Isnin, 6 Jun 2011

Hukum : Jenis Mengumpat yang Dibenarkan Islam Yang Tak Haram.

Assalamualaikum


Beberapa hari lepas, dunia Blogspot dan maya kecoh dengan isu awek tak ada dara yang bernama Adinda Evans tu. Ada yang letak entry, ada yang buat parody, ada yang troll habis-habisan. Ianya memang fun. Tapi, kebanyakkan benda fun adalah terlarang. Define 'Fun' anyway.

Dan itu bukan isunya. Isunya di sini adalah bila aku cakap tentang Adinda Evans, ada segelintir kata aku membuat umpatan di Facebook dan blog bila cakap pasal Adinda Evans. The issue is... aku tak boleh cakap tentang sesuatu isu yang sedang berlaku di sekitar aku? I mean, kalau kita cakap tentangnya, ianya akan di kira sebagai dosa mengumpat?

Begitu juga dengan link blog Adinda Evans Milano tu. Bila aku letak link itu di fan page facebook aku, ada seorang dua yang kata aku membuka aib orang dengan link blog tersebut. The question is... aku tak boleh forwardkan apa-apa bukti tentang isu yang sedang berlaku? Kalau aku tunjukkan bukti, ianya bermaksud membuka aib?


So, instead of buang masa berdebat tentang maksud aib, aku lupakan je lah isu aib tu. Kalau aku berdosa sebab sebarkan aib orang, then, biar kan je lah. Biar aku tanggung dosa sebarkan aib asalkan ramai orang lain tahu yang gejala social seperti budak baru masuk umur belasan, dah reti buat seks di Malaysia itu memang nyata. Bila ramai dah tahu pasal isu tu, insyaAllah ibu bapa, kakak-kakak dan abang-abang akan jadi aware dengan adik masing-masing. So selepas ni, tak ada lah lagi parents and abang or kakak yang berkata

"Anak sy tu baru baru umur 14 tahun. Tak ada apa punya lah. Try tengok kakak dia tu. Umur 18 tahun dah. Kot-kot terlibat dalam gejala sosial etc".

Padahal, hakikatnya, untuk zaman sekarang, umur 10 tahun kita dah kena aware dengan anak / adik kita. Tu lah point aku, untuk menyatakan realiti zaman sekarang dan bukannya untuk mengaibkan orang.

Then tadi, masa aku google pasal ikhtilat, aku di bawa ke blog ILuvIslam.com. Then selepas aku baca baca baca dan baca comment, aku jumpa pasal satu comment yang tentang jenis membuka aib yang di benarkan di dalam Islam. Aku pun macam.. Wow.

Dah tu, bila dah tau ada jenis aib yang di benarkan, aku pun terus cari info. Selepas membaca beberapa blog dan beberapa article. Baru la aku tahu yang sesetengah aib tu boleh untuk di beritahu dengan beberapa syarat. Aku malas nak tulis dan senarai kan secara skema. So, aku sum up dan pick apa yang penting dengan cara yang paling mudah supaya korang betul-betul faham. Ya, betul-betul faham supaya nanti kalau korang salah faham, kang setiap hari korang pi mengumpat dengan makcik rumah sebelah. Then tak pasal-pasal, aku yang dapat dosa.

So, senarai syaratnya-syaratnya adalah :

Korang adalah mangsa dan korang perlukan pembelaan. 


Andai kata korang adalah budak sekolah menengah. Then hari-hari korang dan kawan korang kena kutuk / maki / ejek dengan seorang mamat ni (Mamat ni handsome of course). Dengan kata lain, dia memang suka ah ejek korang ah. Pagi, petang, siang dan malam asal nampak muka korang, sure kena ejek. Kadang-kadang, tak nampak pun kena ejek juga. So, kalau korang bagi tahu cikgu disiplin yang dia suka ejek dan maki korang, adakah ianya di kira sebagai mengumpat dan membuka aib dia? Adakah itu dikira memalukan dia? NOPE. Hell no, noob.

So, dalam kes ini, ianya di benarkan. So go ahead. Pergi lapor kat guru disiplin. Sure korang tak akan dapat dosa membuka aib.

Korang memberitahu kemungkaran / aib sendiri yang bertujuan sebagai teladan dan bukannya untuk berbangga dengannya.


Korang dulu masa umur 14 tahun, masa korang jalan-jalan tengah malam, korang tercicir dara kat boyfriend korang yang gila seks. Then selepas kene tinggal oleh boyfriend, baru lah korang sedar SIKIT yang ex korang tu hanya nak body korang je. Then masa umur 16, korang jumpa lagi boyfriend lain. Selepas dua hari, korang buat seks lah dengan dia. Keesokkanya, boyfriend korang tu tinggalkan korang. Then baru lah korang COMPLETELY sedar yang ramai lelaki hanya nak badan korang je. Iye lah. Mana taknya, tak lawa tapi badan cantik. Then bila dah insaf, korang pun ceramah la kat adik-adik korang yang berumur 14 tahun yang berbunyi

"Adik, akak dulu jahil. Masa umur 14 akan buat seks dah. Best la juga. Tapi akak ingatkan dia tu bakal suami akak. Maklum lah, akak ni naif dan lurus bendul. Asal couple je, take for granted. Then selepas akak putus dengan ex ke dua akak, baru la akak sedar yang akak ni bodoh. So, adik-adik jangan jadi slut macam kakak ya?" 

Kalau dalam dunia orang Melayu, sure akan berbunyi

"WTF perempuan ni membuka aib sendiri?"
Tapi the real is, itu adalah satu pengorbanan yang terbaik. Dari mengutuk orang, belum tentu dia hina dari kita.


Korang sayangkan keluarga, kawan, generasi, saudara se-Islam dan manusia di sekitar korang. So, korang memberitahu tentang sesuatu berita supaya orang-orang yang aku nyatakan tadi tu selamat / terpelihara.


Andai kata lah kan, korang ni student kolej. Then korang ada kenal seorang awek yang gatal gila. Kira gatal tahap asal jumpa lelaki handsome je, terus minta di garukan tempat-tempat terlarang di dalam hotel murah. Then bila balik kampung, korang terserempak dengan awek gatal tu. So, korang tak nak lah abang-abang korang yang baik lagi setia tu menggaru awek gatal tu kan? Dengan itu, korang pun bagi tau la

"Abang, awek tu sama kolej dengan adik. Dia gatal gila ah. Gatal macam slut. Abang jangan tackle dia tau. Nanti dia sure lure ajak masuk bilik". 

So, adakah ini dikira sebagai membuka aib? Adakah ini di kira sebagai mengumpat? Godly, no. Dan bukan takat nak bagi tau abang, nak bagi tau sesiapa sahaja pun boleh tapi perhatikan niat korang okay. Jangan korang buat benda ni sebab dengki (biasalah, Melayu kan mudah dengki) Why? Sebab untuk menjaga seseorang daripada bahaya. So ini adalah sebagai prevention. Hey, perempuan ni bahaya tau kalau tak ada prevention procedure. Semakin gedik, semakin gatal, semakin bahaya.


Korang bukan mangsa tapi korang nampak mangsa yang perlukan pembelaan.


Macam cerita di atas juga. Tapi ni versi upgrade sikit. Andai kata korang pelajar Universiti. Hmm. Ambil kos medic ah biar nampak gempak sikit kan bunyinya. Then suatu hari, korang nampak ada awek comel ni kena raba. Awek ni pula bermana Nora Elena. Then korang nak marah lelaki tu tapi tak berani. Iyelah, muka baik macam pelakon Korea. Nak kata romantik tu, romantik Mr K lagi. Tapi perangai macam Seth Tan setan. Tak guna punya lelaki. And, dalam hal ni, korang nak tegakkan keadilan. So, andai kata korang pergi jumpa polis atau pun Dean, dan berkata

"Semalam, saya nampak lelaki muka macam Seth Tan setan tu raba awek comel tu". 

Well, adakah itu dikira membuka aib? Heaven YES! Okay no. No it is not. Dalam hal ni, ianya dibenarkan untuk 'membuka aib'. Dan korang tak akan dapat dosa, malah siap dapat pahala lagi. Dan kalau ada bonus, siap boleh la tackle awek comel tu lagi. See? Buat benda baik banyak kelebihannya. Korang je tak nak buat.

So, conclusionya... kalau korang lepak di blog-blog atau apa-apa website, then korang nampak apa-apa isu yang korang rasa orang lain patut ambil tahu, then bagi tahu lah. Dan pastikan niat korang betul. Aku tahu niat tak membenarkan cara. Tapi tak semua niat tak membenarkan cara. Niat tak membenarkan cara tu hanyalah kes-kes terpencil. Most of the time, niat adalah amat penting dalam urusan seharian. Well, Islam ini mudah. Dan dalam isu ni, there is a damn fine line between membuka aib, memalukan orang dan menyelamatkan dunia.

Point-point di atas bukan aku reka sendiri tapi dah digariskan oleh syarak. Ada 6, aku hanya listkan 4. Boleh rujuk di bawah.


[UPDATE] Since ramai rangat 'orang alim' yang komen tanpa baca apa yang aku tulis bersama rujukan, then im gonna highlight SYARAT ke 5 dibenarkan untuk membuka aib orang which is:

Dibenarkan untuk membukan aib orang dengan cara mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.


94 ulasan:

  1. betul...setuju sgt ngan ko...
    asalkan apa yg kita share tu bukan benda fitnah..

    Entry Terkini:
    Gathering Blogger Paling Meriah Pernah Aku Pergi!

    BalasPadam
  2. penerangan yang simple dan menarik..sbb kadang2 rasa bersalah jgk kalau nak ckp pasal aib org..tp kdg2 nak jgk bgtaw smu org..biar org tau mcm mn rupa dia yg sbnr

    BalasPadam
  3. sokong pendapat anda di sini.. n tercicir dara??? sangat la sopan..

    selalu sangat kita terjah hukum tanpa mengetahui keseluruhan hukum tu macam mana..

    ada jenis bila kita utara hukum "awak tak boleh buat cm ni aib la" di ter "EMO" sebab dia tak boleh terima orang cakap buka aib.. dan benda tu salah.. dosa..

    maka dengan tak sepatutnya dia keluarkan satu lagi fakta dan hukum yang buat orang sekeliling... erk???

    boleh jatuh akidah aku kat sini..

    seee... blogging bukan sekadar jaga hati orang jaga hati sendiri. tapi jaga akidah orang dan juga tanya iman sendiri..

    BalasPadam
  4. sooo true...saya tau pasal adinda evans ni dari blog mr.k and i've be more aware of my sis yg 15thun skrg... tanx for u :)

    BalasPadam
  5. terbaik la explanation mr k kali nie. :)

    BalasPadam
  6. suka bc blog ni.msti dpt new knowledge.thanks mr k :)

    BalasPadam
  7. hahaha,,,u are damn good at writing,,,could'nt agree more

    BalasPadam
  8. bagus, tapi sepatutnya semua orang dah tahu.
    ni pasal kehidupan manusia yang cukup ringkas.
    ketahui hak anda, jangan langgar hak orang lain.
    itu saja.

    BalasPadam
  9. memang pernah belajar gak dulu ada kes2 tertentu yang di benarkan untuk bercerita pasal keburukan seseorang tu.. dan yang pasti ianya bukan dikira sebagai membuka aib orang.. macam sebab2 yang mr kay nyatakan kat atas ni la :)

    ok la tu mr kay buat research baik punya.. tak de la orang nak cakap mr kay buka aib orang lain lepas ni :)

    BalasPadam
  10. i see..
    so kalau macam someone tu buat entry tetnag adinda evan untuk tujuan memberi ikhtibar pada orang lain.
    so it is not salah kan?
    then people tak payah nak tunding2 jari pada sesiapa yang dah bukak cerita pasal that girl.
    btw nice entry mr.k :)

    BalasPadam
  11. mr k.kau selalu buat aku lebih berfikir.rasanya bukan aq sorg.org len pon mcm tu.banyak ilmu yang ko berikan utk org rmai.thanks :)

    BalasPadam
  12. betul sangat.
    kita bukannya nak sebarkan aib org.
    its just to make sure every single person on earth is aware bout this social phenomena.
    and,mmg kalau ikut islam,
    sebarkan aib or dlm konteks 'mengumpat' tuk pengajaran,tak dikira sbg dosa.

    BalasPadam
  13. teraniaya dan doakan kebahagiaan buat si penganiaya... mungkin tu juga pengorbanan kerana hidayah Allah itu lebih baik dari hukuman manusia.. Pengorbanan yang tak sia-sia mungkin.. =)

    BalasPadam
  14. ni bukan masalah buka aib org..
    tp sekarang budak tu yg buka aib sendiri..
    siap bangga2 lagi..
    WTF..

    BalasPadam
  15. inilah apa yg org x nmpak...^_^

    BalasPadam
  16. alhamdulillah..penjelasan yang baek..thanks 4 sharing dis.

    BalasPadam
  17. Baru teringat ustazah dulu ade cerita pasal ni.

    Nice digging neway.

    BalasPadam
  18. setuju lah :)

    semua yang kita lakukan bergantung pada niat kita

    BalasPadam
  19. saya rasa that girl dah bukak aib dia sendiri before kita bukakkan. Ni dunia la. Mulut orang mane boleh tutup.

    BalasPadam
  20. Dalam Islam, Tuhan sendiri pun jaga aib kita dan tak bagi kita sendiri bagi tau aib kita kat orang, ape tah lagi nak cerita pasal aib orang. Sebab tu Islam ade menggariskan jenis2 aib yang boleh dicerita macam yang kau senaraikan tu.


    Tapi kat sini aku saje nak cerita pasal satu cerita, tentang aib berzina. Dalam peraturan Islam, seseorang itu boleh di tuduh zina kalau ada 4 orang saksi. Baru boleh dijatuhkan hukuman zina. Dan kenapa Tuhan kata 4 orang saksi?


    Kalau baru ada seorang saksi, orang yang berzina tu takkan di sabitkan salah. Sebab? Tuhan masih nak tutup aib pesalah.Kalau baru 2 orang pun, stil tak disabtikan salah. Sebab? Tuhan masih usaha nak tutup aib kita. Sampai dapat cari 4 saksi, baru lah boleh disabitkan.


    Sampai macam tu Tuhan jaga aib kita. Maka bloggers, jaga diri bila nak tulis tentang diri sendiri. Apetah lagi orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sngt2...

      Padam
    2. Betul..dikhuatiri Kita mencanang sikap buruk org Tu..Dan cerita Tu berterusan dr mulut ke mulut sedangkan Kita xtau org Tu mngkin dh bertaubat Dan insaf..jd Baik jg aib org..insyaAllah Allah tutup aib Kita..

      Padam
  21. damn, ak ska betol ngan Mr. K nie. ak tatau nape,tp most of... ok suma lah,post dia,mmg change cara ak berfikir plus, give me knowledge too. trimas Mr. K!

    BalasPadam
  22. sebab semua orang faham dari satu sudut jer...
    asal bukak aib orang kira haram tapi depa tak tengok dari sudut lain...

    contoh orang dok kata aku ni tak baik sebab mengaibkan bekas laki dan bini baru dia... tapi ada aku kesah..siapa suruh mereka berzina pastu nak suruh aku diam2??

    nasib lah depa... kalau tahu menda tu aib dan memalukan kenapa mesti depa nak berzina at the first place? kenapa mesti depa meninggalkan bukti2 yang menjurus ke arah penzinaan?

    BalasPadam
  23. dulu masa form4, dalam buku teks psi ada tajuk psl ni.lebih kurang la.jenis mengumpat ada 3;ghibah,ifkun n buhtan.mengumpat yg diharuskan pulak ada 5; org yg dizalimi,mintak fatwa,utk bagi peringatan,utk jauhkan org2 dr terkeliru n menggelarkan nama org. alaaa, kalau google mesti jumpa.

    yg psl adinda tu, org yg sebarkan link dia bukan nak bukak aib dia tp nak bg pengajaran sbb dia sendiri yg bukak pekung di dada.

    =)

    BalasPadam
  24. Mr. K romantik. auwwwww.
    hahaha :P

    nice entry Mr. K.
    :)

    BalasPadam
  25. 14 tahun tak belajar lagi reproduction.15 tahun baru masuk dalam selibus.

    tp budak ni dah terlebih advanced.

    kalau tak disebarkan/tegur skrg yg hilang dara tu suatu yg teruk/memusnahkan masa depan dia,mgkin bdk sbaya dia rasa itu juga normal.

    sebagai pengajaran tidak salah.

    lagipun bdk tu mcm menyalahkan balik apa org ckp kat dia.so,siapa yg buka aib siapa?hihihi.

    nice entry mr kay...:)

    BalasPadam
  26. get ur point bro..
    gud..

    kadang aku xpham ngn org2 ni..
    mende yg kite hebohkan sbb nak bg pngajaran,
    tapi balek2 asyik2 aib,aib,aib..
    xpham aku..

    ~yg pasal aurat sume tu, xde pulak cakap aib ke pape..
    pfff, girls..

    BalasPadam
  27. pasal ini aku suka .
    kes ni sama jgk kes video seks anwar . ada yg kata video seks x bole jd bahan bukti sbb tu da dikira buka aib . bukan bahan kes !.

    BalasPadam
  28. yeahh,semua cakap kita nak bukak aib lah,apelah.its not wrong if kita just nak orang tau apa yang jadi and berwaspada dengan situasi sekarangkan.makin lama macam2 jadi.haihh,btw nice entry mr.k now dah makin jelas ddengan semua ni :)

    BalasPadam
  29. ececehhh akak milimilo tu sokong Mr K lah! huhu ehem2..

    Mr K.
    u femes, so apa sje yg u buat n ckp, ramai org akan menyebut..u kena terima hakikat ni. i rasa, utk entry kali ni, u ada sedikit emosi.

    listen, Mr K yang cute kena sentiasa cool and positive ok.

    ye, apa yg u tulis kat atas tu betul. ada kelonggaran untuk kita membuka aib seseorang. i tahu, u berniat baik utk menyedarkan masyarakat kita tentang realiti remaja skrg. bukan u sorang yg bgi link blog tu, tp ramai org. cuma, u kena hentam teruk sbb penulisan u berpengaruh. dan i yakin sgt2, mostly yg hentam u tu girls kan? dan girls tu (mungkin) ada story yg sama dgn budak adinda evans tu. sbb tu diorang marah..yelah, diorang terasa..haha

    Mr K, kalau u bercerita tentang budak tu tanpa sebut nama or bgi link pun, mesej u akan sampai dan difahami. i bukan nak hentam u, tapi orang lain yg baca blog budak tu akan caci maki budak tu dan bukannya nasihat. cara tu menyelesaikan masalah ke?

    u boleh share link untuk menyedarkan masyarakat Mr K. tapi, i rasa hanya dgn golongan tertentu yg boleh dipercayai. yang boleh menyampaikan dgn tujuan dakwah. bukan dgn golongan remaja yg hanya tahu caci maki org lain dan bercerita tntg aib org lain tanpa sedar sebenarnya mereka jauh lagi teruk dri org yang diaibkan.

    ye, budak tu bukak aib dia, tapi haruskah ke buka aib dia jugak? rasanya bukan dia sorang yg macam tu. jadi, tak bgi link pon takpe. biar semua orang terasa..

    Mr K. im so sorry..hope u can understand me.. TQ

    BalasPadam
  30. Yang ni aku setuju. Tambah-tambah ko taruk hukum lepas research. Nice ::thumbs up::

    BalasPadam
  31. yes. memang ada aib yang boleh disebarkan. tapi bukan dengan niat nak menjatuhkan orang lain atau diri sendiri.

    kalau bukak aib dengan cakap. aku bangga aku buat maksiat, Allah pun murka.

    BalasPadam
  32. @Chemay - That is correct.

    @Anis - Welcome.

    @Kap & Najaah - Actually, aku dah pernah dengar, tapi tak aware sebab tu lah bila baca balik, baru teringat.

    @Hana - Dia tak fikir kot sebelum tulis entry tu.

    @Nenek - Nice point on your issue.

    @Mili - Wah, awak ingat. Hebat betul -,-

    @Yuyu - Yup, girl tu siap marah balik orang yang tegur termasuk orang yang tegur secara baik.

    @Aisya - Err. Emosi? Based what? Please jangan reka cerita di sini. Kang jadi fitnah ;)

    "cuma, u kena hentam teruk sbb penulisan u berpengaruh." Err. Aku agak pelik dengan statement kena hentam teruk tu. Sebab, kalau aku rasa sedekimian rupa, dan andai kata aku ketika itu dalam bad mood, aku tak der hal nak troll balik habis-habis san. Dan seperti yang aku katakan tadi, hanya ada seorang dua yang kata aku membuka aib. (Boleh pergi ke fan page blog aku dan baca sendiri sebagai bukti ;)

    "kalau u bercerita tentang budak tu tanpa sebut nama or bgi link pun, mesej u akan sampai dan difahami." Haha, really? Kita tengok isu rogol, seks dan buang anak. Rasanya isu ni dah berkurun. Tapi kenapa sejak tahun lepas je isu ni dapat perhatian ramai? Sebab ada bukti. Macam kes buang bayi dalam longkag kat sesebuah kampung. Bila pernah terjadi je perkara tu tu dalam kampung, semua kecoh. Bila dah ada peristiwa, baru orang ambil perhatian. Orang tak akan ambil perhatian tentang sesebuah isu kalau ianya tak pernah berlaku. Macam pakai helmet la. Selagi member terdekat tak excident and mati, selagi tu lah tak nak pakai helmet. Dan juga penyakit, selagi tak ada orang mati sebab makan xxx, selagi tu la orang akan terus makan kan? See? Manusia perlukan bukti dan kejadian.

    Lagi pun, ni dunia internet. Siapa percaya bulat-bulat benda-benda di dunia internet kalau tak ada bukti. Tak tau la kalau kau percaya. ;)

    "u boleh share link untuk menyedarkan masyarakat Mr K. tapi, i rasa hanya dgn golongan tertentu yg boleh dipercayai. yang boleh menyampaikan dgn tujuan dakwah. bukan dgn golongan remaja yg hanya tahu caci maki org lain dan bercerita tntg aib org lain tanpa sedar sebenarnya mereka jauh lagi teruk dri org yang diaibkan."
    Kau cakap macam ni, mesti sebab kau tak baca comment di blog dia kan. Tak semua yang caci maki. Dan kat facebook, siap ada group yang suruh jangan maki Adinda Evans lagi. See?

    "budak tu bukak aib dia, tapi haruskah ke buka aib dia jugak?"
    Tak ada sapa2 buka aib siapa2 dalam isu ni. Dalam isu ni, kita hanya menyampaikan apa yang orang perlu tahu. Or... kau ada something yang kau tak nak orang tahu? Ehem. ;)

    "tak bgi link pon takpe. biar semua orang terasa" Eh, mana boleh. Kang ada orang terfitnah aku kata "Mr K tu mengata aku la tu kat blog dia". See? Baik kan aku tak nak kasi orang dapat dosa fitnah. HAHA

    Miss Aisya.. im so sorry..hope u can understand me.. TQ ;)

    BalasPadam
  33. By farthest the best blog post I've read today.

    BalasPadam
  34. kepada ye kepada adik2 yg tahu mengadap blog shj kerjanye.. pi blaja agama baik2 ye.

    Apa yg Mr.K tulis hari ni adalah benar. Jd, sambil2 layan blog tu, kutip ilmu sebaik mungkin ye... muah

    BalasPadam
  35. NICE gile!

    dan suka komen hannamuruku tu :)

    BalasPadam
  36. nice reply Mr.K huhu...totally agree wit u. kite kena think positive la..dont use ur black hat thinking ok..bnyk positive things yg kite blh ambek dri case ni kan Mr.K...

    BalasPadam
  37. guys
    korang tak layak judge sape2
    korang tak layak jatuhkan hukum
    sesungguhnya dia itu lebih baik dari berkata2 perkara yg tidak yakin kesasihannya

    BalasPadam
  38. @Anonymous - Errr.. We all talking about aib. And judging? What judging? Nobody is judging rite now.

    BalasPadam
  39. nice sharing mr K..
    aku pun pernah kena srang jugak psal kes Tiz ritu.. kononnya aku buka aib dia.. terlupa plak yg itu sbnr nya trmasuk dlm mengumpat yg diharuskan..

    manusia.. bila dh kna tegur, bru nk fikir psal aib.. wat dosa, xpnah plak nk fikir psal aib..

    BalasPadam
  40. wow!!! extremely awesome this entry! well done mr.k! :) ur blog inspired me a lot! as i'm still new in blogging world. :)

    BalasPadam
  41. ak tabik kt ko.. x ramy yg brani amar makruf nahi munkar dgn tangan n lidah.. taw niat kt ht je if xsuke samtin tu.. bg ak, wt ape selindungkn org yg brbangga dgn maksiat dye, x takot k kite akn dpersoalkn kt akhirat t sbb ade kudrat tp x tegur or prbaiki mrk? anyway,bg ak, yg x btolnye org yg kutuk2 n hina2 scr x brhikmah tu..

    BalasPadam
  42. haha..bersungguh2 ko nk bg jwpn org ckp psl aib kn..good

    BalasPadam
  43. setuju sangat2, even kita buka cerita/isu tu nak bagi orang sedar bukan
    bukan nak jatuhkan sesiapa sedangkan dia yang jatuhkan maruah diri sendiri tanpa disedari..

    BalasPadam
  44. xdelah..i rasa ada yg menegur budak tu tak kena cara. xpe, i faham. tak semua perkara kita boleh sepakat kan. nway, tengs reply.. takot lah pulak u reply panjang2..haha

    BalasPadam
  45. tengs 4 info..
    tau jgk apa yg dibolehkan apa yang diharamkan..:)

    BalasPadam
  46. Allah dah janji, Dia takkan buka aib hambanya selagi hamba tersebut pelihara aib sendiri. kes adik kita tu, Allah nak tunjuk la tu betape janji Dia benar.

    BalasPadam
  47. perghhh, terbaik la Mr.K... biasa la.. ada org kita nak sampaikan benda lain dia faham lain.. kita kata A dia kata B.. susah kdg2 tu.. yg penting kita tau niat kita..


    =)

    BalasPadam
  48. kesian Seth Tan ngan Nora Elena...nama depa terpalit sama...ish3... :P

    BalasPadam
  49. emmm.. entry kita tersama plak..
    http://nusananosa91.blogspot.com/2011/06/mengumpat-pon-ada-yang-harus-gak-ye.html

    huhU~

    BalasPadam
  50. alhamdulillah.. skang ni Mira agak sedar diri cikit.. yela, kadang2 bile kte buat something before kte pikir ape2, kte xtau buruk baek nye.. Tak tau dosa pahala.. Tapi lepas bace entry Mr.K yg sgt b'guna, agak ilmiah nie, baru laa Mira sedar n Mira psti ramai agi blogger-blogger lain yang sedar.. Ade baek buruk nye bile kita b'cakap pasal seseorang tuh.. tapi perlu ade batas-batas nye ~ sekian

    BalasPadam
  51. yg aku nampak..dari akar umbi adalah salah budak tu.. Allah dah tutup aib dia...dia pi canang.. dia bukak sendiri aib dia..

    cuma aku sgt berdoa..bila aku baca dan tgk kisah2 cmni..dan aku analyze, dan aku tulis..semoga perkara ni tak diuji pada aku,keturunan aku...

    banyak perkara aku prefer pendekatan secara kasar pada teenagers..

    BalasPadam
  52. blog penuh infomasi mr k! keep it up ;)

    BalasPadam
  53. i think ur blog gonna be legen - wait for it - dary LAGENDARY. COOL giler blog ni. terbaik bhai entry ko kali ni

    BalasPadam
  54. seriously people, kalau Mr K tak bagitau pasal ni pun, korang boleh tau sendiri dari tempat lain kot. jangan cakap kau bukak internet sebab baca blog dia je kaaan (although memang berbaloi dan best), tak bukak facebook ke forum ke blog lain ke apa.


    everyone's talking about this kot.


    aku suka blog kau Mr K. kau bukan cakap pasal love love ew ew tu je, tapi kau cakap pasal benda agama jugak kadang2, apa yg org salu confuse, pastu kau make things clear, benda mcm teori konspirasi, cakap2 orang tu semua. ini haram lah itu tak bolehlah apa lah sejarah dah diubahlah.


    kau buat research dulu, pastu kau betulkan orang. tu aku suka. banyak aku dapat dari sini, tak kisahlah pasal hal kecik macam masalah jiwang or pasal hal besar macam kepercayaan, etc. keep on the good work.



    by the way kau suka cerita how i met your mother kan? haha ni post aku pasal tu. maaflah kalau ni spoiler, in case kau tak tengok lagi.


    http://keretapitutttutt.blogspot.com/2011/06/how-i-met-your-mother-season-finale.html

    BalasPadam
  55. sy ada wat kupasan skit psal isu ni..jemput singgah ke blog..klo ade salah tlong tegur..
    http://mekawaigimmick.blogspot.com/

    BalasPadam
  56. Yezza.. smestinya ada bnda yg diharuskan.. tp aku risau msyarakat akan mngunakan agama dmi memuaskan nafsu mreka..

    apapapun, nice one ^_^

    BalasPadam
  57. bgus entri ni...

    i like your style, bukn tulis smbrngn tpi membaca dn thu apa bnda yg nk ditulis. keep it up :)

    BalasPadam
  58. aku tak rasa ianya buka aib.
    bg segelintir org, bdn2 ni sbgai pengetahuan.
    cuma jgnlah diperbesar-besarkan smpi bdk tak cukup umur pun terjebak untuk ikut.
    yess dunia blogger skrg ni penuh dgn bnd2 kelakar yg buduh.

    latest entri psl blogger >> kelakarnya!

    BalasPadam
  59. betul mr K. Kau abaikan je yg cakap bukan bukan tuu. well done. kau buat research byk !

    BalasPadam
  60. n3 penuh info n come wif contoh yg menariks n sng nk paham. =)

    BalasPadam
  61. ada org ckp kat aku, kalau seseorang bertaubat, dia tak boleh cerita aib dia kat org lain.

    setahu aku, 'buka aib utk bg teladan' tu kalau ko buka aib org lain tp kita tak leh mention nama org tu.kalau ada sapa2 yang tau, sila betulkan.


    aku tak tau la kenapa aku still tak setuju bila orang kecoh pasal adinda evans. dari celah mana datang nya kesedaran bila kisah dia di buka. cerita ni kecoh dalam dunia maya je. org tua2 kat kampung tu tau ke pasal ni?

    BalasPadam
  62. @Hatred - Dia dah bertaubat ke? Dia maki je aku nampak.

    Kalau nak ikut "dengar cakap orang", berlambak la 'fatwa' yang ada.

    Orang2 tua kat kampung tak tahu, kau marah. Tapi bila orang2 remaja nak nak bg tau remaja yang lain pun kau marah gak.

    BalasPadam
  63. "Dia dah bertaubat ke? Dia maki je aku nampak."
    kalau aku la, aku tak nilai seseorg tu berdasarkan apa yang aku nampak.

    ntah2 2-3 hari sebelum kisah pasal dia tersebar tu dia dah terdetik nak berubah. tp bila kisah dia tersebar terus dia rasa down n dia cakap pd diri dia sendiri "buat ape aku nak berubah? masyarakat dah pandang serong kat aku. takde sape nak bg sokongan kat aku."
    so dia teruskan cara hidup dia yg macam dulu.


    org yg ckp kat aku tu ustrazah mse kat sekolah aku.

    BalasPadam
  64. @Hatred - See? Itu la ayat yang aku tulis di entry aku yang mula2 pasal Adinda Evans ni. (Kau mesti tak baca, tapi still nak comment)

    Tapi for entry ni, aku bercakap pasal aib. Which is isu aib yang bermaksud ada jenis aib yang boleh disebarkan dan yang tidak. Merujuk kepada isu adinda.

    Aku dah try search pasal tak boleh mention nama or etc. Tapi satu pun tak jumpa. Yeah, aku dah kaji awal2. Aku kaji dari banyak sumber, bukan hanya dengan cakap orang.

    Sebagai contoh, berita. Ada kes rogol. Nama perogol dan gambar perogol dinyatakan. Tp kenapa tak ada seorang pun yang kata ianya mengaibkan? Tak pun.. baru sekarang nak kata ianya mengaibkan? ;)

    BalasPadam
  65. perfect post!! i likeeeeeeee.. ;)

    BalasPadam
  66. heh.. aku baca tp x semua.. itu silap aku..

    aku cuma bgtau apa yg aku belajar mse aku kat sekolah dan apa yg aku dapat masa ak join majlis2 ilmu..
    kalau aku salah, takpe. aku terima. ilmu aku tak cukup tinggi..

    cuma aku mmg tak suka hal adinda evans ni di kecoh kecoh . aku tak tau knp.

    sekarang kau tgk la. kat terfaktab pun siap ada entry virgin-o-meter..


    people make fun of it.
    kalau aku smbang dgn budak2 kos aku ni mmg 'maruah' tu jadi bahan.
    mula2 budak2 kos aku ni tak tau pun. aku sorang je tau. tp aku tak kecoh. last2 makin lama makin tersebar. aku diam je kat sini bila mmber2 aku sembang.
    macam semua orang nak salahkan dia.

    aku just kesian kat dia.

    BalasPadam
  67. mr.k keep up with ur good works XD
    fuhhhhhh,style la bro kau punya explaination.just manusia yang jumud je akan let their mind set up on one aliran pemikiran je to judge people.malaysian should have great mind like yours :)

    BalasPadam
  68. @Hatred - People make fun of it, people hate it. So, jangan buat seks. Maaf lah kalau kau dah terbuat.

    "macam semua orang nak salahkan dia." Relax, i khow, semuanya salah syaitan.

    BalasPadam
  69. aku kesian kat dia je. thats all

    BalasPadam
  70. now, this is kewl n awesome.
    rasa mcm baca buku teks syariah islamiah tingkatan 4 jehh.
    c:
    stay cool and awesome~

    BalasPadam
  71. Assalamualaikum..

    Terima kasih sebab masukkan blog saya sbg salah satu sumber rujukan...

    sedikit untuk perhatian:

    1. Mendedahkan keaiban hanya jika terpaksa dan untuk menyelamatkan yg lain daripada teraniaya.

    2.Mendedahkan kepada orang yg boleh dipercayai.

    3.Jika maksiat yg sudah terang-terangan dilakukan maka memang wajib ditegah dan disebarkan keburukannya supaya ia tidak menjadi barah yg merosakkan masyarakat.

    ( sila rujuk Hadis " Barangsiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangannya/kuasanya(jika dia seorang pemimpin )Jika tidak dapat cegahlah dengan lidahnya/perkataannya,jika tidak dapat cegahlah dengan hatinya.Maka sesungguhnya mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman....(au kama Qal)

    Persoalannya bagaimana hendak mencegah tanpa membuka aib?

    Kedua : Pada tahap manakah level iman kita sekarang?

    Fikir-fikirkanlah jawapannya.....Wallahua'lam...

    BalasPadam
  72. although post ini membuat kau berfikir dua tiga emapt lima enam tujuh kali, sebenarnya ia mengingatkan saya ttg post pertama saya di Terfaktab.

    time tu saya tgh risaukan kawan saya sorang ni, jadi saya cuma pos masalah cintanya dalam tu dan mengharapkan pendapat pembaca (yg dulu entah 100 lebih orang je). yes, we all dah tegur dia depan2 (bersemuka), dan dia buat post defend dalam blog dia, I attacked that post too. dan biasalah dulu ayat saya kan kejam macam hellioz. "kau, aku, aku kau" etc macam rempit. LOL

    tapi beberapa bulan kemudian adalah juga saya kena tegur, kerana dikatakan membuka aib orang. kerana apa yang saya tulis itu agak detail, cth: dulu tudung labuh now jeans and dress, dulu naik motor sendiri now rempit dengan pakwe, dulu keluar dgn kwn ppuan aje now keluar dgn pakwe aje tak balik rumah etc etc. pastu bila beberapa bulan kemudian itu aib saya didedah, dihint pula oleh mereka bahawa itu balasan saya kerana tidak melindungi aib kawan saya. hm.. :/

    saya fikirkan balik, apa niat saya tulis tu, well first sebab saya memang betul-betul care tentang dia dan dua, saya berharap untuk dapat sokongan daripada pembaca, nak justify bahawa kemarahan saya ni pada dia memang bertempat. tambahan pula, dalam pada masa yang sama saya tulis tu, saya minta dan mohon kepada para pembaca, supaya jgn biarkan orang lain (terutamanya saya, i wrote specifically) jadi macam dia dan tegurlah saya, makilah saya kalau saya buang prinsip agama kerana cinta.

    but anyway, tegur atau tidak, salah atau benar, akhirnya saya menganggap diri saya ni hanya sekadar penyibuk dalam dunia dia. saya unfollow blog dia, saya tak jumpa dia IRL dan ya, saya delete pos itu dalam terfaktab. siapa yg tengah buka tab Terbaktab sekarang sambil search, you guys takkan jumpa punya! hahaha

    BalasPadam
  73. uhh..well said Mr.K

    :)

    BalasPadam
  74. @Bent - Kau cakap pasal dia di blog = nak tengur. Dia cakap pasal kau di blog = saja nak malukan balik? If yes, then kita blh tgk sendiri niat masing2. Kita dah niat elok2, tapi ianya jadi lain.

    Actually, kalau ramai yang tak perasan, point2 yang aku letak kat di entry ni buka aku tulis sendiri, tapi aku ambil dari list yang dah dinyatakan oleh syarak. Aku cuma olah balik dan letakkan contoh.

    Sila buka sumber rujukan yang aku kasi tu.

    BalasPadam
  75. sokong sangat2 dengan entry ni..sbb saya pon baru2 ni kena attack kaw2 sbb post psl blogger hina ISLAM tu..tp takpe la..ppl wont zip their mouth :)

    BalasPadam
  76. Eh?? Komen tak approve? Terbaiklah...hehehe...

    BalasPadam
  77. @Pendekar - Which comment? Tak ada reason untuk aku tak approve.

    BalasPadam
  78. Apa yang abang tulis tu bukan umpatan fitnah yang haram . Ianya fakta yang benar dan fakta tu adalah untuk pengajaran semua . Teruskan !!!!

    BalasPadam
  79. best. entry yg dihurai satu persatu dan penoh dgn pengajarn dan nasihat :)

    BalasPadam
  80. Assalamualaikum...

    Sedikit penambahan:

    Dalam menegur keaiban seseorang maka eloklah kita memfokuskan masalah/maksiat itu secara umum dan bukan fokus kepada si pelaku secara khusus kecuali pada sesetengah kes yang tidak dapat dielakkan.Sebab itu kalau kita perasan banyak kitab-kitab feqah menggunakan istilah fulan bin sifulan....

    sebagai contoh: Isu seks bebas

    Masalahnya adalah seks bebas jadi yang perlu kita bendung atau fokus kita ialah seks bebas tak kiralah siapa pun pelakunya....biasanya teguran secara umum lebih berkesan berbanding secara khusus yang kebanyakannya menimbulkan perbalahan atau bahasa sekarang kata timbul kontreversi bila disalahertikan teguran ikhlas kita...

    maksud Firman Allah : "Serulah manusia kejalan Tuhanmu dengan Bijaksana dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah dengan mereka dengan yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."( An-Nahl 125 ).

    Kesimpulannya: Gunakanlah kebijaksanaan anda dalam menasihati sahabat anda...bak kata pepatah melayu "umpama menarik rambut di dalam tepung,rambut tak putus tepung tak berselerak.."Wallahua'lam..

    BalasPadam
  81. bende yang baek msti dtg dri Allah

    BalasPadam
  82. Tapi rmai yang post sebab inginkan entri meletop kebabom. Hanya menepek pic2 artis sosial la ape la. xde mesej@nasihat lgsg.. so cmne 2??

    Isu Tiz timbul pas die berlakon Nur kasih..Isu Siti Saleha lepas Nora Elena.. Apsl xamik pic org bese je?? Sebab xleh pancing UV?


    niat msg2 lain..Hnya Allah yg Maha Mengetahui..

    Entri meletop2 Najib Bagi 100 Tiket Percuma

    BalasPadam
  83. jangan expose nama dia biarpun kita nak tegur,dan jgn bagi link fb orang tersebut kepada umum,kalau boleh,contact orang terdekatnya dan bgtau ibu bapanya..sebelum tu selidik dulu latar belakang..

    BalasPadam
  84. hukum manusia kalau tak puas hati dengan sesuatu pandangan orang pasti nak cuba bela diri which is not a bad thing, tapi boleh melarat menjadi sebuah serangan instead of sebuah pembelaan. Bukti boleh sahaja diperoleh dengan pelbagai cara lain, tidak semestinya membuka aib orang.

    At some point, kalau dengan izin Allah, the victim temui hidayah Allah, your entry akan menyukarkan keadaan when sana sini orang kenal dia and then dia kena hadapi rasa malu tu again and again. Emotional torture like that bukan benda ringan dan to tell you the truth akan menambahkan dosa penulis sahaja.

    Terpulang pada penulis nak lakukan apa seterusnya, namun whatever it is, I hope it's what's good for everyone instead of one sided only.

    May Allah blesses you with a clear heart and mind.

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.