Sabtu, 2 Oktober 2010

Review Malay Movie : Magika (Magica)

Assalamualaikum



Hai. Sekarang pukul 4.30 pagi, tepat. Aku baru balik berdating dengan classmates aku. Lelaki semuanya. Ah. Tak best betul tak ada awek ikut. Bak kata The Unknown, masa tak ada awek lah rasa best nak ada awek. Tapi bila dah ada, duh, mesti dah tak boleh feeling-feeling usha awek.

And guess what, aku tengok filem melayu di panggung wayang hari ni. Biasalah, budak UniKL MICET, awal bulan, mesti perabih duit je kerja.

Also, why the hell aku habiskan masa untuk movie Magika ni? Actually, aku tak berminat pun. Tapi dah cerita tu je lah yang okay sebab masa beli tu, aku tak perasan ada satu cerita best Mandarin yang pelakon IPman berlakon tu. But nevermind. Alang-alang dah tengok, meh aku review sikit.

Cerita magika ni, anda MESTI tengok kalau;
  1. Anda sukakan cerita Melayu/tempatan tanpa mengira kualiti.
  2. Duit anda banyak sangat sampai tak kisah bayar RM10 untuk sebuah cerita yang so and so.
  3. Anda nak tengok Maya Karin yang cun yang menari dengan banyaknya. Maya semakin terkenal sekarang. Terbaru, dia berlakon untuk filem Ombak Rindu.
  4. Anda nak tengok awek ke lima aku (Diana Danielle) basah-basah di dalam sungai.
  5. Anda tak suka pelawak jadi hero.
  6. Anda nak tengok kemajuan teknik CGI animation KRU.
  7. Anda nak tengok story line yang ada konsep yang amat bagus.
  8. Anda suka kan filem muzikal (YES THIS IS MUSICAL MOVIE and aku tak perasan it at the first place )
  9. Anda suka tengok cerita yang membosankan.

Anda TAK patut tengok filem Magical ni kalau;
  1. Anda nak filem romantis secara fully. (Aku rekemen kan Eat Pray Love atau Charlie St. Could.)
  2. Anda tak sukakan filem musikal (Over all, hampir separuh dari cerita adalah nyanyian)
  3. Anda perempuan dan tak nak pak we anda usha awek-awek cun dalam movie tu lama-lama.
  4. Anda nak fully happy ending love story.
  5. Anda benci filem melayu.

Okay, mari sini meh Abang K terangkan secara detail.

Genre dan story line


Bagi aku, cerita ni adalah antara filem Malaysia yang ada konsep yang bagus. Dalam cerita ni, ada babak Pak Pandir, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Mewah, Mahsuri dan sebagainya ada dalam movie ni. All in one. Part yang korang rasa agak berbeza bila masuk bab Puteri Gunung Ledang (PGL) (Ning Baizura) yang jadi andartu. Ye lah, korang pun tahu kan yang PGL mintak hantaran perkahwinan darah nyamuk lah apa lah. Dan itu menyebabkan dia jadi andartu. Seolah-olah, ini adalah sambungan cerita rakyat Malaysia yang tertangguh. Tapi bab Ning ni tak ada kena mengena langsung dengan main story line. Seolah-oleh ni babak yang di tambah untuk panjang kan cerita. Genre dia, lebih kepada cerita santai-santai dan untuk budak-budak bawak umur macam korang.

So, kalau korang nak tengok sambil santai-santai, memang tak ada hal. Boleh je. Tapi aku lebih recommended Legend of The Fist, Eat Pray Love dan Detective Dee.

Mawi, I hate you but not.


Yes. Mawi jadi Hero dalam filem muzikal Magika ni.  Dan yes, dari dulu, dari mula-mula Mawi masuk AF, aku memang tak suka langsung dia. Lagu dia tak pernah wujud dalam laptop aku. Kalau ada dalam PC adik aku lagu dia, mesti aku delete. Sebab aku dah tahap "Mawi? Ewwww". But. BUT, this time, Mawi, you are awesome. This time, Mawi macam okey bila berlakon berbanding menyanyi. Aku tak tahu lah kenapa. Tapi cara dia berlakon yang bluurrrrrr gila tu buat dia nampak stylo di tambah pula dengan rambut pelik dia.

Dalam movie Magika ni, dia memegang watak sebagai Badang. Tapi tak boleh blah bila orang tanya nama, dia cakap nama dia Bad. Whattahel? Tapi, watak dia hidup walau pun nyanyian dia tak sedap. Tak juga seperti iklan dia yang pelik-pelik dan langsung tak best. Mawi patut berlakon. Bukan menyanyi.

Improvement dalam CGI animation pihak KRU.
Serious shit. Kualiti CGI (Computer Graphic Image- kalau tak silap aku) memang banyak improvement. Contohnya, teknik yang dia buat terhadap Maya Karin dan monyet dan anjing. Serta panorama dan suasana dalam dunia Magika memang coooooooool. Go go KRU.



Sebab tu lah aku rasa filem Hikayat Merong Mahawangsa akan jadi antara movie yang famous di mata dunia. Future filem Malaysia memang terletak di tangan crew KRU.

It's a MUSICAL. Oh damn.
Seriously, hampir setiap kali babak menyanyi nak starts, aku perasan yang ramai akan main dengan henphone dia termasuk aku. So, sebab apa? Sebab ramai yang tak suka dengan nyanyian. Dan, ramai yang tak perasan yang filem ni adalah filem muzikal termasuk aku sendiri (masa beli ticket). Dan memandangkan lebih dari suku dari cerita adalah nyanyian, better korang sediakan skandal untuk bersms atau awek di tepi untuk buat apa yang patut supaya korang tak bosan.

 
Aku tak faham, kenapa filem ni di masukkan babak musikal sebab kalau bagi aku, ianya adalah 10 kali lebih enjoy-able tanpa nyanyian. Why? Sebab lagu-lagu nya adalah tak best. Liriknya umpama dialog. Dialong yang macam "Saya nak tidur tapi tak boleh sebab tak mengantuk" dan ditukar direct jadi lagu. WTH serious tak best.

Tak suka pelawak jadi Hero.
Ya, aku tak suka pelawak jadi hero. Aku tak suka bila hero memalukankan diri dengan bercakap dengan membuat mimik muka. Sampai bila industri perfileman Malaysia nak maju kalau dok berlakon buat mimik muka atau bercakap sambil julingkan mata dan gerakkan telinga? Dan yang paling penting sebab kenapa aku tak suka pelawak jadi hero adalah sebab bila pelawak berlakon, dia akan macam paksa cuba untuk membuat lawak yang kadang-kadang aku rasa lawak dia tak perlu dan macam "What.....?" yang macam aku tengok cerita Hagemaru. Eh, ramai tau awek yang suka tengok cerita Hagemaru. So, kalau korang tengok, at least korang boleh guna point tu untuk start berbualan macam "Awak ni comel lah. Macam Hagemaru" dan si awek mesti tertarik sambil reply "Awak pun tengok Hagemaru?". YA!

Dan dalam cerita magika, hanya beberapa kerat pelawak yang ada yang tak best. Yang lain, semua okay. Dan pelawak-pelawak ni dah bagus tanpa perlu buat mimik muka dan menjulingkan mata ketika bercakap.

Orang Minyak (Nabil) dan babak lucah.
Bagi perempuan, kalau tak perasan dan blurr, Dianna Danielle ada bertanya pasal adik dia kat Orang Minyak. Dan Orang Minyak ni pula reply sambil bercakap pasal 'adik' dia yang lain. Sebab, untuk sesiapa yang tak tahu, 'adik' adalah merujuk kepada belalai lelaki. Sebab tu lah Orang Minyak tu ada cakap "Adik? Dulu memang kecik. Tapi sekarang dah besar." sambil pancing Dianna ke dalam semak =,=. Duh.

Kualiti audio dan video.


Dan lain-lain, audio (suara) pelakon dan segalanya adalah amat synchronize dengan video yang mungkin di rakam terus dan bukan seperti filem Mami Jarum dan Jangan Pandang Bekalang dan etc yang tak selari dia punya suara yang mungkin di rakam setelah rakaman filem. Dan juga, kenapa kebanyakkan filem malaysia gambar (vide)nya adalah gelap? Mami Jarum contohnya, kenapa seolah-olah filem tu di rakam menggunakan camera lamoa yang gelap dan tak clear dari 'odd'? Kenapa ianya tak terang seperti filem Pisau Cukur?

Im not really enjoy with this movie. Bosan dengan lagunya.

**************

Over all, personal rating, aku kasi 5/10 tanpa mengira musikal. Kalau masuk musikal dan nyanyian, memang aku dah taruk 3/10 sebab bosan gila. So, kalau korang nak download atau torrent cerita ni berbanding tengok di wayang, ya, anda memang bijak sebab bila dah download, korang boleh skip lagu-lagunya. Apa pun, konsep penceritaan ni adalah terbaik. Umpama pasca-cerita rakyat.

P/s : Setakat ni, filem kelakar terbaik adalah Pisau Cukur. Filem lain adalah Syurga Cinta (even banyak babak ciplak) dan Kami The Movie.

Aku tak berapa faham kenapa kita menggunakan ayat "Supportlah industri perfileman Malaysia." Adakah bermaksud kalau movie tu teruk, kita still perlu support? Kita perlu support sampaikan pengarah dan penerbit movie berkata "Kita buat lah filem merapu macam mana pun, mesti akan ada yang tengok (atas sebab support)". Bagi aku, better kalau kita tak tengok filem merapu. Sebab dari situ, pengarah dan penerbit akan terfikir "Mungkin aku ni pengarah yang syok sendiri. Better aku improvekan kualiti filem aku". So, tak adalah semua nak jadi pengarah then syok sendiri. Pulak tu, bila tak ada orang tengok, kecoh nak salahkan penduduk Malaysia.



37 ulasan:

  1. Vanida yang jadi Mahsuri..tapi annoying gile watak Norman Hakim..entah ape2.

    Aku tak baper suka film melayu tapi tertarik nak tengok cite ni mase tgk The Making..Overall not bad cuma yg belum tgk tu don't expect too much..(Syurga cinta ko kate best,sebab ada Heliza? huhu..Aku tengok kat tv aritu tak sampai sejam aku dah tukar chanel..)

    BalasPadam
  2. setuju dgn perenggan yang akhir tu..

    BalasPadam
  3. not bad la cerita ni. hehehe. gud review anyway.

    BalasPadam
  4. wooppsss..
    best ye tgk awek2 ramai dalam ini filem.
    good idea. memang nak download je la.
    huhu.

    BalasPadam
  5. yes , aku suka syurga cinta n pisau cukur tapi aku tetap ta suka mawi selanga tuh ..

    BalasPadam
  6. org minyak die lucah kot... hahahhaha

    BalasPadam
  7. Bgi aku lagu2 dalam filem ni kebanyakannya best~Serius..
    Lagu penyembuh rindu tu misalnya.. Kalau tak de lagu tu mungkin akhir cerita dalam filem ni jadi biasa. Dek kerana ada lagu tu ending filem ni jadi sangat mengharukan dan aku yang dulu bosan giler mv lagu penyembuh rindu tu dok asyik ulang kat astro nun jadi nak dengar hari-hari. Memang berkesan.

    Lagi satu, pengarah filem ni Edry. dan Edry memang kuat pada bakat mencipta lagu. Kalau kau perasan, semua lagu dalam filem ni dia tulis sorang.

    Jangan la bosan tgok filem ni masa lagu, masa lagu tu la macam2 adengan kelakar keluar. Time lagu jugak scene adibah noor ngan amrsha keluar. Sayang betul adibah noor keluar scene bape saat jek~

    Lagi satu lagu yang sangat awesome is Kita Bersaudara:KRU (pokok nyanyi)
    Kalau dengar versi penuh memang sedap.

    Last thing, filem ni memang layak untuk disupport.

    BalasPadam
  8. sumpah aku tergedik2 nak tengok citer magika.... tapi hingga ke hari ni aku dapat menggedik jer tanpa sempat nak pi panggung. DEM!

    BalasPadam
  9. @Ara - YA! Dan syurga cinta best sebab jalan cerita. Aku tak suka Heliza.

    @Senorita - Ya, memang not bad.

    @Sue - Ejaannya adalah 'selenga'.

    @Anony - Orang minyak tu (Nabil raja badut) memang lucah gila. Nasib baik babak dia hanyalah beberapa saat.

    @Syafinaz - Go for it.

    @Sofia - Hari ni kan hari minggu. Pergi la.

    @Jojo - Certain lagunya memang well written. Tapi ada tu lagu dia memang kau boleh dengar audience cakap "WTF" masa tengah menyanyi.

    BalasPadam
  10. Pisau Cukur???walaupun aku ade potensi nak jadi pisau cukur tapi sumpah cerita tu bosan GILA!ubat tido terbaik

    setuju masa depan industri perfileman Malaysia terletak di tgn KRU

    eat.pray.love???**future husband i kata bosan;
    http://maribergebang.blogspot.com/2010/09/eatpraysleep-halfway-through.html

    Magika: cerita yang ringan seswai bawak sepupu sepapat aku yg comil2

    BalasPadam
  11. walaupun panjang aku tetap baca sampai abes! haha


    tp pelik nape semua org kata magika bes?? -.-"

    BalasPadam
  12. nak tengok!!!!! argh tensen tade geng nak teman. bile habes tayangan neh.

    rambut diana danielle tu mcm alice in wonderland. aku rase cite ni mcm ade inspirasi dari cite tu gak, ala dongeng gitu.

    BalasPadam
  13. aku rs jln ct dia bosan. tp aku suka suma lagu2 dia. sbb jln ct dia bosan. aku suka tgk dorg nyanyi.rentak pun best sbb kru yg buatkan.

    cuma, aku rs pcintaan badang & diana danielle tu tak ada pun xpe. sbb percintaan dorg xdiolah dgn bagus. takkan sekejap sangat dh jatuh cinta kot

    dan ko mmg silap sbb tak take note ini cerita muzikal. hehehe.

    BalasPadam
  14. oh..ptut pon tdo lwy smlm..
    duk review filem..hak3

    BalasPadam
  15. aku tgk cita ni dlm kapasiti MALAYSIA punya movie dan aku anggap terbaik..
    jika tidak dicompare dgn movie luar negara..at least da jugak yang berani buat..

    selalunya org hanya akan tertanya2 bila nak buat..bila dah buat kutuk2 pula..mcm mana nak maju!!
    ini baru permulaan...

    biar lambat asal bole juga buat~~

    BalasPadam
  16. Hagemaru? cerita apa tuh? dah lama x tengok wayang.. tch~

    BalasPadam
  17. muvi melayu memang banyak gelap2.. tu yang cam takmo layan dah.. rugi beli tiket, dah la panggung wayang gelap.. hoho..

    filem2 generasi baru (eg pisau cukur, gol & gincu, sepet, cinta - just to name a few) sangat terang n menggembirakan.. jalan citer jelas n ber-message.. takder la merapu manjang..

    guess dat's why orang lebih tertarik untuk citer omputih.. hoho..

    BalasPadam
  18. review yg baik..tapi aku enjoy je tgk citer magika tu..mcm bila ofismate tanya 'magika best ke', aku akan jawap best kalau korang nak tgk citer sekadar hiburan, citer yg ringan2, tak payah fikir..beli tiket n tgk saje utk release2 gitu..dan buat masa ni lepas diorang tgk diorang kata ok, not bad..

    hagemaru best apa..huhuhu

    BalasPadam
  19. aku tgk behind the scene magika ni, mcam best. macam nak pergi tgk je kat wayang. sebab kalau compare dengan cerita melayu lain, mak aih. tengok behind the scene pun tak lalu, ni kan pulak nak hadap dalam cinema.

    dahlah cerita melayu lain tu gelapppp. macam kau cakaplah. aku tak paham asal. kadang2 aku tengok sekilas je dah tau tu cerita si madya razak. pastu suara takleh blah, obvious gila dubbing.

    ye, aku pun suka gila pisau cukur. tengok banyak kali tak boring. filem clear, cerah, ada storyline best, berlakon menjadi, banyak idea, lawak pun okay. walaupun gaya cerita cam gedik2 lifestyle mat salleh, tapi tip top ah.

    boikot filem malaysia yang cam haram jaddah, so pengarah mula amek pengajaran. janganlah buat cerita yang dialog dia satu2 aku boleh predict, yang ending dia sangat cliche. pastu filem and cut tak best, lawak sarkastik cam sampah takyah dah lah kot. its not the time to make movies for the sake of art or kepuasan sendiri. its time to make money, so kalau kau nak cerita kau box office mestilah buat beriya sikit.

    haish.

    BalasPadam
  20. oh and baru tengok trailer hikayat merong mahawangsa tu, omegod dah macam pirates of the carribean aku tengok.

    BalasPadam
  21. pisau cukur best..dah macam detective conan ^^

    magika eh...tak tengok lagi...kalau dikatakan muzikal...mesti ala2 hotel mania la kan"?haish...

    anyways..jgn a condemn kelantai sangat filem malaysia kini..tu dah apa yang termampu..nama pon filem malaysia..bukan filem hollywood..^^

    BalasPadam
  22. @Koru - Actually, mampu. Ada sampai yang bajet Rm30juta.

    BalasPadam
  23. at first i pun xperasan ni muzikal movie. bila tgk2 j rasa nk mncarut je sbb stiap 10 minit ada lagu kot! haha. i prefer it without the whole karut marut song :D
    overall is good, yg paling sweet bwang merah bwang putih! hehe.
    yg xboleh blah part last masa m nasir tu, dok ulang lirik yg sama entah berapa kali. duhh =,="


    tp pisay cukur, two thumbs up!! :))

    BalasPadam
  24. hai kau.

    aku dah tengok.
    kawan aku kata best.
    aku kata, sama macam kau kata.

    lepas ni, kau kena buat filem.

    BalasPadam
  25. lol
    bangang gile kau
    charlie st cloud citer romantis ke.?
    rotfl

    BalasPadam
  26. hallamak cam cool plak cite hikayat merong mahawangsa tu...~

    BalasPadam
  27. @Pelukis - Way better dari 'percintaan' Mawi dan Diana. St Cloud pasal antara dia, adik dan awek.

    BalasPadam
  28. rasanya filem macam ni patut di'support' kalau dibandingkan dengan filem prof tu.
    BOSAN

    BalasPadam
  29. keluar dari cinema mcm baru lepas tgk iklan je
    takde feel bila abes tengok citer ni

    BalasPadam
  30. RM10? sy dpt tgk magika ni with only RM6. pegi laa hari rabu, sure tiket murah. =)

    BalasPadam
  31. pisau cukur cite kelakar terbaik? huhu tak best ar cite tu...tah pape...

    magika mmg best.. love it

    BalasPadam
  32. filem MAGIKA ni memang filem muzikal apa. Memang dah mention dalam media massa pun. Tulah kalau tak baca surat khabar ka, gsc.com.my review ka.

    Anak aku minat filem ni. Aku bapa dia pun enjoy filem ni. Bini aku plak kurang enjoy, tapi tak kisah sebab overall masih mantap berbanding filem melayu lain, antoo fighter contohnya....

    Kami sekeluarga peminat filem Hollywood, tapi tetap sokong filem Malaysia gak. Memang kami sekeluarga akan tonton filem melayu yang terpilih.

    BalasPadam
  33. Dude,
    1. Magika memang musikal. dah dicanang semalaya dah. ko nii...

    2. Magika ni memang untuk budak bawah umur. But as bapak budak, aku layan kan je la pegi tengok wayang dengan anak2 sedara. you don't know the feeling when your daughter secara automatik nak menari dalam TGV tengok Maya Karin nyanyi....

    3. Pisau cukur? what....? ok. disini dah memang sah-sah konsep perbandingan tak betul. anyway, tak best pun pisau cukur tu.

    4. Satu part je aku sokong. the last titbits ko. Kepada pengarah2 diluar sana...kami sokong filem melayu yang BAGUS. Slapstik kami anti...(nasib baik si apek slapstik tu kejap2 je dalam Magika).

    5. oh..dan org minyak. ko salah dude...ko pegi baca dulu siapa orang minyak tu mengikut folklore orang melaka...nabil memang extend the character.

    BalasPadam
  34. Aku rasa cerita Magika je yg paling terbaik untuk filem Melayu tahun ni (2010)and layak dipentaskan dekat Istana Budaya pasal content dia:

    1. Muzikal
    2. Cerita dongeng melayu
    3. Pengajaran (duduk rumah time maghrib)

    Formula dia dah cukup perfect untuk masuk pintu Istana Budaya. Cuba bayangkan colourful background, pentas bergerak-gerak, live singing, keriuhan pentas, curtain close.

    Sesuai untuk show December (Hari Kanak-Kanak).

    perghh. KRU pandai buat duit. Lagu, filem, teknologi... kalau naik pentas, sure boleh penetrate market teater pulak.

    p/s: aku bukan peminat filem2 KRU.

    BalasPadam
  35. pisau cukur ok laaa...erhmm..tp i like kami the movie..mmg super besttttt....! like nas-t <3 :)

    BalasPadam
  36. ak actually suka movie ni..tp bkn sbagai filem happy2 la..ak rasa movie ni mcm filem seram..ak rasa smua yg blakon dlm citer ni gile temasuk diana danielle skli..ak rasa klu kita anggap dia seorang psychopath boleh jln kot tgk cerita ni even bab2 nyanyian..haha serius ak xbrani pegi toilet lps tgk cerita ni~

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.