Well, aku selalu lah gak dapat email dari pembaca-pembaca aku yang nak tanya soalan tapi segan nak tanya di khalayak ramai. Macam yang korang sangka, email yang paling banyak yang aku dapat adalah pasal love-ewww-ewww. Ada yang tanya pasal bf yang gay, ada yang tanya pasal kekasih yang dingin dan tak kurang juga ada yang tanya pasal bf yang mahukan seks.
Tapi, tak semua. Ada yang nak email sebab kasi feedback. Dan yang paling terbaru, adalah feedback pasal "Tak Tahu / Tak Berani Nak Mula Pakai Tudung". Aku rasa emailnya agak best sebab panjang dan berisi dan interesting. So, aku edit sikit segala short form supaya korang mudah faham. Emailnya, korang boleh baca di bawah:
Salam Mr K.
Entry ni dah lame aku tunggu-tunggu dari blog theotherkhairul. Actually aku nak share cerita berdasar pengalaman aku dulu. Sorry aku cerita kat email je.
Kat university, aku lebih selesa bertudung sebab majoriti perempuan kat university aku pakai tudung. Tak kira la pakai tudung jenis apa, singkat atau tak atau apa-apa je lah. Janji pakai. Kiranya, pakai tapi x ikut syariat.
Aku kat university pakai tudung tapi balik umah aku tak pakai. Sebab tak da family aku yg tegur. Yup! aku terima kalau org ckp aku hipokrit. Tapi aku tak fikir sangat pun. Sebab aku rasa masa tu aku belum bersedia nak pakai tudung sepenuhnya.
Just nak share, apa yang Mr K cakap kat entry tu betul. Aku selalu ternanti-nanti perubahan aku yang aku selalu simpan dalam hati. Masa aku pakai tudung dulu aku suka selempang tudung kira style perempuan sekarang suka pakai. SEBAB TAK NAK NAMPAK BAIK SANGAT. Macam Mr K bagitau kat entry tu, kalau pakai tudung, orang akan expect sesuatu yang lebih baik dari perempuan yang freehair.
Bab bertudung labuh, tak pernah aku terfikir nak pakai dalam masa terdekat. AKU RASA TAK LAYAK SEBAB AKU BUKAN USTAZAH. Itulah yg bermain dalam otak aku. Tapi aku suka tengok budak-budak yang pakai tudung-tudung labuh dan aku ada simpan niat dalam hati nak pakai macam tu satu hari nanti. Aku just niat dalam hati kalau aku dah kahwin baru aku nak pakai tudung betul-betul. Sebab biasanya kalau kita berubah org sekeliling akan tertanya-tanya kenapa kita berubah? Jadi dalam pemikiran aku lebih mudah untuk orang fikir nanti aku berubah sebab aku dah kahwin.
Serius dulu aku tak suka dengar orang cakap tentang aurat. Sebab adanya kata-kata seperti "perempuan sekarang pakai tudung belum tentu baik. Kadang-kadang lagi teruk dari yg freehair". Aku tak bangkang kata-kata tu. Sebab tak baik nak nilai orang just dari luaran. Aku rasa aku tak buat jahat walaupun aku tak pakai tudung dan tak pakai tudung labuh. Dulu aku tak suka org tag or bagi email tentang aurat. TERASA beb. Huhuhu (Aku rasa awek ni penat tulis panjang-panjang sebab tu ada 'huhuhu'). Tapi aku tak adala marah sebab bagi aku diorang nak bagi ingatan / nasihat yang baik. Cuma, aku belum boleh terima.
Dulu bf aku pun tahu, aku pakai tudung bila kat U je. Balik rumah aku tak pakai tudung. Tapi dia tak tegur pun. Bagi aku, lelaki-lelaki kat luar sana patut bagi perangsang kat awek-awek diorang supaya bertudung. Sebab sebagai perempuan, kita* lebih suka kalau yg tegur kita tu org yg kita sayang. Nampakla dia prihatin. Tapi sepanjang pemerhatian aku, lelaki amat-amat jarang nak menegur perempuan bab aurat ni secara berhikmah. Maybe takut menyinggung perasaan awek atau tak tahu cara. Last-last diorang just diamkan je...
Alhamdulillah satu hari bermula sem baru. Sorang kawan aku mula berubah START PAKAI TUDUNG LABUH. Tapi dia baik sikit la dari aku. Dia suka pakai tudung tapi tudung selempang dan tak pernah freehair macam aku. Aku dok tengok dia, serius dia berganda-ganda lebih cantik dari dulu. Sopan dan sejuk mata memandang. Aku nak gak berubah tapi aku tak dapat nak janji bila. Sebab aku takut perubahan aku nanti tak kekal sebab ikut dia. Tak lama lepas tu aku pun tergerak beli sehelai tudung labuh dan nak try pakai. Aku rasa berbeza gila dan agak janggal jugak la. TAPI AKU RASA LEBIH TENANG BILA PAKAI TUDUNG LABUH. Bila keluar pun rasa lebih selamat. Mungkin betul org kata, kalau kita ada niat yang baik, InsyaALLAH DIA akan permudahkan jalan. Aku tak sangka DIA bagi hidayah pada aku begitu cepat dan Alhamdulillah aku masih hidup utk berubah ke arah yang lebih baik.
Aku rasa hidup aku tenang dengan perubahan yg aku dan kawan-kawan aku buat. Even sikap kitorang tetap tak berubah. Gila-gila macam dulu. Sikit-sikit kitorang beli baju-baju longgar dan tudung labuh, beli sarung tangan, stokin utk melengkapkan koleksi pakaian seorang muslimah. Masa tu aku tengok dalam almari banyak baju-baju, seluar jeans aku yg sendat, ketat dan aku rasa menyesal beli benda-benda tu tmasuk tudung-tudung bawal yg jarang n tudung fesyen ekin yang singkat yang aku beli dulu dan aku memang tak sempat merasa pakai selendang-selendang yang macam-macam fesyen sekarang ni. Dan Alhamdulilah x da keinginan nak pakai tudung2 macam tu lagi / freehair. Hari-hari aku minta pada ALLAH agar aku terus diberi taufik dan hidayah untuk istiqamah menutup aurat dan melihat kebaikan pada setiap apa yg Islam gariskan.Yang penting pasang niat-niat yang baik. Kita tak taw bila hidayah tu akan datang tapi kalau kita nak buat baik, mesti DIA permudahkan. InsyaALLAH... Sekarang aku mula terasa nak pakai purdah.
Doakan ya Mr K.
Terima Kasih :)
Allah tak akan ubah seseorang tu melainkan mereka ubah diri mereka sendiri. Tapi, Dia akan kasi 'hint' supaya korang rasa nak berubah. Well, our God is super awesome.
jangan takut untuk berubah kan MR K?
BalasPadamWaaaa.. alhamdulillah.. bagusnya perempuan tu.. mesti comel dia kan..
BalasPadamalhamdulillah awek tu da berpakaian secara muslimah yg betul.
BalasPadamsubhanallah :O
BalasPadamok, baiklah.
BalasPadampengalaman cetek aku berasa emel ni jujur.
wow!
BalasPadamdr free hair ke pakai tudung biasa/selimpang,
pastu tukar pakai tudung labuh pulak...
dan sekarang teringin nak pakai purdah?
my gawd, dis lady is sgt beruntung, berubah sbb Allah dan sbb niat hati diri sendiri~
hmm..
BalasPadambetul2...
kalau niat ikhlas,everything gonna be easy. :)
harap2 aku pun cepat dapat kesedaran macam akak ney one day.
doakanlah yek! ^^
wow!
BalasPadamdr free hair ke pakai tudung biasa/selimpang,
pastu tukar pakai tudung labuh pulak...
dan sekarang teringin nak pakai purdah?
my gawd, dis lady is sgt beruntung, berubah sbb Allah dan sbb niat hati diri sendiri~
waa..bagusnya..dh dpt hidayahh..=)
BalasPadamhehe..wlaupon ak neh pkai tudung gak tapii..malu lak nk pakai tudung ntah pape..then pling ak tak suka tudung indon..haha
tp...tp..semua cazen ak kbyakan paki tudung labuh..ak ntah bila lah nk pakai....=)
subhanallah. tenkiu share pengalaman ni :)
BalasPadampeace be with you.
BalasPadamsebak aku bce emel awek ni. eh blh ke aku pgl dia awek? HAHA.
syukurlah Allah bg hidayah kt dia n kwn2. stp kli aku on fb n tgk gmbr seksi seksa kwn2 aku, aku selalu doa supaya Allah buka pintu hati dorg like this girl. hopefully.
and aku doakan yg terbaik utk awek ni jgk. thx mr. K sb kedepankan emel dia. touching gile.
wow ~
BalasPadamspeechless
yup
BalasPadamaku rase ape yang die rase.aku pernah pakai tudung labuh and amat tenteram.rase selamat.tak taw nape.kalaw aku pakai yang ketat sikit ramai sangat pemerhati,seram pun ade gak
em,tak sume laki tak tego.aku punye bf ngan kawan baek aku tego.time tue rase segan sangat.laki tego.tapi buat la ape yang die cakap.
mr.k, aku dalam perubahan nie.doakan aku berjaye taw
amin
terasa kagum baca email ni.......
BalasPadamadakah saye first ? haha .
BalasPadammcam kakak saye je kisah nye , HIHI !
okay. terharu. T_T
BalasPadambtw, my bf suruh pakai tudung labuh betul2 and i still x bersedia. Tapi lepas baca entri ni, sedikit sebanyak membantu menggerakkan hati. insya Allah :)
harap emel dia boleh kasi org lain sedar. Amin. :)
BalasPadamtahniah untuk miss yang telah berubah, next target ialah istiqamah..
BalasPadamAda satu lirik lagu tu:
"Malu itu perisai orang beriman" ; kurang tepat kalau sekiranya kita tak malu untuk berubah ke arah kebaikan.
Lagi tak betul kalau kita rasa Malu untuk pakai tudung labuh atau lebih ke arah arahan syariat..
WallahuAlam..
bagusnya si penghantar emel ni.alhamdulillah.nak jadi macam ni jugak!sesungguhnya hidayah Allah beri tu jgn disia2 kan.
BalasPadamsenyum.
BalasPadammasyaallah.
BalasPadammudahnya Allah nk twist hati org pd kebaikan/ keburukan kn?
moga aku jg diberikan hidayah, skg pn tgh slow2 tuka baju, tdung kpd yg lbh elok.
suka baca entri mr K. tp jarang komen, silent reader aje
alhamdulillah...syukur2...sy pn nk brubah mcm dia jg..nk pakai tudung labuh jg..amin..
BalasPadammoga gadis ni sentiasa terpelihara..insyaAllah
BalasPadamalhamdulillah.senang mendengar wanita2 di luar sana mula tertarik dengan pemakaian yang digariskan oleh islam
BalasPadamsemoga saudari tiu istiqamah dan dapat improve banyak menda selain dr bab menutup aurat insya Allah
Mr K! kiter suka entry ni. alhamdulillah, dia bertudung akhirnya kan..
BalasPadamhidayah itu memang milik Allah..tp, kita tak boleh sekadar menunggu hidayah tu datang, sebaliknya perlu berusaha mendapatkan hidayah tu.
nice sesangat..:)
BalasPadamsalam mr k...
BalasPadambagus la utk orang yang nak berubah ke arah baik ni. aku pon masih berusaha lagi.
seburuk2 aku... aku sedey sangat bila tgk org yang berubah ke arah keburukan. selalu orang cakap pasal orang mula bertudung mula jadi baik.
tapi ada beberapa kenalan aku masa kat mrsm (terus terang je aku sebut)... dari bertudung. skrg tudung ntah kemana baju pon makin tak cukup kain. sampai bikini pon sanggup pakai.
ada tu pulak asalnya tudung labuh... tapi skrg tudung makin kecik... baju pon makin kecik.
dorang2 ni buat aku insaf... syukur aku tak jadi macam tu... so sikit2 aku rasa aku nak jadi lebih baik. aku tak faham kenapa ada orang macam tu. mungkin culture shock ntah la...
terharu baca beb.
BalasPadamadik, tahniah sebab dah mula mengorak langkah.
saya ada jugak member yang stat masuk U baru pakai. alhamdulillah dah grad, dah keje, pakai full-time.
memang tiada apa yang mustahil.
sangat tersentuh baca pengakuan dia :')
BalasPadamhebat btol hidayah Allah bagi kat die..jealous aku baca..
BalasPadamTerima teguran dari orang tersayang..
BalasPadamKadang2 pelik tengok bini2 seksi and terfikir laki depa tak tegur ke depa ni seksi ke tak..
wahh, alhamdulillah. pelbagai cara orang nak berubah ni. kawan nabel ada sorang yang macam kisah kat atas ni. dia pun bagi alasan macam ni juga. nabel pernah juga tegur dia tanya bila nak pakai tudung, even dia bukan lah gf, tapi prihatin sebab sayang kan kawan. nasihat la kan. moga dia dapat hidayat lah insyaAllah. ;D
BalasPadamhahhh..tu lah..terharu ngn entry MR.K kali ni..
BalasPadam^_^
alhamdulillah Allah buka pintu hati dia.. bagus teruskan usaha ya.. btw Mr. K yang huhu tu maksud nya macam gelak sedih-sedih kot
BalasPadamCAYA LA MR K! ENTRY HANG BUAT SEGELINTIR WOMEN OUT THERE TERNIAT UTK BERUBAH.. AT LEAST, ITU SESUATU YG BAIK :)
BalasPadamKEEP IT UP!
:)
BalasPadammemang bertudung labuh itu cantik. cantik sangat!
orang yg bertudung labuh ni, lagi senang. takyah nak terhegeh2 ikot fesyen
lelaki yang tak tegur mungkin dia rasa bila nak ajak gf keluar, dah tak boleh pegang tangan or nak ajak tengok wayang or nak cubit-cubit pipi.
BalasPadamataupun, takut terkena kat batang hidung sendiri,'u ni nak tegur i, solat pun tak terjaga'
lelaki yg prihatin dia akan tegur secara berkias. bagi hint sikit2. dan kalau gf dia boleh terima cakap direct, dia akan cakap direct.
laki yang baik dan prihatin mesti dia akan tegur punya. tak sekarang, satu hari nanti. tapi tak payah la nak kene tegur dulu.
:D
nak tengok dieeeee
BalasPadamada gambar?
k,aku mintak izin nk share link ni kt fb :)
BalasPadam:)
BalasPadamtersentuh hati gua.................
BalasPadamseyes kagum..
BalasPadambertapa Allah tu maha berkuasa
:)
nice entry..nk bg plak kawan ak baca benda ni..mana tau dia tergerak hati nak pakai...kmi tegur bukan nk dengar
BalasPadamLast word sememangnya benar...kalau bukan kita yang mulakan siapa lagi.Jika ada 2 perkara yang amat-amat perlu dilaksanakan dulu iaitu perkara susah dan perkara senang..mana pilihan anda? jika benda yang susah kita tolak kemudian baru nak buat confirm lagi lambat laa ianya jadi senang...
BalasPadamnice...
alhamdulillah..
BalasPadamterharu aku dengan pengakuan ikhlas this girl..semoga Allah tetapkan hati dia..
aku pun ada niat nak pakai tudung labuh..insyaAllah satu hari nnt..^_^
aku setuju sangat bab 'kalau niat kita baik, InsyaAllah akan dipermudahkan'..'hidayah takkan datang sendiri kalau kita tak berusaha untuk berubah ke arah kebaikan'..
wow menakjubkan , aku pun nak jadi mcm dia .
BalasPadamerm, yg pntgnye hidayah..hidayah allah yang bagi..lagi satu, btollah dia ckp..sekeliling memainkan peranan..
BalasPadamterharunya..T_T..Alhamdulillah..
BalasPadamseronok nya kalau betul-betul dah tekad macam awek ni ;)
BalasPadamour god is super awesome
BalasPadamAGREED!!!!!
kenapa rase sedey ek bace entry nie..?terharu plak rase..
BalasPadamalhamdulilah..die berubah akhirnye..
terase diri ni masih x cukup sempurna di sisi islam..masih banyak yang perlu dibetulkan..semoga allah permudahkan jalan...amin...
anyway..gud entry mr.K...=)
bguslah kalau si penghantar email ni ada kesedaran nak berubah..
BalasPadamjujurnya dia..
smoga di beri Hidayah olehNya
bajet cam bagus je... ko xde life pndai2 nk kritik life org len...
BalasPadamo0o..ekau takut nak bertudung yo..nanti la ekau..masuk nerako nnt keno baka kepalo..x takut ko..??
BalasPadamaku rasa kagun dengan pengirim emel ni
BalasPadamAlahmdulillah..dia da dapat jalan...semoga terus ber'istiqamah'..
BalasPadaminsyaAllah
im on my way. :)
BalasPadamzaza pon nak bertudung la.dulu pnah bertudung tp byk yg xsupport.. dieorg akan kutuk 'anak siam tu nak tunjuk baik la tu pakai tudung'bkn nk support.
BalasPadamBagi aku, lelaki-lelaki kat luar sana patut bagi perangsang kat awek-awek diorang supaya bertudung. Sebab sebagai perempuan, kita* lebih suka kalau yg tegur kita tu org yg kita sayang. Nampakla dia prihatin.
BalasPadamyg ni aku rase jugak.. huhuhuhu.. tahniah kpd gadis nie.. =)
Terkedu. who is she...?????????
BalasPadamperubahan perlu di buat atas dasar demi Allah dan kebaikan untuk diri sendiri. Jgn sesekali buat atas dasar untuk cantik dan bergaya. Bertudung tu satu perubahan yg baik, dan mungkin boleh mengelakkan diri anda dr melakukan maksiat. Jangan menyalahgunakan nya untuk org nampak anda sebagai org yg baik tp melakukan maksiat..! ;D
BalasPadamladyfiqa.blogspot.com
best la..aq nak share kat fb aq bleh tak
BalasPadamAlhamdulillah! She did the right thing. ;)
BalasPadamHowever if you ask me I don't see myself wearing 'tudung labuh' any time soon, maybe not ever at all. I'm quite comfortable with my 'selendang', 'tudung biasa/selimpang' and my way of covering my aurat. No offense, but I don't see why we should associate 'tudung labuh' with 'ideal Muslim garment'. Why? Because Arab women wear it? There are a lot of Arab women that are 'beriman' but wear whatever they like to waer - as long as they cover their aurat. Look around in places like Mid Valley, The Mines and KLCC (for some reason Arabs like to hang out there o_o) and you may understand what I mean.
Peace and assalamualaikum!
:) Mr. K , thanks for sharing..
BalasPadamserious aku suka entri ni.
like bnyak kali
kdg2 org yg sedar & blajar sndiri ni la yg btul2 mnghayati apa yg dia buat hari2
jarang mcm org2 yg dri kecik mmg pkai litup kan
mcm Islam kturunan dgan Islam dri non-Muslim la :)
Mr. K, mohon emel add gadis ni bleh? Mntak kan izin dia tau. Smpaikan salam aku pda dia :) Buat gadis, jaga diriiiii. Moga terus istiqamah.
p/s; ishh tak payah publish cmment ni pn xpe.
bgusnyeeeee :)
BalasPadamalhamdulillah....
BalasPadammudah2an dipermudahkan segala urusan2 di akan dtg....=)
cerita tentang pengalaman yang hampir sama ngn aku.. dripada hnya bertudung biasa kearah bertudung labuh dan alhmdulillah,rasa sgt selamat dan bahagia berada dekat denganNya..
BalasPadambaca entry ni dari sahabat blogger gak , seriously , agak segan nak mulakan pakai tudung , sekarng cuba sikit2. pergi kerja pakai tudung , cuma kadang2 depan rumah n pergi kedai x .
BalasPadamtapi agak terasa bila org cakap pakai tudung sebab nak up to date . no lah , amiey mmg da lama pasang niat nk bertudung tapi agak touching bila dihentam macam tu :(..
tapi kata orang nak jadi sempurna kenalah berusaha . Amiey cuba . thanks for this entry . amiey memang tengah cari fakta :).
nnty nk share sikit ye.
alhamdullilah....
BalasPadammay god always bless her...
@amiey white : manusia mmg sentiasa akan mengata. :)
BalasPadamreally nice story bro..lepas baca entri ko nie, aku rasa macam tiap kali nak keluar nanti, aku tegur mana2 perempuan freehair..manatau hasil teguran aku tue diorang berubah..kan?lagi best kalau dorang fall in love on me..win2 situation..haha
BalasPadamfirst and foremost, perasaan terharu dan bangga yang dapat saya rasa. sekurang-kurangnya ada yg sudi bercerita pengalamannya. kisahnya 80% sama macam saya :)
BalasPadamthe hardest battle is when you're against yourself.betul tak? bukan mudah untuk kita nak buat turning point kalau dah hidup dengan cara tu start dari lahir sampai ke besar. saya tahu hakikat tu. dan saya tak huha huha sebab diri pun tengah merasa sekarang walaupun dah setahun i turned into another person. something yang kita suka tak semestinya baik untuk kita. dan something yang kita tak suka, mungkin sebenarnya baik untuk kita. (walaupun ada yang memanggil sy ustazah.padahal level tu mcm mustahil je nak dapat. tak apa la. at least, ada yg sudi bagi gelaran tu) ^^
CHANGING FOR GOOD IS NOT A SIN. though it'll cost you blood and tears for start. semuanya bermula dengan iman. itu yang perlu kita jaga.
dan... dalam Islam tiada kebetulan.everything is fated. only interchanged by God's will, effort and doa. saya sentiasa pegang prinsip ni. :)
alahai panjang pulak yg sy komen. btw,may Allah place us in His safekeeping from Satan, the accursed. Insyaallah.
ape email ? kite pon nak share masalah. vivalalara@yahoo.com
BalasPadamAs salam.. Sye mmg rse nk brhijab tp bila dtgnyer niat tu dgn automatik otak sye trfikir bnda yg negatif contohnya 'klu brhijab tp prngai ntah pape pstu pki bj ketat2 xde gne jgk' atau sye akn trfikir ' nnt klu org tgk aku msti diaorg duk ske2'.. Sye pon xtau sbb ape sye bleh trfikir mcm tu.. Mcm syaitan nie dh control sye.. Bleh x bg cdgn mcm mne sye patut mula dr awal?.. Kekadang tu bila sye prgi shopping mall diaorg yg brtudung cm pdg rndh kt sye.. Pstu kekadang tu jgk klu sye prgi rumah spupu klu time rye klu sye freehair diaorg msti x lyn sye n pdg rndh kt sye..so sye pon trpksa brgaul dgn cousin lelaki.. Sbb cousin lelaki xkisah sbb diaorg thu yg sye x brsdia lg
BalasPadam