Memaparkan catatan dengan label buat dosa dari blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat dosa dari blog. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Julai 2010

Buat Blog Dapat Dosa.

Assalamualaikum.

 Sweet.

Hai gadis-gadis dan lelaki lembut sekalian.

Minggu lepas, aku ada dapat email dari seseorang yang aku tak kenal. Perempuan. Email dia siap di mulakan dengan Asslamualaikum. Jarang sebenarnya orang yang emailkan aku start dengan salam. Sebab biasanya, masuk-masuk je terus start dengan "Bf i tuuuu teruk. Selalu...." and "Bf i niiii. Semalam dia...". Aku tak kisah jawab soalan-soalan pasal love-love ni kat email. Tapi aku lagi prefer soalan yang... lelaki sikit. Dan aku bukan Dr Love ya.

Well, kan best kalau ada orang email tanya "Apa pendapat anda tentang illuminati." atau pasal Hitler. Atau pasal makanan-makanan di Malaysia yang kononnya haram. Atau pasal kenapa harga kereta Malaysia sama dengan harga kereta luar negara tetapi kualiti kereta Malaysia sucks. Atau kenapa bila join parti politik tertentu baru layak masuk syurga, join parti lain, masuk keraka. Ehem ehem. Okay ramai dah panas. Baru cakap sikit dah panas. Sebab tu aku tak cakap kat blog pasal politik. Takut ramai menangis bila tahu the truth.

 Forward.

Err. Okay back to topik. Girl ni aku tak kenal tu email aku tau. Dia bukan nak tanya apa-apa soalan. Tapi dia nak sound aku. Aku curious tau dengan dia. So, aku ambil email and letak kat facebook pun tak jumpa facebook dia. So, agak misteri lah. Actually, tak penting pun pasal identiti dia. Yang penting, adalah apa yang dia nak sampaikan kat aku. Dia kasi nasihat kat aku. Kaw punya nasihat.


Assalamualaikum.
Actually aku bkn nk kritik pon. Just nk bagitau aku tak suka tengok gambar-gambar tak senonoh yang menghiasi tulisan kau. Senang cakap gambar kissing, perempuan sexy dan yang sewaktu dengannya.

Gambar macam tu kan boleh menggugah iman kan jadi aku rasa tak best la nk tengok. Lagi pulak kalau lelaki tengok, kan boleh tambah dosa.

Aku bukan nak berlagak ustazah ceramah kau pun. Tak. Janganla fikir macam tu. Kau pun tau ramai yang suka baca tulisan kau and tulisan kau dah cukup best. Serius. Tak perlu umpan ngan gambar macam tu pun aku rasa. Hehe.

Kau janganla terasa apa-apa ek? Take it positive way ye. Ada satu artikel best pasal benda ni sebenarnya, Jangan Promosi Dosa di Blog.

Oke.Wish me luck nak quiz fizik malam ni. uhh

Tak terasa. Tak terasa.

Actually, bila aku relax-relax, buang parang dan campak pistol serta buang hajat nak membunuh orang yang buat aku terasa ni, aku rasa betul juga apa yang dia cakapkan. I mean, pasal gambar gadis-gadis lah. Ada ke patut aku letak gambar gadis-gadis tengah kissing? (Gambar Edward kiss Jacob tak apa). Pulak tu, banyak betul ada gambar-gambar gadis yang tak senonoh kat blog aku yang selain kissing. Ada gambar awek pakai baju seksi, ada gambar Maria Ozawa, ada gamba Shasha Grey. Ish ish ish. So sesiapa yang nak jadi model tapi tak ada peluang, rajin-rajin lah photo shot untuk blog aku. Bertudung sahaja.

Pulak tu, gambar lelaki cool pun ada. Gambar lelaki seksi tidak kurangnya yang secara tak langsung menaikkan nafsu kaum yang ada 9 nafsu. Gambar Jacob Black yang tak reti pakai baju misalnya. Kan? Tapi pelik juga aku bila korang tak ada la pula sound aku. Mesti korang layan je kan. Gatal betul perempuan sekarang.

Apa pun, terima kasih kerana sudi sound aku.