Sabtu, 16 Oktober 2010

Fenomena Blogger Download Video Dari YouTube dan Upload Ke Blog Sendiri / Fan Page Blog.

Assalamualaikum


Ramai yang bencikan blog yang letak berita dari akhbar. Tapi aku rasa, aku lagi tak suka blog yang copy paste (Download) video-video dan letak di facebook fan page.

Apa yang aku nampak sekarang adalah ramai sangat yang nak memcapub demi promote blog sendiri. Contoh terbaik adalah ketika di facebook. Tak boleh blah bila owner sesuatu page blog tu, download video dari youtube semata-mata untuk upload di fan page facebook dia sendiri. Even dia tak claim yang video tu dia punya.

Kalau video santai tak apa. Tapi kalau dah video yang sensitive yang sentuh soal kaum dan agama? It is so OMG then.


Cuba tengok video di atas, masa di post di facebook, semua kata tu polis adalah polis tipu. Nak rogol lah apa lah. Ada yang mungkin kata itu hanyalah rekaan dan sebagainya sebab tak nampak muka si perempuan. Tapi, cuba korang click dua kali kat video tu (Dia akan direct ke original link YouTube). Then try tengok comment section. Korang akan tahu siapa perempuan tu, di mana dia kerja, apa dah jadi kat dia dan sebagainya. Dari apa yang di tulis di comment section, korang boleh fikir balik dan gabungkan serta combine kan dengan fakta samaada bla-bla-bla.

Aku tak kisah lah nak guna teknik apa pun untuk naikkan populariti blog korang. Lagi pun aku suka gak layan video-video yang di uploadkan. Kadang-kadang memang kelakar dan kadang-kadang memang buat orang terfikir. Tetapi, kebanyakkannya tak ada description. Sampaikan aku perlu buka YouTube dan search macam-macam untuk dapatkan description video tu. Tambahan pula, kebanyakkan video adalah dari luar negara. Contohnya, video kanak-kanak lelaki bergayut dari satu bangunan ke satu bangunan yang lain. Then budak tu jatuh dari tempat tinggi. And then, video tu habis. Hadoyai. Tak ada siapa tahu video tu tulen atau pun tak. Dan yang penting, tak ada siapa tahu apa yang terjadi. Tak ada nama, tak ada tempat kejadian dan sebagainya.


Contoh lain, ada satu video di sebuah fan page facebook. Video tu view pasal wawancara di mana seorang pengacara gelakkan pasangan Islam yang kematian ibu dan bapa. Aku baca komen kat fan page tu, semua kutuk. Tapi bila aku search di Youtube, aku tengok-tengok yang wawancara tu hanyalah lakonan sebuah program komedi. Dalam video tu, tak ada isu agama Islam langsung.  So, mana datangnya isu-isu pelik-pelik? Ya, semuanya di sebabkan masing-masing reka sendiri description video mungkin?

Bila tengok sesuatu video, ramai yang suka;
  • Baca description dia.
  • Baca comment orang ramai dari seluruh dunia.
  • Check ketulenan video.
  • Community dalam perbincangan tentang video.

Tapi kalau video tu semua di download dari YouTube dan di upload ke Facebook serta tanpa link YouTube asal, macam mana viewer nak buat benda-benda di atas? Ya, kadang-kadang, yang upload di youtube pun bukan orang yang rakam. Tapi, di ruangan comments, mesti akan ada orang yang tahu pasal peristiwa dan video tu. Kan?

Sebab lain, aku selalu lepak di YouTube dan bila tengok sesuatu video yang buat aku terkejut, aku akan tengok comment section. Dan kebanyakkan memang boleh dapatkan info dari yang orang yang comment. Contohnya "This video is doest make sense. How come it bla bla bla" Dari situ kita boleh berfikir dua kali. Tapi kalau video tu di upload ke fan page facebook, community yang menonton adalah kecik. Pulak tu, golongan orang melayu. Melayu pulak, kalau dapat sesuatu video, article atau berita, terus terima bulat-bulat dan sebar tanpa berfikir.

Aku tak kisah kalau video tu pasal video kucing yang main dengan bola, atau video baby ketawa, atai video budak-budak menari sambil mabuk atau apa-apa je lah. Tapi kalau dah video yang orang terjatuh bangunan, atau video orang accident atau video benda-benda yang boleh kecutkan perut, then tak ada description; tak tau apa berlaku; tak tahu di mana peristiwa berlaku; tak tahu kenapa macam tu dan kenapa macam ni, memang panas bila video habis sekerat jalan.

So, kepada owner-owner fan page blog yang buat blog semata-mata untuk letak video yang didownload dari YouTube dan upload ke blog sendiri (atau fan page facebook sendiri), sila lah nyatakan original link yang di ambil dari YouTube. Semua orang tahu yang video tu bukan korang yang rakam. Semua orang tahu yang video tu di ambil dari YouTube atau yang seangkatan. Cuma, orang tak tahu apa yang benar-benar terjadi. Dan kalau boleh, jangan pandai-pandai buat description sendiri. Tak pasal-pasal boleh jatuh fitnah.



20 ulasan:

  1. serius yg video perempuan dgn polis ni aku tak faham sgt bila tengok.yg aku tau diorang kt fb kata polis kena tipu.tengok kt original uploader laen plak citenye.haih.

    BalasPadam
  2. saya pun sama..
    xsuka org upload video, tp semua pakat percaya..
    mcm yg kata pompuan terjun kat KTM tu..
    serius mmg tipu, dr rambut pendek jadi rambut panjang, dr belakang ketapi tu ada semak je jd ada dinding..mmg tipu sgt..

    BalasPadam
  3. joegrimjow like this
    =)

    buatla video sendiri, pastu upload kat fabpage, bau glamer

    BalasPadam
  4. ye tak ye.. Silap2 jadi fitnah. Disebarkan pula merata2

    BalasPadam
  5. haha.. tak pernah tau boleh buat macamtu.. ;DD

    BalasPadam
  6. rajinnye hangpa sumer ni ek nak donlod2 video bagai.

    BalasPadam
  7. yup !
    cm video justin bieber ku tu .
    video yang kate die umur 51tahun .
    grrrr ~ nsb bek refer kt youtube .
    kalau tak . petak2 percaye aww ~

    BalasPadam
  8. @Milli - Tengok kat comment section kat YT pula. Mesti ada gaduh-gaduh.

    @Atiqah - Video mana?

    @Joe - Banyaknya typo bos.

    @CYNY - Itu lah pasal.

    BalasPadam
  9. tau x pe..! rajin plak nak donload, pastu upload.. kdg video yg diorg baru post sebenanya dah berkurun lama ade kat youtube..

    BalasPadam
  10. naseb bek tak nah buat so tak terasa.......... sumpah tak terasa...... =)

    BalasPadam
  11. yeyy mr K dah update ur blog :D
    haha.
    owhh i pn xbrpe ska tgk2 video nie. kadang2 wt saket atie aje.
    tapi bkn ke u pn ska ltk youtube dkt ur blog.
    owh tu laen eh? tu psl lagu ek?:P
    k2 tulis blog jgn lupe stdy ek.
    i know tulis blog nie take tyme kann.
    daa :)

    BalasPadam
  12. hahahahaha!

    setuju!!

    share je la dari youtube kan?

    BalasPadam
  13. hahahaha...mcm2 hal...jdi trend jgak yg amik vdeo..ntah pe..tlis discrption bkn main....tgok jgk la...sbb base on descrption cam seyes je...last2...pe dpt..ARGHHHHHHHHHH!!!!!!! di pnghujung vdeo...antu jerit..xpnah nk pk,lau orng de heart attck..xke kojol awal...

    BalasPadam
  14. Memang dah jadi trend pula share video di fb.
    tapi apa yang saya tekankan kalau benda tu bermanfaat baru sebarkan.
    Baru dapat pahala.

    kalau sebar benda tak elok walaupun suka-suka je tetap dosa sebab sebarkan aib orang(if benda tu betul)dan fitnah (kalau benda tu tak betul).

    BalasPadam
  15. a'ah sometimes kita kena siasat dulu sebelum percaya.kalau percaya bulat2 memang kita ni jenis mudah terpengaruh...sebab tu otak kena open skit..kan?

    BalasPadam
  16. okeh..tajuk ni menarik...Kiz setuju!mana boleh buat macam tuh..dari satu benda yang kita nampak kecil sebenarnya boleh jadi hal besar.diorang kena tau tu...jadi kesimpulannya,sebelum buat sesuatu,fikir dulu..eh silap,fikir dahulu sebelum buat!

    yeeha!

    www.kizgarden.blogspot.com

    BalasPadam
  17. yup...agree with you...tp anything pe2 org post video don't take it seriously sbb kite x thu vid tue btol k hape kan...

    ade satu video tue x tahu btol k x..
    yg die prank mmber die...mmber die terkejut giler n lari kluar pastu kn lggar ngn keta...(eh bkn ko pon de post k vid tue...haha3)
    btol k vid tue? tp mmg mcm REAL giler...

    BalasPadam
  18. hahaha , xmelayan sgt video2 kat fb nie..kena plak kalo video panjang..malas aku.. tgk movie lagi bez..

    Entri terbaru ->Perkhidmatan Design Header & Banner Rm 5

    BalasPadam
  19. kau ingat kau bagus sangat..??

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.