Sabtu, 4 Jun 2011

Himpunan Soalan-Soalan Menarik Di My Formspring.

Assalamualaikum


Hellow strangers and friends. 

How are you right now? Damn good? Got problem with your girlfriend(s) and boyfriend(s)? Or some issues with your life? Well relax, they are nothing anyway. Btw, cakap pasal love, life dan macam-macam lagi ni, teringat pula aku kat formspring dan email aku.

Dan memandangkan Formspring tak ada search function (even aku dah request), maka ianya a bit sucks. So, rasanya okay juga kalau aku letak soalan formspring dan soalan yang mungkin di tanya di Fs tu di blog, kan?


Lelaki makin kurang romantik selepas lama bercouple.


Ini adalah antara Top 10 soalan paling famous di my formspring. Well, ini adalah normal. Actually, aku tak tau nak cakap macam mana bab ni sebab aku tak pandai sangat bila masuk bab cinta-cinta ni. Yang aku tau, bila someone dah masuk ke comfort zone, keromantikan akan kurang tapi tak bermaksud si dia dah tak sayang kat korang. Sama la seperti berkawan. Kalau duduk satu bilik, lepak satu katil, pergi mana-mana asyik berkepit dan bersama, lama-lama sure bosan. Tapi tak bermaksud dia dah tak nak kawan.

So, ini adalah advantage bagi orang yang in relationship secara Long Distant Relationship. Somehow, LDR is not always a failure. Apa pun, semuanya bergantung kepada jodoh. Just berdoa cukup ah.


Apakah pendapat Mr K tentang perempuan yang Pakai Shawl / Shawl Lilit-lilit / Terlalu ikut fesyen.
First of all, kita kena faham kenapa seseorang tu pakai shawl. Nak ikut fesyen? Kalau semata-mata nak ikut fesyen memang tak ah. But, kalau seseorang tu pakai shawl sebab nak tutup aurat dan pada masa yang sama dia nak ikut trend berfesyen, then apa masalahnya? Kalau dia nak pakai tudung saji pun tak ada hal asalkan tutup dada dan apa-apa bahagian perlu di tutup?

Tapi personally, bila aku tengok terlampau banyak lilit, aku terfikir juga, "Korang tak rimas ke letak kepala dalam bungkusan tu?" Aku tengok pun nampak rimas...


Cara untuk melupakan Ex.
Ini adalah benda-benda yang fishy. And you know what? Awek gua dah tulis pasal How To Survive Horrible Break Up. Aku bet korang dah baca. Tapi kalau belum, apa korang korang pergi baca sekarang. Hamis Jalikha : Surviving Break Ups. Ehem

Dan, ada banyak tau lagu yang sesuai untuk dilayan after break up. Contohnya:
  • Jar of Hearts - Christina Perri
  • You Give Love a Bad Name - Bon Jovi.
  • Apa-apa lagu Kelly Clarkson yang berkaitan
  • Apa-apa lagu Taylor Swift yang berkaitan

Apa pendapat Mr K tentang Lynas?


Cakap pasal Lynas, setiap orang ada pendapat masing-masing. Bagi aku, isu Lynas ni isu politik je lebih. Sama la juga macam masa dulu-dulu. Dulu masa kilang MTBE baru nak di buka (juga di Gebeng, Kuantan), kecoh gak. Ada bising-bising tak tak perlu lah, itu lah ini lah. Tak terlupa, Amoco. Kalau tak silap, aku pernah pergi Amoco masa kecik-kecik dulu. Besar beb kilang dia. Diaorang siap buat hari terbuka nak kasi orang tengok sendiri Amoco tu tak seperti orang bisingkan. Sebabnya zaman dulu mana ada blog, twitter dan internet ni semua. So most orang Kuantan je tahu pasal ni.

So, adakah ianya bahaya? Yup. Ianya bahaya. In fact semua benda bahaya. Tapi kalau korang tanya isu lynas ni kat student chemical / engineering, most of them akan kata "Tak der hal lah". Tapi kalau tanya student yang tak ada pendedahan dengan chemical and engineering, sure diaorang akan bising-bising. Fakta sama seperti kalau korang tanya "Weh, tau tak kat Malaysia ada logi nukclear". Then semua akan terfikirkan Peluru berpandu yang mengandungi nuclear atau pun, orang akan terfikikan tentang logi yang nipis yang ada benda bewarna hijau di dalamnya yang akan meletup pada bila-bila masa.

Personally, aku duduk di Kuantan dan rumah aku dekat je dengan Gebeng. Beberapa hari lepas, aku balik kampung, aku lalu ikut Gebeng nampak laluan ke Lynas. Seriously, aku support pembinaan Lynas. Dan bila fikir-fikir balik, memang not a problem. Bukannya diaorang bina kilang tu cincai-cincai. Well, korang boleh letak apa-apa link blog atau apa-apa video orang Australia but aku still tak rasa statistik kemalangan chemical / radiation akan lagi tinggi dari statistik Arang Batu, Kuasa Hydro dan sebagainya yang dah tersedia ada. Rujuk sini.



Apa sebenarnya hukum meminum air Barbican?


Aku ada baca certain people kata Barbican tu haram sebab bentuk botol tu macam arak. Then aku terfikir yang memang betul lah orang Malaysia ni suka jatuhkan hukum haram. Part yang aku tak boleh blah adalah bila aku google, aku jumpa 'ustaz' yang kata air Barbican ni haram sebab packaging dia macam arak. Banyangkan just kerana bentuk botol ada orang nak jatuh kan hukum haram? Then how about air Rebina? Dan sos tiram / kicap? Aku ada perasan yang certain sos / kicap berbentuk seperti botol arak. Begitu juga dengan air Montain Dew. Masa first time aku nampak Montain Dew tu aku ingatkan tu air Carlsberg sebab leher botol tu panjang dan ianya bewarna hijau. So, adakah itu akan menjadikannya haram?

Korang mungkin akan kata "Kan banyak lagi air lain yang boleh di minum?" Well, kenapa soalan tu seolah-olah nak kata air tu tak boleh diminum? Bayangkan kalau setiap kali sesebuah produk tu ada orang fitnah kata haram then semua pakat kata "Kan banyak lagi air lain yang boleh di minum, kenapa nak juga minum air tu?" Well tak pasal-pasal korang dah merugikan syarikat tu. Most of us hanya fikirkan pasal diri sendiri. Tak fikirkan pun pasal orang lain.

As for % alcohol di dalam Barbican tu, aku tak tahu berapa yang sepatutnya ada untuk kasi ianya di benarnya sebab seperti yang diperkatakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, 0.5% adalah dibenarkan sebab alcohol tu terjadi dengan sendirinya. Tapi syarat memabukkan adalah 0.05% of arak. Aku ulang, arak, bukan alcohol. So persoalannya, dalam Barbican ni arak atau alcohol? Dan persoalan ke dua, nak ikut 0.5 atau 0.05%. Aku tak pernah minum air Barbican sebab tak pernah jumpa kat Kuantan ni.

Dan hukum sebenarnya, aku tak sure. 


Beza antara Arak dan Alcohol (alkohol)


Aku juga dapat banyak soalan yang berkaitan dengan produk-produk yang dikaitkan dengan alkohol. Dan part yang aku tak boleh blah bila ada orang kata asal alcohol je terus haram. Termasuk lah pencuci mulut Listerine. Dengan kata lain, kalau korang kumur-kumur Listerine tu then andai kata tertelan satu titik maka ianya haram? No it is not. Sebenarnya orang ramai still tak nak percaya bila aku kata arak dan alcohol tu benda yang damn berlainan. Kenapa ramai salah faham? Sebab ini adalah masalah translation. 


Salah tanggapan ini antara lain akibat kesilapan dalam menterjemahkan khamar daripada asal perkataan Arab kepada bahasa Inggeris sebagai alkohol. Sedangkan maksud sebenar khamar adalah arak.

Secara kimia, alkohol merujuk kepada sebarang sebatian kimia yang mengandungi kumpulan hidroksil (-OH). Sebagai contoh, iso-propil alkohol, metil alkohol (metanol), butil alkohol (butanol), propil alkohol (propanol), sorbitol dan inositol.

Walaupun ianya tergolong dalam kumpulan alkohol adalah pemanis dan tidak mempunyai sifat yang memabukkan.

Bagaimanapun, seperkara yang perlu dijelaskan adalah tidak semua etanol terhasil daripada proses pembuatan arak. Ini kerana terdapat juga etanol yang terhasil daripada proses penapaian tumbuhan yang bukan bertujuan untuk menghasilkan arak, seperti alkohol industri.

Etanol juga boleh terjana secara sintesis kimia iaitu daripada sumber petroleum, melalui hidrasi etilena. (Sumber)

So, kalau korang nampak iklan-iklan atau ada mamat yang promot barang diaorang sambil kutuk barang buat barat yang seperti:

"Adik, beli lah perfume ni. Dalam ni tak ada langsung alcohol. Confirm halal. Boleh buat masuk solat lagi. Jangan beli perfume DKNY or Georgio Armani tu. Dah la mahal, ada alcohol pula tu." 

Aku geram gila bila ada usahawan melayu yang menggunakan isu halal dan haram untuk melariskan produk dia seperti produk HPA, ubat gigi dan sebagainya. Ianya nampak macam desprate nak cari pelanggan untuk produk dia yang tak laku.


Tariff Elektrik TNB dah di naikkan. Kenapa? 


Oh, masa mula-mula kes tariff ni di naikkan, aku pun macam pelik juga. Then tiba-tiba, baru aku perasan yang ada pihak TNB emailkan aku pasal FAQ kenaikan tariff untuk aku dan readers aku baca. Then aku terfikir "Ada orang-orang TNB baca blog aku ke? -,-". But the things is, kenaikan tariff elektrik TNB ni hanya naik bagi pengguna rumah yang bil elektrik dia melebihi RM77 ringgit sebulan (kalau tak silap aku). Sebab kediaman still under subsidi kerajaan.

Korang boleh baca FAQ dia di sini.


Apa pendapat Mr K tentang pengkid? Lelaki benci dia ke? Kalau lelaki lembut macam mana?
Aku tak benci pengkid. Aku tak benci lelaki lembut atau bapuk atau gay. Seriously aku suka berkawan dieorang. Dan aku tak selalu make fun of diaorang. Sebab, kadang-kadang berkawan dengan orang yang ada perspektif berbeza pun best juga.

Begitu juga dengan girl yang free hair. Aku tak ada masalah langsung dengan girl yang free hair atau sexy. Nak-nak girl free hair yang rambut paras bahu. Pastu pulak pakai tube. Perh, oh my, so sexy. HAHA. Cuma no way aku akan kasi anak aku pakai macam tu.



Kau tak ada masalah ke Mr K?


Soalan ni tak adalah selalu aku dapat, tapi ada lah juga kadang-kadang. But hey, siapa kata aku tak ada masalah? In fact, semua orang tak lari masalah. Tapi yang membezakan kita dengan orang lain adalah how cara kita selesaikan masalah tu. Benda yang aku belajar dari abang aku minggu lepas. Aku hilang dompet dan abang aku kata "Kalau barang hilang, jangan panik tapi bertenang. Bukan relax, tapi bertenang."

Dan itu membuatkan aku terfikirkan something yang kalau kita terlampau tumpukan tentang sesuatu masalah, kita tak akan jumpa jalan penyelesaian atau dalam my case, aku tak akan jumpa dompet aku.

That is how korang akan settle kan masalah korang. Dan korang kena tahu, kadang-kadang tunjukkan sangat yang korang ada banyak masalah bukan je buat orang lain rasa tak senang. Kadang-kadang, korang pun akan rasa tak tenang dengan diri sendiri.


Kenapa lelaki suka __________? Kenapa lelaki selalu __________? Kenapa boyfriend(s) aku __________?


Ini adalah contoh soalan yang paling paling paling paling famous di Formspring aku. Amat famous. Soalan yang seperti "Kenapa lelaki macam chipsmore." or "Kenapa lelaki suka sangat gatal kat depan awek dia" dan bermacam-macam lagi. Here is the thing, bila anda ada masalah dengan your boy or your crush yang gatal, tak bermaksud semua lelaki lain macam tu. Your boyfriend(s) and your exes tak akan sekali-kali mewakili lelaki lain di seluruh dunia. Tapi yeah, mejoriti tu memang ada.

Ingat tak quote ni..

"Good love makes you see the whole world from one person while bad love makes you abandon the whole world for one person."

Dan, begitu lah juga dengan lelaki romantik. Korang tak boleh expect semua lelaki di Malaysia dan Korea romantik seperti Romeo dan Mr K sebab semua lelaki ada kelebihannya yang tersendiri. Okay? Ehem.

**********

Well, satu benda yang korang kena tahu pasal Formspring aku adalah kadang-kadang, bila korang tanya soalan pelik-pelik, aku main jawab je ikut suka. HAHA. Dan yang bestnya bila aku baca balik, aku perasan yang ada betul juga apa yang aku tulis tu. Apa pun, korang jangan ah terima bulat-bulat benda yang aku cakap kat formspring tu nak-nak kalau ianya melibatkan benda hidup seperti pak we korang yang asyik curang. Sebab setiap orang adalah berlainan.



49 ulasan:

  1. ko dah macam kauter pertanyaan dah, bro.. hahahaha

    BalasPadam
  2. "Aku tak pernah minum air Barbican sebab tak pernah jumpa kat Kuantan ni."

    ada bos. kat 7eleven. hehe

    BalasPadam
  3. wahh masuk bab kimia

    dh lama tak baca fs kau tuhh..~

    kekadang kelakar~

    BalasPadam
  4. HAHA.banyak giler soalan.. kurang romantik tu maybe ikut orang/situasi gak..:p

    BalasPadam
  5. aku pon ada kawan sekelas yang gay.. berkawan dengan dia memang best... cuma kadang2 ada gak bagi nasihat supaya kembali ke pangkal jalan :)

    mr k.. kau memang cool... sebab tu aku suka baca blog kau.. heheh!!~

    BalasPadam
  6. Aku pun KADANG-KADANG rimas gak tengok perempuan pakai tudung belit-belit. Tapi kalau cun.. aku okay je. Ehehehe :D

    And oh oh lagi suka perempuan pakai tudung bawal. Ayu jek.

    BalasPadam
  7. banyak sungguh soalan ye Mr. K ?
    memang byk buat research ke ape nie ?
    papepun, troskn usaha anda meng updated entry yg bernas, superb, and everything laa... :)

    BalasPadam
  8. Mr K, tak rimas pun berbelit2. Rimas lagi tengok lelaki yang terlalu jaga rambut . Serius .

    BalasPadam
  9. again, mr.k and his theories

    BalasPadam
  10. lagu Jar of Heart tu mmg sesuai lah :D

    BalasPadam
  11. wahh.. macam2 boleh tanya. multifunction betol. haha

    BalasPadam
  12. owhh . tenks a lot rr cuz ko jwab jgak biarpon soaln tu S.I.M.P.L.E .hahaha . *soaln yg ke-9*

    BalasPadam
  13. dalam byk2 yg ko tulis ni, bab alkohol yg aku paling minat.. nasib baik aku ada ilmu kimia, kalau tak sepatah haremm aku takkan paham apa yg ko kata hehe.. thx! byk benda menarik yg ko tulis :)

    BalasPadam
  14. hehe ko msti suke membaca kan??? bgos33 byk info dr ko.. ^_^

    BalasPadam
  15. kalau tak silap lah, xsure dengar kat berita or baca blog or baca paper, tapi rasanya baru-baru ni je. air barbican tu halal.tapi tak pernah lak belek2 botol tu tgk ada cop halal ke tak

    BalasPadam
  16. aku tertarik dengan isu lynas dlm entri ko ni..da byk email ak dpt psl mnde ni..ade yg sokong tp ramai yg bantah..ramai yg ckp takde 3rd party yg wt survey dlu sblm pojek ni diluluskn cm xde ketelusan dlm wt kerja..mmg politikal betul..haha..tp ko sbg bdk kejuruteraan kimia ko mesti tau kn pe product lynas ni, jd leh tak ko cite sket ape tu THORIUM?? ape kesannye klau simpan lama2??

    BalasPadam
  17. lelaki melayu yg gigih nak pakai shawl pun look weird tawu. heee. nak try ke pakai lilit2. besssst sgt. haha :D

    BalasPadam
  18. hooo bagus betol mnjawab soalan...

    BalasPadam
  19. terima kasih tlg buat research utk org2 yg malas mcm sy. haha.

    BalasPadam
  20. JAWAPAN UNTUK SHAWL TU SUKA GILA.HAHA XD

    BalasPadam
  21. suka la quote tu , mintak copy ye mr k

    BalasPadam
  22. mista k doktot cinta eh?? ehehehe

    BalasPadam
  23. xkan haram kot wea barbican tuh? ak dh minum ari tuh..sedap owh..haishh buat ak risaw lak

    BalasPadam
  24. hmm... pasal barbican tu. kat kampus i byk jual. i pnah gak rasa sbb org bg free tp sbb gas dia byk sgt i terus bg org lain. bg pndapat i lah, alkohol tu x buat i mabuk pun. dlm surat kabo ckap jugak psal percentage tu. i sndiri x boleh ckap apa2. kita bkn bijak pndai agama. tp alkohol dr bunga je yg boleh. drp buah2an mmg ada kadar dia utk jd boleh n haram. tunggu jelah next info... huhu

    BalasPadam
  25. amboih. ulu kemain pangkah Long distance relationship. semenjak bekawan ngn milimilo..... haha. ok aku faham. haha XD

    BalasPadam
  26. aku baru je dengar psal air BArBIcan nih..haha.. nmpak sgt mcm katak bawah tempurung

    BalasPadam
  27. @Rad - Bercakap dari pengalaman. Tapi still tak rekemenkan bercinta jarak jauh. Kebanyakkan email yang aku dapat semua pasal masalah bercinta jarak jauh.

    @Mikah - Alkohol dari buah2 lain pun boleh tapi ada limit.

    @A less - Tak ada third party? Please, ayah aku sendiri yang pergi. Dia yang tengok bila dia dapat surat bantahan. Last2, dia kata okay je.

    BalasPadam
  28. jawab dgn jujur. i like. mr. k da kawen?

    BalasPadam
  29. owh..jadi ayh ko la 3rd party tu..ape maksud ko "Dia yang tengok bila dia dapat surat bantahan"..adakah die research semasa projek ni di propose atau selepas org bantah baru die pergi? dan apa maksud 'okay' tu..okay dari segi projek tu berjalan okay atau lynas tu okay dan selamat?

    p/s: jgn marah ak byk tnye..skadar ingin tahu..huhu

    BalasPadam
  30. @Less - Ayah aku kerja under kementerian kesihatan under alam sekitar. Projek tu dah di lulus kan awal2 lagi sebenarnya. gebeng tu pula mmg perindustrian bahan kimia bukan seperti di IM yang hanya untuk kilang kering.

    Ianya awal2 dah approve. Then bila dapat complain yang surat entah apa2 tu, baru la dia pergi tgk. Ya, ianya selamat. Bagus, tenteram. Bersih. Suci.

    BalasPadam
  31. eh??..apsal orang yang addicted ngan arak kita gelar alcoholic???.sedangkan arak n alcohol are two different things kan

    BalasPadam
  32. @Anonymous - Baca link sumber blog yang aku bagi. Tak pun, try tanya cikgu kimia. Ethanol, mentahol dan semua bahan kimia yang ada perkataan "-ol" di belakang adalah alcohol. Tapi ianya bukan arak.

    BalasPadam
  33. heee~ like this entry so much!! :)
    great!

    BalasPadam
  34. owh cenggitu ke..igtkn ayh ko keje ngn agensi nuklear..huhu..bini abg sedara ak keje bsaf gebeng, die cite sblm pojek tu stat ade bantahan pastu senyap, then nuklear fukushima meletop timbul blk isu lynas n yg provakasi kebykkn org politik pembangkang..hahaha..yg bes nye die cite, lynas pancing storekeeper bsaf gaji rm7k..pehhhhhhhhhhhh, mahal gila babi gaji

    BalasPadam
  35. @Less - Kau agak kenapa gaji dia mahal?

    BalasPadam
  36. aku suka baca blog ni sebab gambar2 dia semua comel. hehehe

    BalasPadam
  37. bese la tu, org da kecoh ckp lynas tu berisiko..jd lynas takot org xnk keje tmpt die sbb desas desus tah pape..nk xnk offer tinggi..klau yg pikir psl duit mmg x peduli bahaya ke x..janji 3 bln keje leh pakai subaru wrx..hahaha

    BalasPadam
  38. @Less - Haha. Orang malaysia mmg suka fitnah. Ianya mahal sebab benda yang nak di jaga tu penting. Pekerja petronas, shell tu semua mahal even tukang cuci. Ya, tukang cuci pun mahal sebab apa? Sebab kualiti yang dia nak. Dan yang storage tu pun tak dernya kuli yang akan di kasi gaji tinggi2. Dan nak masuk pun bukan asal lepasan SPM, blh apply masuk. Even kilang minyak pun cari pekerja storage yang pengalaman sampai ke jepun. Apa tah lagi kilang bahan rare earth.

    Kalau kau nak tahu, kerja operator kat petronas pun bila sakit masuk hospital swasta. Bukan sebab nak tutup rahsia atau apa, tapi sbb petronas nak pekerja dia kasi kualiti dalam kerja. So, jangan la nak memfitnah okay? ;)

    BalasPadam
  39. yup..setuju dgn ko psl kualiti..tapi kne igt, byr mahal bkn takat kualiti saje majikan nak, tp die bg kerja pn segunung..the more you've been paid the more you need to delivered..haha..dan kne igt gak, x sumua yg dibyr mahal tu hasil kerja nye berkualiti (bkn memfitnah) kadang kala kualiti hampir sama dgn gaji sederhana..

    BalasPadam
  40. mr k berminak ke nk kje kt lynas?my bf kje situ.meh resume aku suh dia ejas ko.ehehe.gaji starting bese je tp akan di-review later.maybe akan ada kenaikan.skang ni plant dia xsiap lg.so xbz sgtla kt sna

    BalasPadam
  41. Aku rasa kau tak layak cakap pasal halal dan harammm..

    BalasPadam
  42. @Rumput - Aku rasa kau tak layak cakap dengan aku. HAHA

    BalasPadam
  43. Mr.K sesetengah org mmg x boleh kalo kita nk bagi pendapat yg betul..ada saja yg cemburu a.k.a iri hati..but honestly,i like the way u terangkn maksud haram hallal..maksud aib..membuatkn org lebih senang nk fhm..kalo ada sesetengah tu masih yg x fhm..mmg x tau la kenapa..something wrong kot..psl tudung shawl yg d pakai berbeli-belit..x pnah lagi dgr org mati sbb rimas..biarlah itu trend diaorg.aslkn mengikut syarak berpakaian dlm islam..Anyway Mr.K congrat sbb membuka byk mata masyarakat terutamanya remaja ttg byk isu yg sesetengah org x tahu..keep the good effort.Semoga d berkati segala usaha dan di beri limpahan kurnia dr Allah S.W.T..My suggestion,kalo boleh bangkitkan isu buang anak..saya paling x suka n sedih kalo dgr isu buang anak ni semakin berleluasa..

    BalasPadam
  44. nk mencelah jap. pasal hukum minum air barbican tu sebenarnya tak haram. Cuma bentuk botolnya yg menimbulkan fitnah kerana seperti botol arak.

    Sumber: FB Fanpage Ustaz Azhar Idrus(Original) - ustaz ade jwb soalan psl hukum minum air barbican ni. Btw, Klau pegi fanpage ni bnyk bnda yg boleh kita tahu :)

    BalasPadam
  45. waste dari lynas tu nanti buang kat malaysia juga kan? so kesan jangka panjangnya?

    BalasPadam
  46. seriously Mr.K kau da mcam kaunselor or pakar motivasi,kaunter pertanyaan n you already inspired me with your statement... this is da best blog i found. you're da best Mr.k

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.