Sabtu, 30 Oktober 2010

Cara Nak Tahu Orang Curi Gambar Di Blog or Facebook.

Assalamualaikum



Ramai yang bertanyakan

"I ni cantik sangat. Macam mana nak tahu kalau ada orang guna gambar I?"

atau

" Youuuuu. Macam mana nak tau ek kalau ada orang plagiat gambar I?"


Yaaa. I bet some of you (girlsss) selalu bertanyakan pasal gambarnya yang di curi ye ye semua nak curi gambar kau sebab kau paling cantik. Tak kisah la kat facebook ke, kat blog ke, kat tumblr ke atau kat mana-mana je lah. Mesti tak ada hal kalau orang nak curi kan. Bila dah kena curi gambar tu, mula lah buat bukan-bukan dengan gambar tu. Upload sana sini. photoshop kat gambar orang lain dan etc. Tak kah korang fikir siarkan gambar di internet adalah berbahaya? So, ABANG K TO THE RESCUE!



Well, ingat senang ke jadi perempuan cantik. Selalu kena stalk. Buktinya? Nih, housemate aku. Tak habis-habis stalk gambar Fatin Liyana Asri. I don't who is this Fatin Liyana Asri. But, housemate aku ni ada cakap, ramai ada curi gambar dia.

So, ehem. Hai Fatin Liyana Asri. I nak tolong you cari pemplagiat gambar you okay fine mungkin you dah tau caranya but i dont care. I ni gentleman sangat. So, I tak kira. I nak tolong gak.

First, you bukak website TinEye.com (Thanks to Sca Ndx *His blog is so much like mine btw*) Okay I gentleman so I yang patut bukak kan. Mula-mula, I bukakan TinEye.com. Then, I masukkan gambar you. Tapi kan, I mana ada gambar you. Aduh. Eh wait. I tau. "OI KAU ADA GAMBAR FATIN TAK?" Aku jerit kat housemate aku. Eh, I jerit ke housemate I.

So, selepas I dapatkan gambar dari housemate I (Heh, boysss), I pun letak lah gambar you seperti di bawah. Tapi kan, apasal bila I search nama you, keluar muka MilliMilo? So, apa kata kita letak gambar MiliMilo.

 Then


Then


Then, kita tekan okay. Then tunggu lah ianya loading. Sorry lah kalau loading tu amik masa sikit. Biasalah you. Internet rumah I ni slow skit. Ramai sangat open tabs stalking awek-awek comel. Tapi I tak. I tak. I baik. I buka internet untuk chat-chat dengan Miss H I je.

Bila dah siap load, you akan nampak result macam ni. Walah~


Oh oh tak ada result. Hais. Selamat kau MiliMilo. Kalau ada tadi... HAHA. Okay fine agak terasa lah kan sebelum ni mana ada orang buat tutorial tak menjadi dan tak ada result.

Tapi kan, bila di fikir-fikir balik, dari test gambar orang lain, baik aku test letak gambar awek aku. Mana la tau kot-kot ada orang curi gambar awek aku ke kan?


 Then


See, ramainya curi gambar awek aku. Kalau korang perasan, even gambar tu di edit pun, TinEye boleh detect.


Cuba kita lihat. Gambar makcik Maria ni, ramai pulak yang guna. Ada dekat 125. Wait 125 je? Ya. Hanya sekitar 125. Could you believe that? Bullshit. So, maksudnya, teknik yang di gunakan adalah tak berapa effective. Aku rasa, gambar ni ada beribu-ribu di seluruh dunia. Tapi di sebabkan sistem TinEye masih baru, so, ianya tak effective.

TinEye ni tak detect muka. Tapi dia hanya detect gambar yang almost 80% the same.

BUT, teknik ni mungkin tak mampu menolong dengan banyak. Nak-nak bila gambar gedik korang tu di gunakan di blogspot. Why? Sebab gambar tu akan di detect, tetapi secara link ke host dan bukan ke blog yang publish gambar tu. Which is, yeah, pretty suck. So, kalau korang lucky, korang akan jumpa lah siapa mamat gay atau gadis kesunyian guna gambar gedik korang di facebook or blog. Or else, korang hanya akan dapat link ke image hosting blogspot or server facebook. (Kecuali lah kalau si plagiat tu ada domainsendiri.com)

Tapi, TinEye ni sekarang still dalam beta phase. Maksudnya sistem dia berfungsi tak secara fully dan masih di dalam test. So, suatu hari nanti, tak mustahil dia boleh view gambar yang digunakan sebagai profile picture facebook.

Tapi, if you guys nak give a try, why not? Mana la tau kot-kot ada mamat gay guna gambar korang untuk bermanja dengan lelaki hensem. Pastu tukarkan lelaki-lelaki hensem sepada gay. Then, korang yang rugi. Kan?



Khamis, 28 Oktober 2010

Kenapa dan Apa Itu Pedophilia.

Assalamualaikum


Uh, semalam adalah hari terakhir ada kelas. So, maksudnya, selepas ni, kelas mungkin tak ada. IT IS STUDY*Dota* WEEK.

Btw, masa tengah lepak-lepak dan borak-borak, aku perasan ada satu email yang termasuk dalam Spam Yahoo!. Yahoo! Ni servis dia teruk ah. Suka sangat mark email orang lain sebagai Spam. Email spam tak pula kena spam.

 So, melalui email awek ni, dia ada satu request. Tapi sebelum tu, apa kata kita baca email dia dulu.



Click to enlarge
Okay fine korang malas nak tekan gambar dan full view it. So, aku dengan berat hati akan menulis balik email yang di kirimkan tu yea.


Assalamualaikum

Hai Mr Khairul tersayang.

I baru je follow belog you. You tau, you ni menarik even you suka mengata perempuan. Bukan sahaja menarik, malah romantik. I suka.

Lagi pun, you I amat-amat suka bila you puji perempuan. You nampak comel. I nak kutuk pun tak sampai hati.

Tapi kan, apa kata you tulis pasal pedophilia. I rasa dieorang ni amat-amat lah mengeramkan sebab kita tak boleh detect orang yang ada dengan masalah ni. Entah-entah, orang kat sekeliling kita ni adalah pedophilia. Bahaya untuk rakyat Malaysia yang comel macam you.

P/s : Sorry lah kalau I ni gedik sikit. Dah memang macam ni nak buat macam mana.

Oh, oh. Email tu, aku tak edit tau. Tak edit.

Btw, aku terfikir juga lah kan. Aku ni student psychology ke? Mana la aku tahu pasal pedo pedo ni. But actually, aku tahu lah juga sikit-sikit.

So, how many of you yang tahu what the hell is pedophile?
Rasanya, ada yang tahu bahawa pedophilia bermaksud mental illness di mana orang dewasa yang tertarik terhadap kanak-kanak bawah umur. Ya. But that is not the scary part. The scary part is, they are interested to the kids, in sexual-manner-thingy-so-bad-bad-way.


Benda yang korang patut tahu pasal pedophilia:


Myth : People with pedophilia hanya tertarik kepada kanak-kanak.
Fact : Actually, that is so wrong. Lelaki/perempuan yang pedophilia tak bermaksud mereka hanya tertarik kepada kanak-kanak dari segi seksual. Mereka kebanyakkan ada keluarga. Mereka dah kahwin, dah ada anak, ada awek, ada skandal, ada booty-call. Ada sahabat handai. Kalau nak di ikutkan, 'penghidap' pedophilia tu tak bermaksud mereka hanya target kanak-kanak. Mereka juga tertarik dengan orang yang sebaya dengan mereka. Tapi, their mental illness, membuatkan mereka kadang-kadang tertarik kepada kanak-kanak bawah umur, and super abuse them dari segi seksual.

Myth : Orang yang menghidap pedophilia tertarik dari segi seksual terhadap kanak-kanak yang dia tak kenal/random.
Fact : They fact is, most of the case, pedophile ni akan terdorong untuk cari someone yang dia rapat dan kenal, serta fantasize about them. Dia akan belanja ais kerim, jajan, toys dan sebagainya dengan kanak-kanak tu. Dan, mostly juga, kanak-kanak yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak yang amat rapat dengan si pemangsa. Family kanak-kanak tu mungkin kenal rapat dengan pemangsa. Jarang si pemangsa nak cari mangsa yang dia tak kenal. Lagi pun, dia tau yang budak tu percaya kat dia. So, kalau dia suruh budak tu tutup mulut dengan kasi chocolates, memang tak ada hal lah. 

Myth : Pengidap pedophilia adalah lelaki.
Fact : Hell no. Ada some cases, perempuan adalah pengidap pedophilia. Tapi, tak ada lah banyak. Cuma, still ada. Samaada tak banyak atau tak dilapor kan.

Myth : Depressed people might turn into pedophilia.
Fact : Actually, anyone could be pedophilia. Tak semestinya seseorang tu perlu depressed dulu. Kawan, jiran, guru dan saudara mara semua berpotensi menjadi pedophilia. Kawan sebelah korang pun mungkin pedophilia. Cikgu korang pun mungkin pedophilia. Lecturer korang pun mungkin pedophilia. Roomates korang pun mungkin pedophilia. Try check-check laptop/pc dieorang. Tengok-tengok kot-kot ada video-video kanak-kanak yang tak sepatutnya. Termasuk anime.


Sebab-sebab yang seseorang itu berkemungkinan dan berpotensi untuk menjadi pengidap pidophilia.
  • Di dera semasa kecil.
  • Hubungan dengan parents semasa zaman kanak-kanak
  • Some kajian menunjukkan yang pengidap pedophilia ni tertarik dengan kanak-kanak sebab psycologinya tidak berkembang. Masa umur 13 tahun, suka budak umur 12 tahun. But then, masa dia umur 18 tahun, still suka budak yang umur 12 tahun. Something like that.
  • Ingin kan so-called-kuasa. Contohnya kes rogol. Ada certain kes, perogol bersiri bukan tak handsome dan tak mampu cari perempuan untuk check in hotel. Tetapi dia suka merogol. Mostly, dia yang suka bila tengok perempuan sakit dan melawan tapi tak mampu buat apa-apa. Hardcore punya style.

 Thanks to Cik Girang for the info.

Actually, it is hard to detect pedophilia. Kadang-kadang, orang yang pedophilia ni mungkin berselindung dengan ayat "Saya suka kanak-kanak". Well, I dont know, really.

Tapi, kadang-kadang tu ada juga jenis 'cyber phedophilia'. Yang ni aku tengok kat astro beberapa tahun lepas. Ni adalah jenis cari mangsa yang dia tak kenal then dapatkan kepercayaan kanak-kanak perempuan/lelaki tu.

Caranya mudah je sebab gaya hidup zaman sekarang 'terlampau maju'. Ye lah. Budak-budak darjah 4 dah ada handphone. Dah reti main Facebook. Dah reti chatting kat skype, YM, Gtalk. Kalau kita tengok, zaman-zaman dulu zaman nenek moyang kita dulu mana ada banyak kes pedophilia. Why tak ada? Sebab dieorang mana main Facebook, Skype, Ym and Gtalk tu semua. Tu semua bullshit.

But nowadays, kalau nak cari mangsa perempuan yang muda-muda senang je. Buka facebook, then search guna email dengan keyword nama perempuan yang di hujungnya letak tahun. Contohnya 'Wani_94@yahoo.com' atau pun "Syaz_93@yahoo.com'. Kalau tak dapat, guna lah keyword dan tahun lain. Dan cara ni memang mudah lah. Cuma perlukan sikit usaha dan masa. Biasalah. Bak kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Tanpa usaha, siapalah kita.

Modus operandi 


Modus operandi dia mudah je. Mostly lelaki lah. Sebab lelaki kretive bila buat benda-benda jahat ni. Biasanya dieorang akan cari target. Chat-chat. Tunjukkan kejantanan memalui perbualan. Topup handphone skali dua. Kasi ayat kaw-kaw biar si perempuan akan berasa cair (biasalah, budak-budak umur 14 tahun baru nak up. Mudah je cair). Dapatkan kepercayaan si perempuan. And puff. Your lil sister is gone. Sounds cute, but hell scary believe me.

Tapi kan, kalau nak di ikutkan, ada tau 'pedophilia' jenis 'tak underage'. kalau ikut law, pedophilia biasanya orang kata 'Tertarik dari segi seksual terhadap kanak-kanak yang umurnya bawah 14-16 tahun (atau sebelum baligh). Tapi kan, aku rasa belas-belas tu adalah angka je. Andai kata kalau lelaki tu umur 45 tahun. Then dia tertarik dengan awek berumur 14 tahun, then it will be super scarier kan? But since lelaki umur 45 tu kebanyakkan dah kaya. Rasanya perempuan lagi suka ye tak? Apa barang bagi gula-gula. Bagi duit lah baru boleh tutup mulut ye tak? Maklum lah. Banyak duit, masa depan pun terjamin. Realistik. Kan?

Kalau tak silap aku, dalam psykologi, pedo ni di kira mental illness. Tapi yea ke? Kalau pedo tu mental illness, kenapa gay bukan tergolong dalam mental illness? Ada budak yang ambil law dan belajar psokologi tahu pasal ni?

Oh, oh. Memandangkan korang yang baca blog aku ni ramai perempuan. Meh sini Abang K nak kasi sikit hadiah.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

Dalam sebutan rumi : Allahumma In Kunta Ta'lamu Unni Aamantu Bika, Wa Birasulika Wa Ahsontu Firji Illa 'Ala Zawji Fala Tusallit 'Alayya Al-Kafir Wa Az-Zalim.

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Di atas adalah doa yang aku ambil dari blog Ustaz Z. Khas untuk kaum perempuan. Bagus untuk mencegah dari di rogol dan yang seangkatan dengannya.

Tak pernah lagi aku letak doa-doa ni kat blog agaknya. Ish.

Btw, bila yea aku nak jadi Ustaz K ni?. Ehem


Ahad, 24 Oktober 2010

When Bloggers, Tweeters and Facebookers Meet Together.

Assalamualaikum



Ini adalah entry khas okay. Entry untuk support contest DiGi yang Joe masuk. Aku ingatkan nak tulis gila-gila gak tadi. But then, agak busy dengan segala.


So, memandangkan aku malas tak ada masa dan masa amat mencemburui aku ececece. Aku rasa aku patut amik je apa yang Brader Joe tulis.

***************

Terima kasih pada DiGi



Mereka ada jalankan satu contest yang akan memberi RM 10 000 kepada 'youth' yang datang dengan idea yang menarik untuk adakan apa-apa aktiviti bersama kawannya. Ni macam mengantuk disorongkan bantal la ni, apa lagi, terus aku masuk. Jadi, jika korang nak join gathering besar ni, tak nak join pun kena jugak vote, sila ke page ini dan vote entry yang aku tulis ni. (Pastikan korang vote yang tajuknya When Blogger, Facebooker and Tweeple Meet Together tu yea. Errr. Ya aku perasan tajuknya agak pelik. Tapi, peduli apa. Tajuk pelik tu lah yang unik. Unik tau. Bukan pelik. HAHA)


Sedikit mengenai Gathering

Kali ini akan dibuat gathering yang besar punya. Perancangan aku dalam bulan 12 atau 1 ni, nak cari sponsor semua bukan senang ok, jadi kalau menang duit ni, senang sikit nak buat gathering. Kali ni nak lebihkan horizon kepada bukan sahaja blogger, tapi boleh jumpa sekali dengan kawan twitter, facebook. menarik kan? hari ni pun ada gathering kat TTDI yang kumpul tweeple ni, untuk next gathering ni, kita buat besarrrrr punya. Bagi impak kepada masyarakat dengan gathering. update penuh nanti aku akan cerita, sekarang ni kena menang dulu!


Mengenai contest DiGi



Menang sangat menarik dan jarang ada company yang sanggup bagi duit untuk buat program kepada remaja ni. ni yang sayang lebih kat DiGi ni =) ok, contest ni diadakan 6 peringkat, 6 minggu, jadi ada 6 pemenang. satu minggu satu pemenang. minggu pertama start pada 20-26 oktober. minggu2 seterusnya korang boleh check sendiri. so, sesiapa yang ada idea menarik dengan kawan2, boleh join jugak. tapi join lah next week2 punya, sebab minggu ni kita fokus pada event ni dulu. dia ada cakap, boleh hantar sebanyak mana event, so bila korang dah vote yang proposal ni, still boleh join jugak next week.


Apa korang boleh tolong?

  • Promote link ini (http://t.co/p2UNc2U) di blog dengan buat entry khas cerita sedikit sebanyak pasal pencarian sponsor ni, ni memang untuk cari sponsor untuk event KITA
  • Promote link ini (http://t.co/p2UNc2U) di twitter atau facebook suruh kawan-kawan vote
  • Di link ini (http://t.co/p2UNc2U) ada 'post to my wall', sila klik situ untuk share (mudah kan?)
  • Semua tak sempat, klik link ini dan vote untuk diri sendiri!

Tajuk proposal itu adalah when blogger, facebooker and tweeple meet together


Ingat, voting period sehingga 26 Oktober pukul 7 malam sahaja, jadi kita kena cepat.

(Korang nak copy paste entry ni pun aku tak kisah, terdesak nak cari sponsor ni)


(Bayangkan kalau semua blogger yang datang hari tu vote, dah sah sah dapat sponsor dengan mudah ni. Jom sama-sama support untuk adakan Gatherning terbesar ini =)

**************

So, siapa yang suka gathering, makan percuma, carik pakwe baru, cari skandal, tambah skandal dan cari bakal suami serta isteri tu. Sila-sila lah klik link-link di atas. Lagi pun, berapa ramai antara kita pernah jumpa satu sama lain. Aku pun, pernah jumpa tak sampai 10 je.

Oh oh. Aku lupa nak cakap. Aku masuk saja saja je kontest ni. Belum tentu aku akan pergi gather ni. Lagi pun... *Tempatnya agak jauh. Err err.

Banyak pula komen aku.

Btw, sorry yea sebab 2-3 entri aku yang sebelum entri ni adalah tak sebest mana. Aku tak ada sangat masa nak menulis. Ye lah. Nak makan lagi. Nak layan korang lagi. Nak tido lagi. Nak berangan lagi. Bila masa nak study ni? So, babies. I will be super massive busy for the next 20 days. Till then, aku akan post kadang-kadang je.

Korang pula, kalau nampak aku asyik online tu, marah-marah la sikit. Jangan marah jerit-jerit tau. Marah manja-manja. Tapi jangan manja-manja sangat. Nanti ada orang jeles.



Sabtu, 23 Oktober 2010

This Is Good.

Assalamualaikum


Yo. Selamat hari... erm. Sabtu eh. OMG dah hari Sabtu. Rasa laju je masa berjalan.

Well, aku perasan lah kan, semenjak dua menjak ni kat facebook ramai yang update status macam "Asyik aku je jaga hati kau. Hati aku siapa nak jaga?" Biasanya, kalau bab status macam ni mesti kes ada orang yang tak reti nak bertolak ansur dan lebih pentingkan diri sendiri. Lagi tak boleh blah, bila dia tak boleh bertolak ansur dengan pendapat orang lain. Semuanya nak ikut kepala dia.

Oh-oh, so, I am giving you guys this great song. Lagu ni tak ada lah kena mengena dengan orang yang keras kepala ke apa. Tapi, this is quite good song. Tak tahu lah lagu bila. Tapi tak dengar lagi di mana-mana radio.

Apa pun, comel kan dia. Muka dia ala-ala Elsa Soraya yang lepak kat Jepun sekarang ni.


Kalau rasa video ni slow sangat, sila pergi ke yang YouTube punya. Video yang kat YT tak boleh di embed.

 
MP3 Player

King of Anything - Sara Bareiles

Keep drinking coffee, stare me down across the table
While I look outside
So many things I’d say if only I were able
But I just keep quiet and count the cars that pass by

You’ve got opinions, man
We’re all entitled to ‘em, but I never asked
So let me thank you for your time, and try not to waste anymore of mine
And get out of here fast

I hate to break it to you babe, but I’m not drowning
There’s no one here to save

Who cares if you disagree?
You are not me
Who made you king of anything?
So you dare tell me who to be?
Who died and made you king of anything?

You sound so innocent, all full of good intent
Swear you know best
But you expect me to jump up on board with you
And ride off into your delusional sunset

I’m not the one who’s lost with no direction
But you’ll never see

You’re so busy making maps with my name on them in all caps
You got the talking down, just not the listening

And who cares if you disagree?
You are not me
Who made you king of anything?
So you dare tell me who to be?
Who died and made you king of anything?

All my life I’ve tried to make everybody happy
While I just hurt and hide
Waiting for someone to tell me it’s my turn to decide

Who cares if you disagree?
You are not me
Who made you king of anything?
So you dare tell me who to be?
Who died and made you king of anything?

Who cares if you disagree?
You are not me
Who made you king of anything?
So you dare tell me who to be?
Who died and made you king of anything?

Let me hold your crown, babe.

Rabu, 20 Oktober 2010

Surat Cinta & Nasihat Dari Wife Masa Hadapan.

Assalamualaikum


Pagi yang indah. Kelas tak ada. So, apa lagi yang lelaki bujang macam aku akan buat bila tak ada kerja? Apa? Tidur? Oh sorry sikit yea. Aku tak ada lah malas sangat sampai asyik nak tidur. Okay fine aku memang tidur pun. Sampai pukul 11 baru lah aku bangun. Awal lah juga. Awal dari kebiasaan.

Aku bangun pun sebab ada benda pelik yang berlaku. Kisahnya macam ni;

Masa aku tengah dok tidur tu, aku di kejutkan dengan panggilan someone. Aku terus buka mata dan pick up phone aku.

"Hello...." Aku menjawab telipon.

"Walaikummusalam!" Dengar suara perempuan di hujung talian.

Aku memang nak kasi salam tadi. Tapi... tak sempat.

"You tengah buat apa ni? Tidur ke?"

"Erm.. Yer"

"Asyik tido je tau. Pemalas."

Perh, kerek betul minah ni.

"Siapa ni?" Tanya aku bila tengok nombor dia tertulis Private Number.

"Siapa I? You tanya siapa I? You agak I ni siapa?"

"Mana la I tau" Jawab aku yang tengah mamai.

"I ni, wife you lah. I call dari masa hadapan."

Aku terdiam berfikir.

"Masa bila pula I kahwin? I belajar tak habis lagi."

"Kan I dah cakap yang I call dari masa hadapan. You muda-muda dah pekak."

Perh, sabar je. Sabar je. Tapi tak apa. Aku layan.

Aku terus bagun dari katil. Aku pergi kat meje Fakh, dan ambil rokok. Then baru aku ingat, sejak bila pula aku hisap rokok?

"Hey, kat masa hadapan nanti, I hisap rokok tak?" Aku tanya perempuan kerek tu.

" Haha. Tak. You still macam dulu. Semua benda tak reti. Merokok pun tak reti. Entah apa yang you reti pun I tak tahu"

Aku diam. Terasa sebenarnya.

"Well, I call you sebab I nak suruh you buat sesuatu" Sambung dia.

"Buat apa?"

"Check mail box you. I hantarkan surat. Khas untuk you"

Selepas dia cakap, terus dia letak phone. Manis betul perangai awek-awek sekarang.

So, aku pergi ke luar rumah dan ambil surat.

Aku tengok-tengok.

Cantik suratnya. Siap ada kesan bedak lagi. Apa tah letak bedak. Orang main perfume dah sekarang. Mana main bedak lagi.

Aku buka dan baca.

*Sila baca dengan nada dan intonasi relax serta bersahaja yea.*



Wahai my ONLY future husband. 

Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat you yang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss.

You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea.

First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat;

"Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?" 

You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke, you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat.

Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung?

Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu.

Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell, you?




Dear ONLY you.

Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you?

Hunny, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Tak guna.

Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah; mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung.


You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia.

Dear my ONLY husband.

Hunny, I harap you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil you tak kisah kalau I pandang lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang lelaki tak boleh. Kenapa yea, you?

Lagi satu. Kenapa it is okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki je, you kata I curang? I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak ada makna. Huh.

You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah  macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah.

Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau.

Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you?

Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu.

Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I."



Isnin, 18 Oktober 2010

Cara Untuk Tahu Jika Ada Orang Curi Post/Entry Blog Anda.

Assalamualaikum


I got some feedback regarding Surat Untuk My Future Wife(s). Surat tu aku tulis secara gila-gila. Kalau tak silap aku, aku tulis pada waktu malam selepas Lab Test yang berjalan dengan lancarnya. Dan, feed back yang aku dapat agak best ah. Tapi bab yang tak bestnya, ramai yang copy paste dan letak kat Facebook. Aku terfikir untuk disablekan right click di blog aku. Tapi, aku rasa tak sesuai sebab ramai yang suka open new tab dengan guna right click sebab ramai yang tak tahu 'Open in a new tab' can be done by clicking the mouse wheel (Butang tengah mouse yang boleh roll tu). Nak close tab pun boleh guna mouse wheel.

But nevermind lah. Stakat ni, aku tak jumpa lagi mana-mana blog yang copy entry-entry aku dan claim yang dia tulis. Kalau kat facebook tu ada lah sekor dua plagiat kot.

Tapi kan, dari dulu, aku ada satu cara macam mana nak tahu kot-kot lah kan ada orang copy entry korang. Caranya mudah dam simple. Which is;


  1. Buka Google.com
  2. Copy 1 perenggan entry korang. Panjang gila pun tak apa. Copy je.
  3. Paste kat google search.
  4. Tekan search. (Nak gak bagi tau)


Resultnya, anda akan nampak keyword korang yang sebijik-sebijik. Sebagai contoh, tekan SINI. Dan anda akan nampak senarai blog-blog yang menggunakan entry yang di search. Korang akan nampak memang banyak lah ayat yang di bold disebabkan sama.

But since entry-entry banyak di curi dan di letakkan di Facebook, nak tak nak, aku kena cucuk jarum di Facebook. So, dengan itu, aku create Blog The Other Khairul Fan Page. Aku tak suka benda-benda fan ni. tapi aku terpaksa buat. DAN, sila jangan cakap yang follow tu adalah fans ya. I take it as friends and readers. Not fans, not followers. Just friends. Got that babies?

Lagi pun ianya penting untuk backup. Mana tau kot-kot blog aku kena delete.

P/s : Aku jumpa banyak blog yang buat reply untuk Surat Untuk My Future Wife(s). Im gonna put that on this blog. Soon.


Sabtu, 16 Oktober 2010

Fenomena Blogger Download Video Dari YouTube dan Upload Ke Blog Sendiri / Fan Page Blog.

Assalamualaikum


Ramai yang bencikan blog yang letak berita dari akhbar. Tapi aku rasa, aku lagi tak suka blog yang copy paste (Download) video-video dan letak di facebook fan page.

Apa yang aku nampak sekarang adalah ramai sangat yang nak memcapub demi promote blog sendiri. Contoh terbaik adalah ketika di facebook. Tak boleh blah bila owner sesuatu page blog tu, download video dari youtube semata-mata untuk upload di fan page facebook dia sendiri. Even dia tak claim yang video tu dia punya.

Kalau video santai tak apa. Tapi kalau dah video yang sensitive yang sentuh soal kaum dan agama? It is so OMG then.


Cuba tengok video di atas, masa di post di facebook, semua kata tu polis adalah polis tipu. Nak rogol lah apa lah. Ada yang mungkin kata itu hanyalah rekaan dan sebagainya sebab tak nampak muka si perempuan. Tapi, cuba korang click dua kali kat video tu (Dia akan direct ke original link YouTube). Then try tengok comment section. Korang akan tahu siapa perempuan tu, di mana dia kerja, apa dah jadi kat dia dan sebagainya. Dari apa yang di tulis di comment section, korang boleh fikir balik dan gabungkan serta combine kan dengan fakta samaada bla-bla-bla.

Aku tak kisah lah nak guna teknik apa pun untuk naikkan populariti blog korang. Lagi pun aku suka gak layan video-video yang di uploadkan. Kadang-kadang memang kelakar dan kadang-kadang memang buat orang terfikir. Tetapi, kebanyakkannya tak ada description. Sampaikan aku perlu buka YouTube dan search macam-macam untuk dapatkan description video tu. Tambahan pula, kebanyakkan video adalah dari luar negara. Contohnya, video kanak-kanak lelaki bergayut dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Then budak tu jatuh dari tempat tinggi. And then, video tu habis. Hadoyai. Tak ada siapa tahu video tu tulen atau pun tak. Dan yang penting, tak ada siapa tahu apa yang terjadi. Tak ada nama, tak ada tempat kejadian dan sebagainya.


Contoh lain, ada satu video di sebuah fan page facebook. Video tu view pasal wawancara di mana seorang pengacara gelakkan pasangan Islam yang kematian ibu dan bapa. Aku baca komen kat fan page tu, semua kutuk. Tapi bila aku search di Youtube, aku tengok-tengok yang wawancara tu hanyalah lakonan sebuah program komedi. Dalam video tu, tak ada isu agama Islam langsung.  So, mana datangnya isu-isu pelik-pelik? Ya, semuanya di sebabkan masing-masing reka sendiri description video mungkin?

Bila tengok sesuatu video, ramai yang suka;
  • Baca description dia.
  • Baca comment orang ramai dari seluruh dunia.
  • Check ketulenan video.
  • Community dalam perbincangan tentang video.

Tapi kalau video tu semua di download dari YouTube dan di upload ke Facebook serta tanpa link YouTube asal, macam mana viewer nak buat benda-benda di atas? Ya, kadang-kadang, yang upload di youtube pun bukan orang yang rakam. Tapi, di ruangan comments, mesti akan ada orang yang tahu pasal peristiwa dan video tu. Kan?

Sebab lain, aku selalu lepak di YouTube dan bila tengok sesuatu video yang buat aku terkejut, aku akan tengok comment section. Dan kebanyakkan memang boleh dapatkan info dari yang orang yang comment. Contohnya "This video is doest make sense. How come it bla bla bla" Dari situ kita boleh berfikir dua kali. Tapi kalau video tu di upload ke fan page facebook, community yang menonton adalah kecik. Pulak tu, golongan orang melayu. Melayu pulak, kalau dapat sesuatu video, article atau berita, terus terima bulat-bulat dan sebar tanpa berfikir.

Aku tak kisah kalau video tu pasal video kucing yang main dengan bola, atau video baby ketawa, atai video budak-budak menari sambil mabuk atau apa-apa je lah. Tapi kalau dah video yang orang terjatuh bangunan, atau video orang accident atau video benda-benda yang boleh kecutkan perut, then tak ada description; tak tau apa berlaku; tak tahu di mana peristiwa berlaku; tak tahu kenapa macam tu dan kenapa macam ni, memang panas bila video habis sekerat jalan.

So, kepada owner-owner fan page blog yang buat blog semata-mata untuk letak video yang didownload dari YouTube dan upload ke blog sendiri (atau fan page facebook sendiri), sila lah nyatakan original link yang di ambil dari YouTube. Semua orang tahu yang video tu bukan korang yang rakam. Semua orang tahu yang video tu di ambil dari YouTube atau yang seangkatan. Cuma, orang tak tahu apa yang benar-benar terjadi. Dan kalau boleh, jangan pandai-pandai buat description sendiri. Tak pasal-pasal boleh jatuh fitnah.



Tak Terasa. Tak Terasa.

Assalamualaikum


Aku tengah searching kat Google, Yahoo! dan Bing untuk something yang penting.

So, aku pun search-search lah.

Tiba-tiba ada orang add aku Yahoo Messenger (YM). Awek mana entah yang add. Biasanya, kalau awek yang add, mesti lelaki akan terus approve. Tapi aku tak. Aku lain. Aku check dulu FB dia guna email dia. Kalau lawa baru aku approve. HAHA.

Selepas aku approve, awek tu terus YM aku.

Awek tu : Assalamualaikum.

Perh, bagi salam tu. Sejuk perut aku membacanya.

Aku : Walaikummusalam.

Aku jawab dan terus sambung searching pasal something.

Awek tu : Busy ke?

Pada masa ni, aku harap dia tak tanya soalan-soalan sengal yang macam "Kenapa kita berjalan secara berdiri?" atau "Kenapa kita makan ikut mulut?" atau apa-apa je la soalan pelik yang kalau kat formspring aku memang aku dah delete awal-awal.

Aku : Tak adalah tak busy pun. Kenapa?

Awek tu : Oh. Tak ada apa. Saja je tanya. Lisa Surihani sihat?

Aku : Erk, sihat je dia. Tapi biasa lah. Merengek-renget mintak i layan dia.

Awek tu : Hahaha. Anyway, saya suka blog awak.

Berawak-awak pula dia ni.

Aku : Oh ye ke. Terima kasih. Ada blog juga ke?

Awek tu : Eh tak. Saya tak ada blog. Tapi saya suka baca blog awak tau. Rasa macam nak bagi award blog je.

Award blog? Macam mana nak bagi award kalau tak ada blog. Pelik betul budak ni.

Aku : Oh ye ke. Tapi saya dah tak main award-award ni. Tak tau nak sumbat kat mana. Haha.

Awek tu: Haha. Ye ke. Tapi awak nak tahu tak award apa saya nak bagi kat awak?

Aku: Hmm? Award apa?

Awek tu : Award Blogger Paling Gedik. DAH LAH GEDIK MENGADE-NGADE PULA TUH. HUH.

*Offline*

Dia kutuk-kutuk aku pastu terus offline? Wth. WTH.


Sedih gila I. Mana ada I gedik. I baik apa. Isk.


Selasa, 12 Oktober 2010

Final Exam Paper.

Assalamualaikum



Yo. Now, final exam aku mungkin akan berlangsung pada 10/11/2010. Which is dalam 4 minggu lagi. So, sekarang aku bukan busy dengan study. Tetapi busy dengan lab report dan assignment. Its okay sebab aku lagi suka buat assignment dan lab report dari study dan menghafal. Tapi nak tak nak, kena study juga kan?

So, memandangkan aku abit busy dengan labby report dan final exam segala, harap korang tak kisah kalau blog ni dah tak berapa nak di update. Mungkin akan di update secara 2-3-4 kali dalam seminggu bedasarkan idea yang aku dapat. Kadang-kadang masa aku tengah dalam bilik air, idea datang mencurah curah. Kadang-kadang bila aku duduk depan computer, aku tak ingat langsung apa idea yang pernah datang. So, kekerapan blog di update adalah 100% based on that.

Dan, jangan wish "Good Luck for Your Final Exam" to me. I don't believe on luck. Luck NEVER been on my side. So, ya, again, I don't believe on that shit. 

Till then.

Bye.



Isnin, 11 Oktober 2010

Surat Cinta Untuk My Future Wife(s)

Assalamualaikum

This article is 100% written by me. Tak ada edit-edit atau inspired dari blog lain.

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.


Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan?



Rabu, 6 Oktober 2010

Video Dunia Akhir Zaman dan Kenapa Aku 'Tak Percaya' Freemason & Illuminati.

Assalamualaikum


Aku buat entri ni adalah kerana aku tengok benyak sangat orang-orang kita di Facebook pakat forward video yang bertajuk "Dunia Akhir Zaman" yang pasal Freemason Illuminati yang entah apa-apa tu. Tapi rasanya tak perlu lah aku pertikaikan sangat pasal video tu sebab kebanyakkan benda yang di nyatakan dalam video tu korang boleh pertikaikan sendiri. Dan yang selebihnya dah dipertikaikan oleh Leokid. Masa mula-mula Leokid ni buat entri tu, aku tengok hanya ada dalam 3 comment. Tapi sekarang dah beratus tapi comment section dah di tutup. Mungkin sebab pergaduhan. Tutup comment section untuk elak pergaduhan adalah langkah yang baik.


Kat sini aku nak kasi situasi. Dua situasi. Dan situasi ni pula di pandang dari dua jenis sudut which is sudut Islam dan sudut 'Pencinta-Freeemason-dan-Illuminati-is-Everewhere"

Antara article (fakta benar) yang paling famous berkenaan dengan 'bukti kewujudan freemason' adalah pasal life president US iaitu John F Kennedy dan Abraham Lincoln. Mari kita lihat articlenya yea.

  • The names Lincoln and Kennedy each contain seven letters.
  • Lincoln was elected to Congress in 1846
    Kennedy was elected to Congress in 1946 (Beza 100 tahun)
  • Abraham Lincoln was elected (trial) President in 1860.
    John F. Kennedy was elected (trial) President in 1960.(Beza 100 tahun)
  • Both Presidents were shot on a Friday.
    Both Presidents were shot in the head.
  • Lincoln's secretary was named Kennedy.
    Kennedy's Secretary was named Lincoln.
  • Lincoln was shot at the theater named 'Ford.'
    Kennedy was shot in a car called 'Lincoln' made by
    'Ford.'
  • Andrew Johnson, who succeeded Lincoln, was born in
    1808.
    Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in
    1908.

Bila benda di atas ni di tujukan ke geng-geng "Pencinta-Freemason-is-Everywhere!", mereka akan berkata;

See?! Semuanya adalah DIRANCANG! Dari pemilihan Kennedy dan Lincoln hinggalah mereka berdua di bunuh, semuanya di rancang secara rapi oleh orang-orang tertinggi Freemason!!! Pulak tu selama beratus-ratus tahun lalu! Termasuk lah sekarang. Semuanya di rancang untuk membunuh umat Islam!!! Sebarkan jika anda sayang umat Islam!!!.  

Normally, itu lah yang akan orang 'Pencinta Freemason-is-Everywhere' akan cakap. Fakta pasal JFK dan Lincoln tu memang betul. Aku pernah baca di sebuah buku keagamaan yang bercakap pasal takdir dan kebetulan. Masa aku baca buku tu, tak kecoh lagi kes freemason ni. Kira memang dah lama dulu.

Dan tahu kah korang apa komen dari sudut pendangan penulis Islam yang di tulis kat dalam buku tu (Berkenaan dengan Kennedy dan Lincoln)? Lebih kurang memberi maksud macam ni;

Allah adalah Tuhan sekalian alam. Hanya dia yang mampu tentukan apa yang dia kehendaki. Hanya dia yang mampu memberi dan menarik nyawa seseorang. Jadi, kalau freemason tu rancang dengan rapi mana pun, kalau dah Tuhan tak nak tarik nyawa dua president tu, memang tak akan mati. Semua benda yang berlaku di atas (article), adalah dengan izin Tuhan. Dan itulah yang di panggil 'kebetulan' dalam Islam yang bermaksud semuanya adalah di tangan Tuhan. ('Kebetulan' adalah tak wujud. )

So, soalan aku;

Who the is the Freemason anyway? Kenapa ramai sangat takut dengan dieorang? Macam mana semua rancangan yang dieorang rancang tu berjalan perfect gila? Diaorang tu Tuhan ke? Padahal semua tu adalah 'kebetulan'. Dan 'kebetulan' tu Tuhan yang rancang. Tuhan rancang supaya korang tau kekuasaan dia. "Lihatlah betapa hebatnya Tuhan boleh buat dua orang yang sama nama, mati pada hari, dan cara yang sama." Tapi boleh pulak korang pi cakap semuanya di rancang oleh Freemason. Aduh.


Bab yang paling tak boleh blah bila aku baca geng-geng freemason lover tulis;

"Kini geng Zionis tengah sibuk membina Istana (Haikal Sulaiman) untuk Dajjal dari serangan Nabi Isa apabila Nabi Isa turun ke dunia yang bermana"

Soalan aku senang je. Who cares? Dajjal tetap akan turun. Dieorang nak bina menara ke, tembok cina ke atau istana ke, suka hati dia lah. Sebab Nabi Isa tetap akan menang bila lawan dengan Dajjal. Isunya satu je iaitu berapa ramai umat Islam yang akan tersesat dengan 'dakwah' Dajjal. So, aku still tak faham, apa point video tu diwujudkan. Dajal tu akan mampus. Tapi tak tau lah kalau korang tak percaya kat al-Quran.

Dajjal ni fungsinya nak memosongkan umat Islam. So kalau keimanan korang kurang, baik korang naikkan sikit. Baru lah tak mudah di hasut oleh Dajjal kecil. Kan? Lagi pun, ianya lagi bagus dari dok kaji benda-benda freemason ni.


Sebab semakin korang kaji, semakin terpesonglah korang. Kalau korang nak tahu, dulu-dulu masa benda freemashit ni start kecoh, aku dengan housemate aku download lah juga benda-benda yang illuminati ni semua. Contohnya, book of Mormon, Black Bible dan The Roots Of Ritualism In Church & Masonry. Sedikit sbanyak memang ada baca. Bukan sikit, memang banyak ah juga baca. Bila dah baca kitab dieorang, memang mudah sangatlah akidah korang tu nak terpesong. Dah tu, kenapa nak baca? Sebab nak tahu. Sebab nak kaji. Nasib baik lah kiteorang baca sambil kutuk-kutuk.

So, memang betullah freemason ni menyesatkan umat Islam. Ia menyesatkan bila makin ramai yang kaji. Bila ramai yang dah kaji, start la baca kitab-kitad dieorang. Then tersesat akidah. Pastu nak juga salahkan freemason. Even aku sendiri pernah 'nampak' pengakaji Freemason ni (Melayu Islam) lari akidah. Dia kaji-kaji sampaikan dia tak percayakan Tuhan. Semuanya sebab dah fanatik dengan freemason. Belajar tanpa guru.


Aku pun nak percaya gak pada benda-benda freemason ni. Tapi, aku tak boleh. Nanti mungkin akan wujud beratus video baru yang pasal freemason yang macam The Arrival. And then, whats next? Apa point video-video tu di keluarkan? Untuk membuatkan kita takut kepada apa? Untuk membuatkan kita lari dari apa? Ya, untuk memberi tahu yang kiamat dah nak dekat. Tapi tak perlu lah nak kaitkan dengan freemason dan illuminati apa semua. Sampaikan tengok gambar orang tutup mata satu, marked sebagai ahli freemason. Lagi tak boleh blah bila logo Mara pun di cop sebagai logo Freemason. Duh.

Aku percaya organisasi freemason dan illuminati tu wujud sebab ianya memang wujud. Kat malaysia pun ada banyak. Tapi aku tak percaya yang AJL2010, Lady Gaga, Taylor Swift, Menara KLCC, Tragedi 11 September, Iklan Tv3, Kerajaan Malaysia, Papan Catur dan kematian seseorang (Michel Jackson contohnya) ada kaitan dengan freemason.

Ps : Even pembuat video tu pun mengaku yang fakta-fakta yang dinyatakan dalam video tu salah. Dan dia juga mengaku yang dia agak terpengaruh dengan teori-teori konspirasi freemason dan illuminati ni. Blog dia pun dah dia sendiri dah tutup (Tak ada hack-hack seperti yang korang cakapkan). So, aku harap, selepas ni, tak ada lagi orang post link pasal video tu di facebook.

Pss: Apasal video-video macam ni hanya ada di Malaysia? Sebab sebahagian rakyatnya memang 'unik'.



Selasa, 5 Oktober 2010

Cover Page Model Majalah Remaja & Make up Tebal

Assalamualaikum


Hai sayang sayang. I sihat. You all sihat? Okay fine I tak sihat sebenarnya. Hati I sakit. Sakit sebab blog I tak visible kat Google search engine. Even kalau I search "Melayu Gay The Other Khairul" pun memang tak akan keluar link blog I. Ini semua malware punya pasal. Shit betul. Habis jatuh ranking alexa I yang dah sememangnya rendah. Sedih aw. So, kalau sesiapa yang datang kat blog I ni, memang you all superb ah.

Hari ni, banyak benda I nak cakap. Tapi semuanya adalah based on Majalah Remaja isu Oktober 2010.

Yang pertama, I nak cakap yang sejuk hati I bila Lisa I jadi model untuk cover page untuk Majalah Remaja kali ini. Tak sia-sia I ajar dia bergaya. Tapi, I kecewa gila dengan make up dia. Dia pakai make up agak GILA TEBAL DOE. Nasib baik tak super tebal macam artis lain. Apa? Make up tebal equal tu lawa? Bullshit. Berapa kali I nak ulang. Awek bermake up tebal adalah huduh. Tak comel langsung. So, kalau you all nak pergi event atau apa-apa, pakai light-light make up dah lah. Pakai foundation je. Tak payah on lebih-lebih. Bukannya boleh tutup jerawat korang tu.

Model : Diha (Alien).

Lagi pun, on average dari 10 lelaki yang I tanya, 9 akan berkata yang girl yang make up tebal-tebal letak warna hijau kuning merah apa jadah tu memang tak cun. Dah macam kertas lukisan yang di lukis oleh budak tadika dah. Ye la. Try you all bayang kan. Muka warna cokelet, pastu ada tompok-tompok hijau merah kuning, apa hal? Lawa? Hello~ Make up tebal lawa? Oh pehliss lah. Korang ni tak ada seni. Tak ada natural beauty langsung. Kecewa I.

Bagi si lelaki pula, kalau yang dah ada awek tu, korang tak rasa geli ke tengok awek-awek korang make up macam tepung? Nasihat la awek korang tu. Suruh dia bertaubat (?) sikit. Lagi pun, masa muda-muda ni lah masa nak tunjukkan beauty yang sebenar. Bila dah tua berkedut nanti, you all nak pakai make up tepung gandum ke atau apa-apa tepung suka hati korang lah.

Bagi lelaki yang tak ada awek, jangan risau. Tak salah tak ada awek. Lagi pun nak awek buat apa? Buat stok geli-geli? Setakat stok geli-geli tak payah awek lah bai. Lagi pun, bila ada awek, mesti nak kena guna banyak $$$. Sebut awek, ingat duit. Sebut duit, ingat awek. So, tak payah ada awek-awek ni. Konon awek boleh kasi motivasi lah apa lah. Bullshit je semua tu. Buang masa.

Isu ke dua pula... Errr...errr... I sambung esok-esok. Tadi awek call. Ada hal katanya. Bye.



Sabtu, 2 Oktober 2010

Review Malay Movie : Magika (Magica)

Assalamualaikum



Hai. Sekarang pukul 4.30 pagi, tepat. Aku baru balik berdating dengan classmates aku. Lelaki semuanya. Ah. Tak best betul tak ada awek ikut. Bak kata The Unknown, masa tak ada awek lah rasa best nak ada awek. Tapi bila dah ada, duh, mesti dah tak boleh feeling-feeling usha awek.

And guess what, aku tengok filem melayu di panggung wayang hari ni. Biasalah, budak UniKL MICET, awal bulan, mesti perabih duit je kerja.

Also, why the hell aku habiskan masa untuk movie Magika ni? Actually, aku tak berminat pun. Tapi dah cerita tu je lah yang okay sebab masa beli tu, aku tak perasan ada satu cerita best Mandarin yang pelakon IPman berlakon tu. But nevermind. Alang-alang dah tengok, meh aku review sikit.

Cerita magika ni, anda MESTI tengok kalau;
  1. Anda sukakan cerita Melayu/tempatan tanpa mengira kualiti.
  2. Duit anda banyak sangat sampai tak kisah bayar RM10 untuk sebuah cerita yang so and so.
  3. Anda nak tengok Maya Karin yang cun yang menari dengan banyaknya. Maya semakin terkenal sekarang. Terbaru, dia berlakon untuk filem Ombak Rindu.
  4. Anda nak tengok awek ke lima aku (Diana Danielle) basah-basah di dalam sungai.
  5. Anda tak suka pelawak jadi hero.
  6. Anda nak tengok kemajuan teknik CGI animation KRU.
  7. Anda nak tengok story line yang ada konsep yang amat bagus.
  8. Anda suka kan filem muzikal (YES THIS IS MUSICAL MOVIE and aku tak perasan it at the first place )
  9. Anda suka tengok cerita yang membosankan.

Anda TAK patut tengok filem Magical ni kalau;
  1. Anda nak filem romantis secara fully. (Aku rekemen kan Eat Pray Love atau Charlie St. Could.)
  2. Anda tak sukakan filem musikal (Over all, hampir separuh dari cerita adalah nyanyian)
  3. Anda perempuan dan tak nak pak we anda usha awek-awek cun dalam movie tu lama-lama.
  4. Anda nak fully happy ending love story.
  5. Anda benci filem melayu.

Okay, mari sini meh Abang K terangkan secara detail.

Genre dan story line


Bagi aku, cerita ni adalah antara filem Malaysia yang ada konsep yang bagus. Dalam cerita ni, ada babak Pak Pandir, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Mewah, Mahsuri dan sebagainya ada dalam movie ni. All in one. Part yang korang rasa agak berbeza bila masuk bab Puteri Gunung Ledang (PGL) (Ning Baizura) yang jadi andartu. Ye lah, korang pun tahu kan yang PGL mintak hantaran perkahwinan darah nyamuk lah apa lah. Dan itu menyebabkan dia jadi andartu. Seolah-olah, ini adalah sambungan cerita rakyat Malaysia yang tertangguh. Tapi bab Ning ni tak ada kena mengena langsung dengan main story line. Seolah-oleh ni babak yang di tambah untuk panjang kan cerita. Genre dia, lebih kepada cerita santai-santai dan untuk budak-budak bawak umur macam korang.

So, kalau korang nak tengok sambil santai-santai, memang tak ada hal. Boleh je. Tapi aku lebih recommended Legend of The Fist, Eat Pray Love dan Detective Dee.

Mawi, I hate you but not.


Yes. Mawi jadi Hero dalam filem muzikal Magika ni.  Dan yes, dari dulu, dari mula-mula Mawi masuk AF, aku memang tak suka langsung dia. Lagu dia tak pernah wujud dalam laptop aku. Kalau ada dalam PC adik aku lagu dia, mesti aku delete. Sebab aku dah tahap "Mawi? Ewwww". But. BUT, this time, Mawi, you are awesome. This time, Mawi macam okey bila berlakon berbanding menyanyi. Aku tak tahu lah kenapa. Tapi cara dia berlakon yang bluurrrrrr gila tu buat dia nampak stylo di tambah pula dengan rambut pelik dia.

Dalam movie Magika ni, dia memegang watak sebagai Badang. Tapi tak boleh blah bila orang tanya nama, dia cakap nama dia Bad. Whattahel? Tapi, watak dia hidup walau pun nyanyian dia tak sedap. Tak juga seperti iklan dia yang pelik-pelik dan langsung tak best. Mawi patut berlakon. Bukan menyanyi.

Improvement dalam CGI animation pihak KRU.
Serious shit. Kualiti CGI (Computer Graphic Image- kalau tak silap aku) memang banyak improvement. Contohnya, teknik yang dia buat terhadap Maya Karin dan monyet dan anjing. Serta panorama dan suasana dalam dunia Magika memang coooooooool. Go go KRU.



Sebab tu lah aku rasa filem Hikayat Merong Mahawangsa akan jadi antara movie yang famous di mata dunia. Future filem Malaysia memang terletak di tangan crew KRU.

It's a MUSICAL. Oh damn.
Seriously, hampir setiap kali babak menyanyi nak starts, aku perasan yang ramai akan main dengan henphone dia termasuk aku. So, sebab apa? Sebab ramai yang tak suka dengan nyanyian. Dan, ramai yang tak perasan yang filem ni adalah filem muzikal termasuk aku sendiri (masa beli ticket). Dan memandangkan lebih dari suku dari cerita adalah nyanyian, better korang sediakan skandal untuk bersms atau awek di tepi untuk buat apa yang patut supaya korang tak bosan.

 
Aku tak faham, kenapa filem ni di masukkan babak musikal sebab kalau bagi aku, ianya adalah 10 kali lebih enjoy-able tanpa nyanyian. Why? Sebab lagu-lagu nya adalah tak best. Liriknya umpama dialog. Dialong yang macam "Saya nak tidur tapi tak boleh sebab tak mengantuk" dan ditukar direct jadi lagu. WTH serious tak best.

Tak suka pelawak jadi Hero.
Ya, aku tak suka pelawak jadi hero. Aku tak suka bila hero memalukankan diri dengan bercakap dengan membuat mimik muka. Sampai bila industri perfileman Malaysia nak maju kalau dok berlakon buat mimik muka atau bercakap sambil julingkan mata dan gerakkan telinga? Dan yang paling penting sebab kenapa aku tak suka pelawak jadi hero adalah sebab bila pelawak berlakon, dia akan macam paksa cuba untuk membuat lawak yang kadang-kadang aku rasa lawak dia tak perlu dan macam "What.....?" yang macam aku tengok cerita Hagemaru. Eh, ramai tau awek yang suka tengok cerita Hagemaru. So, kalau korang tengok, at least korang boleh guna point tu untuk start berbualan macam "Awak ni comel lah. Macam Hagemaru" dan si awek mesti tertarik sambil reply "Awak pun tengok Hagemaru?". YA!

Dan dalam cerita magika, hanya beberapa kerat pelawak yang ada yang tak best. Yang lain, semua okay. Dan pelawak-pelawak ni dah bagus tanpa perlu buat mimik muka dan menjulingkan mata ketika bercakap.

Orang Minyak (Nabil) dan babak lucah.
Bagi perempuan, kalau tak perasan dan blurr, Dianna Danielle ada bertanya pasal adik dia kat Orang Minyak. Dan Orang Minyak ni pula reply sambil bercakap pasal 'adik' dia yang lain. Sebab, untuk sesiapa yang tak tahu, 'adik' adalah merujuk kepada belalai lelaki. Sebab tu lah Orang Minyak tu ada cakap "Adik? Dulu memang kecik. Tapi sekarang dah besar." sambil pancing Dianna ke dalam semak =,=. Duh.

Kualiti audio dan video.


Dan lain-lain, audio (suara) pelakon dan segalanya adalah amat synchronize dengan video yang mungkin di rakam terus dan bukan seperti filem Mami Jarum dan Jangan Pandang Bekalang dan etc yang tak selari dia punya suara yang mungkin di rakam setelah rakaman filem. Dan juga, kenapa kebanyakkan filem malaysia gambar (vide)nya adalah gelap? Mami Jarum contohnya, kenapa seolah-olah filem tu di rakam menggunakan camera lamoa yang gelap dan tak clear dari 'odd'? Kenapa ianya tak terang seperti filem Pisau Cukur?

Im not really enjoy with this movie. Bosan dengan lagunya.

**************

Over all, personal rating, aku kasi 5/10 tanpa mengira musikal. Kalau masuk musikal dan nyanyian, memang aku dah taruk 3/10 sebab bosan gila. So, kalau korang nak download atau torrent cerita ni berbanding tengok di wayang, ya, anda memang bijak sebab bila dah download, korang boleh skip lagu-lagunya. Apa pun, konsep penceritaan ni adalah terbaik. Umpama pasca-cerita rakyat.

P/s : Setakat ni, filem kelakar terbaik adalah Pisau Cukur. Filem lain adalah Syurga Cinta (even banyak babak ciplak) dan Kami The Movie.

Aku tak berapa faham kenapa kita menggunakan ayat "Supportlah industri perfileman Malaysia." Adakah bermaksud kalau movie tu teruk, kita still perlu support? Kita perlu support sampaikan pengarah dan penerbit movie berkata "Kita buat lah filem merapu macam mana pun, mesti akan ada yang tengok (atas sebab support)". Bagi aku, better kalau kita tak tengok filem merapu. Sebab dari situ, pengarah dan penerbit akan terfikir "Mungkin aku ni pengarah yang syok sendiri. Better aku improvekan kualiti filem aku". So, tak adalah semua nak jadi pengarah then syok sendiri. Pulak tu, bila tak ada orang tengok, kecoh nak salahkan penduduk Malaysia.



Jumaat, 1 Oktober 2010

Macam Mana Muka Awek Nerd Yang Comel?

Assalamualaikum



Hari tu ada orang tanya. Macam mana muka girl nerd yang comel? Aku cakap "Yang muka baik dan pakai spectacle (Kaca mata)"

Then orang tanya lagi. "Yang pakai kaca mata yang macam mana?"

Then aku jawab yang macam ni;

video

Damn it. Hari ni je dah dekat 10 kali aku ulang video ni.

Comelnya. GERAM DO. Cara dia betulkan spect tu memang CUN.


Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger