Selasa, 30 Ogos 2011

Cara Solat / Baca Doa Selepas Dhuha Dalam Rumi / Jawi

Assalamualaikum

Dhuha - Solat untuk membuka pintu rezeki.



1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat - 2 rakaat 1 salam.

2) Waktu paling afdal / sesuai untuk solat : Pagi - 20 minit selepas matahari terbit. Anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sebelum zuhur).





"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Bacaan selepas solat Dhuha


Terjemahan bacaan doa selepas solat Dhuha dalam bacaan Rumi 


Allahumma innadh Dhuha~a Dhuha~uka,
Wal bahaa~a bahaa~uka
Wal jamaala jamaaluka
Wal quwwata quwwatuka
Wal qudrata qudratuka
Wal ishmata ishmatuka
Allahhuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu
Wa inkaana fil ardhi fa~akhrijhu
Wa inkaana mu'asaran fayassirhu
Wainkaana haraaman fathahhirhu
Wa inkaana Ba'idan fa qaribhu
Bihaqqiduhaa~ika wa bahaaika
Wa jamalika wa quwwatika waqudratika
Aatini maa ataita 'ibaadakash shalihin


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




Ahad, 28 Ogos 2011

Apa Itu Law of Attraction (LOA). Metafizik yang Compatible Dengan Islam?

Assalamualaikum


Hello ladies and gentlemen sekalian.
Semalam, aku saja je la bukak twitter seteleh sekian lama tak aktif di sana. Saja-saja je online untuk tengok perkembangan terkini. And masa tengah layan-layan timeline twitter tu, aku perasan tentang sesuatu benda yang tiba-tiba buat aku tertarik. Yeah, ianya tentang The Law of Attraction. Dan itu mengingatkan aku tentang draft entry aku yang dah berkurun. Ya, aku pernah terfikir nak tulis pasal Law of Attraction, tapi rasa malas. Dan itu juga mengingatkan aku tentang sebuah dokumentari yang bertajuk The Secret yang di adaptasi dari buku yang juga bertajuk The Secret. The Secret ni menceritakan tentang Law of Attraction (Hukum Tarikan) tentang how seseorang tu berjaya hanya dengan his state of mind. 


Satu-satunya sebab kenapa aku download dokumentari The Secret tu adalah sebab ayah aku pernah belikan satu copy buku The Secret yang berbahasa cina untuk adik aku yang berumur 11 tahun (since adik aku bersekolah cina dan kawan rapat ayah aku syorkan buku tu). Jadi, buku tu nampak stylo (Plus, most of Chinese read it.). Dan juga buku tu menceritakan tentang secret nak jadi orang yang berfikiran positif dan secret-secret kehidupan yang semua orang-orang terkenal seperti Leonardo Da Vinci dan bagai mana mereka berjaya dalam hidup dengan menggunakan konsep Law of Attactraction. Ataupun dengan bahasa mudahnya, Law of Thought. 


But wait, apa itu Law of Attraction?
Law of Attraction kalau korang nak tahu, ianya adalah satu 'peraturan dunia' ataupun hukum alam yang respond based on apa yang kita fikirkan. Apa yang korang fikirkan tanpa sebarang doubt, itu lah yang akan terjadi.

Contoh Law of Attraction


Situasi : Korang nak pergi ke kelas. 
Fikiran korang : Sepanjang perjalanan ke kelas korang asyik fikir yang korang akan kena marah dengan lecturer. 
Result : At the end, korang memang betul-betul kena marah. 
Law of Attraction : Sebab bila korang fikir too much untuk sesuatu benda tak kisah lah benda tu positif or negatif, ianya akan menarik makin banyak charge (Tak kisah la positif or charge negativ tu). So apa yang akan berlaku next adalah based on apa jenis charge yang korang tarik.

"We are like magnets - like attract like. You become and attract what you think" - The Secret

Just like the bad day. Aku bet korang pernah dengar orang kata jangan mulakan hari dengan benda-benda yang negative kan? Contohnya, pagi-pagi lagi korang dah terbangun lewat untuk ke kerja. Then bila dah lewat, sure korang fikir benda-benda yang negatif seperti jalan akan jammed, then bila dah lewat akan kena marah dengan bos, kan? Bila korang fikirkan macam ni, secara tak langsung, korang akan menarik charge-charge negatif. And then, wallah, seluruh hari anda menjadi malang; kereta rosak, PC asyik hang, buat kerja tak jadi, dompet tertinggal, lunch makanan basi, berak tak ada air, ada awek kena dump dan sebagainya. So, what is the rule of the Law of Attraction? Yeah, think what you want. Don't give a shit of what you hate.

"People think about what they don't want and attract more of the it- The Secret.


Contoh lain.
Situasi : Korang nak beli tender yang beharga RM5 juta. (Macam drama melayu pulak. Bila cakap pasal tender mesti bejuta-juta.)
Fikiran korang : Korang setkan dalam diri korang yang korang sure akan dapat tender tu. Korang tak perlu kalut dan cuak gila-gila bila fikirkan pasal tender tu.
Result : Korang dapat tender Rm 5 juta tu dengan mudahnya.
Law of Attraction : Korang fikir yang korang akan dapat tender = Charge positif. Then the Universe (Not God) akan respond kepada charge tu.


So how benda ni boleh buat seseorang tu berjaya dalam hidup dan hidup senang termasuk kaya?


Korang pernah tak pergi seminar Dr Azizan Osman? Korang penah tak pergi apa-apa seminar motivasi ESQ? Or apa-apa seminar motivasi hidup dan motivasi cepat kaya lah. Most of seminar-seminar macam tu korang boleh dapatkan intipatinya dari the buku-buku Law of Attraction. Dalam mana-mana seminar pun, tukang kasi ceramah tu sure akan suruh kita sebut apa yang kita nak dengan kuat-kuat seperti "Saya akan kaya!" kan? And then dia akan suruh kita fikirkan benda-benda positif pasal apa yang kita nak termasuklah listkan di atas kertas tentang benda-benda yang kita betul-betul inginkan, kan? And that, is the Law of Attraction.



Dan kalau korang nak tahu, most of buku-buku motivasi hidup yang di tulis oleh penulis Malaysia seperti HM Tuah pun sebenarnya ada menyentuh bab Law of Attraction. Bukan setakat HM Tuah, tapi bermacam-macam lagi penulis buku motivasi di seluruh dunia ada guna konsep Law of Attraction. Dan bukan setakat buku motivasi, tapi buku-buku tentang sucsess dalam perniagaan dan buku-buku tentang how-to-be-happy pun banyak sentuh bab yang dah tersenarai dalam Law of Attraction.


So, adakah Hukum Alam Law of Attraction compatible dengan Islam?
Aku dah tahu pasal Law of Attraction ni dalam tahun 2009 rasanya. Dan dari pengalaman aku, aku boleh kata aku hanya percaya 40% dari perkara-perkara yang dalam dalam Law of Attraction. Dan bab yang paling aku tak percaya adalah bab Universe-respond. Kalau korang kaji betul-betul, 'penganut' fanatik Law of Attraction (LOA) ni diaorang macam tak percayakan Tuhan. Katanya, apa-apa benda yang kita buat dan fikir akan di respond oleh universe (Hukum alam). 

"If you turn to the universe, you will be surprised and dazzled by what is delivered.. This is where magic and miracles happen." - The Secret

So, kalau kita berfikir tentang benda-benda positif kita akan dapat charge positif, and then, the Universe akan plankan something supaya apa yang kita fikirkan tu betul-betul berlaku. Dan itu lah masalahnya, dieorang kata yang itu semua adalah hasil kerja dari alam dan bukannya dari Tuhan.

So Mr K, kalau kau tahu pasal Law of Attraction ni, kenapa kau tak kaya raya? Kau tak apply law ni ke?


Ada banyak sebenarnya cara untuk apply LOA ni. Tapi... nope. Law of Attraction ni tak berfungsi kat aku. Ianya berlaku kat ayah dan abang aku. Tapi bukan aku. As for me, it's reverse. Apa yang aku fikirkan 99.99% tak akan terjadi. For example, aku nak pergi keluar makan. Aku dan plan kaw-kaw. Aku dah fikir macam-macam pasal keluar makan tu. Aku set jam, buat tu, buat ni. But at the end, ianya sure tak akan jadi seperti apa yang aku plan. But, kalau aku tak fikirkan langsung tentang that plan, ianya akan berjalan dengan lancar. Maybe, lagi better. So yeah, dalam kesemua benda yang ada dalam The Secret dan Law of Attraction tu, aku hanya percaya 40% je dari isinya.

Situasi : Korang nak pergi shopping. Korang nak park kereta korang betul-betul kat depan mall tu.
Fikiran korang / aku : Mesti akan ada parking kosong kat depan mall tu.
Result : Tak ada parking kosong. So kena park jauh-jauh.
Fikiran LOA : Tak ada parking kosong. Mesti sebab aku tak betul-betul apply konsep Law of Attraction. Mesti sebab aku tak yakin 100%.
Fikiran aku : Tak ada parking kosong. Ni mesti ada hikmah ni. Kalau aku park kereta tak situ, entah-entah mungkin kereta aku kena seret dengan awek yang tak pandai drive.

Well, aku lebih percayakan kepada takdir daripada percaya kepada LOA. Tapi, apa yang aku percaya dengan Law of Attraction ni? Yeah, LOA ni mengajar aku untuk tenang. Mengajar aku untuk relax tanpa kelam kabut sangat. Ianya juga mengajar aku yang kita hanya perlu berfikir positif. And then berusaha. Selepas tu, kita just perlu tawakkal sebab Allah (not universe for me) ada plan yang terbaik untuk kita.

You are the creator of your own reallity

The first step in faith;
You dont have to see the whole staircase,
But just take the first step.




Jumaat, 26 Ogos 2011

Jawapan Awek-Awek Tentang Kenapa Wang Hantaran Kahwin Kena Tinggi. ;D

Assalamualaikum


Hello full puasa boys and tak full puasa girls. What's up?

Korang masih ingat tak dulu-dulu aku ada tulis pasal Kenapa Wang Hantaran Perkahwinan Tak Patut Mahal? Ya, banyak sebabnya yang aku dah senaraikan. Ada yang pasal tanggung dosa, ada yang pasal berbelanja lebih dan untuk pengetahuan korang, ada juga pasal bini yang tak reti masak. Tu baru masak. Belum kuih raya. You girls reti buat kuih raya tak? Or... memang dari dulu sampai sekarang jenis beli kat kedai je? Ish ish ish.

Dan untuk pengetahuan korang. Tengah-tengok syok aku baca balik entry aku menggelakkan gadis-gadis comel ni, teringat pula aku tentang satu entry reply yang di tulis oleh awek ni. Serious korang patut baca. Aku baca sambil angguk-angguk malu. Aku angguk je. Aku tak kata pun apa yang dia tulis tu betul. Just angguk je okay. Just angguk. Pffffff.

**************


Lelaki wajib pi belajaq tinggi tinggi. Kerja elok-elok. Kumpul duit kemudian masuk meminang. Untuk zaman sekarang wajib main RIBU RIBU kan.

Sebab-sebabnya:

Besok selepas kahwin, bini hangpa kena masak pagi-pagi subuh gajah walhal sama sama nak pi keja.

Besok selepas kahwin, bini hangpa kena kutip baju hangpa yang hangpa campak tepi katil nuh sebab malam-malam panas. So tido tak pakai baju. Takde unsur 18sx kat sini. (Kalau ada pun apa salahnya)

Besok selepas kahwin, bini hangpa hegeh-hegeh dok bawak turun bakul penuh baju kotoq (Rumah dua tingkat) nak pi letak dalam mesin basuh, sambil hangpa dok jerit-jerit "Sayangggg cepat skit, jap lagi kang jalan jemmm"

Besok lepas kawin, bini hangpa terhegeh-hegeh turun kereta sama hangpa dok masuk rumah cepat cepat ambil baju dalam mesin pi sidai walau jam pukul 5 petang sambil hangpa dok merengek manja "Sayangggg. Lapar laa.." Dengan penuh kasih sayang, si isteri reply "Kejap taw, habis sidai baju nih, sayangg masak untuk abangg ye"

Besok lepas kahwin. Bini hangpa hegeh-hegeh dok sapu rumah pagi pagi sambil hangpa baca paper sambil online sambil tengok tv.

Besok lepas kahwin. Bini hangpa kena masak tengahari sambil hangpa dok jerit jerit "Cayangg awat ada bau hangus niii. Kemudian hangpa sambung balik tengok tv dan beronline. Sadis isk isk.

Besok lepas kahwin. Bini hangpa dok hegeh hegeh la menyusukan anak tengah malam buta sambil hangpa sedap tidur berdengkur di buai mimpi. Entah sedar ke anak tu tengah nangis.

Besok lepas kahwin. Bini hangpa la yang kalut dok mandikan anak sambil hangpa bersiul siul cuci kereta kesayangan hangpa tue.

Besok lepas kahwin. Bini hangpa balik kerja sama hangpa hari jumaat dok kalut amek anak bawak pi mandi, lepas siap mandi suma, hangpa dok main dengan anak hangpa sambil bini hangpa dok kalut pulak pi kemas baju nak balik kampung mak pak hangpa. Sambil hangpa jerit manja ''Sayangg, cepat skit, nanti hari gelap. Bahaya nak drive''

Wahai para suami. Tolong menolong kan bagus. Kasih sayang bertambah. Hubungan bertambah erat. Tak kesian ke korang dengan isteri korang tu?

Read more here.

*******************

Ololololololo. Kesiannya bini aku kalau macam ni. Tu lah. Orang offer bibik dan share holder(madu) tak nak. Kan dah susah. HAHA. Sekarang bila dah susah mula lah bising-bising ye?

First of all. Eley, apa korang ingat lelaki ni pemalas sangat ke? Tang lelaki asyik baca surat khabar masa si isteri tengah buat kerja rumah tu semua aku rasa korang terpengaruh dari drama melayu kat TV la. Sebab realitynya, lelaki Melayu ni rajin orangnya. Bila nampak si isteri lipat baju sensorang, dia pi and cuit-cuit dari belakang. Kan romantik tu.


Then, lelaki bukan tak nak buat kerja basuh pinggan, mop lantai tu semua. Basuh pinggan, cuci kain, sapu lantai... Alaaa, benda tu semua kucing aku pun boleh buat. Ehem. Lagi pun ada ke lelaki yang tak reti buat benda tu semua? *Terasa* Actually, benda-benda yang macam ni saja je si suami kasi chance si isteri untuk buat supaya si isteri ada benda sikit nak di buat. Iye lah, kalau tak ada kerja, mula lah nak dok bergossips pagi petang siang malam dengan jiran sebelah. Tak ke dosa tu? Kesian si suami tak pasal pasal kena tanggung dosa. So bila ada kerja nak di buat, tak ada lah si isteri dok bertenggek depan pagar jiran sambil bergossip ye tak? See? Bijak betul saya.

Korang tahu tak kenapa bila suami isteri nak pulang ke kampung, si isteri yang akan lipatkan baju? Kenapa? Ya, sebab si isteri tak suka dengan cara si suami siapkan beg baju. Aku ingat lagi bila aku nak balik kampung. Aku kumpulkan baju-baju yang aku nak bawak then aku ambil satu beg. And then aku sumbat semua baju tu dalam beg. Settle. And then bila adik perempuan aku nampak aku dan abang aku buat macam tu, adik perempuan aku terus sound. Kata bazir ruang lah apa lah. Tapi tahukan anda yang ianya adalah lagi membazir ruang apabila beg pakaian tu berbentuk cylinder sedangkan baju dilipat berbentuk empat segi? So, bila kita main sumbat je, baju-baju tu akan fully occupied the beg. Ianya bermaksud yang cara main sumbat ni lagi memenuhi ruang. See? Lelaki ni bijak sebenarnya.

Malam-malam bila si anak nangis, mesti si isteri yang akan pi susukan. Kan? Actually, bukannya si suami tak nak pi susukan. Tapi.... tapi korang cuba la faham ye. Susu gantung ibu merupakan susu terbaik untuk bayi. Apa korang fikir lelaki ada susu gantung? Lagi mau tanya.

Then, tak faham betul aku, ada ke patut you girls semua marah bila si suami pi basuh and cuci kereta kesayangan setiap hari? Dengan kereta pun tak akan la nak jealous kottttt. Biar la kalau si suami nak sayang kereta dia ketat-ketat pun. Lagi pun, baik si suami habiskan masa dengan kereta kan? Kalau si suami habiskan masa dengan perempuan lain, haaaa. Macam mana? Suka?

Haishh. Rosak. Rosak. Tak boleh kahwin lagi korang nih.



Khamis, 18 Ogos 2011

This Feeling on Facebook.

Assalamualaikum








Selasa, 16 Ogos 2011

Tahun 2012 : Fakta Kenapa Ramai Lelaki Bunuh Diri.

Assalamualaikum


Dear my Lisa Surihani,

Lily sihat? Abang-abang disini berharap Lily sihat sahaja hendaknya. Untuk pengetahuan Lily, abang-abang di sini akan sentiasa menunggu kepulangan Lily. Dengan itu, pulang lah Lily. Pulang lah. Pulang lah. Abang-abang di sini akan sentiasa menanti...

Yours,
Abang-abang Frust Menongeng.


Khamis, 11 Ogos 2011

Kenapa Lelaki Begitu. Kenapa Lelaki Begini.

Assalamualaikum


Hello ladies and gentlemen.

First of all, kita bersua lagi setelah sekian lama. Ceh-ceh. Actually, it feels really good bila akhirnya aku ada laptop sendiri untuk menulis. Apa pun, harap-harap laptop ni tak di curi lagi.

Masih ingatkah anda semua tentang entry aku yang bertajuk "Why Lelaki Suka Suruh Girlfriend Dia Pakai Sopan Tapi Dia Pi Gatal Tackle Awek Seksi?" Di entry tersebut, perh, ramai beb awek-awek marahkan lelaki tu. Di entry tersebut, ada gadis yang maki lelaki tu lah. Ada yang memaki perempuan tu lah. Ada yang memaki dua-dua lah. Ada yang bukak cerita sendiri yang hampir sama lah. Dan yang off topic pun ada.

But heyy, kenapa korang nak salahkan lelaki? Kesian lelaki. Sikit-sikit lelaki. Sikit-sikit lelaki. Semuanya salah lelaki. Lelaki buat ni, salah. Lelaki buat tu, salah. Apa pun tak boley. Lagi pun, bukan salah lelaki kalau lelaki tu asyik erm... erm... errr... err... suka pandang gadis comel. Right? Right? Right? Pffff.

Dan, merujuk kepada soalan pertama entry tersebut.

Kenapa ada sesetengah lelaki, yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan, fed up, muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else?
Soalan ni jarang gila aku dapat. Tapi sebelum aku menjawab soalan ni, aku ada satu kemusykilan lah. Lelaki tu pilih awek berambut karat berbanding girl yang berambut tak karat? Dan kenapa perempuan tu karatkan rambut dia? Apa dia ingat kalau dia buat rambut karat, dia boleh dapat muka macam my Hamis Jalikha? Eww peh-lis. Now way. My Hamis Jalikha kalau rambut karat sampai putih pun lawa okay. Sebab dia kacukan. Korang? Korang kacukan ke? Mana adaaa. Sebab tu la tak lawa.

Lagi pun, cer tengok my Lisa Surihani. Mana main kaler-kaler rambut ye tak? Kaler-kaler rambut tu dah ketinggalan zaman ah. Sekarang zaman dah maju. Dunia dah berubah. Zaman sekarang semua main rambut hitam.

So, berbalik kepada soalan, kenapa lelaki suka curang instead memberitahu yang dia dah fedup dengan si gadis? Actually, ye ke yang lelaki tu dah bosan dan fed up? Well, lelaki tu mungkin takut dan tamak.

Takut.
Certain lelaki amat takut untuk bagi tahu yang dia curang. Why? Sebab dia takut kot-kot dia dah buat pilihan yang silap apabila mula curang. Dengan kata lain, lelaki curang untuk 'Try and Error'. Dia curang (try). Bila rasa tak tak boleh bertahan (error), dia blah. Easy concept.

Tamak.
Bayangkan yang anda adalah seorang lelaki. Di hadapan anda ada dua orang awek. Sorang yang alim, yang baik, yang sopan santun. Dan sorang yang liar, seksi dan menggoda. So, korang nak pilih mana satu? Well, kalau boleh ngap dua-dua, kenapa nak buang satu? HAHA. That is why lah kenapa lelaki curang dan pasang dua.



How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu, do such things as check in into hotel, ringan-ringan, geli-geli dan bermacam-macam lagi?
Sebenarnya, solat 5 waktu tak menjanjikan apa-apa (kalau solat tak sempurna bab kata comentator) Ustaz pun ada yang merogol, meliwat. Pelajar tahfiz pun ada yang melanjurkan diri. Cikgu agama pun ada yang molest. So what upp?

Korang kena ingat satu benda. Jari telunjuk adalah ilmu. Dan jari tengah adalah nafsu. Kalau korang tengok balik, jari tengah akan sentiasa lebih panjang dari jari telunjuk. Maksudnya, even korang belajar sampai ke tahap ustaz sekalipun, nafsu adalah sesuatu benda yang amat-amat bahaya. Sebab tu la aku cakap, solat atau tak, puasa atau tak, taat ibu bapa atau tak; ianya tidak menjanjikan apa-apa. Aku pernah tengok sendiri orang-orang yang pelik. Ada orang yang tak pernah solat, tetapi puasa tak pernah tinggal. Ada orang yang tak pernah tinggal solat tetapi hari-hari pergi club.


Sebab tu lah orang kata berkahwin itu umpama menyempurnakan agama. Supaya kita boleh fight all of those nafsu. Tapi nak buat macam mana. Nak kahwin je, mintak hantaran tinggi-tinggi. Pastu masak tak reti. Pastu tanggalkan stoken suami tak mahu. Macam mana nak kahwin? Then masa nak kahwin, make up pulak tebal nak mampus. OKAY FINE terubah topik.

Tapi seriously ah, aku rasa tak ada kot orang nak bernikah dengan perempuan rosak. Contohnya, Maria Ozawa la. Kalau korang di beri peluang untuk kahwin dengan sesiapa sahaja adakah korang akan pick Maria Ozawa? Or top Vietnam model; Elly Tran Ha? Okay fine Elly Tran Ha tu ada kot (Member aku nak. Eww). Tapi realitynya, tak ada kot.


Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?

The issue nya sekarang ni, aku rasa lelaki tu terperangkap antara nafsu dan long term planning doe. Biasa lah, darah muda. Sekali awek hot tackle, sure cair. Dan bila dia tengok perempuan blond yang hot dan seksi tu, aku bet yang dia nampak adalah nafsu. Dan bila dia tengok awek dia (ex), apa yang dia nampak adalah 'future wife'. Dan bila dia fikir-fikir balik "Hmmm. Future wife ni lambat lagi kalau nak naughty-naughty pun. Tapi kalau awek blond ni, bila-bila masa boleh". Actually tak semua perempuan seksi dan tak tutup aurat tu adalah liar. Tapi dalam kes ni, siap dah check in hotel. So faham-faham la.

Actually kan, ada certain lelaki ni dia suka tau kalau ada lelaki lain pandang awek dia sambil cakap "Weh, seksi gila awek kau. Badan dia, perh". Then lelaki tu sure rasa bangga bila kawan-kawan dia bercakap pasal body awek dia. Ya, ewww. Aku tak faham kenapa ada certain lelaki boleh share-share cakap pasal part-part badan awek dia dengan lelaki lain. Dan rasanya tentu sekali dia tak nak jadikan awek dia tu sebagai wife dia. Lagi pun, no way lah korang (boys) nak lelaki lain usha dan fikir yang bukan-bukan pasal yang calon isteri korang kan? Dan yes, most of lelaki, dia akan cari gadis yang baik untuk di jadikan calon isteri. Yang liar dan entah apa-apa tu, hanya di jadikan stok dan bahan simpanan je.

 
Lagi pun, korang bayangkan ye, korang ada seorang awek yang baik gila. Nak ke korang rosakkan? Mesti korang nak jaga elok-elok kan? Konsepnya sama je. For example, korang ada kereta. Kereta korang lawa. Then superb. Korang beli mahal gila. Di sebabkan mahal, korang jaga la elok-elok kan? Sanggup ke korang kotorkan kereta tu? Sanggup ke korang drive guna kereta tu di kawasan berlubang-lubang sampai rosak? Mesti tak sanggup kan?So, instead dari merosakkan calon bakal isteri sendiri, baik rosakkan bakal bini orang lain ye tak? HAHA. See lelaki ni pandai sebenarnya. Ehem.

*********************

Well, dalam dunia ni ada bermacam kes pasal lovey dovey ni. Ada yang begitu, dan ada yang begini. Tapi, aku rasa dalam banyak-banyak tu, mesti ada yang nak menuju ke alam perkahwinan kan?
Well, kahwin ni seronok sebenarnya. Kadang-kadang gaduh manja. Kadang-kadang gurau-gurau kasar. Kadang-kadang suami yang merajuk. Kadang-kadang isteri yang pujuk. Berkahwin adalah sesuatu stage dimana kita dah di satu tahap yang berkeinginan untuk hidup dengan pasangan kita untuk satu jangka masa yang amat panjang. Contohnya, aku nak hidup dengan seorang gadis yang aku tak akan pernah rasa bosan untuk bersama. Ya, antara sebab aku berkahwin adalah sebab aku nak bersama dengan girl yang aku suka for the rest of my life. My whole life. Bangun pagi nampak muka si dia, terukir senyuman indah. Masuk tidur pun, nampak muka si dia dan senyuman indah itu tetap terukir. Tak akan pernah rasa bosan.
And... yeah. Saya tahu saya romantik. Sila jangan terpikat.


Rabu, 10 Ogos 2011

What are We?

Assalamualaikum


Math. Hampir dari umur 4 tahun hingga 25 tahun kita belajar. Yet, apa yang kita guna dalam hidup dan pekerjaan hanyalah kurang dari 10%.

Fact.


Sabtu, 6 Ogos 2011

Why Lelaki Suka Suruh Girlfriend Dia Tutup Aurat tapi Dia Pergi Menggatal dengan Awek yang Seksi?

Assalamualaikum


Hello confused girls and steady boys sekalian.

Aku bet yang korang rindu kat aku kan? Rindu aku mengata-ngata korang. Rindu aku perli-perli korang. Dan tak terkecuali korang mesti rindu aku yang asyik puji lelaki kan? Okay fine korang tak rindu.

Dari dulu sampai sekarang, blog aku ni selalu gak la dikatakan sebagai blog Dr Love. Well, Dr Love? What the hell is that? Eww, sounds disgusting. Actually, aku tak tahu entah dari mana la aku boleh dapat gelaran yang menggelikan tu. Padahal, aku rajin je update benda-benda lain yang selain dari bab love eww-eww kan? Kan? KAN?

So this time, instead dari mendengar pendapat aku, apa kata kalau kita dengar pendapat dari semua pembaca di sini? Ya, termasuk korang. Why? Sebab aku ada satu isu yang amat menarik untuk korang jawab. Ya, satu isu yang aku ambil dari email.

Hi Mr K,

I have few questions to ask you.

So, here's the story. I had a boyfriend, we were together for almost three years and we eventually broke up, last year. Itu pun sebab ada third party and my ex is a jerk anyway. Biasa la lelaki kan pandai berlakon. (Ouch!)

Kitorang belajar dekat US masa mula-mula kenal and became official and then he decided untuk quit medicine dekat US, and continue dekat Malaysia. He convinced me to go back with him, so I did. -.-" So, kitorang sambung dekat UM, took the same course, same class, same everything. First year and second year, semua okay, happy, fireworks, bahagia. Semua lah. *rolling eyes*


Then masa early part 4, ada one extender, girl masuk kelas kitorang. Pretty, blonde malay girl. Memang HOT. Then, i noticed few differences dekat my ex-boyfriend. Dia selalu penat, mengantuk, pastu selalu tertidur dalam kelas. BUT, he never neglected me, setiap hari study sama-sama, lunch, dinner sama-sama. Emotionally, he didn't change. We were still happy, all lovey dovey. So one day, i ternampak marks dekat his neck, macam lovebite so asked him, kenapa macam ada lovebite dekat tengkuk dia, and dia jawab "Kena gigit serangga" so i believed him. (Rupanya serangga tu rambut blonde)

Then comes Ramadhan few weeks later, hati I macam rasa lain eventhough he didn't change a bit. I felt different like something is wrong with my ex. One day, tiba-tiba dia bagi gift and I can see the guilt from his face but I don't know why. Strange. So, i prayed and mintak Allah tunjukkan apa yang I tak nampak selama ni. and guess what, during the second week of Ramadhan, dia kantoi.

As usual we went to berbuka and straight to Masjid for Tarawikh together, but suddenly he became sooo quiet; muka dia macam sedih, bersalah pun ada, serabutt sangat padahal baru je lepas solat. I dah pelik. Then he sent me back to my hostel, and then my roommates tell me everything.

My ex-boyfriend dah keluar dengan that blonde girl for almost a month. Dia selalu penat and ngantuk masa dalam kelas sebab dia kena spend time with both girls. Lepas dia hantar I balik, dia pick up that girl. Vice versa. siang dengan I, malam dengan that girl. Me and her duduk sama-sama hostel. Just Imagine. That guy got some balls to do that.



Semua orang in my class pun dah tau except me. I was devastated, bayangkan semua orang in my class have to keep it from me for almost a month sebab dorang tak sampai hati nak cerita dekat i. I was crushed, but i felt relieved somehow. Macam Allah answered my prayer, Subhanallah. So, i texted him and tell him that i want to end our relationship and as expected, he agrees with everything. He said sorry, but I don't think he mean it. And the lovebite i saw, it was her, my classmate.

And it ended right there, I tak pernah confront perempuan tu, I didn't talk to my ex-boyfriend after that because I just feel like it's not worth it, not worth fighting and now, I'm so glad i did that, I did nothing.

So, Mr K,

  1. Kenapa ada sesetengah lelaki, yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan, fed up, muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else?
  2. What can i do to banish him completely from my mind?
  3. How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu, do such things as check in into hotel, ringan-ringan, geli-geli dan bermacam2 lagi?
  4. Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?

Why Mr K, why?

Seorang lelaki berjaya keluar dengan dua perempuan berbeza dalam satu hari? Kalau korang suruh aku jawab email ni, aku akan kata "Her ex is a man. Yeahhh" HAHA. Kalau korang pulak, korang jawab apa?



Selasa, 2 Ogos 2011

Peristiwa Ajaib Pada 1 Ramadhan di Asrama Aku.

Assalamualaikum

Selamat menyambut bulan Ramadhan kawan-kawan.

Di bulan yang mulia ini, pernah tak korang experience peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku? Well, aku pernah. Ya, semalam. 1 Ramadhan, entah mengapa, aku jumpa ini, sekitar pukul 2-3 petang.


Aku ulang, sekitar pukul 2-3 petang. Padahal mak cik cleaner dah clear kan segalanya pada pukul 10 pagi.


Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger