Girls now learned too much.
Duh. Tak ada soalan lain ke yang ingin di tanya selain soalan pasal love love love love. Kang korang tanya, aku main jawab, pastu korang apply apa yang aku cakap. Tup tup, terus putus. So, kalau putus dengan pasangan, jangan cari aku naa. =)
So, berikut adalah soalan-soalan yang pembaca aku tanya di Formspring.me aku.
1. Kalau ade gurl suke tepon kau malam-malam, paling lame korang borak 2 jam. Tapi mesti die cite pasal ex die ngan crush die. Kau da bosan da nie. Ape yang kau akan buat?
Kau sound je “ Hey girl, yang you nak cerita pasal crush and ex you kat I ni kenapa? You ingat I akan jealous ke? I tak akan jealous la sebab I tau yang you suka kat I sangat-sangat and you saja nak buat I jealous. Dah suka kat I tu cakap je la suka. Tak payah nak buat I jealous. Kan mudah. Settle. Kita couple terus."
2. I was wondering; Guys bila usha pompuan, bile pompuan tu layan, diaorang anggap perempuan tu mudah melayan. Tapi bile pompuan tu tak layan, anggap pompuan tu jual mahal.. Abes tu korang nak pompuan tu respond camne?
Well... Actually lah kan... Lelaki ni... Dieorang... erm... err... err.. Hey, kau tak ada soalan lain ke nak tanya?
3. How come certain guys can’t accept the truth about themselves especially if a girl says it? I’m just curious to know your opinion Mr. K, tiada diskriminasi ok..
Sebab perempuan suka bercakap based on emosi mungkin? Ye lah. Bila bergaduh, macam-macam benda buruk yang di ungkit. Tapi bila tengah happy, semua heaven. Lelaki lah baby, daddy, bucuk and what so ewww ewww. Bila tengah happy juga lelaki lah segala benda. Bila bergaduh, lelaki lah paling tak berguna, lelaki lah makhluk gatal. Lelaki la makhluk paling mata keranjang padahal tengah bergaduh pasal isu lain. Kesian lelaki. Agak-agak, macam mana la perempuan nak hidup tanpa lelaki kalau lelaki tak ada. Nak hidupkan suis main power masa rumah blackout pun takut.
4. Apa you nak buat kalau orang tanak lepaskan you walaupun you dah berpunya? Bertahun tahun lamanya? Apa yang boleh dibuat?
Try cakap elok-elok. Lagi pun you tahu kan, kalau berpunya setakat couple, bila-bila boleh putus. So tak salah kalau dia tunggu. Biar lah kalau dia tunggu. Lelaki ni mengada sikit, nanti bila jumpa orang lagi cun, mesti dia akan lupakan you punyalah. So, tak payah risau.
5. Kalau ada lelaki ni kan, dia pernah cakap kat ex dia, " hati aku bukan untuk kau dah". then, dia still layan ex dia macam kawan biasa je. so, MR K rasa lelaki tadi tu still sayang kat ex girlfriend die ke tak?
“Layan macam kawan”. Ayat tu shows all.
6. Mr K, ada seorang mamat ni, dia suka dekat aku dan suka kutuk aku depan-depan at the same time, bila aku reject, nak marah pulak. Aku pun suka dia.tapi sebab mulut dia tu yang kekadang laser kekadang caring buat aku konfius perasaan dia terhadap aku. ko rasa...
Kenapa kau tanya soalan yang tak habis? Aku rasa dia suka kat kau. Tapi dia ego. Lelaki, kalau dia tak buat cool-cool macam tu then kena reject mesti malu. So dia buat macam tu biar kurang sikit malu dia. Dan bila dia lazer, maksudnya dia nak kau ingat kat dia at the same time, dia tak suka kat apa yang kau buat. Dia suka kau, kau suka dia. So what the hack you two waiting for?
Dia mengutuk depan-depan. Maksudnya dia mengutuk manja tu.
7. Theotherkhairul ngan justkhai org yg sama ke?
No, obviously.
8. Bf aku romantik sangat sebelum couple. Tapi lepas couple, dia tak romantik langsung. Nape eh?
Sebab dia bosan. Lelaki cepat bosan. Dan macam yang aku selalu kata, keseronokan hanya ada ketika proses mengurat, pujuk-memujuk dan ketika proses menarik tali. So, kau perlukan kepelbagaian. Jangan tanya kepelbagaian macam mana. Aku mana tahu.
9. Mcmane nak slesaikan masalah org yg suka dtg blog kita & letak link web lucah & cakap lucah dgn kita? Benci betul!!!!rase mcm nak mencarut pun ade, tp kalau mencarut same je tahap dgn dia!!!
Melucah lah balik. Haha. Eh sorry. Sebenarnya, ada cara nak atasi masalah tu. Kau boleh guna site blocker. Tak pun, just ban dia dari chat box anda. Ianya boleh di lakukan. Btw, tak nak test klik ke link-link web-web tu? Ye aku percaya kau tak tekan. Aku percaya.
10. Ape pandangan kau bila seorang lelaki ke rumah gf dia? kawan aku cakap lelaki tu gentleman sebab berani. iye ke?
Aku kurang faham kat sini. Rumah gf dia tu rumah family atau rumah sewa bujang (yang dia duduk dengan kawan-kawan perempuan). Kalau si BF pergi rumah family si GF memang berani dan gentleman serta menunjukkan ciri-ciri serious dan matang. Memang pihak family akan suka. Tapi kalau dah si BF pergi rumah sewa bujang si GF pun, berani juga. Berani cari pasal.
Tapi ni based la juga. Perempuan sekarang ni bukan fikir sangat. Rasa bosan je, ikut bf check in hotel. Bila dah mengandung salah kan lelaki. Kesian lelaki. HAHA.
11. Aku suka bila kau rational kan pemikiran lelaki. Apa yang membuatkan kau yakin dengan persepsi kau terhadap perempuan? *curios*
Aku tak yakin. Aku main cakap je. Dah tu, orang sokong. Aku layan je la. HAHA.
PS: Aku kalau boleh, dah tak nak jawab benda yang love love ni melainkan kalau ianya adalah unik dan special case serta pelik. Okay cuties?
Gelak kejap.
BalasPadamLawak juga jawapan kau bagi tapi memang kena jawapannya.
Cuma soalan dua tu aku tertanya-tanya la juga apa jawapannya.
haha.. ko ade awek dah kan??
BalasPadamaku kadang2 terfikir cmne klu awek ko bc blog ni eh..
papepon ak ske cara ko. jujur.
ko suke bgtau bnde yg ak nk tau. hehe..
wah!!
BalasPadamlepas ni MR k boleh tukar nama kpd DR LOVE K..
hahaha
mr k, berhari-hari aku tunggu kau jawab soalan yang nombor 6 tu. akhirnya kau jawab jugak. terima kasih atas pendapat kau. mengutuk manja? ada ke? nanti esok ke, lusa ke, minggu depan ke, aku akan bercakap hati-ke-hati dengan mamat tu.
BalasPadamlagi satu, orang memang suka tanya benda-benda love-love ni dekat kau sebab nak tanya face-to-face dengan member, segan lah pulak.
ok, bye mr K.
aku suke soklan no 2 tue..mang betul sangat..
BalasPadamlove...love..love
BalasPadamjawapan nombor dua mana wei?
BalasPadamu r the most funniest blogger aku jumpa..hahha..lawak baca jawapan ko....ok. baru habes gelak
BalasPadamdoktor chenta?
BalasPadamcomel
@Jard - Err. Actually, aku pun tak tahu nak jawab apa kat soalan no dua tu. Agak tepat ke kepala kaum lelaki punya soalan.
BalasPadamWaaa, best jugak formspring ni ye, tapi kalau i buat mungkin penuh dgn soalan psl tips rambut kot, haha, sbb msg fb i pon penuh soalan begitu, lol.
BalasPadamanyway, i setuju sgt dgn soalan yg ke-8 tu, kepelbagaian tu elemen penting dlm hubungan. :)
xde orang nak tny kat formspring saya. huhu
BalasPadamhahahaa3 aku suke soklan no 2...sakit hati tol klu dak laki kacau pastu bg salam...then die kate...klu x jwb berdosa....klu jwb nk k saye...
BalasPadamaku?? bla je...jwb dlm hati sudah...so x berdosa...aku x nk jwb sbb x nk kat die...haha3
aku tersangat setuju soalan nom 2 tu..aku tanya encik boyfie,die pon
BalasPadamta taw mcm mane nk jawab..adoi..
dh cm ckgu ajr kt students sal cinta cinton...(nk tergelak bcer)
BalasPadamhahahahha ske gle la ngan jwpn ko ni...sonok je bce..
BalasPadamblog ko mmg de best la...
hehe klaka...
BalasPadamtp bgus gk lau tukr nme tuh.
Haha...aku suka apa yang mr.k ckp....mmg betul semuanyer..u jwb main hentam tpi best n kelakar..first bace ur blog...rase nah baca blog mr.k stiap hari......papepun aku ucapkan slamat maju jaya dr.cienta k..do the best. ..
BalasPadam