Khamis, 22 Oktober 2009

Aku Tak Faham 1 : Semuanya Salah Lelaki.


Sumber tidak dinyatakan. Ini bukan email/surat dari pembaca. Sebab kalau dari pembaca blog aku, aku akan huraikan/jawab dengan elok-elok serta dengan sopan santun.

SAYA wanita berusia 24 tahun. Apa yang ingin saya ceritakan ini bukan untuk membuka aib sendiri, sebaliknya menjadi pengajaran bagi gadis lain di luar sana.

Saya sebagai manusia yang ingin mencintai dan dicintai tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Hati saya disapa lelaki bernama A pada usia 19 tahun dan saya menerimanya kerana sikapnya yang tenang serta lemah lembut.

Pada mulanya hubungan kami baik, namun sikap A mula berubah selepas setahun kami bersama. Di sebalik sikapnya yang tenang terselindung ego yang tinggi. Saya sering mengalah dalam apa jua keadaan.

Saya sentiasa yakinkan diri A akan berubah sikap, namun selepas setahun keadaan tetap sama. Saya tetap bersabar kerana sayangkannya hinggalah kesetiaan saya diuji dengan kehadiran lelaki bernama E yang mahu menjadi kekasih saya.

Pada mulanya saya menolak kerana sayangkan A, namun akhirnya saya terima E sebagai kekasih kedua tanpa pengetahuan A. Sikap E yang jauh lebih baik daripada A membuatkan sayang saya terbahagi dua.

Namun kerana terlalu percaya janji manis E, kesucian saya diragutnya tanpa kerelaan saya. Saya menangis sepuas-puasnya kerana rasa bersalah pada keluarga dan A. Bagaimanapun E pandai berkata-kata dan menabur janji manis yang membuatkan saya terpedaya.

Entah apa yang merasuk saya untuk terus menyayangi E. Saya diperlakukannya seperti patung tidak bernyawa dan menjadi tempat E melepaskan nafsu serakahnya. Saya dipukul jika tidak mengikut kehendaknya dan duit simpanan saya habis dikikisnya.

Hidup saya menjadi kucar kacir hingga hilang tumpuan pada kerja dan keluarga. Saya langsung tidak dengar nasihat orang lain supaya meninggalkan E, sebaliknya terus bersabar kerana terlalu sayangkannya. Biarpun E jahat, kebaikannya tetap ada.

Akhirnya saya hamil dan E meninggalkan saya. Saya buntu dan takut. Saya ceritakan segala-galanya kepada A dan berkali-kali saya minta maaf kepadanya. A kecewa, namun dia maafkan saya.

A tidak benarkan saya gugurkan kandungan dan suruh saya dapatkan perlindungan di rumah pemulihan. Selepas bersalin, saya serahkan anak kepada keluarga angkat.

Sukar diceritakan bagaimana sedihnya perasaan saya apabila terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain. Rasa marah dan dendam pada E hanya Tuhan yang tahu.

Selepas itu hubungan saya dan A kembali terjalin. A ambil berat mengenai diri saya, namun egonya tidak luntur. Saya terpaksa bersabar, apatah lagi A berjanji untuk memiliki saya kembali serta tidak mengungkit kisah silam.

Malangnya A berubah sikap. Dia mula meminta saya memuaskan nafsunya. Apabila saya menolak, lain pula jadinya. A menghina dan mengungkit kisah silam saya.

Akhirnya saya ditinggalkan A biarpun berkali-kali saya katakan saya menyayanginya sepenuh hati serta tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Kini hidup saya kembali tertekan. Selain ditinggalkan teman lelaki, kerinduan terhadap anak semakin kerap menghantui diri.

Kini saya benci dan sukar mempercayai lelaki. Apakah tiada kemaafan untuk saya biarpun saya sudah insaf? Adakah lelaki yang sudi menerima saya dengan jujur sebagai isteri?

Adakah wanita seperti saya sekadar layak menjadi pemuas nafsu lelaki? Bagaimana saya nak membina kembali kehidupan saya dalam keadaan serba tertekan ini?
Ini bukan email/surat dari pembaca. Sebab kalau dari pembaca blog aku, aku akan huraikan/jawab dengan elok-elok serta dengan sopan santun.

Apa yang aku nak cakap kat sini, bukan untuk cakap pasal gadis suka-suka. Tapi aku agak pelik la kan, macam mana gadis begitu mudah terpedaya?

Aku tengok betul-betul, baru aku perasan. Aku perasan suatu benda yang kaum hawa suka sangat guna ia itu konsep 'Yu are my only one" atau "Yu adalah future husband ai" atau "Sampai bila-bila pun ai hanya ada yu". Perlukah aku ingatkan pepatah "Sedangkan orang kahwin pun boleh cerai, inikan pula couple"?. So sebelum buat sex tu fikirlah, kau dan lelaki tu bila-bila masa boleh putus. Then bila dah putus tu faham-faham lah. Sebab tak ada siapa tahu samaada kau dan dia betul-betul jodoh atau tak sehinggalah kahwin. And apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal dara atau tak, tapi pasal seks. Pernah komentor aku menyatakan yang "Boys = Love for sex" dan "Girls = Sex for love". And bila keadaan seperti di atas berlaku, you are nothing more than rubbish.

Come on girls. Bila keadaan dah jadi cam ni, jangan dok salahkan lelaki dan pls lah stand up for yourself. Dont be overstupid. Bila lelaki cakap "Apasalahnya kita main, nanti ai akan jadi suami yu juga", sila lah lawan. Hentam lah apa-apa pun sebagai jawapan. Hentam je sebagaimana korang hentam di dalam exam. Macam tak biasa pula.

Kenapa aku tulis ni? Sebab aku sakit hati betul tengok dengan kaum gadis yang sikit-sikit nak salahkan lelaki ni. Bila salah je, lelaki. Salah je, lelaki. Tak semua lelaki jahat. Aku pernah lihat lelaki tolak ajakan seks dari perempuan di depan mata aku. Kat situ dah terbukti tak semua lelaki akan kata "Dah rezeki, apahal nak tolak?" bila perempuan tu tanggal baju kat depan mata.

Kalau bosan sangat, for teens, korang boleh lepak-lepak kat kotex.com.my. Banyak faedahnya. or RedMummy pun okay juga. 1st time semalam aku masuk blog dia. Sesuai untuk kehidupan.

Comment Here.

26 ulasan:

  1. saya komen dengan sopan santun ya...

    Okay macam ni lah, hal macam ni tak boleh salahkan sebelah pihak je. Kalau sorg je sua, kalau sorg lagi tak mahu. ttp tak jadi.

    suma ni berlaku sebab nafsu yg tak boleh dikawal & terlalu taksub dgn sesuatu hubungan.

    Allah jadikan akal untuk berfikir, jgn smpai benda dah jadi baru kita nak sedar.

    sekian, terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cuba yang terbaik untuk teri awak saebai istri saya dan saya nak awak sabar dahulu saya terterik dengan cerita aeak saya sudi terima awak can anak awak....??

      Padam
  2. pmpuan pon b'salah gak...
    pmpuan nih fitrah mempunyai hati yang lmbut,suka disayangi dan menyayangi..tulah pasal pmpuan susah nk control dgn lelaki yg pndai mengayat..lagi2 bila laki beri perhatian n terlmpau baik..haish!

    banyak2 la istighfar..so dapat ingat Tuhan..lagi2 bila dipujuk dan dirayu..laki pon same...oke?oke? :)

    pmpuan ade 9 nafsu...sementara belom kahwin nih,ade lagi 8 nafsu nak dipuaskan..so ape brg layan sex..layan shopping n make up laa!..baru "REMAJA" namenye..x gitu Mr K? ;) peace

    BalasPadam
  3. hoho... it takes two hands to clap..

    wanita tu tak patut salahkan lelaki.. sbb die jugak salah... kalo die leh terima hakikat itu.. die bole move on..

    kalo asyik dok salahkan org lain.. perkara yg sama akan tetap berlaku ke atas dirinya yg tak sedar2...


    ceh... emo plak aku.. bagus entri neh. thumbs up!

    BalasPadam
  4. tp klau geewl 2 kene r0g0l??
    da pasti lelaki yg slh sbb xley thn nafsu kn..

    aq rase due2 slh..
    p0mpuan slh sbb b0d0h sgt caye kart lelaki yg hampeh 2..
    lelaki slh sbb xpandai nak b'tggjwb..

    s0,renung2 kan laa & selamat b'amal..
    hahaha..

    BalasPadam
  5. mmm..mmm..mmm..

    setuju je la..huu~

    BalasPadam
  6. u..
    sape redmummy aceli..?
    n mcm mne nuffnang function?

    BalasPadam
  7. @Hazzy - Thx

    @Niesah - Yup. Couldnt agree more.

    @Jard - Thx

    @Liez - Yup

    @Et - =)

    @Anoy - Redmummy adalah sorang blogger yang start blogging sejak 2005. Dia mungkin antara blogger malaysia yang pertama yang buat blog pasal life.

    Nuffnang tu kira agent iklan. U reg dengan nuffnang then letak code di blog u. Later, akan ada iklas kat blog. Bila ada org klik iklan tu, duit akan masuk.

    Ada macam2 pekej nilai sesuatu duit tu masuk. Tak hairan la kalau ada yang dapat lebih 20 ribu ringgit sebulan hanya dengan berblog. =)

    BalasPadam
  8. aha..nice entry...dua2 pon salah kot...

    BalasPadam
  9. okai . ini best . i likeywikey . mmg betul . patut nya girl harus la mpertahan kan diri biar pun ngan balak sendiri . dats y la mjadi girlfriend ne xda faedah langsung kecuali kalau sah esok nak kahwin suda :P girl yg d perlaku kan sebagai pemuas nafsu ne mmg sgt bodoh . n lelaki ne sgt bijak ntuk memancing nya . ((:

    BalasPadam
  10. gua malas nak komen lebih-lebih sebab gua takut termakan komen..tapi diri sendiri kan...sendiri mau ingat la..

    BalasPadam
  11. perempuan dilahirkan dengan perasaan dan hati yg lembut...

    sebelum salah orang lebih baik tgk diri sendiri dulu....kadang2 apa yg terjadi ada penyebabnya...

    BalasPadam
  12. aku x salahkan laki. pompuan tu xde akal dan x reti jaga diri. bila dah jadi camni, salahkan semua orang termasuk diri sendiri.

    p/s: boleh plak kena rasuk? sengal!

    BalasPadam
  13. baik lelaki mahupun perempuan, kalau iman lemah, memang itulah yang mungkin terjadi bila tidak dilawan.

    sebab tu juga orang cakap cinta itu buta kan? janganlah buta kerana cinta.. buta di sini bermaksud iman kita..

    just my 2 cents. :)

    BalasPadam
  14. huwaaa...
    perempuan itu..adeh2..

    ape2 pn..setia tu perlu..tp jgn setia smpai trmakan diri..

    susah nk percaya 'manusia' skarang..

    BalasPadam
  15. salah kedua-duanya kerana tidak memahami fitrah sendiri..
    nafsu memang sukar tuk ditangani..
    jadi, jangan dedahkan diri pada perkara yang leh wat nafsu bermaharajalela..
    dalam erti kata lain..
    bercinta tu biar berpada..
    jgn salahkan orang lain tapi cari di mana silap kite..
    tentu ada kat mana2..

    ikut rasa binasa..
    ikut hati mati..

    BalasPadam
  16. saya suka page awak yg nie
    .... banyak menyedarkan saya..thanx a lot....
    sedarkan lagi perempuan diluar sana yg hanyut dengan pujuk rayu lelaki............

    BalasPadam
  17. alah..perempuan tuh pun same layan..same naik nafsu..
    seks sng sgt lak nk bagi..pg ptg siang malam..mende lain kedekut jer..cuba suoh masak kat laki tuh pagi ptg siang malam, mau pancit xlarat..mau ngata2 dlm ati asek2 nk mkn jer..
    jgn wat citer menyayat hati utk simpati..sendiri pun pasang dua..
    tp sianla bab rindu anak tuh..huhuhu..

    BalasPadam
  18. sbb tu la Al- quran mmg melarang kita dkt2 dgn kapel2 ni... ade sbb... La Taqrabu Zina...maksudnye jgn hampiri zina... bila dh kene baru ko nk nanges...kepala hot kau la!! org dh pesan..tgk aku dah emo...huh.. some may say 'kene kat batang hidung sendiri baru rasa' ke apa ke...tp kalau boleh jgn pke langsung la pasal kapel ni...kalo ko xde kapel mcmmana plak dye boleh ngayat ko kan??? so, cinta lps nikah lg best..xde org nak jeling2 ble korg pegang2 tgn..xde sapa nk kutuk belakang ko..free je nk gi mne2 hotel dua2...haha

    rogol kes len..tu mmg keje binatang laknatullah..yg tu mmg setan...tp kalau dh dua2 setuju..hah, lu pike la sendiri..

    BalasPadam
  19. perempuan ni sebodoh-bodohnye perempuan. dah laki tu buat cmtu, maseh lgi terhegeh2 kt laki tu

    BalasPadam
  20. hah!! stuju 120 persen.....
    salah pOmpuan 2 lar...xpanday jge diri....manusia kan dkurniakan akal...sO,pndai2 la pkir....hahahha(eh3...ak ni pOmpaun la).....anyway,nice blOg mr k...

    BalasPadam
  21. assalamualaikum..

    perempuan, kalau tegas dan berani kate tidak, lelaki xkan berani nk ambil kesempatan..

    dalam soal ni, salah 2,2 pihak, kalau perempuan x bg ruang tuk lelaki ambil kesempatan, ruang tu mmg xkan ade, so jgn takut kalau kite xbg, die ugut nk tgglkan kite,xpe kalau hilang boyfren xgune camtu pun, xluak ape2. ramai lagi laki baik dekat luar sane. chill~

    BalasPadam
  22. perempuan kalau berani kate tidak dan tegas mmg xkan jd bnde2 mcmni.kdg2 diri sendiri yg bagi ruang tuk laki ambil kesempatan.xrugi n mati pun kalau xde boyfren. knp prempuan slalu anggap yg pakwe tu sgt penting? pd sy, klu rase nk buat bnde jahat, ingt muke mak ayh yg dh besarkan kite.sbb bile syaitan dh kuasai hati, kite xkn ingt dosa pahale.

    BalasPadam
  23. ssah budak perempuan nih , mcm mna laa adek aku nanti risau2x

    BalasPadam
  24. hmm , yeah aku sokong benda nih ! sebab pompuan jgnlarh lemah ng pujuk rayu lelaki ! mcm shit jew ! girls kowang mesti jaga diri elok ! tak boleh salahkan mana-2 pihak ! sebab kadang-2 kita kena renung juga apa yg kita dah buat . kenapa kita buat mcm tuh >? dan mcm-2 larh . girls jgn mudah terpedaya dng kata-2 lelaki larh .

    BalasPadam
  25. assalamualaikum.

    lama x baca blog ni.

    saya SANGAT setuju dengan kenyataan si penulis. Memang dua-dua salah, tapi perempuan cubalah bijak sikit.

    saya sebagai perempuan pun x paham kenapa perempuan suka mudah terpedaya. cepat percaya.


    kepada watak kepada kisah benar tersebut, saya nak sampaikan sikit nasihat:

    sebenarnya anda sebegai perempuan perlu tegas, bijak, ada pendirian yang kuat. kita x nafikan byk lelaki yg jahat, tapi ada jugak lelaki yang baik. kalau kita pun x pandai nak jaga diri, agak2 padan ka kita dapat yang pandai jaga diri jugak?

    satu lagi, kenapa nak harap sangat kepada lelaki? maksud saya, kalau dah frust dgn seorg lelaki A, jgnlah mudah percaya pada lelaki B dgn mudahnya. apakah kriteria dan penilaian anda kepada seorg lelaki? sebab dia baik? apakah kriteria baik anda? takkanlah setakat dia baca doa makan dah kira baik? suruh kita solat dah kira baik?

    maksud saya, luaskan definisi baik anda, maka anda akan lebih bijak menilai dan tidak terburu-buru.

    seperkara lagi, kepada yg muslim, hidup kita bukan di sini saja. ada kalanya kita x dapat benda yg org lain dapat di dunia, itu biasa. sebab itulah ada akhirat. sekiranya kita dapat apa yang org lain dapat, tp caranya salah, dan mendatangkan dosa, dan akhirnya dihukum di akhirat, apakah berbaloi?

    sedangkan anda boleh bersabar dan teguhkan pendirian, dgn harapkan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal?

    kena ingat hidup kita bukan semuanya di sini. kita ada kehidupan di sana. buatlah pilihan yg baik di sini, supaya mudah utk kehidupan selamanya di sana.

    saya tau ianya bukan mudah, tambah kalau yang masih muda. tapi nasihat saya, selagi hidup, walaupun susah, cubalah usahakan yang terbaik. sebab, allah SELALU bagi pilihan kepada kita. kita yang mungkin salah membuat pilihan. tapi nak membuat pilihan itu yang perlu kepada kebijaksanaan dan ilmu.

    anda sebenarnya tidak kurang apa2 sekiranya tidak berkawan dengan lelaki semacam itu. sekiranya anda bersabar, dan anda masih seorg, itu lebih baik utk anda sbb kita mengharapkan balasan di sana.

    walau mcm mana pun selagi anda masih bernyawa, pintu taubat masih terbuka. walaupun org ssh nak terima, allah masih menerima.

    wallahu'alam.

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.