Isnin, 1 Mac 2010

Alcohol Boleh Di Bawa Dalam Solat.



Baru-baru ni. Aku excited sangat nak beli perfume. Sebab apa? Ada la sebab nya. sibuk je nk tau.

So aku merantau la tanpa kenal penat, lelah dan jemu mencari campuran kimia yang berbau wangi ni. Then aku terserempak ngan kawan lama aku. So selepas berbual panjang ngan dia,aku tanya la pada kawan aku tu “wei, kau pakai perfume tak? Ada apa-apa perfume yang baru tak yang kau leh recommend kat aku?

Then kawan aku yang kekampungan serta ketiadaan otak itu tiba-tiba buat2 pandai serta sound aku “kau ni bodoh ke apa, kau tau tak dalam perfume tu ada alcohol? Kau tau tak alcohol tu haram?”


Tak cukup dengan tu, dia tambah lagi. “Sebab tu la kau nak tau kita kena sokong local products. Local punya gerenti halal. Tak ada benda haram ni.” (Ye ye betul tu <- kawan dia support) Memang kesakitan hati aku ni. Dah la aku tak suka guna barang local, dia pergi suruh beli plak.

Aku memang nak sound dia kaw-kaw, tp memberkan. Mungkin dia tak tau lagi yang alcohol and arak tu dua benda that damn way soo super very really tak sama. Dan dia juga tak tahu yang alcohol tu sentiasa ada disekeliling kita dan kita pakai setiap hari?. Sabun, shampoo, minyak rambut, deodorant, ubat sapu, ubat-ubatan serta ubat lintah (ok yang last ni tak dikira ya)




Well, pernah tak dengar iklan di radio yang berbunyi semacam berikut;

“Belila ubat gigi jenama bla-bla, gerenti halal. Tanpa alcohol.” (bersama intonasi nada lagu yang menyakitkan hati walaupun dinyanyikan oleh kumpulan nasyid)

So aku tertanya-tanya. Dari iklan yang merapu serta mempunyai lagu yang teruk itu dah terbukti kebodohan masyarakat melayu serta pengetahuan tentang beza alcohol dan aplikasinya dalam arak/makanan/ubatan/penggunaan.kan?


First of all, merujuk kepada;
  1. Fatwa Majlis Kebangsaan, ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya.
  2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. (so alcohol[bukan arak] boleh dibawa masuk dalam solat? Who knows)
  3. Fatwa almarhum Syeikh Sya’rawi (rh) dalam kitabnya ” Anta Tas al Wa Islam Tujib ” menjelaskan bahawa :” Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL
  4. Menurut Kitab ” Al Fiqh Al Muzaahibil Arba’ah” dalam bab ” An Najaasaat” juzu’ 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
  5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu ” Tafsir Al Manar ” menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.

So nak lawan lagi? Aku belajar kimia di sebuah IPT dan aku sering bermain ngan alcohol samaada dari segi teori atau praktikal (lab). So aku memang tak puas hati kalu orang bulat-bulat je cakap alcohol = arak(minuman memabukkan) sebab aku akan cakap kau = ketiadaan otak (bodoh la maksudnya tu hehehe)



Tapi aku tak brapa pasti lagi samaada penggunaan alcohol adalah halal tuk digunakan dalam solat. Tp aku rasa ianya adalah harus dalam solat (aku cakap aku rasa ok) cuba fikir. Dinyatakan najis(arak) tak boleh dibawa dalam solat. Tapi kalu kita baca betul2, arak yang tidak boleh dibawa solat dan bukannya alcohol(benda yang tidak memabukkan serta bukan najis, tp blh membunuh kalu minum). Perkara yang sama ini telah dibincangkan oleh Datin Rosilah, guru kimia aku masa Form 5, dan dia setuju. Apa pun apa yang difikirkan oleh logik akal tak akan mampu mengatasi yang telah tertulis dalam garis panduan Islam. (benda ni dibincangkan oleh fatwa, so berkemungkinan hal alcohol ni tidak dinyatakan secara detail dlam Koran. So sumenya di tangan Tuhan :)

Btw, mengenai sebab aku tak suka membeli barangan local, akan aku nyatakan pada entri yang akan datang. Well jangan risau, aku tau korang pun tak suka barangan local kan hehe. Daaa~

41 ulasan:

  1. kenapa kau tak sepak je dia

    BalasPadam
  2. aku dari dulu dah tau mende ni...tapi biasa laa mentaliti org mlayu....blaja fardu ain pon tak abih suka suka buat hukum sndiri..
    bila org persoalkan dikatanya bodoh....org bodoh ngata org len bodo....buat sakit kepala je

    BalasPadam
  3. hahaha

    setiap org berbeza pendapat nye senol
    tapi agak susah nak terima pendapat orang yang susah nak bukak minda dia kan

    and ni tak ada kenemengena ngan entri2 selepas ini kan?

    btw,
    thx for dropping by. terkejut gak aku bila kau yang kasi komen hehe

    BalasPadam
  4. Pada hemat akulah. Ko memang terer bab kimia (jgn riak erk) dan tahu mengenai kimia. Pada zaman dulu mana ada lab di kampung2. Jadi pada pandangan Ulama' Zaman dahulu alkhol dalam pewangi memang haram (sebabnya zaman dulu x de lagi lab nak kaji) . Satu lagi, penggunaannya ada khilaf. Kalau ko nak pakai ko pakai jerlah. Aku pun pakai buat sembahyang. Tapi hormatilah jugak pandangan orang lain. Jangan kamu jadi orang yang tidak ada otak bila membuat komen.

    BalasPadam
  5. bagi pendapat aku lahkan..
    alcohol dalam minyak wangi x memberikan peranan sangat ah...
    even kalu aku tgk dalam perfume SAFI "gunekan-tanpe was2" pown ade alcohol.kalu ko tgk label belakang tuh mungkin x derk ah.
    tapi kalu ko tgk result dia pakai machine HPLC memang ade ah sb aku ade tgk result senior kite punye last year mini project..
    so...setelah aku study.alcohol punyer verlitation point tinggi maksudnyer kadar ruapan dia tinggi.sape x paham lagi maksudnyer die senang menyebarkan bau kat udare.alcohol boleh fit ngan sempurne dengan branch ester yg laen.sb tu bau dia tahan lame dan kuat.ko buat la perfume sebagus mane pown.perfume tuh x kan bagus kalu x derk alcohol.so,kalu takut alcohol.. jgn pakai la perfume sampai mampos sebab hampir kesemue "aku x cakap semue sebab x pasti" perfume mesti ade alcohol.

    BalasPadam
  6. eh eh...

    kepada pak dogol, aku ada sedikit kemuskilan disini..

    mula2, aku tak pandai kimia

    and apa kene mengena antara lab, ngan apa yang aku cakapkan ni. plak tu pasal orang zaman dulu2? nape tak sebut kan je trus masa zaman nabi2 dulu wahaha. member aku tu org zaman skarang, bukannya dulu2.

    pasal hormati pandangan org, aku lagi la tak faham. sebab setahu aku tu bukan pandangan, tu fatwa yang direka2 sendiri ikut logik 'akal' dia sendiri. itukan yang dipanggil pandangan wahai pak dogol? (erh..nama kau mmg buruk)

    So kepada Pak Dogol,
    aku pun ada nasihat tuk kau gak

    kita hidup ni, bila baca or nampak sometin, pandang la guna mata, then tafsir guna otak. Bukannya pandang guna hidung dan tafsir guna kepala lutut kau hehehe agak rude la kan. x pe la salah kau gak memalu kan diri kau sediri

    lagi pun aku da tulis da berhati2 masa berkomen..nnt memalukan diri kau sendiri =)

    have a nice day hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro pak dogol ni ada pengetahuan x da ilmu.. saintis islam da ada zaman dulu lg... sekarang ni alcohol di perolehi dari tebu dll sumber halal..

      Padam
  7. ape yg pak dogol katekan tuh ade betolnyer,
    kite kene ingat..
    kite bukan satu2nyer orang islam kat dunie nih..
    ade banyak lagi mazhab2 yg mengharamkan pengunaan alcohol dalam islam...
    ade ilmu sejengkal jgn lah nak belagak..
    kamu sebagai bloggers kenelah berfikiran terbuke.
    tempat disini untuk share idea...
    bukan kamu je yg betol..
    kalu nak diri kamu je betol x yah lah nak letak ruang komen kat cni...
    letak je rating 4 star dan 5 star kalu perasaan blog sendiri bagus sangat.

    BalasPadam
  8. nyatakan apa yang betul yea

    and ngatakan juga mazhab yang mengharamkan alkohol ni.

    jgn hanya tau main cakap je =)

    ok Zarif?

    btw, aku x galakkan guna nama anonymous atau menyamar sebagai org lain just tuk nak cari point tuk jatuhkan someone.

    have a nice day =)

    BalasPadam
  9. jap aku carik..
    hahah...
    amik ko..
    musyahbbiyyah
    muhadmiyyah...
    hahah..
    ask.com babe.....
    have a fun day k sayang..
    zarif

    BalasPadam
  10. adalah itu di malaysia?

    napa x cakap pasal mazhab lain2 seperti membenarkan adat dalam apa jua cara pun?

    setiap negara ada ulama masing2 dan berbeza. tu tak bermaksud org tu boleh buat hukum dia dengan suka2 ok sayang?

    jangan asyik dengar hasutan saitan tuk dengki je. x bek =>

    BalasPadam
  11. aku tak suka guna minyak wangi bkn sbb alkohol sbb aku tahu psl keharusan tu,tp mslhnya ikut kajian,zmn skrg ni org wat mnyak wangi buh lemak babi la.najis mughallazah tu T_T

    BalasPadam
  12. ni lah memtaliti orang kita. dgr alcohol.semua haram.(?) bukan lah kita nak minum perfume tu.adoi.
    alcohol ne byk nama la wei..methanol,ethanol,propanol,buthanol..
    dan segala yg ending dgn -OH adalah alcohol.semua tumbuhan ada natural alcohol.Example,sugarcane and potatoes..if kita buat fermentation process kat benda2 ni, konpom kita dapat alcohol.Benda2 ni kita makan jua.

    BalasPadam
  13. cikgu aku masa skolah pun kata perfume ada alcohol boleh bawak solat...
    perfume - ester yg lekat bau dekat badan... alcohol tu tersejat so like takde la alcohol tu melekat pun (this is for sesetengah people yg kata alcohol taleh bawak masuk solat sebab haram)

    bakery - yeast yg buat roti tu produce alcohol what... then alcohol tersejat leaving us roti yang gebu sedap ok aku nak makan roti sekarang.

    bye~

    BalasPadam
  14. tp cg kimia aku dulu kte lam coca cola de element OH-..trus dye xminum coca=cola tu..pndapat korg?

    BalasPadam
  15. apa maknenye ade elemen OH-,

    hydroxil komponen ke, carboxylic componen ke atau alkoholic komponen...banyak lagi benda ada OH- komponen...

    cuka pun ada OH- komponen...as a matter of fact, air pun partially organized menghasilkan dOH- komponen (delta OH-)...

    BalasPadam
  16. yeayyy! boleh komen lagi. hahaha

    I suka GILA dengan entry ni. It means that we have the same thinking n same mind. *almost

    I dah penat nak terangkan kat kawan2 sbb I yakin apa yg I pakai. Still ada org yg kolot sdgkan I yg skool agama dulu pun x kolot mcm tu. haha~

    BalasPadam
  17. haha . aku langsung tak pakai perfume sbb aku ase dop baek pompan pakai wangi2 nok kuor. xkan nok paka duk dlm umoh pulop. mmbazir la g2.hehe ;p .asal aku rase komen nie langsung tak membina. okbai. =='

    BalasPadam
  18. ade aku baca paper tu,hukum memakai minyak wangi alkohol adelah harus,bkn halal,so pasal barangan local tu rasanya mmg ramai yg x suka sb baranagan local ni mmg x berkualiti kebanyakannya,heheheehehe tp aku suka gak beli barangan local & international ade kelebihan & kekurangan masing2

    BalasPadam
  19. alcohol x sama ngan arak.. cg kimia saya pon cakap camtu.. btw, Datin Rosilah, guru Kimia? entah2 sama ngan Datin Rosilah guru Kimia kat skolah saya.. tapi dia dah nak bersara dah..

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  21. got it! ni yg slame duk cari.. thanks MR.K.. mmg xpaham bila iklan duk kalut merepek ckap perfume "one drop" sah utk solat.. dh tuhh perfume lain mcam lahh xsah.. ishhh

    BalasPadam
  22. Salam semua... Saya pun ada kemusykilan dekat sini . Saya ada pakai hairspray atau wax yang mengandungi Alcohol Denat. And ni jappanese punya product . Dekat malaysia takde . Kadang2 nak keluar tu ada gak pakai . Tp lepas masuk waktu ada la singgah mana2 masjid atau surau . Tak sempat la nak cuci rambut dulu.. Tu yang kdg2 rasa was was nak solat . Takut bahan tu tak boleh bwk sembahyang . Plus , aku tak tahu apa itu Alcohol Denat . Tolong kawan2 ku sume.. Tq

    BalasPadam
  23. aku penah dengar sorang ustaz cakap yg pewangi yang mengandungi alkohol boley dipakai masa dalam solat...sebab ia bukannya memabukkan kita...maap ya kalau salah...wallahualam..

    BalasPadam
  24. Datin Rosilah guru di sekolahku jua. MashaAllah. keciknya dunia.

    BalasPadam
  25. Daripada ragu2 lbh baik pake parfum yg non alcohol, ada koq, ngpain msti brtngkar mslah ini...

    BalasPadam

  26. good entry.. aku rasa the humor in the post is accepted. Mmg kita kat Mesia ni berpendapat perfume dlm alcohol adalah dibenarkan. Kalau pergi belah Pakistan/ India sana mungkin pandangan berbeza. Chill..

    BalasPadam
  27. Ohhh...Terima Kasih sbb brkngsi... skrg tak was was lgi nak pkai..brg brg yg ada alcohol...

    BalasPadam
  28. Assalam.
    Saya setuju dengan saudara dan tidak salah penggunaan Alcohol dalam produk2 minyak wangi ini kerana ia bukanlah mendatangkan kemudaratan.
    Islam itu memudahkan, bukan menyulitkan. :)

    BalasPadam
  29. Dulu arak boleh diminum tpi apbila diwajibkan solat,arak haram sbb mabuk .. Adakah alkohol tu mabuk ? Dan adakah anda minum alkohol tu ? Wallahualam

    BalasPadam
  30. alcohol denat boleh gna dlm solat x? sbb hairspray aq ada alcohol denat... msa nk solat pon aq rsa ragu2?

    BalasPadam
  31. Perfume Original Reject @ Gred AAA utk dimiliki..
    ♥♥♥♥♥♥
    Semua jenis ada from Dubai, France, NY etc
    □□□□□□
    Harga menarik untuk tahun baru ni
    ■■■■■■■
    ●●●●□●●●
    Pm kami dng segera...
    www.facebook.com/RzulShop

    BalasPadam
  32. Maaf semua...mungkin alcohol boleh bawa dlm solat...tp harus diingat takot2 air wuduk kita jd xsempurna dsebabkn air x smpai ke kulit kita... Wallahualam

    BalasPadam
  33. Sebenarnya orang yang tak pakai perfume tak ada alcohol buat solat tu bukan sebab dia cakap semua alcohol tak boleh pakai utk solat tapi dikhuatiri the same type of alcohol is used in the production of liquor, like wine and such. Tu yang menjadikan alcohol tu haram buat solat. For instance, alcohol denat is permissible sebab it is denatured to make it inedible so it is not drinkable alcohol. Jadi dah confirm yang jenis ni tak dibuat arak, therefore boleh buat solat. Now the problem is takkan nak beli perfume and check one by one ingredient dia yang mana alcohol boleh pakai and yang mana takleh pakai. So to be safe, they don't but perfumes with alcohol in the first place. Mengelakkan apa yang samar tu lebih baik, our prophet told us, right? So bukan isu semua alcohol tu haram buat solat, because alcohol is totally different from arak. It's the issue of being cautious. Tak nak nanti dalam kubur dah solat penat penat, Allah cakap semua tak sah (God forbid). Nak jawab apa? Takpela nak bau wangi sikit apa salahnya solat tak sah? So please, masing masing ada hak dan pendapat sendiri macam mana nak jaga kesucian bila beribadah. (After all, a hadith narrates that org paling ramai kena seksa dalam kubur tu sebab tak jaga kesucian kan?) I would respect your way and view of handling this issue and I wish you'd respect others' too. As simple as that. There's no need whatsoever to call people shallow-minded or stupid just because you disagree with them. Alright brother? Wallahu'alam.

    BalasPadam
  34. Tak slah beri pandangan......cara biar beradap macam mana mak bapak, tok nenek, cikgu kita ajarkan...habis semua orng kau anggap bodoh sebab tak bellajar kimia, barang tempatan mana yang kau anggap tak berkualiti? Kau ke?..aku tk pakai perfume pon..badan aku dah wangi semula jadi..aku adalah barang temapatan.

    BalasPadam
  35. salam, dah 2016 ni. Entry ni menimbulkan harapan saya kepada Malaysia Baru. Hidup Malaysia!!
    oh, anyway. saya terserempak dengan entry ini bila saya berhadapan dengan satu situasi tadi, dimana pakaian (kemeja) kerja saya terkena arak..or i assume so sebab ada bau beer. sebab saya dah terduduk atas satu kerusi/sofa yang disyaki ada orang mabuk lepak kat situ semalam. So, dipendek kan cerita, waktu asar dah masuk. so saya pun fikir dua tiga kali la nak solat. tapi last2 terus tukar baju. nasib baik ada prepare t-shirt. Tapi, sebab curious pasal hukum, tu yang terserempak entry ni. Nak komen jugak sebab entry ni legend!!

    BalasPadam
  36. Pakai minyak wangi je..jgn minum plak..hehehe

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum... Minyak wangi eau de parfum natural spray pen boleh bawa sembahyang dak?

    BalasPadam
  38. Aku rasa alkohol ni cuma tak boleh diminum sahaja ....

    BalasPadam
  39. Kalau nak sampaikan benda baik, penulisan pun kena baik, baru meresap dalam hati, jangan bodohkan orang lain, kita pun belum tentu pandai, semua ilmu adalah milik Allah, sampaikannya dengan berhikmah

    BalasPadam
  40. Salam abg ..ada ilmu jangan belagak..patutnya bersyukur tuhan pilih awak untuk belajar ilmu tu ..so jangan cakap orang bodoh dalam hati atau di mulut..maaf

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.