Memaparkan catatan dengan label blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Julai 2011

Cara Untuk Membuat Blog 1 : Tips Memilih URL Blog.

Assalamualaikum


Hello guys, ini adalah entry pertama aku bab tutorial untuk membuat blog. Aku akan ajarkan korang based dari apa yang aku tahu dari benda PALING BASIC sehinggalah ke benda paling penting dalam blogging.

Aku sebenarnya tak ada basic langsung dalam dunia blog ni. Bab-bab HTML, internet dan sebagai aku belajar sendiri-sendiri. Dah minat nak buat macam mana. Aku belajar macam mana nak buat benda-benda tu dan aku belajar macam mana nak buat benda-benda ni. (Tapi sampai sekarang, aku rasa macam tak belajar apa-apa pun.) Dan amat susah sebenarnya untuk balajar benda-benda di internet ni dengan free dan berkualiti. Dan mungkin sebab itu lah, kebanyakkan antara kita (Termasuk aku) yang buat banyak kesilapan ketika membina blog.

Actually kan, jarang gila ada orang tanya "Macam mana nak buat blog?" dan "Bagai mana nak bina blog sendiri"?

Dan sebenarnya, ini adalah satu kesilapan. Most of us main buat je blog tanpa tanya apa guide yang mesti dieorang follow supaya blog korang ada nilai untuk jangka masa panjang.

Memilih URL untuk blog korang

Ini adalah benda yang paling basic, yet paling penting. Why? Sebab once korang dah pilih URL untuk blog korang, korang dah tak boleh nak tukar. Okay fine, yes korang boleh tukar. Tapi once korang tukar, semuanya akan jadi kucar lanar. Feeds anda tak akan di detect, entry anda akan bermasalah dan yang paling penting, anda kehilangan semua followers anda. Followers korang nampak je macam ada, tetapi dieorang tak akan dapat terima feeds blog anda dan bila dia click link blog anda, diaorang akan dapat error.

So, selepas anda register Gmail (Google email) account ke Blogger.com, anda akan di minta untuk tulis URL blog anda. Dan please, masa nak pilih URL and nama blog anda, jangan lah pilih perkataan-perkataan yang susah untuk pembaca korang ingat. Ini guideline yang aku rasa penting:

Jangan Letak URL or Nama Blog yang Terlampau Over.
Aku tahu ramai yang nak buat blog gila-gila sebab ramai yang suka baca benda yang gila-gila. Contohnya:

Akuuuusukkkaabeloggg.blogspot.com

Tapi bila korang letak url korang seperti diatas maka, ia adalah satu kesilapan yang besar. Yeah, sekali pandang nampak macam gila-gila je. Tapi pernah tak korang terfikir andaikata lah readers korang pergi ke Cyber Cafe atau rumah kawan dia untuk promote blog korang, then korang agak dia akan ingat tak URL blog korang? No. No way pembaca korang akan kira berapa banyak 'u' or berapa banyak 'k' or berapa banyak 'g' yang ada dalam url korang. So, it is the best kalau korang gunakan ejaan yang normal..

First blog korang mungkin akan fail. Tapi tak bermaksud blog ke dua juga akan fail. Evan this blog pun, ini bukan blog yang pertama aku. Ini dalam blog ke-3 (Or something like that. Aku dah lupa) Kenapa aku tukar blog? Di sebabkan URL. Dan bila korang tukar URL, maka korang kena start from the bottom.

URL blog terbaik adalah yang paling simple, pendek dan mudah ingat.


URL Blog Anda Tak Panjang dan Susah untuk Diingati.
Oh God, please la korang jangan buat kesilapan yang aku buat which is URL blog yang panjang. Yeah  "TheOtherKhairul" adalah satu baris ayat yang terdiri dari tiga perkataan. It's damn panjang. Kadang-kadang, bila aku check statistic blog aku, aku perasan ramai yang salah eja. Salah eja mungkin sebab ianya panjang. So, kalau korang nak letak URL yang panjang boleh. Tak der hal. Tapi pastikan ianya mudah diingati dan tak berbelit seperti KisahHidupPian.Nampak tak huruf yang aku kalerkan dengan merah tu? It is the best kalau korang boleh avoid buat url untuk blog korang macam tu. Sebab kadang-kadang, ianya akan mengelirukan pembaca korang dan mereka mungkin akan tulis KisaHiduPian. Ini fact yang aku perasan. Untuk blogger baru, mesti akan jadi masalah.

Dan satu lagi, please, jangan letak terlampau banyak nombor dan penggunaan bahasa pelik. Contohnya "MyN4m31sM0k74r". Oh got. Please, don't.

Jangan Gunakan Full Name Anda untuk URL.

Menggunakan nama untuk URL blog adalah superb kalau korang gabungkan dengan perkataan lain. Dan ianya juga cool kalau nama korang pendek. Serta Full Name adalah amat best untuk di gunakan kalau korang ni adalah artis. Contohnya LisaSurihani.com. Atau FashaSandha.com. Atau HamisJalikha.com. Why? Sebab nama tu dikenali. So, kalau korang guna nama penuh korang, korang ingat orang akan tertarik ke? Lain lah kalau nama korang pendek. Tapi kalau dah nama korang WanMuhammadAizulArrifin, jangan la nak letak semua tu sebagai URL. Amat tak bagus untuk new readers korang.

Cuba anda tengok, Azmanz.my. Dia guna nama dia tetapi ianya pendek. So kalau korang nak guna nama korang. Just pastikan ianya pendek. But, instead korang gunakan nama-nama dan ayat yang tak dikenali, baik korang gunakan nama blog dan URL seperti "LifeInMe" or "WeArePerfect" or "NotYourLife!". Nama-nama blog macam ni lebih menarik dari nama-nama manusia kan?

Nama Blog Bertepatan Dengan Isi Blog Anda.
Ini adalah untuk blog-blog yang serious. Andai kata korang nak buat blog yang based untuk cakap hal-hal cinta. Then kenapa tak gunakan URL dan nama blog sebagai "DrCinta.com"? Andaikata korang nak buat blog yang berkaitan dengan kereta kenapa tak guna nama seperti "DuniaKereta.blogspot.com"?

Korang mungkin akan kata

"Habis tu, Paul Tan guna nama dia, boleh je jadi gempak dengan blog kereta. Apasal pulak aku tak boleh?"

Well, korang tahu apa jawapan aku? Sebab zaman sekarang, persaingan dunia blog adalah sengit gila. Paul Tan dah start menulis blog dari dulu-dulu lagi. Zaman dulu-dulu, blog dia je antara blog yang paling aktif dan setiasa update blog. Sama juga dengan blog Azmanz yang aku cakapkan tadi. Contoh lainya adalah macam blog RedMummy la. Ramai orang kata yang blog Redmummy tu tak ada isi sangat. Dan ramai yang tanya macam mana dia boleh jadi blogger yang famous. Dia famous sebab dia start menulis dari tahun 2006 dan dia sentiasa update blog dia. Masa tu, saingan sikit gila. Yeah, membina blog? Easy

Tapi zaman sekarang, bersepah-sepah website dan blog baru yang wujud. Persaingan untuk blog kereta, love, agama, parenting dan semuanya dah sengit. So, guna nama sendiri, atau url terlampau panjang akan membuatkan anda susah untuk menaikkan blog anda. Sure anda boleh berjaya, tapi memakan masa yang lebih lama. Those URL pelik-pelik adalah satu idea yang bad nak-nak dari segi SEO dan marketing. Unless, korang mampu buat partner bussiness dengan Oh Media untuk promote blog korang.

Dan satu lagi, korang mungkin tertanya-tanya, mana lagi better, Wordpress or Blogger? Yeah, Wordpress vs Blogger. Untuk permulaan, Google Blogger jauh lagi better dari Wordpress. Ada banyak website-website yang korang boleh rujuk. Mungkin nanti aku akan bagi web-web tersebut.

So, good luck.


Rabu, 1 Jun 2011

Rasanya... Isu "Blog Adinda : Kisah Apa Aku Tak Virgin" dah Out of Control.

Assalamualaikum


Hello so called virgin boys and girls.

Semalam, 30 Mei, aku ada terjumpa satu link dari facebook. Biasalah, bila bosan, rajin la juga lepak-lepak kat Facebook intai awek-awek comel. *Terjangkit dengan perangai Hariz*. Dan di Facebook awek tu aku terjumpa link dari blog seorang budak ni yang bertanjuk Blog Adinda: kesah ape aku bukan virgin.

So, aku copy link tu and letakkan kat Fan Page Facebook aku. Well aku bet semua antara korang dah baca link tersebut kan? Dia umur 14 tahun dan dia dan pernah buat seks. Dan dia saying it out loud tanpa rasa malu. Berzina termasuk dalam dosa besar beb.

Well, entah kenapa, tiba-tiba selepas tu, aku tengok time line facebook aku banyak dengan link blog awek tu. Dan itu bukan masalahnya. Masalahnya adalah bila dia di maki-maki secara kasar oleh blogger-blogger dan facebooker lain yang dah wujud. Sebenarnya, sejak tahun lepas, aku perasan yang bila kita nak betulkan kesilapan orang, memaki diaorang adalah satu cara yang salah. Amat-amat salah. Sebagai contoh, aku rasa girls yang pakai make up tebal-tebal tu huduh, so dengan lemah lembutnya, aku cakap ah yang pakai make up nipis-nipis tu lagi cun. Errr kan?


Well, about the link, korang mungkin akan kata aku membuka aib dia. Tapi setahu aku, membuka aib orang adalah bila kita bagi tahu orang benda memalukan yang tuannya tak nak orang lain tahu. This is the reality. Reality di Malaysia. Budak bawah umur dah ramai dah pernah buat seks. Tak ada isu nak aibkan orang di sini. Apa yang ada, aku tak nak korang hidup dengan khayalan yang "Remaja bawah umur masih bersih" sedangkan ianya tak. Ianya amat teruk.

Actually, perasaan malu tu amat penting bagi setiap orang. But for this girl... I don't know. Dan aku tak sure kalau dia ada perasaan tu. Umur 14 tahun dan dah pernah membuat seks. Agak-agak first time dia bila? Yeah, ianya amat unacceptable even dia umru 14 tahun. Kalau korang rasa tak kisah, apa kata korang bayangkan yang girl itu adalah anak korang?

Well, aku cuma nak korang semua tahu yang... bila korang ada anak perempuan nanti, kena la pantau dia elok-elok. Dengan siapa dia keluar, siapa pak we dia dan apa yang dia buat. Bukan anak perempuan je. Anak lelaki pun sama. Tapi utamakan anak perempuan sebab dia adalah makhluk yang lembik lemah. Pulak tu tengok-tengokkan lah cara dia berpakaian. Dan yang penting, jangan ajar dan didik anak anda seperti mana parents anda ajar dan didik anda. Sebab generasi dah berubah. Dunia dah berubah. Ya, aku dengar ni di Ikim.FM. Manusia berevolusi. Kalau zaman dulu, ayah rotan anak, anak makin patuh. Tapi zaman sekarang, ayah rotan anak, anak makin menjadi-jadi.



Apapun, sekarang ni, "Alaa standard lah tu lelaki dan perempuan pegang tangan evan kawan-kawan". Yes, sekarang ini yang berlaku dan semua tak kisah sebab dah jadi kebiasaan. Tapi, imagine masa korang dah ada anak perempuan nanti, ianya adalah zaman "Alaa standard lah tu budak umur 14 tahun dah tak ada dara sebab pernah buat seks dengan kawan-kawan. Normal la tu". Normal your head. It's not normal. It is sooooo wrong dude. Damn wrong. Dan aku tak nak anak aku lahir di zaman rosak akhlak macam tu. Jangan la anak aku lahir zaman seks antara kawan tu adalah satu kebiasaan.

Mungkin Daten Milano ni tak dapat didikan yang sempurna masa kecil. Tak pun, dia membesar dalam persekitaran yang amat sosial sebab tu lah dia boleh kenal boy beberapa hari then terus couple. Pulak tu, couple sebulan dua, dah clash. Then couple pula dengan lelaki lain. This is bad. Bad... Tapi still ada masa untuk dia bertaubat kan?

Apa pun, kalau boleh, kalau nak cakap apa-apa kat dia jangan la maki sangat nak-nak kat setiap blog post, facebook dan fan page dia. Tengok apa yang dia tulis di blog sudah la. Ambil iktibar dan blah. Kalau nak comment tu boleh je, tapi tapis la sikit. Actually, agak tergelak juga la aku baca komen-komen di setiap post di blog dia. Sarcastic betul orang Malaysia ni. Belajar dari blog siapa entah. HAHA.

Well, aku takut bila dia asyik kena kutuk, dia stress then bunuh diri rebel dan bukannya bertaubat. So, lebih baik kalau kita nasihat dia elok-elok. Kan? Tu pun kalau dia baca la apa yang orang tulis di blog dia.

Apa yang patut korang tahu, this girl buat satu kesalahan. Satu je. And... boom. Satu Malaysia bising.

May Allah bless her. May Allah bless us. May Allah bless our future generations.

Isnin, 30 Mei 2011

Blogger : Sebelum vs Selepas Menjadi Famous dan Popular.

Assalamualaikum


Hellow humanity.

Kalau korang perasan, sejak tahun lepas bilangan blogger-blogger baru banyak gila kan. Dan yang bestnya, even banyak blog-blog yang wujud, ada juga lah segelintir blog yang memang best untuk di baca. Even tak banyak tapi still ada blog yang kalau baca je, mesti angguk-angguk tanda setuju. Dan bagi blog-blog baru ni,  tak mustahil diaorang akan jadi famous selepas beberapa bulan.

Dan once seseorang blogger tu berubah dari blogger amateur kepada blogger 'professional' yang aktif berbelog, surely diaorang akan berubah dari segi penulisan, penyampaian dan feedback. Well, itu lah topik yang aku akan tulis di entry kali ni which is beza bila seseorang blogger tu berubah dari biasa-biasa kepada famous.


Perh, hari ni tambah 50 followers je?
Kalau korang ingat, masa mula-mula korang buat blog dulu, then selepas seminggu ada 10 orang followers sure korang excited gila kan. Tapi sekarang, bila ada 20 followers baru setiap hari pun rasa macam tak kisah je. Iyelah bila agak lama berblog, followers pun dah ramai rasa macam 50 followers baru tu kecik je. Uh, tak bersyukur langsung. *Terasa*

Well, kalau di fikir-fikikan balik, followers tu sebenarnya penting juga. Sebab bila diaorang follow blog korang dengan tujuan nak follow up on your latest post maka secara tak langsung korang akan ada regular readers. Dengan kata lain, asal korang update je blog, confirm-confirm akan ada yang baca. Tapi kalau yang dah follow sebab kena paksa tu, baik tak payah.


Malas / Tak ada idea nak comment dan reply comment.


Ini adalah masalah yang most of blogger yang banyak orang comment hadapi. Masa mula-mula buat blog, excited gila bila ada orang comment. Kalau dulu ada comment lebih dari 5 pun excited habis. Tapi bila blog dah ada beribu followers, bilangan komen pun mungkin lebih dari 30 in average. But then bila dah cecah lebih dari 30, sure tak akan puas. Sure nak orang lagi banyak comment.

First, masalah yang selalu di hadapi oleh blogger adalah Blogspot tak ada function direct reply seperti Wordpress which means agak susah nak reply setiap comment. Bila nak reply, kena scroll satu-satu then comment. Masalah kedua adalah too much comments yang sama dan simple. Maksud aku, kalau aku dapat comment yang terlampau simple, aku tak tahu nak reply apa. Dan bila dapat comment macam ni, sure akan terasa serba salah. Perlu ke aku reply "Oh, okay" atau "Thank you" kat semua orang? Apa pun, thanks sebab sudi comment di blog aku even aku jarang reply semua komen. Dan yang penting, aku suka bila orang comment blog. Itu maksudnya pembaca teruja dengan apa yang aku tulis lalu comment. Even aku tak reply comment, aku baca setiap comment korang di blog aku. Baca setiap comment tu penting. Kadang-kadang di situ lah akan datang idea untuk berblog.

Apa yang aku perasan, biasanya bilangan comment adalah 5%-9% dari jumlah followers sesebuah blog. 


Hate anonymous. Love anonymous.


Masa tak famous, bila ada je anonymous jahat datang kacau, terus gelabah sambil nangis-nangis nak private or delete blog. Tapi bila dah famous, ada influence, banyak followers dan terkenal; bila ada anonymous yang buat kacau je, terus serang balas. Tak nak kalah, nak gak kenakan balik anonymous tu dengan buat entry khas untuk serang balas point yang di keluarkan oleh anonymous.

Then kalau malas nak layan anonymous, just delete comment dia dan buat tak tahu. Sure tak ada masalah. Tapi puas hati beb kalau boleh kenakan balik anonymous yang buat onar di blog. Lagi puas hati kalau boleh kenakan anonymous yang buat kacau di blog. Rasa puas je.


What the fuuu is blog walking?


Masa mula-mula cipta blog, kalau dah siap satu blog post tu, terus copy link dan buat blog walking. Jumpa je blog yang ada banyak followers, terus cari chat box. Tak ada chatbox, terus blah. Then bila jumpa chat box, terus comment

"Nice entry, baca entry saya ya [Link]". 

Then selepas tu, lepak kat blog lain sambil buat benda sama.

Well, ini adalah perkara normal. Masa mula-mula aku buat blog ni dulu, aku pun macam tu la jugak. Tapi tak ada lah sampai pergi ke blog orang semata-mata nak post link kita kat chatbox dan tak tengok langsung entry dia. Well, kadang-kadang kita kena iklas dan jangan menipu. Kadang-kadang, bila kita jujur tu la orang akan tertarik. Contohnya, kalau kat comment section blog korang adalah orang post

"Weh baca blog aku [Link]"
Korang akan tertarik tak? No way. Nampak sangat dia komen semata-mata nak promote blog dia. Dan kan best kalau dia tulis

"Weh, aku ada buat entry reply / sama dengan entry kau ni. Cer try tengok [Link]"

Sure menarik kan? Even kalau pembaca lain yang baca pun sure akan nak check out your blog kan? Tapi jangan la menipu. Korang claim korang ada buat entry reply. Tapi tengok-tengok semua entry korang tu merapu sure la orang akan banned blog korang. Kan? See, jujur tu penting.


Apasal earning hari ni RM30 ringgit je?
Blogger masa mula-mula dulu, tahu Nuffnang je. Nak apply Innity memang macam tak ah. Then bila dah install iklan Nuffnang, sure happy gila sampai setiap hari bukak Nuffnang nak tengok earning. Then selepas dua minggu, ada RM1.00 dan excited habis. Tapi then bila dah makin popular, view setiap hari dah lebih 10 ribu, Nuffnang tu awal-awal korang kirim salam bye-bye. Terus pergi ke Innity. Well, Nuffnang not bad sebenarnya. Earning pun banyak. Tu belum kira dengan bonusnya. Tapi, Nuffnang hanya untung kepada blogger yang dah dapat Buffered Earning. Once korang dah dapat BE, memang mudah ah nak dapatkan hasil yang tinggi. Tapi kalau dah tak ada BE, nangis ah. As for Innity, once korang dah diterima oleh Innty, confirm-confirm korang dah dapat 'Buffered Earning'.

Well, benda ni terjadi kat kita semua. Masa dulu-dulu, satu benda yang kecil amat meng-happy-kan kita. Tapi bila ianya dah jadi satu kebiasaan, kita mula merungut.


Actually, hampir semua yang aku tulis di atas adalah berkaitan dengan aku. Aku kalau nak blog walking tu macam malas gila. Maksud aku, spending dua jam hanya untuk baca blog orang tu adalah mustahil. Tapi kalau online facebook then nampak ada orang like blog link yang best-best, memang aku baca lah juga. Dan most of the time, aku hanya baca dan like sekali sekala. Nak comment tu cam jarang yang amat. HAHA. Sebab tu la kadang-kadang aku respect gak dengan Cik Epal. Walau pun dengar cerita ramai haters, tapi dia rajin je blog walking, baca dan comment blog orang.

Seriously lah kan, kadang-kadang rasa macam aku ni tak bersyukur je. Dapat earning rendah aku complain sedangkan orang lain siap tak dapat earning pun. Macam orang kata, bersyukur tu kadang-kadang lagi susah dari bersabar.



Khamis, 28 April 2011

Cara Untuk Mendapatkan Followers / Viewers Blog Yang Banyak.

Assalamualaikum


This week adalah minggu pertama aku bebas dari segala tekanan praktikal, report dan presentation. Actually, hari Isnin lepas aku present di hadapan lecturer aku. Harap-harap semua okay.

So, selepas aku dah settle benda tu semua, aku balik rumah dan terus main Dota. Then, baru aku teringat pasal email-email yang berlambak yang aku tak reply. So, aku close Dota dan terus bukak email. Dan antara soalan yang paling aktif serta mampu trigger semangat aku untuk tulis blog adalah soalan seperti di bawah:

Nak tanya, mcam mane Abang K made out your blog become popular (and ada lots of followers)? How you made it? When you get started? and how you start?

Soalan ni di tanya oleh Brader Pradavi dan beberapa orang lain.

Actually, kat dalam dunia blogging ni, ada 3 jenis viewers yang membaca blog korang which is:
  1. Strangers (Dari search engine and web referral )
  2. Related (Kawan, classmate, course mate, family, relatives etc)
  3. Fans (Google Friends Connect- Followers, Haters & Lovers.)

Dan traffik di blog korang adalah based on 3 viewers di atas. Yang membezakan korang dan blog orang lain adalah golongan viewer mana yang paling banyak view blog korang.

Strangers.
Kalau pemilik blog tu sentiasa berusaha untuk mantapkan blog dia dengan Search Engine Optimization (SEO), dia surely akan mengutamakan strangers. Dan blog dia mesti berkaitan dengan info semasa seperti info artis, berita dunia dan sebagainya.

Strangers biasanya sampai ke blog korang bila dia bukak Google dan search apa yang dia nak cari. Then setelah search, blog anda tersenarai di first page of search. Bila dah tersenarai di first page, tendency untuk stranger tu klik link blog korang adalah amat tinggi. So, kalau korang nak cepat naikkan trafik dan blogging dengan fun, korang mungkin sukakan viewer dari golongan strangers.

But watch out guys, kalau korang punya blog bersifat sarcastic dan annoying, mungkin strangers tu akan serang korang tanpa baca sepenuhnya entri yang korang post. Dalam hal ini, korang akan hate strangers. 

Related.
Kalau korang tumpu kan blog korang untuk di view oleh friends, family dan saudara mara, maka amat susah lah untuk korang naik. Amat susah untuk korang dapat followers yang ramai. Dan amat susah untuk korang dapat hasil Nuffnang serta Innity. Why? Because it is not commercial. Lebih-lebih lagi kalau korang tulis blog personal. MELAINKAN, kalau your life story is awesome. Ada je blogger yang followers dia yang lebih dari seribu just hanya dengan tulis pasal dia punya personal life story.

Fans
Fans ada banyak jenis. Ada yang jadi fans sebab dia suka kat that person atau dia jadi fans sebab dia hate that person. In this and most of the cases, fans adalah your regular costumer. Apa yang korang tulis dan post, dia orang akan baca. Bila ada update, diaorang sure akan klik link korang lelaju. Tak pun, setiap hari, dia pasti akan singgah kat your blog even korang tak update entri baru. Yes, this is the power of yourself and that is the cool things about the fans (followers).


BUT, kalau korang asyik update entry yang membosankan dan yang menjemukan, lama-lama sure your fans dah tak menjadi your regular costumer. Ye lah, balik-belik, korang cerita pasal your ex. Balik-balik you all ceritakan pasal handphone baru korang. Balik-balik korang ceritakan pasal muka korang yang comel. Siapa tak bosan? Kalau comel tu memang la tak bosan. Tapi kalau dah perasan comel? Blog korang sendiri pun bosan tengok muka korang.

Apa pun, followers (Google Friends Connect) yang ada di blog korang tu tak memberikan kesan sangat pun kat kualiti traffik korang. Korang ada 10ribu followers tak bermaksud 10 ribu akan view blog korang setiap hari. Lebih-lebih lagi bila korang usulkan permainan "You follow me, I follow you back". Shit rule.

How about my story?
Actually, untuk cari regular costumers for your blog, you could always give the best entri for your readers. Tak pun, kalau korang rasa entri latest korang tak berapa best dan korang tak akan update hingga minggu depan, maka, better kalau korang replace entri korang tu dengan entry beberapa hari lepas yang top sebab kalau korang kejar followers (which is aku tak recommend kan langsung), strangers di blog anda akan baca your latest entri je. So, kalau your latest entri tu sucks gila, memang dieorang tak akan baca ah. Apatah lagi untuk follow.

Pasal blog walking.


Aku nak tanya korang. Biasanya, di chatbox, akan ada orang post ayat berbunyi "Hai, saya blog walking di blog anda. Hebat entri anda. Hit me back ya?". Well, korang percaya ke kalau dia kata yang dia baca blog korang? Korang sendiri pun tahu kan yang bila korang pergi ke chatbox orang lain dan berkata "Nice blog" where you are actually tak tengok pun blog dia. Korang hanya tengok dieorang punya chatbox. Daarrh.

So, kau dulu macam mana Mr K?
Actually, aku pun macam tu gak dulu. Dan dari followers aku 0 hingga 40, aku selalu gila buat blog walking. Tapi bila followers aku dah lebih dari 40, aku kurangkan blog walking. Ya, aku kurangkan blog waking dan tumpukan banyak masa untuk memberikan KUALITI di setiap blog post. Start dari tu, aku realize yang quality is always beat the quantity.

Aku ingat lagi aku pernah tanya AkuTakPeduli.com dengan ayat macam:

"Kau rasa, perlu tak uat blog walking di blogosphere?" 

Dan dia reply dengan

"Aku rasa tak perlu. Kalau blog kau best, orang sendiri akan datang ke blog kau".

Masa dia reply tu aku rasa macam "Weh weh dia reply email aku doe. Dia reply email aku." Seriously excited gila orang famous reply email kita. Well, setiap orang pernah excited macam ni masa dulu-dulu kan? Tapi bila dah orang lain hantar emai kat kita, amat susah kita nak reply email tu. *Terasa*.

Entri berkuality, blog cantik dan ada isi.
So, aku terus kan la dengan nasihat dari ATP tu. Aku dah kurangkan blog walking dan lebihkan kepada blog aku sendiri. Lebihkan kepada kualiti, info dan gaya penulisan di blog. Dan yang paling penting, aku suka tulis apa yang orang nak baca.

Bila aku kata aku suka tulis apa yang orang nak baca, maybe korang akan bertaya:

"Bukan ke kita patut tulis apa yang kita nak tulis? Kenapa perlu ikut apa yang orang nak?". 

Actually, apa yang aku maksudkan di sini adalah aku serve benda yang orang suka baca terutamanya pasal info. Semua orang ada perasaan ingin tahu. Tetapi, most of us amat malas untuk membaca sebab bahan bacaan amat membosan kan. Sebagai contoh, movie Tae Guk Gi. Ini adalah cerita sejarah di difilemkan. Orang ramai amat tak suka baca buku dan material berkaitan dengan sejarah. Tapi bila info pasal sejarah ni dijadikan FUN (filem), automatik korang akan suka kan? Begitu lah juga dengan blog. Apa yang penting, bagai mana cara kita sampaikan sesuatu benda tu.

Dengan kata lain, kita memang akan tulis apa yang kita nak tulis. Tapi kita juga kena pastikan apa yang kita tulis tu direct sekepala dengan apa yang orang lain nak baca. Jangan nak syok sendiri.

As for my blog. Aku tak tahu kenapa ramai follow blog ni. Dan rasanya banyak viewers yang datang dari golongan Followers and Strangers. Kan?

Well, how about your blog?



Sabtu, 30 Oktober 2010

Cara Nak Tahu Orang Curi Gambar Di Blog or Facebook.

Assalamualaikum



Ramai yang bertanyakan

"I ni cantik sangat. Macam mana nak tahu kalau ada orang guna gambar I?"

atau

" Youuuuu. Macam mana nak tau ek kalau ada orang plagiat gambar I?"


Yaaa. I bet some of you (girlsss) selalu bertanyakan pasal gambarnya yang di curi ye ye semua nak curi gambar kau sebab kau paling cantik. Tak kisah la kat facebook ke, kat blog ke, kat tumblr ke atau kat mana-mana je lah. Mesti tak ada hal kalau orang nak curi kan. Bila dah kena curi gambar tu, mula lah buat bukan-bukan dengan gambar tu. Upload sana sini. photoshop kat gambar orang lain dan etc. Tak kah korang fikir siarkan gambar di internet adalah berbahaya? So, ABANG K TO THE RESCUE!



Well, ingat senang ke jadi perempuan cantik. Selalu kena stalk. Buktinya? Nih, housemate aku. Tak habis-habis stalk gambar Fatin Liyana Asri. I don't who is this Fatin Liyana Asri. But, housemate aku ni ada cakap, ramai ada curi gambar dia.

So, ehem. Hai Fatin Liyana Asri. I nak tolong you cari pemplagiat gambar you okay fine mungkin you dah tau caranya but i dont care. I ni gentleman sangat. So, I tak kira. I nak tolong gak.

First, you bukak website TinEye.com (Thanks to Sca Ndx *His blog is so much like mine btw*) Okay I gentleman so I yang patut bukak kan. Mula-mula, I bukakan TinEye.com. Then, I masukkan gambar you. Tapi kan, I mana ada gambar you. Aduh. Eh wait. I tau. "OI KAU ADA GAMBAR FATIN TAK?" Aku jerit kat housemate aku. Eh, I jerit ke housemate I.

So, selepas I dapatkan gambar dari housemate I (Heh, boysss), I pun letak lah gambar you seperti di bawah. Tapi kan, apasal bila I search nama you, keluar muka MilliMilo? So, apa kata kita letak gambar MiliMilo.

 Then


Then


Then, kita tekan okay. Then tunggu lah ianya loading. Sorry lah kalau loading tu amik masa sikit. Biasalah you. Internet rumah I ni slow skit. Ramai sangat open tabs stalking awek-awek comel. Tapi I tak. I tak. I baik. I buka internet untuk chat-chat dengan Miss H I je.

Bila dah siap load, you akan nampak result macam ni. Walah~


Oh oh tak ada result. Hais. Selamat kau MiliMilo. Kalau ada tadi... HAHA. Okay fine agak terasa lah kan sebelum ni mana ada orang buat tutorial tak menjadi dan tak ada result.

Tapi kan, bila di fikir-fikir balik, dari test gambar orang lain, baik aku test letak gambar awek aku. Mana la tau kot-kot ada orang curi gambar awek aku ke kan?


 Then


See, ramainya curi gambar awek aku. Kalau korang perasan, even gambar tu di edit pun, TinEye boleh detect.


Cuba kita lihat. Gambar makcik Maria ni, ramai pulak yang guna. Ada dekat 125. Wait 125 je? Ya. Hanya sekitar 125. Could you believe that? Bullshit. So, maksudnya, teknik yang di gunakan adalah tak berapa effective. Aku rasa, gambar ni ada beribu-ribu di seluruh dunia. Tapi di sebabkan sistem TinEye masih baru, so, ianya tak effective.

TinEye ni tak detect muka. Tapi dia hanya detect gambar yang almost 80% the same.

BUT, teknik ni mungkin tak mampu menolong dengan banyak. Nak-nak bila gambar gedik korang tu di gunakan di blogspot. Why? Sebab gambar tu akan di detect, tetapi secara link ke host dan bukan ke blog yang publish gambar tu. Which is, yeah, pretty suck. So, kalau korang lucky, korang akan jumpa lah siapa mamat gay atau gadis kesunyian guna gambar gedik korang di facebook or blog. Or else, korang hanya akan dapat link ke image hosting blogspot or server facebook. (Kecuali lah kalau si plagiat tu ada domainsendiri.com)

Tapi, TinEye ni sekarang still dalam beta phase. Maksudnya sistem dia berfungsi tak secara fully dan masih di dalam test. So, suatu hari nanti, tak mustahil dia boleh view gambar yang digunakan sebagai profile picture facebook.

Tapi, if you guys nak give a try, why not? Mana la tau kot-kot ada mamat gay guna gambar korang untuk bermanja dengan lelaki hensem. Pastu tukarkan lelaki-lelaki hensem sepada gay. Then, korang yang rugi. Kan?



Sabtu, 16 Oktober 2010

Fenomena Blogger Download Video Dari YouTube dan Upload Ke Blog Sendiri / Fan Page Blog.

Assalamualaikum


Ramai yang bencikan blog yang letak berita dari akhbar. Tapi aku rasa, aku lagi tak suka blog yang copy paste (Download) video-video dan letak di facebook fan page.

Apa yang aku nampak sekarang adalah ramai sangat yang nak memcapub demi promote blog sendiri. Contoh terbaik adalah ketika di facebook. Tak boleh blah bila owner sesuatu page blog tu, download video dari youtube semata-mata untuk upload di fan page facebook dia sendiri. Even dia tak claim yang video tu dia punya.

Kalau video santai tak apa. Tapi kalau dah video yang sensitive yang sentuh soal kaum dan agama? It is so OMG then.


Cuba tengok video di atas, masa di post di facebook, semua kata tu polis adalah polis tipu. Nak rogol lah apa lah. Ada yang mungkin kata itu hanyalah rekaan dan sebagainya sebab tak nampak muka si perempuan. Tapi, cuba korang click dua kali kat video tu (Dia akan direct ke original link YouTube). Then try tengok comment section. Korang akan tahu siapa perempuan tu, di mana dia kerja, apa dah jadi kat dia dan sebagainya. Dari apa yang di tulis di comment section, korang boleh fikir balik dan gabungkan serta combine kan dengan fakta samaada bla-bla-bla.

Aku tak kisah lah nak guna teknik apa pun untuk naikkan populariti blog korang. Lagi pun aku suka gak layan video-video yang di uploadkan. Kadang-kadang memang kelakar dan kadang-kadang memang buat orang terfikir. Tetapi, kebanyakkannya tak ada description. Sampaikan aku perlu buka YouTube dan search macam-macam untuk dapatkan description video tu. Tambahan pula, kebanyakkan video adalah dari luar negara. Contohnya, video kanak-kanak lelaki bergayut dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Then budak tu jatuh dari tempat tinggi. And then, video tu habis. Hadoyai. Tak ada siapa tahu video tu tulen atau pun tak. Dan yang penting, tak ada siapa tahu apa yang terjadi. Tak ada nama, tak ada tempat kejadian dan sebagainya.


Contoh lain, ada satu video di sebuah fan page facebook. Video tu view pasal wawancara di mana seorang pengacara gelakkan pasangan Islam yang kematian ibu dan bapa. Aku baca komen kat fan page tu, semua kutuk. Tapi bila aku search di Youtube, aku tengok-tengok yang wawancara tu hanyalah lakonan sebuah program komedi. Dalam video tu, tak ada isu agama Islam langsung.  So, mana datangnya isu-isu pelik-pelik? Ya, semuanya di sebabkan masing-masing reka sendiri description video mungkin?

Bila tengok sesuatu video, ramai yang suka;
  • Baca description dia.
  • Baca comment orang ramai dari seluruh dunia.
  • Check ketulenan video.
  • Community dalam perbincangan tentang video.

Tapi kalau video tu semua di download dari YouTube dan di upload ke Facebook serta tanpa link YouTube asal, macam mana viewer nak buat benda-benda di atas? Ya, kadang-kadang, yang upload di youtube pun bukan orang yang rakam. Tapi, di ruangan comments, mesti akan ada orang yang tahu pasal peristiwa dan video tu. Kan?

Sebab lain, aku selalu lepak di YouTube dan bila tengok sesuatu video yang buat aku terkejut, aku akan tengok comment section. Dan kebanyakkan memang boleh dapatkan info dari yang orang yang comment. Contohnya "This video is doest make sense. How come it bla bla bla" Dari situ kita boleh berfikir dua kali. Tapi kalau video tu di upload ke fan page facebook, community yang menonton adalah kecik. Pulak tu, golongan orang melayu. Melayu pulak, kalau dapat sesuatu video, article atau berita, terus terima bulat-bulat dan sebar tanpa berfikir.

Aku tak kisah kalau video tu pasal video kucing yang main dengan bola, atau video baby ketawa, atai video budak-budak menari sambil mabuk atau apa-apa je lah. Tapi kalau dah video yang orang terjatuh bangunan, atau video orang accident atau video benda-benda yang boleh kecutkan perut, then tak ada description; tak tau apa berlaku; tak tahu di mana peristiwa berlaku; tak tahu kenapa macam tu dan kenapa macam ni, memang panas bila video habis sekerat jalan.

So, kepada owner-owner fan page blog yang buat blog semata-mata untuk letak video yang didownload dari YouTube dan upload ke blog sendiri (atau fan page facebook sendiri), sila lah nyatakan original link yang di ambil dari YouTube. Semua orang tahu yang video tu bukan korang yang rakam. Semua orang tahu yang video tu di ambil dari YouTube atau yang seangkatan. Cuma, orang tak tahu apa yang benar-benar terjadi. Dan kalau boleh, jangan pandai-pandai buat description sendiri. Tak pasal-pasal boleh jatuh fitnah.



Rabu, 7 Julai 2010

Review Blog : Kereta Mayat (Ustaz Ganas)

Assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh


Di tengah malam yang hening, aku dok pantas menaip entry baru yang mengejek para gadis tentunya. Tengah-tengah syok menulis, aku terdengar satu suara dari belakang "Weh, mu ada blog ke?". Aku terus tutup lid laptop takut-takut abang aku nampak apa yang aku tulis and apa nama blog aku. Kalau dia nampak pastu search, perh, mampus.

"Eh, tak ada lah. Mana ada. Tak ada masa aku nak main blog-blog ni"

"Ceh, suka hati mu lah. Btw, mu pernah tak baca blog Kereta Mayat?"

Seriously, aku tak pernah baca blog bernama pelik macam tu. So aku search la. Then, bila aku baca je, terus aku letak link blog tu kat "The Other Cute Miut" yang bermaksud, kalau mana-mana blog yang kat The Other Cute Miut tu update, aku akan baca serta merta. Dan tak kira lah seseorang tu famous atau tak. Sebab kalau aku tak minat, maksudnya aku tak minat, dan aku tak akan baca.

And seriously, blog Kereta Mayat adalah antara satu-satunya blog yang di tulis dari tahun 2006, tapi di blognya tak ada iklan pun. Maksudnya, dia tulis blog 100% kerana dia suka menulis dah suka share ilmu.

So, apa yang special nya pasal blog Kereta Mayat ni?

1. Seksis / Diskriminasi. Selalu menangkan lelaki.
Penulisnya lelaki bernick name Hamka. Gaya dia macam ustaz tapi bukan ustaz. Dan dia selalu membela kaum lelaki. Tapi kadang-kadang tu ada la juga dia menang kan perempuan. Ah, mesti sebab dia kesian tu. Tak pun sebab dah terkantoi bini dia dapat tahu dia asyik mengata perempuan. Tapi memang selamba lah dia. Dia ni asalnya mat rempit. Bawak motor RXZ. Pastu jatuh cinta kat seorang ustazah. Sebab tu boleh jadi macam ni. Hebat betul kuasa cinta.

2. Dr Love yang sebenar.
Aku tak faham lah kenapa korang selalu panggil aku Dr Love nak-nak kat formspring. Kalau korang nak tahu, ni, penulis Kereta Mayat ni adalah Doktor Love yang sebenar sebab dia memasukkan inti pati agama sekali. Bab-bab love yang paling aku suka adalah di entri Ada Apa Dengan Cinta dan entri Enjoy the silence with your lover.

Dia jarang update blog dia. Maksud aku, dia akan update dalam seminggu sekali. Dan sekali update, perh, panjang berjela. Dan, entri dia amat-amat berkualiti. Setiap ayat dia dia cakap termasuk hadis adalah amat-amat ada point dan bukan kata-kata kosong.


3. Tahu pasal agama sambil gelak.
Aku rasa, blog dia adalah satu-satunya blog yang cakap pasal isu agama yang secara kelakar dan main lepas je. Pastu, dia cakap mesti direct to the point. Tak ada dah nak jaga perasaan perempuan tak kira lah isu seks atau apa-apa isu pun. Contohnya;







Pada awal perkahwinan, aku telah bertazkirah pada isteriku supaya aku nampak
berilmiah kerana perempuan memang suka kat lelaki yang berilmiah lagi beriman…
Kataku:

"wahai sayang, awak tahu tak apakah rahsia di sebalik jari jemari abang ni?
(Tentulah isteri aku nak tahu, dan isteri mana yang tak suka kat suami yg bijak dalm tutur kata… he he he.saje jer aku nak tunjuk terer…)

Aku kata: wahai isteriku, lihatlah jari jemari abang ini,(kasar, keras dan berkematu)
Jari ibu ni melambangkan ugama islam tau iman!, merupakan jari yg terpenting sekali dlm ke semua jari-jemari, tanpa jari ini(insyaAllah) tak boleh nak suap nasi kemulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak picit jerawat, nak tekan spacebar, nak itu-ini, begitu begini bla bla.bla

Sebegitulah pentingnya iman pada hidup ini.. dan bila jadi mayat kelak... sangat penting!!!
(sambil aku membuatkan isyarat 'good' dengan ibu jari..)

Jari telunjuk pulak mewakili ilmu, cth bila org tanya mana masjid?,aku kata:tu, !Aku tunjuk ngan jari telunjuk(tak tau lah kalau korang tunjuk ngan ibu jari he he)

Mana binatang jahat tu?Aku kata: Tuuuuuuu…tunjuk ngan jari telunjuk menunjukkan ilmu yg ada dan bukan nak menunjuk-nunjuk… (lantak koranglah kalau korang nak tunjuk ngan ibu jari atu dengan mulut yang memuncung )

Isteri tanya: jari tengah ni mewakili apa pulak bang?

Aku kata: Jari ni mewakili: (FU*K) jari nafsu, di gunakan untuk memuaskan nafsu(aku dah kabor dah, aku tujukan tazkirah ini hanya pada org yg dah kahwin atau nak kahwin untuk waktu terdekat… yang tak ada niat nak kahwin, main jauh-jauh..)

Sambung balik pasal jari nafsu atau jari F*CK ini…, biasanya jari ini bagi orang yang dah kahwin digunakan untuk membanghkitkan ghairah sang isteri..(arghh, aku dah naik sheih!), Sekarang cuba awak bandingkan, kelihatan jari ‘nafsu’ ni lebih tinggi dari jari ilmu, (jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk)

Ini bermakana walau camne terer pun ilmu ugama , nafsu tetap mendahului, sebab tu nabi suruh kahwin cepat cepat!!!, (tak tahulah kalau jari korang sama panjang-alien ke apa?) banyak cerita ahli abib yang tak kahwin dan ibadat pulak tahap wali, tapi bila datang perempuan, di pendekkan cerita di zinanya perempuan tu… nafsu mana boleh tahan beb!!! (Na’uzubillah)

OK, sekarang kita pergi pada jari manis, jari ini di ibaratkan sebagai seorang isteri yang manis.. isteri yang dapat meredakan nafsu shahwat lelaki..oh!

Bila kita renung akan jari manis ini, (eh,? dah ada cincin.. he he he), maka, kita dapati, jari manis dan jari ilmu akn mengapit jari nafsu…(jari manis dan jari telunjuk akan mengapit jari FUC*!!! ), maka nafsu akan terkawal… begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah!! (amin.. Ya rabbil a’lamin)

Dan jari anak mewakili isteri kedua, eh?! Silap, errr, ,mewakikli jari anak2 kita(dah namapun anak),
Nah!, maka sekarang kita lihat, inilah satu kehidupan yg sempurna, Sabda Nabi lebih kurang maksud: org yg berkahwin telah meyempurnakan separuh dr ugama…ustaz pulak kata;yg separuh lagi(5 jari) adalah rukun islam!

Wah wah wah, isteriku begitu mengagumiku, he he…bertambah respect dia pada aku…betapa berilmiahnya aku ha ha ha..(cubalah korang buat kat pasangan korang, jgn buat kat awek pulak!)

Boleh kata juga yang perangai dia macam aku. Tapi aku percaya umur dia paling muda pun 30 tahun sebab dia eja agama sebagai ugama. Blog dia ada 2000+ followers. So, rajin-rajin la lepak kat blog dia. Selain boleh gelak-gelak, ada juga input yang beguna. Tapi blog dia lebih sesuai untuk yang berumur 18+ tahun ke atas. Yang underage jangan nak mengada-ngada.



Khamis, 27 Mei 2010

Top 5 Referrer for My Blog. Big Thank You. Hug?

Assalamualaikum


Well, sejak bulan lepas, aku perasan yang banyak blogger yang jejak ke blog dan tinggalkan kesan kejadian di chat box aku serta dia follow aku tetapi aku tak linkkan (sebilangan) blog-blog mereka. Actually, aku bukan tak nak link. Setiap bulan at least sekali aku akan update link tu. Dan banuak kali aku cuba tetapi sebahagiannya tak boleh. Aku tah tahu la kenapa hanya certain blog je boleh. Blogger punya function mungkin bermasalah. Bila aku tulis url blog, dia tak kuar respond. So, kepada tuan punya blog yang aku tak dapat link in, i am so soooorrr(y)...

Btw, aku check out aku punya Histat dan tengok aku punya referrer. Referrer count Histat dan Nuffnang tak sama. Google analytic pun tak sama. Tapi aku lagi sukakan Histat. Tak tahu lah kenapa.

Well, berikut adalah Top 5 Referrer aku untuk bulan ini.

1. www.wadefuk.blogspot.com (1.9%)
Blog budak medic. Ayat memang pedas. Dia cool. Berambut pendek. Dari blog dia, macam selalu orang pandang dia sebagai pengkid atau lesbian. Well, i like pengkid and lesbian. Eh? Haha!

Amat tidak disarankan untuk anda view blog ini jika anda bawah dari 21 tahun. Juga, jangan masuk kalau otak anda penuh dengan stigma masyarakat tipikal dan stereotype. Blog untuk santai dan tahu seba sedikit pasal medic.

Aku tak pasti kenapa blog dia boleh kasi higest referrer kat blog aku untuk bulan ini. 1% = sekitar 200 visitors.

2. www.milimilo.com (1.6%)
Ini blog awek serious. Penulisnya bernama Kamiliah. Hari tu aku perasan yang boyfriend dia post satu video lagu bertajuk Hey There Kamiliah kat facebook. Perh. Aku rasa budak serious muka innocent ni mesti cair punya lah. Well, siapa kata lelaki melayu tak romantik?

3 www.dihatisara.blogspot.com (1.5%)
Seriously, aku tak tahu siapa Sara ni. But thanks sebab bawa kan aku beratus pembaca. Mungkin kita boleh berkenal-kenalan dengan lebih rapat lagi.

4. www.bvlgarigirl.blogspot.com (1.5%)
Yang awek Kev ni tak payah cerita lah. Semua dah tahu. Yang ni pun kalau nak buat kenal-kenalan okay juga. Dengar cerita, orangnya comel.

5. www.joegrimjow.blogspot.com (1.4%)
Yang ni pun comel juga. Tapi aku amat jealous dengan dia sebab dia punya traffic blog amat hebat. Mungkin selepas internet Streamyx Tmnet aku dah tak Tmnut lagi, aku akan belajar macam mana nak maximumkan SEO. (Hari ni je, dah tiga kali aku call streamyx termasuk dia punya technician personal number. Nak kena push baru reti buat keja apa?)  Brader ni la juga yang ajar aku pasal Alexa. Rank Alexa aku dah better dua kali ganda dari dulu. I'ts getting good yaw.

Cakap pasal rank Alexa, aku tak faham camne dia berfungsi sebenarnya. Aku tengok, ada blog ranking jauh lagi bagus dari aku; Tapi viewer kurang, followers pun kurang. Tapi banyak back link in sebab selalu buat tagging. So, ranking ni based on backlink eh? Tak pun sebab selalu update? Aku tengok blog yang diupdate 3 kali sehari mesti rank agak tinggi. Walaupun dia update benda-benda merapu. So aku rasa, ranking Alexa tinggi memang tak bermakud kualiti juga tinggi.

Then, aku perasan blogger yang paling rajin lepak kat blog aku adalah Kak Afzan dan Nurul. Thanks sebab rajin dan sudi lepak sini. Yang lain tu mungkin selalu juga lepak. Tapi kurang perasan dan mereka tak tinggalkan jejak. Serta juga aku ketiadaan internet.



Rabu, 28 April 2010

Boleh Tahan Gangster Juga Aku Ni.

Assalamualaikum

Ini entri bergambar

Ya, gambar gadis mix ganu + somewhere-in-europe. 
Tapi itu bukan tujuan aku buat entri ni.


Tapi bila zoom, adik lelaki dia nampak jambu.


Oh oh?

HAHAHA.

Sabar Brader Joe Grimjow. Gua gurau-gurau je. 


Gila apa korang tak kenal Brader Joe. Gangster Herba tu.