Memaparkan catatan dengan label share. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label share. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Oktober 2010

Fenomena Blogger Download Video Dari YouTube dan Upload Ke Blog Sendiri / Fan Page Blog.

Assalamualaikum


Ramai yang bencikan blog yang letak berita dari akhbar. Tapi aku rasa, aku lagi tak suka blog yang copy paste (Download) video-video dan letak di facebook fan page.

Apa yang aku nampak sekarang adalah ramai sangat yang nak memcapub demi promote blog sendiri. Contoh terbaik adalah ketika di facebook. Tak boleh blah bila owner sesuatu page blog tu, download video dari youtube semata-mata untuk upload di fan page facebook dia sendiri. Even dia tak claim yang video tu dia punya.

Kalau video santai tak apa. Tapi kalau dah video yang sensitive yang sentuh soal kaum dan agama? It is so OMG then.


Cuba tengok video di atas, masa di post di facebook, semua kata tu polis adalah polis tipu. Nak rogol lah apa lah. Ada yang mungkin kata itu hanyalah rekaan dan sebagainya sebab tak nampak muka si perempuan. Tapi, cuba korang click dua kali kat video tu (Dia akan direct ke original link YouTube). Then try tengok comment section. Korang akan tahu siapa perempuan tu, di mana dia kerja, apa dah jadi kat dia dan sebagainya. Dari apa yang di tulis di comment section, korang boleh fikir balik dan gabungkan serta combine kan dengan fakta samaada bla-bla-bla.

Aku tak kisah lah nak guna teknik apa pun untuk naikkan populariti blog korang. Lagi pun aku suka gak layan video-video yang di uploadkan. Kadang-kadang memang kelakar dan kadang-kadang memang buat orang terfikir. Tetapi, kebanyakkannya tak ada description. Sampaikan aku perlu buka YouTube dan search macam-macam untuk dapatkan description video tu. Tambahan pula, kebanyakkan video adalah dari luar negara. Contohnya, video kanak-kanak lelaki bergayut dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Then budak tu jatuh dari tempat tinggi. And then, video tu habis. Hadoyai. Tak ada siapa tahu video tu tulen atau pun tak. Dan yang penting, tak ada siapa tahu apa yang terjadi. Tak ada nama, tak ada tempat kejadian dan sebagainya.


Contoh lain, ada satu video di sebuah fan page facebook. Video tu view pasal wawancara di mana seorang pengacara gelakkan pasangan Islam yang kematian ibu dan bapa. Aku baca komen kat fan page tu, semua kutuk. Tapi bila aku search di Youtube, aku tengok-tengok yang wawancara tu hanyalah lakonan sebuah program komedi. Dalam video tu, tak ada isu agama Islam langsung.  So, mana datangnya isu-isu pelik-pelik? Ya, semuanya di sebabkan masing-masing reka sendiri description video mungkin?

Bila tengok sesuatu video, ramai yang suka;
  • Baca description dia.
  • Baca comment orang ramai dari seluruh dunia.
  • Check ketulenan video.
  • Community dalam perbincangan tentang video.

Tapi kalau video tu semua di download dari YouTube dan di upload ke Facebook serta tanpa link YouTube asal, macam mana viewer nak buat benda-benda di atas? Ya, kadang-kadang, yang upload di youtube pun bukan orang yang rakam. Tapi, di ruangan comments, mesti akan ada orang yang tahu pasal peristiwa dan video tu. Kan?

Sebab lain, aku selalu lepak di YouTube dan bila tengok sesuatu video yang buat aku terkejut, aku akan tengok comment section. Dan kebanyakkan memang boleh dapatkan info dari yang orang yang comment. Contohnya "This video is doest make sense. How come it bla bla bla" Dari situ kita boleh berfikir dua kali. Tapi kalau video tu di upload ke fan page facebook, community yang menonton adalah kecik. Pulak tu, golongan orang melayu. Melayu pulak, kalau dapat sesuatu video, article atau berita, terus terima bulat-bulat dan sebar tanpa berfikir.

Aku tak kisah kalau video tu pasal video kucing yang main dengan bola, atau video baby ketawa, atai video budak-budak menari sambil mabuk atau apa-apa je lah. Tapi kalau dah video yang orang terjatuh bangunan, atau video orang accident atau video benda-benda yang boleh kecutkan perut, then tak ada description; tak tau apa berlaku; tak tahu di mana peristiwa berlaku; tak tahu kenapa macam tu dan kenapa macam ni, memang panas bila video habis sekerat jalan.

So, kepada owner-owner fan page blog yang buat blog semata-mata untuk letak video yang didownload dari YouTube dan upload ke blog sendiri (atau fan page facebook sendiri), sila lah nyatakan original link yang di ambil dari YouTube. Semua orang tahu yang video tu bukan korang yang rakam. Semua orang tahu yang video tu di ambil dari YouTube atau yang seangkatan. Cuma, orang tak tahu apa yang benar-benar terjadi. Dan kalau boleh, jangan pandai-pandai buat description sendiri. Tak pasal-pasal boleh jatuh fitnah.



Rabu, 24 Mac 2010

It's Gonna Make Sense

Assalamualaikum






MLTR - It's Gonna Make Sense

Ah... ah... ah...
Ah... ah... ah... ah...

Life comes in many shapes
You think you know what you got
Until it changes

And life will take you high and low
You gotta learn how to walk
And then which way to go

Every choice you make
When you're lost
Every step you take
Has it's cause

Chorus:
After you clear your eyes
You'll see the light
Somewhere in the darkness
After the rain has gone
You'll feel the sun come
And though it seems your sorrow never ends
Someday it's gonna make sense

Ah... ah... ah... ah...

Tears you shed are all the same
When you laughed 'till you cried
Or broken down in pain

All the hours you have spent in the past
Worrying about
A thing that didn't last

Everything you saw
Played a part
In everything you are
In your heart

Chorus:
After you clear your eyes
You'll see the light
Somewhere in the darkness
After the rain has gone
You'll feel the sun comes
And though it seems your sorrow never ends...

Release:
Someday you're gonna find the answers
To all the things you've become and all they've done
At your expense
Someday it's gonna make sense

Ah... ah... ah...
Ah... ah... ah... ah...

After the rain has gone
You'll feel the sun comes
And though it seems your sorrow never ends

Someday it's gonna make sense
Ah... ah... ah... ah... ah... ah... ah...
Someday it's gonna make sense

After the rain has gone
You'll feel the sun comes
And though it seems your sorrow never ends

Someday it's gonna make sense


Hayati.



Isnin, 4 Januari 2010

Softwares yang Perlu Ada Dalam Laptop/notebook/desktop Anda.

Latest Update : 14 May 2010
Assalamualaikum.

Part 2 is HERE

Tahun baru. Dunia baru. Jadi, mari kita pastikan yang laptop kita berada di tahap yang paling okay untuk kesejahteraan bersama. Jadi, delete semua software anda yang di tahun 2009. Itu semua sampah. Itu semua dah jadi sejarah silam anda. Yang lalu biarkan ia berlalu. Dan tiba lah masanya untuk kita move on dan lupakan sejarah gelap kita. Kita hanya manusia. Tak mampu melawan takdir yang di tetapkan di Luh manfuz. Haha!

Di sini, aku akan nyatakan 12 software yang patut ada dalam laptop anda. Dan semuanya adalah free*.


I did not own any of this product. The download links are indexed from other websites and no files/software are stored in my blog server. Please read the disclaimer at the bottom of this site.

1. Mp3 Player –iTune

Senarai lagu fav aku di iTune

Download iTune Free Product 

Kenapa aku syorkan iTune dan bukan Winamp atau Windows Media Player? Sebabnya mudah je kerana iTune lagi gempak. Jauh lagi gempak dari mana-mana music/audio/mp3 player.

Di iTune, anda boleh play lagu based on rating anda, rank, most played, shuffled dan sebagainya. Kelebihan lain yang mungkin tak ada kat player lain adalah iTune ni ada PodCaster dan radio tune. Maksudnya online radio. Dan yang bestnya, radio-radio ni di susun mengikut genre. Maksudnya kalau anda sukakan lagu genre Country (Taylor Swift, Clair Walker etc), anda boleh pilih streaming di bahagian genre Country dan iTunes akan memaparkan semua online streaming yang berkonsepkan Country. Semuanya di dalam iTunes dan bukannya di web browser.

Dan yang paling aku suka, iTunes ni ada Party Shuffled. Kalau anda pendengar lagu yang tegar, mesti bosankan kalau asyik dengar lagu sama berulang-ulang. Then kalau nak susun balik lagu setiap kali nak dengar lagu mesti agak cerewet. So, Party Shuffled lah yang anda perlu. Aku malas nak cakap banyak. Korang bukan faham sangat pun. Download sendiri kalau nak rasai kehebatannya. =)

2. Utility – CCleaner

 CCleaner

Download CCleaner Free product

Hari ni anda beli lappy baru. Baru 6 bulan lappy anda dah lembab macam anda. Why? Well, semuanya di sebabkan anda tak maintenance lappy anda. Lappy ni umpama diri anda. Bayangkan kalau anda hari-hari main bola. Tapi tak pernah mandi. Apa jadi? Daki. God. Zzz So bila daki-daki tu berkumpul penuh badan anda so anda akan jadi penuh dengan daki okay aku tak pandai buat perumpamaan tapi memang macam tu la perumpamaan dia.

CCleaner ni kiranya dia akan cuci semua sampah-sarap anda. Dia bukan delete files yang anda tak guna tapi benda-benda sampinya ceperti cookie dan history. Hal-hal registry pun dia akan settle kan. Pernah sekali CClearner save up aku punya disk hampir 10Gb. Tu masa pertama kali aku guna CCleaner kat desktop penjabat ayah aku.

Benda ni wajib ada. Dan gunakan benda ni satu bulan sekali bersama Disk Defregmenter (Dah sedia ada kat Windows)

3. Internet Download Manager v 5.18 Final.


 IDM aku

Download Internet Download Manager v5.18 (IDM) + Patch/keygen/crack

Ini adalah kekasih aku. Dari dulu sampai sekarang aku memang setia dengan benda ni. See? Aku lelaki setia.

Aku suka IDM sebab ianya perisian yang amat mudah dan integrated with the most web browsers seperti Firefox, IE, Safari, Opera dan Chrome. So kalau anda klik je download link, IDM akan auto matik ambil alih dan kelajuan dia boleh cecah 3 kali ganda dari download secara biasa.

Dan, anda boleh download video dari streaming seperti di YouTube, Metacafe dan R*tube hanya dengan satu klik. Mudah kan.

Tetapi ramai yang mempertikaikan perisian IDM berbanding Free Download Manager sebab FDM adalah free dan IDM tidak. Tapi cuba fikir balik. Ada ke benda free lagi bagus dari benda yang berbayar? Pulak tu IDM sekarang ni nak kasi full version tanpa perlu bayar mudah sangat. Key dan patch IDM dah berlambak di dunia maya. Tunggu anda buang sikap malas anda untuk download je.

4. Web browser – Firefox
Download Mozzila FireFox

Perluke aku terangkan lagi tentang the most famous web browser ni? Jangan cakap korang masih guna Internet Explorer, losers.


5. Utility - Tune Up Utilities 2010

TUU2009
 
Download Tune Up Utilities 2010 v9.0.3 + Crack/Keygen

Tune Up Utilities ni merangkumi semua aspek. Korang boleh suruh TUU settle kan registry korang yang bermasalah, boleh suruh kasi recommendation, Repair Disk, Disk Def, increase performance, setting untuk kasi lappy anda laju masa start up dan macam-macam lagi termasuk untuk mencantikkan lappy anda. Kiranya perisian ini semuanya perfect untuk pastikan lappy anda setiasa sihat hendaknya.

6. Chat - Yahoo Messenger 10

YM di gunakan secara meluas untuk berkongsi ilmu.

Download YM10
Download Yahoo Messenger Portable 9 (Ini adalah executable portable. Ia mungkin akan di detect sebagai virus bagi pengguna AntiVirus Avast)

Tak tahu apa tu Yahoo Messenger? Oh God! Berapa tahun kau dah hidup? Atau hilang ingatan umpama Emran dan Rado? Kenapa Balqis dan Intan banyak sangat dugaan?

This is must download tool.

7. Torrent/p2p - Lime wire Pro 5
Download LimeWire Pro 5 Cracked

Open source ware yang amat best untuk download lagu. Hampir setiap minggu akan aku lepak kat Billboard, hitz fm dan Mtv Chart untuk cari lagu-lagu baru yang take forever nak sampai kat Malaysia. Dan lime wire bukan untuk download lagu je. Korang boleh guna untuk download files, video, application dan sebagainya menggunakan konsep p2p iaitu peer to peer atau bahasa comelnya sharing is caring. Kiranya kalau anda download lagu, kelajuan internet anda agak tak terusik sebab files di download dari users yang dah download files/lagu tersebut. Jadi kalau nak download laju, download files/lagu yang ada user paling ramai yang beratus-ratus .

Amat-amat berguna bagi peminat lagu English luar negara.

8. K-lite codec pack & GOM player.

Jason De Rulo

Download K Lite Codec 5 Full 
Download GOM Player

Apa itu K Lite Codec? K lite ni adalah untuk membolehkan anda menonton video di laptop dan dengan kualiti yang tinggi. Andai kata anda tak ada apa-apa codec di dalam laptop, anda akan hadapi masalah seperti video tak bergerak, audio ada tapi gambar tak ada atau video jalan tapi tak ada suara atau sebagainya. So K-Like Codec ni kiranya basic yang memang basic untuk anda layan video dengan tenang. Benda ni ‘integrated’ dengan semua video player.

Dan GOM player adalah video player yang aku rasa paling friendly. Nak edit substitle pun boleh ye la mana tau kot-kot korang punya English tak boleh pick up. Tapi aku kalau tengok video English mesti ada subtitles sebab kalau tak, mesti tak boleh catch up nak-nak kalau bab guna ayat slang yang sindiran dan peribahasa. Contohnya cerita House dan Chuck yang ada slang. Tapi kalau video yang tak ada dialog yang korang selalu tengok sorang-sorang dalam bilik berkunci tu, tak perlu subtitles pun tak apa.

9. Acdsee Pro 3 (full version)

Koleksi gambar-gambar aku. (ACDSee 2.5)

Download ACDSee Pro 3 Final + Keygen
Aku dah lama stick dengan ACDsee. ACDSee adalah software graphic yang memboleh kan anda edit (resize, repair, rotate, tambah efek, letak trademark, noise, sharpness, text, etc), tag, manage gambar, komen, red eyes dan apa-apa je yang mudah dan tak serumit Photoshop. Juga terdapat 40+ efek yang boleh di apply terhadap gambar.

Boleh handle hampir semua jenis gambar. Amat-amat friendly use.

Harga pasaran adalah USD 195. Tapi di sini hanya free. LOL. $195x Rm3.5+ = Perh.

10. Win RAR / WIN Zip.

 Win RAR

Download WinRar 3.90 Pro + Keygen / Patch

Apa itu win rar? Apa itu winzip?

Perisian ni perlu untuk membuka folder .zip dan .rar. Kalau tak, memang tak boleh nak view .rar dan .zip.

Kebiasaanya files akan di compresskan kedalam satu folder menggunakan software di atas. Dan biasanya orang buat macam ni samaada untuk upload ke file hosting atau transfer. Sebab bila sesebuah files di compresskan kepada .zip atau .rar, files tu akan susah nak corrupted(rosak) lebih lebih lagi kalau files tu bersaiz besar dan di splitkan menngunakan HJsplit. Serta files .zip/.rar lebih selamat kerana boleh di secure kan dengan password yang kita pilih.

Files-files yang biasanya di compresskan ke .zip dan .rar adalah video, upgrading files, patch (bagi mengelakkan Anti Virus delete patch kerana tersalah anggap ‘patch’ sebagai virus), bulk files dan sebagainya.

11. Folder Guard
Private the folder

Download Folder Guard 8.1+ Keygen / Patch

Di manakan privacy anda kalau bukan di sini? Folder Guard ni adalah tempat anda simpan semua benda yang rahsia. Anda boleh lock mana-mana folder hanya dengan beberapa klik. Ianya amat user friendly dan teratur. Tapi kalau anda perlukan vault yang betul-betul tebal, anda perlukan Folder Lock. Memang jamin selamat. Cuma, aku tak suka folder lock sebab welcome page dia ada gambar kunci dan manga. Gila buruk. Dah la design over nak mampus. Setiap kali nak buka folder yang kita lock, kita akan nampak kunci buruk dan bunyik ketak ketak tanda manga sedang di buka. WTF.

12. Anti Virus – BitDefender Total Security 2010 v13 (full version)
BitDefender Total (Internet security + Antivirus) 2010


[Update Direct Download Link]Download 32Bit BitDefender Total Security 2010 v 13
[Update Direct Download Link]Download 64Bit BitDefender Total Security 2010 v 13
Or you can download from official website (google it)
Then apply its patch to make it full version for FREE. Can update daily.
Download the PATCH

Kenapa BitDefender dan bukan Kaspersky? Kenapa bukan Avast? Kenapa bukan Avg? MCAfee? Nod32? Kenapa?

Segalanya mudah je. Avg adalah tak berguna. Avast, design dia terlalu over. McAfee gila entah apa-apa dan Nod32 is not bad tapi aku lagi prefer BitDefender. Dan Kaspersky? Aku tak suka Kaspasky kerana bunyinya gila buruk. Bunyi kuda. Bayangkan setiap kali ada virus ada bunyi kuda gila mengaum memang annoying. Aku nak setting bunyi lain pun memang tak ada mood dah.

Dan bagai mana pula dengan performance BitDefender? Well, aku kasi 9.5/10. Update hampir setiap hari, significant hampir semua virus, friendly use, smart design, ease and etc. Di sertai dengan Firewall, Antispam, Anti virus, Parent control, Backup, Encryption, TuneUp dan Network Management. Siap ada Game mode lagi. So kiranya kalau anda main game online, firewall Bitdefender akan resetting agar game anda tak lagging. Tak kurang juga IM encryption. Contohnya korang YM dengan awek, BitDef akan encrypt setiap perbualan anda. So memang agak selamat dari malware atau adware serta spam.

The design.

Mesti korang tertanya-tanya “Dah kalau BitDef bagus, kenapa ramai guna Kaspersky?” Sebabnya aku pun tak tahu. Yang aku tahu, virus ‘application’ dari laptop Zacky dah menjahanamkan laptop kawan aku yang menggunakan Kaspersky dan virus yang hampir sama dah rosakkan laptop abang aku yang guna Avast. Tapi bila masuk je ke laptop aku, terus BitDef delete. Ini bermaksud, ada anti virus boleh bunuh virus X,Y,Z tetapi tak bermaksud dia boleh detect virus M,N, O,P dan Q. Dan Antivirus yang tak boleh bunuh virus X,Y,Z tetapi boleh bunuh virus M,N,O,P dan Q. Dan BitDef boleh delete semua virus yang ada didalam handphone. Tested by me.

Bit defender tak pernah mengecewakan aku. Hariz juga sependapat mungkin. Aku dah install BitDefender kat dia punya laptop ketika awal sem dua dan dia tak pernah complain.

*******

Kenapa patch/crack kadang-kala di detect sebagai virus? Kerana patch dan crack sememangnya virus tetapi ianya bukan untuk mendatangkan damage terhadap laptop anda. Fungsinya adalah untuk hack software yang trial version menjadi full version dengan arahan kita. Macam antidote atau apa-apa drug la yang bahaya tetapi di gunakan untuk mengubati kita.

Semua software yang aku nyatakan di bawah boleh digunakan secara full version walaupun anda sepatutnya bayar untuk mendapatkan yang full version punya software.

Di dalam setiap folder yang anda download, telah sertakan crack/patch/key. Fungsi crack/patch adalah untuk hack software yang trial menjadi full version (permanent) dengan free. Jadi pastikan anda turn off anda punya antivirus terlebih dahulu kasi antivirus tak detect crack/patch sebagai virus. Jangan risau link/software yang aku nyatakan 100% selamat dan tak mengandungi virus.

Part 2 is HERE 

I did not own any of these products. The download links are indexed from another websites and no files/software are stored in my blog server. Please read the disclaimer at the bottom of this site.