Khamis, 9 Disember 2010

Couple Itu Haram?

Assalamualaikum


Aku mendapat banyak soalan-soalan di formspring aku yang bertanyakan pasal halal-haram couple-couple ni.

Dan, aku juga mendapat banyak feedback dari viewer lain yang kata couple ni adalah haram. So, aku nak tanya soalan kepada anda.

Kenapa anda kata couple itu haram?

Anyone?

Latest UPDATE. Click HERE



41 ulasan:

  1. Berdasarkan apa yang dipelajari, couple boleh tergolong dalam hukum haram.

    Kerana zina yg paling2 kecil pun adalah zina hati.

    Apabila mengingati seseorang sehingga terlalai ingatan dia dari Tuhan, menjadi zina hati.

    BalasPadam
  2. Mr k pergi la kat iluvislam.com banyak gila oke pasal halal haram couple thingy.
    mya bukan pandai sangat bab2 agama ni
    but mya sekolah agama so why not if mya kasik pandangan kann.haaha
    'La takrabuz zina'
    jangan lah engkau mendekati zina.
    itu sabda Allah.
    kalau Allah sendiri suruh kita jauhi zina, apetah lagi berzina ?
    get it? renung renungkann :P
    btw, bagusnye pagi2 lagik da post entry baru .hagaga

    BalasPadam
  3. couple tu mmg sah2 haram...nape??
    sbb bila pompuan&laki dh mula couple,mula2 malu kucing.tp,dh lama2 tu,dh mula berani berpegangan tgn.pas2,dot dot dot.ak mls nk citer.ko phm2 sndiri la ea.

    ak ckp ni brdasarkan pemerhatian ak.ak x tipu.siyes.walau ego cmne pn,konon konpem akn jg batas aurat.tp yeah,kaum ak adelah senjata utama setan~!mereka akn tumpas jgk akhirnya.nak2 kalu couple smpai 5,6 thn~!

    mne bley thn,kalu dh asyik berdua je kn?nk2 kalu kaum ko tu.sgt mudah nk stim woo.so,utk kebaikan semua pihak.cpt2 la kawen@x pyh couple~!

    BalasPadam
  4. saya tataw la btoi2 . sbb uztazah2 slalu kata ceni .
    dalam quran ada sebut jangan mghampiri zina .
    dan couple tu adalah salah satu cara mghmpiri zina .
    contohnya pgg tgn etc .
    klaw ta pgg tgn pon tp bila p dating tu msti dok pndang2 da kira zina mata .
    saya pernah baca dalam satu buku , pompuan ta ley pndang laki , n sebaliknya jugala , jatuh haram .
    tapi tu mmg something y ta ley avoid la kan .
    saya pon tataw la kesahihan . jgnla marah klaw ada fact y salah . it jez apa y saya dgr uztaz ustazah slalu kata n dari pembacaan sndiri2 ja .
    tapi nak snang jez avoid jala kan couple2 ni . ta rugi pon kan .
    oh , sory komen pnjang sgt . ^^

    BalasPadam
  5. Couple sekarang tidak mencirikan hubungan yang berlandaskan agama. always remember this sequence ;

    Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar

    it brings you to zina. i mean towards maksiat. even though korang berjalan berdua2 xpgang tgan pun dah mendatangkan perkara yang negatif inikan pula jalan pgg tgan. And youths nowadays kalau pgg tgan tu confirm yang couple rite ?

    huhuhu. just give an opinion. ^___^

    BalasPadam
  6. couple diktakn haram sbb klu couple ja mula la nk pegang sna sni la..mcm2 la. Ada ja yg couple xpgang pa. Ok bgus tu tpi klu rindu2 ka apa, boleh jdi zina hati plak. Klu jumpa zina mata plak. Kan kita sepatutnya manjauhi zina.jdi baik klu dah mmg dah minat kat seseorg prempuan tu, jumpa mak n ayh dia, gtau yg btul. Pastu trus masuk meminang n kawin klu prempuan tu stju. Kan lbih bagus? Xdak la kes2 buang bayi apa smua tu. Klu couple, jumpa xdapt phala. Klu dah sah sbgai psngan suami isteri eventhough msih bljar, jumpa dpt pahala. Kan lbih elok? Sapa yg xmau pahala kan? Smua org nak. Masing2 ada pendapat sndiri. Ni apa yg sya tau slma ni la. Maaf jika terlalu kasasr dlm berbahasa. Renung2kan lah....:)

    BalasPadam
  7. sebenarnya ku nak cakap byk pun tak boleh sebab ku pun penah couple dan sampai dah bertunang inipun still macma 'couple' la kan selagi belum kawen.

    tapi ada sebab2 yang buat couple jadi haram iaitu bila korang punya perasaan cinta terhadap couple korang itu melebihi perasaaan cinta korang kepada Allah.
    Contohnya kalau korang jadi angau sampai tak jaga solat, tak jaga perhubungan sampai timbul fitnah dsb maka hukum couple tu sudah jatuh haramlah.
    itu contoh paling jelaslah untuk mengupas kenapa couple itu haram.

    BalasPadam
  8. maybe sebab bile couple pegang tgn..kuar berdua-duaan..berkepit..itula yg haram..tp couple xde mslh asalkan berlandaskan agama..isiatu bertemu dan berpisah kerna Allah..tp ade lagi ke couple cenggitu?aku ase ade, tp 1 dlm seribu..

    BalasPadam
  9. I know you asked for those who says it's haram, but I still wanna give my piece of thought. :D

    In my opinion, couple itu haram bila dah lebih2. As in, kissing (though some might find it's nothing, but still), having sex, and kalau nak ikutkan pegang tangan tu pun tak boleh sebenarnya kan? Tapi, for me, it's still okay if orang yang couple tu still menjaga batas2 pergaulan. Sebab tujuannya adalah untuk mengenali hati budi pasangan kita yang kita akan jadikan sebagai teman hidup, especially yg girls ni, dalah tak boleh kahwin lebih (in case la yg satu tu tak boleh menepati kehendak kan..)and untuk memilih lelaki yang boleh MEMIMPINnya menjadi wanita yang solehah dan sama2 mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah.

    Conclusion is, selagi menjaga batas, I think it's okay. :)

    BalasPadam
  10. couple tu haram sebab...
    KEARAH PERKARA MAKSIAT..
    bukan ke maksiat tu berdosa?so?
    tulah HARAM...

    BalasPadam
  11. rasa dh byk artikel ttg isu ni y diperjelaskn oleh ustaz2..

    BalasPadam
  12. hehe..couple tue x haram pun..yg haram perbuatan mase couple...so fikir-fikirkan lah eh..hehhe

    BalasPadam
  13. mngkin sbb dorang tgok mnde nih..bnyak bawak kearah -ve drp +ve kot ntah la.......

    BalasPadam
  14. sbb kapel tu mendorong kpd zina hati..n akan mendorong kpd maksiat gak..yela..dok jmpe2 pe sme..org ckp la..
    tp aku pon kapel..muahaha..tp xde la nk pegang2 pe sme..aku xske..jmpe pon setahun skali..ntah la..ade je aku bce kt tenet..dr ustaz..kapel neh ade adab2nye kalo menurut islam..konpius kn..
    kalo ko ade teori laen,share r..ley gak blaja2...

    have a nice day~~

    BalasPadam
  15. haram bila berlaku perkara yg melanggar syara'..berpasangan itu tidak haram tapi bila ia melibatkan pasangan yang bukan mahram, banyak perkara yg perlu diambil berat..siapa boleh jamin bahawa bila becouple dia boleh elak dari teringat pada pasangannya..maka disitu lahirnya zina hati..bagi yang keluar dating berdua2an tu xtau nk kata la..bila berdua2an antara bukan mahram maka yg ketiga adalah syaitan..maka bercouple lah lepas kawen..itu lagi indah..=)wallahu'alam

    BalasPadam
  16. aku penah belaja couple moment dalam subjek statik.

    dan rase nye seperti mde tu tak haram.

    tapi kalo yang kapel2 pegang testis pakwe dan pakwe duk main dalam panties awek, yang tu agak2 haram tak ?

    hahaha

    BalasPadam
  17. Ikut "kata" org, mmg jd ikut nafsu la. Benda cmni benda hukum Islam. Takleh main pendapat2 je. Benda berhukum ni kene ada support dalil dan nas yg soheh. Takut nnt tambah dosa org je kalau jwb soalan cmni guna nafsu. Wallahua'lam.

    BalasPadam
  18. firman Allah kan, jangan mndekati zina.bukan jgn berzina.
    Contoh, couple jarak jauh,
    mungkin byk benda yg kita dpt elakkn, cam zina mata, or zina telinga, bila kita tk jumpa ngan couple kita. but da worst zina is zina hati, when we keep remember our couple. elak camana pun, zina ni memang yg paling susah nak elak...

    for futher example, kindly wanna share this with u..
    http://kawanlah.com/home/space.php?uid=53783&do=thread&id=18391

    BalasPadam
  19. mule2 dgr org kte couple itu haram haram haram.

    tibe2 masuk kolej ada pulak 2-3 pendapat kata takpe asalkan xlebih2.not so sure lah haram ke tak.

    BalasPadam
  20. pd pendapat sy sbb tuk elakkan perkara yg xelok mcm berzina. lgipun kapel ni mcm mendekati zina...kan bila kapel...nk love2, syg la so kemungkinannya besar untuk buat perkara yg xelok mcm maksiat...sekadar pandangan

    BalasPadam
  21. actually,couple nie maksudnye berpasangan kan..kalau belajar subjek bio,ia lebih menjurus kepada proses mengawan bagi binatang..huhu...

    kebanyakan couple sekarang..akan keluar berdua,berpegangan tangan,meluahkan kata-kata sayang...dan lagi teruk,dah pandai ringan-ringan....dan seterusnya zina...

    dalam surah Al-Isra' ayat 32, Allah melarang kita menghampiri zina..MENGHAMPIRI...kelakuan kita yg keluar berdua,berpegangan tangan,ucap kata-kata sayang,rindu adalah menghampiri zina...sebab apa?

    zina ada bnyak jenis...zina mata...zina hati..zina tangan...zina kaki....

    jadi,bila Allah dah larang,maknanya tak boleh la kan..=) jadi,jauhilah couple...kalau rasa dah jumpe yg sesuai,kawinla..kalau tak mampu,tak yahla sibuk mencri lagi...
    or kalau dah jumpe yg sesuai n takut kena kebas,jagn keluar berdua,jagan bersentuhan,jangan ucapkan kata-kata sayang...jgn kerap berhubung..payah kan?

    sbb kita kawin utk beroleh redha allah...kalau jalan menuju perkahwinan tue dipenuhi maksiat,kan mengundang kemurkaan Allah....=)

    BalasPadam
  22. Salam ziarah..

    sekadar berkongsi pandangan..
    couple haram disisi Islam kerana menghampiri zina..
    Allah menyebut dalam surah, al Isra' ayat 32 "dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, & jln yg buruk"

    kenapa Allah sebut jgn hampiri zina, dan bukan berzina? kerana dari perbuatan yg menghmpiri zina seperti b'couple akn menyebbkn kita lalai dgn tipu daya syaitan..

    kenapa couple dikatakan m'hmpiri zina? krn pasangan yg b'cople akan ada perasaan merindui..mencintai..menyayangi.. apabila wujud perasaan2 tersebut, maka psgn akn cenderung utk berjumpa.. mula2 mgkn berjumpa..lepas 2, teringin nak pegang2..

    mgkin da psgn yg menafikan.. "kami xpgg2...kami jmpa kat tpt org ramai..kami msg je"
    tp, bagaimana dgn hati? Allah mengetahui setiap apa yg ada dlm hati..hati yg merindui...hati yg mengingini...fikiran yg membayangi..

    wallahua'lam..sekadar perkongsian bersma
    =)

    BalasPadam
  23. couple itu ibarat mengikat diri dgn yg bukan mahram melalui ikatan yg bukan halal atau sah, walau tanpa sentuhan fizikal sekalipun.
    bercouple itu bukan kah zina hati?

    correct me if i'm wrong but i thought everyone in this age would have known this by now.

    BalasPadam
  24. Haram sbb ko terpikir dan buat menda bukan2...untuk nk elakkan kahwin aje...

    BalasPadam
  25. Omg .
    Couple itu haram ?
    It is a firm fact..
    It is a general knowledge .
    Tak kan Mr K tak tahu ?
    Couple itu haram sebab couple m'libatkan zina hati , zina tangan , zina kaki , and apatah lagi zina tubuh badan .
    Haih ..
    ;D

    BalasPadam
  26. to me lah mr.k,

    couple tak haram selagi tak buat benda yang haram. boleh je couple tapi pandai-pandai lah jaga.. jangan duduk berdua-duaan, jangan keluar sampai lewat malam, haa. dengar jek lagu kalau berpacaran tu.. macamtu la naknye..

    lepastu kebiasaan budak-budak sekarang ni, couple lama sangat. tu yang lama-lama terkontang-kanting jadi haram. kan lagi baik nikah, tak payah tunggu lama-lama. bila tunggu lama-lama tu la ramai terbabas. lepastu salahkan cinta & relationship.

    tapi soal balik kan. apa tujuan kita couple sebenarnya? kan ke lagi senang kawan, tunang, kahwin. tak dela susah-payah nak label diri tu in a relationship, it's complicated, in an open relationship ke. kan?

    BalasPadam
  27. jom baca blog ekin .
    ade entry pasalharamkah couple?

    http://ekinsblog.blogspot.com/2010/12/assalamualaikum.html

    BalasPadam
  28. entah. dr sekolah aku dulu..depa dok kate, couple tu haram. dorang kata, couple tu including bermacam2 zina. macm tu la~~
    tp, rmi gak yg couple. errrk

    BalasPadam
  29. Gua rasa kapel2 menjadi haram bila si kapel2 ni membuat perkara2 yang haram jadah.

    BalasPadam
  30. @Kim , Wida, Nana, Ansarullan, Farhana, Husna, Nad & Marhamah - Help me with the real meaning of 'Zina Hati'. Please.

    @HijabRockers - People like you lah yang membuatkan orang-orang Islam takut untuk berbincang pasal Islam. Sebut isu islam sikit, terus tanya pasal kelayakan agama. Adakah anda maksudkan bila seseorang tu tak berlajar di sekolah agama, dia tak layak langsung berbincang pasal isu agama dengan orang-orang yang mungkin ada ilmu yang tinggi?

    :)

    BalasPadam
  31. salam...

    kt atas tu dh rmi terngkan nape couple tu haram...bek aku bg kate2 je la..

    "Sesiapa yg ingin berkahwin dgn bidadari d Syurga Hndaklah Dia KAPEL dengan ALQURAN... Dan sesiapa yg ingin minum air nanah di neraka KAPEL la di dunia dengan maksiat...."

    wallahua'lam..:)

    BalasPadam
  32. klau sempat, apa kata mr.k bukak link yg sy post before ni..lagi terang kot. thanx

    BalasPadam
  33. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita)





    Secara mudahnya Zina hati ini:
    Zina hati ialah seseorang yang hatinya mempunyai keinginan dan berangan-angan untuk melakukan zina,tak kira lah wanita atau lelaki..


    WaAllahualam..

    quoted from IluvIslam.

    BalasPadam
  34. @Syahmi dan Farhana - Aku tak jumpa. Aku search "Zina Hati, rujuk Riyadusilihin"

    Tapi semua yang aku jumpa adalah dari satu article yang sama. Masing-masing suruh rujuk bla2. Dan ayatnya adalah sebijik dengan ayat anda which is "Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita"

    Aku try cari yang ayat yang betul-betul direct ayatnya. Tapi, hingga sekarang aku tak jumpa. Aku mungkin nak letakkanya dalam entri.

    BalasPadam
  35. haram.. tapi aku juga terjebak T_T

    BalasPadam
  36. Cinta itu memabukkan. Ada cerita tapi lupa sumber, di tanya apa yang paling berdosa antara minum arak, merogol atau membunuh. Takyah teka, jawapannya minum arak. Sebab dengan meminum arak kita boleh merogol dan membunuh sekaligus.

    Cinta itu memabukkan. Dan keadaan mabuk itu boleh membutakan antara dosa dan pahala. Sebab itu bila bercinta/couple kita boleh ada anak tanpa bapa. Berkorban apa sahaja katanya.

    BalasPadam
  37. ikut hukum betul2 haram.
    tapi ramai je yg couple2 ni. siap boleh cium segala.
    so, tepuk dada tanya iman.

    BalasPadam
  38. Kalau rajin, kau tengoklah link2 yang aku bagi.

    1.http://drdakwahremaja.wordpress.com/2009/10/31/5-sebab-kenapa-couple-haram/

    2.Video Ustaz Azhar tentang Zina Hati
    http://www.youtube.com/watch?v=aqrTKnceD6Q

    3.http://wanwma.com/agama/apa-itu-zina-hati/

    4. Mungkin kau boleh download pdf
    Riyad-Us-Saliheen-indo tapi aku tak pastilah ini lengkap semua kitab atau sebahagian sahaja.

    BalasPadam
  39. pendapat aku, zina hati tu bila kau dah start asyik nak teringat kat dia, kau start membayangkan dia tengah buat apa masa dia tak dengan kau, kau start fikir pasal dia lah secara ringkasnya. ye lah, kalau ayat mudahnya, kita akan cakap macam angau lah. tiba2 nampak dia depan mata sedangkan dia tu berada jauh je. so kalau menurut Islam, benda macam tu jadi zina hati lah sebab takut nanti kau jadi lagha pula dan ada yang tak khusyuk bila buat ibadat. contohnya tengah solat, tiba2 terfikir ke. dan tak dapat fokus nak buat kerja kau lagi. so perkara2 macam tu lah yang nak dielakkan sebenarnya sebab datang kesan lain pula.

    dan pendapat aku sama macam komen aku kat entry tunang tu, halal atau haram satu2 perhubungan tu bergantung pada macam mana kau bawa perhubungan tu. kalau kau pandai jaga, tidaklah jadi haram pula. dah kalau kau yang buatkan hubungan tu jadi haram dengan perlakuan kau, jadilah haram.

    macam tu lah pendapat aku

    BalasPadam
  40. Rasulullah s.a.w sendiri tak pernah couple...lebih baik kahwin terus...auto-halal

    BalasPadam
  41. @Ann - Mengingati dan merindui pasangan tidak termasuk dalam Zina hati. Aku dah baca di Leokid. Siap dengan hujah

    BalasPadam