Ahad, 14 Mac 2010

Benda-benda Pelik Yang Korang Akan Jumpa di Facebook.

Assalamualaikum
Facebook is killing me. 

Aku bet korang ada facebook. Memang korang tak pandai menipu kalau korang cakap korang tak ada facebook. Tak ada facebook, tak bertamadun. Eh.

Well, korang mesti dah perasan kan. Banyak negara dah keluarkan fatwa pengharaman Facebook. Iran dan Indonesia terutamanya. Tapi jangan risau sebab kat Malaysia tak akan di haramkan punya facebook ni.

Agak agak korang kenapa?

Im stalking girls on facebook

Tapi kan, aku tengok pengguna-pengguna Facebook memang kreatif bila mencipta group dan page.
Well, meh aku promote groups yang gila-gila yang korang patut join. Tak perlu tanya kenapa, sebab korang akan terasa bila baca tajuk group tersebut.

You are 8. You don't NEED a cell phone, or iPod or Myspace  
Ni adalah antara group pertama yang aku masuk. Sebab aku memang tak puas hati tegok adik aku yang berumur 8,9,10 tahun main handphone. Aku teringat lagi zaman aku masa sebaya adik-adik aku. Mana ada benda-benda handphone ni. Seharian, tengok tv, makan, tido. Pergi kelas, main masak-masak, balik. Hujung minggu main kawin-kawin, tidur, tangkap anak ikan (berudu) dan mandi sungai (longkang). Zaman sekarang? Myspace? Facebook? Tagged? iPod? iPad? Try ajak adik-adik korang untuk main kahwin-kahwin dan masak-mask tengok apa reaksi dan muka pelik yang dieorang akan buat. Wtf.

Well, group ni agak selari dengan group When I was at your age, The Rock was a wrestler, not a Tooth Fairy.


Funny how we used to be extremely close, and now we're completely strangers

Friendship is not forever.

Ni adalah group yang amat sinonim dengan kehidupan kita. Everybody is a friend except when they are not. Dan bila seseorang tu dah declare untuk bukan jadi kawan kita, automatiknya dia adalah orang yang kita tak suka. But oh well, kawan baik pun boleh putus. Dan, kalau di kira-kira balik dari aku kenal beza antara lelaki dan perempuan, rasa-rasanya dah beratus kot kawan baik yang putus kawan. Friends are forever? BFF? Ah. Duniawi je semua tu.

Kami BENCI bila loan Mara/Ptptn lambat masuk
Group ni aku yang ciptakan. Tapi still, hati agak takut bila orang tanya "Tak takut ke kalau kena sue atau banned dengan Mara" Well, aku rasa benda ni tak akan berlaku. Group ni just untuk menyatakan yang diri ini tak suka bila loan lambat masuk. Ini bukan group untuk melahirkan kebencian. Segala cacian dan makian tak akan dibenarkan untuk muncul. Aku akan pantau. So tak ada hal la.

Aku cipta group ni apa bila minggu lepas, loan mara lambat gila masuk. So aku tak tahu nak tanya siapa tentang hal ni. Kalau tanya pihak kolej, dengarnya akan dapat jawapan klise seperti "Esok lusa masuk la". 

Dan yang bestnya. Dalam masa 2 hari aku create group ni, ada lebih 200 members yang aku tak kenal. Kali terakhir aku tengok, group ni dah cecah 400 orang. So, memang duit itu penting ah.


Hi, Im wasted a very long time liking you.
Aku perasan pasal group ni dari mamat bernama Fahim. Perh. Muka ganas, tapi join group jiwang. Aku rasa dia ni harap je muka ganas. Tetapi hati taman bunga. Group ni, bukan group untuk losers okay. Ni group err... untuk yang tak berani menyatakan cinta. Ah. Benci betul aku cakap pasal cinta-cinta ni.


I hate waking up during a good dream and it won't come back!

 My Ishihara Satomi

Hidup memang tak seindah mimpi. Dan kadang-kadang benda yang kat dalam mimpi tu akan remain kat dalam mimpi. Nak harap jadi kenyataan memang mustahil.

So aku memang agak bengang la bila tengah syok layan mimpi, then terjaga. Kalau dah terjaga dengan sendiri, fine la kan. Tapi kalau dah tengah mimpi dating dengan Ishihara Satomi atau Amanda Byness then tiba-tiba member satu rumah kejutkan guna kaki bersama muka bangun tido yang ada air liur basi kat pipi then cakap "Weh cepat la bangun. Dah lewat nak pergi ke kelas da ni", memang panas. Then demi awek yang dalam mimpi sanggup pula cakap " Malas la nak pergi kelas hari ni" dengan harapan boleh sambung balik mimpi tu tadi.

Ah. Jangan harap lah.


When I get a text (sms) from you, I immediately stop whatever im doing to read it.
Title says all. Even kadang-kadang tengah driving pun boleh main sms. Setakat ni selamat lagi la ke destinasi. Tips dia? Dengar lah iklan kat tv pasal "Ingatlah orang yang tersayang" dan pastikan orang tersayang tu adalah orang yang kita sms. Confirm tak akan accident. Good luck.

Lelaki boleh mencapai 1juta fan sebelum wanita 
Again, title says it all. Group ni adalah berlawanan dengan group "Perempuan Boleh Mencapai 1Juta fan sebelum Lelaki". Tapi seperti yang kita expected, memang lelaki akan kalah. So moral of the story? Well, moral of the story dia "Dah boleh dah kalau nak jadikan 1 lelaki untuk dua perempuan". So, berbaiklah kamu semua wahai perempuan. Mana la tau kot-kot kawan korang yang comey lotte tu akan jadi madu korang. Baru lah friends forever, babes.


I was gonna post a status, then I remembered I have family on Facebook.
Adik aku pernah add aku kat facebook. Aku reject. Abang aku add, aku reject. Then baru-baru ni, ayah aku cakap dia pun nak buat facebook jugak ah sudah. Memang tak tahu nak buat apa. Kang kalau approve semua family members then post status yang bukan-bukan mesti jadi isu. Tu belum kira bab kawan-kawan lain perangai memang suka dajalkan member lain. Memang tak akan ah ada famili members aku kat friends list facebook aku.


I see your typing,then u stop...WHAT WERE U GOING TO SAY?!

Was wondering

Aku ada sorang kawan perempuan. Aku selalu bergurau dengan dia kat YM sampai dia naik bengang dengan aku. Korang tahu la kan aku bergurau macam mana. Haha! Tapi apa yang aku perasan, dia agak sesuai untuk join group ni. Sebab masa YM dengan dia, aku akan nampak tertulis "Miss A is typing...." Then hilang. Aku tunggu. Lama sikit ada balik perkataan "Miss A is typing...."tu. Then hilang lagi. So aku memang tertanya-tanya la juga. Apa yang dia fikirkan? Apa yang dia nak tulis sebenarnya. Adakah dia segan-segan untuk cakap main lepas dengan aku. Atau dia sedang fikirkan ayat yang lagi maut dari ayat yang aku kasi? Dia dah makin ganas sekarang. Jarang boleh jumpa gadis comel yang ganas but oh well aku memang membawa pengaruh yang 'baik'.

I've sent her an email yesterday. I don't know if she noticed it.


Belia benci "huhu", "ahaks", "wakk lu", tUliS mCm bABi, "cayunk"dan yang seangkatan.

Group ni di asaskan oleh Fahim anak Rustam. Ya aku memang berbesar hati untuk join group ni. Sebab aku sebenarnya agak pelik bila mesej dengan orang (perempuan terutamanya) yang akan letak perkataan "huhu" di hujung ayat. What the hell is "huhu"?

Then aku juga kurang berkenan adalah tulisan Myspace yang gila susah nak faham. And yang paling tak boleh blah bila aku YM ada orang yang gunakan 0 (kosong) sebagai 'o' (huruf). Contohnya "k0 0rang teng0k citer apa?" Kalau kat handphone tak apa la juga sebab menyenangkan. Tapi kalau dah berchatting kat YM still guna cara ni, memang aku tak tahu la kenapa. Dan satu lagi, aku prefer penggunaan "kau" dari "ko". Serta "aku" dari "ak","aq" dan sebagainya.

Istillah lain yang tak leh blah yang memang mustahil akan keluar dari mulut aku dan mustahil akan ditulis oleh aku adalah 'mamam', 'cyg', 'kitew', 'sayew','bilew', 'bucuk', 'chombong' dan "bubuk". They are so.. ewwww.

Aku juga dulu anti gila dengan lograt utara. Dengar je orang cakap utara, terus rasa nak lempang. Tapi dulu la. Sekarang entah kenapa aku jadi suka kat bahasa utara. Dia ada macam lagu-lagu sikit.


I hate that kid who reminds the teacher (lecturer) about tests or quizzes.

Gedik.

Ah, last minute punya orang macam aku, study pun mesti last minute. Then bila masuk dalam kelas, lecturer tu straight je mengajar and macam lupa yang hari tu dia cakap nak buat test atau quiz. Semua orang yang last minute hati gila berbunga-bunga. Then 15 minute sebelum kelas abis, ada la pula seorang yang pendiam, muka gila excited dan berseri-seri sambil angkat tangan dan tanya "Hari ni ada quiz tak" sambil dalam hatinya menyambung "Dah tak sabar nak jawab soalan-soalan yang susah yang dia rasa dia sorang je betul. Oh shit.


i hate it when you make plans, get excited, they never happened
Oh yes I like this. Aku ingat lagi dulu-dulu masa semester 1 dan dua. Sebelum nak hang out kat bandar Melaka, mesti plan awal-awal. Ada sampai plan seminggu awal. Then bila masa dah sampai, apa yang kita plan tu mesti tak akan terjadi.

Dan, aku rasa diri aku agak pelik. Apa je yang aku fikirkan, tak akan berlaku. Infact, aku rasa kita semua macam tu. Apa je yang kita rancang dengan teliti, confirm tak akan jadi 100%. Kalau jadi pun, 60% pasti lari dari laluan asal.

So, untuk overcome masalah ini, aku play fool with life dengan cara berfikiran negative secara yakin. Well, it works for me sometime. Tapi kebanyannkannya tak menjadi. Hais, life isnt fair.


I'm sexually inappropriate with my friends, but I'm actually not gay.

Doggie
They are gay. NOT.

Kadang-kadang lelaki akan bergurau secara gay. Raba sana, raba sini pengang sana pegang sini. Tak terkecuali juga bila lelaki buat aksi tak senonoh seperti 'ringan-ringan' sesama lelaki. But hell no. They are not gay. We (boys) sexually inappropriate with friends but we actually not gay.

Ni termasuk bila aku tegur Awang dengan cara "Hai sexy".

Sekarang ni, nisbah 3 perempuan 'untuk' 1 lelaki. Why the hell we wanna waste this opportunity by becoming a gay?


I said don't tell! So why the fuck does everyone know?!
Dari tajuk dah tahu kan yang ni based on simpan rahsia. Dah molek pula aku ni banyak simpan rahsia. So kadang-kadang, aku akan terlepas sikit rahsia tu (dulu la). Dah bila terlepas tu, memang aku harap la orang tu simpan rahsia. Tapi zzzzzz.

Dan aku memang anti gila dengan lelaki yang memberitahu satu rahsia semata-mata nak jadi rapat terhadap seseorang perempuan. Ye la aku kan lelaki. Lelaki sebenarnya bukan tak suka gossip, mereka suka juga. Then bila bergossip banyak la rahsia tau. Then akan jadi satu pakatan antara lelaki. Tapi tak boleh blah bila antara sorang lelaki tu pakat bagi tau perempuan lain just semata-mata kerana nak rapat dengan perempuan. Alah, kira nak mengipas mengapu la ni. Memang panas sial.

***********

Well, korang mungkin tertenya-tanya kenapa aku tak join group "Saya benci kepada orang yang membuang bayi" Ya. Pasti anda tertanya-tanya bukan? Well persoalannya, ada ke orang yang suka kepada orang yang membuang bayi?

But still, tak ada siapa setuju dalam kes buang anak. Dalam hal ni, agak-agak korang siapa yang salah? Lelaki? Sebab pandai main tapi tak pandai simpan? Atau perempuan. Ah, kita bincang pun bukan boleh ubah apa-apa. Kat sini cakap banyak, kat luar buat jugak.



50 ulasan:

  1. hak hak
    bnyak kan kat facebook ni
    macam macam ada!

    BalasPadam
  2. I add all my family members at fb and feel proud.
    Did notice the group you mention but i din join. Coz i think it pretty much meaning-less

    BalasPadam
  3. macam2 group ada.
    Satu pun aku tak join yang kau ceritakan ni.

    BalasPadam
  4. FB is pretty pathetic sometimes =P

    BalasPadam
  5. hahaha. nice entry ^^ *thumbs up as usual* anyway, ayat kau yang paling last sekali tu benar, kita cakap banyak kat sini. kat sana. kat situ. tapi real life tak buat jugak. =.=

    BalasPadam
  6. "Kami BENCI bila loan Mara/Ptptn lambat masuk"
    u plak creator group ni..haha!byk kgkwn yg join..(me excluded)

    pasal ym tu,ai pun salu kene cmtu..anu bin/bt ani is typin..then pastu hilang.what da?..benci..haha

    satu lagi,"huhu" tu mksudnya someone tu tgh sad..(in my prspctive)

    peace^^

    BalasPadam
  7. I was gonna post a status, then I remembered I have family on Facebook.
    ha ha ha. this is so true. aku tak kesah mak aku. tapi ade macik2 yang sibuk nak bace pastu g tanye2 ibu aku. urgh...

    BalasPadam
  8. Hehe.. Rajinnya post pasal ni. Tapi kenapa bukan semua letak link?

    BalasPadam
  9. @Joe - Yup!

    @Supia - First time here? welcome =)

    @Mimpi - Aku ada facebook tak?

    @Kenwooi - Yup

    @Faten - Kebanyakkannya macam tu

    @Mui2 - Peace

    @Kim - Mak kau ada facebook? Cool

    @Hanis - Malas

    BalasPadam
  10. kesimpulan..banyak 'i hate' than 'i love'..kenapakah itu..huhu

    BalasPadam
  11. ade gak separuh gr0up tue aku j0in..
    tp mr.k ade tak j0in gr0up i am gay???
    hehehe...

    BalasPadam
  12. woit! gambar aku aku! Ishihara Satomi. haha

    BalasPadam
  13. I Was gonna post a status, then i remembered i have family on facebook. setuju sgt! tambah2 bab kalau nak upload gambar besama bf. tssk.

    BalasPadam
  14. stujuk dgn group no 1. dulu naek form 5 baru dapat hp. tu pon pas spm baru dapat. hmm.
    menarik2. hehe

    BalasPadam
  15. sumpah saya syuka entri nih!

    BalasPadam
  16. 1) aku akan nampak tertulis "Miss A is typing...." Then hilang..

    actually klu jd mcm tu, mknanya at the same time, miss A tu tgh chat dgn org lain..yg hilan2 tu sbb dia taip utk org lain, bkn utk kau..ni aku pasti...

    2) Aku juga dulu anti gila dengan lograt utara. Dengar je orang cakap utara, terus rasa nak lempang.

    kahkah..ni mmg serius lawak..aku org utara..

    BalasPadam
  17. haha. aku pon benci -TuLiSaN MaCaM Ni- juga -cyg-, -jep- & etc. sangat pelik!

    tapi aku akan gunakan 'huhu' dihujung ayat bila aku rasa conversation tu membosankan. ;D

    BalasPadam
  18. @Labelle - Really?

    @Masturah - Well, aku rasa kau patut join group tu.

    @Anonymous - OO... Hmm. Nampaknya Miss A tu agak hot ramai kawan chat. Nice then. Tapi agak2, dia terima tak email yang aku hantarkan?

    BalasPadam
  19. aku x penah join group yg dsebutkan..pilihan dtanan sendiri..pilih yg elok2..=)

    BalasPadam
  20. when i miss u, i re-read our old conversation.

    Haha.. I join nih, bila pikir balik kenapa, ok, i just suka nama group tu.

    BalasPadam
  21. add yana ok..
    chill_lakak@yahoo.com
    huhu..
    upss..
    "huhu??""

    :P

    BalasPadam
  22. i think 'huhu' means a laugh, but in a sad way
    or in a not-very-happy way, but not necessarily sad
    it's not like 'haha' laughing
    do understand what i'm saying?
    =)

    BalasPadam
  23. huhu is.. fucked up
    btw hi yana, you look good :D

    BalasPadam
  24. ah ada 1 lagi group.

    - i say 'haha' when i have nothing else to say. haha -

    haha. :P

    BalasPadam
  25. kamu ni gila lah!
    hhaha, tergelak2 saya baca entri ni.

    best! :)

    have a good day.

    BalasPadam
  26. anda akan bertambah benci bila PTPTN atau MARA tuntut bayaran. dan bertambah benci bila anda di 'blacklist' kan. dan semakin benci dan sakit hati bila dilarang pegi ke TANJUNG PINANG dan BATAM utk berbulan madu kerana tak bayar loan ptptn...

    BalasPadam
  27. sumpa ta leyh bla kowt time tekan kenapa? uhh... ta pasal2 je... =D
    adoyy... =)

    BalasPadam
  28. huhu tu mksdnye ade sumting wrong sumwhere..ade la tu die tipu sikit....sikitt je...hehehee

    BalasPadam
  29. suggestion utk msk group ni...I Hate People Who Cant Write Properly™..hehe..funny la..

    BalasPadam
  30. aku suke style kau tulis blog. sempoi dan straigh-forward. kalau ade anugerah blogger malaysia. mungkin kau akan terpilih bro. keep up the good work.

    BalasPadam
  31. ehhh micet eh ? ayah i pernah kerja sana !

    BalasPadam
  32. kat facebook sgt best. Mcm2 jenis group ada dan kita dpt luangkan masa dengan org yg punya perasaaan yg sama dgn kita. Group2 ni la tempat 'berkumpulnya' org yg mengalami pengalaman yg sama ..sama ada perit atau manis

    BalasPadam
  33. haha..aku sokong yg part prkataan2 yg ade huruf tmbhn 'w' kt blkg tu,bagi aku mmg tah paper.paling aku geli kalo pkataan 'mamam' tu kalo ckp kt bf/gf.eeww,bole muntah hijau kowt..kalo ckp kat bdk2 kecik tu xpelar..huhu..anyway aku mmg suka guna pkataan 'huhu' ni.peace :)

    BalasPadam
  34. Aku juga dulu anti gila dengan lograt utara. Dengar je orang cakap utara, terus rasa nak lempang. <------
    "anti gila" haha,,, apa salah org utara sehinggakan anda membencinya.. ^__^

    BalasPadam
  35. Aku juga dulu anti gila dengan lograt utara. Dengar je orang cakap utara, terus rasa nak lempang. <----
    " anti loghat utara " mengapakah anda sedemikian... ^__^

    BalasPadam
  36. haha..1st tyme bace blog ni..best r..sempoi n mmg based on real life..
    kdg2 aku guna jugak "huhu" coz aku rase bosan n xde benda na ckp tp orng tu ttp gak na sembang..wat the.....

    BalasPadam
  37. i say 'haha' when i have nothing else to say. haha

    BalasPadam
  38. Haha.. Adik sedara aku pun mcm tu.. geli jerk...

    BalasPadam
  39. Belia benci "huhu", "ahaks", "wakk lu", tUliS mCm bABi, "cayunk"dan yang seangkatan...

    sengal je. perempuan cakap huhu sebab dah tatau nak jawab ape. ibarat tengah sengih, tapi lelaki tak pasan. Huhu..:p

    BalasPadam
  40. x sangka plak ada org sma cam ak rsa..
    #psal quiz
    #psal da eww words..

    BalasPadam
  41. luv ur entry.. keep it up!

    BalasPadam
  42. Miskin berita - memperdalam Suriah ' mutilasi misteri ' ...

    BalasPadam
  43. hope not so late for komen^
    like ur entriessss..logically funny truth.o ya ..1 thing,link to tht "I said dont tell!So whytf evry1 know"mksud baru untk SECRET is something u told everyone to tell nobody.biaseny gurls have this kind of dfinition of secret.

    BalasPadam
  44. Rindunya kat blog ni.. Thank you for coming back and updating!

    BalasPadam
  45. Rindunya kat blog ni.. Thanks for updating

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.