Rabu, 19 Mei 2010

TMnet Streamyx adalah Sucks Kerana Pekerjanya.

Assalamualaikum dan Salam 1Blogger.


Hari ni, rumah aku dah pasang Streamyx Cool Uni Pack. Ya. Baru hari ni. Padahal aku dah request lebih kurang 1 bulan lepas iaitu ketika Streamyx ada buka booth Uni Pack masa minggu Hari Guru. Bayangkan sekitar hari guru hari tu aku hantar borang, baru sekarang dia pasang.

Tapi tak kisah lah. Now aku nak cakap beberapa benda yang aku geram sangat bila streamyx lambat installed.

Masa aku register tu, aku tanya dia untuk pakej 4Mbps yang tertulis Rm50/ month. aku ada tanya abang tu tentang harga overall yang perlu aku bayar untuk first month dan for the next months. Dan dia jawab first month dan bulan-bulan seterusnya adalah hanya RM50. So cheap kan? Aku pun pelik gila bila 4mbps hanyalah rm50. Free wifi modem lagi.

Then bila nak hantar borang pada hari isnin, dan perlu bayar untuk deposit/first month, dia bagi tahu yang setiap pakej perlu di tambah dengan Rm35 dan untuk setiap bulan. So uh. Dah lari budget. Maksudnya setiap bulan bukan kena bayar Rm50, tetapi Rm85. Tapi okay lagi sebab still masih murah sebab ada percuma notebook dan macam-macam. Tapi tak faham. Kenapa tak tulis je Rm85? Kenapa tak tambah terus dalam harga pakej? Padahal bukan caj apa-apa pun. Memang tak telus langsung bila buat iklan. Ada je benda-benda terselit.


Borang di hantar hari Isnin. Hari selasa aku dah rasa bosan sebab Maxis Broadband slow gila (dah sampai limit 2Gig). So, aku call TM hot line or costumer care atau apa-apa je la nama dia. Bila dah call, katanya akan di pasang dalam masa 4 hari. So, aku tunggu hingga hari jumaat. Tak ada feedback. Then pada hari ahad, aku call lagi. Kali ni, tak puas hati punya pasal, 3 kali aku call dalam sehari. Sebab semua detail yang di bagi adalah tak.... detail.

Yang hari ahad tu, aku tanya costumer care tu tentang status streamyx aku. Dia cakap streamyx aku dah 'Active' dan sepatutnya dah ada technician dah datang untuk install. Dan selepas mintak personal phone number abang technician, aku call dia dan tanya. Dia cakap nak datang samaada hari Khamis atau hari Jumaat. Well, hari jumaat petang datang.

Punya lah happy aku.

Then, bila siap install, tengok-tengok modem tu adalah modem yang biasa punya dan bukan wireless. Aku tanya dia, dia cakap rumah aku memang di bagi wired modem. Kalau nak wireless pun, untuk pakej yang Rm90 dan ke atas.


Damn. Dan pelik.

Ye la siapa tak pelik sebab kat dalam iklan kata wireless kan. Tapi bila dah kena tipu dengan abang streamyx yang kata perlu bayar Rm50 tu, aku pun tak kisah la. Masa tu memang dah set dalam mind dah orang korporat memang pandai trick-trick masa buat iklan.

Tapi abang aku tak puas hati. Dia siap tunjuk risalah iklan streamyx lagi. So, again, call streamyx. Dan bila nak call streamyx, mesti kena moody sikit. Kalau call baik-baik, memang agak lambat kerjanya. Kena push, baru berjalan.

Selepas abang aku bebel-bebel, barulah clear semua pasal streamyx ni yang rumah aku memang patut dapat wireless (WiFi) modem. So buat la report untuk apa tah aku pun tak tahu. Ye lah kan mudah kalau just bagi wireless modem.


Then tunggu. Tunggu. Tunggu. Tunggu. Hinggalah minggu lepas, Streamyx call ayah aku cakap yang account streamyx akan direset atau re-setup atau di buat semula atas kesalahan apa entah aku pun tak tahu. But yang hairannya, aku dan abang aku call streamyx berpuluh-puluh kali. (Dan setiap kali call, dia akan mintak no handphone aku dan IC). Tapi kenapa dia mesti maklumkan kat ayah aku dan bukannya aku atau abang aku? Dah la Uni Pack ni under nama abang aku. Aku agak tak puas hati bab ni sebab ayah aku busy dan dia agak tak ada masa nak ingat nak maklumkan kat anak-anak dia yang baik ni.

So, sebelum ayah aku pergi outstation untuk SUKMA di melaka dua hari lepas, dia sempat bagi tahu abang aku pasal hal tu. Katanya hari Selasa TM akan datang rumah. Tapi yang aku geram, aku dapat tahu ni, hanya beberapa minit selepas aku bayar bil Maxis Broadband. Frust gila. Buat bazir je 60 ringgit yang aku bayar untuk broadband yang slow. Padahal beberapa jam selepas tu, aku dah boleh guna streamyx. Ouch.

Tapi yang bestnya, Tmnet Streamyx Cool Uni Pack memang ni COOL. Laju, mudah dan semua lah. Nak download video klip lagu terbaru pun laju. Ni nanti nak cari la kot-kot ada movie indon 'Menculik Miyabi', confirm download.

Oh, I like.



9 ulasan:

  1. memang masalah dengan staff streamyx dan technician diorang ni... tapi bab line internet memang laju

    BalasPadam
  2. kekeke
    menculik miyabi p tengok kat wayang indon r


    wooh
    ku pon pernah alami camni
    entah bile mahu professional
    klu kat sini, 2 hari dah siap
    xde pakej sembunyi2
    tu pasal pk, malaysian memang suck!

    pape pon
    aku pon malaysian
    kenalah 'beralah' sikit

    BalasPadam
  3. lebeh kurang rumah ni ah.waktu mula2 bercinta dgn streamyx dulu, amek masa sampai 3 bulan untuk masok line ke rumah. hek eleh!

    BalasPadam
  4. apsl smpi mcm tu?? kat umah ak okay je... cpt gila dia install... huhuh... khamis reg... isnin dia install.. wuwuwu...cpt la jugak kot...

    tp streamyx mmg best... heheh.. tp gne yg rm53/512mbps je... tu pon dh laju btol...

    BalasPadam
  5. alie punya cepat sebab gesagesa dia..
    seminggu je siap semua dgn dpt netbook..

    =)

    4mb 85 ae..
    huh.
    alie ambik 1mb kena 68..
    tp tu dah lebih baik sebab dulu bayar 68 untuk basic spees je..

    BalasPadam
  6. kalau ikut keadaan yang sbnr, paling cepat dan standard 3hari jak yg diperlukan sblum kita dpt menikmati kemudahan internet streamyx...


    kalau lebih 3 hari, maknya org tu busy sbb bnyk customer, pemalas, melambat2 kan kerja, miss placing forms etc....


    dan kalau Mr K apply digi, celcom, maxis, streamyx and what so ver lah, komfem la 1st bill anda adalah tinggi dari yg sepatutnya... pro-rate, registration fee, stamp duty, activation fee, device cost and etc...




    P/s: perkongsian hasil dari pengalaman...

    BalasPadam
  7. sebulan ok la bro..aku pnya nak masuk 4 bulan x masuk2 lg...lg satu staff tm streamyx ni sume mcm s**l sket la...muka masing2 mcm pa*t*t bila customer dtg..senyum la sket...baru la hati tgh panas jd suam...

    BalasPadam
  8. wah.. byk jg yg awk lalui eh sepanjang nk apply streamyx nie.. hehehe.. klu sya ok ja , 3 hri kemudian dorg dh dtg install, CEPAT! tp msti la jg ada problem.. dh siap install , intenet plak x access , 1st day technician tu suh tggu smpai mlm ,tp tggu n tggu , dh hmpir semggu msh jg x access.. teruk! then my sis call trus kt streamyx tu , technician dtg keesokkan , periksa mslah , modem x ok .. so kena tukar yg baru lah.. baru ok!!

    tp ada 1 yg sya nk tnya , about pakej dorg nie.. kt sbh :

    512kbps -rm90
    1 mbps -rm110
    2mbps -rm130
    4mbps -rm140

    knp kt smnnjg murah sgt?? huhu~~
    mng pakej dia berbeza ke/ sma ja??

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.