Rabu, 1 Disember 2010

Perihal Soalan-soalan Di Formspring

Assalamualaikum


Yo guys. Sorry sebab dah lama tak update. Actually entri ni pun adalah 'entri segera' yang aku buat straight to the point dan siap hanya dalam beberapa minit. Sebabnya, aku tengah malas dan tak ada masa untuk menulis entri yang best-best termasuk tak ada idea. So, kalau sesiapa yang ada idea yang nak kasi kat aku, sila-sila lah email atau contact lah aku. Aku mungkin akan tulis entri yang anda request itu kalau ada isi dan idea.

But now, even aku malas nak buat entri baru, aku tetap akan menjawab soalan-soalan di formspring. But hey, there are certain soalan yang aku kadang-kadang kalau nampak je, aku akan ambil masa yang lama untuk berfikir samaada nak jawab atau tidak. Berikut adalah key untuk tanya soalan di formspring aku agar formspring aku bersih dari soalan-soalan yang pelik pelik.

Ini bukan entri marah atau pun yang sedang emo-emo. Ini adalah entri memberi tahu. -,-


1. Jangan tanya soalan yang anda tak nak tahu jawapannya.

Ada certain soalan dari orang tertentu, amat suka bertanya soalan sama setiap hari seperti;

"Hari ini makan apa?"
"Hari ni tengok tv berapa?"
"Hari ni berapa kali pergi ke tandas?"
"Bil elektrik saiznya berapa panjang?"
"Tv jenama apa?"

That types of soalan, kalau di tanya sekali sekala memang best. Tapi dah kalau sehari dah beberapa kali aku dapat soalan macam tu, mengeluh lah juga. Aku tak kisah nak jawab. Tapi, apa pointnya? Soalan macam ni langsung tidak membina. Viewer lain yang nampak that kind of soalan pun mesti tak berminat nak baca jawapan kan. Dan anda yang bertanya, adakah anda betul-betul nak tahu jawapannya atau anda saja ask for fun?

Jangan tanya soalan yang korang tanya kat semua orang.


Aku agak tak suka untuk menjawab soalan yang seperti

"Korang rasa patut tak aku beli tuala wanita jenis bla bla tak?"
"Korang rasa hari ni aku patut tengok TV tak?"
"Korang rasa, hari ni hari bertuah aku tak?"

Who cares about your TV... =,=. But, keyword dia di sini adalah 'Korang', bila si petanya gunakan 'Korang', bermaksud dia bertanyakan ke semua orang yang dia follow, which is, bila aku memberi jawapan berbentuk soalan, soalan itu memang dia tidak jawab balik. So, kalau aku bersemangat gila lah jawab soalan, tapi si penanya sikit pun tak kisah dengan jawapan aku, then apa point aku jawab soalan? HOMAI GOD YEAH, no point. Thats why korang akan nampak certain soalan yang aku jawab dengan lebih kurang sebab terlampau penat dengan soalan-soalan yang sama.... Maybe aku patut buat "Frequently Asked Question (FAQ) on my Formspring."

Jangan tanya pasal pelajaran.
It says all. So, dont ask.

Jangan tanya soalan yang terlampau general


Soalan jenis general adalah soalan yang aku paling takut nak jawab sebab ianya adalah terlampau banyak 'pemboleh ubah'. Soalan yang general adalah seperti;

"Saya rasa, saya suka dia lah. Patut ke saya lupakan BF saya demi dia?"
"Macam mana nak buat blog?"
"Macam mana nak guna Nuffnang?"
"Adik aku ada boyfriend, apa yang patut aku buat?"
"Kenapa software BitDefender tak berfungsi?"
"Kenapa boyfriend aku suka tipu aku?"

Jenis-jenis soalan di atas adalah terlamapau am. Aku tak kenal si penanya. Aku tak kenal subjek dan objek yang dia maksud kan lebih-lebih lagi boyfriend dia. Dah, aku lagi lah tak tahu macam mana perangai BF/GF serta perangai si penanya. So, dengan variables tertantu yang aku tak ada, aku tak boleh simply bagi jawapan. But mostly, orang yang betul-betul nak tahu jawapannya, akan emailkan aku atau mereka kan add aku di YM.

Jangan spam.
Sila jangan banjir kan soalan-soalan anda di formspring aku. Skali aku buka, akan nampak soalan-soalan yang.... general dalam 20 in a row soalan dari orang yang sama which is quite 'turned' me off untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan soalan lain. And kadang-kadang, bila someone tu tanya soalan banyak-banyak skali gus, aku rasa takut juga.

Btw, spam mungkin bermaksud "Stupid, pointless and annoying messages.


You dont love me. You love my blog.
Please do not post me a 'question' yang macam

"I think I love you"
"Saya suka cara awak. Ini no phone saya"
"I love you"
"I love you"
"I love you"

Im not handsome. Im not funny, seriously. So, you are not in love with me. You are in love with my blog and I have no idea how and why.

Conclusionnya.


Out of all point di atas, ada satu phenomena yang aku tak suka which is, bila ada orang buat antara point di atas, ianya akan mengakibatkan wall / profile formspring aku di penuhi dengan soalan-soalan yang bila orang baca, orang tu rasa macam nak leave je. Kalau boleh, aku nak buatkan orang tertarik bila baca soalan-soalan di formspring aku. Lebih-lebih lagi kalau soalan tu adalah soalan berbentuk pertanyaan tentang ilmu seperti

"Apa pendapat kau tentang Menara Warisan?"
"Kalau parti PKR nak support konsep Hudud dan turut memperjuangkan Islam, kenapa dia tak join parti PAS?"
"Siapakah pemilik rasmi Matahari yang hendak kenakan bayaran terhadap penduduk bumi?
"Apa pendapat kau tentang sistem pendidikan di Malaysia pada tahun ini?"
"Kenapa banyak hotel dan bangunan di seluruh dunia yang tak ada tingkat 13?"

See? Kan best kalau ada soalan -soalan yang menarik macam tu di formspring. Sejuk perut aku baca soalan-solan macam tu. Pengunjung pun suka je baca. Ni tak, tanya soalan yang.... Isk. Isk. Im really dont mind if you guys nak tanya soalan pasal love eww eww ni. Aku still akan jawab. Tapi jawapan aku adalah bergantung kepada jenis soalan. Termasuk la juga apa-apa jenis topik. Kalau anda tanya soalan tentang topik yang menarik, maka, jawapan yang anda dapat juga menarik.

Dan kalau korang perasan, setiap 100 soalan, mesti akan ada 1 soalan yang berbunyi "Tak penat / bosan ke jawab banyak soalan setiap hari?"

Jawapan aku, tak, aku tak bosan dan tak penat kalau ianya berbentuk soalan-soalan yang menarik. Okay bai.



30 ulasan:

  1. Ha. Mr. K ni ade soalan gedik cmna aku nk thu spe bce blog aku hah ? and blog aku xda ape pon tp setiap hari ade je view mkin belambak boleh buat duet ke aku sorang perasan tolong la sedar kn aku hha . bodogila . 6_6

    BalasPadam
  2. ade jgak org ckp i lov u kat mr. k..haha funny

    BalasPadam
  3. mungkin lebih susah untuk bertanya daripada menjawab. hehehe

    BalasPadam
  4. senang2 close jer account formspring ko tuh...xder la smpai nak mengamuk kat blog..

    BalasPadam
  5. salam Mr. K

    saya pun agak tak suka orang cakap/tulis menda2 yang agak tak mencabar ke-intelek-tua-kan, lebih2lagi budak2 belum baligh tulis kat forum ke..fan page ke.."yew kew..gitew lerw..huew..huew..huew" arggh!rabun kejap =.='

    yang benar,
    comel giler

    BalasPadam
  6. hey Mr K.

    I LOVE YOU!!

    ini pun ada ek? wakakakaka

    BalasPadam
  7. haha... bunyi macam mengeluh je. (tak dengar pun actually.)
    chill....
    diorang tahu mr.k 'bosan'. tu bg soalan yang tahap doremon pun tak mampu nak keluarkan product untuk tolong. hahaha.....

    BalasPadam
  8. agak trauma ye disitu dpt soalan yg same. satisfaction tu takde

    BalasPadam
  9. Aku baru buat formspring!! hahaha. Dan aku sgt excited!

    BalasPadam
  10. k, ko mcam kecewa ngan followers formspring ko je.. heheh..

    BalasPadam
  11. @Jsmin - HAHA. Rasanya kita ada masalah yang serupa.

    @Ifah - Yah, setuju.

    @Anony - Tak mengamuk. Just bagi tahu.

    @Jard - Mengada2 nya budak nak pakai braces ni. HAHA

    @Amiea - Tak ada lah.

    BalasPadam
  12. Kenapa xleh tanya psl study?

    *wondering*

    p/s : sorry kalau soalan2 aku mengganggu mood anda~

    BalasPadam
  13. wonder why ppl ask those questions.

    oh. ni question aku.

    bila kau nak update entry lagi?

    haha.no offense

    BalasPadam
  14. kalu aku tanya nak tengok gambar mr K boleh x? hahaha

    BalasPadam
  15. hahaha..ala kalau xnk jawab buat bodo je la ;p

    BalasPadam
  16. mak ai.. sampai sanggup ckp i love u 2....

    BalasPadam
  17. aku layan je soalan2 kat formspring tu..

    mana2 yang aku rasa soalan dia sangat mengarut dan spam memang aku delete :)


    Jom guling-guling disini pula:

    Azrul Hisham -My Real Life

    BalasPadam
  18. haha benci gila kalau dia asik tanya soalan sama.

    BalasPadam
  19. haha.. kelakar LOL.. but its true laa.. kadang2 annoying oh soklan2 yg tak beberapa bijak nie..

    BalasPadam
  20. dah makan? tadi makan apa?
    i love u..

    BalasPadam
  21. semua soalan pon takleh tanya!

    ni soalan saya. ape je yang saya boleh tanya?

    BalasPadam
  22. hai just nak cakap yang image faketext dalam post ni aku baru reblog kat tumblr kebetulan lah pule HAHAHA OK TAK RELEVAN SILA DIAM.

    ehem. at least berlambak orang nak tanya kau soalan bodoh2. mana kau tahu kot2 dorang memang ikhlas tanya pendapat kau tentang pad manakah yang paling cepat menyerap?

    tapi menyampahlah juge nak jawab soalan bodoh hari2.

    tapi untuk aku yang takde sape pun sudi tanya soalan bodoh, aku mesti senang hati menjawabnya.

    forward sikitlah kat aku soalan2 tu (desperate).

    thank you mr k.

    BalasPadam
  23. omenyeeee gmbr last tu :)

    btw marah nmpk mr k.. haha.

    owhowh u r asking soklan yg susah yg xmgkin i akan tnye. hehe. n yess, i think u shud put FAQ la keh3.

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. honestly ku tak pernah tanya kat formspring awak, Mr.K.

    Ku nak followlah. Nak baca ur answers mesti best. Bak kata awak boleh buat idea tuk tulis entry kan.

    BalasPadam
  26. yeah i'm in love with your blog, not you! :)

    BalasPadam
  27. haha..dari situ kita dah tau mentality kebanyakan masayarakat kita ada kat tahap mana..
    lagi kelakar,kadang-kadang ade pulak sesi kutuk-mengutuk oleh 'tanpa nama'..sangat kebudak-budakan..

    anda benar, bila kita membaca sesuatu, sudah tentu mahukan sesuatu yang terselit ilmu ;)

    BalasPadam
  28. ada soklan macam2 satu hal jugak. abes org y buat formspring tapi xde org tanye ni cmno lak? hahaha

    sedih

    hahahaha

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.