Isnin, 6 Disember 2010

Soalan- Soalan Menarik Di Formspring.

Assalamualaikum


Yo. Uh, dah hampir 3 hari aku tak update. Bukan apa. Agak malas dan terlampau banyak tidur dan main Dota sebenarnya. Sampai blog pun tersadai.

Btw, aku ada dapat banyak soalan-soalan yang sama di formspring yang di tanya oleh view-viewer comel yang view blog aku. Dan, memandangkan formspring tak ada fungsi untuk search, so, aku letak lah kat sini the most interesting and most asked question yang di tanya di formspring.

Betul ke maksud open relationship yang dalam note di Facebook tu?

Ni yang aku ambil di Facebook.
Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?


Dipetik daripada wikipedia


An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.


yang bermaksud


"Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi."


Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.


Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Ayat yang merah tu amat-amat salah. Open Relationship dari adalah lebih kepada skandal-skandal. Tak ada isu nak buat seks dengan sesiapa sahaja.



Open relationship secara formal maksudnya kau serious dengan seseorang, tetapi, korang berdua bercouple dengan cara matang dan ada kepercayaan yang amat tinggi antara satu sama lain.

For example, boyfriend kau tu jauh gila. Dan kau rasa amat kesunyian. So, kau bagi tahu boyfriend kau yang nak nak pergi date dengan lelaki yang kau baru kenal. Then, boyfriend kau benarkan dengan rela. Di mana boyfriend kau pun pergi date dengan perempuan lain.

But, its just a date. Just tengok movie and makan-makan hilangkan bosan. Tak adanya nak buat seks dengan semua orang. Gila apa kau buat seks dengan semua orang then tulis kat facebook.

Korang mungkina kan tanya

"Abis tu, dah kat wiki tulis macam tu. Nak buat macam mana?"
Kat wiki tulis macam tu sebab tu adalah based on dunia barat. Kat barat, jumpa skali, then si lelaki selamatkan si perempuan dari jatuh tangga je, terus boleh masuk bilik. Kat Malaysia or negara timur, kau selamatkan perempuan dari ambang maut pun belum tentu dia nak keluar dengan korang. Dengan kata lain, kat negara barat, asal kau couple je, mesti dah boleh masuk bilik. Ianya berbeza dengan di Malaysia.


Kalau Open Relationship bermaksud buat seks dengan semua orang, habis tu Closed Relastionship bermaksud buat seks dengan orang sama? So, pembuat article di atas nak kata sesiapa yang buat Closed Relatioship di Facebook bermaksud dia buat seks dengan kekasih dia?

Aku bukan nak galakkan couple-couple ni. Cuma aku nak sangkal kenyataann rekaan yang di buat oleh penulis article tu.

Kenapa banyak hotel dan bangunan di seluruh dunia yang tak ada tingkat 13?

Sebab bagi dieorang, nombor 13 adalah nombor sial. Apa-apa bagunan di luar negara yang tertulis no 13, sure tak akan laku. So, bagi atasi masalah ni, dieorang tukarkan no 13 tu kepada huruf, nama tingkat dan sebagainya. Contohnya, dalam lif, button diaorang tulis, 10, 11, 12, Shopping level, 14, 15. Atau pun 10, 11, 12, 12a, 14, 15. Atau pun they simply skip the number macam 10, 11, 12, 14, 15. Kadang-kadang, ada yang tukar ke store level.

Website paling best untuk download movie dan subtitle.


Download movie kat Katz.cd. Then selepas search, dari banyak-banyak list tu, cari yang ada link Hotfile. Hotfile adalah simple dan laju bila download berbanding Rapidshare dan etc. Lain-lain file host yang best adalah MegaUpload dan Mediafire.

Untuk subtitle, just google nama movie dan letak perkataan subtitle. Contohnya, google "movie Red 2010 subtitle" Dan lagi elok kalau boleh sertakan uploader movie tu sekali contohnya "Movie Red 2010 subtitle Larceny."

Dan, kalau subtitle tak selari dengan suara / babak, boleh synchronize guna Gom player. Tak pun, download je subtitle kat website lalin.

Macam mana nak guna kan torrent?
First, download uTorrent di SINI. Then selepas install, buka Isohunt.com atau Piratebay.org. Search movie yang korang nak then cari movie yang paling banyak S (Seed) dan L (Leech). Then klik download torrent. Kalau boleh, download yang banyak orang komen dan 'Like'. Dan untuk kualiti best, download yang tulis DVDrip atau BDRip dan bukannya DVDSCR ataupun TS.

Torrent best bagi aku walaupun rate download dia tak tentu dan slow. Sebab most of the time, dia tak gangu aku surfing tenet. Then, sedar-sedar, movie dah siap download.


Contoh awek comel, cantik, ayu, manis dan lawa.



Benda ni tak tetap based on mata seseorang. Tapi bagi aku;

Comel - Lisa Surihani
Cantik - Fasha Sandha dan Fazura
Ayu - Elly Tran Ha
Manis - Farah Fauzana
Lawa - Hurm. Nur Fathia agak lawa. Yang pelakon dalam Hani kat Tv3 slot lestary.


Ape pendapat ko pasal hacker malaysia yg berjaya hack bank kat US?? Aku duduk US. Aku dgn bangganya cite mende ni kat kawan korea aku. Patut ke tak perbuatan aku ni?

Patut. Itu maksudnya Malaysia tak ketinggalan dari segi teknologi hacking. Ianya tak bermaksud hack je, benda jahat. Ada dua jenis hacker yang aku pernah dengar which is White dan Black Hat. White Hat tu jenis hacker yang pecah masuk server sesebuah tempat just untuk uji kemampuan sendiri tanpa buat kucar lanar. Dan yang Black Hat pula adalah hacker yang jahat yang nak curi, dan rosakkan termasuk memasukkan virus ke root sesebuah website etc.

Ada satu cerita pasal kawan dulu, dia pernah hack bank dunia (or other country). Just macam 'walking-walking'. Then kantoi. Walaupun tak curi atau ubah apa-apa, dia still kena tangkap then masuk penjara. But the best partnya, pihak bank tu cancelkan dakwaan dan tarik budak tu jadi pekerja untuk jaga server bank tu. Gaji memang $$$$$$$$.

Kamu wat camne ye post mp3 Player dalam entry dan kat atas post? Pernah post, tapi that song tak play, and buffering dia sangat lama, so how's?


Tumblr. Aku suka baca tumblr. So aku try berjinak-jinak dengan tumblr. But then, ianya tak menjadi sebab entah lah. But, ada satu function kat tumblr yang best with is kau boleh upload audio. Upload laju dan play pun laju. Player pun simple. So, i liked that.

Trick dia, upload a song. Then bila siap, view tumblr.kau punya page. Then kanan click -> View page source -> tekan Ctrl+F, search for 'swf''.  Kau akan nampak 1 line panjang. Kat line tu cari code embed <embed> Dan di akhiri dengan </embed> copy dan paste letak di blog. Thats the code.

Pendidikan seks kepada pelajar tahun; Perlu ke? Just because social problems makin menjadi-jadi kat Malaysia? Or aren't we suppose to improve dieorang pny pengetahuan agama instead give too early exposure towards sex? What's your view bout this Mr K? -7-

Pendidikan seks di sekolah, bukannya bermaksud cara-cara untuk melakukan foreplay dan kemudiannya memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan.

Pendidikan seks adalah pasal diri seseorang. Pasal private part. Pasal tenpat-tempat yang orang lain tak boleh sentuh.

Budak-budak yang baru masuk sekolah, bila ada orang raba or etc, budak-budak tu tak tahu yang dia sedang di ganggu secara seksual. Orang tak kenal datang bagi gula-gula dengan syarat dia boleh pegang part-part tertentu budak tu, budak tu bukannya tahu apa-apa. so dia bagi je la. Kat situ dah terjadi ganguan seksual dan mungkin lebih which is rogol.

Pendidikan seks seawal darjah satu hanya takat part kemaluan masing-budak. Bila dah masuk ke umur pra remaja atau remaja, pendididkan seks yang di beri adalah tentang penyakit HIV dan bahaya seks. Mostly, diaorang di ajar perihal kondom dan etc.

TAK ADANYA CIKGU DUDUK DEPAN KELAS DAN TUNJUKKAN CARA-CARA UNTUK BUAT SEKS....Kalau ada gak cikgu tu ajar cara-cara nak buat seks, sure satu kelas tu mengandung.

Isu pendidikan seks ni dah di politikkan. Sebab itu lah info yang sebenar tak sampai.

So, kalau korang ada apa-apa, sila lah tanya lagi. Kalau aku tau dan dapat google. Aku jawab. 



29 ulasan:

  1. totally agree with your interpretation. bukannya pasal sex je sebenarnya. aiseyhh. kenapa orang suka salah anggap nih. isy.

    BalasPadam
  2. like! especially yg pasal hack2 bank tu. pehhh.

    BalasPadam
  3. part sex education tu memng setuju..nice opinion.kta ni kdg2 suka je bantah pape cadangan,bukannya nak kaji betul2 dia pnya sistem ke hape dulu

    BalasPadam
  4. peneragan relationship tuh pling best! ahaha

    soalan2 yg kamu dpt agak gemppak gempite jugka kan~

    BalasPadam
  5. pendidikan sex memang telah di politik kan. sebab tu orang nampak pendidikan sex ni, just having a sex.

    BalasPadam
  6. semua jawapan memuaskan hati aku. lalalala~

    BalasPadam
  7. sokong psl definition kau dlm open relationship tu. ape la dorang ni.

    *aku tabik pendulum gak la kt sape2 yang berani letak open relationship kt fb ni. seb rmi couple x percaya pd partner masing2

    BalasPadam
  8. baru tau yg pasal OPEN RELATIONSHIP tu.thnx sharing it MR K :)

    BalasPadam
  9. em bagi gf date ngan orang lain? mcm tak yah couple pun takpe cmni. baik jadi kwn biasa je gitu. ye tak?

    BalasPadam
  10. Berbanyak banyak banyak banyak terima kasih atas tunjuk ajar tentang cara mendownload movie. Sangat menghargainya yooo!



    And Salam maal Hijrah Mr. K :)

    BalasPadam
  11. erkk..sgt terharu mr.k jwb soklan aku..(pantun 2 kerat)yeaa! tq mr.k
    hikhik gelak gedik

    yang benar,
    comel giler

    BalasPadam
  12. i wat status separated kt fb. haha:P

    btw thanks for da info psl cane nk wt lagu tu :)

    BalasPadam
  13. as someone that who can think and interpret, we should not believe wiki too much because it can written by anyone.. bukan based on research..
    hohoho.. xle bla bab2 sebarkn tu..

    BalasPadam
  14. fasha sandha cantik?
    NO WAY!
    dia terlampau seksi dan gedik!

    BalasPadam
  15. ok. aku suka explanation for the first Q tu.

    BalasPadam
  16. aku kalau perempuan letak status in an open relationship aku anggap "Im in an open relationship and I often spread my leg!" :( nak buat camna.. penerimaan aku camtu.. HAHAHAHAHAHA

    BalasPadam
  17. aku bru jer bincngkan isu pendidikan seks ni dgn parents aku... hasilnya, aku stuju dgn parents aku yg pendapatnya sama dgn ko.

    ko mmg terbaeklah!!! seronok baca jawapan2 bernas ko.

    keep it up. =)

    BalasPadam
  18. mule2 tak faham ape tu 'open relationship' tu,sekarang dah faham :D.thankz Mr K.

    BalasPadam
  19. @Faten - Welcome and selamat tahun baru juga.

    @Crayon - Haha. Sounds kinky.

    @Jamilah - I will, thank you.

    BalasPadam
  20. gila wey, Mr.kay betul ke nomber 13 tu nomber sial??? dah la aku lahir aku 13hb.
    fakta mana ko dapat??

    BalasPadam
  21. @Hani & Not4Love - Itu hanya kepercayaan dieorang la. Sepertimana chinese percaya yang nombor 4 membawa sial.

    BalasPadam
  22. tambahan utk Pendidikan Seksual.
    pendidikan seksual juga mengajarkan tentang jantina diri masingmasing dan peranan jantinan masingmasing.
    pendidikan seksual juga ajar macam mana nak hormati orang lain dari segi babbab kehormatan dll

    BalasPadam
  23. @Indah - Thank you for your info.

    BalasPadam
  24. yes definitely correct about open relationship tu. sebab aku letak itu sebagai status aku kat facebook. nothing to do with sex.

    BalasPadam
  25. tumblr is the best ! tengs a bunch kay for anwswer my Q! memang sgt cool gune audio post tumblr paste kat blog :)

    BalasPadam
  26. eeeeuuwwww....

    FASHA SANDHA CANTEK KEE???

    whatever :)

    BalasPadam
  27. assalamualaikum, aku nak berkongsi je, . . . aku pernah dengar semasa orientasi sem 1 kat UiTM Arau, Perlis, . . . ade ustaz/fasilitator beritahu, . . .

    sebenarnye, keluar date/dating/jalan2 1 lelaki 1 perempuan, tak kira la member atau couple, . . . itu ialah "berdua-duaan", . . . sekian terima kasih kerana mendengar, . . . :D

    kalau korang sedang baca komen aku sekarang ni, . . . . bermakna Mr. K adalah seorang yang cool dan sporting kerana menyiarkan komen ni, . . . .

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.