Memaparkan catatan dengan label Motivate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivate. Papar semua catatan

Selasa, 15 November 2011

Istidraj - Jangan Kecewa Kalau Hidup Tak Best.

Assalamualaikum



Heloooo ahli-ahli SPM yang tension dengan study sekalian. Dah ready nak fail SPM?

Dekat Twitter, aku tengok ramai gila post tweet pasal SPM. Ada yang post tentang motivasi tentang SPM, ada yang post tentang tips untuk berjaya dalam SPM dan ada yang post troll cara untuk fail dalam SPM.

But out of all, aku perasan ada yang complain pasal ketensionan ketika study untuk SPM. Ada yang bising-bising pasal:

  • "Apasal aku study tak masuk-masuk? Jealous la dengan kawan aku ni. Study sikit dah masuk."
  • "Aku baca topik satu, lupa topik dua. Aku baca topik dua, lupa topik tiga. Macam mana ni?"
  • "Aku hari-hari makan kismis and berdoa supaya otak aku mudah pickup. Tapi tak jugak."

Well, pernah tak korang terfikir kenapa hidup korang amat sucks? Pernah tak korang fikir kenapa orang yang tak solat tapi setiap kali test, exam, or SPM result dia jauh lagi tinggi dari korang yang struggle dan beribadat all the time? Pernah tak korang rasa cemburu dengan roomate yang asyik main game tetapi setiap kali final exam dia score the highest? Pernah tak korang sakit hati bila korang giving out all you have but at the end, the laziest yang mendapat straight A dalam SPM? Sakit hati tak bila tengok orang-orang yang tak berusaha tapi bila buat sesuatu pekerjaan, dia boleh sebut alhamdulillah tapi bila kita tengok hasil usaha kita, kita nak sebut syukur pun teresak-esak? Why? Sebab takdir?


Pernah tak korang berpegang dengan kata-kata guru korang yang bekata "Orang meniru tak akan berjaya dalam exam dan SPM" Tapi bila balik ke realiti, orang yang meniru dah berada di puncak kejayaan sedangkan korang yang percaya kepada usaha sendiri, melutut tanpa nampak sebarang cahaya dari masa depan?

Where the fuuu is the real things? Do something good will ruin your life while be a bad person brings you the happiness? 

The fact is, shit is always around us. And so does with the Istidraj.



Mungkin korang tertanya-tanya, what the fuuu is Istidraj?

Anak orang kaya, hari-hari main perempuan. Ayah dia hari-hari minum. Mak dia pun sama. Tapi hidup mereka amat cool. Hidup dioerang amat happy. Apa yang dieorang nak, semua diaorang dapat. Anak-anak dieorang, PMR dan SPM semua straight A. Perjalanan hidup dioerang amat mudah. But why? Kenapa orang yang buat larangan Tuhan asyik dapat kebahagian hidup? Yes, itu adalah Istidraj. Istidraj bermaksud suatu kenikmatan yang Allah bagi untuk kasi dieorang makin lalai. Semakin banyak nikmat yang Tuhan kasi, semakin hina lah mereka di sisi Tuhan.

So, here is the tricky question.

Adakah kita perlu jadi jahat untuk menikmati hidup ni? Apa guna kita hidup kalau dah semua yang kita nak kita tak akan dapat? Adakah kita berusaha untuk something yang tak wujud? Adakah kita bersusah payah terhadap sesuatu yang memang tak akan kita miliki?


Istidraj, the only harapan untuk orang-orang yang susah terus hidup. Why? Sebab orang Melayu mudah sangat jealous. Nampak orang berjaya sikit, terus dengki. Setiap kali aku nampak orang berjaya dengan cara betul, aku respect dia. Tapi setiap kali aku nampak dia berjaya dengan cara yang menipu / buat jahat tapi berjaya dalam hidup, aku cuma boleh kata "Itu mungkin Istidraj".

How about Hikmah?
Aku amat teruk dalam study. Amat-amat teruk. Tapi aku amat jarang meniru. Of course la aku ada meniru. Tapi setakat ni, tak pernah lagi aku bawak kertas atau toyol ke dalam hall peperiksaan. Actually, dulu aku ada nak bawak. Tapi ada seorang gadis Mesir yang bernama Laila yang kata haram meniru ketika exam, tak berkat. So, aku tak bawak toyol. Aku tak meniru, aku study hard gila-gila. Tapi result? Result macam sial. Well, dalam kes ni, orang akan kata:

"Relax ah, mungkin ada hikmah"

Aku pandang dia dan berkata "Hikmah? Hikmah your head." Aku study gila-gila, kau meniru boleh ah cakap macam tu nak-nak bila result gempak gila. But guess what? Yeah, ada hikmahnya. Aku sedar aku amat bad-bad dalam study so, aku fokuskan pasal benda lain. Which is blog.

Ignore orang untuk mencapai kejayaan.

And korang tahu tak pasal Wikipedia? Ya, Google di ranking nombor 1 dunia. Facebook adalah di ranking nombor dua. Dan Wikipedia adalah nombor 7. Di wikipedia, setiap orang boleh menulis dan submit apa yang dia tahu. Well, korang tahu tak macam mana wikipedia ni wujud?

Wikipedia di ciptakan oleh seorang mamat yang ingin membina sebuah platform dimana setiap orang boleh menulis apa-apa sahaja info yang dia tahu tapi dia tak akan dapat bayaran dari apa yang dia tulis tu. Dan tahu tak apa masalah yang mamat ni dapat masa hendak mambuat Wikipedia? Dia dapat tentangan seperti:

"Eh wait, siapa yang akan tulis tentang info dan fakta tanpa dapat sebarang bayaran dan credits?"

Yeah, kalau korang pun, korang sure akan berfikir macam tu kan? Tapi tengok lah sekarang. Wikipedia ranked as #7 most visited site in the world. Yeah, expect the unexpected. Buat something yang orang tak duga. Just because korang teruk dalam study (macam aku) tak bermaksud korang akan gagal dalam hidup. (Rasanya dah penat aku ulang ayat sama macam ni. Tapi ramai still tak faham.) Well ya, aku tau yang manusia menilai orang based on a stupid piece of paper yang dipanggil "Result Final Exam" or "Result SPM". But, that is nothing actually.

So, kalau korang nampak kawan-kawan korang yang tak pernah solat, tak pernah puasa tapi dia dapat jawab soalan SPM dan exam dengan senang, korang relax je. Aku cakap ni based on pengalaman. Aku pernah berada di tempat korang. Itu semua mungkin Istidraj. Mungkin Mesti ada hikmah di sebaliknya. Korang hanya perlu play it cool.


Dan sebenarnya, jangan terlampau bergantung kepada SPM. SPM hanya penting untuk zaman remaja. Tapi after that, orang dah tak pandang SPM dah. And then, kalau result SPM korang gempak, korang ingat senang ke nak sambung dah success di IPT? Berapa ramai yang kini bekerja based dari apa yang dia belajar? Belajar Electrical tapi jadi boss di kilang gam (My boss). Ambil course accounting, tapi buka saloon sendiri (My friend). Banyak benda di dunia ni yang kita tak akan sangka. Dan kadang-kadang, bidang yang kita kerja dan yang kita minat tu, tak berkaitan pun dengan bidang yang kita belajar.


Look at Mark Zuckerberg, Bill Gates, Steve Jobs and Michael Dell. Dieorang dropout and berhenti dari kolej dan jadi jutawan. How mereka boleh jadi kaya? Maybe sebab dieorang buat seperti apa yang di tulis dalam "If You Want To Be Rich And Happy, Dont Go To School." Maksudnya, jangan rely on satu benda sahaja. Buat apa yang korang minat dah surely korang akan berjaya.

Okay maybe korang boleh kata dia dia tu genius sebab tu dieorang boleh berjaya. Ada ke orang yang tak genius, tak belajar tinggi-tinggi tapi berjaya dalam hidup?

Yaa. Amat banyak. Ada yang berjaya hanya dengan mengembangkan perniagaan family. Ada yang berjaya dengan membuka perniagaan bundle. Dan ada yang berjaya dengan bakat yang tersendiri. Setiap orang ada bakat dan kelebihan yang tersendiri. Tak kira la betapa sucknya korang, suatu hari nanti korang akan jumpa something yang korang really good at.  

Point of this entry; study untuk SPM dan final exam tu, jangan la sampai tension-tension. Kalau korang amat-amat bad dalam study, then maybe ada reasonnya yang tersendiri. Don't lose faith on God.

Life loves to play with us. So, play with the life and win the game.

SPM is just something, not everything. 



Ahad, 28 Ogos 2011

Apa Itu Law of Attraction (LOA). Metafizik yang Compatible Dengan Islam?

Assalamualaikum


Hello ladies and gentlemen sekalian.
Semalam, aku saja je la bukak twitter seteleh sekian lama tak aktif di sana. Saja-saja je online untuk tengok perkembangan terkini. And masa tengah layan-layan timeline twitter tu, aku perasan tentang sesuatu benda yang tiba-tiba buat aku tertarik. Yeah, ianya tentang The Law of Attraction. Dan itu mengingatkan aku tentang draft entry aku yang dah berkurun. Ya, aku pernah terfikir nak tulis pasal Law of Attraction, tapi rasa malas. Dan itu juga mengingatkan aku tentang sebuah dokumentari yang bertajuk The Secret yang di adaptasi dari buku yang juga bertajuk The Secret. The Secret ni menceritakan tentang Law of Attraction (Hukum Tarikan) tentang how seseorang tu berjaya hanya dengan his state of mind. 


Satu-satunya sebab kenapa aku download dokumentari The Secret tu adalah sebab ayah aku pernah belikan satu copy buku The Secret yang berbahasa cina untuk adik aku yang berumur 11 tahun (since adik aku bersekolah cina dan kawan rapat ayah aku syorkan buku tu). Jadi, buku tu nampak stylo (Plus, most of Chinese read it.). Dan juga buku tu menceritakan tentang secret nak jadi orang yang berfikiran positif dan secret-secret kehidupan yang semua orang-orang terkenal seperti Leonardo Da Vinci dan bagai mana mereka berjaya dalam hidup dengan menggunakan konsep Law of Attactraction. Ataupun dengan bahasa mudahnya, Law of Thought. 


But wait, apa itu Law of Attraction?
Law of Attraction kalau korang nak tahu, ianya adalah satu 'peraturan dunia' ataupun hukum alam yang respond based on apa yang kita fikirkan. Apa yang korang fikirkan tanpa sebarang doubt, itu lah yang akan terjadi.

Contoh Law of Attraction


Situasi : Korang nak pergi ke kelas. 
Fikiran korang : Sepanjang perjalanan ke kelas korang asyik fikir yang korang akan kena marah dengan lecturer. 
Result : At the end, korang memang betul-betul kena marah. 
Law of Attraction : Sebab bila korang fikir too much untuk sesuatu benda tak kisah lah benda tu positif or negatif, ianya akan menarik makin banyak charge (Tak kisah la positif or charge negativ tu). So apa yang akan berlaku next adalah based on apa jenis charge yang korang tarik.

"We are like magnets - like attract like. You become and attract what you think" - The Secret

Just like the bad day. Aku bet korang pernah dengar orang kata jangan mulakan hari dengan benda-benda yang negative kan? Contohnya, pagi-pagi lagi korang dah terbangun lewat untuk ke kerja. Then bila dah lewat, sure korang fikir benda-benda yang negatif seperti jalan akan jammed, then bila dah lewat akan kena marah dengan bos, kan? Bila korang fikirkan macam ni, secara tak langsung, korang akan menarik charge-charge negatif. And then, wallah, seluruh hari anda menjadi malang; kereta rosak, PC asyik hang, buat kerja tak jadi, dompet tertinggal, lunch makanan basi, berak tak ada air, ada awek kena dump dan sebagainya. So, what is the rule of the Law of Attraction? Yeah, think what you want. Don't give a shit of what you hate.

"People think about what they don't want and attract more of the it- The Secret.


Contoh lain.
Situasi : Korang nak beli tender yang beharga RM5 juta. (Macam drama melayu pulak. Bila cakap pasal tender mesti bejuta-juta.)
Fikiran korang : Korang setkan dalam diri korang yang korang sure akan dapat tender tu. Korang tak perlu kalut dan cuak gila-gila bila fikirkan pasal tender tu.
Result : Korang dapat tender Rm 5 juta tu dengan mudahnya.
Law of Attraction : Korang fikir yang korang akan dapat tender = Charge positif. Then the Universe (Not God) akan respond kepada charge tu.


So how benda ni boleh buat seseorang tu berjaya dalam hidup dan hidup senang termasuk kaya?


Korang pernah tak pergi seminar Dr Azizan Osman? Korang penah tak pergi apa-apa seminar motivasi ESQ? Or apa-apa seminar motivasi hidup dan motivasi cepat kaya lah. Most of seminar-seminar macam tu korang boleh dapatkan intipatinya dari the buku-buku Law of Attraction. Dalam mana-mana seminar pun, tukang kasi ceramah tu sure akan suruh kita sebut apa yang kita nak dengan kuat-kuat seperti "Saya akan kaya!" kan? And then dia akan suruh kita fikirkan benda-benda positif pasal apa yang kita nak termasuklah listkan di atas kertas tentang benda-benda yang kita betul-betul inginkan, kan? And that, is the Law of Attraction.



Dan kalau korang nak tahu, most of buku-buku motivasi hidup yang di tulis oleh penulis Malaysia seperti HM Tuah pun sebenarnya ada menyentuh bab Law of Attraction. Bukan setakat HM Tuah, tapi bermacam-macam lagi penulis buku motivasi di seluruh dunia ada guna konsep Law of Attraction. Dan bukan setakat buku motivasi, tapi buku-buku tentang sucsess dalam perniagaan dan buku-buku tentang how-to-be-happy pun banyak sentuh bab yang dah tersenarai dalam Law of Attraction.


So, adakah Hukum Alam Law of Attraction compatible dengan Islam?
Aku dah tahu pasal Law of Attraction ni dalam tahun 2009 rasanya. Dan dari pengalaman aku, aku boleh kata aku hanya percaya 40% dari perkara-perkara yang dalam dalam Law of Attraction. Dan bab yang paling aku tak percaya adalah bab Universe-respond. Kalau korang kaji betul-betul, 'penganut' fanatik Law of Attraction (LOA) ni diaorang macam tak percayakan Tuhan. Katanya, apa-apa benda yang kita buat dan fikir akan di respond oleh universe (Hukum alam). 

"If you turn to the universe, you will be surprised and dazzled by what is delivered.. This is where magic and miracles happen." - The Secret

So, kalau kita berfikir tentang benda-benda positif kita akan dapat charge positif, and then, the Universe akan plankan something supaya apa yang kita fikirkan tu betul-betul berlaku. Dan itu lah masalahnya, dieorang kata yang itu semua adalah hasil kerja dari alam dan bukannya dari Tuhan.

So Mr K, kalau kau tahu pasal Law of Attraction ni, kenapa kau tak kaya raya? Kau tak apply law ni ke?


Ada banyak sebenarnya cara untuk apply LOA ni. Tapi... nope. Law of Attraction ni tak berfungsi kat aku. Ianya berlaku kat ayah dan abang aku. Tapi bukan aku. As for me, it's reverse. Apa yang aku fikirkan 99.99% tak akan terjadi. For example, aku nak pergi keluar makan. Aku dan plan kaw-kaw. Aku dah fikir macam-macam pasal keluar makan tu. Aku set jam, buat tu, buat ni. But at the end, ianya sure tak akan jadi seperti apa yang aku plan. But, kalau aku tak fikirkan langsung tentang that plan, ianya akan berjalan dengan lancar. Maybe, lagi better. So yeah, dalam kesemua benda yang ada dalam The Secret dan Law of Attraction tu, aku hanya percaya 40% je dari isinya.

Situasi : Korang nak pergi shopping. Korang nak park kereta korang betul-betul kat depan mall tu.
Fikiran korang / aku : Mesti akan ada parking kosong kat depan mall tu.
Result : Tak ada parking kosong. So kena park jauh-jauh.
Fikiran LOA : Tak ada parking kosong. Mesti sebab aku tak betul-betul apply konsep Law of Attraction. Mesti sebab aku tak yakin 100%.
Fikiran aku : Tak ada parking kosong. Ni mesti ada hikmah ni. Kalau aku park kereta tak situ, entah-entah mungkin kereta aku kena seret dengan awek yang tak pandai drive.

Well, aku lebih percayakan kepada takdir daripada percaya kepada LOA. Tapi, apa yang aku percaya dengan Law of Attraction ni? Yeah, LOA ni mengajar aku untuk tenang. Mengajar aku untuk relax tanpa kelam kabut sangat. Ianya juga mengajar aku yang kita hanya perlu berfikir positif. And then berusaha. Selepas tu, kita just perlu tawakkal sebab Allah (not universe for me) ada plan yang terbaik untuk kita.

You are the creator of your own reallity

The first step in faith;
You dont have to see the whole staircase,
But just take the first step.




Sabtu, 18 Jun 2011

Kalau Dah Di Takdirkan Gagal. Kenapa Still Nak Berusaha? Ini Sebabnya.

Assalamualaikum


Whats up boys. And yeah, cute girls too. How is your life?

Well, di entry yang lepas, ada dua gadis tanya pasal jodoh dan takdir.... as below.

Betul ke jodoh tu 50-50 antara kita dengan Tuhan? Tak pernah dengar pun. Tapi kalau betul kita kena banyak berdoa lah kan? -Ayue dan Husna

Actually, bila aku kata 50-50, ianya bermaksud kita kena la seimbangkan antara usaha kita sendiri dengan ketentuan Tuhan. Sebab takdir actually boleh di ubah. Yuppp. Boleh di ubah


Wait. What? Takdir Boleh di Ubah? What The Shit Are You Talking About, Dude?
Pernah tak korang fikir satu benda yang kita selalu buat bila kawan kita sambut hari lahir? Yeah, wish birthday. Most of us akan kata:

Happy birthday, baby. Moga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki.

Yeah, "dipanjangkan umur". Kita meminta supaya dia di panjangkan umur. Tapi bukan ke kita semua tahu yang tarikh kita mati dah di tetapkan di Luh mahfuz? Dah tu kenapa mintak di panjangkan umur lagi? Begitu juga dengan rezeki. Bukan ke rezeki kita dah tertulis? Think hunny, think. 


Actually, benda-benda seperti ini adalah agak susah untuk dibualkan. Dan hal-hal seperti takdir ini bug me like hell. Well, nak tanya segan. Iye lah. Siapa lah nak layan soalan budak yang bukan dari sekolah agama macam aku ni ye tak? So, after aku teringat balik pasal isu ni, I do some research. Aku tanya ayah aku then baca-baca buku, google article dan sebagainya. Dan ketika aku tengah layan blog sambil usha-usha awek, aku ada terjumpa satu article pasal takdir dan aku ada terjumpa sedikit pasal jodoh. Well, orang selalu kata 

"Jodoh tu dah di tetapkan. Apa yang kita perlu buat adalah tunggu. Kalau ada tu adalah.". 

And that is so wrong. Wrong. Wrong. Wrong and damn wrong. Tunggu jodoh tu betul. Tapi kalau dah bab tak nak berusaha langsung baik tak payah. Why? Sebab jodoh adalah satu takdir yang kita perlu usaha untuk melaksakannya.


God Dammit Mr K. Aku Tak Faham Lah.
Mari kita guna contoh yang mudah. Bayangkan takdir tu adalah sebuah plan untuk rumah 4 tingkat. Arkitek melakarkan plan rumah dengan cantik dan lengkap. Dan kontrektor pula akan membina rumah tu mengikut plan yang dilukis oleh artitek. Dan it is up to kontrektor lah nak bina rumah macam mana asalkan setiap sudut dan bentuk rumah tu mengikut kemahuan si arkitek. Kan? Ini adalah konsep yang sama dengan takdir. Tuhan melakar takdir dan up to kita lah macam mana kita nak laksanakan. Dan, andai kata kontrektor tengok rumah tu ada part yang boleh dia improve, dia akan pergi kepada artitek dan menyuarakan hasratnya tu. Kan? Begitu lah juga dengan kita. Bila kita mahukan sesuatu, kita berdoa beb. Dan tak terlupa juga, berusaha.

Sebab tu lah ada satu hadis yang berbunyi

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).


Habis tu, aku baca blog kau hari-hari ni pun di kira takdir ke? 


Soalan yang paling famous di tanya adalah tentang perbuatan kita. Pernah tak korang terfikir

"Adakah segala perbuatan kita telah di takdirkan? Kita baca buku, berjalan, mesej awek, gayut dengan pakwe. Adakah itu semua dah di takdirkan?"

And, how about dosa dan pahala? Adakah dosa dan pahala tu juga dah ditakdirkan? Serta, pernah tak korang imagine apa yang korang akan jawab kalau ada orang kata

"Aku membunuh dan berbuat jahat sebab aku dah di takdirkan untuk berbuat macam tu. You cannot blame me mothafakka"

Actually, apa yang kita buat adalah pilihan kita sendiri. Pernah tak korang dengar ayat :
 "Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum kalau bukan dia yang ubah sendiri" 

Maksudnya di sini, kita ada kuasa untuk berusaha untuk mencapai masa depan kita dan apa yang kita nak. Masa hidup ni, up to you lah melakukan apa je yang korang mahu tetapi korang tak akan sekali-kali keluar dari takdir yang telah Allah tetapkan tanpa izinnya. Macam bunuh diri juga. Contohnya, korang di takdirkan hingga umur 60 tahun tapi korang mengambil tindakan membunuh diri sebab putus dengan pak we, then dengan izin Allah, sampai kat situ je lah umur korang.

Atau kalau korang susah nak faham, tengok graph di bawah.


Ya, ianya adalah graph untuk sebuah flow. Line hijau adalah takdir yang telah Allah lakarkan. Dan kita bebas untuk buat apa je yang kita nak dengan keizinan Tuhan (Line hitam). Tapi, andai kata kita ni Allah sayang, then kadang-kadang Allah kasi kita bencana / peristiwa / kemalangan supaya kita kembali kepada jalan yang betul . For example, korang minat course Kimia. Korang study kaw-kaw tapi still korang tak boleh lepas. And then korang failed (line merah). Based on that failed, korang berhenti ambil kos kimia dan masuk kos computer dan wallah, korang menjadi programmer yang terkenal dan kaya. That is a Welcome back. Which means, you back to the takdir where you supposed to be.

Please correct me if I am wrong.


So let get this into a very crystal clear situation. Bila masa sesuatu benda adalah pilihan sendiri dan bila masa ianya adalah takdir?

Takdir terbahagi kepada dua which is Takdir Mubram dan Takdir Mu'allaq. Takdir Mubram adalah takdir yang tetap dan tak boleh di ubah seperti kematian, umur dan sebagainya (Actually, tak ada siapa tahu pasal ni sebab apa yang tertulis di Luh Mahfuz tak ada siapa pun tahu). As for takdir Muallaq, ia adalah takdir based on usaha kita atau dengan kata lain, akibat dari perbuatan. For example, menjawab soalan final exam dan mengurat awek. Andai kata korang tak berusaha dan study, korang ingat korang boleh ke lulus dengan cemerlang? Kalau korang adalah genius, mungkin boleh. (Tapi kalau korang genius rasanya tak der la korang dok baca blog aku ni. HAHA. Okay okay joke.) I mean, yea Takdir Muallaq adalah suatu perkara yang implikasinya adalah based dari apa yang kita lakukan. Tapi andaikata kita tak study tetapi lulus dengan cemerlang gak, then itu adalah takdir.


Berkata Said bin Jubir dan Qatadah (rahimahullah)
"Allah SWT menghapus sesuatu hukum dan ditukar dengan hukum yang lain selepas itu Allah SWT memantapkannya (mubram)."
"Perubahan tersebut berlaku kepada hukum Syarak dan Fardhu, kemudian Allah SWT mantapkan (mubram). Setelah itu ia tidak akan berubah-ubah lagi."


So yeah. Ada takdir yang boleh di ubah dan ada takdir yang tak boleh di ubah. Certain takdir tu boleh di ubah dengan syarat korang berdoa while certain takdir lain, not. Dan bila cakap berdoa, bukannya bermaksud korang berdoa kaw kaw mintak panjang umur then hari-hari dok makan McD pastu tidur. Begitu juga dengan rezeki. Korang tak boleh berdoa pagi petang siang malam mintak dimurah kan rezeti tetapi korang dok main Dota setiap hari tanpa bekerja. No, setiap doa mestilah disertakan dengan usaha. Then baru lah bertawakkal.


Dah tu, macam mana pula dengan jodoh? 


Actually, aku pernah dengar yang perkataan "Jodoh" tu sendiri tak ada pun dalam Al-Quran. Aku tak pasti aku baca mana tetapi katanya perkataan "jodoh" tu memang tak pernah wujud pun (Correct me kalau aku salah). So, aku try lah kaji pasal ni. And yes antara benda yang paling berkait dengan jodoh yang ada didalam Al-Quran adalah "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik". Yeah, itu janji Allah. Maksudnya, kalau kita NAK jodoh yang baik, kita kena la jadi baik. Dan ingat, Nabi kita sendiri pun suruh kita memilih pasangan kita kan?
Dengan kata lain, pilihan yang kita buat adalah kehendak kita. Tetapi ianya berlaku dengan keizinan Tuhan.   

Korang boleh tengok video di bawah.








Sebab tu lah ada orang berdoa minta dipercepatkan jodoh. Sebab tu lah ada juga orang yang kata:
Kita hanya berusaha, dan up to Allah lah untuk mengizinkan (menentukan)

So, sila lah berusaha dan berdoa serta jangan bergantung kepada takdir semata-mata. Sebab certain takdir boleh di ubah dengan izin Tuhan. Masalahnya, kita tak tahu apa takdir kita dan which takdir yang boleh di ubah. Then, that is why lah kita kena berusaha. Cuba korang fikir. Andai kata korang ni terpikat kat lelaki handsome muka ala-ala korean. Then apa korang akan buat? Duduk dalam bilik seharian and baca blog Mr K sambil berharap jodoh tu akan datang bergolek?

Memang andartu ah.

Aku ambil masa lebih 4 hari untuk siapkan entry ni. So aku harap apa yang aku tulis tu dah betul. Apa pun, kalau ada salah dan silap di entry ni, sila bagi tahu. Dan sorry kalau entry ni agak membosankan.

Sumber rujukan:
HarunYahya.com (Siapa baca Hlovate mesti kenal)
QuranSunnah.com
NasbunNuraini
IslamicLearningMaterials.com
Halaqah.net
AkuPercaya.com 
MForum
HidayaResearch.com
Ustaz Azhar (Facebook) - Ceramah Videonya. (Isu buat jahat adalah takdir)
Video Dr Asri (Isu jodoh)
Konsep Kontrektor dan Arkitek - Penulis Majalah Solusi.
Dan bermacam-macam lagi rujukan yang aku malas nak cari balik. 



Selasa, 24 Mei 2011

Betul Ke Kita Akan Berjaya Kalau Buat Apa Yang Kita Minat? It's All About Tawakkal.

Assalamualaikum


Happy day guys.

Aku now rasa macam tak ada mood nak tulis blog. Lebih-lebih lagi bila dah siapkan entri untuk blog filem aku ni. Aku sekarang ni agak bosan. Bila aku rasa bosan, aku rasa macam nak random talk.

Well, sejak beberapa hari lepas aku rasa macam ada banyak je masalah. Apa yang aku tahu, hampir setiap hari aku tanya "Apa yang akan aku jadi dalam 5 tahun akan datang?". Dan soalan ni kadang-kadang buat aku bosan. Bosan dengan hidup dan bosan dengan diri sendiri.

Then bila bosan tahap rasa tak tenang je, aku teringatkan clip video motivasi yang abang aku bagi kat aku. So memandangkan aku tak tahu apa nak buat, aku tengok lah clip video ceramah motivasi yang di berikan oleh Dr Asri.  Dan first video yang aku tengok adalah pasal tawakkal. Dan selepas aku tengok video tu, entah kenapa aku teringatkan pasal tempat aku praktikal dulu.

Masa aku praktikal di kilang minyak + pelekat dulu, aku mula perasan something. Aku perasan someting bila aku tengok sekeliling. Aku tengok bagaimana pekerja-pekerja lepasan degree yang bekerja berhempas pulas bangun awal-awal pagi, kerja hampir non stop dalam keadaan yang panas bersama stress dengan orang atasan then balik kerja pukul 5.30 petang. Yeah, lebih 8 jam bekerja bangun pukul 6 pagi, balik pukul 5.30 petang. Dan kadang-kadang overtime sampai pukul 10 malam. Balik rumah then tidur. Esok pagi pula ulang balik rutin yang sama.


Bayangkan anda buat macam tu 6 hari seminggu untuk 10 tahun (atau lebih) dalam hidup anda. Well, masa aku perasan benda ni. Aku perasan yang "Ini bukan apa yang aku nak. Aku tak nak kerja macam tu. Aku tak nak hidup macam tu". Tapi aku sukakan duit (siapa tak suka). So, apa yang boleh aku buat? Nothing selain berfikir.

So, bila aku dah perasan benda ni. Aku terus berfikir. Ya, aku nak buat apa yang aku minat. Aku tak nak jadi zombie yang kerja macam tak ada life. Apa guna hidup kalau buat benda yang kita tak minat dan kita tak suka? Dan apa benda yang aku minat? Blog. Nampaknya, aku kena admit yang aku amat sukakan blog. I hate popularity but I do love blog. Aku suka menulis dan sedar-sedar, aku dah ada 10000 followers. Aku tak kejar followers, tapi aku just buat apa yang aku minat which is menulis dan entah macam mana, ramai yang suka (Of course ada yang tak suka). Well, mungkin betul apa yang dikata dalam movie 3 Idiots. Kita buat apa yang kita minat, dan kejayaan akan kejar kita dari belakang.
 
Yes, duit boleh buat aku bahagia. Well, adakah salah bila aku kata duit boleh buat aku happy? No. Sebab lain orang, lain benda yang dia suka. And again, masa aku praktikal, ada seorang budak lelaki. Badan agak tough. Dia baru je habis SPM. So aku tanya dia, apa course yang dia nak sambung nanti. Dan dia cakap, dia nak ambil course perguruan untuk jadi guru tadika. Dan aku pun macam... WHAT? Tadika? Guru Tadika?

Tapi bila di fikir-fikirkan balik, apa salahnya? Kalau dah jadi guru tadika boleh buat dia happy, tak ada masalah. Ingat jadi guru tadika tu tak kaya ke? Tengok lah tadika yang kat bandar yang private punya. Gila ah mahal. Tapi dia bukan kerja duit. Dia cuma kejar apa yang dia minat. As for me. Aku suka blog. Eh bukan. Aku tak suka blog. Aku suka menulis. Dan aku menulis di blog.

Persoalannya, boleh ke kita hidup berjaya hanya buat apa yang kita minat?

Well, soalan di atas telah di jawab bila aku tengok video Dr Asri. Korang boleh tengok video tu kat bawah.


Tak ada siapa boleh menjangka apa yang akan berlaku pada esok hari dengan tepat. Cuba korang fikir balik. Berapa kali korang rasa yang korang ada masalah yang amat besar dan korang kata "I am a dead meat". Tapi akhirnya, masalah tu settle dengan mudah. Pernah tak korang terfikir yang korang tak akan keluar dari masalah yang sedang korang alami. Tapi sedar-sedar, korang dah jauh tinggalkan masalah tu dengan cara yang amat korang tak sangka.

Kalau di fikir-fikirkan balik rasanya dah beratus kali aku dah cakap "Oh God, ni la ujian paling berat yang Kau pernah bagi" Tapi dengan tiba-tiba je masalah tu settle. Dan bila masalah tu settle, aku terus lupa yang aku pernah cakap macam tu.

Why? Sebab Allah is always with you.



So yeah, bila korang dalam masalah, benda yang korang kena buat adalah berusaha sekuat mungkin. Then, tawakkal. Tawakkal adalah benda yang amat ajaib. Once korang dah cecah satu point dalam tawakkal, korang akan rasa happy dan tenang gila sebab korang automatiknya tahu semua masalah korang akan settle dan apa yang korang nak, korang akan dapat. So yeah, teruskan berusaha, survive this hell dan bertawakkal.

Dan, kalau ada orang kata korang tak boleh berjaya, korang hanya perlu ignore dia sebab bukan dia yang bagi rezeki. Tapi most of the time, itu lah yang kita nampak. Kita mudah down bila ada mangkuk datang dan kata "Mengarut ah. Kau sure tak akan boleh berjaya kalau buat macam ni". Actually, I hate mangkuk spesis macam ni. Dia bukannya nak bagi galakkan, tapi nak buat down adalah. Dan, kalau korang perasan, usahawan yang berjaya pada asalnya, semua orang tak setuju dengan apa yang dia buat. Dia buat tu, orang kata dia tak akan berjaya. Dia buat ni, orang kata dia akan gagal. So, kalau ada orang yang macam ni yang halang korang untuk berjaya, korang hanya pergi pergi dekat dia dan cakap "Shut up, bitch. F U".

As for me, aku tak tahu apa yang aku akan jadi beberapa tahu akan datang. Aku tak tahu samaada aku boleh habiskan study atau pun tak. Aku tak tahu apa aku akan kerja. Aku tak tahu macam mana aku akan hidup. Aku tak tahu berapa banyak wife aku ada. Tapi aku amat-amat positif yang aku akan berjaya dalam hidup aku. Well, setiap orang akan berjaya dalam hidup dia. It is all just the matter of time.

So, good luck with your life guys.



Selasa, 19 April 2011

Cara Untuk Mendapat Semangat.

Assalamualaikum


Hello and whatsss up losers?

Nice day kan. Duh. Aku sepatutnya keluar main bowling dan tonton wayang hari ni. Tapi aku end up dengan duduk rumah, siapkan report, kacau adik tengok tv dan tulis blog je. Amat membosankan.

Well, based dari entri-entri lepas, aku perasan yang ramai rasa down tapi get motivated bila baca blog aku. And and then aku pun macam what the heckkk baca blog aku boleh kasi korang motivasi untuk belajar. Padahal, kebanyakkan benda aku main cakap je. HAHA.

Ehem.

Actually, im not that good on motivational-thinggy. Aku pun tak pandai dalam pelajaran so jangan harap ah aku nak kasi korang cara untuk maju dalam pelajaran sebab aku tak ada satu pun tips. Tapi, aku suka baca benda-benda yang berkatian dengan motivasi. Aku suka baca buku motivasi atau cerpen motivasi atau novel motivasi. Tapi, last-last, aku perasan yang semua buku ilmiah motivasi yang di tulis oleh Dr bla bla bla tu semua hampir sama je isi. Kalau ada beza pun, tak jauh. Balik-balik, sentuh bab law of attraction, chaos theory bla bla bla.

So then, instead aku baca buku motivasi yang meleret-leret yang memang mencuri masa aku yang sedia ada sikit, baik aku buat benda lain. Dengan kata lain, aku jumpa banyak port lain untuk cari benda-benda yang boleh naikkan semangat untuk survive the life.

Tumblr (sebut : Tam-bler)


Tumblr is the best place untuk korang dapatkan semangat. Amat mudah sebab most of tumblr punya post adalah sekeping gambar yang ada beberapa ayat yang penuh makna. Most of the time, satu gambar dari tumblr akan membuatkan korang berfikir panjang. Berfikir dengat amat panjang. And then, bila tengok gambar kat tumblr tu, korang rasa nak simpan je gambar tu. Yes, aku amat addicted dengan gambar kat tumblr. Aku pernah 'curi' gambar kat tumblr dan simpan dalam laptop sampaikan bilangan dia dah cecah ribuan. Sebab gambar dia memang buat aku terfikir dan amat menarik. So, bila tertarik, aku simpan dengan harapan nak tengok balik. Tapi last-last, tak tengok juga.

Antara Tumblr yang aku rasa korang patut lepak adalah;
EykaHamasuba  - Soundless Expression - Khas untuk siapa-siapa yang relax sambil berhibur dengan gambar cantik.
Hijabi's Lookbook! - Khas untuk lelaki yang nak usha awek comel bertudung. Lelaki, biasalah. Usha awek comel penting bagi menaikkan semangat.
Letter of my life - Yang ni, antara fav aku. Banyak post yang di reblog yang boleh membuatkan aku berfikir. 
Pink Miss Yani - Yang ni pun best.
I'll be in love someday - Tumblr kepunyaan Gebu. Dia ni la yang perkenalkan tumblr kat aku. Tapi sekarang jarang dah update.
Zarrahh - Aku tak tahu who the tell Zarrahh ni. Tapi, aku suka gambar kat tumblr dia.
Another side of Munsyi - Title tumblr dia mengingatkan aku pada url blog aku mula-mula dulu which is AnotherSideOfMe. Tumblr dia lebih kepada Islamik. Dia masih single (kot), masih kacak dan masih available. Go grab him. Fast.

Aku perasan di setiap tumblr mesti ada gambar atau kata-kata yang memberansangkan. So, tumblr adalah tempat paling best untuk korang yang perlukan semangat.

Soalan kat email
Ini adalah benda yang paling best bila ada blog. Bila dah ada blog, memang selalu gak lah ada orang email. Tapi aku tak boleh la reply email setiap hari memandangkan aku dalam situasi busy macam ni. Tapi kan, kadang-kadang orang yang hantar email kat aku ni macam ada sense ke enam lah. Bila aku macam depressed atau tension je, mesti dieorang akan datang cheer kan aku termasuk tulis berderet-deret pasal hidup dia atau kawan dia yang dulunya susah tapi sekarang nak cecah kemucak kejayaan. Cerita-cerita dieorang serious kasi semangat. Tu tak termasuk nasihat-nasihat yang dieorang kasi.

Dan macam aku pernah ceritakan, dulu ada seorang awek ni. Aku tak kenal pun dia. Tapi dia siap belikan aku tiga buah novel untuk aku. Bukan sebarang novel tau. Novel yang dia kasi tu ada nilai dia yang tersendiri. Isi novel, penceritaan, motif, moral, keagamaan dan macam-macam lah ada dalam tu. Dan tentu sekali, novel tersebut di tulis oleh penulisnya yang aku paling minat, Hlovate.

I got awesome followers friends.


Lagu / Musics


Lagu adalah media paling mudah untuk kita layan. Macam korang la. Kadang-kadang, korang suka sesebuah lagu sebab lagu tu tepat-tepat kena dengan kehidupan korang kan. Seolah-olah lagu tu dicipta untuk korang. Di tambah lagi dengan video clip dia.

Out of all, aku paling suka dengar lagu yang kasi motivasi. Contohnya la The Climb by Mili Cyrus. Firework by Katy Baby dan Waiting Outside The Lines by Sasha Greyson Chance.

And and and, yang terbaru, entah mengapa aku jatuh cinta dengan lagu Who Says dari  Selena Gomez. Walau pun lagu dia bukan genre yang aku minat, tapi aku still boleh suka lagu ni bila first time aku dengar. Lagu ni mungkin dah lama tapi aku baru discover. Dan lirik dia...

Who says
Who says you're not perfect
Who says you're not worth it
Who says you're the only one that's hurting
Trust me
That's the price of beauty
Who says you're not pretty
Who says you're not beautiful
Who says

Selepas dengar lagu ni, aku rasa macam Yeaaaaah! I am perfect. I am pretty. I am beautiful! Never this beautiful. Serious korang patut dengar.

Mandi /  Berendam


Ya ya ya alright. I know. I know yang korang annoyed dengan aku yang asyik suruh mandi. Bila stress, mandi. Bila sedih, mandi. Bila bosan, mandi. And now, bila depressed dan tak ada semangat pun nak kena mandi juga? Actually, yes. Mandi adalah satu aktiviti yang amat best yang pada masa sama, membuatkan korang berasa tenang. Korang tahu tak apa sifat air? Sifat air adalah menenang kan. Dan kalau korang nak tahu, masa mandi adalah antara masa yang paling sesuai untuk membuat keputusan dan berfikir. Sebab bila mandi, korang akan menjadi tenang.

"Don't make decision when you are angry. Don't make a conclusion when you are sad"

Bagi aku, mandi la tempat paling best untuk berfikir. Tapi kalau korang aku tak tahu la. Mana la tau kot-kot korang suka berfikis masa tengah 'yakyak'.

Movies
Benda yang paling aku suka adalah menonton movie. Sebab bila kita menonton movie, kita akan rasa macam the part of the illusion which is, kita akan lukan dunia kita yang penuh dengan masalah. Sebab tu lah aku suka tonton movie yang tak ada watak ketiga yang jahat yang licik, yang pandai, yang suka buat fitnah dan bla-bla-bla. Aku nak tonton movie untuk relax dan bertenang. Dan pada masa yang sama, dalam movie-movie yang aku tonton, memang banyak yang boleh kasi motivasi. Tak kisah lah motivasi untuk hidup ke, untuk berusaha atau untuk belajar.

Laskar Pelangi - Ni adalah movie yang memang aku layan habis. Antara movie yang aku sanggup tengok dua kali. Ya. Aku amat pantang tengok movie lebih dari sekali. Bukan pantang, memang tak boleh tengok. Bila tengok, rasa tak best langsung. Tapi, Laskar Pelangi memang terbaik. Aku dah ulang tengok cerita ni lebih dari dua kali. Aku rasa cerita ni lagi best dari Slumdog Millionaire.

Glacie Choice - Ini adalah movie yang membuatkan aku minat kat Hallmark Channel (Diva Universal) Astro 702. Dan tak lupa juga, awek dalam cerita ni amat comel. Serious comel. Comel dan gebu.

Homeless To Harvard - Ini adalah sebuah cerita dari kisah benar. Sekarang ni, Liz Murray tengah dok kasi motivasi kat semua students kat seluruh dunia.

 "... and my passion now is to help transform the lives of others" ~ Liz Murray

Siapa nak motivasi untuk belajar, sila sila lah tengok movie ni. Dan ini website Liz Murray.

3 Idiots - Ini adalah another movie yang boleh membuatkan korang percaya bahawa minat memang akan leads korang ke arah kejayaan. Movie india pertama yang aku betul-betul enjoy. Antara sebabnya, dalam movie ni, tak ada watak ketiga yang jahat serta licik. Dan dari movie ni juga la aku minat Aamir Khan dan Kareena Kapoor yang cun dan oh, oh OH. Cantik juga orang India utara ya. Orang utara ni memang cantik dan comel semuanya. Termasuk orang Utara Malaysia. Amat comel lagi memikat.

Dan ada bermacam-macam movie termasuk Persuit of Happiness. Korang boleh discover sendiri movie-movie yang bukan bergenre perang tapi bergenre life. Ada banyak kat dunia ni. 



Don't get me wrong. Motivasi tak semestinya di cari untuk berjaya. Tapi, motivasi di cari untuk terus survive dalam dunia ni. So, pandai pandai la korang cari benda-benda yang boleh inspire kan diri korang supaya korang rasa inspired.

Well, kalau di fikir-fikirkan balik, hidup aku bukan teruk sangat pun. I have a good roller coaster, you know. A roller coaster yang laju yang ambil masa yang amat lama untuk naik ke laluan tertinggi. And once bila dah sampai ke puncak, amat mudah untuk turun. Semua antara kita adalah sama je konsepnya. Bezanya, berapa tinggi kita akan naik, berapa laju kita akan turun dan berapa jauh kita akan bergerak. And I guess, I need a brand new railway.