Sabtu, 17 Oktober 2009

Forwarded Message 7 : Ai tak sangka susahnya nak mengurat yu.

Comel, pendek, mata besar, manja dan mengada-ngada. Mcm gadis 'tu'.

3.39 pagi. Aku termenung sorang-sorang sambil teringatkan gadis di atas (bukan Fae). Perut dah kenyang dengan nasi goreng cendawan hasil tangan Restoran Umi. Sedap makanan di situ. Lelaki memang pandai masak dari perempuan.

Well, aku duduk atas katil double decker ku. Terasa palang-palangnya. Nampak sangat tilam aku nipis untuk katil ni. Tak mampu nak beli tilam mahal doe. Nak je aku curik tilam Atan tapi sah-sah kantoi sebab tilam dia besar nak mampus.

Aku baring-baring. Aku pandang ke henpon aku. Dan lama tak berbunyi. Orang tak ada awek la katakanan. Henpon kira barang hiasan je. Tak remaja la tak ada henpon.

Aku capai henponku. Bukak contact list. Aku petik satu persatu ikut turutan; AAA Gadisku, AAA Sayangku, AA Chenthaku bla-bla dan diakhiri dengan ZZzz Abang, Adik dan lain-lain no famili. Eish. Jangan tanya kenapa no awek mesti ada ‘AA’ dan no famili ada ‘ZZ’. Macam lah korang letak no henpon famili korang atas skali.

Aku tertarik dengan awek yang aku tak ingat namanya. Tertulis nama Awek Tak Tahu Nama. Aku tak berapa pasti siapa sebenarnya awek-awek yang aku tak tahu nama tersebut. Tapi aku berharap yang awek-awek tu semua awek blogger yang mengada-ngada nak buat misteri. Aku tak kenal dieorang semua. Tapi no dieorang mesti aku simpan doe sebab setahu aku awek-awek blogger semua cun-cun. Kecuali kau. Ye kau, kau dan kau. Jangan perasan. Kau tak cun. Tak perlu makan cili untuk rasa pedas.

Im lovin it.

Dari dalam kontek list aku tu, aku pilih Awek Tak Tahu Nama 2, Awek Tak Tahu Nama 4, Awek Tak Tahu Nama 5 sebab awek-awek ni guna maxis. Yang lain entah apa-apa pakai celcom. Tak remaja langsung.

Aku taip mesej. Ringkas je.

Aku : Hai.

Hantarkan kepada 3 awek tu. Kira gamble la sebab kalau send kat sorang probability aku dapat awek yang nak reply msg tu sikit.

Selepas send je mesej tu. Aku campak henpon tu ke tepi. Golek-golek jatuh dari katil. Tak apa, henpon Nokia tahan lasak. Lantai dan mesin basuh dah boleh kira kediaman ke-2 henpon aku dah.

Tapi tiba-tiba ada mesej masuk. Aku meraba-raba dalam kegelapan mencari sinar cahaya henpon. Tertera nama Awek Tak Tahu Nama 2.

Awek tu : Wassup Mr K. *emoticon benda bulat senyum-senyum jelir lidah apa tah*

Tak sangka pula awek tu reply. Aku suspek awek ni bukan dari golongan yang baik-baik. Main wassup-wassup ngan aku pagi-pagi buta tak tidur buat apa? Solat tahajjud?

Aku : Ai bosan la. Yu buat apa. Ai perlukan ke-tak-sia-sia-an mak yu lahirkan yu untuk hiburkan ai.

Simple dan mengancam ayat aku. Tak main ah bunga-bunga.

Awek tu : Haha. Sama lah. Ai pun bosan gak. Hehe.

Aku : Well, ai ni sebenarnya baru bangun tidur. And yu nak tahu something tak?

Awek tu: Apa?

Aku (Fwd Msg): Masa ai bangun tidur, ai ternampak sekuntum bunga. Cantik sangat bunga tu. Bagi ai itu lah ‘benda’ yang cantik pernah ai lihat. Tapi sekejap je. Sebab bila ai teringatkat yu dan teringatkat wajah cute yu, baru ai perasan yang bunga tu tak adalah cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan.... dengan....

Awek tu : Dengan apa?

Aku : Dengan yu la. Hehe * turn aku pulak letak emoticon kuning entah apa-apa. *

Awek tu: Haha. Dengan ai?

Aku : Ye la. Yu la 'benda' paling cantik tu yang kalahkan bunga tu.

Awek tu : Ops, ops. Oh so now yu nak kata yang ai ni ‘benda’ lah?

Aku : Eh tak tak. Bukan cam tu.

Awek tu : Ceh. Dasar lelaki keparat. Ingat perempuan ni apa nak panggil benda-benda? Kalau dah lelaki tu lelaki lah juga. Patut lah makin pupus. Hidup kat dunia menyusahkan orang. Baik tak payah wujuh. Dah-dah. Jangan kontek ai dah. Dasar lelaki tak tahu malu.

Aku : ?????

Aku baling henpon ketepi. Aku sambung baring. Awek tu marah kat aku. Aku memang tak pandai mengurat. Patut la tak ada awek. Ceit.

Someone please ajar aku mengurat face to face. Mengurat pakai SMS, tak remaja ah.

27 ulasan:

  1. hek3..bajet hape minah tu? huu~

    BalasPadam
  2. hahaha lawak. kemain marah awek tu.

    BalasPadam
  3. Ahaks~ mau gelak mati aku bace msej 'pelik2' tuh..
    ta penah lagi aku jumpe mamat yg meng'ayat' pompuan camtuh..
    huh? ai_yu??
    uweks~geli den..
    bro, kalo nk meng'ayat' pon..toksah le maen hentam jek..
    adeh~

    p/s:bro,kamu perlu jumpe doktor cinta le jwabnye..
    taip ON CINTA dan hantarkan ke 333**

    ahakS~^^

    BalasPadam
  4. eh??ko pn ad gak atie nak ngorat erk

    ingatkan gay

    BalasPadam
  5. @Fitriah - Biasalah. Perempuan dalam sebulan akan ada satu minggu dia marah-marah.

    @Anoy - Kan da ckp. Aku da lvl up jadi bi sex. Macam Awang. Tapi Awang lagi pro ah.

    BalasPadam
  6. adeh nak ngorat xyah la serang terus..

    men serang terus cmtu la jadinye. da la ayat jiwangs pelik je, awek skang ko bagi hadiah RM1000 bru die ske. hahahah

    BalasPadam
  7. Ape kata ko abeskan blajr dl... Ada krja,ada dwet t,ada pnye pmpuan...ahakz!

    BalasPadam
  8. hahahahahhaahahha..

    itu ja aku mampu buat =)

    BalasPadam
  9. woww!..awek tuh ganaz dan kool owh.. ;) haha..
    dia ngantok la tuh kot marah2 pagi2 buta..n..sweet la ngorat face 2 face..mcm kerol ckap la en..x remaja ngorat pkai msg...tp en...
    hmm..boleh jdi awek tuh jatuh hati kalo pndai mengayat pkai msg..percayalah ;D

    BalasPadam
  10. tulah, susah sgt nk ngurat pompuan skrg nih.. eh, ngorat lelaki.. hahaha.. =P

    BalasPadam
  11. untung perempuan cantik. selalu digila2kan.

    BalasPadam
  12. @Cahaya - Ya. Itulah yang x adilnya dengan hidup ini. Kalau perempuan cantik, akan digila-gila lelaki. Tapi kalau lelaki hensem, akan diutaman. Buat salah pun orang tak kisah. ISH.

    @Lut - Ya. No money no talk.

    BalasPadam
  13. wah...gile best kne marah cmtu bro. agaknye awek tu pon ngah PMS..

    hm.. nk ngorat?
    Takyah ayat2 bunga2.. just kenal2 seorang perempuan ngan lebih mendalam...tak puji2 dia pun xpe..
    just make her feel appreciated.

    insyaAllah..ko akan dpt tackle.. tp kne sabar la bro... bulan takkan senang jatuh ke riba. Ewahh...

    (aku try buat pribhse sndiri)

    BalasPadam
  14. haha..da kene puji pon melenting??minah tu pms kot..haha

    tayah ayat2 la..bace bismillah sbelum ngorat..heh

    BalasPadam
  15. lusyah sangat kot
    kene slow2
    meh nak ajo meh

    BalasPadam
  16. alah, ngader2 ar awek tu. sensitif sangat. hahaha. bkn salah ko wei, mina tu ngader2 punye type :P

    BalasPadam
  17. kau noob. Geli tahap anjing kau ckp ai yu. Apa ssh nya tls i you. Mcm azwan dah aku tgk kau ni. Nk ngorat dpn2 sng je. Self confidence tu penting. Kau msti pandai buat dia ketawa. Tkpyh buat terharu-terharu dgn ayat bunga2. Belanja mkn. Tgk wayang/jalan pg tmpt kau rasa lawa dan berbual. Topik msti tepat dgn citarasa. Pg check in dan settle.

    BalasPadam
  18. motipp minah tu naik hangen?? kuikuikui..sindrom PMS kahh hahaha

    BalasPadam
  19. hahahah...kene sebijik....xpe2...nnt ko blaja baik2 utk ngorat awek cmne...pastu ko tulis dlm entry samada ko berjaya ke x ek...huhuhu

    BalasPadam
  20. hahahaha rasanya tak ramai perempuan suka ditackle dalam msg je kot.. :P tatau arr

    BalasPadam
  21. hehehhe..kelakar ada..kesian pun ada...
    opss...lupa..salam singgah

    BalasPadam
  22. hahahaha lawak giler...ni kes br lepas mimpi ngeri kot...nasib kamu la salah waktu...

    BalasPadam
  23. hehe x tau nk komen pe.
    tp bg sy nk wat bnde2 cmni kne de kberanian..
    I'm put myself as exp..
    sy de admire kat sorg mat ni, I'm not sure smada sy skdar brtpuk sblah tngan or what...tp dia de gak bg respon yg mbransangkn..kdg2 de bg hint yg dia pn de myimpan ati & prasaan kat sy..tp smpi skang dia x pnah nk luahkn..

    knape sy ske dia??(tp skang dh jd syg) dia very da lower profile hak hak hak..pmalu, de cm nerd sikt, yg pnting dia x hnsem (sori but sy alergik & trauma ngan mat2 hnsem ni)..

    utk Mr. K,
    Gud luck, x sume attitude pompuan cm2..kalu de pn mybe that gurl begitu tggi teste nye..

    sy?? errr...tutt..

    BalasPadam
  24. hahahaha..kau klaka!

    BalasPadam
  25. memang pau awek tu cakp macam tu..bukan benda okay..Tapi makhluk ada hati dan perasaan.

    BalasPadam
  26. haha ko tak berubah dari dulu.igtkan dh ade awek..

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.