham.

Lagi pun, bukan ke kalau bertunang tu makin menhampiri zina? Ye lah. Mak tanya, "Nak pergi mana tu?" Then korang jawab. "Nak keluar makan-makan dengan tunang.". Then si emak pun tersenyum bahagia. Iye lah. Keluar dengan tunang, confirm-confirm keluar berdua. Balik lemat malam tak apa. Sebab dah ada 'ikatan'. Kalau diikutkan, dalam bertunang, memang lagi menghampiri zina berbanding couple.


Berpandukan tulisan di atas, aku nak tanya satu soalan. Kalau anda pernah terbaca pasal isu ni di majalah, buku atau dengar dari ustaz dan tahu jawapannya, sila lah tulis di ruangan comment atau email je kat aku. Dan, kalau korang nak maki-maki pun, aku tak kisah, tapi silalah kasi hujah dan bukan pedapat kosong.

So pretty boys dan handsome girls sekalian. Soalannya;

Bertunang (Style zaman sekarang) adalah lebih menghampiri zina berbanding couple. Tapi kenapa bertunang (style zaman sekarang) tidak tergolong dalam golongan haram kerana menghampiri zina?

Anyone?

Think ;)

The LATEST UPDATE. Click HERE.



Couple Itu Haram?

Assalamualaikum


Aku mendapat banyak soalan-soalan di formspring aku yang bertanyakan pasal halal-haram couple-couple ni.

Dan, aku juga mendapat banyak feedback dari viewer lain yang kata couple ni adalah haram. So, aku nak tanya soalan kepada anda.

Kenapa anda kata couple itu haram?

Anyone?

Latest UPDATE. Click HERE